PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN (PJPK) TINGKATAN 2 UNIT 5 PERMAINAN KATEGORI MEMADANG (KRIKET) LATIHAN ULANGKAJI BAHAGIAN A 1. Gambar di bawah menunjukkan permainan kriket. Kriket adalah merupakan permainan dalam kategori______. A jaring. B olahraga. C serangan. D memadang. 2. Permainan kriket melibatkan kemahiran ________. I memukul bola. II menolak bola. III membuat larian. IV menjaga raket. A I dan III B I dan IV C II dan III D II dan IV 3. Permainan kriket dimainkan oleh dua kumpulan yang bertindak sebagai _________ dan ___________. A penjaring, penyerang. B penyerang, pemukul. C pemukul, pemadang. D pemadang, penjaring. 4. Gambar di bawah menunjukkan teknik lakuan dalam permainan kriket. Apakah teknik lakuan dalam permainan kriket tersebut? A Menahan bola B Memukul bola C Memegang bola D Menangkis bola
5. Gambar di bawah menunjukkan peralatan kriket. Apakah nama alatan tersebut? A Wiket B Helmet C Bola kriket D Sarung tangan 6. Antara berikut yang manakah benar tentang kemahiran larian. A Terdapat tiga fasa iaitu fasa larian, pelepasan dan ikut lajak. B Melibatkan kemahiran pegangan asas, outswinger dan inswinger. C Larian lengkap berlaku apabila pemukul berjaya membuat larian dari wiket. D Pemadang menangkap bola dari pelbagai aras dan arah seperti aras buku lali. 7. Gambar di bawah menunjukkan pemain sebagai pemboling. Apakah aspek yang perlu ditekankan ketika melakukan kemahiran boling? A Kekuatan lutut pemain B Ketinggian sudut pelepasan C Kemahiran memegang bola D Kebolehan pemain memukul bola 8. Kemahiran memadang melibatkan ________ dan ___________. A memukul, menangkap bola. B membaling, memukul bola. C menangkap, membaling bola. D membaling, menangkap bola. 9. Jarak pukulan bola yang jauh memberi peluang kepada pemain mendapatkan ______. A larian. B kiraan. C balingan. D pusingan. 10. Pemukul dianggap __________ sekiranya bola pukulan ditangkap atau dihantar kepada penjaga wiket sebelum pemukul tiba di marker masing-masing. A berjaya B hebat C hidup D mati
BAHAGIAN B 1. Labelkan alatan yang digunakan oleh seorang pemukul dalam permainan kriket. * kasut kriket * helmet * sarung tangan (gloves) * pelindung kaki (leg guard) * abdominal guard
2. Lengkapkan tempat kosong di bawah tentang kemahiran asas dalam sukan kriket yang betul. Kemahiran Teknik Lakuan 1. Memukul bola Pemain mengangkat (a) ___________________ dan posisi badan seimbang. Kemudian, pemain memerhatikan pergerakan bola yang datang bergerak ke hadapan untuk memukul bola dan (b) ______________. 2. Larian Selepas berjaya memukul bola, pemukul akan berlari ke arah (a) ________________ yang bertentangan. Kemudian, pemukul akan (b) __________________ semula ke arah wiketnya. 3. Menahan bola (a) _______________ perlu menahan bola yang dibaling oleh pembaling. Kemudian, pemain akan memukul bola dengan memastikan (b) ____________ dan bet kriket bergerak bersama. 4. Memadang Pemadang akan memerhatikan arah (a) __________ yang datang. Kemudian, pemadang mengutip bola dengan kedua-dua bela tangan dan melontar bola kepada (b) __________________ * penjaga wiket * bet kriket * ikut lajak * bola * berlari * wiket * pemain * kaki