The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by badarmbaki, 2021-10-19 20:47:42

JSOLAT LATEST DUMMY

JSOLAT LATEST DUMMY

KOD KHAMIS

S 39
Z
A
M
I
S
Z
A
M
I
S
Z
A
M
I
S
Z
A
M
I
S
Z
A
M
I

KOD JUMAAT

S 434082
Z
A
M
I
S
Z
A
M
I
S
Z
A
M
I
S
Z
A
M
I
S
Z
A
M
I

KOD JUMAAT

S 443319
Z
A
M
I
S
Z
A
M
I
S
Z
A
M
I
S
Z
A
M
I
S
Z
A
M
I

KOD SABTU

S 42
Z
A
M
I
S
Z
A
M
I
S
Z
A
M
I
S
Z
A
M
I
S
Z
A
M
I

KOD SABTU

S 43
Z
A
M
I
S
Z
A
M
I
S
Z
A
M
I
S
Z
A
M
I
S
Z
A
M
I

KOD AHAD

S 44
Z
A
M
I
S
Z
A
M
I
S
Z
A
M
I
S
Z
A
M
I
S
Z
A
M
I

KOD AHAD

S

Z

A

M

I

S

Z

A

M

I

S

Z

A

M
I

S

Z

A

M

I

S SUBUH 1035 WAKTU
Z BILANGAN ZOHOR 1035 WAKTU
SOLAT ASAR 1035 WAKTU
A MAGHRIB 1035 WAKTU
M QADA ISYAK 1035 WAKTU

(Muka Surat 32-45)

I

45

SOLAT

( AMAL PALING UTAMA )

Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa
Baginda Rasulullah SAW bersabda:

“Bahawasanya perkara pertama yang akan
dihisab dengannya seseorang hamba

pada hari kiamat dari amalannya ialah solatnya”.

Jika solatnya diterima, maka sesungguhnya
beruntung dan berjayalah ia. Jika tidak diterima

maka kecewa dan rugilah dia. Kiranya
terkurang dari solat fardunya sesuatu, Allah SWT

berfirman:

“Lihatlah adakah hamba-Ku itu mempunyai
solat-solat sunat untuk dicukupkan dengannya

apa yang terkurang dari solat fardunya.
Demikianlah amal-amalnya yang lain
akan berlaku seperti ini”.

(Hadis Riwayat At-Tarmizi)

SOLAT MENJADIKAN ALLAH SWT MENYAYANGIMU

46

KEISKTEIMDEUWDAUAKNASNOLSAAT FBESROJLEAMTAAH

DariDpaardipaaUdabAaybubiHnuKraair’ahb rR.aamsuelruiwllaayhatSkAanWbbaehraswaabda:
Rl.gS“es.aa.Sbae.sgnm.feio.uayhj(.wsasrl.ebnpau.raeoabnn.jaeala.nonllalg.grnaari.igrjnnan.tehetta.agneyy.rlmsnS.erjnaay.kaeag.Alayaku.aikko.aaWnalrhk.agrelag.haiaii.naalnrb.hanpl.3lngaed.sakag.djriaho.oiglansi.ind.nlryarads.aa(aing.absaibrt.nsnja.ndfiabe.ba.gfna.pgrarf.Dew)a:ye.jn“p.remnaiara.Sysaetm.nnnaa.eaarb.yatimka.fnmtsaea.daal.gmgeare.aaibhy.”aoeal.ala.ana.l2rar2a.k(njdajn.hHaahio.ganod.arky.rnldagrdi.peaaan.ainisan.bsnnsl.gnnaleag.igiR.yhgsfnfl.mapia.o)lgltw.eb,ekea.elial.karlailaia.niaayaunl.tnykaa.gkkrg.adaiythha.iey.dMnaebnil.rdraa.kangujag..inai.lsngnsa.gkl.yaiah.maa.nf.nk).
DaripagdaanBjaarrraan’ inbnyaA’dziabrri.paabderakamtaeRnagseurlujallkahanSAsWolbaetrsabda:

be“rSseasmunag-gsuahmnayadAellnaghaSnWsTedoarnapnagralemlaalkaiiksaatNhyaaja.
mMeannuaruknaklaansroalhamt aytaknegatjaesmoaraanhgn-oyraanlgebyiahngrabmeraadi,a
dmi saakfahajedmapaaanhiaituusaakfaynandgipkaalsinighihAamllaphir dSaWn Tp.a”ra
(HamdaislaiRkaiwt baeyradtoAahumntaudkn, yAabduanDatiwdaukdaddaansaAtun-laNnagskaaihe)

yang lebih dicintai Allah SWT daripada langkah
orang yRaansgumluelmlaehnuShAkWanbsearfsyabngdak:osong”.
.“..S..o.b.l.ae..tr.s.b.e.e.nr.d.je.i.mr..i.aa.n.(a.H.hs.a.ed.i.tbi.us.a.R.lne.i.ywb.a.ia.hk.y.a.db.t.ua.A.ia.kb..upd..uDa..laru.i.wph..ua.t.ddu.).aj.u..sh..o.d.la.a.t.r.js.a.e.t.c,..a.r..a..
Daripada Aisyah r.haiamituergiwaanyjatrkaannnbyaah.”awa Rasulullah SAW
rabhemrsaat(Hbkdeaada:its“aSsReoiswruaannyggag-tourBhanunykgahyaAarlnilagdhabSneWrMdTiurimsdleiimsnau)frusenbkealnah
kanan dan para malaikat berdoa keampunan untuk

merekaF”i.r(mHaadnisARllaiwhaSyaWt TA:bu Dawud)
.....“.D...e.m...i..m...a..s..a.!..S..e..s..u..n..g..g..u..h..n..y..a..m...a..n..u..s..i.a..i.t.u...b..e..r.a..d..a...
Dadraipladma IkbenruuAgbiabnas, kr.eacmuearliiwoaryaantkga-nobrahnagwyaaRnagsubleulrliamhaSnAW
dabnebrsearbadma:a“lBsaarlaihngdsaianpamyearnegkabeprduilrai dbiesarpf seesbaenla-pheksirai n

masjid,dkeenragnaankumraenngtanyaatiakhelib(ejenmaarahn) smearkta dia akan
mbeenrdpaepsatadnu-paeksaalingadnednaggaannjsaarabnanry.”a”.
(Hadis Riwayat Tabrani, Majma uz Zawaid)

47

KEISTIMEWAAN SOLAT BERJEMAAH

Daripada Ubay bin Ka’ab Rasulullah SAW bersabda:
“Seseorang lelaki yang mengerjakan solat dengan
seorang lelaki lain (berjemaah 2 orang), ia adalah
lebih banyak ganjarannya berbanding mengerjakan

solat seorang diri. Dan seorang lelaki yang
mengerjakan solat bersama 2 orang lelaki lain

(berjemaah 3 orang) ia adalah lebih banyak
ganjarannya daripada mengerjakan solat

bersama-sama dengan seorang lelaki sahaja.
Manakala solat yang jemaahnya lebih ramai,
maka jemaah itu akan dikasihi Allah SWT.”
(Hadis Riwayat Ahmad, Abu Dawud dan An-Nasaie)

Rasulullah SAW bersabda:
“Solat berjemaah itu lebih baik daripada solat secara

bersendirian sebanyak dua puluh tujuh darjat,
iaitu ganjarannya.”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah SWT:
“ Demi masa! Sesungguhnya manusia itu berada
dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman
dan beramal salih dan mereka pula berpesan-pesan

dengan mentaati kebenaran serta
berpesan-pesan dengan sabar.”
(Surah Al-’Asr : 103 Ayat 1-3)

48

KEISTIMEWAAN SOLAT BERJEMAAH

Hadis daripada Uthman bin Affan r.a berkata: “Aku
mendengar Baginda Rasulullah SAW bersabda:
Barangsiapa bersolat ISYAK secara berjemaah
adalah seumpama dia bersolat separuh
daripada malam, dan barangsiapa bersolat
SUBUH secara berjemaah adalah seumpama dia
bersolat seluruh daripada malam”.

(Hadis Riwayat Muslim)

Hadis daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan
bahawa Baginda Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya S O L A T yang paling berat bagi
orang Munafik ialah S O L A T Isyak dan
S O L A T Subuh”.
(Hadis Riwayat Muslim)

Hadis daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa
Baginda Rasulullah SAW bersabda:

“Kalaulah mereka tahu ganjaran bagi mereka yang
pergi ke Masjid untuk bersolat Zohor dipanas

matahari yang terik nescaya mereka akan pergi dalam
keadaan berlari dan barang siapa yang mengetahui
ganjaran bagi mereka yang pergi ke Masjid untuk
bersolat Isyak dan Subuh nescaya mereka
akan pergi (tidak mengira mereka sakit)
walaupun mereka terpaksa merangkak”.
(Hadis Riwayat Bukhari)

49

ANCAMAN MENINGGALKAN SOLAT JUMAAT

Firman Allah SWT:
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan
azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka
segeralah kamu pergi (ke Masjid) untuk mengingati
Allah SWT (dengan mengerjakan solat Jumaat) dan

tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang
demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu
mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”

“Kemudian setelah selesai solat, maka bertebaranlah
kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan

masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari
limpah kurnia Allah SWT, serta ingatlah akan Allah
SWT banyak-banyak (dalam segala keadaan),
supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).”
(Surah Al-Jumu’ah : 62 ayat 9 dan 10)

KEUTAMAAN SEGERA SOLAT JUMAAT

“Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:
Apabila hari Jumaat telah tiba, para malaikat berdiri di
setiap pintu masjid, mencatat orang yang pertama-tama

datang dan seterusnya. Apabila imam telah datang ( naik
mimbar), mereka tutup buku mereka dan sesudah itu
mereka pergi mendengarkan khutbah. Perumpamaan
orang datang pertama-tama, ialah seperti orang yang

bersedekah unta. Kemudian, orang yang datang sesudah
itu seperti orang yang bersedekah lembu. Kemudian,
seperti orang yang bersedekah kibasy (kambing).
Kemudian seperti orang yang bersedekah ayam,
dan kemudian seperti orang yang bersedekah telur.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

50

MEMPERMUDAH-MUDAHKAN SOLAT

Walaupun solat mempunyai pelbagai kebaikan untuk
kehidupan di dunia, mahupun di akhirat, namun ramai
daripada Umat Islam yang MEMPERMUDAH-MUDAHKAN
dan LALAI menunaikannya. Hari ini ramai orang yang
menyengkangkan mata sehingga larut malam kerana

asyik menonton program-program TV seperti bola
sepak, hiburan dan apa saja yang melalaikan

sehinggakan tidak berupaya bangun awal pagi untuk
mendirikan solat Subuh.

Nabi Muhammad SAW bila mana diberitahu kepada
Baginda terdapat seorang yang tidur nyenyak hingga

tidak bangun solat subuh menyatakan dalam
sebuah hadisnya yang bermaksud:

“ORANG ITU SYAITAN TELAH KENCING
DI DALAM KEDUA-DUA TELINGANYA.”

(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, An-Nasaie dan Ibnu Majah)

AMAL PALING UTAMA

Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya dia bertanya
kepada Rasulullah SAW.: “ Amal yang bagaimanakah
yang paling utama?” Jawabnya, “Solat pada waktunya.”
“ Kemudian itu apa?” tanyaku. Jawabnya “ Berbuat

kebajikan kepada ibubapa.” “ Kemudian itu apa?”
tanyaku lagi. Jawab beliau, “ Jihad Sabilillah!”
Aku sebenarnya hendak bertanya lagi,
tetapi aku cukupkan sedemikian.

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

51

TUNTUTAN SOLAT SEMASA PERANG

Firman Allah SWT:

“Dan apabila engkau (Wahai Muhammad) berada
dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu
engkau mendirikan solat dengan (menjadi

Imam) mereka, maka hendaklah sepuak daripada
mereka berdiri (mengerjakan solat)

bersama-samamu,dan hendaklah mereka
menyandang senjata masing-masing, kemudian
apabila mereka telah sujud,maka hendaklah mereka
berundur ke belakang (untuk menjaga serbuan
musuh);dan hendaklah datang pula puak yang lain

(yang kedua) yang belum solat (kerana
menjaga serbuan musuh), maka hendaklah mereka

bersolat (berjemaah) bersama-samamu,
dan hendaklah mereka mengambil langkah
berjaga-jaga serta menyandang senjata mereka
masing-masing. Orang-orang kafir memang suka
kalau kamu cuai lalai akan senjata dan harta benda
kamu, supaya dengan jalan itu mereka dapat
menyerbu kamu beramai-ramai dengan serentak.
Dan tidaklah kamu berdosa meletakkan senjata
masing-masing, jika kamu dihalangi sesuatu yang
menyusahkan disebabkan hujan atau kamu sakit.

Dan hendaklah kamu mengambil langkah
berjaga-jaga Sesungguhnya Allah SWT telah

menyediakan bagi orang-orang kafir itu
azab seksa yang amat hina”

(Surah An-Nisa’ : 4 ayat 102)

52

Firman Allah SWT:
“Kemudian apabila kamu telah selesai

mengerjakan solat maka hendaklah
kamu menyebut dan mengingati Allah SWT
semasa kamu BERDIRI atau DUDUK, dan semasa
kamuBERBARING. Kemudian apabila kamu telah
merasa tenteram (berada dalam keadaan aman)

maka dirikanlah solat itu
(dengan sempurna sebagaimana biasa).

Sesungguhnya solat itu adalah
satu ketetapan yang diwajibkan ke atas
orang-orang yang beriman, yang tertentu

waktunya.”
(Surah An-Nisa’ : 4 ayat 103)

PUNCA MANUSIA BAKHIL KEDEKUT

Firman Allah SWT:

Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat
resah gelisah (lagi bakhil kedekut); Apabila ia
ditimpa kesusahan, ia sangat (resah gelisah);
Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat

bakhil kedekut; Kecuali orang-orang yang
mengerjakan solat. Iaitu mereka yang
tetap mengerjakan solatnya
( Surah Al-Ma’arij : 70 ayat 19-23)

(PETIKAN KITAB TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN)
(CETAKAN KE DUA PULUH SATU - 2010)

53

ANCAMAN MENINGGALKAN SOLAT

Percakapan Diantara Penghuni Syurga Dengan Neraka
Firman Allah SWT:

Apakah Yang Menyebabkan Kamu Masuk
Ke Dalam Saqar (neraka)?”

Kami Dahulunya Tidak Termasuk
Ke Dalam Kumpulan Orang-Orang

Yang Mengerjakan Solat.”
(Surah Al-Muddaththir : 74 ayat 42-43)

MALANG JIKA MENINGGALKAN SOLAT

KEAZABAN NERAKA

Firman Allah SWT:
Sesungguhnya orang-orang yang
kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami,
Kami akan membakar mereka dalam api neraka.
Tiap-tiap kali KULIT mereka masak
hangus, Kami gantikan untuk mereka KULIT
yang lain supaya mereka dapat merasa

azab sengsara itu.
Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah SWT adalah

Maha Kuasa, Lagi Maha Bijaksana.”
(Surah An-Nisa’ : 4 Ayat 56)

54

GANJARAN MEMELIHARA SOLAT

Firman Allah SWT:

Dan Mereka Yang Tetap Memelihara
Solatnya”( Yakni Yang Tetap Mengerjakannya
Pada Waktunya Dengan Cara Yang Sempurna)

Mereka Itulah Orang-Orang Yang Berhak
Mewarisi.”

Yang Akan Mewarisi Syurga Firdaus;
Mereka Kekal Didalamnya”(Sebaik-Baik
Balasan Didalam Syurga ‘Jannat’ul Firdaus’.)”

(Surah Al-Mu’minun : 23 ayat 9,10,11)

KENIKMATAN SYURGA

Firman Allah SWT:
Dan orang-orang yang beriman serta
beramal salih, Kami akan masukkan mereka

ke dalam Syurga yang mengalir
dibawahnya beberapa sungai, mereka kekal
di dalamnya selama-lamanya. Mereka beroleh
dalam Syurga itu pasangan-pasangan / isteri-isteri

yang suci bersih, serta Kami masukkan
mereka ke tempat yang teduh
yang sentiasa dinaungi.”
(Surah An-Nisa’ : 4 Ayat 57)

55

RENUNGAN

“Wahai Manusia! Sesungguhnya telah datang
kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat
pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi
PENAWAR BAGI PENYAKIT-PENYAKIT BATIN

YANG ADA DI DALAM DADA KAMU,
dan juga menjadi hidayah

petunjuk untuk keselamatan, serta membawa
rahmat bagi orang-orang yang beriman .”
( Surah Yunus : 10 Ayat 57)

Betapa ramainya generasi masakini yang tidak
pedulikan ibadah solat dan menganggapnya satu
beban. Inilah wabak penyakit batin yang bersarang
didada mereka seperti tidak mahu solat, malas solat,

mempermudahkan / melengah-lengahkan /
mencuaikan / mengabaikan solat dan sebagainya.
Mungkin ribuan yang berpenyakit sedemikian tapi

tidak tahu kepada siapa mahu mengadu,
meraba-raba untuk mendapatkan pertolongan dan

penyembuhannya.Satu caranya ialah dengan
berdoa. Doa adalah senjata orang mukmin. Kita
perlu menyedari hakikat bahawa segala usaha
tidak akan tercapai sekiranya tidak dilengkapi

dengan NIAT dan DOA penuh yakin.

56

“ Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang
menyembuhkan penyakitku”.

( Surah Asy-Syu’ara: 26 ayat 80 )

BERDOALAH. Insya-Allah, Allah SWT akan
mengurniakan kekuatan untuk dapat mendirikan
solat secara istiqamah sepanjang hayat. Contohnya,
keberhasilan daripada menanamkan NIAT dan DOA,

ramai yang mampu berpuasa penuh sebulan
di bulan Ramadhan. Alhamdulillah.

Inilah KUASA NIAT dan KEKUATAN DOA.
Renung dan patuhilah perintah Allah SWT berikut:

“Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku
perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya

orang-orang yang sombong takbur daripada
beribadah dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka

Jahannam dalam keadaan hina”.

( Surah Al-Mu’min (Ghaffir) : 40 ayat 60 )

Mengikut JAGA SOLAT KAEDAH ADAM SOLUTION
(Panduan Memelihara dan Merawat Solat), kami
telah menyajikan Kaedah Doa untuk mendapatkan

kelapangan waktu, kelapangan kesihatan
dan solat fardu yang berikutnya.

ADAM SOLUTION

57

NIKMAT SIHAT & WAKTU LAPANG

Masa atau waktu adalah sesuatu yang dipandang
tinggi oleh Islam. Pembaziran waktu dan kegagalan
menguruskan masa yang baik akan mengundang
kerugian di dunia dan penyesalan di akhirat. Hadis

daripada Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah
SAW bersabda. “ Dua nikmat yang ramai manusia

sering lalai dengannya:

“ SIHAT dan WAKTU LAPANG ”.

(Hadis Riwayat Bukhari)

.........................................................................................................................................................

Masa adalah nikmat yang akan dihisab dan
dipertanggungjawabkan di akhirat. Kita akan
dipersoalkan terhadap pelakuan kita di setiap
detik yang dilalui.Hadis daripada Abu Barzah Al
Aslami r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda : “ Tidak
akan berganjak kedua-dua kaki seorang hamba
pada hari kiamat sehingga dia ditanya tentang
umurnya pada apa dihabiskan, tentang ilmunya apakah
telah dia amalkan, tentang hartanya dari mana dia
perolehi dan ke mana dia belanjakan dan tentang tubuh
badannya pada perkara apa dia gunakan”.

(Hadis Riwayat At-Tarmizi)

KOSONGKAN WAKTU UNTUK SOLAT

58

7 GOLONGAN YANG MENDAPAT
PERLINDUNGAN ALLAH SWT

Daripada Abu Hurairah r.a, dari Nabi SAW, sabdanya:
“Allah SWT akan memberikan naungan kepada

TUJUH jenis orang pada hari Kiamat, di mana tidak
ada naungan ketika itu kecuali naungan Allah SWT.”:

1 Imam (pemimpin) yang adil.
2 Pemuda yang taat kepada Allah SWT sejak kecil.
3 Seorang lelaki yang terpaut hatinya kepada masjid.

4 Dua orang yang mencintai kerana Allah SWT;
BERTEMU dan BERPISAH kerana-Nya.

5 Seorang lelaki yang digoda oleh seorang
perempuan bangsawan dan cantik untuk

melakukan maksiat (ZINA) tapi dia menolaknya
dengan mengatakan “Sesungguhnya aku takut

kepada Allah SWT.”
6 Seorang yang bersedekah secara bersembunyi

sehingga tidak mengetahui tangan kirinya apa
yang diberikan oleh tangan kanannya.

7 Seorang yang bermunajat kepada Allah SWT
sambil berlinangan air matanya.

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

JANGAN TINGGALKAN SOLAT

59

KELEBIHAN SOLAT FARDU BERJEMAAH

PAHALA SOLAT MEGIKUT KIRAAN 5 WAKTU
(SOLAT SUBUH, ZOHOR, ASAR, MAGHRIB, ISYAK)

BERSEORANGAN BERJEMAAH

SATU HARI 5 X 1 =5 SATU HARI 5 X 27 = 135

SATU MINGGU 5 X 7 = 35 SATU MINGGU 135 X7 = 945

SATU BULAN 5 X 30 = 150 SATU BULAN 135 X 30 = 4050

SATU TAHUN 5 X 30 X 12 = 1800 SATU TAHUN 4050 X 12 = 48600

RASULULLAH SAW BERSABDA:

SOLAT BERJEMAAH ITU LEBIH BAIK DARIPADA
SOLAT SECARA BERSENDIRIAN SEBANYAK

DUA PULUH TUJUH DARJAT, IAITU GANJARANNYA.”

(HADIS RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM)

ADAM SOLUTION
(001895956-M)

60

TUNTUTAN SOLAT FARDU ADAM SOLUTION

...........K...I.T..A...R...A...N....H...I..D...U...P............
(MUSLIM MALAYSIA)

KEMATIAN KELAHIRAN

T 60 UMUR 0 GALAKA
A 55

SO 50 (TAHUN) N SOLAT
L
KELAHIRAN
45 (0 6) (TASKA/TADIKA)

40 (7 9) (DARJAH 1 3) 7
(10 12) (DARJAH 4 6)
SUSORULAHTAN
(13 17) (TINGKATAN 1 5)

35 (18 24) (PENGAJIAN TINGGI/KERJA)
AN
P (25 (KERJA/KELUARGA/BERSARA)
I
30 KEMATIAN 10

25 PSOERLIN

20 TAATH
15
K E WA 12
J
HADIS PETUNJUK

SURUHLAH anak-anak kamu mengerjakan GALAKAN Solat
solat apabila mereka mencapai usia 7 tahun
dan PERINTAHKAN mereka supaya SURUHAN Solat Tujuh 7 Tahun
mengerjakan solat apabila mereka mencapai PERINTAH Solat Sepuluh 10 Tahun
usia 10 tahun. PUKULLAH (apabila mereka
meninggalkan solat) serta PISAHKAN di antara KEWAJIPAN SOLAT
mereka (lelaki dan perempuan) di tempat tidur.”
PEREMPUAN dikira baligh apabila
( Hadis Riwayat Abu Dawud ) mencapai usia dua belas 1122 tahun
atau PERMULAAN HAID
LELAKI dikira baligh apabila usia
mencapai lima belas 1155 tahun

61

KEDAHSYATAN HARI KIAMAT

Firman Allah SWT:

“Wahai umat manusia, bertaqwalah kepada Tuhan
kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu
suatu perkara yang amat besar.”

. . . . . . . . . . . . . . . . . . .(.S. .u. r. a. .h. .A. .l-.H. .a. .jj. .:.2. .2. .a.y. a. .t. 1. . .). . . . . . . . . . . . . . . . .
“Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa
yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu
akan melupakan anak yang disusukannya, dan
tiap-tiap perempuan yang mengandung akan

gugurkan anak yang dikandungnya; dan
engkau akan melihat manusia mabuk, padahal

mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi
azab Allah SWT amatlah berat, mengerikan.”
. . . . . . . . . . . . . . . . . .(. .S. u. .r.a. h. . .A. l.-.H. .a.j.j.:. .2.2. .a. .y.a. t. .2. .). . . . . . . . . . . . . . . . .
“Dan bahawa sesungguhnya hari kiamat itu
tetap akan datang, tidak ada sebarang syak
padanya,dan bahawa sesungguhnya Allah SWT
akan membangkitkan (menghidupkan semula)

orang-orang yang didalam kubur.”
. . . . . . . . . . . . . . . . . . .(. .S.u. .r.a.h. .A. .l.-.H. a. .j.j.:. .2.2. .a. y. .a.t. .7. .). . . . . . . . . . . . . . . . .
“Pada hari itu manusia akan keluar berselerak
(dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan
kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.”

( Surah Al-Zalzalah : 99 ayat 6)

KUBUR TEMPAT PERSINGGAHAN YANG PASTI

62

Firman Allah SWT:

“Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh
syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk
(hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah

kepada tingkatan kejadian manusia) kerana
sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari
tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian
dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul
daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang
tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang
demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada
kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan
dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu)
apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa

yang ditentukan lahirnya;kemudian Kami
mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian
(kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur

yang dewasa; dan (dalam pada itu) ada diantara
kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa
dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke
peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui
lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu.
Dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi
itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan
hujan menimpanya,bergeraklah tanahnya (dengan
tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh) dan
gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan

berjenis-jenis tanaman yang indah permai.”

( Surah Al-Hajj : 22 ayat 5)

(PETIKAN KITAB TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN)
(CETAKAN KE DUA PULUH SATU - 2010)

63

TANGGUNGJAWAB ANAK KEPADA IBUBAPA

Firman Allah SWT:
“Dan Kami WAJIBKAN manusia berbuat baik

kepada kedua ibu-bapanya; ibunya telah
mengandungnya dengan menanggung susah payah

dan telah melahirkannya dengan menanggung
susah payah. Sedang tempoh mengandungnya
berserta dengan tempoh menceraikan susunya
ialah dalam masa 30 bulan. Setelah ia besar
sampai ke peringkat dewasa yang sempurna
kekuatannya dan sampai ke peringkat umur

40 tahun, berdoalah ia dengan berkata
“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah aku supaya tetap
bersyukur akan nikmat-Mu yang engkau kurniakan
kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku
tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redhai;
dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk

ke dalam jiwa zuriat keturunanku.
Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan

sesungguhnya aku dari orang-orang Islam
(yang tunduk patuh kepada-Mu)”

(Surah Al-Ahqaf : 46 Ayat 15)

(PETIKAN KITAB TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN)
(CETAKAN KE DUA PULUH SATU - 2010)

64

TANGGUNGJAWAB ANAK KEPADA IBUBAPA

Firman Allah SWT:

“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya
engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya

semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat
baik kepada ibubapa. Jika salah seorang
dari keduanya, atau kedua-duanya

sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan
peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata

kepada mereka (sebarang perkataan kasar)
sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah

engkau menengking menyergah mereka, tetapi
katakanlah kepada mereka perkataan yang
mulia (yang bersopan santun).”

(Surah Al-Isra’ : 17 Ayat 23)

“Dan hendaklah engkau merendah diri kepada
keduanya kerana belas kasihan dan kasih
sayangmu, dan doakanlah
(untuk mereka dengan berkata) :

“WAHAI TUHANKU! CUCURILAH RAHMAT KEPADA
MEREKA BERDUA SEBAGAIMANA MEREKA TELAH
MENCURAHKAN KASIH SAYANGNYA MEMELIHARA

DAN MENDIDIKKU SEMASA KECIL.”

(Surah Al-Isra’ : 17 Ayat 24)

(PETIKAN KITAB TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN)
(CETAKAN KE DUA PULUH SATU - 2010)

65

SYURGA DAN NERAKA

Daripada Ibnu Umar r.a, katanya, Rasulullah SAW bersabda:
“ Apabila salah seorang kamu telah meninggal dunia,
MAKA DIPERLIHATKAN Allah SWT kepadanya pagi dan
petang tempatnya di Syurga jika dia akan menjadi
penduduk Syurga atau tempat di Neraka jika dia akan

menjadi penghuni Neraka, seraya dikatakan kepadanya:,
“ INILAH TEMPATMU. BEGITULAH SETERUSNYA
HINGGA ALLAH SWT
MEMBANGKITKANMU PADA HARI KIAMAT.”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

PEMERIKSAAN DAN PENYEKSAAN

Daripada ‘Aisyah r.ah katanya Rasulullah SAW bersabda:
“ Siapa yang dihisab (diperiksa) pada hari kiamat, dia akan

terseksa.” Tanya Aisyah, “ Bukankah Allah SWT telah
berfirman, “ Mereka akan diperiksa dengan pemeriksaan

yang mudah.” (Al-Insyiqaq : 84 ayat 8). Jawab beliau,
“ Itu belum pemeriksaan, tetapi baru
sekadar mengemukakan bukti-bukti.”

“ORANG YANG DIPERIKSA DENGAN TELITI NESCAYA TERSEKSA.”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

JADIKAN SOLAT WAWASAN HIDUP KITA

66

SELAWAT IBRAHIMIYAH

“Ya Allah! Limpahilah rahmat ke atas junjungan kami Nabi
Muhammad SAW dan kepada kaum keluarganya

sebagaimana Engkau telah melimpahkan rahmat ke atas
junjungan Nabi Ibrahim alaihissalam dan keluarganya.

Juga limpahilah berkat ke atas junjungan kami Nabi
Muhammad SAW dan kepada kaum keluarganya

sebagaimana Engkau telah melimpahkan berkat kepada
junjungan kami Nabi Ibrahim alaihissalam dan kepada
kaum keluarganya di seluruh alam ini. Sesungguhnya

Engkaulah Zat yang terpuji lagi maha Agung.”
Firman Allah SWT :

“Seseungguhnya Allah dan para malaikatNya
berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang

beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan
ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”

( Surah Al-Ahzab: 33 Ayat 56)

67

FADHILAT SURAH AL-HASYR

MALAIKAT BERSELAWAT ATASNYA
Daripada Fadhil Ibnu Yassar Al-Muzani r.a berkata:

Nabi SAW telah bersabda:
“Sesiapa membaca ketika bangun Subuh
“A’uuzubillahis-Sami’il-alimi-Minas-Syaitanir-Rajim.”
Kemudian membaca tiga ayat akhir surah Al-Hasyr
maka Allah SWT mewakilkan 70 Malaikat berselawat
atasnya hingga petang. Begitu juga waktu petang dan
jika dia meninggal hari itu dikira mati syahid.”

(Hadis Riwayat At-Tarmizi)
68

SURAH AL-HASYR

(TERJEMAHAN AYAT 22, 23 DAN 24)

Firman Allah SWT:

“Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia;
Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang
nyata; Dialah Yang Maha Pemurah,
lagi Maha mengasihani.”

(Surah Al-Hasyr : 59 Ayat 22)

“Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan
Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha
Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala
kekurangan); Yang Melimpahkan Keamanan; Yang
Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa;
Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya);

Yang Melengkapi segala KebesaranNya.
Maha Suci Allah dari segala

yang mereka sekutukan denganNya.”
(Surah Al-Hasyr : 59 Ayat 23)

“Dialah Allah, yang Menciptakan sekalian
makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada);

Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya
menurut yang dikehendakiNya);

bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan
semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala
yang ada di langit dan di bumi; dan Dialah Yang
tidak ada tuluk bandingNya, lagi Maha Bijaksana.”

(Surah Al-Hasyr : 59 Ayat 24)

(PETIKAN KITAB TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN)
(CETAKAN KE DUA PULUH SATU - 2010)

69

SAYYIDUL ISTIGHFAR

.....................................................................................................

(Ya Allah, Engkau-lah pemeliharaku, tiada Tuhan
melainkan Engkau, Engkau telah menciptakanku dan aku

adalah hamba-Mu dan aku di bawah sumpah setia
dan janji-Mu, tiada upaya aku, aku berlindung dengan-Mu
dari kejahatan yang telah aku lakukan dan aku mengakui
nikmat-Mu ke atasku dan jua akan dosaku, maka ampunilah

aku, sesungguhnya tiada yang mengampuni

.........................(..d..o..s..a..-.d..o...s..a..)..m...e..l.a..i.n..k..a..n....E..n..g..k...a..u..)...........................

Fadhilatnya : Rasulullah SAW menerangkan ; “Barang
siapa yang membacanya pada waktu siang dengan

keyakinan kemudian dia meninggal sebelum petang dia
tergolong di kalangan ahli syurga. Barang siapa yang

membacanya waktu malam dalam keadaan yakin
dengannya, kemudian dia meninggal sebelum waktu

subuh, dia tergolong di kalangan ahli syurga.”
(Hadis Riwayat Bukhari)
70

SELAWAT

(Ya Allah! anugerahkanlah kesejahteraan kepada (Nabi) Muhammad)
Makna berselawat kepada Nabi Muhammad SAW ialah

permohonan doa kepada Allah SWT untuk melimpahkan
Rahmat, Kemuliaan, Kerahmatan dan Kepujian kepada

Baginda Nabi Muhammad SAW.

FAEDAH BERSELAWAT

(ANTARANYA)

* Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi Muhammad SAW

bersabda: “Sesiapa yang berselawat keatasku sekali,
Allah SWT akan berselawat keatasnya 10 kali.”
(Riwayat Muslim)

* Daripada Ibnu Mas’ud RA, bahawa Nabi Muhammad SAW

bersabda: “Orang yang berhak mendapat syafaatku pada
Hari Kiamat ialah orang yang lebih banyak selawatnya
kepadaku.” (Riwayat At-Tirmizi)

SERUAN BERSELAWAT

Wahai orang yang beriman! Marilah kita berselawat
sebanyak 1000 kali sehari. Allah SWT akan

melimpahkan 10000 Rahmat sehari (1000x10), kalau
sebulan 300000 (10000x30) dan setahun 3.6 juta
(300000x12). Lebih banyak berselawat akan lebih
berganda limpahan Rahmat Allah SWT kurniakan.

71

ISTIGHFAR

Istighfar adalah lafaz ungkapan permohonan ampun kepada
Allah SWT yang lahir daripada penyesalan terhadap perbuatan

dosa dan maksiat yang dilakukan. Hakikatnya bermaksud
kembali kepada Allah SWT seperti yang diperintahkan oleh

Allah SWT terhadap hamba-hambaNYA.

Firman Allah SWT:
“Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah,

kerana sesungguhnya Allah adalah amat Pengampun,
lagi amat Mengasihani”
(An-Nisa’: 4 ayat 106)

Baginda Rasulullah SAW pernah ditanyakan oleh sahabat
bagaimana untuk beristighfar. Baginda lantas menjawab:

Maksudnya: “Aku memohon ampun kepada Allah,
Aku memohon ampun kepada Allah.

SERUAN BERISTIGHFAR

Wahai orang yang beriman! Marilah kita

beristighfar sebanyak 1000 kali setiap hari.

Istighfar dapat melahirkan insan yang sentiasa memohon

keampunan dan taubat kepada Allah SWT. Insya-Allah

72

DEFINISI SOLAT

* Solat dari segi BAHASA ialah doa memperolehi
kebaikan.
Firman Allah SWT:
“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka
menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya
engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan
mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan

doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya
doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan

(ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha
Mengetahui.”

(Surah At-Taubah: 9 ayat 103)

* Solat dari segi SYARAK ialah perkataan dan
perbuatan yang dimulai dengan takbir dan
ditutup dengan salam dengan syarat-syarat
khusus. Perkataan melibatkan lima perkara iaitu
Takbiratul Ihram, membaca Al-Fatihah, Tasyahhud
Akhir, Selawat ke atas Nabi SAW dan salam yang
pertama. Perbuatan pula melibatkan lapan perkara
iaitu berdiri tegak bagi yang mampu, niat, rukuk,

iktidal, sujud, dan duduk antara dua sujud,
iaitu tahiyat akhir dan juga tertib.

73

BUKU ini mengandungi Kaedah Panduan Doa untuk memelihara
Solat Fardu serta mengaudit dan mengqadakan Solat yang luput

dengan begitu mudah dan ringkas dipersembahkan.
Melalui Kaedah ADAM SOLUTION (Pelihara dan Rawat Solat),

kami yakin dapat menyuburkan kecintaan kepada SOLAT dan
membantu memantapkan ibadat solat seseorang Muslim. Insya-Allah.

BUKU INI MENGANDUNGI DUA SEGMEN SEPERTI BERIKUT:-

SEGMEN PERTAMA

Segmen ini mengandungi panduan Doa Solat Nabi Ibrahim
Alaihissalam (Surah Ibrahim – ayat 40) dan Doa Untuk
Mengekalkan Solat Fardu Pada Setiap Waktu.

FAEDAHNYA

1 Menyediakan contoh penutup doa selepas solat fardu yang
dilakukan secara bersendirian atau berjemaah.

2 Sentiasa diperingatkan untuk dapat mendirikan solat fardu yang
berikutnya setelah selesai setiap solat fardu didirikan.

3 Dapat mendirikan SOLAT FARDU TEPAT PADA WAKTUNYA.
4 Dapat memelihara solat fardu secara istiqamah sepanjang masa.
5 Dapat mengaturkan pengurusan waktu solat bersama lain-lain
ibadah dengan bijaksana dan akhirnya secara beransur-ansur dapat

membina disiplin waktu dalam diri pelakunya.
6 Dapat mewariskan doa tersebut kepada ahli keluarga dan juga
keturunannya. Sebagai anak yang soleh/solehah besar kemungkinan

kepada kedua ibubapanya turut diajarkan doa tersebut.
7 Dapat membantu menyebarluaskan doa tersebut kepada lain-lain

bangsa yang beragama Islam.
8 Dapat membina keazaman untuk dapat solat fardu berjemaah

secara istiqamah bersama anak kariah masjid/surau dan ahli
keluarga. Ini akan mengeratkan hubungan sillaturrahim
di kalangan keluarga dan masyarakat setempat.

74

SEGMEN KEDUA

Segmen ini mengandungi kaedah mengaudit dan
mengqadakan solat fardu yang tertinggal. Sebenarnya qada
solat tidak dapat menggantikan solat yang pernah ditinggalkan

kerana masanya telah luput kecuali kerana tidak sengaja
atau tertidur. Bagaimanapun sekiranya diqadakan juga,
tentulah ia diterima Allah SWT apabila datangnya daripada

hati yang penuh ikhlas.

FAEDAHNYA

1 Dapat menghisab/menghitung jumlah solat fardu yang
tertinggal/luput.

2 Dapat merekodkan jumlah solat fardu yang diYAKINI tertinggal
/luput sejak usia baligh.

3 Dapat merekodkan jumlah solat qada yang dilakukan secara
lebih teliti perhitungannya.

4 Dengan merekodkan tarikh solat qada MULA dilakukan dapat
membantu mengaktifkan akaun (pahala) solat qada dan
mendorongnya untuk beristiqamah sehingga
lunas hutang solat fardunya.

FIRMAN ALLAH SWT:

“ Dan mereka yang tetap memelihara solatnya (yakni
yang tetap mengerjakannya pada waktunya dengan cara yang

sempurna). Mereka (yang demikian sifatnya) ditempatkan
di dalam syurga dengan diberikan penghormatan). ”

( Surah Al-Ma’aarij : 70 ayat 34 & 35)

“ Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan
sempurna pada waktunya) segala solat fardu, khasnya

solat Wusta ( solat Asar ), dan berdirilah
kerana Allah ( dalam solat kamu )
dengan taat dan khusyuk. ”

( Surah Al-Baqarah : 2 ayat 38 )

PROFIL PERIBADI

Mejar Abu Bakar bin Haji Ahmad (B)
dilahirkan di Muar, Johor pada 15 September
1947 dan mendapat pendidikan di High
School Muar sehingga 1965. Beliau menjadi
perajurit pada tahun 1966 dan memasuki
Royal Military College dan kemudiannya
ditauliahkan sebagai pegawai Angkatan
Tentera Malaysia (ATM) pada 16 April 1971.
Beliau juga mendapat pendidikan ketenteraan di School of Military
Intelligence di Australia pada 1976. Pada Januari 1986, beliau
menamatkan perkhidmatan dengan ATM dan menubuhkan
Syarikat ADAM CO. Pada 1988, ADAM CO menjadi Franchisee
Murtabak Pak Din di Kuala Lumpur.
Mejar Abu Bakar berjaya membangunkan Kaedah Adam Solution,
iaitu satu kaedah JAGA SOLAT (Pelihara dan Rawat) hasil 20 tahun
kajian (1994–2014) mengenai Permasalahan Solat. Kaedah ini
ditulis dalam buku terbitan sulungnya MARILAH MENDIRIKAN
SOLAT MARILAH MENUJU KEJAYAAN. Adam Solution didaftarkan
pada 28 September 2009. Buku edisi Braille juga diterbitkan hasil
usahasama dengan Al Fitrah Foundation untuk Orang Kelainan
Upaya (Cacat Penglihatan) untuk Malaysia, Singapura, Indonesia
dan Negara Brunei Darussalam.

KAEDAH ADAM SOLUTION

Untuk Pelihara Solat, beliau memfokuskan kepada penggunaan
doa solat Nabi Ibrahim a.s. (Surah Ibrahim: 14 ayat 40) ketika
berdoa. Untuk Rawat (Qada) solat, beliau mereka bentuk satu
sistem pengauditan untuk mengaudit dan mengqadakan solat

yang luput dengan begitu mudah dan ringkas dipersembahkan.

MISI

Melahirkan institusi keluarga Islam yang komited dengan ibadah solat.

RM 10.00

Jaga Solat Kaedah Adam Solution


Click to View FlipBook Version