ECO2073
FIQH MUAMALAT
MATA WANG DIGITAL/ KRIPTO
PENSYARAH: PN. ASYIKIN BINTI SALLEH
TARKH HANTAR: 14 MAY 2021
NAMA NO. ID
NOOR KIASATINA BINTI AZHAR BMF20-07-069
MOHAMAD ZULHAKIMI BIN MOHAMAD NASIR BMF20-07-008
NUR FEZRA ELYANA BINTI MOHD YAZID BMF20-07-088
AHMAD SHAFIQ BIN NORAZMAN BMF20-07-006
PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kami menyiapkan ke
tugasan Fiqh Muamalat (ECO2073) dengan jayanya. Pertama kali kami mengucapkan ribuan
terima kasih kepada Puan Asyikin binti Salleh yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta
penerangan yang sempurna kepada kami dari awal lagi sejak tugasan Fiqh Muamalat ini
diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini. Selain itu juga, terima kasih
kepada puan kerana memberikan kepercayaan kepada kami dalam menjalankan tugasan ini
sehingga jayanya.
Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa kami yang banyak memberi sokongan serta dorongan
dalam menjalankan tugasan Fiqh Muamalat (ECO2073) ini. Malah, jutaan terima kasih kepada
rakan-rakan seperjuangan yang bersama-sama bertungkus lumus menghasilkan tugasan ini
dan juga bertukar-tukar idea dalam membantu kami menyiapkan tugasan ini.
Akhir sekali, harapan kami agar segala tugasan yang kami hasilkan dapat menambahkan ilmu
pengetahuan kami.
1
ISI KANDUNGAN
TAJUK MUKA SURAT
1
Penghargaan
3-7
Isu-isu semasa 8 - 11
12 - 14
Pandangan ulama’ / syarak
15
Cadangan dan kaedah penyelesaian
Rujukan dan Nota Kaki
2
ISU-ISU SEMASA
Isu Pertama: Matawang kripto tidak boleh diselia
Isu pertama adalah persepsi yang meluas bahawa matawang digital adalah tidak boleh diselia
dengan baik. Lantaran itu, ini akan membuka pintu yang seluas-luasnya kepada amalan
kewangan yang tidak sihat seperti ketiadaan pematuhan kepada polisi ‘know your customer
(KYC)’, aktiviti pengubahan wang haram (AMLA) dan juga pendanaan aktiviti yang
mengancam negara dan dunia (seperti aktiviti keganasan). Sekali lagi, masyarakat percaya
bahawa ini adalah benar dan seterusnya ini akan membahayakan ekosistem kewangan yang
sihat.
Kita perlu menjaga keluhuran dan ketelusan transaksi kewangan kita. Tidak boleh tolak ansur
dan kompromi sama sekali. Hukum matawang kripto adalah haram jadinya.
Namun, adakah persepsi ini benar? Ia mungkin benar sekiranya para pengamal matawang
digital tidak mahu menjadikan sistem dan operasi mereka dikaitkan dengan sistem pengawal-
seliaan sedia ada dalam mana-mana negara. Berita baik untuk semua. Mawatang kripto dan
ekosistemnya (open and distributed) adalah lebih telus daripada mawatang fiat di mana setiap
transaksi kewangan dapat dipantau dengan lebih tepat dan terbuka. Sebarang perpindahan,
pertukaran dan transaksi berkaitan matawang digital mesti dilakukan secara terbuka melalui
sistem pengesahan dan perakuan yang berbentuk kolektif. Di sini, pihak penguatkusa boleh
terlibat sama dalam proses pengawalan kerana semuanya mesti melalui sistem internet.
Ini semua tidak boleh berlaku dalam mawatang fiat. Sehubungan itu, kecurangan kewangan
masih berleluasa dalam masyarakat dunia sekarang kerana wang fiat yang ada sekarang
(yang haram) boleh dipinda di luar sistem perbankan dan kewangan. Ada banyak cara
dipindahkan wang tanpa melalui sistem perbankan.
Berita baik ialah ini tidak mungkin berlaku dalam konteks matawang digital sekiranya ini
dijadikan sebahagian daripada pengawal-seliaan negara. Tidak keterlaluan kalau disebut sini
bahawa kaedah penggunaan matawang digital lebih dekat dengan konsep maqasid al-Syariah
dalam memerangi rasuah dan jenayah kewangan di zaman moden ini berbanding penggunaan
wang fiat. Agak pelik juga kenapa wang fiat boleh diterima sebagai patuh Syariah walaupun
sudak terbukti banyak kali di mana kes-kes rasuah dan penggubahan wang haram telah
berlaku melalui instrument wang fiat.
3
Perlu ahli kumpulan kami jelaskan di sini bahawa kami tidak mengatakan bahawa apabila
berlaku rasuah dan penggubahan wang haram maka sesuatu matawang itu samada
matawang fiat atau digital atau apa sahaja bentuknya akan dianggap haram. Ia tidak ada
kaitan sama sekali dengan keharusan dan kesasihan sesuatu bentuk matawang. Rasuah juga
boleh berlaku dalam matawang bersandarkan bahan logam emas dan perak.
Ini semua berkaitan dengan minda jenayah dan minda jahat manusia. Dosa dan hukum Syarak
bukan terletak pada bentuk matawang tetapi kepada tindakan manusia. Kami menghuraikan
bagini kerana terkilan kerana sebahagian ulamak menggunakan isu ketidakpatuhan undang-
undang sebagai alasan untuk tidak membenarkan matawang digital sedangkan isu
ketidakpatuhan undang-undang ini berlaku juga dalam matawang fiat malah tetap berlaku
dalam matawang dinar dan dirham di masa lepas.
4
Isu Kedua: Skim penipuan matawang kripto
Isu kedua adalah terdapat suara dan minda Syariah yang kuat yang menyatakan bahawa
mawatang digital ditakuti akan membuka skim penipuan yang besar (kerana ini bidang baru
dan ramai yang tidak memahaminya) dan ini seterusnya akan membawa kepada orang ramai
terjebak dalam kesan buruk sebagai akibat akhir nanti. Akibat buruk adalah dilarang oleh
Syariah berdasarkan prinsip sadd al-dhari’ah atau ma’al al-tatbiq iaitu hukum sesuatu perkara
dan tindakan itu perlu dilihat dari kesan akhirnya walaupun mungkin kerangka dan sifat
sesuatu kontrak itu adalah harus dan suci daripada semua larangan Syarak. Ini adalah
penghujahan Syariah yang relevan sepanjang zaman dan setiap tempat bagi melindungi
masyarakat khususnya masyarakat awam.
Tidak dapat dinafikan bahawa apabila sesuatu perkara atau kontrak itu tidak jelas atau kurang
difahami, maka ramai akan tertipu dengan skim penipuan (scam) yang mungkin tumbuh
macam cendawan selepas hari hujan. Menariknya, fenomena ini berlaku juga dengan meluas
dalam transaksi lain seperti saham, emas, hartanah dan juga pertukaran mawatang asing
(FOREX). Kegiatan penipuan ini sudah berlaku dan masih berlaku dengan aktif dalam
masyarakat oleh mereka yang mengambil kesempatan dan mempunyai minda jenayah.
Undang-undang negara perlu lebih ketat dan tegas dalam menanggani salah laku ini melalui
skim kewangan yang tidak mematuhi undang-undan dari segi penzahiran dan bentuk transaksi
tertentu.
Walaupun perkara penipuan ini berlaku dalam sektor-sektor ini, agensi dan badan Syariah di
negara tidak pula membuat keputusan bahawa aspek transaksi emas atau saham atau
perniagaan matawang asing adalah tidak dibenarkan secara keseluruhannya kerana takut
membuka pintu kepada skim penipuan. Apa yang telah berlaku di masa lepas dalam kes yang
sama adalah membezakan antara transaksi yang patuh undang-undang dan juga Syariah dan
juga aktiviti-aktiviti yang tidak patuh undang-undang sama sekali. Apabila sesuatu transaksi
itu tidak mematuhi undang-undang negara pada asalnya, maka tidak perlu kepada
penghujahan Syariah kerana keputusan Syariah diperlukan hanya dalam perkara dan bidang
kuasa yang dibenarkan oleh undang-undang.
Dalam isu matawang kripto khususnya dalam perkara-perkara yang difikirkan boleh membawa
kepada keburukan dan kesan buruk berdasarkan prinsip ‘menutup pintu keburukan’ atau sadd
al-dhari’ah, alangkah elok kalau difokuskan perhatian kita kepada cara mengatasi amalan dan
skim penipuan dalam masyarakat berkaitan matawang kripto, sekiranya ada. Inilah
5
pendekatan yang lebih baik dan sejahtera daripada memberi satu keputusan Syariah semata-
mata berdasarkan kepada rasa takut terjebak dalam perkara yang buruk.
Ini adalah kerana perkara buruk yang dibimbangi ini hanyalah satu anggapan semata-mata
dan mungkin satu perkara yang tidak relevan sama sekali seperti digunakan contoh
bagaimana beberapa pasaran (exchange) matawang kripto telah digodam untuk tidak
membenarkan penggunaan dan transaksi menggunakan matawang digital. Memang betul
beberapa pasaran ini telah digodam tetapi sehingga sekarang tidak ada mana-mana
matawang kripto yang bereputasi dan berteknologi tinggi yang telah digodam. Penggunaan
contoh pasaran atau bursa matawang digital dalam penghujahan sadd al-dhariah adalah tidak
tepat sama sekali. Dalam kaedah Syariah berkenaan sadd al-dhariah, keburukan yang ingin
dijauhi dan dibimbangi adalah satu perkara yang sifat keburukannya adalah sudah jelas dan
bukan andaian atau anggapan semata-mata.
Lagipun dalam Shariah, ada juga kaedah fath al-dhariah iaitu membuka pintu kepada kebaikan
iaitu melakukan satu perkara yang baru yang akan membawa kepada hasil yang baik atau
lebih baik. Mengapa kita tidak dapat melihat matawang digital sebagai pembuka mekanisma
membenteras jenayah kewangan dengan lebih mudah, pengukuran impak (pengagihan zakat
dan wakaf) yang lebih berkesan dan juga pengurangan kos pengurusan kewangan dalam
banyak segi dan keadaan?
Sebagai kesimpulan, kami ingin simpulkan di sini bahawa matawang digital yang mempunyai
segala ciri-ciri teknologi yang tinggi seperti kriptografi dan blockchain adalah satu bentuk
pertukaran transaksi kewangan yang baru samada melibatkan pertukaran barang atau
perkhidmatan. Persoalan yang lebih besar lagi; adakah ia satu bentuk matawang yang
mengambil hukum matawang dalam Syariah (iaitu ahkam al-sarf) atau ianya merupakan satu
komoditi atau ianya merupakan satu alat pertukaran tetapi tidak sampai ke tahap dan fungsi
matawang.
Kami berpandangan bahawa setiap matawang digital yang cukup syarat-syaratnya (melainkan
stable coin atau dikenali juga sebagai ‘fiat digital’ iaitu matawang digital yang dikeluarkan oleh
sesebuah negara bagi membuat sandaran langsung kepada matawang resmi negara dalam
bentuk digital) adalah bukan matawang (al-naqd). Ia tidak mempunyai ciri-ciri yang cukup
untuk menjadi satu matawang baru dalam negara moden pada hari ini.
Sekiranya ia bukan matawang, apakah pula bentuk sebenar instrumen ini yang dikenali
dengan matawang digital ini? Dalam konteks ini, saya ingin menyimpulkan pandangan
6
peribadi bahawa ianya adalah satu alat pertukaran (medium of exchange) yang diterima dan
diperakukan dalam kelompok masyarakat tertentu. Namun, sifatnya sebagai alat pertukaran
ini tidak menjadikan dirinya sebagai matawang yang boleh menyimpan nilai (store of value)
dan sebagai satu unit pengukur harga dan nilai (unit of measurement). Dalam bahasa teknikal
(dalam bahasa Inggeris), ia adalah “medium of exchange but not amounting to money or
currency”.
Buat masa sekarang, terdapat lagi banyak perkara dan instrumen lain – selain matawang
digital – yang boleh menjadi alat pertukaran membeli barang atau perkhidmatan tetapi
perkara dan instrumen ini bukanlah berbentuk matawang. Ini adalah satu manifestasi fekah
yang berbentuk dinamik. Alat pertukaran boleh terbentuk dalam bentuk mata (points),
perkhidmatan, token, kod tertentu (seperti matawang digital) dan pelbagai lagi kemungkinan
yang diterima masyarakat dengan penuh kepercayaan sebagai landasan atau pendasar bagi
membeli apa-apa barang dan perkhidmatan.
Ini adalah pandangan kami di waktu dan saat ini. Mungkin di masa hadapan, disebabkan
penerimaan yang lebih menyeluruh daripada negara dan agensi dunia, matawang digital
tertentu mungkin boleh menjadi matawang sebenar sebagai tambahan kepada matawang lain
yang berbentuk bercetak. Apabila ini berlaku, matawang digital bukan lagi berbentuk komoditi
yang juga berperanan sebagai alat pertukaran. Di saat itu, ia akan bertukar menjadi
matawang resmi negara atau dunia dengan memenuhi semua syarat-syarat sebagai
matawang resmi negara/dunia.
7
PANDANGAN ULAMA’/SYARAK
Terdapat banyak skim pelaburan palsu yang menggunakan bitcoin sebagai tarikan kepada
pelabur yang telah muncul selaras dengan perkembangan mata wang kripto tersebut sama
ada di peringkat nasional mahupun global.
Antara contoh syarikat tersebut ialah Bitkingdom, Ethtrade Malaysia dan Ethtrade Limited,
yang berdaftar di Hong Kong, dan syarikat-starikat ini telah tersenarai di dalam Bank Negara
Financial Consumer Alert pada 23 Jun 2017.[41]
Menurut Darul Iftaa’ Misriyyah (Majlis Fatwa Mesir), Keterlibatan dalam urusan bitcoin adalah
tidak dibolehkan dari sudut syarak kerana risikonya yang terlalu besar terhadap individu dan
negara. Menurut Mufti Republik Mesir Syeikh Shauqi ‘Allam, bitcoin diharamkan berdasarkan
kepada alasan-alasan yang berikut seperti boleh menjadi saluran untuk kegiatan-kegiatan
haram,penipuan dan melanggar undang-undang seperti mendanai aktiviti pengganas
(Daesh), penggubahan wang haram dan mengelak daripada membayar cukai (tax evasion).
Selain itu, menurut Dr. Ahmad Sufyan Che Abdullah iaitu merupakan Pensyarah Kanan,
Jabatan Syariah dan Pengurusan, Universiti Malaya dan penulis bagi laman sesawang
muamalat.my menyatakan bahawa bitcoin dilihat satu alat baru yang tidak dapat dipastikan
identitinya secara khusus sama ada ia berbentuk mata wang atau sebaliknya. Namun, dalam
masa yang sama tidak dinafikan terdapat beberapa isu syariah terhadap mata wang ini seperti
kadar spekulasi yang tinggi, mudah berlaku penyelewangan dan penipuan, tiada sandaran,
tiada kawalan daripada pihak berautoriti dan sebagainya. Oleh itu, disebabkan faktor-faktor
tersebut, beliau berpandangan bitcoin tidak diharuskan bagi menjaga kepentingan
masyarakat awam.
Berdasarkan isu semasa matawang kripto, terdapat fatwa dan pandangan ilmuan islam
terhadap matawang kripto ataupun bitcoin ini. Dalam membincangkan status mata wang
maya ini menurut pandangan Islam, terdapat dua pendapat berdasarkan kepada maṣlaḥah
dan mafsadah yang wujud dalam sistem kewangan maya bitcoin para ilmuan Islam. Menurut
pandangan Muntadā al-Iqtiṣād al-Islāmi pada tahun 2018, menyatakan penggunaan bitcoin
sebagai alat pembayaran adalah diharuskan kerana bitcoin adalah mata wang dan harta yang
mutaqawwim. Menurut pandangan Kahf pada tahun 2017, mengatakan bahawa bitcoin adalah
mata wang yang sah secara spesifik. Menurut Abu Bakar pada tahun 2018, mengatakan
bitcoin dikategorikan sebagai harta menurut syariah dan diharuskan penggunaan bitcoin
8
sebagai mata wang. Menurut pandangan Bakar pada tahun 2019, penggunaan mata wang
digital seperti bitcoin lebih dekat dengan konsep maqāsid al-Shariah berbanding mata wang
fiat.
Namun, terdapat pandangan dan fatwa yang mengharamkan penggunaan bitcoin disebalik
pandangan yang menyokong penggunaan bitcoin sebagai mata wang ini. Menurut pandangan
Dār al-Iftā’ al-Misriyyah pada tahun 2018, beliau telah memfatwakan perdagangan mata wang
bitcoin adalah haram syarie kerana bitcoin bukanlah instrumen pembayaran yang diterima
umum kerana tidak dikeluarkan oleh mana-mana Negara. Pemerintah dan institusi kewangan
mempunyai hak mutlak yang rasmi terhadap peneluaran mata wang sesebuah kerajaan.
Transaksi bitcoin terkandung unsur gharar, ketidaktahuan dan penipuan identiti pencipta
bitcoin dan bitcoin juga tidak menepati syarat dan ciriciri mata wang. Ciri-ciri dan nilai bitcoin
membawa kepada gharar iaitu tidak jelas. Bitcoin juga dapat digunakan dengan mudah untuk
transaksi yang melanggar undang-undang dan volatiliti bitcoin yang sangat tinggi membawa
kepada khaṭar dan ḍarar. Menurut pandangan AlHay’ah alc Āmmah li al-Shu’ūn al-Islāmiyyah
wa alAwqāf pada tahun 2018 juga turut memfatwakan pengharaman penggunaan bitcoin
kerana ia tidak menepati Shariah dan undang-undang. Menurut Dār al-Iftā'’al-Filistiniyyah
pada tahun 2018 mengatakan haram melakukan transaksi menggunakan bitcoin kerana wujud
perbezaan nilai yang sangat ketara. Bitcoin tidak mempunyai illat al-thamaniah kerana bitcoin
tidak diterima umum sebagai mata wang. Penjualan dan pembelian bitcoin tergolong dalam
bayc al-majhūl dan bayc al-gharar yang dilarang dalam Islam. Penggunaan bitcoin adalah
haram kerana mengandungi gharar fāḥish yang membawa kepada perjudian.
Menurut syarak berdasarkan kepada pernyataan dan pandangan serta fatwa yang telah
dikeluarkan berkaitan status bitcoin, dapat dilihat bahawa para ilmuan Islam telah berselisih
pendapat dalam menentukan status bitcoin. Pandangan yang pertama menyatakan bahawa
harus menggunakan bitcoin dan mereka mengakui bahawa bitcoin memenuhi ciri-ciri mata
wang seperti nilai, harga dan mutaqawwim. Mereka berpendapat bahawa hukum asal
penggunaan dan penerimaan bitcoin sebagai mata wang ada harus kecuali wujud dalil yang
mengharamkan penggunaannya. Selain itu, Bitcoin adalah māl mutaqawwim kerana realiti
semasa menerimanya sebagai mata wang dan mempunyai nilai monetari. Ketiadaan regulasi
tidak menjadi masalah dalam praktikal bitcoin sebagai mata wang. Pandangan yang kedua
pula ialah mengharamkan bitcoin kerana bitcoin tidak menepati ciri-ciri mata wang yang sah.
Bitcoin juga terkandung unsur gharar dalam transaksi bitcoin yang membawa kepada khaṭar
dan ḍarar. Seterusnya, ketiadaan badan berautoriti dalam meregulasi dan mengawasi bitcoin.
9
Bitcoin sangat mudah dieksplotasi untuk kegiatan jenayah dan keganasan dan volatiliti bitcoin
yang sangat ekstrim membawa kepada spekulasi yang besar dan ketidakstabilan nilai.
Berdasarkan firman Allah (alQuran, al-Baqarah 2: 275) yang menyatakan penggunaan bitcoin
sebagai alat pembayaran alternatif dalam urus niaga secara umumnya adalah diharuskan:
َوأَ َح َل ال هل ال َبي َع َو َح َر َم الرِ َبا
Maksudnya: Dan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.
Dalam urus niaga jual beli, penggunaan mata wang adalah halal menurut Islam selama urus
niaga tersebut bersih dan suci dari riba yang dilarang oleh Islam. Pengharusan penggunaan
bitcoin sebagai mata wang dalam urus niaga juga termasuk dalam kaedah pengharusan iaitu:
الآصل في الاشياء الاباحة
Maksudnya: Hukum asal bagi sesuatu perbuatan atau amalan adalah harus (Al-Suyuṭi 2006).
Penggunaan bitcoin sebagai alat pembayaran tergolong dalam thawābit yang mengharuskan
namun hukum pengharusan tersebut boleh berubah jika wujud mafsadah yang lebih besar
dari kadar maṣlaḥah yang disediakan bitcoin yang muncul sebagai mata wang disentralisasi
pertama dalam sistem monetari yang tidak diterbitkan oleh mana-mana Negara.
Walaupun wang fiat turut digunakan sebagai alat pembayaran dalam perjudian, namun
pengaliran wang fiat tetap boleh dijejak dan dikawal serta disekat kerana wang fiat
diselenggara pihak kerajaan berbeza dengan bitcoin yang dikawal oleh kriptograf dan setiap
maklumat pengaliran bitcoin dilindungi oleh anonymity. Oleh itu, penggunaan bitcoin sebagai
mata wang dan alat pembayaran perlu disekat kerana penggunaanya lebih banyak
menyumbang kepada mafsadah yang akan membantutkan usaha meralisasikan konsep ḥifẓ
alMāl.
Pengguna bitcoin dibekalkan virtual wallet sebagai tempat simpanan bitcoin yang dimiliki.
Virtual wallet sangat mudah dibawa kerana disimpan dalam telefon pintar dan akses virtual
wallet sangat cepat kerana hanya menggunakan internet. Virtual wallet yang dimiliki
dilengkapi dengan tahap sekuriti yang tinggi bagi mengelakkan kecurian atau kehilangan
bitcoin yang dimiliki. Akan tetapi, virtual wallet sangat sensitif dan sering menjadi sasaran
10
kepada penjenayah siber yang mengimplikasikan kecurian bitcoin yang disimpan walaupun
virtual wallet dilengkapi dengan tahap sekuriti yang tinggi. Contohnya pada Februari 2014,
pemilik bitcoin kehilangan bitcoin yang dimiliki semasa melakukan pertukaran di Mt. Gox
akibat dari keralatan sistem. Disember 2013 menyaksikan 96000 bitcoin telah dicuri dari Sheep
Marketplace, laman web dadah secara dalam talian di China. Januari 2018 menyaksikan
Coincheck telah digodam dan mengakibatkan kehilangan bitcoin sebanyak 530 USD. Pada 7
Mei 2019 penggodam telah mencuri sebanyak 7000 bitcoin yang bernilai lebih dari 40 juta
USD dari Binance, salah satu laman pertukaran mata wang kripto terbesar dunia (Corbet et
al. 2019; Kancs, Ciaian & Rajcianova 2015; Kharpal 2019; Luther & White 2014; Yermack
2014). Bitcoin yang hilang akibat kecurian atau keralatan sistem tidak boleh didapatkan balik
kerana sistem kewangan bitcoin menggunakan kaedah irreversible. Kaedah ini dilihat amat
merugikan pengguna dan akan menyebabkan pengguna bitcoin akan jatuh muflis dalam
sekelip mata (Zahudi & Amir 2016; Xie 2019).
Setelah dilihat kepada perbandingan maslaḥah dan mafsadah serta munāqashah antara hujah
yang mengharuskan dan mengharam bitcoin dapat dilihat bahawa pandangan serta fatwa
yang mengharamkan bitcoin adalah lebih tepat jika dibandingkan dengan pandangan yang
mengharuskan bitcoin. Ini kerana apabila berlaku pertembungan antara maṣlaḥah dan
mafsadah dalam praktikal bitcoin, mengekang dan menyekat mafsadah dari berulang lagi
adalah lebih utama dari merealisasikan maṣlaḥah yang wujud. Kemustahilan dalam menjejak
dan memantau pergerakan bitcoin, kesediaan anonymity dalam memberi perlindungan data
bagi kegiatan jenayah serta sensitiviti virtual wallet terhadap jenayah siber merupakan antara
mafsadah yang dijadikan hujah dalam menyekat dan mengharamkan penggunaan bitcoin
walaupun wujud maṣlaḥah dalam bitcoin. Menurut kaedah fiqh:
درء المفاسد اؤلى من جلب المصالح
Maksudnya: Menghalang keburukan diutamakan daripada menarik kemaslahatan (Al-Suyuṭi
2006; Ibn Nujaym 1999).
Walaupun hukum penggunaan bitcoin pada asalnya adalah harus kerana dilandaskan dalil
yang thabit namun perubahan hukum tersebut juga dilandaskan kepada dalil yang thabit.
Perubahan hukum dari harus kepada haram dikeluarkan kerana bitcoin lebih menyumbang
kepada mafsadah jika dibandingkan dengan maslahah yang diediakan.
11
CADANGAN DAN KAEDAH PENYELESAIAN
Berdasarkan pemerhatian terhadap amalan semasa, bitcoin lebih dilihat sebagai satu aset
pelaburan, dan ia tidak menepati tujuan asal penciptaan bitcoin itu sendiri, iaitu sebagai mata
wang alternatif kepada sistem mata wang fiat yang sedia ada.
Justeru, tindakan menyekat penggunaan mata wang ini adalah wajar berdasarkan kepada
kaedah Sadd al-Zarai’ (menutup jalan yang boleh membawa kepada kemudaratan) agar ia
tidak berlegar di kalangan masyarakat umum. Sesuatu yang asalnya harus boleh dicegah
apabila ia ternyata boleh membawa kemudaratan yang lebih besar.
Pemerintah dan badan berautoriti juga berhak untuk menghalang sebarang transaksi bitcoin
ini demi memelihara maslahah masyarakat umum. Perkara ini bertepatan dengan kaedah fiqh
yang menyebut:
َت َص ُّر هف ا إْ ِل َما ِم َعلَى الرَّ ِعيَّ ِة َم هنوطٌ ِبا إل َم إص َل َح ِة
Maksudnya: Tindakan seseorang pemerintah ke atas rakyat adalah berdasarkan kepada
maslahah.
Maka mata wang bitcoin dalam bentuk yang ada pada masa sekarang adalah tidak syar’iy
kerana ia tidak menepati sepenuhnya ciri-ciri mata wang yang digariskan oleh Islam, dan ia
mampu memberikan pelbagai ancaman terhadap kemaslahatan umum. Namun begitu, hukum
ini boleh berubah jika penambahbaikan dilakukan terhadap bitcoin samada dari sudut
pengeluaran, pengawalan harga, sistem keselamatan di bursa dan regulasi untuk
mengelakkannya daripada diekploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Sebagai seorang Muslim, tidak boleh tidak, hidup kita mestilah berpandukan syariah. Sebagai
hamba Allah dan khalifah-Nya di muka bumi, kita punya tanggungjawab untuk memastikan
diri kita, ahli keluarga, rakan-rakan dan orang di sekeliling kita untuk cuba sebaiknya berada
di atas landasan syariah.Malangnya, kadangkala kita lupa akan hal ini, terutamanya apabila
ia berkaitan dengan harta dan kekayaan. Mata kita jadi kelabu, hati kita jadi bisu tatkala harta
kekayaan dunia terbentang di hadapan mata.
Para ulama’ dan asatizah berbeza pendapat dalam perihal melabur dalam mawatang kripto.
Secara umumnya mereka ini terbahagi kepada tiga golongan:
• Yang mengharamkan terus sebarang urusan yang berkaitan dengan matawang
kripto;
• Yang mengharuskannya tanpa sebarang syarat; dan
12
• Yang mengharuskannya tetapi dengan syarat dan langkah berjaga-jaga
Para ulama’ dan ilmuwan Islam yang mengharamkan matawang kripto selalunya terdiri
daripada mereka yang agak tradisional; mereka yang tidak pernah terlibat dengan dalam apa-
apa urusan yang berkaitan dengan matawang kripto atau teknologi blockchain. Apabila
mereka ditanya apa hukum melabur dalam matawang kripto, mereka mengeluarkan fatwa
berdasarkan pengalaman mereka yang sedia ada dan qias yang merujuk kepada kitab-kitab
fiqh yang lama.
‘Alim ulama’ yang mengharuskannya pula terdiri daripada mereka yang lebih moden dan
kontemporari, yang berani berijtihad demi kemaslahatan ummah secara keseluruhannya.
Mereka ini sama ada terlibat secara langsung dengan matawang kripto atau mengambil tahu
secara aktif perkembangan-perkembangan terbaharu dalam dunia ekonomi digital.
Sekarang mari kita lihat, apa ciri-ciri yang menjadikan sesuatu matawang kripto itu patuh
syariah.
Bebas daripada sebarang unsur haram .Jadi cara untuk menyelesaikan masalah ini ialah
memastikan sesuatu barang itu Bebas daripada sebarang unsur haram
Yang ini tidak perlu dihuraikan dengan panjang lebar. Mana-mana matawang kripto yang
secara terang-terangan terlibat atau mempromosikan unsur-unsur yang haram seperti arak,
judi, pornografi atau riba’, yang itu kita tolak jauh-jauh.
Yang mana menjanjikan bulan dan bintang, matahari dan musytari, yang itu pun kena
berjagajaga. Itu ada bau-bau scam dan kita pun sudah maklum yang scam ini haram
hukumnya. Begitu juga program atau skim yang mengaplikasikan konsep MLM yang tidak
patuh syariah.
Nilai tersendiri yang boleh dikenal pasti dan diiktiraf. Jadi cara yang seterusnya ialah kenal
pasti nilai sesuatu barang dengan baik.
Tujuan mengapa nilai tersendiri diletakkan sebagai salah satu syarat untuk patuh syariah
adalah untuk melindungi pengguna/pembeli itu sendiri. Antara maqasid (tujuan) syariah
adalah untuk memastikan hak asaasi manusia – agama, nyawa, akal dan harta – dilindungi
dengan sebaiknya; maka dalam urusan muamalat, sesuatu produk atau barangan itu perlu
mempunyai nilai yang tersendiri bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan dalam setiap
transaksi.Apa nilai bagi sebiji botol? Nilainya terletak pada air yang dikandungnya. Apa nilai
pada senaskhah buku? Nilainya pada ilmu, idea atau cerita yang ingin disampaikan. Dan apa
13
nilai pada sebuah kereta? Nilainya ialah pada keupayaannya membawa kita dari satu tempat
ke tempat yang lain.
Cara terakhir ialah menyebarkan maklumat hukum hakam islam mengenai keuwangan dengan
lebih mandalam.
Contohnya melailui iklan di Instagram dan facebook,
Ceramah percuma kepada remaja
Maklumat yang boleh di kong sikan seperti:
• Hukum riba
• Keburukan wang kripto
• Kebaikan patuh Syariah
• Ciri wang bersih
• Undang undang islam
Ini bertujuan untuk memberi tahu masyarakat bertapa penting ilmu dan memberitahu bertapa
pentingnya taat kepada perintah allah.
14
RUJUKAN DAN NOTA KAKI
Abu Bakar, M. 2018. Shariah Analysis of Bitcoin, Cryptocurrency and Blockchain. Blossom
Labs Inc, https://blossomfinance.com/bitcoinworking-paper. [5 April 2018].
Bakar, M.D. 2019. Cryptocurrency: An Holistic and Contemporary Syariah Analysis (Part V).
https://coin.my/op-ed/cryptocurrencyan-holistic-and-contemporary-syariahanalysis-part-v/.
[16 Januari 2019].
Dār al-Iftā' al-Filisṭīniyyah. 2018. Majlis al-Iftā’ al-Ac lā yaḥrum al-Tac āmul bi al-Bitkuwīn.
http://darifta.org/news/shownew.php?title= % مرحی%20 ىلعلأا%20 ءاتفلإا%20 سلجم
20 لماعتلا نيوكتيبلاب%20 . [4 Januari 2018].
Adam, F. 2017. Bitcoi n: Shariah Complaint?. www.afinance.org.
Dār al-Iftā' al-Miṣriyyah. 2018. Mufti alJumhūriyyah yubayyin ḥukm al-Tac āmul bi alc Umlah
al-Iliktirūniyyah al-Bitkuwīn”. http://www.daralifta.org/ar/Viewstatement.aspx?sec=media
&ID=5617. [1 Januari 2018].
15