SELAYANG PANDANG MESYUARAT PENGARAH-PENGARAH KASTAM SE MALAYSIA KE-97
KATA-KATA ALUAN PENGARAH KASTAM NEGERI KELANTAN
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Wabak Covid-19 yang telah melanda mengubah landskap
kehidupan norma kita semua. Kehidupan norma baharu telah
dipraktikkan dalam kehidupan harian dalam pekerjaan pada
masa ini untuk mengekangkan penularan wabak Covid-19.
Kerajaan telah melaksanakan Pelan Pemulihan
Negara (PPN) untuk Negara peralihan keluar dari pandemik
ini secara berfasa dari fasa 1 hingga fasa 4, tujuan PPN ini
dilaksanakan adalah untuk membolehkan kita semua kembali
kepada kehidupan harian berlandaskan norma baharu (back to normalcy).
Pandemik Covid-19 telah melanda negara lebih kurang 2 tahun, semua aktiviti
telah tertangguh dan kebanyakannya tidak dapat dijalankan secara bersemuka. Semua
itu, kena patuh kepada SOP, penjarakan fizikal dan sebagainya.
Namun, ketika pandemik ini melanda kita terpaksa akur dengan penganjuran
mesyuarat secara maya. Pelbagai cabaran yang terpaksa kita tempuhi unutk
mengadakan mesyuarat secara maya yang sebelum ini bukan menjadi amalan kita.
Alhamdulillah, syukur kehadrat illahi dengan izinNya, program Vaksinasi yang
kerajaan laksanakan berjalan lancar, dapatlah kita semua mengadakan aktiviti seperti
kelaziman setiap tahun. Walaubagaimanapun, kita haruslah mematuhi SOP yang
ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan janganlah kita leka.
Bukan senang untuk kita berbincang mengenai hala tuju jabatan secara maya,
iainya perlu dilakukan secara bersemuka bagi membolehkan perbincangan ini dibuat
dengan lebih terperinci serta menjamin kerahsiaan perbincangan.
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA NEGERI KELANTAN
SELAYANG PANDANG MESYUARAT PENGARAH-PENGARAH KASTAM SE MALAYSIA KE-97
Alhamdulillah syukur dengan izinNya, mesyuarat kali ini dapat dijalankan secara
hybrid dengan kehadiran secara fizikal keseluruhannya dan atas talian bagi PCKP
Singapura. Mesyuarat secara hybrid ini juga akan menjadi salah satu norma baharu yang
perlu dilaksanakan.
Sebagai Pengarah Kastam Negeri Kelantan, saya ini mengucapka jutaan terima
kasih kepada YBhg. Dato. Sri Abdul Latiff bin Abdul Kadir, Ketua Pengarah Kastam
Malaysia yang memberi kepercayaan penuh kepada JKDM Kelantan untuk menjadi tuan
rumah bagi Mesyuarat Pengarah-Pengarah Se Malaysia kali Ke-97.
Hubungan kerjasama yang erta di antara JKDM Kelantan dengan Kerajaan Negeri
Kelantan, Majlis Keselamatan Negeri Kelantan serta Polis Diraja Malaysia Negeri
Kelantan antara faktor penting yang membantu JKDM Kelantan menganjur MPPKSM Ke-
97. Agensi-agensi ini telah memberi kebenaran kepada JKDM Kelantan untuk
melaksanakan MPPKSM ini secara hybrid dengan berpandukan SOP yang ditetapkan
oleh MKN.
Sebagai tuan rumah, saya ingin memohon ribuan ampun dan maaf kepada semua
ahli mesyuarat jika ada salah dan silap, kekurangan serta kelemahan daripada pihak
kami. Sesungguhnya, kami hanya merancang, namun Allah S.W.T. yang menentukan.
Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah S.W.T. dan dijauhkan
daripada segala wabak penyakit, sihat tubuh badan serta bahagia dalam kehidupan kita
di dunia dan akhirta.
Sekian.
Semarakkan JKDM di Mata Dunia
HJ. MOHD RAKBI BIN MAT SAUD
Pengarah Kastam Negeri Kelantan
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA NEGERI KELANTAN
SELAYANG PANDANG MESYUARAT PENGARAH-PENGARAH KASTAM SE MALAYSIA KE-97
Pelan Starategik JKDM 2020-2024 menjadi panduan dan rujukan kepada
semua warga dalam merealisasikan visi dan misi jabatan.
KOTA BHARU, 17 NOVEMBER 2021 – MAJLIS PERASMIAN
MESYUARAT PENGARAH-PENGARAH KASTAM SE MALAYSIA KALI
KE-97
Pelan Starategik JKDM 2020-2024 merupakan dokumen rasmi jabatan dalam
perancangan Pengurusan Tertinggi Jabatan yang mengandungi visi, misi, objektif, teras
strategik, slogan, nilai bersama dan pelan Tindakan Strategik. Seharusnya ia menjadi
panduan dan rujukan kepada semua warga dalam merancang, melaksana, memantau
dan menilai program serta aktiviti berdasarkan kepada teras strategik dan sasaran yang
telah ditetapkan dalam merealisasikan visi dan misi jabatan. Itulah antara intipati ucapan
perasmian YBhg Dato’ Sri Abdul Latif Bin Abdul, Ketua Pengarah Kastam Se Malaysia
Kali Ke-97 bertempat di Hotel Perdana, Kota Bharu. Mesyuarat dihadiri oleh semua
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Mtt Timbalan Ketua Pengarah Kastam
(Penguatkuasaan & Pematuhan), Mtt Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman
& CDN), Pengarah-Pengarah Kastam Bahagian Ibu Pejabat, Pengarah-Pengarah
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA NEGERI KELANTAN
SELAYANG PANDANG MESYUARAT PENGARAH-PENGARAH KASTAM SE MALAYSIA KE-97
Kastam Negeri, Operasi Zon, AKMAL dan Pemungut Cukai Kastam Persekutuan (PCKP)
Singapura secara online.
Terlebih dahulu, beliau mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat
datang kepada semua Ahli Mesyuarat Pengarah-Pengarah Kastam Se Malaysia Kali Ke-
97 (MPPKSM 97) serta menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam merancanakan dan merealisasikan
penganjuran MPKKSM 97 bagi edisi kali ini berlandaskan SOP yang digariskan.
YBhg Dato’ Sri juga menzahirkan ucapan tahniah kepada YBhg. Dato’ Dr.
Mohamad bin Saprin, Pengarah Kastam Negeri JKDM Perak di atas penganugerahan
Darjah Paduka Mahkota Diraja Perak (D.P.M.P) yang membawa gelaran Dato’ dan YBrs.
Puan Nora’ini binti Abd Khalid, Pengarah Akademi Kastam Diraja Malaysia di atas
penganugerahan Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (P.C.M).
Antara perkara penting yang disentuh oleh Ketua Pengarah Kastam dalam ucapan
perasmian adalah berkaitan prestasi pungutan hasil JKDM yang mana JKDM perlu
bekerja keras bagi mencapai sasaran pungutan hasil RM41b bagi mengurangkan beban
kewangan negara akibat Covid-19. Dato’ Sri Abdul Latif juga menyarankan agar prosedur
dan peraturan sedia ada harus dikaji dan diteliti kewajarannya bagi memastikan ia
sentiasa relevan. Ini adalah kerana terdapat beberapa perintah dan pekeliling jabatan
agak lama dan perlu dikemaskini mengikut kesesuaian dengan peredaran masa.
Memandangkan kuasa media amat penting di era digital ini, Dato’ Sri Abdul Latif juga
mencadangkan kepada semua ahli mesyuarat agar berita kejayaan JKDM (Success
Story) sama ada di peringkat Ibu Pejabat, Zon dan negeri perlu diuar-uarkan di media
massa dan media sosial agar masyarakat tahu tanggungjawab dan bidang tugas Jabatan
Kastam Diraja Malaysia.
Di akhir ucapan, Ketua Pengarah Kastam menzahirkan ucapan penghargaan dan
terima kasih kepada Tuan Hj. Ibrahim bin Tuan Man, Pengarah Kastam Negeri Perlis
yang bakal bersara wajib pada 24 November 2021 dan Tuan Hj. Mohd Rakbi bin Mat
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA NEGERI KELANTAN
SELAYANG PANDANG MESYUARAT PENGARAH-PENGARAH KASTAM SE MALAYSIA KE-97
Saud, Pengarah Kastam Negeri Kelantan, yang akan bersara wajib pada 25 November
2021. Sepanjang mesyuarat selama dua hari ini, sebanyak 9 kertas kerja telah
dibentangkan oleh Bahagian Pengurusan Pematuhan, Perkastaman, Perkhidmatan
Teknik, Perancangan Korporat dan Yayasan Kebajikan Kastam Malaysia (YKKM).
MPPKSM 97 ini diadakan selama dua hari bermula dari 17 – 18 November 2021.
Pelaksanaan mesyuarat secara hybrid juga dilaksanakan dalam MPPKSM 97 ini dengan
menggabungkan mesyuarat secara fizikal keseluruhannya manakala secara maya dari
Penolong Pengarah Kastam PCKP Singapura yang tidak dapat hadir secara fizikal.
Kesemua ahli mesyuarat dan urusetia yang terlibat dalam mesyuarsat ini juga
telah melakukan ujian saringan Covid-19 (selfkit test) terlebih dahulu sebelum mesyuarat
ini berlangsung. Ujian saringan Covid-19 ini adalah antara salah satu syarat yang
ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Sekian,
Gegar Pantai Timur JKDM Kelantan
Semarakkan JKDM di Mata Dunia
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA NEGERI KELANTAN
SELAYANG PANDANG MESYUARAT PENGARAH-PENGARAH KASTAM SE MALAYSIA KE-97
LENSA MPPKSM 97 @ HOTEL PERDANA, KOTA BHARU KELANTAN

AKTIVITI PEWAKAS DI JKDM KELANTAN 17-18 NOVEMBER 2021
Mesyuarat PEWAKAS
bersama Yang Di Pertua
PEWAKAS
Ceramah Agama: Ilmu
dan Wanita
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA NEGERI KELANTAN
SELAYANG PANDANG MESYUARAT PENGARAH-PENGARAH KASTAM SE MALAYSIA KE-97
Let’s Dance and You
Will Shine
Lawatan sekitar Pengkalan
Kubor, Tumpat dan Rantau
Panjang
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA NEGERI KELANTAN
SELAYANG PANDANG MESYUARAT PENGARAH-PENGARAH KASTAM SE MALAYSIA KE-97
MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2020
DAN MERAIKAN PESARA 2021 JKDM KELANTAN
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA NEGERI KELANTAN
SELAYANG PANDANG MESYUARAT PENGARAH-PENGARAH KASTAM SE MALAYSIA KE-97
PERASMIAN MR CAFE DI PEJABAT KASTAM JALAN SULTAN
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA NEGERI KELANTAN
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA
JALAN SULTAN,
15000 KOTA BHARU, KELANTAN
+60 9741 1100
www.customs.gov.my