E - FOLIO
MPU 23073
KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGAN
KERAGUAN
1. ADAM BIN RIDZUAN. (14DEV21F1025)
2. AINNURFARIHA BINTI MUHAMAD NIZAM. (14DEV21F1017)
3. NUR WAHIDA BINTI MISLISAN. (14DEV21F1029)
4. KU SHAZIELAH IMRAN BIN MAZLAN. (14DEV21F1024)
ISI KANDUNGAN
1. PENGENALAN (HURAIAN KAEDAH)
2. DALIL KAEDAH
3. PENERAPAN KAEDAH FIQH KEYAKINAN
4. APLIKASI KAEDAH FIQH DALAM BIDANG PELANCONGAN DAN
HOSPITILITI
5. PERBEZAAN YAKIN, SYAK, ZANN DAN WAHM
6. PENUTUP
7. LAMPIRAN
1. PENGENALAN (HURAIAN KAEDAH)
Kaedah ini menjelaskan bahawa tiap tiap perkara yang telah diyakini berlaku
tidak akan terbatal dengan sebarang keraguan yang datang kemudian. Hal ini
bermaksud, sesuatu perkara yang pada asalnya dan diyakini jelas akan sesuatu
hukum itu tidak boleh ditinggalkan atas sebab syak atau ragu ragu tentang
perkara yang diperselisihkan. Keyakinan terhadap sesuatu perkara atau hukum
tidak boleh diubah atas sebab keraguan yang timbul. Jika seseorang itu telah
yakin akan sesuatu perkara dan hukumnya, kemudian timbul pula syak atau
ragu ragu terhadap keyakinan tadi, maka keyakinan yang asal itu tidak boleh
dihilangkan atau dihindarkan kecuali dengan adanya keyakinan baharu yang
dapat menghindarkannya.
2. DALIL KAEDAH
1. Al-Quran
“ Dan kebanyakkan mereka tidak menurut , melainkan suatu sangkaan
sahaja (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi
kehendak sesuatu kebenaran (iktiqad) ” ( Surah Yunus : 36 ). Maka al-
haq itu memberi erti hakikat yang sebenar samalah seperti yakin .
DALIL KAEDAH
2. As-Sunnah
Diriwayatkan daripada Abu Hurayrah r.a bahawa beliau berkata baginda Nabi Muhammad
s.a.w bersabda,
” Apabila salah seorang kamu merasai sesuatu dalam perutnya kemudian timbul keraguan
atasnya, adakah telah keluar sesuatu darinya atau tiada , maka janganlah dia keluar dari
masjid (jangan berhenti dari sembahyangnya ) sehinggalah dia mendengar suara atau merasai
angin keluar “ Dari Abu Said al-Khudri, beliau berkata baginda Rasulullah s.a.w bersabda,
“Apabila salah seorang kamu telah timbul syak dalam solat nya, tidak diketahui lagi berapa
(rakaatkah) yang telah dilakukan, tiga atau empat, maka hendaklah buangkan yang syak
(ragu-ragu), itu dan tunaikanlah atas apa yang telah diyakini”.
DALIL KAEDAH
3. Dalil Akal
Maka jelas sekali rasionalnya yakin itu lebih kuat dari syak, kerana pada yakin itu wujud
hukuman yang putus (qat’iy) dan pasti maka ia tidak akan tanggal dengan syak sahaja.
Dalil yang menjadi sandaran kaedah ini pula firman Allah SWT dalam surah Yunus:
Maksudnya:
“Dan kebanyakannya mereka tidak menurut melainkan suatu sangkaan sahaja. Pada hal
sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak untuk menentukan sesuatu
kebenaran.”
3. PENERAPAN Apabila seseorang telah yakin bahwa sebuah
KAEDAH FIQH pakaian terkena najis, akan tetapi dia tidak tahu
KEYAKINAN dibahagian mana dari pakaian tersebut yang
terkena najis maka dia harus mencuci pakaian itu
seluruhnya.
Apabila ada seseorang yang yakin bahwa dia telah
berwudu, kemudian dia ragu apakah telah batal
wudunya atau belum, maka dia tidak perlu
berwudu
Barang siapa yang ragu dalam salatnya apakah dia
telah salat tiga rakaat atau empat rakaat misalnya,
maka dia harus mengikuti yang yakin, yaitu yang
paling sedikit rakaatnya, yang mana dalam
permasalah ini adalah tiga rakaat.
Barang siapa yang telah sah nikahnya, kemudian
dia ragu apakah telah mentalak istrinya atau
belum
4. APLIKASI KAEDAH FIQH DALAM
BIDANG PELANCONGAN DAN HOSPITILITI
1.Semasa menyediakan makanan kepada tetamu, pengusaha hendaklah memastikan makanan tersebut
adalah halal. Oleh itu, tanda halal yang dikeluarkan oleh pihak berwajib telah cukup untuk diyakini
status halalnya.Sebarang andaian atau syak yang datang tidaklah dapat mengubah hukum.
2.Penentuan arah kiblat yang disediakan di dalam bilik hotel atau rumah tumpangan adalah memadai
untuk dijadikan sebagai panduan solat kepada tetamu yang menginap.
3.Seseorang yang melancong ke negara bukan islam, dibolehkan makan dan minum di restoran yang
dimiliki oleh orang islam walaupun premis tersebut tidak memaparkan tanda halal.
4.Pinggan atau bekas yang digunakan di hotel atau seumpamanya harus digunakan oleh orang islam
walaupun pernah digunakan oleh orang bukan islam.
5.Ketika seseorang itu dalam keadaan musafir dan tidak mempunyai jam ataupun tidak mendengar
laungan azan namun dia yakin dengan masuknya waktu solat, maka hendaklah dia solat tapa ragu-
ragu.
YAKIN 1.Yakin menurut istilah dapat dijelaskan sebagaimana berikut
iaitu :
5. PERBEZAAN
YAKIN, SYAK, • Pengertian al-Jawhari dalam al-Sihah bermaksud : suatu ilmu dan
ZANN DAN dilenyapkan syak.
Di mana ilmu al-yakin ialah ilmu yang tiada sebarang keraguan
WAHM lagi. Ilmu dan yakin ada sedikit perbezaan, yang mana perbezaan
antara ilmu dan yakin ialah ketetapan. Iaitu ilmu ialah pegangan
ZANN dan iktiqad terhadap sesuatu yang diketahui atas dasar
kepercayaan. Sedangkan yakin dan keyakinan pula ialah diam,
tenang jiwa serta perasaan juga lapang hati terhadap apa yang
diketahui .
2. Zann menurut pengertian yang dijelaskan oleh al-Hamawiy
dalam Syarh al-Asybah ialah seseorang yang berada dan berhenti di
antara dua perkara yang mana ia dapat mengukuhkan atau dapat
tarjihkan salah satu di antara keduanya, Cumanya , pihak yang
tidak dikukuhkan itu tidak dapat dibuang dan tetap wujud dalam
hati dan perasaan .
Konteks lain, ia membawa maksud berat sangka atau sangkaan
yang lebih hampir kepada kebenaran, namun tidak mencapai
tahap keyakinan dan ghalabah al-zann. Keraguan yang berada
pada tahap al-zann harus dibina hukum dan diterima.
SYAK 3. Syak ialah keraguan yang sama kuat atau sama banyak
terhadap sesuatu perkara iaitu keraguan itu tidak dapat
PERBEZAAN ditarjihkan mana satu yang lebih kuat.
YAKIN, SYAK,
ZANN DAN Dalam konteks lain ia bermaksud keraguan atau perasaan
berbelah bagi serta sama banyak antara keyakinan dan keraguan.
WAHM Keraguan yang berada taraf syak tidak diterima dalam hukum
fiqh.
WAHM
4. Wahm ialah keraguan yang dialami oleh seseorang yang mana
antara keduanya lebih mirip atau cenderung kepada yang lemah
atau tidak kukuh. Konteks lain, wahm itu merupakan suatu
bayangan atau lintasan pada hati dan diri seseorang yang dikira
sebagai sangkaan yang meleset atau sangkaan salah terhadap
sesuatu perkara . Keraguan yang berada pada tingkatan wahm
juga tidak diterima dalam hukum fiqh.
6. PENUTUP
Kesimpulan daripada tajuk “Al-Yaqinu La Yuzalu Bi Syak”” atau keraguan tidak disingkirkan
semata-mata syak ini telah memberi pengetahuan kepada kita bahawa sesuatu perkara yang
telah kita yakini keadaannya tidak akan diabaikan semata-mata timbul syak atau keraguan. Ini
kerana syak itu adalah sesuatu yang kita tidak pasti sedangkan yakin itu adalah sesuatu perkara
yang kita telah yakini keadaannya.
Sebagai contoh seseorang yang yakin dalam keadaan berhadath, kemudian timbul keraguan
samada dia masih dalam keadaan berhadath atau telah bersuci. Dalam keadaan ini maka ia
masih dianggap berhadath.
Bagi seseorang yang tidak mengetahui keadaan ini ( ilmu ini), maka sudah tentu syaitan amat
mudah untuk mempermainkan keraguannya. Maka sebab itu kaedah ini berserta kaedah yang
lainnya amatlah penting untuk dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan seharian kerana kita
sebagai manusia tidak lari dari dari menghadapi situasi-situasi yang pelbagai.
7. RUJUKAN
https://dokumen.tips/documents/qawaidh-fiqh-keyakinan-tidak-hilang-dgn-
keraguan-563108845b0f1.html?page=3
https://muslim.or.id/18747-kaedah-fikih-al-yaqiinu-la-yazuulu-bisy-
syakki.html
http://zahrawiyaadawiyah.blogspot.com/2017/01/keyakinan-tidak-boleh-
dihilangkan.html
http://aneyzatul.blogspot.com/?m=1
TERIMA KASIH