1 瓜拉班尤中华国民型华文小学 SJK(C) CHUNG HWA KUALA PENYU校规手册 BUKU PERATURAN SEKOLAH
2目录 SENARAI KANDUNGANBIL. PERKARA MUKA SURATCarta Organisasi Sekolah Tahun 2026 301. Pengenalan Peraturan Sekolah 402. Jadual Waktu Persekolahan 403. Hari Perhimpunan 404. Pakaian Seragam/Pakaian Murid Lelaki dan Perempuan 505. Pakaian Lain/ Khas 506. Tatatertib Murid Semasa Belajar dan Semasa Rehat 5 - 607. Tatatertib Murid di Dalam dan di Luar Bilik Darjah 6 - 708. Kegiatan Kokurikulum 709. Keselamatan 710. Keselamatan di Jalan Raya 811. Rawatan dan Cuti Sakit 812. Kawasan Larangan 813. Peralatan Pendidikan Jasmani dan Sukan 814. Peraturan Am 915. Pelawat 916. Peringatan Penting 9 - 1017. Senarai Kesalahan Salah Laku dan Tindakan Kesalahan Berat/ Ringan 10 - 1118. Tindakan Lembaga Disiplin Sekolah 11 - 12Lampiran A - Rukun Negara 13Lampiran B -Lagu NegaraKu, Lagu Sabah Tanah Airku & Lagu sekolah14Lampiran C – Kategori Salah Laku Murid 15 - 21Lampiran D – Contoh Penampilan Rambut (lelaki & perempuan) 22 - 25Lampiran E - Contoh Pakaian Seragam Lelaki & Perempuan 26 – 29Lampiran F - Contoh Pakaian Sukan Lelaki & Perempuan 30-31Lampiran G - Contoh kuku murid 32Lampiran H – Barang yang Tidak Boleh Dibawa ke Sekolah 33
32026 年学校行政结构表 CARTA ORGANISASI SEKOLAH TAHUN 2026
41.0 PENGENALAN - PERATURAN SEKOLAH 1.1 Dasar Pendidikan bertujuan untuk mewujudkan insan yang seimbang intelek, emosi, jasmani, dan rohani. Seterusnya dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu dan berpengetahuan serta berakhlak mulia. Berketerampilan serta bertanggungjawab.1.2 Bagi menjamin tercapainya matlamat tersebut golongan remaja, khususnya para muridperlu mendapat didikan dan bimbingan yang sempurna bagi melahirkan murid yang berdisiplin tinggi dengan sahsiah yang sesuai.1.3 Undang-undang dan peraturan sekolah digubal bagi membantu mewujudkan ketenteraman dan keselesaan murid serta kelicinan, keberkesanan dan keselesaan murid perjalanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.1.4 Semasa belajar di sekolah ini, semua murid hendaklah mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah yang selaras dengan peraturan dan disiplin murid sekolah-sekolah rendah di Malaysia.1.5 Semua murid hendaklah bekerjasama dengan Guru Besar, Penolong Kanan, ibu bapa atau penjaga serta guru-guru dan kakitangan sekolah untuk menjaga nama baik sekolah serta meningkatkan disiplin diri.1.6 Buku Peraturan Sekolah ini mengandungi peraturan-peraturan asas sebagai panduan dan makluman kepada murid- murid, ibu bapa atau penjaga, guru-guru serta kakitangan sekolah.2.0 JADUAL WAKTU PERSEKOLAHAN2.1 Tahap 1 dan Tahap 22.1.1 Hari Isnin, Selasa dan Khamis bermula jam 7:00 pagi dan berakhir pada 1:00tengah hari. 2.1.2 Hari Rabu bermula jam 7:00 pagi dan berakhir pada jam 12:30 tengah hari. 2.1.3 Hari Jumaat bermula jam 7:00 pagi dan berakhir pada jam 11:30 pagi. 3.0 HARI PERHIMPUNAN3.1 Perhimpunan sekolah diadakan pada setiap hari Isnin bermula pada jam 7:10 pagi hingga 7:40 pagi di tapak perhimpunan sekolah. 3.2 Semua murid hendaklah berada di tempat perhimpunan sebelum masa yang ditetapkan. Sekiranya cuaca hujan atau sebab-sebab lain pihak sekolah akan mengumumkan bahawa perhimpunan dibatalkan pada hari itu. 3.3 Perbarisan hendaklah mengikut kelas masing-masing diketuai oleh Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas. 3.4 Semua Pengawas Sekolah hendaklah berdiri di belakang setiap barisan mengikut arahan guru disiplin. 3.5 Semua Pengawas Sekolah hendaklah memakai TANDA NAMA PENGAWAS. 3.6 Perhimpunan akan dimulakan dengan lagu ‘NegaraKu’, ‘Sabah Tanah Airku’, ‘Lagu Sekolah’, bacaan ikrar murid, ucapan Guru Besar, ucapan guru bertugas, dan lain-lain jika ada. 3.7 Semua murid mestilah senyap apabila guru-guru membuat ucapan atau pengumuman. 3.8 Semua murid dan guru hendaklah berdiri tegak semasa menyanyikan lagu NegaraKu, Sabah Tanah Airku, dan Lagu Sekolah.3.9 Semua murid hendaklah berdiri di mana sahaja berada ketika lagu lagu NegaraKu, Sabah Tanah Airku, dan Lagu Sekolah dinyanyikan.
54.0 PAKAIAN SERAGAM 4.1 Pakaian Murid Lelaki 4.1.1 Baju kemeja putih berlengan pendek, seluar pendek berwarna biru tua dan seluar panjang juga dibenarkan. Berkasut dan bersarung kaki berwarna putih, lencana sekolah serta tali pinggang hitam/ biru tua. 4.1.2 Murid lelaki tidak dibenarkan memakai pakaian lapis dalam.4.1.3 Murid lelaki tidak dibenarkan memakai seluar ketat, tali pinggang besar, rantai tangan dan rantai leher. 4.2 Pakaian Murid Perempuan4.2.1 Baju Pinafore berwarna biru tua dan labuh hingga ke paras lutut dan baju kemeja putih berlengan pendek, berkasut hitam, bersarung kaki warna hitam dan memakai lencana sekolah. 4.2.2 Hanya murid muslim sahaja dibenarkan memakai baju kurung putih bersarung biru tua, bertudung tiga segi berwarna putih, berkasut dan bersarung kaki berwarnahitam serta lencana sekolah: 4.2.3 Pakaian/ barang-barang seperti di bawah dilarang keras murid-murid memakainya: i. Mini skirtii. Jeans iii. Baju yang tidak berlenganiv. Semua jenis kasut bertumit tinggi dan selipar v. Semua jenis barang kemas seperti rantai, gelang, cincin dan subangvi. Pewarna kuku5.0 PAKAIAN LAIN/ KHAS 5.1 Ketika menjalani Pendidikan Jasmani atau kesihatan/ bersukan/ menjalankan aktiviti kokurikulum dan akitiviti luar bilik darjah, murid-murid hendaklah memakai T-shirt sekolah berwarna hijau atau baju rumah sukan dan seluar track warna biru tua/ hitam. Bagi murid perempuan beragama Islam pula, murid dibenarkan memakai tudung hitam. Penggunaan keronsang adalah tidak dibenarkan.5.2 Murid-murid dilarang memakai pakaian yang tidak sopan dan menjolok mata serta berwarna-warni. 6.0 TATATERTIB MURID SEMASA BELAJAR DAN REHAT 6.1 Semasa Belajar 6.1.1 Semua murid mestilah senyap, berdisiplin dan bersedia untuk belajar serta mewujudkan suasana pembelajaran yang tenang pada setiap masa. 6.1.2 Murid-murid tidak dibenarkan keluar masuk kelas sama ada semasa guru mengajar atau semasa ketiadaan guru. 6.1.3 Murid-murid dibenarkan keluar ke tandas dengan memakai kad kebenaran keluar hanya dengan kebenaran guru atau ketua kelas (jika tiada guru). 6.1.4 Sepanjang masa belajar, murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah kecuali dengan kebenaran Guru Besar/ Penolong Kanan/ Guru Bertugas/ Guru Kelas.
66.1.5 Ibu bapa yang ingin membawa anak pulang atau ke hospital/ klinik hendaklah memberitahu Guru Besar/ Penolong Kanan/ Guru Kelas dan menandatangani Buku Murid Pulang Awal yang disediakan di Pejabat Am. 6.1.6 Murid-murid yang tidak dapat hadir kerana sakit atau sebab-sebab lain yang munasabah hendaklah memberi makluman kepada Guru Kelas/ pihak sekolahsebelum jam 7:00 pagi pada hari murid tidak hadir ke sekolah sertamendapatkan Surat Cuti Sakit daripada doktor atau surat daripada ibu bapa. 6.1.7 Murid-murid hendaklah menunjukkan sikap yang positif dalam pembelajaran mereka. 6.1.8 Murid-murid yang berpindah ke bilik lain mestilah beratur dan bergerak cepat dan berdisiplin. 6.1.9 Murid-murid tidak dibenarkan makan atau minum di dalam kelas. 6.2 Semasa Rehat 6.2.1 Murid-murid tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman di luar kawasan sekolah semasa sesi persekolahan walaupun waktu rehat. 6.2.2 Semua murid hendaklah makan di kantin sekolah.6.2.3 Murid-murid hendaklah beratur dengan senyap dan tidak berebut-rebut semasa membeli makanan dan minuman di kantin sekolah. 6.2.4 Semua murid hendaklah membuang sampah (pembungkus makanan dan minuman) ke dalam tong sampah. 7.0 TATATERTIB MURID DI DALAM DAN LUAR BILIK DARJAH 7.1 Murid-murid hendaklah sentiasa menghormati guru-guru dan semua kakitangan sekolah dengan mengucapkan Selamat Pagi/ Selamat Tengah Hari/ Selamat Petang/ Salam Sejahtera atau Assalammualaikum juga dengan sesama murid. 7.2 Murid-murid hendaklah berdiri dan memberi hormat kepada semua guru yang keluar dan masuk ke kelas termasuklah sewaktu Guru Besar, Penolong Kanan serta pelawat yang datang dan masuk ke kelas. 7.3 Kebersihan serta ketenteraman kelas adalah tanggungjawab murid-murid yang ada di dalam kelas itu dengan diawasi oleh Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas dan pengawas dengan bimbingan dan pengawasan Guru Kelas. 7.4 Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas bertanggungjawab atas segala perkakas/perabot dan lain-lain peralatan yang ada di dalam kelas masing-masing seperti papan tulis, almari, alat tulis, penyapu, tong sampah, penyeduk sampah, meja guru, kerusi guru, meja murid, kerusi murid dan sebagainya. 7.5 Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas dan pengawas bertanggungjawab mengingatkan guru jika terlewat masuk ke dalam kelas. 7.6 Murid-murid dilarang keras melakukan perkara-perkara berikut: 7.6.1 Menulis di papan tulis kecuali mendapat arahan guru7.6.2 Mengunakan meja dan kerusi guru. 7.6.3 Meninggalkan buku di atas meja/ laci selepas waktu belajar. 7.6.4 Membuang sampah, kayu, batu atau benda lain di dalam kelas dan juga tandas. 7.6.5 Membuang tuala wanita di dalam tandas. Tuala wanita hendaklah dibungkus dengan kemas dan dibuang ke dalam tong sampah. 7.6.6 Membazir air di luar dan di dalam tandas. 7.6.7 Buat bising, bermain, bergaduh dan berlari di dalam kelas. 7.6.8 Membuang sampah merata-rata tempat. Sampah hendaklah dibuang ke dalam tong sampah.
77.6.9 Menconteng dinding sekolah, meja murid, papan kenyataan, tandas sekolah dan seluruh bangunan sekolah serta harta benda sekolah. 7.6.10 Murid-murid dilarang keras menconteng dan mengoyakkan buku teks yang dipinjam kepada murid. Jika hilang atau rosak hendaklah diganti. Buku Teks hendaklah sentiasa dijaga kebersihan dan keselamatannya dengan membalutnya dengan kemas. 7.6.11 Semasa menggunakan Bilik Komputer, Bilik Agama, Pusat Sumber, dan lain-lain bilik khas murid-murid hendaklah berdisiplin dan sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam bilik tersebut. 7.6.12 Kerja rumah atau kerja sekolah yang diarah oleh guru hendaklah disiapkan di rumah. Bantahan dan keingkaran terhadap perkara ini adalah merugikan diri sendiri. 8.0 KEGIATAN KOKURIKULUM8.1 Kegiatan Kokurikulum adalah aktiviti yang dijalankan di luar daripada masa belajar bagi Murid Tahap Dua. Antara kegiatan yang perlu disertai oleh murid adalah;8.1.1 Unit Beruniform 8.2.2 Persatuan/ Kelab Akademik 8.3.3 Sukan dan Permainan8.2 Murid-murid wajib hadir pada setiap perjumpaan kokum pada hari dan masa yang ditetapkan oleh pihak sekolah termasuklah mesyuarat dan latihan yang diadakan. 8.3 Murid-murid hendaklah berdisiplin dan memakai pakaian yang sesuai mengikut kegiatan pada hari itu seperti yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan kokurikulumdengan menandatangani Buku Kokurikulum murid. 8.4 Pihak sekolah akan sentiasa berusaha mengambil langkah demi mengelakkan daripada berlaku sebarang masalah terhadap murid semasa mengikuti kegiatan. Jika berlaku insiden yang tidak disengajakan ke atas murid, maka pihak ibu bapa/ penjaga tidak boleh mengambil tindakan ke atas pihak sekolah tetapi seharusnya bekerjasama untuk mengatasinya. 8.5 Dengan kebenaran bertulis daripada Pejabat Pendidikan Daerah, sekolah melaksanakan kegiatan kokurikulum pada hari Rabu bermula pada jam 1:30 petang hingga 3:30 petang. 9.0 KESELAMATAN 9.1 Kecemasan adalah terkandung di dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1978. Tindakanmembunyikan loceng kebakaran boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja sama ada guru atau kakitangan bukan mengajar tanpa ragu-ragu dengan membunyikan isyarat Fire Alarm setelah mengenal pasti tanda-tanda kebakaran. 9.2 Semua murid, guru dan kakitangan sekolah hendaklah mengosongkan bangunan dengan serta-merta. i. Apabila loceng isyarat dibunyikan, murid-murid hendaklah berdiri di sisi meja sementara menunggu arahan guru ii. Murid-murid daripada setiap kelas mestilah membuat satu barisan kemudian meninggalkan kelas mengikut jalan yang ditentukan. iii. Murid-murid hendaklah bergerak dengan senyap, tidak terburu-buru atau berlari dan tanpa memotong barisan sehingga sampai ke tempat yang ditentukan. 9.3 Tempat berkumpul kecemasan adalah di kawasan tempat letak kenderaan yangterletak di depan pintu pagar utama sekolah.
810.0 KESELAMATAN JALAN RAYA10.1 Semua murid mestilah mematuhi peraturan keselamatan jalan raya dan menjaga keselamatan diri. 10.2 Murid-murid yang hendak melintas jalan raya hendaklah : i. Mencari tempat yang selamat untuk melintasii. Tunggu dahulu di tepi jalaniii. Pandang ke kanan jalan, ke kiri dan ke kanan semula dan apabila tiada kenderaan melintaslah dengan pantas tanpa berlari. 10.3 Murid-murid yang berjalan kaki hendaklah berjalan di sebelah kanan jalan raya menghadap kenderaan yang datang dari hadapan. 10.4 Murid-murid yang menggunakan basikal hendaklah menunggang dalam ekoran atau barisan. 10.5 Murid-murid hendaklah beratur jika menaiki bas atau turun dari bas sesudah berhenti. 10.6 Jika berlaku kemalangan/ kecederaan dalam kawasan hendaklah dilaporkan kepadaGuru Besar/ Guru Penolong Kanan/ Guru Kelas/ Guru Bertugas. 10.7 Semua kenderaan ibu bapa/ penjaga bas yang menghantar dan mengambil murid-murid hendaklah berhenti menurunkan atau menaikkan murid-murid di tempat yang selamat. 11.0 RAWATAN DAN CUTI SAKIT 11.1 Murid-murid hendaklah dihantar ke rumah sakit sekiranya memerlukan rawatan atau berhubung dengan ibu bapa / penjaga untuk membawa murid pulang bagi berjumpa dengan doktor. 11.2 Murid-murid yang hendak ke hospital/ klinik dengan ditemani olen ibu bapa/ penjaga boleh mendapat surat rawatan dari sekolah untuk ke hospital. 11.3 Surat-surat cuti sakti perlulah dikeluarkan oleh Pegawai Perubatan (Doktor) Hospital atau klinik swasta. 12.0 KAWASAN LARANGAN 12.1 Pejabat sekolah dan bilik guru kecuali mendapat kebenaran. 12.2 Bilik-bilik khas seperti bilik mesyuarat dan makmal kecuali ada guru atau dengan kebenaran.12.3 Stor-stor kecuali dengan kebenaran. 12.4 Pusat Sumber kecuali ada guru atau dengan kebenaran. 12.5 Kantin sekolah semasa sesi pembelajaran. 13.0 PERALATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN 13.1 Semua peralatan sekolah yang digunakan hendaklah dijaga dengan baik. 13.2 Murid-murid tidak dibenarkan mengambil peralatan sukan sendiri tanpa kebenaran atau diawasi oleh guru. 13.3 Alatan yang dipulangkan hendaklah disusun dengan teratur dan kemas. 13.4 Setiap pengeluaran dan pengembalian peralatan sukan hendaklah dicatat di Buku Rekod yang telah disediakan. 13.5 Murid-murid dilarang keras mencuri peralatan sukan dan pendidikan jasmani.
914.0 PERATURAN AM 14.1 Murid-murid dilarang keras menghisap rokok dan menggunakan/ menyalahgunakan apaapa jenis dadah. Tindakan tegas akan diambil terhadap murid-murid yang didapati melakukannya. 14.2 Murid-murid dilarang keras bermain apa-apa sahaja bentuk judi di dalam dan di luar sekolah. 14.3 Murid-murid dilarang keras meminum apa sahaja jenis minuman keras yang memabukkan. 14.4 Murid-murid tidak dibenarkan membawa sebarang alat elektronik ke sekolah. 14.5 Murid-murid tidak dibenarkan membawa semua jenis alat muzik seperti IPad, permainan atau Smartphone ke sekolah. 14.6 Murid-murid dilarang bermain dengan alatan elektrik atau sebarang peralatan yang boleh mengakibatkan kebakaran dan kemalangan. 14.7 Murid-murid adalah dilarang keras menconteng atau mengoyakkan apa sahaja yang terdapat di papan kenyataan kelas atau sekolah. 14.8 Semua murid perlulah memberikan maklumat yang lengkap dan tepat mengenai butirbutir diri dan ibu bapa/ penjaga kepada pihak sekolah untuk tujuan kegunaan rasmi, perhubungan dan kebajikan. 14.9 Murid-murid hendaklah memaklumkan kepada guru kelas/ pihak sekolah sekiranya ada perubahan/ pindaan maklumat murid. 14.10 Jika berlaku kecurian atau kerosakan harta benda sekolah hendaklah dilaporkan kepada Guru Besar/ Guru Penolong Kanan/ Guru Bertugas/ Guru Kelas dengan segera. 15.0 PELAWAT 15.1 Ibu bapa/ penjaga yang ingin berjumpa dengan murid semasa sesi persekolahan perlu mendapat kebenaran daripada Guru Besar/ Guru Penolong Kanan. 15.2 Ibu bapa/ penjaga tidak dibenarkan terus berjumpa dengan murid di kelas masingmasing. Perjumpaan dan perbualan hendaklah dilakukan di kawasan Pejabat Sekolah/Pejabat Guru Besar atau Bilik Guru sahaja. 15.3 Pelawat-pelawat/ orang awam yang bukan dari kalangan ibu bapa/ penjaga tidak dibenarkan sama sekali menemui murid-murid sepanjang sesi pembelajaran berjalan kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Guru Besar/ Penolong Kanan. 16.0 PERINGATAN PENTING 16.1 Semua murid dikehendaki membaca, mengingati dan mematuhi semua peraturan/ undang-undang dalam Buku Peraturan ini. 16.2 Pihak sekolah/ Lembaga Disiplin sekolah tidak akan menerima alasan murid-murid tidak mengetahui mana-mana peraturan/ undang-undang sekolah setelah Buku Peraturan ini dibuat dan dimiliki oleh setiap murid. 16.3 Murid-murid yang melanggar mana-mana peraturan sekolah, serta telah disabit kesalahan akan dikenakan tindakan/ hukuman setimpal mengikut : i. Jenis dan Kategori kesalahanii. Pelaku dan kekerapan melakukan kesalahan 16.4 Murid-murid yang sengaja melanggar dan tidak mahu menyesuaikan diri dengan peraturan sekolah ini boleh digantung atau dikeluarkan dari sekolah ini.
1016.5 Pihak sekolah dan Lembaga Disiplin Sekolah mengambil berat mengenai sebarang kesalahan yang dilakukan oleh murid walaupun kecil, kerana jika tidak dikawal boleh menimbulkan pelbagai masalah dan kesulitan kepada rakan-rakan, guru-guru, pihak sekolah dan juga ibu bapa/ penjaga. 16.6 Peraturan-peraturan yang terkandung dalam Buku Peraturan ini adalah tertakluk kepada perubahan atau pindaan yang dikeluarkan oleh pihak kementerian, Jabatan atau Pihak Sekolah dari semasa ke semasa. Pihak sekolah/ Lembaga Disiplin Sekolah berhak dan boleh memindahkan, menambah atau menghapuskan mana-mana bahagian atau peraturan dalam Buku Peraturan ini jika difikirkan perlu. 17.0 SENARAI KESALAHAN SALAH LAKU DAN TINDAKAN 17.1 Kesalahan Berat 17.1.1 Tingkah laku Jenayaha. Berjudi b. Mencuri c. Melawan atau mengancam, memukul atau mencederakan gurud. Memukul atau mengancam/ memukul/ mencederakan pengawase. Membuli dan memeras ugut f. Menganggotai kumpulan haram atau kongsi gelap g. Mengedar dan menyalahgunakan dadah. h. Membawa senjata/ benda tajam atau merbahaya i. Mencabul kehormatan j. Mengancam/ memukul atau mencederakan murid laink. Menceroboh bilik khas atau Pejabat Guru Besarl. Menunjuk perasaan atau berpekik17.1.2 Tingkah laku Lucaha. Bercumbu-cumbuanb. Berkhalwat c. Membawa bahan-bahan lucahd. Mengintai murid-murid perempuane. Menggunakan perkataan dan melakukan perbuatan lucahf. Melukis dan menulis kata-kata atau gambar-gambar lucah 17.1.3 Tingkah laku Biadab dan Kurang Sopan a. Berkelakuan kasar terhadap guru, pengawas dan murid lainb. Berbahasa kesat c. Menyimpan atau menghisap rokokd. Meminum arak e. Mengganggu suasana pengajaran dan pembelajaran f. Tidak menghormati guru atau pengawas g. Tidak menghormati Lagu Kebangsaan dan Negeri17.1.4 Tingkah laku Musnaha. Merosakkan harta benda sekolahb. Merosakkan harta benda Guru Besar, guru-guru dan kakitangan sekolahc. Merosakkan harta benda murid laind. Merosakkan harta benda kantin atau RMT sekolah
1117.1.5 Tingkah laku Tidak Jujur atau Menipu a. Menipu yang melibatkan wangb. Menipu yang melibatkan kepercayaanc. Mengambil tindakan tanpa melalui pentadbiran sekolahd. Mengulangi kesalahan yang sama melebihi dua kali atau setelah nasihat dan amaran yang diberikan17.2 Kesalahan Kecil atau Ringan17.2.1 Kekemasan Diri a. Berambut panjang atau fesyen yang keterlaluan yang bertentangan dengan peraturan sekolahb. Berkuku panjangc. Bermisai atau berjanggut d. Memakai pakaian yang tidak sopan dan selain dari pakaian seragam sekolahe. Memakai barang perhiasan atau bersolek17.2.2 Tingkah laku Tidak Mementingkan Masa a. Datang lewat ke sekolahb. Lewat ke perhimpunanc. Berkeliaran di kawasan sekolah semasa belajar d. Makan atau membeli makanan di kantin di luar waktu rehat e. Tidak membuat kerja sekolah/kerja rumah dan latihan yang diberikan oleh guruf. Tidak menjalankan tugas membersihkan kelas sebelum waktu pembelajaran bermula g. Tidak berada di dalam kelas atau bilik-bilik lain semas pengajaran sedang dilaksanakan. 17.2.3 Pontenga. Ponteng kelas b. Ponteng sekolahc. Ponteng perhimpunand. Ponteng kokurikulum e. Ponteng ujian dan peperiksaan 18.0 TINDAKAN LEMBAGA DISIPLIN SEKOLAH 18.1 Kesalahan Berat Bagi kesalahan berat yang dilakukan oleh murid setelah peringatan diberikan, Pihak Lembaga Disiplin Sekolah Peringkat sekolah boleh mengambil beberapa tindakan yang setimpal dengan kesalahan disiplin yang dilakukan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia termasuklah: 18.1.1 Setelah disiasat dan murid tersebut didapati bersalah maka pihak sekolah akan memaklumkan perkara tersebut kepada ibu bapa murid seterusnya kepadaPejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri, pihak polis dan pihakpihak lain yang berkaitan untuk tindakan lanjut.
1218.1.2 Menggantung tanpa tarikh (untuk tujuan pembuangan sekolah murid) jika diputuskan oleh Lembaga Disiplin Sekolah dan menghantar laporan bertulis kepada Jawatankuasa Disiplin Murid di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri. 18.1.3 Mengenakan tindakan penggantungan (bertarikh) persekolahan sehingga maksima dua minggu. Ibu bapa/ penjaga murid akan dimaklumkan dandikehendaki melengkapkan surat perjanjian aau menandatangani surat pengakuan mengenai kesalahan disiplin murid yang terbabit. 18.1.4 Hukuman rotan (maksimum 3 kali) oleh guru besar atau guru yang diberi kuasa berbuat demikian yang merupakan amaran terakhir kepada murid berkenaan. Ibubapa/ penjaga dan murid juga dikehendaki melengkapkan surat perjanjian atau menandatangani surat pengakuan. 18.1.5 Murid boleh dibuang sekolah berdasarkan kesalahan yang dilakukan setelah keputusan yang dibuat oleh Lembaga Disiplin Sekolah dimaklumkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.18.2 Kesalahan Ringan/ Kecil Bagi kesalahan ringan/ kecil (tidak diulang atau tidak melebihi dua kali) yang dilakukan oleh murid, pihak Lembaga Disiplin Sekolah boleh mengenakan beberapa tindakan ke atas murid termasuklah: 18.2.1 Memberi nasihat dan amaran kepada murid-murid yang terlibat (amaran pertama, kedua dan ketiga) 18.2.2 Memaklumkan dan meminta kerjasama daripada ibu bapa/penjaga melalui surat-menyurat mengenai salah laku murid dan amaran pertama,kedua, ketiga atau terakhir. 18.2.3 Mengenakan denda kepada murid yang terlibat, iaitu menulis ayat yang berupa pengajaran dan ingatan berulang kali mengikut arahan yang diberi.18.2.4 Mengenakan denda kepada murid yang terlibat, iaitu denda yang memberipengajaran seperti mengutip sampah di kawasan kelas/ sekolah, mencuci tandas atau denda-denda lain yang sesuai, tidak menyakitkan atau bersifat mendera. 18.2.5 Merampas barangan yang menyalahi peraturan sekolah seperti tali pinggang, kasut, barang kemas, alat solek, alat-alat permainan dan lain-lain. Ibu bapa/penjaga boleh menuntut barang-barang yang dirampas dari pihak sekolah setelah memberi jaminan kesalahan tersebut tidak akan berulang lagi.
13LAMPIRAN ARUKUN NEGARA 国家原则 身为马来西亚公民我谨此宣誓将其以下原则全力以赴忠于职守以达致国家宏愿一、信奉上苍二、忠于君国三、维护宪法四、遵从法制五、培养德行
14LAMPIRAN B LAGU NEGARAKU 国歌 LAGU SABAH TANAH AIRKU 州歌LAGU SEKOLAH 校歌NegarakuTanah tumpahnya darahku,Rakyat hidupbersatu dan maju,Rahmat bahagiaTuhan kurniakan,Raja kitaselamat bertakhta,Rahmat bahagiaTuhan kurniakan.Raja kitaselamat bertakhtaSabah tanah airkuNegeri kita yang tercintaPemuda-pemudi semua marilahBangunlah bersatu semuaMarilah bersama serta maju jayaMerdeka sepanjang masaBersatu segala bangsa sentosaSabah negeri merdeka巍巍我中华 绿水青山围绕它数十寒暑在沙巴 成就人人夸巍巍我中华 师生欢聚共一家滔天海浪不惧怕 经得起风雨打忠 孝信递五千年传统我牢记 礼 义 廉 耻 是我们的祖训巍巍我中华 学生品行极文雅 不畏艰辛保护它 维护我中华不畏艰辛保护它 维护我中华
15LAMPIRAN C20 KATEGORI SALAH LAKU MURID (SISTEM MOEIS)KES KATEGORI KESALAHAN 1BARANG LARANGAN PEMETIK API PERALATAN YANG BERKAITAN SEKSUAL MANCIS MINUMAN MEMABUKKAN MINUMAN BERALKOHOL SENJATA TAJAM SENJATA BERBAHAYA SENJATA API SEBARANG ALATAN MEDIA ELEKTRONIK DAN JENIS ALAT KOMUNIKASI PERALATAN YANG MENGANCAM KESELAMATAN BAHAN BACAAN / TONTONAN LUCAH BAHAN BACAAN BERUNSURKAN TAHYUL ALATAN YANG MENDORONG KEPADA BUDAYA VANDALISME BARANG KEMAS & AKSESORI PAKAIAN YANG MELAMBANGKAN PERTUBUHAN EKSTRIM PAKAIAN YANG TIDAK MENEPATI PERATURAN BARANG KOSMETIK HAIWAN PELIHARAAN KONDOM PERALATAN PENGINTIP DRONE2DADAH UJIAN SARINGAN URIN TANGKAPAN PENGAKUAN3KEKEMASAN DIRI BERKUKU PANJANG BERAMBUT PANJANG RAMBUT BERFESYEN MEMAKAI TALI PINGGANG YANG TIDAK DIBENARKAN MEWARNA KUKU / BERINAI BERMISAI MEMAKAI PAKAIAN TIDAK MENGIKUT PERATURAN MEMAKAI BARANG KEMAS / ALAT SOLEK MENCUKUR BULU KENING MEWARNA RAMBUT TIDAK MEMAKAI ANAK BAJU (CAMISOLE) MEMAKAI PAKAIAN YANG SENDAT DAN JARANG MEMAKAI PAKAIAN YANG MEMAPARKAN UNSUR NEGATIF MEMAKAI SELIPAR TANPA KEBENARAN TIDAK MEMAKAI LENCANA SEKOLAH
16KES KATEGORI KESALAHAN3KEKEMASAN DIRI TIDAK MEMAKAI TANDA NAMA MEMAKAI SANDAL TANPA KEBENARAN MEMAKAI AKSESORI PERHIASAN TIDAK MEMAKAI COLI TIDAK MEMAKAI KAIN DALAM TIDAK MEMAKAI SELUAR DALAM MEMAKAI KANTA LEKAP YANG BERFESYEN MEMAKAI KOPIAH BERJANGGUT4KENAKALAN MENUNGGANG MOTOSIKAL DALAM KAWASAN SEKOLAH MENGANGGU SEMASA PDP TIDAK MENGIKUT GILIRAN MEMBAWA MERCUN / BUNGA API. MASUK TANDAS BERLAINAN JANTINA SENGAJA MEMBUNYIKAN LOCENG KECEMASAN / PENGGERA MENGUBAHSUAI PENDAWAIAN ELEKTRIK KELUAR KAWASAN SEKOLAH TANPA KEBENARAN PERBUATAN YANG MENCEMARKAN NAMA BAIK INSTITUSI PENDIDIKAN PERKATAAN YANG MENCEMARKAN NAMA BAIK INSTITUSI PENDIDIKAN MENUNGGANG BASIKAL DALAM KAWASAN SEKOLAH MENUNGGANG BASIKAL ELEKTRIK DALAM KAWASAN SEKOLAH MENYALAHGUNAKAN ALAT PEMADAM API TERJUN DARI TEMPAT TINGGI KERANA KENAKALAN MASUK TANDAS MURID BERKEPERLUAN KHAS MASUK DAN MENGGUNAKAN TANDAS GURU MAKAN DALAM KELAS TANPA KEBENARAN MENCEROBOH KAWASAN LARANGAN BERADA DALAM KAWASAN SEKOLAH SEMASA TEMPOH HUKUMAN GANTUNG/ BUANG SEKOLAH BERADA DALAM KAWASAN SEKOLAH MELEBIHI KETETAPAN YANG DIBENARKAN BAGI PEPERIKSAAN SEMASA TEMPOH HUKUMAN BUANG SEKOLAH BERMAIN TERUP DALAM KAWASAN SEKOLAH BERMAIN DALAM KELAS/ BILIK KHAS BEREBUT-REBUT BERTOLAK-TOLAK MENYALAHGUNAKAN KEMUDAHAN & PERALATAN SEKOLAH BERMAIN MERCUN / BUNGA API MENJUAL MERCUN / BUNGA API MEMBEKAL MERCUN / BUNGA API MELAKUKAN AKTIVITI TANPA PENGAWASAN GURU MENYALAHGUNAKAN GELUNG HOS KEBAKARAN TIDAK MENYIAPKAN NOTA
17KES KATEGORI KESALAHAN4KENAKALAN TIDAK MENYIAPKAN LATIHAN TIDAK MENYIAPKAN TUGASAN KELUAR KELAS TANPA KEBENARAN MASUK DAN MENGGUNAKAN TANDAS KAKITANGANMENGGUNAKAN KEMUDAHAN & PERALATAN SEKOLAH TANPA KEBENARAN MAKAN DAN MINUM DI DALAM TANDAS MELANGGAR PERATURAN YANG DITETAPKAN DI BILIK KHAS MAKAN BEKALAN MAKANAN / MINUMAN RAKAN TANPA KEBENARAN MEMANDU KENDERAAN DALAM KAWASAN SEKOLAH5KES KHAS BERTATU CUBAAN MEMBUNUH DIRI HAMIL DENGAN IKATAN PERKAHWINAN YANG SAH LUMBA HARAM (BASIKAL) KEMALANGAN LUAR SEKOLAH MENCEDERAKAN DIRI SENDIRI PENYALAHGUNAAN RACUN KEMALANGAN DALAM SEKOLAH LARI DARI RUMAH AJARAN MILITAN MEMBUNUH DIRI AJARAN SESAT BERKAHWIN KEMATIAN LARI DARI RUMAH/ PUSAT JAGAAN LUMBA HARAM (KENDERAAN AIR) LUMBA HARAM (KERETA) LUMBA HARAM (MOTOSIKAL) MANGSA BULI MANGSA JENAYAH SEKSUAL MANGSA PENDERAAN HAMIL TANPA IKATAN PERKAHWINAN YANG SAH MELAHIRKAN ANAK MENGUGURKAN KANDUNGAN TANGKAPAN PIHAK BERKUASA CULIK6KESALAHAN ASRAMATIDAK BERKENAAN7KESALAHAN SIBER GANGGUAN SEKSUAL PERKATAAN LUCAH PERBUATAN MENCEMARKAN NAMA SEKOLAH
18KES KATEGORI KESALAHAN7KESALAHAN SIBER ISU PERKAUMAN PENYEBARAN BERITA PALSU TIDAK MENGHORMATI NEGARA MALAYSIA PENULARAN VIDEO YANG BOLEH MENGAIBKAN SESEORANG KATA-KATA KESAT PERBUATAN LUCAH PERKATAAN ATAU PERBUATAN YANG MENYEBABKAN PROVOKASI PERKATAAN YANG MENCEMARKAN NAMA SEKOLAH FITNAH JUDI SIBER PENIPUAN SIBER MENGGODAM MANA-MANA PROGRAM TIDAK MENGHORMATI NEGARA LAIN TIDAK MENGHORMATI NEGERI DI MALAYSIA TIDAK MENGHORMATI SEKOLAH TIDAK MENGHORMATI DAERAH PENULARAN GAMBAR YANG BOLEH MENGAIBKAN SESEORANG MENGGODAM MANA-MANA SISTEM / APLIKASI / DATA YANG DISIMPAN8PENGLIBATAN POLITIK PENGLIBATAN DALAM PERHIMPUNAN / PERARAKAN POLITIK MERAYU UNDI DALAM PILIHANRAYA MENYEBARKAN PENULISAN POLITIK MEMILIKI BARANG / BAHAN BERKAITAN POLITIK MENYEBAR DOKUMEN / PROPAGANDA POLITIK MEMBAWA / MEMAKAI BARANG ATAU BAHAN BERKAITAN POLITIK9SALAH LAKU BULI BULI BAHASA KEPADA MURID BULI FIZIKAL KEPADA MURID BULI BUKAN LISAN BULI SIBER10SALAH LAKU PONTENG PONTENG SEKOLAH PONTENG KELAS PONTENG AKTIVITI KOKURIKULUM PONTENG PERHIMPUNAN PONTENG UJIAN / PEPERIKSAAN PONTENG ACARA RASMI SEKOLAH PONTENG KELAS TAMBAHAN PONTENG SESI KAUNSELING PONTENG SOLAT PONTENG AKTIVITI KEROHANIAN DAN MORAL
19KES KATEGORI KESALAHAN11SALAH LAKU ROKOK MEMILIKI ROKOK MEMBEKAL ROKOK MENJUAL ROKOK MENGHISAP ROKOK MENYIMPAN ROKOK MEMBELI ROKOK MENGIKLANKAN ROKOK MENAWARKAN ROKOKSALAH LAKU ROKOK ELEKTRONIK12 MENGIKLANKAN / MENAWARKAN VAPE / CECAIR VAPE MENGHISAP VAPE MEMILIKI VAPE / CECAIR VAPE MENYIMPAN VAPE / CECAIR VAPE MEMBEKALKAN VAPE / CECAIR VAPE MEMBELI / MENJUAL VAPE / CECAIR VAPE MEMILIKI / MENYIMPAN / MEMBEKAL PERKAKASAN BERKAITAN VAPE MENJUAL / MEMBELI / MENGIKLANKAN / MENAWARKAN PERKAKASAN BERKAITAN VAPE13SALAH LAKU TELEFON BIMBIT MEMBAWA TELEFON BIMBIT DALAM KAWASAN SEKOLAH MENGGUNAKAN TELEFON BIMBIT DI DALAM KAWASAN SEKOLAH MENYALAHGUNAKAN FUNGSI TELEFON BIMBIT URUS NIAGA YANG MELIBATKAN TELEFON BIMBIT14SALAH LAKU TIDAK AMANAH TIDAK AMANAH BERBOHONG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TIDAK JUJUR MEMBUAT FITNAH MENYEBARKAN FITNAH MENIRU SUBAHAT PLAGIAT / CIPLAK15SEKSUAL KOMUNIKASI SECARA SEKSUAL PENGANTUNAN KANAK-KANAK AMANG SEKSUAL SECARA FIZIKAL AMANG SEKSUAL BUKAN FIZIKAL ATAS KANAK-KANAK ROGOL ROGOL STATUTORI SUMBANG MAHRAM MELIWAT
20KES KATEGORI KESALAHAN15SEKSUAL CABUL MELAKUKAN SEKS MENGGUNAKAN OBJEK LESBIAN GAY TRANSGENDER BISEKSUAL PEKERJA SEKS16TINGKAH LAKU JENAYAH MENCURI MENGANCAM GURU / KAKITANGAN / PEKERJA BUKAN GURU MENGANCAM MURID GENGTERISME / MENGANGGOTAI GENGTERIME PERAS UGUT BERGADUH MEMUKUL / MENCEDERAKAN GURU MEMUKUL / MENCEDERAKAN KAKITANGAN DAN PEKERJA BUKAN GURU MEMUKUL / MENCEDERAKAN MURID MERUSUH PUNCA RUSUHAN BERLAKU BERSUBAHAT DALAM PERGADUHAN / MERUSUH MEREKRUT MURID MENJADI AHLI GENGSTERISME PUNCA PERGADUHAN BERLAKU MEMILIKI / MENAWARKAN BAHAN LETUPAN / BAHAN KAKISAN / SENJATA MEMBEKAL / MENJUAL BAHAN LETUPAN / BAHAN KAKISAN / SENJATA MENGGUNAKAN BAHAN LETUPAN / BAHAN KAKISAN / SENJATA BERJUDI17TINGKAH LAKU KURANG SOPAN / BIADAP BIADAB KEPADA GURU BIADAB KEPADA MURID BIADAB KEPADA KAKITANGAN DAN PEKERJA BUKAN GURU BIADAB KEPADA TETAMU MEMBUANG SAMPAH MERATA-RAT INGKAR ARAHAN GURU INGKAR ARAHAN PENGAWAS MELUDAH DI TEMPAT TIDAK SEPATUTNYA MEMBUANG AIR KECIL / AIR BESAR MERATA-RAT TIDAK MENGURUS TUALA WANITA DENGAN BETUL MEMBUANG APA-APA OBJEK KE DALAM MANGKUK TANDAS TIDAK MENGHORMATI LAGU KEBANGSAAN / LAGU RASMI NEGERI / LAGU SEKOLAH TIDAK MENGHORMATI RUKUN NEGARA TIDAK MENGHORMATI RUMAH IBADAT TIDAK MENGHORMATI AGAMA
21KES KATEGORI KESALAHAN18TINGKAH LAKU LUCAH BAWA BAHAN LUCAH MENGINTAI MEMELUK MURID LAIN JANTINA BERCUMBUAN BERKHALWAT MENGEDARKAN BAHAN LUCAH MENGGUNAKAN KATA-KATA LUCAH MENULIS KATA-KATA LUCAH MENONTON VIDEO LUCAH BERDUA-DUA YANG MENIMBULKAN SYAK MEMBEKAL / MENJUAL / MENAWARKAN DAN BERKONGSI BAHAN LUCAH MENGIKLAN BAHAN LUCAH MEMILIKI BAHAN LUCAH MELAKUKAN PERBUATAN LUCAH MELUKIS GAMBAR LUCAH19TINGKAH LAKU TIDAK PENTINGKAN MASA LEWAT KE SEKOLAH LEWAT KE PERHIMPUNAN LEWAT MASUK KELAS LEWAT DATANG AKTIVITI KOKURIKULUM LEWAT MASUK KELAS TAMBAHAN LEWAT DATANG AKTIVITI LUAR KELAS LEWAT MASUK BILIK KHAS LEWAT MASUK KE KELAS PERSEDIAAN20VANDALISME MEROSAKKAN HARTA BENDA SEKOLAH MEROSAKKAN PERALATAN BILIK-BILIK KHAS MEROSAKKAN HARTA BENDA ASRAMA / KANTIN MEROSAKKAN TANAMAN TUMBUHAN / TANAMAN HIASAN MENCONTENG DINDING BANGUNAN SEKOLAH MENGOYAKKAN BUKU MEROSAKKAN PERALATAN SUKAN MEROSAKKAN KENDERAAN GURU BESAR MEROSAKKAN HARTA MURID MEROSAKKAN HARTA GURU MENCONTENG BUKU MEROSAKKAN HARTA KAKITANGAN DAN PEKERJA BUKAN GURU MEROSAKKAN HARTA GURU BESAR MEROSAKKAN KENDERAAN GURU / KAKITANGAN DAN PEKERJA BUKAN GURU MEROSAKKAN KENDERAAN MURID MEROSAKKAN KENDERAAN PELAWAT
22LAMPIRAN D女学生仪容(头发):正面PENAMPILAN MURID PEREMPUAN (RAMBUT) : PANDANGAN DEPAN刘海不可超过眉毛。Rambut depan tidak boleh melebihi kening.严禁学生染发。 Murid dilarang sama sekali untuk mewarna rambut.
231. 短发的学生必须把头发梳理整齐,发尾也不能长过校服的衣领。Murid yang berambut pendek perlu menyikat rambut dengan kemas, dan hujung rambut seharusnya tidak melebihi kolar baju sekolah.2. 长发的学生必须把长发梳绑整齐。Murid yang berambut panjang perlu menyikat dan mengikat rambut yang panjang dengan kemas. 女学生仪容(头发):侧面PENAMPILAN MURID PEREMPUAN (RAMBUT) : PANDANGAN SISI只能使用黑色或深蓝色发圈把头发扎整齐。 Hanya ikatan rambut warna hitam atau biru tua dibenarkan guna pakai. Rambut perlu diikat dengan kemas.女生头发长过肩膀必须扎成马尾。 Murid perempuan yang rambutnya panjang daripadabahu mesti diikat seperti gambar.
24男学生仪容(头发):正面PENAMPILAN MURID LELAKI (RAMBUT) : PANDANGAN DEPAN1. 学生不能用凝胶把头发梳成站立。Murid tidak boleh menggunakan gel untuk menyikat rambut mereka dalam keadaan berdiri untuk tujuan bergaya.2. 严禁学生染发。 Murid dilarang sama sekali mewarnakan rambut.男学生的头发长度不能超过 2 英寸。Panjang rambut murid lelaki tidak boleh melebihi 2 inci. 中华发型GAYA RAMBUT CHUNG HWA
25男学生仪容(头发):侧面PENAMPILAN MURID LELAKI (RAMBUT) : PANDANGAN SISI后面的头发不能长过衣领 Rambut di bahagian belakang tidak boleh melebihi kolar. 头发不能长过耳朵 Rambut tidak boleh melebihi telinga.
26LAMPIRAN E学校制服及学生形象:女生PENAMPILAN MURID PEREMPUAN短袖上衣Baju putih yang lengan pendek必须有校徽和名牌Uniform sekolah mesti mempunyai lencana sekolah dan nama 必须穿腰带Mesti memakai tali pinggang校裙必须遮过膝盖Skirt mesti melebihi paras lutut必须穿黑袜和黑鞋Kasut dan stoking mesti berwarna hitam深蓝色裙子Skirt mesti berwarna biru gelap袜子必须覆盖脚踝Stoking mesti menutupi buku lali
27学校制服及学生形象:男学PENAMPILAN MURID LELAKI短袖白色上衣Baju putih yang lengan pendek 必须穿腰带Mesti pakai tali pinggang必须有校徽和名牌Uniform sekolah mesti mempunyai lencana sekolah dan nama. 上衣须塞进裤子里Baju mesti dimasukkan ke dalam seluar可穿深蓝色长或短裤Boleh pakai seluar panjang atau pendek yang berwarna biru tua必须穿黑袜和黑鞋Kasut dan stoking mesti berwarna hitam
28学校制服及学生形象:穆斯林女生PENAMPILAN MURID PEREMPUAN MUSLIM穿着白色的马来女装上衣和深蓝色的长裙Memakai baju kurung asli berwarna putihdan kain sekolah berwarna biru gelap.必须有校徽和名牌Uniform sekolah mesti mempunyai lencana sekolah dan nama 戴上学校白色头巾但不戴胸针Tudung sekolah dan anak tudung berwarna putih tanpa memakai keronsang 必须穿黑袜和黑鞋Kasut dan stoking mesti berwarna hitam
29学校制服及学生形象:徽章位置PENAMPILAN MURID: LOKASI LENCANA
30LAMPIRAN F女学生运动服的穿着PENAMPILAN BAJU SUKAN MURID PEREMPUAN必须穿黑袜和黑鞋Kasut dan stoking mesti berwarna hitam穿着运动服或运动队服Memakai baju sukan sekolah atau baju rumah sukan可穿黑或深蓝色长或短裤Boleh pakai seluar track panjang atau pendek yang berwarna hitam atau biru tua只能在老师允许的情况下,才能穿运动鞋。Pemakaian kasut sukan HANYA DIBENARKAN bagi aktiviti sukan tertentu serta dengan kebenaran guru.须佩戴黑色头巾和黑色内衬头巾,不可使用胸针*Murid Muslim sahaja:Tudung hitam dan anak tudung berwarna hitam tanpa memakai kerongsang.
31必须穿黑袜和黑鞋Kasut dan stoking mesti berwarna hitam穿着运动服或运动队服Memakai baju sukan sekolah atau baju rumah sukan可穿黑或深蓝色长或短裤Boleh pakai seluar track panjang atau pendek yang berwarna hitam atau biru tua只能在老师允许的情况下,才能穿运动鞋。Pemakaian kasut sukan HANYA DIBENARKAN bagi aktiviti sukan tertentu serta dengan kebenaran guru.上衣须塞进裤子里Baju mesti disisip kemas ke dalam seluar男学生运动服的穿着PENAMPILAN BAJU SUKAN MURID LELAKI
32LAMPIRAN G✓ 男女生一概不准留长指甲、涂指甲油和彩绘指等。Murid-murid tidak dibenarkan mempunyai kuku panjang atau mengecat kuku mereka.✓ 男女生一概不准留长指甲、涂指甲油和彩绘指等。Murid-murid tidak dibenarkan mempunyai kuku panjang atau mengecat kuku mereka.指甲 KUKU
33LAMPIRAN H