The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pertandingan Melafazkan Pantun (Tahap 2) sempena Bulan Bahasa Melayu SJKC Chung Hwa Kuala Penyu

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Jie Here, 2021-08-09 15:10:29

Koleksi Pantun

Pertandingan Melafazkan Pantun (Tahap 2) sempena Bulan Bahasa Melayu SJKC Chung Hwa Kuala Penyu

Keywords: pantun

TEMA : KEKELUARGAAN

Pergi hutan mencari kayu api,
Untuk dijual menyara keluarga,
Hormat-menghormati amalan terpuji,
Menjadi amalan sepanjang masa.

Bunga mawar baunya wangi,
Kemas gubahan cantiklah amat;
Orang muda kita sanjungi,
Orang yang tua kita hormat.

Asyik memetik buah anggur,
Anggur ditanam di seberang titi;
Ayah menasihat ibu menegur,
Itulah tanda kasih sejati.

1

TEMA : nasihat

Pagi-pagi ke pasar tamu,
Menjinjing bakul jalan bersahaja;
Dengarlah kata dan nasihat guru,
Pastinya kita akan berjaya.

Membaca buku pada malam hari,
Sambil ditemani cahaya lilin;
Peraturan sekolah perlu dipatuhi,
Agar menjadi murid berdisiplin.

Seorang diri mengayuh sampan,
Sampan dikayuh hingga ke muara;
Rajin usaha tangga kejayaan,
Kita berjaya guru gembira.

2

TEMA : Kecerdasan mental

Tekun bekerja menukang besi,
Besi dibentuk dibuat cenderamata;
Perlu stabil minda dan emosi,
Agar lapang fikiran kita.

Berbaju kemas kelihatan segak,
Menyusun langkah penuh terkawal;
Rasa marah akan memuncak,
Jika emosi tidak dikawal.

Dari Segamat ke Batu Pahat,
Singgah di kedai membeli benang;
Sekiranya minda kekal sihat,
Musibah dihadapi dengan tenang.

3

TEMA : KESELAMATAN JALAN
RAYA

Cucur badak buah melaka,
Buat hidangan kaum kerabat;
Tiada gunanya berlumba-lumba,
Biar lambat asalkan selamat.

Pergi ke pasar beli rambutan,
Rambutan pulasan sedap rasanya;
Jangan lupa jaga keselamatan,
Keselamatan itu amat beharga.

Buah durian sedap rasanya,
Isinya tebal manislah amat;
Andai kita selalu berwaspada,
Hidup pasti kekal selamat.

4

TEMA : ALAM SEKITAR

Pergi ke kedai membeli bunga,
Bunga dibeli cantik sekali,
Alam sekitar perlu dijaga,
Agar hidup sentiasa harmoni.

Pergi berlayar ke tengah laut,
Menyaksikan keindahan laut China,
Tanggungjawab kita menjaga laut,
Agar khazanahnya sentiasa terpelihara.

Berjalan-jalan di tepi tasik,
Ketika berjalan penuh hati-hati,
Alam dijaga kekal cantik,
Agar dilihat semua generasi.

5

TEMA : kemerdekaan

Sungguh enak buah Melaka,
Dimasak oleh Puan Azizah,
31 Ogos kita Merdeka,
Bebas daripada cengkaman penjajah.

Bersatu hati menunggu merdeka,
Rakyat menunggu dengan sabar,
Waktu dinanti sudahlah tiba,
Bendera Malaysia megah berkibar.

Laungan Merdeka oleh Pak Ungku,
Bendera Malaysia berkibar megah,
Malaysia merdeka tanah airku,
Terus cemerlang berjuang gagah.

6

TEMA : PATRIOTIK

Tajam sembilu serpihan raga,
Raga diletak di depan halaman;
Kita perlu berasa bangga,
Aman damai sepanjang zaman.

Beli kain sutera merah,
Tidakkan luntur warnanya asli;
Aku rela bertumpah darah,
Pantang berundur walau sekali.

Api pelita sumbu bersisa,
Disusun rapi di atas peti;
Walau kita berbilang bangsa,
Demi negara bersatu hati.

7

TEMA : PERPADUAN

Kuala Penyu tempat bertemu,
Melabuh kapal di hujung muara;
Tekun belajar menuntut ilmu,
Bergaul mesara bagaikan saudara.

Duduk di batu mengail ikan,
Ikan berenang ikan gelama;
Saling membantu sesama rakan,
Susah senang dihadapi bersama.

Buah mengkudu buah berangan,
Pisang sesikat sama dirasa;
Bersatu padu menjadi pegangan,
Hidup sepakat aman sentosa.

8

TEMA : kebudayaan

Sedang berjalan terjumpa syiling,
Syiling dikutip lalu dipulangkan;
Sungguh merdu tiupan seruling,
Muzik tradisional sangat menghiburkan.

Sungguh rendang pohon cemara
Tumbuh berderet di ladang ceri;
Pantang larang perlu dipelihara,
Untuk mendidik sahsiah diri.

Singgah minum air kelapa,
Lempeng kelapa menjadi sarapan;
Warisan budaya perlu dijaga,
Untuk tatapan generasi depan.

9

TEMA : SAINS DAN TEKNOLOGI

Terbang tinggi merpati putih,
Hinggap di atas pohon jemari,
Teknologi kini semakin canggih,
Maklumat dicapai di hujung jari.

Bersiram puteri pada awal pagi,
Cantik bersiap berjumpa Jebat,
Maklumat diperolehi melalui teknologi,
Pemangkin masyarakat berteknologi hebat.

Berjalan Pandir mencari cengkih,
Terjumpa saudagar dari kapal,
Walau teknologi semakin canggih,
Jagalah adab dan juga akal.

10


Click to View FlipBook Version