The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Maklumat Disiplin SJK(C) Chung Hwa Kuala Penyu, Sabah.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Jie Here, 2024-03-09 20:37:52

Buku Peraturan Sekolah 2024

Maklumat Disiplin SJK(C) Chung Hwa Kuala Penyu, Sabah.

Keywords: PERATURAN

1 瓜拉班尤中华国民型华文小学 SJK(C) CHUNG HWA KUALA PENYU 校规手册 BUKU PERATURAN SEKOLAH


2 目录 SENARAI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT Carta Organisasi Sekolah Tahun 2024 3 01. Pengenalan Peraturan Sekolah 4 02. Jadual Waktu Persekolahan 4 03. Hari Perhimpunan 4 04. Pakaian Seragam/Pakaian Murid Lelaki dan Perempuan 5 05. Pakaian Lain/ Khas 5 06. Tatatertib Murid Semasa Belajar dan Semasa Rehat 5 - 6 07. Tatatertib Murid di Dalam dan di Luar Bilik Darjah 6 - 7 08. Kegiatan Kokurikulum 7 09. Keselamatan 7 10. Keselamatan di Jalan Raya 8 11. Rawatan dan Cuti Sakit 8 12. Kawasan Larangan 8 13. Peralatan Pendidikan Jasmani dan Sukan 8 14. Peraturan Am 9 15. Pelawat 9 16. Peringatan Penting 9 - 10 17. Senarai Kesalahan Salahlaku dan Tindakan Kesalahan Berat/ Ringan 10 - 11 18. Tindakan Lembaga Disiplin Sekolah 11 - 12 Lampiran A - Rukun Negara 13 Lampiran B - Lagu NegaraKu, Lagu Sabah Tanah Airku & Lagu sekolah 14 Lampiran C - Senarai Kod Salah Laku dan Tindakan 15 - 18 Lampiran D – Contoh Penampilan Rambut (lelaki & perempuan) 19 - 22 Lampiran E - Contoh Pakaian Seragam Lelaki & Perempuan 23 – 25 Lampiran F - Contoh kuku murid 26 Lampiran G – Barang yang Tidak Boleh Dibawa ke Sekolah 27


3


4 1.0 PENGENALAN - PERATURAN SEKOLAH 1.1 Dasar Pendidikan bertujuan untuk mewujudkan insan yang seimbang intelek, emosi, jasmani, dan rohani. Seterusnya dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu dan berpengetahuan serta berakhlak mulia. Berketerampilan serta bertanggungjawab. 1.2 Bagi menjamin tercapainya matlamat tersebut golongan remaja, khususnya para pelajar perlu mendapat didikan dan bimbingan yang sempurna bagi melahirkan pelajar yang berdisiplin tinggi dengan sahsiah yang sesuai. 1.3 Undang-undang dan peraturan sekolah digubal bagi membantu mewujudkan ketenteraman dan keselesaan pelajar serta kelicinan, keberkesanan dan keselesaan pelajar perjalanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 1.4 Semasa belajar di sekolah ini, semua murid hendaklah mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah yang selaras dengan peraturan dan disiplin murid sekolah-sekolah rendah di Malaysia. 1.5 Semua murid hendaklah bekerjasama dengan Guru Besar, Penolong Kanan, ibu bapa atau penjaga serta guru-guru dan kakitangan sekolah untuk menjaga nama baik sekolah serta meningkatkan disiplin diri. 1.6 Buku Peraturan Sekolah ini mengandungi peraturan-peraturan asas sebagai panduan dan makluman kepada murid- murid, ibu bapa atau penjaga, guru-guru serta kakitangan sekolah. 2.0 JADUAL WAKTU PERSEKOLAHAN 2.1 Tahap 1 dan Tahap 2 2.1.1 Hari Isnin hingga Khamis bermula jam 7:00 pagi dan berakhir pada 12:30 tengah hari. 2.1.2 Hari Jumaat bermula jam 7:00 pagi dan berakhir pada jam 11:30 pagi. 3.0 HARI PERHIMPUNAN 3.1 Perhimpunan sekolah diadakan pada setiap hari Isnin bermula pada jam 8:10 pagi hingga 8:40 pagi di tapak perhimpunan sekolah. 3.2 Semua murid hendaklah berada di tempat perhimpunan sebelum masa yang ditetapkan. Sekiranya cuaca hujan atau sebab-sebab lain pihak sekolah akan mengumumkan bahawa perhimpunan dibatalkan pada hari itu. 3.3 Perbarisan hendaklah mengikut kelas masing-masing diketuai oleh Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas. 3.4 Semua Pengawas Sekolah hendaklah berdiri di belakang setiap barisan mengikut arahan guru disiplin. 3.5 Semua Pengawas Sekolah hendaklah memakai NAMA PENGAWAS. 3.6 Perhimpunan akan dimulakan dengan lagu ‘NegaraKu’, ‘Sabah Tanah Airku’, ‘Lagu Sekolah’, Bacaan ikrar murid, ucapan Guru Besar, ucapan guru bertugas, dan lain-lain jika ada. 3.7 Semua murid mestilah senyap apabila guru-guru membuat ucapan atau pengumuman. 3.8 Semua murid dan guru hendaklah berdiri tegak semasa menyanyikan lagu NegaraKu, Sabah Tanah Airku, dan Lagu Sekolah. 3.9 Semua murid hendaklah berdiri di mana sahaja berada ketika lagu lagu NegaraKu, Sabah Tanah Airku, dan Lagu Sekolah dinyanyikan.


5 4.0 PAKAIAN SERAGAM 4.1 Pakaian Murid Lelaki 4.1.1 Baju kemeja putih berlengan pendek, seluar pendek berwarna biru tua dan seluar panjang juga dibenarkan. Berkasut dan bersarung kaki berwarna putih, lencana sekolah serta tali pinggang hitam/ biru tua. 4.1.2 Murid lelaki tidak dibenarkan memakai pakaian lapis dalam. 4.1.3 Murid lelaki tidak dibenarkan memakai seluar ketat, tali pinggang besar, rantai tangan dan rantai leher. 4.2 Pakaian Murid Perempuan 4.2.1 Baju Pinafore berwarna biru tua dan labuh hingga ke paras lutut dan baju kemeja putih berlengan pendek, berkasut dan bersarung kaki warna hitam. 4.2.2 Murid-murid dibenarkan memakai baju kurung putih bersarung biru tua, bertudung tiga segi berwarna putih, berkasut dan bersarung kaki berwarna hitam serta lencana sekolah: 4.2.3 Pakaian/ barang-barang seperti di bawah dilarang keras murid-murid memakainya: i. Mini skirt ii. Jeans iii. Baju yang tidak berlengan iv. Semua jenis kasut bertumit tinggi dan selipar v. Semua jenis barang kemas seperti rantai, gelang, cincin dan subang vi. Pewarna kuku 5.0 PAKAIAN LAIN/ KHAS 5.1 Ketika menjalani Pendidikan Jasmani atau kesihatan/ bersukan/ menjalankan aktiviti kokurikulum dan akitiviti luar bilik darjah, murid-murid hendaklah memakai T-shirt sekolah berwarna hijau atau baju rumah sukan dan Track Suit warna biru tua/ hitam. Bagi murid perempuan beragama Islam pula, murid dibenarkan memakai tudung hitam. Penggunaan keronsang adalah tidak dibenarkan. 5.2 Murid-murid dilarang memakai pakaian yang tidak sopan dan menjolok mata serta berwarna-warni. 6.0 TATATERTIB MURID SEMASA BELAJAR DAN REHAT 6.1 Semasa Belajar 6.1.1 Semua murid mestilah senyap, berdisiplin dan bersedia untuk belajar serta mewujudkan suasana pembelajaran yang tenang pada setiap masa. 6.1.2 Murid-murid tidak dibenarkan keluar masuk kelas sama ada semasa guru mengajar atau semasa ketiadaan guru. 6.1.3 Murid-murid dibenarkan keluar ke tandas dengan memakai kad kebenaran keluar hanya dengan kebenaran guru atau ketua kelas (jika tiada guru). 6.1.4 Sepanjang masa belajar murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah kecuali dengan kebenaran Guru Besar/ Penolong Kanan/ Guru Bertugas/ Guru Kelas. 6.1.5 Ibu bapa yang ingin membawa anak pulang atau ke hospital/ klinik hendaklah memberitahu Guru Besar/ Penolong Kanan/ Guru Kelas dan menandatangani buku Murid Pulang Awal yang disediakan di Pejabat Am.


6 6.1.6 Murid-murid yang tidak dapat hadir kerana sakit atau sebab-sebab lain yang munasabah hendaklah memberi makluman kepada pihak sekolah/ Guru Kelas dengan mendapatkan Surat Cuti Sakit dari doktor atau surat dari ibu bapa. 6.1.7 Murid-murid hendaklah menunjukkan sikap yang positif dalam pembelajaran mereka. 6.1.8 Murid-murid yang berpindah ke bilik lain mestilah beratur dan bergerak cepat dan berdisiplin. 6.1.9 Murid-murid tidak dibenarkan makan atau minum di dalam kelas. 6.2 Semasa Rehat 6.2.1 Murid-murid tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman di luar kawasan sekolah semasa sesi persekolahan walaupun waktu rehat. 6.2.2 Semua murid hendaklah membeli makanan dan minuman di luar serta makan di kantin atau di luar kelas . 6.2.3 Murid-murid hendaklah beratur dengan senyap dan tidak berebut-rebut semasa membeli makanan dan minuman di kantin sekolah. 6.2.4 Semua murid hendaklah membuang sampah (pembungkus makanan dan minuman) ke dalam tong sampah. 7.0 TATATERTIB MURID DI DALAM DAN LUAR BILIK DARJAH 7.1 Murid-murid hendaklah sentiasa menghormati guru-guru dan semua kakitangan sekolah dengan mengucapkan Selamat Pagi/ Selamat Tengah Hari/ Selamat Petang/ Salam Sejahtera atau Assalammualaikum juga dengan sesama murid. 7.2 Murid-murid hendaklah berdiri dan memberi hormat kepada semua guru yang keluar dan masuk ke kelas termasuklah sewaktu Guru Besar, Penolong Kanan serta pelawat yang datang dan masuk ke kelas. 7.3 Kebersihan serta ketenteraman kelas adalah tanggungjawab murid-murid yang ada di dalam kelas itu dengan diawasi oleh Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas dan pengawas dengan bimbingan dan pengawasan Guru Kelas. 7.4 Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas bertanggungjawab atas segala perkakas/ perabot dan lain-lain peralatan yang ada di dalam kelas masing-masing seperti papan tulis, almari, alat tulis, penyapu, tong sampah, penyeduk sampah, meja guru, kerusi guru, meja murid, kerusi murid dan sebagainya. 7.5 Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas dan pengawas bertanggungjawab mengingatkan guru jika terlewat masuk ke dalam kelas. 7.6 Murid-murid dilarang keras melakukan perkara-perkara berikut: 7.6.1 Menulis di papan tulis kecuali mendapat arahan guru 7.6.2 Mengunakan meja dan kerusi guru. 7.6.3 Meninggalkan buku di atas meja/ laci selepas waktu belajar. 7.6.4 Membuang sampah, kayu, batu atau benda lain di dalam kelas dan juga tandas. 7.6.5 Membuang tuala wanita di dalam tandas. Tuala wanita hendaklah dibungkus dengan kemas dan dibuang ke dalam tong sampah. 7.6.6 Membazir air di luar dan di dalam tandas. 7.6.7 Buat bising, bermain, bergaduh dan berlari di dalam kelas. 7.6.8 Membuang sampah merata-rata tempat. Sampah hendaklah dibuang ke dalam tong sampah. 7.6.9 Menconteng dinding sekolah, meja murid, papan kenyataan, tandas sekolah dan seluruh bangunan sekolah serta harta benda sekolah.


7 7.6.10 Murid-murid dilarang keras menconteng dan mengoyakkan buku teks yang dipinjam kepada murid. Jika hilang atau rosak hendaklah diganti. Buku Teks hendaklah sentiasa dijaga kebersihan dan keselamatannya dengan membalutnya dengan kemas. 7.6.11 Semasa menggunakan Bilik Komputer, Bilik Agama, Pusat Sumber, dan lain-lain bilik khas murid-murid hendaklah berdisiplin dan sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam bilik tersebut. 7.6.12 Kerja rumah atau kerja sekolah yang diarah oleh guru hendaklah disiapkan di rumah. Bantahan dan keingkaran terhadap perkara ini adalah merugikan diri sendiri. 8.0 KEGIATAN KOKURIKULUM 8.1 Kegiatan Kokurikulum adalah aktiviti yang dijalankan di luar daripada masa belajar. Satu daripada berikut : 8.1.1 Unit Beruniform 8.2.2 Persatuan/ Kelab Akademik 8.3.3 Sukan dan Permainan 8.2 Murid-murid wajib hadir pada setiap perjumpaan kokum pada hari dan masa yang ditetapkan oleh pihak sekolah termasuklah mesyuarat dan latihan yang diadakan. 8.3 Murid-murid hendaklah berdisiplin dan memakai pakaian yang sesuai mengikut kegiatan pada hari itu seperti yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan kokurikulum dengan menandatangani Buku Kokurikulum murid. 8.4 Pihak sekolah akan sentiasa berusaha mengambil langkah demi mengelakkan daripada berlaku sebarang masalah terhadap murid semasa mengikuti kegiatan. Jika berlaku insiden yang tidak disengajakan ke atas murid maka pihak ibu bapa/ penjaga tidak boleh mengambil tindakan ke atas pihak sekolah tetapi seharusnya bekerjasama untuk mengatasinya. 8.5 Dengan kebenaran bertulis daripada Pejabat Pendidikan Daerah, sekolah melaksanakan kegiatan kokurikulum pada hari Rabu bermula pada jam 1:30 petang hingga 3:30 petang. 9.0 KESELAMATAN 9.1 Kecemasan adalah terkandung di dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1978. Membunyikan loceng kebakaran sesiapa sahaja sama ada guru atau kakitangan bukan mengajar hendaklah tanpa ragu-ragu membunyikan isyarat Fire Alarm setelah lihat tanda-tanda kebakaran. 9.2 Semua murid, guru dan kakitangan sekolah hendaklah mengosongkan bangunan dengan serta-merta. i. Apabila loceng isyarat dibunyikan, murid-murid hendaklah berdiri di sisi meja sementara menunggu arahan guru ii. Murid-murid daripada setiap kelas mestilah membuat satu barisan kemudian meninggalkan kelas mengikut jalan yang ditentukan. iii. Murid-murid hendaklah bergerak dengan senyap, terburu-buru atau berlari dan tanpa memotong barisan sehingga sampai ke tempat yang ditentukan. 9.3 Tempat berkumpul hendaklah di tempat yang selamat sebaiknya di tempat yang lapang seperti padang.


8 10.0 KESELAMATAN JALAN RAYA 10.1 Semua murid mestilah mematuhi peraturan keselamatan jalan raya dan menjaga keselamatan diri. 10.2 Murid-murid yang hendak melintas jalan raya hendaklah : i. Mencari tempat yang selamat untuk melintas ii. Tunggu dahulu di tepi jalan iii. Pandang ke kanan jalan, ke kiri dan ke kanan semula dan apabila tiada kenderaan melintaslah dengan pantas tetapi jangan berlari. 10.3 Murid-murid yang berjalan kaki hendaklah berjalan di sebelah kanan jalan raya menghadap kenderaan yang datang dari hadapan. 10.4 Murid-murid yang menggunakan basikal hendaklah menunggang dalam ekoran atau barisan. 10.5 Murid-murid hendaklah beratur jika menaiki bas atau turun dari bas sesudah berhenti. 10.6 Jika berlaku kemalangan/ kecederaan dalam kawasan hendaklah dilaporkan kepada Guru Besar/ Guru Penolong Kanan/ Guru Kelas/ Guru Bertugas. 10.7 Semua kenderaan ibu bapa/ penjaga bas yang menghantar dan mengambil murid-murid hendaklah berhenti menurunkan atau menaikkan murid-murid di tempat yang selamat. 11.0 RAWATAN DAN CUTI SAKIT 11.1 Murid-murid hendaklah dihantar ke rumah sakit sekiranya memerlukan rawatan atau berhubung dengan ibu bapa / penjaga untuk membawa murid pulang untuk berjumpa dengan doktor. 11.2 Murid-murid yang hendak ke hospital/ klinik dengan ditemani olen ibu bapa/ penjaga boleh mendapat surat rawatan dari sekolah untuk ke hospital. 11.3 Surat-surat cuti sakti tidak sah melainkan dikeluarkan oleh Pegawai Perubatan (Doktor) Kerajaan. 12.0 KAWASAN LARANGAN 12.1 Pejabat sekolah dan bilik guru kecuali mendapat kebenaran. 12.2 Makmal Komputer kecuali ada guru yang bertugas 12.3 Stor-stor kecuali dengan kebenaran. 12.4 Pusat Sumber kecuali ada guru atau dengan kebenaran. 12.5 Kantin sekolah semasa sesi pembelajaran. 13.0 PERALATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN 13.1 Semua peralatan sekolah yang digunakan hendaklah dijaga dengan baik. 13.2 Murid-murid tidak dibenarkan mengambil peralatan sukan sendiri tanpa kebenaran atau diawasi oleh guru. 13.3 Alatan yang dipulangkan hendaklah disusun dengan teratur dan kemas. 13.4 Setiap pengeluaran dan pengembalian peralatan sukan hendaklah dicatat di Buku Rekod yang telah disediakan. 13.5 Murid-murid dilarang keras mencuri peralatan sukan dan pendidikan jasmani.


9 14.0 PERATURAN AM 14.1 Murid-murid dilarang keras menghisap rokok dan menggunakan/ menyalahgunakan apaapa jenis dadah. Tindakan tegas akan diambil terhadap murid-murid yang didapati melakukannya. 14.2 Murid-murid dilarang keras bermain apa-apa sahaja bentuk judi di dalam dan di luar sekolah. 14.3 Murid-murid dilarang keras meminum apa sahaja jenis minuman keras yang memabukkan. 14.4 Murid-murid tidak dibenarkan membawa sebarang alat elektronik ke sekolah. 14.5 Murid-murid tidak dibenarkan membawa semua jenis alat muzik seperti IPod, permainan atau Smartphone ke sekolah. 14.6 Murid-murid dilarang bermain dengan alatan elektrik atau sebarang peralatan yang boleh mengakibatkan kebakaran dan kemalangan. 14.7 Murid-murid adalah dilarang keras menconteng atau mengoyakkan apa sahaja yang terdapat di papan kenyataan kelas atau sekolah. 14.8 Semua murid memberikan maklumat yang lengkap dan tepat mengenai butir-butir diri dan ibu bapa/ penjaga kepada pihak sekolah untuk tujuan kegunaan rasmi, perhubungan dan kebajikan. 14.9 Murid-murid hendaklah memaklumkan kepada guru kelas/ pihak sekolah sekiranya ada perubahan/ pindaan maklumat pelajar. 14.10 Jika berlaku kecurian atau kerosakan harta benda sekolah hendaklah dilaporkan kepada Guru Besar/ Guru Penolong Kanan/ Guru Bertugas/ Guru Kelas dengan segera. 15.0 PELAWAT 15.1 Ibu bapa/ penjaga yang ingin berjumpa dengan murid semasa sesi persekolahan mendapat kebenaran daripada Guru Besar/ Guru Penolong Kanan. 15.2 Ibu bapa/ penjaga tidak dibenarkan terus berjumpa dengan murid di kelas masingmasing. Perjumpaan dan perbualan hendaklah dilakukan di kawasan Pejabat Sekolah/ Pejabat Guru Besar atau Bilik Guru sahaja. 15.3 Pelawat-pelawat/ orang awam yang bukan dari kalangan ibu bapa/ penjaga tidak dibenarkan sama sekali menemui murid-murid sepanjang sesi pembelajaran berjalan kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Guru Besar/ Penolong Kanan. 16.0 PERINGATAN PENTING 16.1 Semua murid dikehendaki membaca, mengingati dan mematuhi semua peraturan/ undang-undang dalam Buku Peraturan ini. 16.2 Pihak sekolah/ Lembaga Disiplin sekolah tidak akan menerima alasan murid-murid tidak mengetahui mana-mana peraturan/ undang-undang sekolah setelah Buku Peraturan ini dibuat dan dimiliki oleh setiap murid. 16.3 Murid-murid yang melanggar mana-mana peraturan sekolah,serta telah disabit kesalahan akan dikenakan tindakan/ hukuman setimpal mengikut : i. Jenis dan Kategori kesalahan ii. Pelaku dan kekerapan melakukan kesalahan 16.4 Murid-murid yang sengaja melanggar dan tidak mahu menyesuaikan diri dengan peraturan sekolah ini boleh digantung atau dikeluarkan dari sekolah ini.


10 16.5 Pihak sekolah dan Lembaga Disiplin Sekolah mengambil berat mengenai sebarang kesalahan yang dilakukan oleh murid walaupun kecil, kerana jika tidak dikawal boleh menimbulkan pelbagai masalah dan kesulitan kepada rakan-rakan, guru-guru, pihak sekolah dan juga ibu bapa/ penjaga. 16.6 Peraturan-peraturan yang terkandung dalam Buku Peraturan ini adalah tertakluk kepada perubahan atau pindaan yang dikeluarkan oleh pihak kementerian, Jabatan atau Pihak Sekolah dari semasa ke semasa. Pihak sekolah/ Lembaga Disiplin Sekolah berhak dan boleh memindahkan, menambah atau menghapuskan mana-mana bahagian atau peraturan dalam Buku Peraturan ini jika difikirkan perlu. 17.0 SENARAI KESALAHAN SALAHLAKU DAN TINDAKAN 17.1 Kesalahan Berat 17.1.1 Tingkah laku Jenayah a. Berjudi b. Mencuri c. Melawan atau mengancam, memukul atau mencederakan guru d. Memukul atau mengancam/ memukul/ mencederakan pengawas e. Membuli dan memeras ugut f. Menganggotai kumpulan haram atau kongsi gelap g. Mengedar dan menyalahgunakan dadah. h. Membawa senjata/ benda tajam atau merbahaya i. Mencabul kehormatan j. Mengancam/ memukul atau mencederakan murid lain k. Menceroboh bilik khas atau Pejabat Guru Besar l. Menunjuk perasaan atau berpekik 17.1.2 Tingkah laku Lucah a. Bercumbu-cumbuan b. Berkhalwat c. Membawa bahan-bahan lucah d. Mengintai murid-murid perempuan e. Menggunakan perkataan dan melakukan perbuatan lucah f. Melukis dan menulis kata-kata atau gambar-gambar lucah 17.1.3 Tingkah laku Biadab dan Kurang Sopan a. Berkelakuan kasar terhadap guru, pengawas dan murid lain b. Berbahasa kesat c. Menyimpan atau menghisap rokok d. Meminum arak e. Mengganggu suasana pengajaran dan pembelajaran f. Tidak menghormati guru atau pengawas g. Tidak menghormati Lagu Kebangsaan dan Negeri 17.1.4 Tingkah laku Musnah a. Merosakkan harta benda sekolah b. Merosakkan harta benda Guru Besar, guru-guru dan kakitangan sekolah c. Merosakkan harta benda murid lain d. Merosakkan harta benda kantin atau RMT sekolah


11 17.1.5 Tingkah laku Tidak Jujur atau Menipu a. Menipu yang melibatkan wang b. Menipu yang melibatkan kepercayaan c. Mengambil tindakan tanpa melalui pentadbiran sekolah d. Mengulangi kesalahan yang sama melebihi dua kali atau setelah nasihat dan amaran yang diberikan 17.2 Kesalahan Kecil atau Ringan 17.2.1 Kekemasan Diri a. Berambut panjang atau fesyen yang keterlaluan yang bertentangan dengan peraturan sekolah b. Berkuku panjang c. Bermisai atau berjanggut d. Memakai pakaian yang tidak sopan dan selain dari pakaian seragam sekolah e. Memakai barang perhiasan atau bersolek 17.2.2 Tingkah laku Tidak Mementingkan Masa a. Datang lewat ke sekolah b. Lewat ke perhimpunan c. Berkeliaran di kawasan sekolah semasa belajar d. Makan atau membeli makanan di kantin di luar waktu rehat e. Tidak membuat kerja sekolah/kerja rumah dan latihan yang diberikan oleh guru f. Tidak menjalankan tugas membersihkan kelas sebelum waktu pembelajaran bermula g. Tidak berada di dalam kelas atau bilik-bilik lain semas pengajaran sedang dilaksanakan. 17.2.3 Ponteng a. Ponteng kelas b. Ponteng sekolah c. Ponteng perhimpunan d. Ponteng kokurikulum e. Ponteng ujian dan peperiksaan 18.0 TINDAKAN LEMBAGA DISIPLIN SEKOLAH 18.1 Kesalahan Berat Bagi kesalahan berat yang dilakukan oleh murid setelah peringatan diberikan, Pihak Lembaga Disiplin Sekolah Peringkat sekolah boleh mengambil beberapa tindakan yang setimpal dengan kesalahan disiplin yang dilakukan mengikut peratura yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia termasuklah: 18.1.1 Setelah disiasat dan murid tersebut didapati bersalah maka pihak sekolah akan memaklumkan perkara tersebut kepada Jabatan Pendidikan Negeri, Daerah, Pihak Polis dan pihak-pihak lain yang berkaitan untuk tindakan lanjut. 18.1.2 Menggantung tanpa tarikh (untuk tujuan pembuangan) persekolah murid (jika diputuskan oleh Lembaga Disiplin Sekolah) dan menghantar laporan bertulis kepada Jawatankuasa Disiplin Murid di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri.


12 18.1.3 Mengenakan tindakan penggantungan (bertarikh) persekolahan sehingga maksima dua minggu ibubapa/penjaga murid akan di maklumkan dna dikehendaki melengkapkan surat perjanjian aau menandatangani surat pengakuan mengenai kesalahan disiplin murid yang terbabit. 18.1.4 Hukuman rotan (maksimum 3 kali) oleh guru besar atau guru yang diberi kuasa berbuat demikian yang merupakan amaran terakhir kepada murid berkenaan. Ibu bapa/ penjaga dan pelajar juga dikehendaki melengkapkan surat perjanjian atau menandatangani surat pengakuan. 18.1.5 Murid juga dibuang sekolah berdasarkan kesalahan yang dilakukan setelah keputusan yang dibuat oleh Lembaga Disiplin Sekolah setelah keputusan yang dibuat oleh Lembaga Disiplin Sekolah dimaklumkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan telah mendapat jawatan. 18.2 Kesalahan Ringan/ Kecil Bagi kesalahan ringan/kecil (tidak diulang atau tidak melebihi dua kali) yang dilakukan oleh murid, pihak Lembaga Disiplin Sekolah boleh mengenakan beberapa tindakan ke atas murid termasuklah: 18.2.1 Memberi nasihat dan amaran kepada murid-murid yang terlibat (amaran pertama, kedua dan ketiga) 18.2.2 Memaklumkan dan meminta kerjasama daripada ibu bapa/penjaga melalui surat-menyurat mengenai salah laku murid dan amaran pertama,kedua, ketiga atau terakhir. 18.2.3 Mengenakan denda kepada murid yang terlibat, iaitu menulis ayat yang berupa pengajaran dan ingatan berulang kali mengikut arahan yang diberi. 18.2.4 Mengenakan denda kepada murid yang terlibat, iaitu denda yang memberi pengajaran seperti mengutip sampah di kawasan kelas/ sekolah, mencuci tandas atau denda-denda lain yang sesuai, tidak menyakitkan atau bersifat mendera. 18.2.5 Merampas barangan yang menyalahi peraturan sekolah sperti tali pinggang, kasut, barang kemas alat solek alat-alat permainan dan lain-lain. Ibu bapa/ penjaga boleh menuntut barang-barang yang dirampas dari pihak sekolah setelah memberi jaminan kesalahan tersebut tidak akan berulang lagi.


13 LAMPIRAN A RUKUN NEGARA 国家原则 身为马来西亚公民 我谨此宣誓 将其以下原则 全力以赴 忠于职守 以达致国家宏愿 一、信奉上苍 二、忠于君国 三、维护宪法 四、遵从法制 五、培养德行


14 LAMPIRAN B LAGU NEGARAKU 国歌 LAGU SABAH TANAH AIRKU 州歌 LAGU SEKOLAH 校歌 Negaraku Tanah tumpahnya darahku, Rakyat hidup bersatu dan maju, Rahmat bahagia Tuhan kurniakan, Raja kita selamat bertakhta, Rahmat bahagia Tuhan kurniakan. Raja kita selamat bertakhta Sabah tanah airku Negeri kita yang tercinta Pemuda-pemudi semua marilah Bangunlah bersatu semua Marilah bersama serta maju jaya Merdeka sepanjang masa Bersatu segala bangsa sentosa Sabah negeri merdeka 巍巍我中华 绿水青山围绕它 数十寒暑在沙巴 成就人人夸 巍巍我中华 师生欢聚共一家 滔天海浪不惧怕 经得起风雨打 忠 孝信递 五千年传统我牢记 礼 义 廉 耻 是我们的祖训 巍巍我中华 学生品行极文雅 不畏艰辛保护它 维护我中华 不畏艰辛保护它 维护我中华


15 LAMPIRAN C SENARAI KOD SALAH LAKU KOD KATEGORI KESALAHAN 违规类型 A TINGKAH LAKU JENAYAH 刑事罪行 A01 BERJUDI 赌博 A02 MENCURI 偷窃 A03 MENGANCAM/MEMUKUL/MENCEDERAKAN GURU 威胁、殴打、致伤老师 A04 MENGANCAM/MEMUKUL/MENCEDERAKAN KAKITANGAN 威胁、殴打、致伤非教职员 A05 MENGANCAM/MEMUKUL/MENCEDERAKAN MURID 威胁、殴打、致伤同学 A06 PERAS UGUT 威胁 A07 GENGSTERISME 私会党 A08 PENGLIBATAN DALAM POLITIK 参与政治 B PENYALAHGUNAAN DADAH / INHALAN / RACUN 吸毒 B01 MEMILIKI / MENYIMPAN 拥有、匿藏 B02 MEMBEKAL / MENAWARKAN 提供、介绍 B03 MENJUAL / MENGEDAR 卖、供应 B04 MENGHISAP / MENYUNTIK / MENYEDUT / MEMINUM / MENGHIDU 吸、注射、抽、喝、嗅 B05 MENGHIDU BAHAN-BAHAN INHALAN 吸毒粉 C BULI 欺负 C01 BULI BAHASA 出口伤人 C02 BULI FIZIKAL 肢体伤害 C03 BULI ISYARAT 不雅的身体语言 C04 BULI PERHUBUNGAN 玩弄关系 D ROKOK 吸烟 D01 MEMILIKI DAN MENYIMPAN 拥有、匿藏 D02 MEMBEKAL DAN MENAWARKAN 提供、介绍 D03 MENJUAL DAN MENGEDAR 卖、供应 D04 MENGHISAP 吸 E PONTENG 逃学 E01 PONTENG SEKOLAH 逃学 E02 PONTENG KELAS 逃课 E03 PONTENG AKTIVITI KOKURIKULUM 缺席课外活动 E04 PONTENG UJIAN / PEPERIKSAAN 缺席考试 E05 PONTENG PREP 缺席补习班 E06 PONTENG ASRAMA 不回宿舍 E07 PONTENG ACARA RASMI SEKOLAH 缺席学校正式活动 E08 PONTENG PERHIMPUNAN 缺席周会


16 KOD KATEGORI KESALAHAN 违规类型 F TINGKAH LAKU LUCAH 色情罪行 F01 BERCUMBUAN 非礼 F02 BERKHALWAT 婚前性行为 F03 BAWA BAHAN LUCAH 带色情物品 F04 MENGEDAR BAHAN LUCAH 听色情资讯 F05 MENGINTAI 偷看 F06 MENGGUNAKAN KATA / PERBUATAN LUCAH 使用色情语言和动作 F07 MELUKIS & MENULIS KATA-KATA DAN GAMBAR LUCAH 书写与涂鸦色情文字和图案 F08 MENONTON VCD / FILEM LUCAH 观看色情影片 F09 MEMELUK MURID LAIN JANTINA 拥抱不同性别的学生 F10 BERDUA-DUAAN YANG MENIMBULKAN SYAK 单独和异性在隐蔽的地方约会 G TINGKAH LAKU KURANG SOPAN/ BIADAP 不雅与无礼的行为 G01 BIADAP KEPADA GURU 对老师无礼 G02 BIADAP KEPADA KAKITANGAN 对非教职员无礼 G03 BIADAP KEPADA TETAMU 对来访的客人无礼 G04 BERKELAKUAN KASAR KEPADA MURID 对同学动粗 G05 BERBAHASA KESAT / KASAR KEPADA MURID 对同学讲粗口 G06 MEMINUM / MEMBELI / MENYIMPAN / MENGEDAR MINUMAN YANG MEMABUKKAN 喝、买、收藏、供应有酒精成分的饮料 G07 MEMBUANG SAMPAH MERATA-RATA 乱丢垃圾 G08 INGKAR ARAHAN GURU 顶撞老师 G09 INGKAR ARAHAN PENGAWAS 顶撞巡察员 G10 MELUDAH DI TEMPAT TIDAK SEPATUTNYA 随地吐痰 H KESALAHAN VANDALISME 破坏罪行 H01 MEROSAKKAN HARTA BENDA SEKOLAH 破坏学校公物 H02 MEROSAKKAN HARTA BENDA ASRAMA 破坏宿舍公物 H03 MEROSAKKAN HARTA BENDA KANTIN 破坏食堂公物 H04 MEROSAKKAN PERALATAN BILIK-BILIK KHAS 破坏多用途课室 H05 MEROSAKKAN TANAMAN TUMBUHAN / TANAMAN HIASAN 破坏学校的花草树木 H06 MENCONTENG DINDING BANGUNAN SEKOLAH 涂鸦学校的墙壁 H07 MENCONTENG DINDING BANGUNAN ASRAMA 涂鸦宿舍的墙壁 H08 MEROSAK / MENGOYAK BUKU SPBT 破坏贷书课本 H09 MEROSAKKAN PERALATAN SUKAN 破坏学校体育用具 H10 MEROSAKKAN KENDERAAN GURU BESAR / PENGETUA / GURU / KAKITANGAN 破坏校长、老师、非教职员的交通工具 H11 MEROSAKKAN HARTA / KENDERAAN MURID 破坏学生的交通工具 J TINGKAH LAKU TIDAK AMANAH 没有诚信的行为 J01 PECAH AMANAH 没有诚信 J02 BERBOHONG 撒谎 J03 TIDAK BERTANGGUNGJAWAB 不负责任 J04 TIDAK JUJUR 不诚实


17 KOD KATEGORI KESALAHAN 违规类型 K KENAKALAN 调皮 K01 MENUNGGANG MOTOSIKAL DALAM KAWASAN SEKOLAH 在学校范围骑摩多车 K02 MASUK TANDAS BERLAINAN JANTINA 进异性的厕所 K03 SENGAJA MEMBUNYIKAN LOCENG KECEMASAN 故意按警铃 K04 MENGGANGGU SEMASA PENGAJARAN & PEMBELAJARAN 干扰老师教学 K05 TIDAK IKUT GILIRAN / BEREBUT-REBUT / BERTOLAK-TOLAK 不遵守秩序、争先恐后和推挤 K06 MEMBAWA / BERMAIN MERCUN 携带和玩烟花 K07 MENGUBAHSUAI PENDAWAIAN ELEKTRIK 改造电路 K08 KELUAR KAWASAN SEKOLAH / ASRAMA TANPA KEBENARAN 擅自离开学校和宿舍 K09 BERMAIN DALAM DORM 在蓄水桶里玩 K10 MELANGGAR PERATURAN ASRAMA 违反宿舍条规 L TINGKAH LAKU TIDAK PENTINGKAN MASA 不守时 L01 LEWAT KE SEKOLAH 迟到 L02 LEWAT KE PERHIMPUNAN 周会迟到 L03 LEWAT MASUK KELAS 迟进课室 L04 LEWAT DATANG AKTIVITI LUAR KELAS / KOKURIKULUM 课外活动迟到 L05 LEWAT MASUK / BALIK KE ASRAMA 迟回宿舍 M KEKEMASAN DIRI 仪表 M01 BERKUKU PANJANG 留长指甲 M02 MEWARNA KUKU / BERINAI 涂及染指甲和手指 M03 BERAMBUT PANJANG 留长头发 M04 RAMBUT BERFESYEN 潮流发型 M05 BERMISAI / BERJANGGUT 留胡须 M06 MEMAKAI PAKAIAN TIDAK MENGIKUT PERATURAN 衣着不标准 M07 PAKAI BARANG KEMAS 戴首饰 M08 BERTATOO 纹身 M09 MENCUKUR BULU KENING 修眉 M10 MEMAKAI ALAT SOLEK 化妆 N PENGLIBATAN POLITIK 参与政治 N01 PENGLIBATAN DALAM PERHIMPUNAN / PERARAKAN POLITIK 参与政治集会 N02 MERAYU UNDI DALAM PILIHANRAYA 拉票 N03 MENYEBAR PENULISAN / DOKUMEN / PROPAGANDA POLITIK 分发政治刊物


18 KOD KATEGORI KESALAHAN 违规类型 Q TIADA DALAM SENARAI 其他 Q01 MEMBAWA TELEFON BIMBIT 带手机 Q02 MENGHINA SEKOLAH MELALUI FACEBOOK 在面子书上破坏学校名誉 Q04 BERGADUH 打架 Q06 MENCABUL/MERABA 非礼 Q07 SUBAHAT VANDALISME/MENCURI 串通偷窃和进行破坏 Q09 BERPASANGAN/BERKHALWAT 男女幽会 G10 MELUDAH DI TEMPAT TIDAK SEPATUTNYA 随地吐痰 Q11 MERAYAU 游荡 Q13 PERGI KE KAFE SIBER 去电子游戏中心 Q30 MENCEROBOH MASUK KAWASAN LARANGAN DI SEKOLAH 闯入学校禁地 Q47 BERSIDAI DI KORIDOR 在走廊游荡 Q48 BERADA BERSAMA PENGHISAP ROKOK 与吸烟者为伍 Q62 BERMAIN BEDAK DAN AIR 玩水粉 Q72 MEMBAWA PEMETIK API 带打火机 Q76 MENGGANGGU BUDAK PEREMPUAN 骚扰女学生 Q78 MENIRU DALAM PEPERIKSAAN 考试作弊 Q82 MENUNJUK PERASAAN/BERPIKET 发脾气 Q87 MENGANCAM DAN MENCEDERAKAN MURID LAIN 威胁及伤害其他同学 Q91 MENGGANGGU KETENTERAMAN SEKOLAH 破坏校园安宁 Q94 MENJUAL AIR KETUM DI SEKOLAH 贩卖罐装饮品


19 LAMPIRAN D 女学生仪容(头发):正面 PENAMPILAN MURID PEREMPUAN (RAMBUT) : PANDANGAN DEPAN 刘海不可超过眉毛。 Rambut depan tidak boleh melebihi kening. 严禁学生染发。 Murid dilarang sama sekali untuk mewarna rambut.


20 1. 短发的学生必须把头发梳理整齐,发尾也不能长过校服的衣领。 Murid yang berambut pendek perlu menyikat rambut dengan kemas, dan hujung rambut seharusnya tidak melebihi kolar baju sekolah. 2. 长发的学生必须把长发梳绑整齐。 Murid yang berambut panjang perlu menyikat dan mengikat rambut yang panjang dengan kemas. 女学生仪容(头发):侧面 PENAMPILAN MURID PEREMPUAN (RAMBUT) : PANDANGAN SISI 只能使用黑色或深蓝 色发圈把头发扎整 齐。 Hanya ikatan rambut warna hitam atau biru tua dibenarkan guna pakai. Rambut perlu diikat dengan kemas. 女生头发长过肩膀必 须扎成马尾。 Murid perempuan yang rambutnya panjang daripada bahu mesti diikat seperti gambar.


21 男学生仪容(头发):正面 PENAMPILAN MURID LELAKI (RAMBUT) : PANDANGAN DEPAN 1. 学生不能用凝胶把头发梳成站立。 Murid tidak boleh menggunakan gel untuk menyikat rambut mereka dalam keadaan berdiri untuk tujuan bergaya. 2. 严禁学生染发。 Murid dilarang sama sekali mewarnakan rambut. 前额头发不可超过 眉毛。 Rambut depan tidak boleh melebihi kening.


22 男学生仪容(头发):侧面 PENAMPILAN MURID LELAKI (RAMBUT) : PANDANGAN SISI 后面的头发不能长 过衣领 Rambut di bahagian belakang tidak boleh melebihi kolar. 头发不能长过耳朵 Rambut tidak boleh melebihi telinga.


23 LAMPIRAN E 学校制服及学生形象:女生 PENAMPILAN MURID PEREMPUAN 短袖上衣 Baju putih yang lengan pendek 必须有校徽 和名牌 Uniform sekolah mesti mempunyai lencana sekolah dan nama. 必须穿腰带 Mesti memakai tali pinggang 校裙必须遮过 膝盖 Skirt mesti melebihi paras lutut 必须穿黑袜 和黑鞋 Kasut dan stoking mesti berwarna hitam 深蓝色裙子 Skirt mesti berwarna biru gelap


24 学校制服及学生形象:男学 PENAMPILAN MURID LELAKI 短袖白色上衣 Baju putih yang lengan pendek 必须穿腰带 Mesti pakai tali pinggang 必须有校徽和 名牌 Uniform sekolah mesti mempunyai lencana sekolah dan nama. 上衣须塞进裤 子里 Baju mesti dimasukkan ke dalam seluar 可穿深蓝色长 或短裤 Boleh pakai seluar panjang atau pendek yang berwarna biru tua 必须穿黑袜 和黑鞋 Kasut dan stoking mesti berwarna hitam


25 学校制服及学生形象:穆斯林女生 PENAMPILAN MURID PEREMPUAN MUSLIM 穿着白色的马 来女装上衣和 深蓝色的长裙 Memakai baju kurung asli berwarna putih dan kain sekolah berwarna biru gelap. 必须有校徽和 名牌 Uniform sekolah mesti mempunyai lencana sekolah dan nama 戴上学校白 色头巾但不 戴胸针 Tudung sekolah dan anak tudung berwarna putih tanpa memakai keronsang 必须穿黑袜 和黑鞋 Kasut dan stoking mesti berwarna hitam


26 LAMPIRAN F ✓ 男女生一概不准留长指甲、涂指甲油和彩绘指等。 Murid-murid tidak dibenarkan mempunyai kuku panjang atau mengecat kuku mereka. ✓ 男女生一概不准留长指甲、涂指甲油和彩绘指等。 Murid-murid tidak dibenarkan mempunyai kuku panjang atau mengecat kuku mereka. 指甲 KUKU


27 LAMPIRAN G


Click to View FlipBook Version