KESUMA 2.0 Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak 3 & 4 Februari 2024
SBPI GOMBAK KESUMA 2.0 Sistem Rumah merupakan satu sistem yang telah lama diamalkan di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Premier. Pada tahun 2004, sistem ini telah dilaksanakan sepenuhnya di semua SBP. Ini merupakan langkah proaktif unit SBP, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mencapai visi dan misi SBP serta merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pihak BPSBPSK telah memantapkan lagi pengisian program ini dengan mewujudkan Anugerah Asrama Terbilang pada tahun 2005 dan Anugerah Sistem Rumah Terbilang telah dilaksanakan pada tahun 2009. Pada tahun 2022, Penarafan 5 Bintang pula telah diperkenalkan dan mulai dilaksanakan pada tahun 2023. Mulai tahun 2018, pihak BPSBPSK berhasrat untuk memperkemas program sedia ada supaya memberi impak optimum kepada semua murid SBP menerusi Kursus Kepemimpinan dan Pengurusan Sistem Rumah Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan. PENDAHULUAN
SBPI GOMBAK KESUMA 2.0 RASIONAL Kursus Kepemimpinan dan Pengurusan Sistem Rumah Sekolah Berasrama Penuh merupakan satu usaha untuk memberi pendedahan tentang pelaksanaan dan pengurusan sistem rumah dan asrama di SBP. Untuk memastikan pelaksanaan ini berkesan, murid-murid yang mengetuai sistem ini perlu terdiri daripada mereka yang mempunyai ciri-ciri kepemimpinan yang cemerlang dan berwibawa. Oleh itu, kursus ini dirancang untuk mengisi ruang ilmu kepemimpinan kepada murid-murid yang telah diberi amanah sebagai ketua rumah agar menjadi pemimpin yang terbilang bagi generasi akan datang.
SBPI GOMBAK KESUMA 2.0 MATLAMAT PROGRAM Melahirkan sekolah dan asrama yang unik Melahirkan murid yang Jasmani seimbang Emosi Rohani Intelek Memperkasa jati diri murid, berketerampilan, berkeyakinan, berdaya saing dan berdaya pimpin. Mewujudkan semangat pertandingan yang sihat dalam kalangan murid. Mewujudkan semangat kekeluargaan dan kekitaan ‘sense of belonging’ dengan menanam perasaan “menyayangi yang muda dan menghormati yang tua”
SBPI GOMBAK KESUMA 2.0 OBJEKTIF PROGRAM Membina sikap dan gaya kepemimpinan murid sebagai ketua rumah di SBP. Meningkatkan kemahiran pengurusan kepimpinan kepada ketua rumah di SBP. Mewujudkan kejelekitan yang autentik dalam menjalankan tanggungjawab ketua rumah. Melaksanakan tugas dan peranan ketua rumah yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab. Melahirkan ketua rumah yang berkeyakinan, berwawasan dan mempunyai sahsiah diri yang terpuji.
SBPI GOMBAK KESUMA 2.0 PENGANJUR Kursus Kepimpinan Ketua Rumah Dan Penolong Ketua Rumah Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan ini dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia dan akan dikelolakan oleh Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak.
SBPI GOMBAK KESUMA 2.0 TEMA KURSUS “ADAB CEMERLANG, PEMIMPIN TERBILANG”
SBPI GOMBAK KESUMA 2.0 PENGLIBATAN BIL PENGLIBATAN PENYERTAAN Jumlah Keseluruhan 234 orang Murid-murid Tingkatan 1 - 4 yang terpilih Guru & AKP Jurulatih Utama (KR, PKR & JU Guru) 200 orang 25 orang 9 orang 1 2 3
SBPI GOMBAK KESUMA 2.0 SEKIAN TERIMA KASIH