The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kertas Kerja Kitar Semula LATAS20231123 - Zihan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by z r, 2024-02-10 19:58:43

Kertas Kerja Kitar Semula LATAS20231123 - Zihan

Kertas Kerja Kitar Semula LATAS20231123 - Zihan

KERTAS KERJA KEMPEN KITAR SEMULA Anjuran : LAJNAH ASAS TANI DAN ALAM SEKITAR (LATAS) PAS Kawasan Kuala Langat TARIKH KEMPEN : 5 MEI – 5 JUN 2024


1.0 PENDAHULUAN َّن ِ َوةٌ َخ ِض َرةٌ، َوإ ْ َيا ُحل َّن الُّدنْ إ َّو َل ِ َ َّن أ ِ َسا َء، َفإ قُوا النِّ َيا َواتَّ قُوا الُّدنْ ُو َن، َفاتَّ َهللا ُم ْسَت ْخِلفُ ُكْم فِي َها، َفَينْ ُظ ُر َكْي َف َت ْعَمل َسا ِء ْس َراِئي َل َكاَن ْت فِي النِّ ِ فِتْ َن ِة َبِني إ Maksudnya: “Sesungguhnya dunia ini manis lagi menghijau dan sesungguhnya Allah SWT menyerahkan urusan dunia ini kepada kamu semua. Lalu DIA akan melihat bagaimana kamu melakukannya. Berhati-hatilah dengan dunia dan juga wanita. Sesungguhnya ujian pertama yang berlaku ke atas Bani Israel adalah berkaitan wanita.” - Riwayat Muslim (2742) Syeikh Fuad ‘Abd al-Baqi mengulas berkenaan hadis ini, beliau menyatakan bahawa Allah SWT menjadikan umat manusia sebagai khalifah atau pentadbir atas muka bumi ini, dan Allah juga memerhatikan umat-Nya adakah mereka mentadbirnya mengikut arahan-Nya atau dengan kemaksiatan terhadap-NYA Sesungguhnya hubungan manusia dan alam sekitar sememangnya rapat. Malah kedua-duanya saling memerlukan. Sekiranya satu musnah, maka sengsaralah pihak yang satu lagi. Oleh itu, manusia diberikan tanggungjawab untuk menjaga kemakmuran muka bumi dan menjaganya mengikut ajaran yang dipandu dalam agama Islam. Kita seringkali tersentak dengan pelbagai bencana alam yang melanda negara berpunca daripada ekosistem alam sekitar negara kita yang semakin tercemar dan rosak disebabkan kerakusan kita sendiri dalam mengejar pembangunan. Kitar semula merupakan suatu proses mengolah semula bahan buangan kepada objek atau bahan yang baharu yang bermanfaat. Aktiviti ini dapat mengurangkan bahan buangan, penggunaan bahan mentah baru, penggunaan tenaga, pencemaran udara dan air serta pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah. Selain itu, mengitar semula bahan buangan akan menghasilkan bekalan baru bagi bahan yang sama, sebagai contoh kertas terpakai digunakan dapat menghasilkan kertas baru yang lebih bermutu. Oleh itu, Kempen Kitar Semula sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia ini tentunya sedikit sebanyak dapat meningkatkan tahap kesedaran dan kebersamaan dalam usaha memelihara dan memulihara alam sekitar bumi Malaysia ini. Secara tidak langsung, melahirkan ahli Gerakan Islam yang cintakan alam sekitar dengan menjadikan aktiviti kitar semula sebagai budaya dalam kehidupan sehari - harian. Biidznilllah.


2.0 MATLAMAT Pelaksanaan pelbagai projek, kempen dan amalan yang diterapkan oleh pelbagai pihak bertujuan membantu ke arah kelestarian alam sekitar merupakan satu usaha baik yang perlu disokong dan dilaksanakan secara berterusan. Ia tidak hanya terhenti pada waktu tertentu atau di satu-satu tempat sahaja. Malah usaha ini perlu kekal dan sebati dalam rutin kehidupan masyarakat agar kita dapat membantu mengekalkan keseimbangan dan keharmonian alam sekitar. Matlamat ini selari dengan tema Hari Alam Sekitar Negara (HASN) pada tahun ini, iaitu “Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama.” Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia yang disambut pada 5 Jun setiap tahun, Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar (LATAS) PAS Kawasan Kuala Langat dengan kerjasama Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Langat, mengambil inisiatif untuk mengadakan program kempen kitar semula bagi peringkat kawasan khusus di kalangan ahli dan PAS Cawangan. 3.0 OBJEKTIF Meningkatkan kesedaran dan kefahaman kepada ahli Jemaah tentang kepentingan amalan kitar semula yang boleh menyelamatkan alam sekitar. Melatih ahli-ahli jemaah untuk mempraktikkan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian Memupuk semangat untuk memelihara dan mencintai alam sekitar dalam diri ahli PAS Kawasan Kuala Langat. 4.0 TARIKH 5 Mei 2024 : Majlis Pelancaran Kempen Kitar Semula 5 Jun 2024 : Tarikh akhir pengumpulan bahan kitar semula 8 Jun 2023 : Serahan, timbangan dan penyampaian hadiah di Karnival Lestari Alam Sekitar (KLAS 1.0) 5.0 SASARAN Semua PAS Cawangan Kuala Langat 6.0 KAEDAH PERLAKSANAAN AKTIVITI Setiap cawangan diberi masa selama SEBULAN bermula dari 5 Mei 2024 sehingga 5 Jun 2024 untuk mengumpul bahan-bahan kitar semula seperti yang disenaraikan dalam Bahagian 7.0.


7.0 BAHAN-BAHAN KITAR SEMULA Antara bahan-bahan kitar semula yang boleh dikumpul oleh peserta dalam program ini termasuk : Kertas (suratkhbar, majalah, buku, kotak karton, bahan pembungkusan dan lain-lain) Kaca (botol minuman, bekas makanan, botol vitamin dan bekas kosmetik) Plastik (Beg plastik, botol minuman, botol air mineral dan bekas makanan) Logam (Aluminium, timah, besi, keluli dan lain-lain) 8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA PENASIHAT : Dato’ Dr. Ahmad Yunus Bin Hairi PENGARAH : Dr. Zakaria Bin Hj. Razak TIMBALAN PENGARAH : Pn. Junaidah Binti Misar SETIAUSAHA : Saudari Zihan Binti Johar BENDAHARI : Hj. Mujmal Bin Saidi UNIT PENDAFTARAN : Saudari Zahrotul Jannah Binti Azhar UNIT TEKNIKAL : En. Ezuha Bin Adam UNIT MULTIMEDIA : En. Munif Choyrul Abadi B. Amildin UNIT PENILAIAN : En. Roslee Bin Yunus UNIT HADIAH & CENDERAHATI : Pn. Siti Aminah Binti Abu Kassim


9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN NO PERKARA KUANTITATIF JUMLAH (RM) 1. (a) Hasil Jualan Pengumpulan Bahan Kitar Semula Kertas Kaca Plastik Tin 1,000 kg x RM0.20 4,000 kg X RM0.20 2,000 kg X RM0.40 1,000 kg X RM0.20 200.00 800.00 800.00 200.00 JUMLAH PENDAPATAN 2,000.00 2. HADIAH (a) Peserta (b) Petugas Juara : Hamper + Wang Tunai RM500 Naib Juara : Hamper + Wang Tunai RM400 Ketiga : Hamper + Wang Tunai RM300 RM20 X 10 orang 550.00 450.00 350.00 200.00 (c) Perasmi 100.00 3. SEKRETARIAT 100.00 4. 5. PERSIAPAN AWASAN 100.00 150.00 JUMLAH PERBELANJAAN 2,000.00


10.0 PENUTUP Kesimpulannya, kita sangat perlu bersama-sama menyambut baik usaha ini dengan turut serta menjalankan kewajipan sebagai seorang individu Muslim dan juga rakyat di bumi Malaysia ini dengan menjaga alam persekitaran daripada sebarang bentuk penyelewengan, penyalahgunaan dan berbagai lagi anasir yang tidak baik. Usaha ini termasuk dalam amal kebajikan terhadap agama kita yang diterima Allah seterusnya dapat meraih pahala di akhirat kelak.


Click to View FlipBook Version