KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TONGOD TELUPID
TEMA HARI GURU 2021
“BERGURU DEMI ILMU BINA GENERASI BAHARU”
Tema yang dipilih iaitu Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu, menyentuh peranan guru
dalam memperkasa keilmuan dan profesionalisme bagi membina generasi baharu negara
yang dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru merupakan insan
yang sentiasa dahagakan ilmu dan tidak jemu memperlengkap dirinya dengan pelbagai
pengetahuan, kemahiran dan nilai sejajar dengan prinsip pembelajaran sepanjang hayat
(lifelong learning).
Dalam konteks berguru, ilmu hendaklah diperoleh daripada seseorang yang mempunyai
kepakaran atau kemahiran yang autentik serta berasaskan sumber yang betul, sahih dan
berwibawa. Murid perlu menginsafi bahawa tidak ada manusia yang mencapai kejayaan di
dunia ini tanpa kehadiran insan bergelar guru. Guru juga insan yang banyak membentuk
karakter dan keperibadian seseorang.
Berguru merupakan suatu proses pembelajaran berterusan yang tiada berpenghujung, selagi
mana seseorang itu masih menikmati kehidupan di dunia ini. Seseorang yang berguru dengan
niat ikhlas untuk mendapatkan ilmu akan terus berusaha meningkatkan kefahaman terhadap
ilmu tersebut dan juga berusaha meneroka bidang ilmu baharu. Ini akan melahirkan lebih
ramai ilmuwan yang mampu mencipta dan mereka produk serta perkhidmatan yang
memberi impak tinggi kepada masyarakat dan negara.
Murid yang ada pada hari ini merupakan generasi pewaris masa hadapan negara. Oleh hal
demikian, adalah penting untuk guru menanam dalam jiwa muridnya akan kecintaan dan
dahaga kepada ilmu. Kecintaan mereka kepada ilmu akan melahirkan generasi baharu yang
lebih gemilang dalam pelbagai aspek kehidupan.
KPM yakin bahawa tema "Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu' ini dapat memberi
semangat baharu kepada guru serta murid dan seterusnya membentuk masyarakat yang
menuntut iimu dengan niat ikhlas agar ilmu mudah melekat dalam sanubari
OBJEKTIF & RASIONAL
OBJEKTIF
❖ Menghargai sumbangan guru-guru sempena sambutan Hari Guru tahunan
peringkat daerah,
❖ Menaikkan dan menyemarakkan semangat guru-guru,
❖ Merapatkan hubungan silaturahim antara guru-guru dalam daerah Telupid.
RASIONAL
Sebagai simbolik penghargaan bersesuaian dengan jasa dan pengorbanan seorang pendidik
atas tugas-tugas yang telah diamanahkan.
JAWATANKUASA INDUK
Penaung : Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Pengerusi : Pegawai Pendidikan Daerah
Timbalan Pengerusi : Semua Timbalan PPD
Penyelaras : En. Lino Leoncio Bagay (SPS PPD)
Setiausaha : Pn. Elsie Albert (SPS PPD)
Timbalan SU : Pn. Sabrina Sitim (SPS PPD)
Bendahari : Pn. Wahine binti Yukun (Guru Besar SK Kopuron)
AJK : Sektor Pengurusan Sekolah
Sektor Perancangan
Sektor Pembelajaran
Sektor Pengurusan Murid
JAWATANKUASA PELAKSANA
Penaung : Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Penasihat : Pn. Barizah binti Mohd Kahar, Pegawai Pendidikan Daerah Telupid
Penasihat 1 : En. Jolius Lajau, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Telupid
Sektor Pengurusan Sekolah
Penasihat 2 : Pn. Moilin Tati , Pegawai Angkat SMK Telupid
Pengerusi 1 : En. Albert Andau Paulus Andau, Pengetua, SMK Telupid
Pengerusi 2 : Pn. Jenuvi Yambi, Pengetua SMK Ulu Sapi
Timbalan Pengerusi 1 : Pn. Ganit Sanai, Pengetua SMK Penangah / Pengerusi PPSMS Telupid
Timbalan Pengerusi 2 : En. Nasrah bin Nasir, Guru Besar SK Bintang Mas / Pengerusi MGB
Telupid
Naib Pengerusi : Semua Pengetua dan Guru Besar Daerah Telupid
Setiausaha 1 : Pn. Rosianee Binti Guhan, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Telupid
Setiausaha 2 : En. Shafiee Bin Nawang, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Ulu Sapi
Penyelaras : Cik. Nur Azwa binti Ab Aziz
Tim. Penyelaras : Pn. Nilly Maria Laurence Adris
JAWATAN KUASA PELAKSANA
PENYELARAS MAJLIS/PROTOKOL (SMK TELUPID) JAMUAN (SMK TELUPID)
1. En. Irfan Rukumana (K) 1. Pn. Stella Dagok (K)
2. En. Laivvin Masiri 2. Pn. Sarina Watis
3. Cik. Liliyanti Martinus 3. Pn. Mainah Saprit
PRODUKSI PERSEMBAHAN (SMK TELUPID)
1. En. Mohammad Khairil Bin Mengsing 1. Pn. Carol Sumail (K)
2. Pn. Laura Binti Tiwon
(SMK Telupid) 3. Pn. Myrna@Marthany Binti Pinsin
2. Tn. Simon (PPD Telupid) 4. Pn. Rosaliah Lunggi
3. Tn. Abd Qader Ganih (PPD Telupid) 5. Pn. Maeline Naim
4. En. Reynold Jisli (SK Gabungan) HIASAN PENTAS (SMK TELUPID)
5. En. Sariawan (PPD Telupid) 1. Pn. Linda Ambrose (K)
6. En. Romuladus James (SMK Telupid) 2. Pn. Elsie Binti Joanes Lung
7. En. Eavan Jisli (Ft SK Wonod) 3. Pn. Susan Paul
JEMPUTAN PENYAMBUT TETAMU DAN VIP (SMK 4. Pn. Joclyn A. Claudius
TELUPID) SIJIL,HADIAH&CENDERAMATA (SMK TELUPID)
1. En. Razel Bantique (K) 1. Cik. Norihan Daud
2. En. Flex Juni 2. Cik. Nur Farihah Binti Che Mod
3. Pn. Mariana Daitan 3. Cik. Nur Adiela Binti Aratin
4. Pn. Liza Binti Kandi 4. Cik. Wan Nor Shuhada Binti Wan Abd
PENDAFTARAN (SMK TELUPID)
1. Cik. Zamzulaiha Binti Jalaluddin (K) Kadir
2. Cik. Nor Fatihah Binti Md Nor DOA (SMK TELUPID)
PENGACARA MAJLIS (SMK TELUPID & SMK 1. En. Mohd Mahyuddin ismail
ENTILIBON) TEKNIKAL/P.A SISTEM (SMK TELUPID)
1. Cik. Ellysunarti Binti Samuil (K) 1. En. Mohd Yusry Moen (K)
2. En. Robin Chee 2. En. Jackson Jalil
PERSEDIAAN & HIASAN DEWAN/ KERUSI MEJA (SMK KEBERSIHAN DEWAN (SMK ULU SAPI)
TELUPID) 1. En. Abdul Aziz Bin Ibrahim(K)
1. En. Effadly Tony Koh(K) 2. En. Mohd Khairil Bin Dauneh
2. En. Joefreddie Liefson Bin Jamirin 3. En. Emran Din Dahalan
3. En. Fathan Bin Mohamad VIDEO PENERIMA SIJIL (SMK ULU SAPI)
4. En. Mohd Hafiz Bin Yusoff 1. En. Mohd Nizamuddin Bin Shawal (K)
PERHUBUNGAN AWAM/PUBLISITI (SMK TELUPID) 2. En. Chu Su Hong
1. Cik. Rebecca James (K) 3. En. Mohd Syed Syzwan Bin Watinin
2. Cik. Stellamarry Janius GIMIK PERASMIAN (SMK ULU SAPI)
3. En. Constantine Joseph 1. En. Hanafiah Bin Eddy Chong Junairi (K)
4. En. Raymond Mainin 2. En. Suhaimi Bin Ramli
TEKS UCAPAN 3. Cik. Beatricetha Karel
1. Pn. Faizah Mohamad MONTAJ (SMK TELUPID)
2. Cik. Syahliza Mujih 1. En. Faiz Ray Mahad (K)
BUKU PROGRAM (SMK ULU SAPI) 2. Pn. Erni Jain
1. Cik. Santa Tresia Francis (K)
2. En. Zikhri Jalius
3. En. Mohd Saidun Bin Wanawin
ATURCARA
10.00 AM- 10.30 AM
➢ 10.00 pagi : Nyanyian Lagu “Negaraku” dan “Sabah Tanah Airku”
➢ 10.05 pagi : Bacaan Doa
➢ 10.10 pagi : Ucapan alu-aluan PPD
➢ 10.20 pagi : Ucapan Perasmian Pengarah JPNS
➢ 10.30 pagi • Datuk Dr Mistirine binti Radin
: Gimik Perasmian dan Montaj
10.33 AM - 11.10 AM
➢ 10.33 pagi : Nyanyian Lagu Guru Malaysia
➢ 10.35 pagi : Bacaan Ikrar Guru Oleh Puan PPD Tongod Telupid
: Penerima Anugerah Guru
➢ 10.40 pagi
➢ 10.50 pagi • Guru IKON
➢ 11.00 Pagi • Anugerah Khas Pendidikan
➢ 11.05 Pagi • Anugerah Cemerlang
➢ 11.10 Pagi • Anugerah Inovatif
: Tayangan Video Penerima Anugerah
• Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan
: Tayangan Video Penerima Anugerah
• Anugerah Tokoh Guru Daerah Telupid 2021
: Tayangan Video “ Gerakan Massa : Terima kasih Cikgu ”
: Tayangan Video Montaj Sekolah di Daerah Tongod dan Daerah
Telupid
: Majlis Tamat
UCAPAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
TONGOD TELUPID
“BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU”
Terima Kasih Pengacara Majlis, Cg Robin dan Cg Elly
Bismillahirrahmannirrahim.
Salam Sabah Hebat
Katakan Tidak Kepada Nombor 16,
Katakan Ya Kepada 10 terbaik.
Salam PPD Tongod Telupid BARABIS. Bersama Melangkah ke Hadapan. Let’s Work Together.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu dan Salam Sejahtera.
Yang Berbahagia, Datuk Dr.Mistirine Binti Radin
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
Yang berusaha, Barisan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Tongod Telupid,
Puan Ganit Sanai, Pengetua SMK Penangh selaku Pengerusi Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sabah Daerah Tongod
Telupid.
En Nasrah Nasir, Guru Besar SK Bintang Mas selaku Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Tongod Telupid
Para pengetua sekolah menengah daerah Tongod Telupid
Para Guru besar sekolah rendah daerah Tongod Telupid
Barisan SIPartners + PPD Tongod Telupid
Barisan SISC+ PPD Tongod Telupid
Kaunselor Pendidikan Daerah PPD Tongod Telupid
Semua penolong pegawai pendidikan PPD Tongod Telupid,
Semua AJK pelaksana sambutan Hari Guru Daerah Tongod Telupid 2021
seterusnya yang diraikan para penerima Anugerah sempena sambutan hari guru PPD Tongod Telupid tahun 2021 serta
warga pendidik daerah Tongod Telupid yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah, syukur kita panjatkan kepada Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-NYA, kita masih dapat menyambut
Hari Guru pada tahun ini walaupun dalam suasana yang amat berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya. Ini kerana kita
masih lagi berusaha untuk menangani penularan wabak Covid-19. Walau dengan situasi sekarang, tidak bermakna, hari
istimewa untuk guru tidak dapat kita sambut. Kita cari solusi, kita cari jalan terbaik melalui apa-apa media yang dapat kita
guna pakai supaya Hari Guru ini dapat kita sambut untuk menunjukkan penghargaan kita kepada semua guru atas
sumbangan, jasa, bakti dan pengorbanan yang tidak pernah mengenal penat lelah, tanpa pernah peduli kes Covid-19 yang
semakin hari semakin menunjukkan peningkatan tetapi, amanah yang terpikul di bahu masih terus dilaksanakan walau
sesukar apa sekalipun. Tahniah dan terima kasih warga Pendidikan PPD Tongod Telupid.
Yang Berbahagia Datuk, Tauan-tuan dan puan-puan yang hormati sekalian.
Saban tahun, tanggal 16 Mei merupakan tarikh penting bagi warga pendidik. Pada Tarikh ini, kita akan merayakan sambutan
Hari Guru untuk meraikan seluruh warga pendidik yang selama ini telah banyak berjasa dalam membina kejayaan dan
kecemerlangan anak bangsa dan negara.Tema sambutan hari guru 2021," Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu" sangat
bertepatan dengan tugas guru pada masa ini yang semakin mencabar yang memerlukan kreativiti dan inovasi bagi
memastikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Tema ini juga menyentuh peranan guru memperkasa keilmuan
dan profesionalisme bagi membina generasi baharu negara yang dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Negara.
Peredaran zaman dan kemajuan teknologi serta pandemik covid-19 tidak pernah mengubah tugas dan jasa guru dalam
mendidik dan membekalkan ilmu kepada pelajar.
Berguru merupakan suatu proses pembelajaran berterusan . Seseorang yang berguru dengan niat ikhlas untuk
mendapatkan ilmu akan terus berusaha meningkatkan kefahaman terhadap ilmu dan berusaha meneroka bidang ilmu
baharu. Ini akan melahirkan lebih ramai ilmuwan yang mampu mencipta dan mereka produk serta perkhidmatan yang
memberi impak tinggi kepada masyrakat dan negara.
Murid pada hari ini juga merupakan generasi pewaris masa hadapan negara oleh itu, adalah penting untuk guru
menanamkan dalam jiwa muridnya rasa cinta dan dahaga kepada ilmu . Rasa cinta mereka kepada ilmu akan melahirkan
generasi baharu yang lebih gemilang dalam pelbagai aspek kehidupan. Moga-moga tema “Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi
Baharu “ini dapat memberi semangat baharu kepada guru serta murid dan seterusnya membentuk masyarakat yang
menuntut ilmu dengan niat ikhlas agar ilmu mudah difahami dan tersimpan rapi dalam minda.
Pada ketika ini, guru di seluruh dunia berhadapan dengan situasi baharu disebabkan oleh pandemik Covid-19. Namun saya
percaya, guru-guru daerah Tongod Telupid mampu mencabar diri untuk menukar masalah menjadi satu peluang kerana
dunia pendidikan ini sendiri sentiasa dipenuhi dengan cabaran dan bersifat dinamik.
Pendigitalan pendidikan yang sedang kita lalui sekarang ini ialah satu proses yang memerlukan penelitian mendalam dan
mengambil masa. Kemahiran guru dalam reka bentuk arahan secara dalam talian, kemahiran pengajaran secara jarak jauh,
kemahiran guru dalam kandungan teknologi dan pedagogi, semua ini menjadikan guru-guru orang yag sangat kreatif bagi
membolehkan tiada murid yang tercicir untuk mengikuti setiap pembelajaran dalam norma baharu.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Sempena sambutan Hari Guru ini beberapa anugerah akan diberikan kepada insan-insan bergelar guru demi menghargai
dan memberi pengiktirafan kepada usaha, bakti dan jasa yang telah ditaburkan di daerah Tongod Telupid. Anugerah
tersebut ialah Anugerah utama iaitu Tokoh Kepimpinan Pendidikan dan Tokoh Guru Tahun 2021 dan beberapa anugerah
juga akan dinobatkan kepada guru-guru Daerah Tongod Telupid. Syabas dan terima kasih diucapkan.
Kesempatan ini juga, saya ingin sekali lagi, merakamkan rasa terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada
semua sekolah, warga pendidik, anak-anak murid , ibu bapa , komuniti dan agensi tertentu yang banyak membantu dalam
memastikan PdPR dapat dilaksankaan dengan jayanya. Program-program PPd, JPN dan KPM jug dapat dilaksanakan secara
maya dan pencapaian cemerlang Daerah Tongod Telupid dalam peperiksaan SPM dan STPM 2021. Tahniah dan terima kasih
semua. Selain peningkatan pencapaian dalam peperiksaan SPM dan STPM 2021, Daerah Tongod Telupid juga telah berjaya
mencipta nama di persada kebangsaan dan antarabangsa pada tahun 2021 ini dengan kejayaan Cikgu Hanafiah Bin Eddy
Chong Junairi dari SMK Ulu Sapi yang telah diangkat sebagai Duta Guru Yayasan Petronas Kohort 1, Top 30 cikgu juara
digital peringkat kebangsaan, Pegawai Teknikal Negeri Sabah dalam Karnival STEM Kebangsaan, Pembentang STEM dalam
SEMARAK, Anugerah emas dalam pertandingan video pendek program bicara i-STEM peringkat negeri Sabah dan sebagai
peserta dalam program Sakura Science High School Program Oneline Universiti Visit (Universiti of Tsukuba). Selain itu Dr
Crystal Joan Peter (SMK Entilibon ) dan Cikgu Desimond Daniel Anak Copta ( SK Ulu Sapi) terpilih dicalonkan ke peringkat
akhir Konvensyen Pembudayaan Kajian Tindakan Kebangsaan 2021 (Negeri Sabah). Tahniah dan terima kasih.
Sekali lagi, saya ucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua warga pendidik Daerah Tongod Telupid atas komitmen
dan pengorbanan yang telah dilakukan. Kesabaran dan kesungguhan semua dalam menghadapi situasi sukar iniamat
dihargai. Semoga semua yang kita lakukan akan mendapat ganjaran yang setimpal daripada yang Maha Esa. Sama-sama
kita doakan semoga penularan Covid-19 ini akan segera berakhir. Tahniah dan terima kasih kepada semua AJK pelaksana
sambutan Hari Guru peringkat Daerah Tongod Telupid 2021 dan juga ucapan Selamat Hari Guru kepada semua guru di
daerah Tongod Telupid. "Guru, kau mencurah ilmu, tak kenal erti lelah, tak tahu erti jemu, itulah guru, besar jasanya sejak
dahulu"
Saya akhiri ucapa saya dengan rangkap akhir sajak Guru oh Guru karya Sasterawan Negara Usman Awang:
Semakin terpencil duduk di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu , guruku
Budi yang diapungkan didulangi ilmu
Panggilan keramat cikgu kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Selamat Hari Guru “Berguru Demi Ilmu Bina Generasi Baharu” Sekian, Terima kasih Cikgu.
UCAPAN PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN
NEGRI SABAH
“BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU”
Salam Sejahtera dan salam Sabah Hebat
Katakan tidak kepada No. 16
Katakan ya kepada 10 terbaik
Terima kasih pengacara majlis.
Yang Berusaha
Puan Barizah binti Mohd Kahar,
Pegawai Pendidikan Daerah Tongod Telupid
Yang Dihormati
Barisan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Tongod Telupid,
Puan Ganit Sanai, Pengetua SMK Penangh selaku Pengerusi Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sabah Daerah Tongod
Telupid.
En Nasrah Nasir, Guru Besar SK Bintang Mas selaku Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Tongod Telupid
Para pengetua sekolah menengah daerah Tongod Telupid
Para Guru besar sekolah rendah daerah Tongod Telupid
Barisan SIPartners + PPD Tongod Telupid
Barisan SISC+ PPD Tongod Telupid
Kaunselor Pendidikan Daerah PPD Tongod Telupid
Semua penolong pegawai pendidikan PPD Tongod Telupid,
Semua AJK pelaksana sambutan Hari Guru Daerah Tongod Telupid 2021
seterusnya yang diraikan para penerima Anugerah sempena sambutan hari guru PPD Tongod Telupid tahun 2021 serta
warga pendidik daerah Tongod Telupid yang dikasihi sekalian.
Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,
Dengan rasa bangga, saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan kerana Hari Guru kali ke-50 bagi tahun 2021 dapat
berjalan dengan lancar walaupun kita semua masih bergelut dengan pandamik wabak covid-19 yang belum menampakkan
pengakhirannya. Terlebih dahulu "Selamat Hari Guru" kepada semua warga pendidik di daerah Tongod Telupid. Tahniah
dan syabas diucapkan kepada warga pendidikan di daerah ini atas pencapaian SPM dan STPM yang menunjukkan
peningkatan dari segi Gred Purata Mata Pelajaran. Peratus layak mendapat sjil dalam SPM adalah antara yang tertinggi
dalam tempoh 3 tahun.Begitu juga dengan STPM, peratus lulus semua subjek juga mengalami peningkatan yang ketara.
Lonjakan Keputusan pepeperiksaan dalam kedua-dua peperiksaan yang memberansangkan ini tentunya dapat melegakan
ibu bapa, pelajar, serta seluruh warga pendidikan di daerah ini.
Bersyukur kita,dapat berkumpul bersama-sama pada hari ini untuk meraikan sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Telupid
Tongod Tahun 2021.Tahun ini merupakan sambutan yang paling bermakna kerana genap 50 tahun semenjak hari guru
disambut buat pertama kalinya pada tahun 1972.
Saban tahun kita meraikan Perayaan Hari Guru sebagai mengiktiraf peranan dan sumbangan guru dalam mendidik anak
bangsa dan memacu kemajuan negara. Sempena hari yang amat bermakna ini, saya merakamkan ucapan segunung kasih
dan setulus penghargaan kepada semua guru di seluruh daerah atas segala jasa, bakti dan sumbangan anda semua.
Para guru, hadirin hadirat yang saya hormati sekalian,
Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai tanda memperingati dan menghargai pengorbanan guru dalam
mendidik, membimbing serta membentuk anak bangsa. Tema yang sama telah digunakan pada tahun ini iaitu “Berguru
Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu” ini menyentuh peranan guru dalam memperkasakan keilmuan dan profesionalisme bagi
membina generasi baharu negara yang dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru merupakan insan
yang sentiasa dahagakan ilmu dan tidak jemu memperlengkapkan dirinya dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan
nilai sejajar dengan prinsip pembelajaran sepanjang hayat
Sesungguhnya dalam usaha melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan, gurulah yang menjadi pengajar, pendidik dan
pembimbing yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan, daripada tadika sehinggalah ke
peringkat tertinggi. Jelas dirasai oleh semua pihak akan Sambutan Hari Guru kali ini yang pastinya cukup berbeza,
disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda negara kita, menyukarkan pelbagai sektor termasuklah sektor Pendidikan,
sehingga menyebabkan semua sekolah di seluruh negara terpaksa ditutup. Pada waktu ini, kita tiada banyak pilihan.
Namun, saya sedar bahawa proses pembelajaran anak-anak perlu diteruskan. Moga doa menjadi penguat untuk kita terus
belajar walau dalam apa jua cara sekalipun.
Tetapi di sini, apa yang dapat kita tafsirkan, perubahan yang berlaku jelas membuktikan bahawa konsep pembelajaran tidak
harus terperangkap di antara “four walls of room”. Konsep pembelajaran yang baik mestilah relevan pada setiap masa dan
setiap tempat. Dalam suasana norma baharu, penyampaian perkhidmatan secara maya sudah mula berkembang luas.
Platform ini merupakan salah satu peluang untuk para guru berusaha memperkasa diri dalam membangunkan bahan
pengajaran dan pembelajaran secara digital. Guru-guru perlu mengorak langkah menguasai pelbagai aplikasi digital
pendidikan untuk kegunaan PdP secara dalam talian yang membolehkan murid-murid dapat mengikuti kaedah
pembelajaran normal baharu.
Walaupun guru berhadapan dengan cabaran melaksanakan PdP secara dalam talian terutamanya apabila PdPR
dilaksanakan, namun saya melihat ramai di kalangan guru yang berjaya menghasilkan pelbagai bentuk bahan PdP bagi
memastikan murid tidak ketinggalan dalam proses pembelajaran. Selain itu, kejayaan yang dicapai oleh guru-guru di Daerah
Tongod Telupid bukan sahaja di peringkat Daerah, malahan ke peringkat Negeri dan kebangsaan antaranya En. Hanafiah
Bin Eddy Chong Junairi guru dari SMK Ulu Sapi yang mana beliau merupakan antara duta guru Yayasan Petronas untuk
kohort 1, terpilih sebagai calon 30 terbaik anugerah cikgu Juara Digital 2021, dan mendapat anugerah emas dalam
pertandingan video pendek untuk program bicara i-STEM peringkat Negeri Sabah 2021. Seterusnya En.Desmond Daniel
Anak Copta yang juga guru dari SK. Ulu Sapi merupakan antara senarai peserta JU untuk dicalonkan ke peringkat akhir
Konvensyen Pembudayaan KT (kajian Tindakan) kebangsaan 2021. Saya ucapkan tahniah di atas ikhtiar dan inovasi guru-
guru untuk memajukan diri.
Menghargai usaha yang dilakukan oleh guru-guru di Daerah Tongod Telupid meliputi bidang kurikulum dan Kokurikulum .
Komitment yang ditunjukkan oleh guru – guru untuk memperkembangkan potensi murid dan mengetegahkan bakat dan
kebolehan diri sendiri seperti yang telah dilakukan oleh guru-guru PPKI ( Program Pendidikan Khas Integrasi) di SMK Telupid
yang mana pelajar daripada PPKI ini telah berjaya menjadi Johan dan dalam pertandingan e-Deklamsi Sajak Kategori
Masalah Pembelajaran Sekolah Menengah serta Johan untuk kejohanan Virtual Run Pendidikan Khas Peringkat Negeri
Sabah malah pelajar seorang pelajar daripada PPKI juga menjadi peserta terbaik dalam pertandingan Tokoh e-Nilam
Pendidkan Khas Peringkat Negeri Sabah. Pencapaian guru-guru ini amat membanggakan kerana mencungkil dan
mengembangkan bakat pelajar yang berpotensi hingga ke peringkat yang lebih tinggi.
Para Guru yang saya muliakan,
Di kesempatan ini, saya ingin menzahirkan penghargaan saya kepada guru-guru yang telah mencapai kejayaan cemerlang
di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Akhir kata, marilah kita bersama-sama berganding bahu, menggembleng tenaga menjayakan agenda nasional dalam
konteks pendidikan ke arah membina negara bangsa melalui pendidikan berkualiti. Sama-samalah kita berusaha memacu
tenaga demi melahirkan modal insan yang mempunyai jati diri tinggi dan berupaya merealisasikan hasrat dan aspirasi
negara.
Kepada guru, andalah pewaris negara untuk membina generasi baharu. Sekali lagi, Selamat Hari Guru. “Terima kasih cikgu!”
Sekian. Terima kasih.
SENARAI PENERIMA ANUGERAH
ANUGERAH UTAMA
1. Tokoh Guru Daerah : Sokulin Bolintok
2. Tokoh Kepimpinan : Mahanin Bin Osman
ANUGERAH HARI GURU
1. Guru Inovasi PdP :
1. Kategori Individu Prasekolah : Rahmah binti Ibrahim – SK Telupid
2. Kategori Individu Sekolah Rendah : Brendon Jikal – SK Bintang Mas
3. Kategori Individu Sekolah Menengah : Muhammad Razif bin Ramli
– SMK Telupid
4. Kategori Kumpulan : Raynold Ilok
: Ferlin Roslan
2. Guru STEM :
1. Hanafiah Bin Eddy Chong Junairi - SMK Ulu Sapi
2. Mohammad Redzwan Bin Sinbad - SRK Pekan Tongod
3. Guru Kokurikulum
1. Hanafiah bin Eddy Chong Junairi – SMK Ulu Sapi
5. Guru Sukan
1. Kathleen Robert Suimin – SK Pekan Telupid
2. Honorius Bin Sualeh – SMK Penangah
6. Guru Seni Budaya
1. Wahine Binti Yukun – SK Kopuron
ANUGERAH KHAS PENDIDIKAN
1. Pencipta kandungan Digital (Digital Content Creator) :
1. Brendon Jikal – SK Bintang Mas
2. Rahmah Binti Ibrahimn – SK Telupid
3. Kesukarelawaan (PIBK) :
SK Berayung SK Masaum
SK Wonod SK Mengkawago
SK Kiabau SK Tampasak
SK Telupid SK Menanam
SK Buis SK Kenang-Kenangan
SK Tangkungon SK Linayukan
SK Bintang Mas SK Maliau
SK Inarad
SK Kironggu
4. Kepimpinan (Sekolah Menengah):
1. Ganit Sanai – PengetuaSMK Penangah
2. Albert Andau Paulus Andau – Pengetua SMK Telupid
5. Kepimpinan (Sekolah Rendah) :
1. Dominic Nara – GB SK Pekan Telupid
2. Jude Kuagang – GB SK Minusuh
6. Guru Gigih Pedalaman :
1.Andrison Juma – SK Kenang Kenangan
2. Hasnita Lacatta – SMK Tongod
7. Penulisan Kreatif :
1. Rajin@Rajim Bin Jawa@Diawa - SMK Penangah
2. Rukimah Binti Pandawa - SMK Penangah
8. Pengurusan Tadika Swasta Terbaik :
1.Tadika Visi Hikmat
9. Pengurusan Prasekolah Terbaik :
1. Jachinta Jahalin - SK Sagoun
ANUGERAH CEMERLANG
1. Guru Cemerlang Pendidikan Khas :
1. Noor Zaineh Binti Wailin - SK Pekan Telupid
2. Guru Hebat Bahasa :
1. Frecylla May Gidor – SK Gabungan
3. Guru PK HEM :
Sekolah Menengah
1. Dukim Bin Awang – SMK Penangah
2. Rose Michael – SMK Telupid
Sekolah Rendah
1. Alexsius Lucas – SK Tampasak
2. Wiwean Sangau – SK Pekan Telupid
4. Anugerah PdPR:
Sekolah Menengah
1. Mohammad Khairil Bin Mengsing - SMK Telupid
2. Rosianee Binti Guhan - SMK Telupid
3. Tercey Binti Zonius - SMK Telupid
ANUGERAH INOVATIF
1. Individu Sekolah Rendah :
1. Mohammad Redzwan Bin Sinbad – SRK Pekan Tongod
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada:
Datuk Dr Mistirine Radin (Pengarah JPN Sabah)
PPD Tongod Telupid
Ahli Jawatankuasa Induk
Ahli Jawatankuasa Pelaksana
Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Telupid (PPSMS Telupid)
Majlis Guru Besar PPD Telupid (MGB PPDT)
Warga Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Kebangsaan PPDT
Serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan
Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Tongod Telupid 2021.
Pohon sirih pohon selasih,
Tumbuh merimbun di hujung taman,
Kandungan budi junjungan kasih,
Kekal cemerlang sepanjang zaman.