JKR 20500-0094-22
MBeu lke t ian nikal
Edisi 2/2022
Tahniah! Mesyuarat Tahunan
Tempat Ketiga Jurutera-Jurutera
Lift Hunter Konvensyen Mekanikal JKR
KIK JKR Tahun 2022 Malaysia 2022
ISI KANDUNGAN
4 Sidang Redaksi
5 Sekapur Sireh
6 Sekitar : Mesyuarat Tahunan Jurutera-Jurutera Mekanikal JKR
Malaysia 2022
8 Mesyuarat Dwi-Tahunan CKM Bilangan 2/2022
10 Program Pensijilan Kompetensi Teknikal JKR 2022
12 Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK)
JKR Tahun 2022
14 EZ Lift : Sistem Besepadu Maklumat Lif
16 Santapan Minda : Kasih Sayang Sesama Makhluk Mengikut Syariat
Islam
18 Galeri Tahun 2022
SIDANG REDAKSI
PENAUNG Ir. Hj. Zulkifli bin Abdul Rashad
PENASIHAT
KETUA EDITOR Azizun binti Hashim
PROOFREADER
SIDANG PENGARANG Ir. Maslinda binti Mohamed
REKABENTUK, KONSEP, Hariatul binti Mustafa
GRAFIK & FOTOGRAFI
Ir. Ts. Faiz bin Fadzil
Ir. Dr. Mohamad Adzizulrohim bin Abd Malek
Ir. Mohd Hafizal bin Maton
Mohd Norddin bin Ismail
Ir. Sharifah Dzain binti Syed Yusof
Nor Hayati binti Yahya
Nasrul Sazli bin Nasir
Mohamad Nor Amallil bin Mustafa
Nurrul Anuar bin Mohd Budin
Ir. Muhammad Syahmi bin Emran
Muhammad Abdillah bin Alwi
Shaipul Nizam bin Mohamed Arshad
Zuzailie binti Rosli
Azizul Hadi bin Abu Yazid
Muhammad Hamizan Bin Abu Adam
4
Sekapur
Sireh
Ir. Zulkifli bin Abdul Rashad
Pengarah Kanan
Cawangan Kejuruteraan Mekanikal
Ibu Pejabat JKR Malaysia
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,
Dipanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal
(CKM) berjaya menerbitkan Buletin Mekanikal Edisi 2/2022. Jutaan terima kasih
diucapkan kepada semua warga CKM terutamanya kepada pasukan sidang redaksi
yang telah menyumbang idea dan kreativiti dalam penghasilan buletin ini. Dokumen
ini menjadi platfom menghebahkan aktiviti, pencapaian dan perkongsian ilmu kepada
semua terutama kepada warga CKM.
CKM telah menganjurkan pelbagai program signifikan dalam usaha memajukan
profesion dan bidang kejuruteraan mekanikal, antaranya Mesyuarat Tahunan Jurutera-
Jurutera Mekanikal JKR Malaysia 2022, Perjumpaan Pengurusan CKM Bersama
Kontraktor dan Perunding Sistem Mekanikal Tahun 2022 dan program-program lain.
Program-program tersebut menjadi medan penyaluran maklumat dan perbahasan isu-
isu berkaitan serta perkongsian pandangan agar penambahbaikan secara berterusan
dapat dilaksanakan.
Antara kejayaan pada tahun 2022 adalah tempat ke-3 Produk Inovasi oleh
Kumpulan Lift Hunter (Kategori Pengurusan) di Konvensyen Kumpulan Inovatif dan
Kreatif (KIK) Jabatan Kerja Raya Malaysia. Produk yang dihasilkan adalah Sistem
Bersepadu Maklumat Lif (EZ-LIFT). CKM turut meraih Anugerah Video Boomerang
Terbaik menerusi Kumpulan AUTO GO-LIVE. Selain itu, CKM turut menyumbangkan
kepada kejayaan Bangunan Menara Kerja Raya yang memperolehi Pensijilan Semula
Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Kategori Cemerlang.
Akhir kalam, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan sekalung
tahniah kepada semua warga CKM atas usaha dan kejayaan yang telah dicapai.
5
Mesyuarat Tahunan
Jurutera - Jurutera Mekanikal
JKR Malaysia 2022
Mesyuarat Tahunan Jurutera-jurutera Mekanikal (MTJM) JKR Malaysia Tahun 2022
yang dianjurkan oleh Cawangan Kejuruteraan Mekanikal (CKM) bertemakan ‘Memperkasakan
Pendigitalan Perkhidmatan Mekanikal Di Era Endemik’. Mesyuarat kali ini di hadiri seramai 144
orang jurutera-jurutera mekanikal JKR seluruh negara dan telah berkampung di Movenpick Hotel &
Convention KLIA, Sepang, Selangor selama 3 hari .
Majlis perasmian MTJM JKR Malaysia Tahun 2022 telah disempurnakan oleh Ketua Pegarah
Kerja Raya, beliau turut meluangkan masa bersama Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor
Pakar) dan pengurusan CKM untuk merasmikan 4 buah buku terbitan CKM dan bergambar bersama
ahli mesyuarat.
Mesyuarat diteruskan pada hari kedua dengan pembentangan
kertas kerja oleh 6 pembentang iaitu Ts. Azrul Nizam bin Adenan dari
CKM, Ir. Dr. Abdul Murad bin Zainal Abidin dari Pusat Kecemerlangan
Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE), Ir. Chen Thiam Leong dari
PRIMETECH Engineering Sdn. Bhd., Ts. Mohd Azlan bin Umar dari
CKM, Ir Dr. Megat Zuhairy bin Megat Tajuddin dari Lembaga Jurutera
Malaysia dan diakhiri oleh Encik Mohd Sallehuddin Al-Ayubi bin Ali
dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Hari ketiga mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ikrar Bebas
Rasuah yang diketuai oleh Pengarah Kanan CKM, Ir. Zulkifli bin
Abdul Rashad. Bacaan ikrar ini diikuti oleh semua hadirin dan turut
disaksikan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM,
YBhg. Datuk Razim bin Mohd Noor. Program diteruskan dengan
sesi dialog bersama SPRM bagi menjawab persoalan berkaitan isu
rasuah yang dikemukakan oleh hadirin.
6
Pengisian lain di dalam MTJM kali ini adalah Pengenalan Jurutera-jurutera Mekanikal yang
baharu. Seramai 20 orang jurutera baharu telah memperkenalkan diri. Sesuai dengan tema MTJM
tahun ini, pengenalan diri dibuat melalui video pendek yang disediakan oleh jurutera-jurutera
berkenaan mengikut kreativiti masing-masing.
Mesyuarat diakhiri dengan Sesi Dialog Bersama Pengurusan CKM dan penggulungan oleh
Pengarah Kanan CKM. Terima kasih kepada Ahli Jawatan kuasa Kerja MTJM seramai 53 orang
kerana telah berjaya memastikan kelancaran mesyuarat sehingga selesai.
7
Mesyuarat Dwi-Tahunan CKM
Bilangan 2/2022
Mesyuarat Dwi-Tahunan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal
Bilangan 2 Tahun 2022 telah dijalankan pada 24 November 2022
bertempat di Bilik Mesyuarat Berlian, Blok G Menara Kerja Raya.
Seramai 119 pegawai telah hadir ke mesyuarat ini terdiri daripada
pegawai kumpulan pengurusan dan profesional dari setiap bahagian
di CKM Ibu Pejabat.
Mesyuarat kali ini membincangkan isu, dalaman CKM serta
perkongsian pengetahuan teknikal, antaranya Pembentangan
Sistem EZ-LIFT oleh Bahagian Pakar Peralatan Pengangkutan
dan Kejuruteraan Bendalir dan Pembentangan Mechanical System
Design, Installation and Maintainability Guidelines For Architects and
Engineers - Revised Edition 2021 oleh Bahagian Pakar Penyaman
Udara & Perlindungan Risiko Kebakaran.
8
9
PROGRAM
PENSIJILAN KOMPETENSI
TEKNIKAL JABATAN KERJA RAYA
2022
Tahniah!
Majlis Penganugerahan Sijil Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja
Raya Malaysia Tahun 2022 telah diadakan pada 22 September 2022
bertempat di Dewan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan & Teknologi
(CREaTE) Jabatan Kerja Raya. Tahniah kepada semua penerima
anugerah Sijil Kompetensi Jabatan Kerja Raya Malaysia 2022.
10
KOMPETENSI
SISTEM PENCEGAH KEBAKARAN
Ir. Rosmawati binti Zahari (Tahap 4)
Ir. Mohd Maarif bin Abdul Malik (Tahap 4)
SISTEM KECEKAPAN PENGGUNAAN AIR
Ir. Dr. Shiela binti Sharif (Tahap 4)
KEJURUTERAAN FORENSIK MEKANIKAL
Afiq bin Mohamad Johari (Tahap 3)
SISTEM PENYAMAN UDARA
Mohd Farmezee bin Abdullah (Tahap 3)
SISTEM PENGURUSAN TENAGA
Siti Rohani binti Suardi (Tahap 3)
Samsiah binti Omar (Tahap 3)
KELESTARIAN SISTEM MEKANIKAL
Ir. Ts. Faiz bin Fadzil (Tahap 3)
SISTEM LIF DAN ESKALATOR
Tc. Norul Hisam bin Lockman (Tahap 2)
PENGURUSAN KEJURUTERAAN WOKSYOP
Ts. Mohd Azlan bin Umar (Tahap 3)
Ramli bin Shafie (Tahap 2)
Nazri bin Mohamed Khaidi (Tahap 2)
Mohd Yusman bin Yunus (Tahap 2)
Mohamad Nizam bin Kamarudin (Tahap 2)
Kamarudin bin Sepat (Tahap 2)
Asmawe bin Abd Wahab (Tahap 2)
BIM MODELLER-MEKANIKAL
Raqib bin Mail (Tahap 3)
Tc. Norul Hisam bin Lockman (Tahap 2)
Nasrul Sazli bin Nasir (Tahap 2)
Muhammad Irfan bin Yunus (Tahap 2)
Muhammad Firdaus bin Abdul Aziz (Tahap 2)
Mohd Shafiq Hafizi bin Hamzan (Tahap 2)
Khamarul Ashraaf bin Arif (Tahap 2)
Ahmad Fadzlan bin Mohamed Shahiri (Tahap 2)
11
KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN
KREATIF (KIK) JKR TAHUN 2022
Tahniah
Sekalung tahniah diucapkan kepada kumpulan LIFT-HUNTER dan kumpulan AUTO GO-LIVE
atas pencapaian pada Anugerah Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan
Kerja Raya (JKR) Malaysia Tahun 2022 yang telah diadakan pada 20 September 2022.
KUMPULAN LIFT-HUNTER
TEMPAT KE-3 PRODUK INOVASI (KATEGORI PENGURUSAN)
PRODUK SISTEM BERSEPADU MAKLUMAT LIF (EZ-LIFT)
12
KUMPULAN AUTO GO-LIVE
VIDEO BOOMERANG TERBAIK
“Nurturing
Excellence In
Innovation”
13
EZ-LIFT : SISTEM BERSEPADU
MAKLUMAT LIF
Sistem ini adalah sebagai pangkalan data pusat bagi maklumat
katalog sistem lif yang terdapat di pasaran.
Sistem ini adalah sebagai pemudahcara dan sumber rujukan
bagi semua Jurutera Mekanikal untuk mendapatkan maklumat
berkaitan sistem lif di dalam pangkalan data katalog daripada
beberapa jenama Original Equipment Manufacture (OEM).
14
NAMA SISTEM PERISIAN
Sistem Bersepadu Maklumat Lif Microsoft Access
KEBOLEHCAPAIAN ADMIN SISTEM
Local Area Network
Bahagian Pengangkutan
Peralatan dan Kejuruteraan
Bendalir (BPPKB), CKM IP JKR
FUNGSI PENGGUNA
Menyediakan data terkini Semua Warga CKM di IPJKR
sistem lif - katalog pembekal, Bahagian Mekanikal JKR Negeri
lukisan piawai Sebahagian KADER di agensi
Kerajaan
Membantu merekabentuk
sistem lif - saiz lift shaft, lif car,
kapasiti penumpang
15
Santapan Minda:
KASIH SAYANG SESAMA MAKHLUK
MENGIKUT SYARIAT ISLAM
Menyemarakkan kasih sayang sangat dituntut dalam Islam, kerana Allah SWT sentiasa mencurahkan
kepada makhluk-Nya segala kasih sayang dengan memberi pelbagai nikmat dalam kehidupan
di dunia. Kasih sayang Allah mengatasi kemurkaan-Nya.
Sebuah hadis Nabi SAW bersabda Allah memiliki 99 rahmat atau kasih sayang, manakala satu
lagi adalah kasih sayang diberikan kepada buat makhluk di dunia.
Bagaimanapun, kadangkala manusia meletakkan dan mencurahkan kasih sayang bukan pada
tempat sepatutnya dan tidak pada cara selayaknya.
Firman Allah SWT bermaksud: "Sesungguhnya orang beriman dan beramal soleh, Allah
melimpahkan rahmat-Nya, menanamkan dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang".
(Maryam, ayat 96)
Ayat ini menunjukkan paksi kepada berkasih sayang sebenar adalah keimanan kepada Allah
dan rukun iman yang lain serta dibuktikan melalui amal soleh.Ini bermakna, kasih sayang kepada
makhluk perlu disandarkan kepada kasih sayang Allah SWT dan bukan mengikut hawa nafsu
syahwat semata-mata.
Oleh sebab itu, Rasulullah SAW menganjurkan supaya sentiasa memberikan salam kepada
muslim yang lain sama ada dikenali ataupun tidak sebagai tanda kasih antara sesama Islam.
Jika mengikut logik akal manusia, adalah tidak munasabah menegur orang tidak dikenali tanpa
sebab, namun galakan menyebarkan salam ini menunjukkan rasa kasih dan percaya kepada
muslim lain dengan memulakan komunikasi melalui kalimah berbentuk doa kepada saudara
seagama.
16
Perlakuan ini adalah bukti perasaan ukhuwwah Islamiyyah dalam dirinya terhadap sesama muslim.
Selain itu, Rasulullah SAW turut menggalakkan perbuatan saling memberi hadiah sebagai tanda
kasih sayang kepada seseorang. Baginda SAW bersabda; "Berilah hadiah sesama kalian, pasti
kamu akan saling mengasihi".
Memberi hadiah atau buah tangan adalah tanda kasih seseorang kepada saudaranya. Perbuatan
ini menguatkan hubungan dan mengukuhkan rasa kepercayaan seseorang kepada saudaranya.
Jika seseorang kasih saudaranya, ia perlu menzahirkan perasaan itu dengan kata-kata yang jelas
seperti ditegaskan Rasulullah SAW. Hal ini menunjukkan perasaan kasih sayang bukan hanya perlu
dibuktikan dengan perbuatan, bahkan digalakkan menzahirkannya dengan kata-kata.
Amalan ini wajar diamalkan antara suami dan isteri, ibu bapa dan anak serta dijadikan sebagai
budaya dalam kehidupan. Islam juga mengajar umatnya saling menziarahi, sebagai tanda ingatan
dan kasih sayang sesama umat. Rasulullah SAW bersabda; "Kecintaanku yang mendalam kepada
mereka menziarahiku".Ini bermakna, Baginda sangat menyukai perbuatan ziarah menziarahi
sesama saudara Islam.
Jika terdapat halangan untuk berziarah secara fizikal, amalan saling berhubung serta bertanya
khabar melalui media sosial juga boleh dilakukan. Maka kemudahan ini perlu digunakan dengan
optimum demi menghubungkan silaturrahim dengan sebaiknya.
Perkara yang paling sukar untuk dilakukan sebagai tanda kasih sayang terhadap sesama saudara
Islam ialah saling menasihati ke arah kebaikan. Perkara ini kemuncak kepada kasih sayang kerana
Allah. Namun, perlu diingatkan apa juga nasihat perlu didahulukan dengan niat ikhlas kerana
Allah.
Seseorang yang ingin menasihati perlu menggunakan cara bijaksana untuk menyampaikan
nasihat tanpa menjatuhkan maruah atau membuka aib saudaranya. Begitu juga yang dinasihati,
perlu bersikap terbuka menerima nasihat.
Hakikatnya, apa saja kebaikan yang dilakukan seseorang muslim kepada sesama makhluk adalah
tanda kasih sayang yang wujud dalam dirinya. Hal ini termasuk kasih sayang terhadap haiwan dan
alam sekitar. Muslim yang sebenar bukan saja menitikberatkan kasih sayang sesama manusia,
bahkan ia tidak meremehkan hubungannya dengan dua entiti ini, kerana manusia, haiwan dan
alam sekitar adalah makhluk ciptaan Allah yang saling berkaitan untuk mengekalkan kemakmuran
hidup di muka bumi.
Begitulah luas dan indahnya berkasih sayang dalam Islam dan tiada hari tanpa kasih sayang
dalam kehidupan orang beriman.
Sumber: https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2022/03/933462/kasih-sayang-sesama-
makhluk-mengikut-syariat-islam
17
Penyerahan Surat Setuju Terima (SST)
& Dokumen Kontrak
Penyerahan SST Secara 2 dalam 1
disempurnakan oleh Pengarah Kanan
CKM bagi Projek Penggantian Lif Barang
Di Blok B, Wisma Dewan Bahasa Dan
Pustaka (DBP) pada 6 September 2022
Penyerahan SST secara 2 dalam 1 yang
disempurnakan oleh Pengarah Kanan
CKM bagi Kerja-kerja Menaiktaraf dan
Penggantian Sistem Lif di Hospital
Melaka, Melaka pada 9 September 2022
Penyerahan SST secara 2 dalam 1
disempurnakan oleh Pengarah Kanan
CKM bagi Projek Menaik Taraf Sitem
Penyaman Udara Berpusat di Menara
Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) pada
11 Oktober 2022
18
Galeri Tahun 2022
Mesyuarat Tahunan Jurutera-Jurutera Mekanikal JKR Malaysia 2022
19
Galeri Tahun 2022
Penyerahan Dokumen Petunjuk Prestasi Utama Sektor Pakar Tahun 2022
kepada Pengarah Rekabentuk, Pengarah Khidmat Pakar dan Jurutera Mekanikal
Penguasa Kanan Bahagian Pengurusan Korporat & Strategik
20
Galeri Tahun 2022
Program Pemurnian EKSA Bil 1/2022
21
Galeri Tahun 2022
Perjumpaan Pengurusan CKM Bersama Kontraktor Dan Perunding Sistem
Mekanikal 2022
22
Galeri Tahun 2022
JMPK CKM Ir. Dr Norhayati binti Mat Wajid dijemput menjadi panel di
International Sustainable Cooling Tech. Workshop anjuran UKM (Solar Energy
Research Ins.), University of Nottingham UK,MIGHT, British Council dan The
Royal Society pada 7 November 2022
23
Galeri Tahun 2022
Lawatan Pengarah Kanan CKM ke tapak Projek Penggantian Chiller Wisma
Berita RTM pada 08 November 2022
Lawatan kerja Pengarah Rekabentuk CKM ke Projek Pembinaan Akademi
Latihan Rela Sungai Udang, Melaka Fasa 2 pada 10 November 2022.
24
Galeri Tahun 2022
Lawatan kerja Pengarah Rekabentuk Cawangan Kejuruteraan Mekanikal
Ibu Pejabat JKR Malaysia ke Tapak Projek Pembinaan Kompleks Penyayang
Kempas, Johor
25
Galeri Tahun 2022
Mesyuarat Bersama Penyelaras Urusan Perkhidmatan, Cawangan Kejuruteraan
Mekanikal (CKM) bagi tahun 2022
26
Galeri Tahun 2022
Mesyuarat Penilaian Prestasi 2022 Dan Penetapan Petunjuk Prestasi 2023 Bahagian
Pengurusan Korporat Dan Strategik & Bahagian Pengurusan Portfolio, Cawangan
Kejuruteraan Mekanikal Tahun 2022
27
Galeri Tahun 2022
Kursus Kesedaran Keselamatan Siber
28
Galeri Tahun 2022
Kursus Basic Occupational First Aid, CPR & AED Training
29
Galeri Tahun 2022
Lawatan Kilang ke Trans Elevator
30
Cawangan Kejuruteraan Mekanikal
Ibu Pejabat JKR Malaysia
Tingkat 24-28, Blok G,
No. 6, Jalan Sultan Salahuddin
50480, Kuala Lumpur
No. Tel : 03-2618 8888
No. Faks : 03-2618 9510