The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aazizulhadi, 2024-02-19 03:57:03

BULETIN Mekanikal Edisi 2/2023

BULETIN Mekanikal Edisi 2/2023

JKR 20500-0099-23 Inovasi CKM: RDI Apps Majlis Persaraan Pengarah Khidmat Pakar CKM Hiking ke Bukit Cerakah Trailhead Does Magnet Really Can Save Fuel? Salam Persaraan Pengarah Khidmat Pakar


PENAUNG Ir. Haji Zulkifli bin Abdul Rashad PENASIHAT Ir. Haji Suhaili bin Mansor Ir. Hajjah Aishah Hazlina binti Md Dean Ir. Adam bin Sidek KETUA EDITOR Ir. Azahar bin Mohd SIDANG PENGARANG Mohd Norddin bin Ismail, Nor Hayati binti Yahya, Norhayati binti Mat Abu, Ts. Siti Rohani binti Suardi, Zuzailie binti Rosli, Ir. Ts. Mohd Faizal bin Romli, Raja Saiful Safwan bin Raja Muhammad, Ahmad Fadzlan bin Mohamed, Mohammad Alif Fikri bin Zamri, Hariatul binti Mustafa, Ts. Muhammad Abdillah bin Alwi, Ir. Mohamad Nor Amallil bin Mustafa, Fahim bin Mohd Kushairi REKABENTUK, KONSEP, GRAFIK & FOTOGRAFI Sharul Ain binti Sahhari, Azizul Hadi bin Abu Yazid, Muhammad Hamizan bin Abu Adam ISI KANDUNGAN SIDANG REDAKSI SEKAPUR SIREH DOES MAGNET REALLY CAN SAVE FUEL? LAPORAN FORENSIK KE ATAS FASILITI DEWAN BEDAH DI 96 HOSPITAL ANGKATAN TENTERA (96 HAT), LUMUT, PERAK INOVASI CKM : RDI APPS INOVASI CKM : eFIRE - CKM AUDIT SPB CKM MAJLIS SEJAMBAK KASIH SEKALUNG BUDI KEKAL ABADI PENGARAH KHIDMAT PAKAR CKM MAJLIS PENYERAHAN PROJEK MAJLIS PENYERAHAN SST BENGKEL & KURSUS PROGRAM PENINGKATAN KUALITI LAWATAN TAPAK/TEKNIKAL AKTIVITI KELAB CKM AKTIVITI KELAB BPMEK 3 4 7 10 12 13 15 18 20 23 25 28 31 38


3 SEKAPUR SIREH Assalamualaikum dan Selamat sejahtera, Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi di atas limpahan kurnia-Nya, Buletin Mekanikal Edisi 2/2023 telah berjaya diterbitkan. Sekalung tahniah dan ucapan terima kasih kepada seluruh pasukan sidang redaksi dan para penyumbang bahan buletin atas kesungguhan dan komitmen yang tinggi bagi memastikan penerbitan buletin ini berjaya direalisasikan. Edisi Buletin kali ini memaparkan pelbagai program dan aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Warga Cawangan Kejuruteraan Mekanikal (CKM) seperti Majlis Persaraan Pengarah Khidmat Pakar, Penyerahan Projek, Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan juga aktiviti yang menarik dianjurkan oleh Kelab CKM & Kelab Bahagian Perkhidmatan Mekanikal (BPMek). Selain itu, edisi kali ini juga turut berkongsi informasi Technical Paper bertajuk “Does Magnet Really Can Save Fuel?” yang disediakan oleh Pegawai CKM iaitu Encik Ahmad Fazli bin Mohamad Nor. Ucapan syabas dan tahniah kepada Bahagian Rekabentuk Kesihatan 2 (BRK2) dan juga Bahagian Rekabentuk Bangunan Am 2 (BRBA2) di atas kejayaan menghasilkan produk inovasi seterusnya mewakili CKM dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) JKR Malaysia Tahun 2023 yang diadakan di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE), Alor Gajah, Melaka pada 30 Ogos 2023. Penganjuran program ini bertujuan untuk membudayakan inovasi di dalam kalangan warga JKR dan seterusnya memberi penghargaan kepada peserta yang berjaya menghasilkan inovasi yang memberi impak kepada rakyat, negara serta jabatan. Akhir kata, semoga segala ilmu serta maklumat yang dikongsikan di dalam buletin edisi kali ini terus menjadi sumber inspirasi dan pembakar semangat Warga Kerja CKM untuk terus berdaya saing memberikan perkhidmatan terbaik buat rakyat, negara dan jabatan. Sekian, terima kasih. Ir. Haji Zulkifli bin Abdul Rashad Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Ibu Pejabat JKR Malaysia


4


5


6


7 LAPORAN FORENSIK KE ATAS FASILITI DEWAN BEDAH DI 96 HOSPITAL ANGKATAN TENTERA(96 HAT), LUMUT, PERAK 1. Keseluruhan • Secara keseluruhannya, sistem penyaman udara untuk fasiliti dewan bedah tidak dapat membekalkan suhu dan kelembapan bandingan seperti mana yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM); • Pihak KKM telah menetapkan suhu di fasiliti dewan bedah hendaklah berada dalam lingkungan 18°C dan 22°C @ RH 55% ± 5 dipatuhi; • Suhu CHWS yang direkodkan adalah tinggi iaitu 13.7°C sehingga menyebabkan %RH tinggi di fasiliti dewan bedah. Keperluan mengadakan suhu CHWS sekitar 4.4°C ~ 6.7°C adalah wajib bagi mencapai ketetapan pada suhu 18°C~22°C / 55% ~ 60% RH berdasarkan keperluan KKM; • Dengan hanya mengoperasikan 1 unit chiller (170 TR), suhu CHWS didapati tidak mencapai 4.4°C ~ 6.7°C; • Sistem penyaman udara yang dipasang tidak mematuhi kriteria prestasi AHU untuk fasiliti dewan bedah; • Prestasi sistem penyaman udara yang dipasang tidak mematuhi kriteria sepertimana yang ditetapkan oleh KKM dan ASHRAE 170:2021 di mana kadar kelembapan bandingan dan suhu bilik adalah tinggi; dan • Dari segi reka bentuk sistem penyaman udara sedia ada, sepatutnya dapat memberikan prestasi yang dikehendaki dan kegagalan ini adalah disebabkan oleh: ‐ Chiller utama; ‐ DX coil; dan ‐ Motorised valve, heater dan controller system. Bahagian Pakar Forensik, Bunyi & Senggara, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR Malaysia (CKM, IPJKR) telah menerima permohonan khidmat nasihat teknikal daripada Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan (CSFB), Ibu Pejabat JKR Malaysia pada 22 Mei 2023 melalui surat, Ruj.: JKR/SKS(FB)/030.010/3/ A/21Jld.3(54) bagi mendapatkan pandangan berkenaan perbezaan spesifikasi sistem dan reka bentuk fasiliti dewan bedah di 96 HAT (telah beroperasi sejak tahun 1996) berbanding fasiliti dewan bedah di hospital Kerajaan yang lain berikutan masalah ketidakstabilan kelembapan bandingan, suhu dan kondensasi di dewan bedah tersebut. PENDAHULUAN Aduan daripada JKR TLDM Lumut berhubung suhu dan kelembapan bandingan di fasiliti dewan bedah (OT1, OT2 dan OT3) tinggi sehingga menyebabkan pembedahan tidak dapat dijalankan. ISU UTAMA ULASAN DAN KESIMPULAN ▶ Setiap bilik OT dilengkapi dengan 1 unit Chilled Water AHU berkapasiti 204,000 Btuh/ hr dan 1 unit Direct Expansion (DX) AHU berkapasiti 204,000 Btuh/hr; ▶ Chilled Water Supply dari centralised chiller berkapasiti anggaran 170TR x 2 unit dengan anggaran beban keseluruhan 340TR; SISTEM PENYAMAN UDARA FASILITI DEWAN BEDAH 96 HAT ▶ Tiada standby chiller; ▶ Terdapat air duct heater unit berkapasiti 15 kW dan exhaust fan jenis propeller; ▶ Rekabentuk fasiliti dewan bedah menggunakan 100% fresh air; ▶ ACH yang digunakan berdasarkan data adalah 5200cfm @ 30 ACH; dan ▶ Tiada Heat Recovery Wheel dipasang. 2. Chiller Unit • Memandangkan bilik bedah bergantung kepada sistem chiller utama, adalah lebih praktikal / fleksibel jika bekalan chilled water dibekalkan oleh sistem chiller yang khusus memastikan kestabilan dalam bagi mencapai RH% dan suhu yang dikehendaki; • Kerosakan chiller utama terus memberi kesan langsung terhadap kawalan %RH pada OT1, OT2 dan OT3; • Dengan mengasingkan centralized chilled water system dan OT chilled water system, penjimatan tenaga dapat dilakukan di mana untuk lokasi yang tidak memerlukan kawalan %RH yang ketat iaitu (55%RH), maka boleh dibekalkan dengan chilled water supply bersuhu 44°F. Hanya lokasi yang memerlukan kawalan 55%RH ± 5 sahaja dibekalkan dengan chilled water supply bersuhu 42°F; dan • Bagi mendapatkan suhu 18°C @ RH 55% ± 5, chilled water supply temperature yang dicadangkan adalah sekitar 40°F - 42°F. 3. Direct Expansion (DX) AHU Unit Membuat pembaikan kepada DX compressor yang telah rosak bagi AHU DX setiap fasiliti bilik bedah. Ini termasuk menggantikan sensor kawalan cut in/out bagi compressor. Bagi memastikan ketahanan DX compressor ketika low load adalah disarankan sistem yang mempunyai liquid accumulator dan HOT GAS BYPASS dipasang untuk mengelakkan liquid compression ketika low load bagi menjamin ketahanan compressor. Disediakan Oleh Bahagian Pakar Forensik, Bunyi & Senggara


4. Chilled Water AHU Unit • Kemajuan dalam teknologi hybrid di antara chilled water dan DX coil, kombinasi penggunaan reheat heater/condenser, penggunaan AHU baru mampu menjimatkan kos tenaga sehingga 0.7 kW/TR berbanding dengan sistem sedia ada ini yang dianggarkan 1.5 kW/TR. Adalah wajar dipertimbangkan penggantian keseluruhan AHU yang telah berkarat dan usang kepada AHU Hybrid chilled water dan direct expension coil dengan fungsi renewable energy; • Penukaran peralatan kawalan kapasiti penyejukan (Input/Output control) seperti humidity sensor (analogue type), temperature sensor (thermistor type), capacity control chilled water modulating valve, heater regulator dan direct digital controllers (DDC) adalah diperlukan; • Rekabentuk 8 row coil AHU sediaada adalah sesuai bagi kawalan humidity yang berkesan serta kapasiti yang mencukupi pada suhu rekabentuk bilik 18°C~22°C / 55% ~ 60% RH. Walau bagaimanapun, ianya memerlukan chemical cleaning dan descaling pada cooling coil untuk mendapatkan apparatus dew point (ADP) yang sesuai iaitu pada 50°F~52°F; • Pemasangan jenis filter MERV 8 dan MERV 14 bagi penapis AHU primary dan secondary. Pemasangan filter jenis HEPA 99.97% bagi terminal HEPA. Pemasangan filter jenis ini perlu dipastikan bahawa fan mempunyai static pressure ( 1.5” w.g external ) yang mencukupi bagi memastikan suhu dan tekanan dalam bilik mengikut spesifikasi; dan • Membuang pengaratan pada AHU / komponen AHU, membuat penggantian plat yang perlu serta mengecat semula komponen dalam AHU. 8


9 5. Air Duct Heater Unit • Air Duct Heater Unit yang bersesuaian dengan keperluan reka bentuk seperti mana yang digariskan oleh KKM adalah seperti cadangan berikut: Bil. Keadaan Desired Operation Theater Room Temp. (°C) Relative Humidity (%RH) Chilled Water Supply Temp. (°C) Airflow (cfm) Grand Total (MBH) Cadangan Kapasiti Air Duct Heater Unit (kW) 1 Keadaan 1 Min. 18 55 4.4 – 5.6 3,013 429 19.00 2 Keadaan 2 Maks. 22 55 4.4 – 5.6 1,796 397 8.06 3 Keadaan 3 (dengan Heat Recovery Wheel) Min. 18 55 4.4 – 5.6 2,393 164 15.78 4 Keadaan 4 (dengan Heat Recovery Wheel) Maks. 22 55 4.4 – 5.6 1,382 131 2.92 5 Keadaan 5 Air Duct Heater Unit yang berkapasiti lebih besar sehingga 25 kW diperlukan sekiranya tidak menggunakan Heat Recovery Wheel. Nota: Apparatus Dew Point (ADP) diambil pada 50°F; Formula Pengiraan Heater = (Kadar Alir Udara (cfm) x Δenthalpy (sebelum – selepas) x 4.5 ) / 3412 6. Ducting System • Merekabentuk semula sistem ducting untuk pecahan zon dan menurunkan aras kebisingan udara dalam ducting dengan halaju udara di ducting utama dipastikan di bawah 2200 fpm; • Kedudukan pepasangan terminal HEPA perlu dioffset sebayak sekurang-kurangnya 300 mm di sekeliling dari OT table; • Penambahan Low Level Exhaust di setiap penjuru fasiliti dewan bedah; dan • Pemasangan rigid duct bagi sambung ke terminal HEPA. 10.Lain-Lain • Apabila berlaku kerosakan kepada sistem penyaman udara (asal), tindakan penggantian alternatif ACSU hanya akan menyelesaikan masalah suhu. Namun, setelah pembaikan kepada sistem penyaman udara (asal) tersebut, akibatnya akan menyebabkan beban lampau pada litar elektrik asal yang menyebabkan berlakunya tripping. • Penggunaan ACSU sememangnya dapat menurunkan suhu dan %RH. Namun, tidak mencapai Indoor Air Quality (IAQ) yang dikehendaki kerana keperluan fresh air untuk ruangan hospital adalah di antara 2 ACH hingga 4 ACH berdasarkan KKM dan ASHRAE 170-2021; dan • Selain daripada fasiliti dewan bedah, penambahbaikan sistem kawalan chiller dan AHU di keseluruhan Bangunan 96 HAT seperti motorised isolation valve, capacity contol modulating valve, thermostat dan humidity sensor juga adalah dicadangkan bagi memastikan suhu dan kelembapan di fasiliti dewan bedah serta ruangan-ruangan lain adalah mengikut rekabentuk. Sekiranya pembaikan tidak dilaksanakan, 96 HAT akan terus mengalami masalah RH% tinggi dan suhu bilik yang tinggi. 9. Fasiliti Dewan Bedah • Penggantian HEPA filter yang baru di setiap fasiliti bilik bedah; • Rekabentuk aliran udara cross laminar flow dari atas (incoming HEPA filter diffuser) ke bawah (return diffuser) adalah mengikut reka bentuk fasiliti bilik bedah hospital; • Bilik Sterile Preperation dan Bilik bedah tidak boleh berada dalam zone pengudaraan yang sama bagi mengelak kontaminasi. Pengasingan sistem penyaman udara kedua bilik ini adalah perlu mengikut ASHRAE 170-2021; • Siling yang bocor dan berkulat perlu ditukar bagi memastikan kebersihan fasiliti bilik bedah; • Sistem peralatan mekanikal yang dipasang perlu mengambil kira garis panduan reka bentuk pesisir pantai bagi menjamin ketahanan peralatan jangka masa panjang; • OT Pendant dan OT panel sedia ada masih boleh digunakan dan berfungsi dengan baik; dan • OT Pendant bagi surgeon tidak boleh dilaras secara naik menegak dan menurun serta remote control tidak berfungsi dan perlu pembaikan / penggantian medical gas pendant. 7. Fresh Air Fan • Menukar fresh air fan dari jenis propellar kepada cabinet type centrifugal fan untuk pengoperasian yang lebih senyap. 8. Heat Recovery Wheel • Heat recovery wheel (penyejukan fresh air intake) adalah diperlukan memandangkan keperluan KKM adalah menggunakan 100% fresh air intake dan saiz AHU boleh dikecilkan sehingga 40% hingga 50%.


KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA RDI RDI RDI APLIKASI BERASASKAN WEB UNTUK MEMBERI PANDUAN TERPERINCI KEPADA PENGGUNA MENGENAI KEPERLUAN SISTEM MEKANIKAL BAGI PROJEK FASILTI KESIHATAN DALAM SESI INTERAKSI DATA RUANG (ROOM DATA INTERACTION - RDI) KERJASAMA G2G -DILENGKAPAI MAKLUMAT KOMPREHENSIF & TERKINI -FUNGSI CARIAN MAKLUMAT -APLIKASI MESRA PENGGUNA -PHONE COMPATIBILITY -PEGAWAI BAHARU/ TIADA PENGALAMAN -GARIS PANDUAN & STANDARD TIDAK SERAGAM -TIADA SUMBER RUJUKAN YANG TERKINI PEGAWAI TIDAK DAPAT MEMBERIKAN MAKLUMAT KEPERLUAN SISTEM MEKANIKAL SEMASA RDI AHLI PASUKAN BAHAGIAN REKABENTUK KESIHATAN 2 (CKM IPJKR) PENDAFTARAN HARTA INTELEK INOVASI BARU DI JKR BELUM DICIPTA DIPASARAN MENINGKATKAN PRESTASI PENGGUNA MAKLUMAT TERKINI DAN TEPAT PENJIMATAN MASA DAN KOS CAPAIAN MAKLUMAT LEBIH MUDAH KUALITI PERKHIDMATAN LEBIH BAIK KEGUNAAN RAMAI JANGKA HAYAT PANJANG KOS RENDAH & JIMAT MESRA ALAM (LY2023W02592) 10


11


SISTEM KEPERLUAN PENCEGAH KEBAKARAN SECARA ELEKTRONIK KUMPULAN ELECTRONIC FIRE REQUIREMENT SYSTEM PENGENALAN INOVASI E-FIRE, PERISIAN UNTUK MENENTUKAN KEPERLUAN SISTEM PENCEGAH KEBAKARAN BANGUNAN. KELEBIHAN E-FIRE ADALAH: OUTPUT LEBIH PANTAS *SEl<URANG-KURANGNVA 91'6 ID • 0 • - - . 0 . SUMBER RUJUKAN KOMPREHENSIF Sofian, Fadz/an, Rine/di, Tun Sasha, Sufian, Fazli, Ridhwan, Rozail, Arbaah, Nasrul KEPERLUAN MAN-POWER *SEKURANG-KURANGNVA ,, � � PRODUKTIVff"I PEGAWAI ! □□□LJ DAN ORGANISASI 50'6 � *BERDASARKAN TINJAUAN KAJI SELIDIK PENYATAAN MASALAH *MAJORITI RESPONDEN MENVATAKAN 4 HARi DIPERLUKAN BAGI MENENTUKAN SISTEM POTENSI PENGKOMERSIALAN WEI-BASE MUDAH DIAKS ES KELULUSAN PELAN AKTIF ATASTAUAN MODUL TAMBAHAN: REKABENTUK � PENGIRAAN KAPASITI PERALATAN DIGITAL > PANDUAN REKABENTUI( � SPESIFIKASI TEKNIKAL TOOL RUJUKAN TERKINI -__, PUSAT LATIN/AN KOMUNITI Save energy KEASLIAN SISTEM BAHARU PERTAMA DI MALAYSIA MYIPO TELAH LULUS KEPAKARAN DIBANGUNKAN SECARA DALAMAN -JKR � MEKANIKAL ELECTRONIC FIRE REQUIREMENT SYSTEM ( e-FIRE ) Occupancy Hazard: Sma I Residential I nstitutiona I Other Residential Shop Factory Place of Assembl Extinguishing System Hose reel, Wet Alarm System Addres1 Se mi Notes: UBBL Structure Desi n Extinguishing Note Smoke Contr:oJ (i) natural smoke ve Pressurised System Pressurised System Wet/ Dry Riser Wet Riser Fire Uft Fire Lift Needed Cost: COST ESTIMATION Anggaran Kos Awalan Area Single Layer (m2) [ ] JUMLAH KOS [ I 12


CKM mematuhi semua klausa di dalam Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015 NCR : 0 OFI : 2 QUALITY RATING TOOLS (QRT): 99.27% / A / CEMERLANG KEPUTUSAN AUDIT CKM CAWANGAN PENGURUSAN ASET BERSEPADU (CPAB) Ts. Maziah binti Abu Hassan (KPA) Pn. Siti Maisarah binti Nahrawi (TKPA) Pn. Rozia Hanim binti Mohd Daim (JAD) En. Muhammad Saifuddin bin Mohamad Shahran (JAD) AUDIT SPB CKM 1 - 3 OGOS 2023 AUDITOR Disediakan oleh : Unit Pengurusan Kualiti SKOP AUDIT SISTEM PENGURUSAN BERSEPADU (SPB) JKR Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) JKR ISO 9001 : 2015 AUDITEE 1. Bahagian Pengurusan Korporat dan Strategik (BPKS) 2. Bahagian Pengurusan Portfolio (BPP) 3. Bahagian Rekabentuk Kesihatan 1 (BRK1) (Blok Wanita & Kanak-Kanak Hospital Pulau Pinang) 4. Bahagian Rekabentuk Bangunan Am 2 (BRBA2) (Projek Ubahsuai Dalaman Bangunan ASWARA) 5. Bahagian Pakar Forensik, Bunyi& Senggara (BPFBS) (Penggantian Lif Barang di Blok B Wisma DBP) BPKS BRK1 BPFBS BPKS BRBA2 BPP BPKS 13


14 Salam Persaraan yang telah bersara pada 2 Januari 2024 Terima Kasih atas Segala Jasa dan Khidmat Bakti Puan Selama Berkhidmat di Jabatan Kerja Raya Pengarah Khidmat Pakar Ir. Hjh. Aishah Hazlina binti Md Dean Cawangan Kejuruteraan Mekanikal


15 SEJAMBAK KASIH SEKALUNG BUDI KEKAL ABADI PENGARAH KHIDMAT PAKAR CKM MAJLIS


16


17


18 Nama Program Tarikh Pegawai yang terlibat Nama Kontraktor Pengikirafan Majlis Penyerahan Projek Siap kepada Pelanggan Projek Menaik Taraf dan Pembaikan Dewan Serbaguna dan Akses Utama Serta Lain-Lain Kerja Berkaitan di Kampus Intan Bukit Kiara 2 Oktober 2023 Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selaku Pegawai Penguasa, JMK Bahagian Pakar Penyaman Udara dan Perlindungan Risiko Kebakaran selaku Wakil HODT projek. Kejuruteraan Hawa Dingin NBI (Sistem Penyaman Udara) Bintang Sofea Trading (Siste Pencegah Kebakaran) Projek ini berjaya disiapkan dan diserahkan secara 8 dalam 1 iaitu : 1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) yang telah diperakukan pada 8 Sept 2023 2. Penyiapan Lukisan Siap Bina (As Built Drawing) 3. Penyata Akaun Muktamad (Statement of Final Account (SOFA)) 4. Dokumen Operation & Maintenance Manual (O&M) 5. Dokumen Penyerahan 6. Zero Accident dalam tempoh pembinaan 7. Zero Major Defect 8. Coffee Table Book Majlis Penyerahan Projek


19 Majlis Penyerahan Projek Siap bagi Penggantian Sistem Lif dan Lain-Lain Kerja Yang Berkaitan di Kampus Intan, Bukit Kiara, Kuala Lumpur 1 November 2023 Bilik Mesyuarat Seri Tanjung, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) YBhg. Dato’ Ir. Hj. Norman Bin Hj. Md Rabani, Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKR WPKL), YBhg. Datuk Dr. Alauddin bin Sidal, Pengarah Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Pegawai Kanan JKR, INTAN ZIKA ENTERPRISE SDN. BHD. (ZESB). Projek ini berjaya diserahkan secara 10 dalam 1 iaitu: 1. Perakuan Siap Kerja Bertarikh 17.10.2023; 2. Lukisan Siap Bina; 3. Manual Operasi & Penyelenggaraan; 4. Penyata Akaun Muktamad (SOFA); 5. Penyiapan awal dari tarikh siap semasa (Awal 2 hari dari tarikh siap semasa: 19.10.2023); 6. Penjimatan siling projek sebanyak RM 537,304.00 (Siling Projek: RM 3,500,000.00); 7. Penjimatan kontrak sebanyak RM715,204.01 (Kos Kontrak Asal: RM2,962,696.00); 8. Capai piagam pelanggan (Kos dan masa yang dipersetujui) 9. Zero Major Defect; 10. Zero Lost Time Injuries (LTI), sifar kemalangan. Nama Program Tarikh Tempat Pegawai yang terlibat Nama Kontraktor Pengikirafan Majlis Penyerahan Projek


20 Penyerahan 2 in1 (SST dan Dokumen Kontrak) 10 April 2023 Bilik Mesyuarat Ketua Jurutera Mekanikal 5 Kontraktor terlibat Majlis Penyerahan SST Program : Tarikh : Tempat : Pegawai/Syarikat Terlibat : Penyerahan 2 in1 (SST dan Dokumen Kontrak) 26 Jun 2023 Dewan Cempaka Bahagian Perkhidmatan Mekanikal 14 Kontraktor terlibat Program : Tarikh : Tempat : Syarikat Terlibat :


21 Penyerahan SST dan Taklimat Anti Rasuah 15 September 2023 Dewan Cempaka Bahagian Perkhidmatan Mekanikal 14 Syarikat telah berjaya menerima SST. Program : Tarikh : Tempat : Syarikat Terlibat : Majlis Penyerahan SST


22 Penyerahan SST Secara 2 dalam 1 Bagi Kerja Menaiktaraf Dan Menggantikan Sistem Penghawa Dingin Baharu Di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Cawangan Negeri Perlis 27 November 2023 Ibu Pejabat JKR Malaysia Pengarah Pakar CKM, Wakil Kementerian Dalam Negeri (KDN), JMPK Bahagian Pakar Kecekapan Tenaga & Tenaga Diperbaharui dan Ketua Bahagian Kontrak & Ukur Bahan CKM Program : Tarikh : Tempat : Pegawai/Syarikat Terlibat : Majlis Penyerahan SST


23 Nama Program : Tarikh : Tempat : Pegawai yang terlibat : Bengkel Kajian Semula Spesifikasi Teknikal Piawai Sistem Pencegah Kebakaran Edisi Tahun 2023 25 – 27 September 2023 Institut Latihan Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (i-KPKT) Pengarah Khidmat Pakar CKM, JMPK Bahagian Pakar Penyaman Udara & Perlindungan Risiko Kebakaran, JMPK Bahagian Forensik, Bunyi & Senggara dan semua ahli Jawatankuasa Bengkel & Kursus Nama Program : Tarikh : Pegawai yang terlibat : Bengkel Pembangunan Manual Penilaian Pematuhan Kualiti Persekitaran Dalaman untuk Bangunan Pejabat Julai 2023, Ogos 2023, Disember 2023 JMPK Bahagian Pakar Penyaman Udara dan Perlindungan Risiko Kebakaran selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Kualiti Persekitaran Dalaman (JKKPD) dan ahli JKKPD yang terdiri daripada CPAB, CSFB, CDPK, CASKT, CA dan CKE.


24 Kursus Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan Tahun 2023 12 hingga 14 Julai 2023 Hotel Avillion Cameron Highlands 30 orang En. Mohd Asrani bin Mohammed Aspar Memberi Pendedahan Kepada Peserta Tentang Tatacara Menguruskan Harta Modal Dan Aset Bernilai Rendah Berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan 1PP AM Bengkel & Kursus Bengkel Hands On Pemeriksaan Sistem Lif 4 - 7 Disember 2023 Best Western Hotel, Shah Alam 40 orang Bahagian Pakar Peralatan Pengangkutan dan Kejuruteraan Bendalir (BPPPKB), Bengkel ini bertujuan memberikan sesi latihan Pemeriksaan Sistem Lif bagi Projek Operasi, Senggara, Pemulihan, Pemuliharaan, Ubah Suai dan Naik Taraf (OSPPUN) Institusi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Nama Program : Tarikh : Lokasi Kursus : Bil Peserta : Penceramah : Objektif Kursus : Nama Program : Tarikh : Lokasi Kursus : Bil Peserta : Penceramah : Objektif Kursus :


25 Program Peningkatan Kualiti Pemasangan Sistem Mekanikal Bagi Projek Pusat Pakar Pergigian Seremban, Negeri Sembilan 4 Oktober 2023 Seremban, Negeri Sembilan Bahagian Rekabentuk Kesihatan 1 dan Bahagian Rekabentuk Kesihatan 2 Serta Bahagian Pengurusan Portfolio CKM Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur Dengan disertai Oleh Wakil Pegawai Penguasa dan Pihak Kontraktor. Program Peningkatan Kualiti Nama Program : Tarikh : Lokasi : Pegawai Terlibat :


26 Program Peningkatan Kualiti Pemasangan Sistem Mekanikal Bagi Projek Penggantian Lif Barang Di Blok B, Wisma Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur 18 Julai 2023 Blok B, Wisma Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur Bahagian Pakar Peralatan Pengangkutan Dan Kejuruteraan Bendalir Dan Bahagian Pakar Forensik, Bunyi & Senggara Serta Bahagian Pengurusan Portfolio CKM, Wakil Pegawai Penguasa Dan Pihak Kontraktor. Program Peningkatan Kualiti Nama Program : Tarikh : Lokasi : Pegawai Terlibat :


27 Program Peningkatan Kualiti Pemasangan Sistem Mekanikal Bagi Projek Membina Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu Negeri Perlis (Kangar Sentral) 5 & 6 September 2023 Kangar Sentral, Perlis Pegawai Daripada Bahagian Rekabentuk Pendidikan Dan Bahagian Rekabentuk Keselamatan Dan Infrastuktur Serta Bahagian Pengurusan Portfolio CKM, Wakil Pegawai Penguasa Mekanikal Dan Pihak Kontraktor. Program Peningkatan Kualiti Nama Program : Tarikh : Lokasi : Pegawai Terlibat:


28 Program Lawatan Tapak ke Projek Menaik Taraf dan Pemuliharaan Bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang 18 Mac 2023 Ketua Bahagian dan Pegawai Bahagian Rekabentuk Bangunan Am 1 Nama Program : Tarikh : Pegawai Terlibat : Lawatan Tapak/Teknikal Lawatan Tapak Projek Kolej Vokasional Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan (Program Conversion SMV Ke Kolej Vokasional 7 Kolej Rintis) 29 Mei 2023 Pengarah Rekabentuk CKM dan JMPK Bahagian Rekabentuk Pendidikan Nama Program : Tarikh : Pegawai Terlibat :


29 Lawatan Kerja Ke Projek Fasiliti Kesihatan Negeri Johor Projek: Hospital Pasir Gudang (Reka & Bina) – Tender Semula Bahagian Rekabentuk Kesihatan 2 25 September 2023 Pengarah Rekabentuk CKM dan Pegawai Bahagian Rekabentuk Kesihatan 2 Nama Program : Tarikh : Pegawai Terlibat : Lawatan Tapak/Teknikal Di Pasar Baru Ampangan Dan Tempat Letak Kenderaan Bertingkat Bagi Menggantikan Pasar Lama Di Tapak Sedia Ada, Seremban, Negeri Sembilan - Fasa 2 (Pasar Kekal) 1 Ogos 2023 Pengarah Rekabentuk Dan Pegawai Bahagian Rekabentuk Bangunan Am 2 Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Nama Program : Tarikh : Pegawai Terlibat : Lawatan Tapak/Teknikal


30 Program Lawatan Tapak ke Projek Pembinaan Dewan di Grisek, Tangkak; Dewan Masyarakat di Bukit Pasir;dan Pusat Komuniti di Bukit Kepong, Daerah Muar, Johor Darul Takzim 13 September 2023 JMPK dan pegawai-pegawai Bahagian Rekabentuk Bangunan Am 1 bersama Wakil Pegawai Penguasa (Mekanikal) Negeri Johor Program Lawatan Tapak ke Projek Pembinaan Fasa Kedua Institut Kemahiran Islam Sarawak 28 November 2023 JMPK dan Pegawai Bahagian Rekabentuk Bangunan Am 1 Nama Program : Tarikh : Pegawai Terlibat : Nama Program : Tarikh : Pegawai Terlibat : Lawatan Tapak/Teknikal


31 HIKING Ke BUKIT CERAKAH TRAILHEAD @ BUKIT BOTAK Anjuran Kelab CKM Di Sediakan Oleh Zamri Zulkipli Biro Sukan Kelab CKM PUNCAK ALAM, 5 Ogos 2023 – Mendaki bukit termasuk dalam satu daripada lima latihan kardio terbaik yang memberikan banyak kelebihan kepada tubuh. Selain menguatkan otot kaki, latihan sebegini juga boleh turut memberi kesan baik kepada pinggul dan paha, jika dilakukan secara serius. “Sebab itu mereka yang sering mendaki bukit mempunyai kaki yang kuat dan pinggul anjal disebabkan pergerakan tanpa henti serta dilakukan dalam jangka masa panjang”. Baru-baru ini, Kelab Cawangan Mekanikal dibawah Biro Sukan telah mengadakan aktiviti “Hiking Bukit Cerakah Trailhead Bersama PK” yang terletak di Puncak Alam pada pada 5 Ogos 2023. Aktiviti ini disertai oleh 40 ahli kelab termasuk Presiden Kelab (Ir. Hj. Zulkifli Abdul Rashad) dan Naib Presiden Kelab (Ir. Hj. Suhaili Mansor). Aktiviti pendakian juga dipandu oleh jurupandu yang berpengalaman iaitu Ir. Sulaiman Kamari. Aktiviti bermula seawal 6.30pagi (berkumpul di kawasan parkir) dan berakhir pada 11.00pagi (bersarapan di Café Masjid Puncak Alam). Pendakian dari R&R View ke check point 1 (pencawang) Bergambar Sebelum Memulakan Pendakian Peserta di check point 1 (pencawang) Para peserta berehat sebentar di puncak Rock Garden sebelum meneruskan pendakian Presiden kelab bersama keluarga PK & PR di puncak sebenar bukit botak yang telah di tarah bagi penambakan tanah projek ECRL Aktiviti Kelab CKM


32 Peserta bergambar di puncak bukit cerakah trailhead “SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN HARI KEMERDEKAAN” Keadaan muka bumi dan bukit yang agak curam Perjalanan turun dari Rock Garden ke Check Point 3 (Scenic Cliff) “KAMI TUTUPKAN PERKONGSIAN AKTIVITI KALI INI DENGAN BEBERAPA RANGKAP PANTUN” Bukit Berbatu, Jalan Berliku Batuan Tajam, Kasut Terkoyak Walau Penat Rasa Tak Mampu Tekadkan Hati Sampai Ke Puncak Pokok Pelaga Pokok Selasih Di Tanam Bersama Di Dalam Pasu Kami Ajk Ucapkan Terima Kasih Atas Komitmen & Sokongan Jitu Kaki Terseliuh Terasa Sakit Pergi Berurut Kuala Sedeli Selesai Sudah Mendaki Bukit Moga Berjumpa Di Lain Sesi Terima kasih diatas sokongan ahli terhadap aktiviti yang dianjurkan Kelab CKM. Terima kasih juga kepada semua yang terlibat untuk menjayakan aktiviti kali ini. Jumpa lagi di aktiviti lain nanti. Insya ALLAH. Ucapan Penutup Presiden Kelab CKM Bagi Sesi Hiking Bukit Cerakah Trailhead 2023 Suasana saujana hijau yang Gambar Kenangan Bersama Presiden Kelab CKM Sebagai Penutup Aktiviti Hiking Bagi Tahun 2023 mendamaikan


33 Aktiviti Kelab CKM PROGRAM SEMARAK MERDEKA MADANI SEMPENA MENYAMBUT HARI MERDEKA YANG KE-66 & HARI MALAYSIA Penyerahan Jalur Gemilang kepada Pengarah Khidmat Pakar Ucapan oleh Presiden Kelab CKM iaitu Pengarah Kanan CKM Penyerahan Jalur Gemilang kepada Semua Wakil Bahagian CKM Sesi fotografi & Boomerang


34 Aktiviti Kelab CKM PERTANDINGAN BOOMERANG BAGI “PROGRAM SEMARAK MERDEKA MADANI” SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023 Tempat Pertama : Bahagian Rekabentuk Bangunan Am 2 Tempat Kedua : Bahagian Rekabentuk Bangunan Am 1 Tempat Ketiga : Bahagian Pakar Penyaman Udara dan perlindungan Risiko Kebakaran


35 Aktiviti Kelab CKM ONLINE QUIZ BAGI “PROGRAM SEMARAK MERDEKA MADANI” SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023 Antara Pemenang Online Quiz


36 Aktiviti Kelab CKM MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAZKIRAH SEMPENA MAULIDUR RASUL DAN BULAN KEMERDEKAAN Sesi Ramah Mesra Sebelum Majlis Bacaan Yasin Bermula Bacaan Yasin, Tahlil Ringkas Dan Tazkirah Bacaan Yasin, Tahlil Ringkas Dan Tazkirah Penyerahan Cenderahati & Sumbangan Kepada YBhg Ustaz oleh Tuan Pengarah Kanan CKM


37 Aktiviti Kelab CKM PROGRAM ZIARAH RUMAH BAKTI NUR SYAHEERA Penyerahan Sumbangan Dari Kelab CKM Disempurnakan Oleh Naib Presiden Kelab Antara Ahli Kelab Yang Hadir Sesi Penyampaian Hadiah Dan Sumbangan Kepada Anak-Anak Di Rumah Bakti Sesi Penyampaian Hadiah Dan Sumbangan Kepada Anak-Anak Di Rumah Bakti Gambar Bersama Pihak Pengurusan Rumah Bakti Nur Syaheera Dan Wakil Dari Kelab CKM


38 Aktiviti Kelab BPMEK Majlis Penyerahan Sumbangan Zakat Wakalah


39 Program Semarak Merdeka dan Gotong-Royong Aktiviti Kelab BPMEK


Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Ibu Pejabat JKR Malaysia Tingkat 24-28, Blok G, No. 6, Jalan Sultan Salahuddin 50480, Kuala Lumpur No. Tel : 03-2618 8888 No. Faks : 03-2618 9510


Click to View FlipBook Version