The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ebook Pusat Sumber SK (FELDA) PEMANIS 2, 2021-02-15 04:07:46

MURAI DAN KERENGGA

MURAI DAN KERENGGA

MURAI
DAN

KERENGGA

NURUL IMAN RAZALI

Murai terbang di atas

pucuk pokok ara yang
berbuah lebat di kaki
gunung di tebing
sebatang sungai.
Burung-burung lain
berkicauan di situ
tetapi Murai senyap
sahaja. Burung-burung
amat riang kerana
terdapat banyak
buah-buahan di situ.
Mentari hari itu panas
terik. Cuaca amat
panas, namun
keadaan di pucuk
pokok ara itu agak
sejuk.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

Angin bertiup tidak
henti-henti. Bau
haruman bunga-
bunga pokok hutan
menyegarkan udara di
situ. Di bawah pokok
ara tempat Murai itu
bertenggek, terdapat
sebuah lubuk. Air di
situ kelihatan dalam
dan jernih. Air sentiasa
berkocak kerana
terdapat banyak ikan.
Buah-buah ara pun
berlecap-lecap jatuh
ke lubuk.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

Ketika itu, Murai
ternampak seekor
Kerengga terkapai-
kapai serta nyaris-
nyaris lemas di
tengah-tengah lubuk.

Kerengga berasa
amat cemas. Jika dia
bergerak hendak
berenang, sudah
tentu dia akan
disambar oleh ikan.
Jika dia tidak
bergerak, dia pasti
akan tenggelam dan
lemas.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

Kerengga tiada
pilihan lain selain dari
bergerak untuk
berenang. Dia
mendonggak ke
langit. Dia ternampak
Murai yang hinggap
di dahan pokok ara
itu. Walaupun dia
dapat memanggil,
Murai tetap tidak
dapat mendengar
panggilannya.
Kerengga hanya
mampu berdoa
dalam hatinya
memohon
pertolongan
daripada Murai.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

Setelah melihat
Kerengga, Murai
memikirkan cara
hendak
menyelamatkan
serangga itu. Murai
lantas terbang ke
arah pucuk sepohon
pokok berdaun lebar
yang tumbuh
berdekatan dengan
ara itu. Murai pun
memetik sehelai daun
yang sudah layu dan
menjatuhkannya ke
arah Kerengga.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

Nasib baik, daun
itu jatuh dekat
Kerengga. Kerengga
cepat-cepat
merangkak naik ke
atas bahagian daun
yang mencecahi
permukaan air. Daun
lebar itu terus dipukul
ombak ke tebing.
Daun itu akhirnya
tersangkut di
sebatang ranting
dan Kerengga
pantas merangkak ke
pantai.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

Setibanya di
tebing, Kerengga
mendongak sekali
lagi ke arah tempat
Murai hinggap.

“Oh saudara Murai.
Terima kasih atas
pertolongan kau. Jika
saudara tidak
menyedari kesusahan
aku, aku akan mati
lemas atau ditangkap
ikan. Aku tidak
berdaya membalas
budi kau,” kata
Kerengga.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

“Aku tidak
mengharapkan
balasan kau saudara
Kerengga. Aku
menolong dengan
ikhlas. Kita harus hidup
tolong-menolong.
Baiklah, aku pergi
dahulu,” kata Murai.

“Baiklah,” kata
Kerengga. Dia mencari
jalan untuk pulang
kepada kawan-
kawannya di pucuk
pokok, yang
mengerumuni buah-
buahan ara yang ada
di situ.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

Murai sedang
berehat di puncak
pokok ara. Dia
teringat akan nilai
hidup yang menjadi
pegangannya. “Kita
hidup mesti
bersaudara dengan
orang lain dan
bersedia menolong
orang yang susah.
Kita hendaklah
berbuat baik dengan
orang supaya mereka
akan berbuat baik
dengan kita juga”
fikirnya. Akhirnya, dia
terlena.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

Murai terkejut
mendengar satu
letupan dan terbang
ke dahan yang lain.
Dia ternampak
seorang pemburu
membawa sepucuk
senapang. Selepas
pemburu itu pulang,
Murai menyapa
Kerengga.

“Oh saudara
Kerengga. Aku ada
nampak seorang
pemburu tadi. Dia
telah memarahi
kau,” kata Murai.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

“Ya lah. Selepas kita
berpisah tadi, aku
ternampak seorang
pemburu sedang
menudingkan
senapangnya hendak
menembak kau.
Belum sempat dia
melepaskan
tembakan, aku
merangkak dan terus
menggigit betis
pemburu sekuat-
kuatnya. Dia
terperanjat lalu
senapangnya meletup
tanpa arah,” kata
Kerengga.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

“Apabila dia cuba
hendak menepis aku,
aku sudah tiada di
situ lagi,” cerita
Kerengga.

“Aduhai saudara
Kerengga. Nasib baik
kau menggigit
pemburu itu. Kalau
tidak, sudah pasti aku
kena tembak. Aku
terhutang budi pada
kau saudara
Kerengga. Kau telah
menyelamatkan
nyawaku,” kata
Murai.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

“Eh, saudara Murai.
Kau jangan lupa kau
juga telah
menyelamatkan
nyawaku. Oleh itu,
kau tidak terhutang
budi padaku.
Sebelum ini, aku yang
terhutang budi pada
kau. Sekarang, aku
berasa senang hati
kerana aku dapat
menolong kau juga,”
kata Kerengga.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

“Ya tak ya juga.
Memang ada baik
kita tolong-menolong
seperti ini,” kata
Murai.

“Ya, memang
betul. Kita sama-sama
ikhlas. Kita berdua
tetap akan
bersaudara seumur
hidup. Selamat
tinggal,” kata
Kerengga.

“Selamat jalan.
Salam sejahtera,”
kata Murai.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

PENGAJARAN


Maksud: Hubungan yang
baik dan saling tolong-
menolong antara satu
dengan lain.

ARENA BOOKS ENTERPRISE

NURUL IMAN RAZALI


Click to View FlipBook Version