The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Minda Perlis Edisi Julai-September 2023 Keluaran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Unit Pengurusan Korporat & Integriti, SUK Perlis, 2023-10-08 23:29:08

Minda Perlis Edisi Julai-September 2023

Minda Perlis Edisi Julai-September 2023 Keluaran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

1 Edisi Julai - September 2023 1 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Majlis Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis Tahun 1444H/ 2023M Majlis Perasmian Sesi Penilaian Aspiring Perlis Geopark Ke Arah Penarafan Kebangsaan


ANDA PEGAWAI SUK PERLIS & SUKA MENULIS? Hantarkan artikel anda untuk penilaian, jika terpilih artikel anda dimuatkan di dalam Minda Perlis. Minda Perlis boleh dihubungimelalui: Setiausaha Bahagian, Unit Pengurusan Korporat & Integriti (UPKI) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Aras 2, Blok B, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis, Persiaran Wawasan, 01000 Kangar, Perlis Tel : 04-9731800 Faks : 04-9738875 Emel : [email protected] 2 Sidang Redaksi PENAUNG PENASIHAT KETUA PENYUNTING PENYUNTING PENYELARAS SUSUN ATUR & GRAFIK FOTOGRAFI YB Dato' Yusran Shah bin Mohd Yusof YBrs. Dr. Faizal bin Kamarudin Encik Ahmad Ibrahim bin Mohd Tayib Puan Nur Adila binti Hamdan Puan Siti Juriana binti Said Puan Nur Adila binti Hamdan 1. Encik Mohd Nazreen bin Noor 2. Encik Mohd Taufik bin Abdul Talib 3. Encik Mohamad Azri bin Azmi MINDA PERLIS adalah terbitan berkala Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (PSUKPs) yang diedarkan secara percuma kepada masyarakat untuk menyampaikan maklumat dan berita terkini berkaitan Pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan Kerajaan Negeri Perlis khasnya. Minda Perlis | Julai - September 2023 Kandungan SUKPerlisOfficial Majlis Pelancaran Liga Super Perlis 2023 dan Majlis Penyerahan Insentif Kemenangan Atlet Negeri Perlis Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Fasiliti Pengeluaran di CVIA Perlis Majlis Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis Tahun 1444H/ 2023M Majlis Perasmian Tapak Campervan Jati Stesen Penyelidikan FRIM Perlis Artikel Perlis Geopark Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan & Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Perlis Tahun 2023 Mesyuarat Ketiga Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Perlis Ke-15 The North Wall 2.0 : Find A Higher Grade Rock Climbing Competition Di Bukit Keteri Majlis Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perlis Tahun 2023 Majlis Perasmian Sesi Penilaian Aspiring Perlis Geopark Ke Arah Penarafan Kebangsaan ‘Walkabout’ YAB Menteri Besar Perlis ke Pasar Tani Kekal FAMA Simpang Empat Sesi Libat Urus Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Bersama Penjawat Awam Negeri Perlis ‘Plogging Santai’ World Clean Up Day (WCD 2023) SUK Perlis Majlis Perasmian Festival Kraf Utara 2023 Dalam Merancakkan Rantaian Sektor Pelancongan Di Negeri Perlis Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Kebangsaan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Perlis (HPPNPs) 2023 Lensa Sambutan Bulan Kebangsaan 2023 3 4 5 6 7 8 9 11 12 14 16 17 18 19 20 21 22


Sumber : Unit Pengurusan Korporat & Integriti 3 Majlis turut meraikan kejayaan 13 atlet Negeri Perlis yang mewakili negara pada Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN Kemboja 2023 dengan penyerahan insentif. Semoga dengan ganjaran ini menjadi motivasi dan semangat kepada para atlet untuk terus mengatasi cabaran dan mencapai kejayaan yang lebih tinggi. Minda Perlis | Julai - September 2023 KANGAR, 16 Julai 2023 – YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis bersama YB Dato’ Yusran Shah bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah hadir ke majlis ini. Liga ini mendapat pengiktirafan daripada Amateur Football League sebagai satu liga setaraf liga M5. Liga ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Perlis dengan kerjasama Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) dan dikelolakan oleh Majlis Sukan Negeri Perlis. Sebanyak 14 pasukan dari seluruh Negeri Perlis akan menyertai edisi kali ini yang akan dibahagikan kepada kumpulan A dan Kumpulan B. Pelancaran ini adalah bagi memperkenalkan pasukan dan undian kumpulan. Liga Bolasepak Perlis telah dijenamakan semula menjadi Liga Super Perlis 2023 dan akan berlangsung pada Julai 2023 hingga September 2023. Syabas & Tahniah Wira & Wirawati Negara


CHUPING, 18 Julai 2023 – Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) telah menandatangani Perjanjian Pembangunan bersama Kerajaan Negeri Perlis pada 6 Oktober 2022 dan akan membangunkan fasiliti pengeluaran kilang elektronik di atas empat (4) plot Kawasan Perindustrian Lembah Chuping CVIA secara berfasa. Projek ini akan bermula pada Julai 2023 dan dijangka akan memperuntukkan masa setahun untuk siap dengan anggaran peluang pekerjaan yang akan diwujudkan sebanyak 150 peluang pekerjaan. Projek ini akan dapat merancakkan lagi pembangunan ekonomi dan pelaburan Negeri Perlis serta menyumbang kepada limpahan ekonomi secara positif khususnya kepada rakyat Negeri Perlis. DYMM Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berangkat menyaksikan Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Fasiliti Pengeluaran Kilang Elektronik Di CVIA. Hadir bersama adalah YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis, YB Dato’ Yusran Shah bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis dan YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (AMMKN), YBhg. Dato' Ishak bin Haji Mohamed, Naib Presiden Eksekutif MRCB, Encik Kwan Jooh Hoe, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan MRCB dan Encik Haris Kader Sultan, Ketua Eksekutif NCIA. Majlis turut dihadiri oleh YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), YBrs. Dr. Faizal Kamarudin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan), Puan Puteh Soraya binti A. Rahman, Setiausaha Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis, Pengarah-pengarah MRCB, Pengarah Jabil Circuit Sdn Bhd, Ketua- ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan serta Pegawai-Pegawai Kanan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis. Minda Perlis | Julai - September 2023 Projek Projek Pembangunan Fasiliti Pengeluaran Majlis Pecah Tanah di Perlis


Sumber : Unit Pengurusan Korporat & Integriti 3 KANGAR, 20 Julai 2023 – Majlis yang bertemakan 'Perpaduan Teras Malaysia MADANI', membawa maksud pencapaian kemajuan negara yang holistik dalam aspek kebendaan, pemikiran dan kerohanian. Majlis telah berlangsung pada jam 9.00 pagi di Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Kangar dan telah disempurnakan oleh DYMM Pemangku Raja Perlis, Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail serta DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Baginda bertitah agar sikap bertoleransi, saling memaafkan dan santun hendaklah dibudayakan. Setiap warga negeri ini juga hendaklah sentiasa berusaha mencapai keharmonian, walaupun wujud kepelbagaian latar belakang. Baginda turut berkenan mengurniakan Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1445H/ 2023M kepada YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Haji Ariffin Mohd Yusuf, Pengasas dan Pengarah Urusan Primabumi Sdn. Bhd. Antara pendirian hidup beliau adalah tiada jalan pintas dalam mengejar kejayaan selain daripada usaha secara bersungguh-sungguh serta perlu sentiasa mengutamakan ketelitian dan kesempurnaan dalam setiap apa yang dilakukan. Majlis Minda Perlis | Julai - September 2023 YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli dan isteri serta Dato’ Yusran Shah bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah menghadiri majlis ini bersama YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis dan isteri, YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri dan isteri, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis serta pasangan, YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), YBrs. Dr. Faizal bin Kamarudin, Timbalan etiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan), serta ketua-ketua jabatan Negeri Perlis. Perpaduan Teras Malaysia MADANI


8 8 8 Majlis Perasmian Stesen Penyelidikan FRIM Perlis Sumber : Unit Pengurusan Korporat dan Integriti Minda Perlis | Julai - September 2023 Pelancongan MATA AYER, 27 Julai 2023 – YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis telah menghadiri Majlis Perasmian Frim Research Tourism Facility (SFF) Mata Ayer Perlis. Hadir bersama YB Dato' Yusran Shah bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, YB Ahli Parlimen, YB Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis dan YB Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis. Majlis diadakan bagi mempromosikan beberapa kemudahan pelancongan dan bengkel rekreasi yang baharu dibina di SPF Perlis kepada Kerajaan Negeri, Agensi dan Jabatan Kerajaan, universiti serta orang ramai untuk dikunjungi bagi menjalankan aktiviti riadah. Antara kemudahan pelancongan adalah Chalet Kesinai, Jejak Chenderai dan Tapak Campervan Jati. FRIM menawarkan pakej aktiviti mendaki dan mendaki kanopi untuk mereka yang bermalam. Kesemua aktiviti berasaskan ekopelancongan alam sekitar ini dapat memberikan kepuasan dan pendidikan alam sekitar kepada pengunjung. Sebuah bengkel bergerak telah dibina dan akan digunakan sebagai pusat latihan komuniti untuk penghasilan produk kayu jati yang bernilai tinggi. Ini secara langsung dapat mempromosikan produk kayu jati berkualiti tinggi Perlis ke peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Turut hadir adalah YBrs. Dr Ismail bin Hj. Parlan, Ketua Pengarah FRIM, Encik Awang Shaffie Bin Awang Ahmadni, Pengarah Jabatan Hutan Negeri Perlis, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan Perlis, Setiausaha Bahagian Pejabat Kerajaan Negeri Perlis dan wakil-wakil jabatan yang terlibat.


7 Perlis Geopark merangkumi keseluruhan Negeri Perlis yang merupakan negeri paling utara di bahagian pantai barat Semenanjung Malaysia iaitu pada kedudukan 6° 15” N hingga 6° 45” N dan 100° 5” E hingga 100° 25” E. Luas kawasan Perlis Geopark ialah 1,001 kilometer persegi. Keluasan kawasan projek geopark ini meliputi keseluruhan tanah daratan Negeri Perlis seluas 819 kilometer persegi dan kawasan luar pantai seluas 182 kilometer persegi (3 batu nautika daripada garis pantai). Geopark ini terletak di bahagian paling utara Semenanjung Malaysia, bersempadan dengan negara Thailand di bahagian utara, dan dengan negeri Kedah di bahagian selatan. Wilayah Satun yang bersempadan dengan Perlis Geopark merupakan geopark bertaraf global yang dikenali sebagai Satun UNESCO Global Geopark, dan di barat Perlis Geoaprk terdapat satu lagi geopark global iaitu Langkawi UNESCO Global Geopark. Artikel Minda Perlis | Julai – September 2023


Sumber : Unit Pengurusan Korporat dan Integriti 9 “Tekad Perpaduan Penuhi Harapan” KANGAR, 6 Ogos 2023 – YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis dan isteri telah hadir merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Perlis 2023 bertempat di Denai Larian Pengkalan Asam, Kangar. Hadir bersama adalah YB Dato’ Yusran Shah bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Rus’sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, YBrs. Tuan Haji Mohd Nazim bin Mohd Noor, CEO MAIPs, YB Exco-Exco Kerajaan Negeri Perlis dan YB ADUN Perlis. “Tekad Perpaduan Penuhi Harapan” adalah tema yang telah dipilih untuk sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini. Tema ini mendasari tekad pemimpin bersama rakyat untuk memastikan Malaysia sebagai sebuah negara pelbagai bangsa yang mempunyai semangat perpaduan yang tinggi, bersatu-padu, aman dan sejahtera. Kempen kibar Jalur Gemilang dimulakan dalam pelancaran bagi meningkatkan semangat kenegaraan dalam kalangan masyarakat Negeri Perlis. YAB Menteri Besar Perlis menyeru kepada seluruh rakyat di Negeri Perlis untuk bersama-sama menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan pada bulan Ogos ini dengan mewarnai setiap premis dengan kibaran Jalur Gemilang bagi mencerminkan rasa cintakan tanah air. Beliau telah melepaskan konvoi kenderaan Kempen Kibar Jalur Gemilang yang disertai pelbagai kaum dan peringkat umur. Konvoi ini telah mengelilingi seluruh pelosok Negeri Perlis dalam menyemarakkan lagi Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang. Selain itu, YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan) dan YBrs. Dr. Faizal bin Kamarudin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan), Setiausaha-Setiausaha Bahagian, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Wakil - wakil Jabatan dan pelbagai lapisan rakyat Negeri Perlis turut hadir pada majlis ini. Peringkat Negeri Perlis 2023 & Kempen Kibar Jalur Gemilang Bulan Kebangsaan Majlis Pelancaran Minda Perlis | Julai - September 2023 Merdeka


Sumber : Unit Pengurusan Korporat & Integriti 13 KANGAR, 8 Ogos 2023 – Mesyuarat Ketiga, Penggal Persidangan Pertama, Dewan Undangan Negeri Perlis Ke-15 berlangsung selama dua (2) hari bermula dari 8 hingga 9 Ogos 2023 bagi membahaskan pelbagai isu serta masalah rakyat di Negeri Perlis. Persidangan ini disertai oleh YAB Menteri Besar Perlis, YB Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis serta semua Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis. Turut hadir bersama adalah YB Dato’ Yusran Shah bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, Ketua-Ketua Jabatan serta Pegawai-Pegawai Kanan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. MESYUARAT KETIGA PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PERLIS KE-15 Sidang Minda Perlis | Julai – September 2023


Banjaran Nakawan adila sept2023 Ayuh kita terokai pengalaman unik menyusuri Tasik Timah Tasoh, Padang Besar, Perlis. dengan bot pelancong. Pasti ramai yang teruja menyaksikan panorama yang mempesonakan. Disini juga lokasi syurga kaki pancing. Minda Perlis | Julai - September 2023 Destinasi


Sumber : Unit Pengurusan Korporat dan Integriti 8 8 8 BUKIT KETERI, 20 Ogos 2023 – DYMM Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berangkat bagi merasmikan Majlis Penutupan The North Wall 2.0: Find A Higher Grade (Rock Climbing Competition) di Bukit Keteri. Turut berangkat bersama anakanda baginda YAM Sharifah Farah Adriana Jamalullail, Penaung HerMission House. Hadir bersama adalah YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis, YB Tuan Rus'sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Dato’ Yusran Shah bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis dan Encik Zulhelmi bin Zakaria, Wakil Ketua Setiausaha, Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya (MOTAC). Program ini dianjurkan oleh Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya (MOTAC) Negeri Perlis dengan Kerjasama HerMission House Extreme Sport Club dan North Face Malaysia melalui Bantuan Kewangan Jawatankuasa Penilaian Acara Sektor Pelancongan (JPASP) MOTAC bagi tahun 2023. Melalui penganjuran ini, industri pelancongan berteraskan sukan secara tidak langsung akan meninggalkan impak positif terhadap sektor pelancongan di negeri ini. Penyertaan peserta dari dalam dan luar negara akan membuka mata pengunjung untuk menikmati keunikan dan keindahan yang dimiliki negeri ini. Acara seumpama ini akan membuka peluang kepada pihak-pihak yang terlibat untuk menganjur pelbagai acara yang dilihat mampu menjadi pelengkap dan pemangkin dalam usaha untuk memajukan sektor pelancongan. Program Minda Perlis | Julai – September 2023 The North Wall 2.0: Find A Higher Grade Di Bukit Keteri Sumber : Unit Pengurusan Korporat & Integriti


Sumber : Unit Pengurusan Korporat & Integriti Majlis 16 KANGAR, 30 Ogos 2023 – DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis telah berkenan berangkat ke Majlis Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perlis Tahun 2023. Turut hadir bersama YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis, YB Tuan Rus’sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Dato’ Yusran Shah bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Ahli-Ahli Parlimen Negeri, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis dan YB Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis. Majlis dimeriahkan dengan Persembahan Tarian dari Pelajar Sekolah, Penampilan Khas Artis, Persembahan Artis Tempatan, Tarian Perang Orang Asli Senoi Praaq, Persembahan Brass Band UiTM Perlis, Persembahan Koir dan Persembahan Seni Mempertahankan Diri. Pada malam itu juga, terdapat persembahan istimewa yang dibawakan khas untuk rakyat Perlis iaitu pertunjukan dron yang dikoreografikan menggunakan sebanyak 350 dron serta teknologi ‘Drone Light Show’, perbarisan dan perarakan yang melibatkan 59 kontinjen dari pelbagai agensi Kerajaan dan swasta serta perarakan berkuda dan kontinjen GRAB bermotosikal. Majlis ini diakhiri dengan laungan Ambang Merdeka serta menaikkan Jalur Gemilang dan Nyanyian Lagu Negaraku tepat jam 12.00 tengah malam. Majlis Minda Perlis | Julai - September 2023 Merdeka Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan


Sumber : Unit Pengurusan Korporat & Integriti Merdeka Minda Perlis | Julai – September 2023


Sumber : Unit Pengurusan Korporat & Integriti KANGAR, 4 September 2023 – Majlis ini merupakan simbolik kepada Sesi Penilaian Aspiring Perlis Geopark Ke Arah Penarafan Kebangsaan yang akan berlangsung pada 4 September hingga 7 September 2023. Majlis telah dirasmikan oleh YB Megat Hashirat bin Hassan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Geopark Perlis. Turut hadir bersama adalah YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, YBrs. Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), YBrs, Dr. Faizal bin Kamarudin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan), Pegawai-Pegawai Kanan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis serta NGO-NGO yang terlibat. Dalam majlis ini, YBrs. Dr. Puteh Soraya binti A. Rahman, Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis telah membentangkan berkaitan Sesi Penilaian Aspiring Perlis Geopark Ke Arah Penarafan Kebangsaan. Seterusnya, Puan Nor Susila binti Mohd Said, Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Mineral Geosains (GMG) turut membentangkan peranan GMG dalam menjayakan Perlis Geopark. Pameran Geopark Perlis turut dipamerkan pada majlis tersebut. Minda Perlis | Julai - September 2023 Majlis


15 Destinasi Minda Perlis | Julai – September 2023 adila ogos 2023


Sumber : Unit Pengurusan Korporat & Integriti KANGAR, 14 September 2023 – YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis hadir ke program ‘Walkabout’ YAB Menteri Besar Perlis Ke Pasar Tani Kekal FAMA Simpang Empat, Perlis Sempena Kempen Nat Bebas Sampah Negeri Perlis. Turut hadir bersama adalah YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, YB Tuan Fakhrul Anwar bin Ismail, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (Kerajaan Tempatan) dan YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis. Kempen Nat Bebas Sampah ini diadakan adalah bagi menyelaras matlamat yang ingin dicapai Kerajaan Negeri di bawah Agenda Perlis Bersih Sihat (2021-2025) iaitu memupuk kesedaran kepada orang ramai khususnya kepada para peniaga di pasar pagi/ pasar malam untuk meningkatkan aspek penjagaan kebersihan di kawasan/ lot/ petak niaga masing-masing sebelum, semasa dan selepas menjalankan aktiviti perniagaan. Melalui program ini, semua pihak dilihat perlu memberi kerjasama bagi meningkatkan kualiti alam sekitar dan kebersihan di Negeri Perlis. Para peniaga digalakkan untuk menggunakan beg plastik jenis terbiodegradasi (biodegradable) yang lebih mudah dilupuskan. Aspek kebersihan di kawasan pasar pagi dan tempat-tempat makan ini perlu dipertingkatkan lagi oleh peniaga dan pemilik premis sejajar dengan Kempen Pembudayaan Kebersihan dan Peningkatan Standard Perkhidmatan Perniagaan Makanan Negeri Perlis yang telah Kerajaan Negeri adakan. Tempat makan yang bersih dan selesa boleh menjadi tarikan kepada pelancong sebagai persediaan ke arah Tahun Melawat Perlis 2024-2025 (TMP 2024-2025). Hadir bersama adalah Encik Mohd Sharizan bin Mansor, Pengarah FAMA Negeri Perlis, Encik Shamsuharizal bin Basir, Pengarah SWCorp Negeri Perlis, Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan dan Setiausaha Bahagian Pentadbiran Daerah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis serta wakil-wakil Jabatan Negeri yang terlibat. ‘Walkabout’ YAB Menteri Besar Perlis Ke Pasar Tani Kekal FAMA Simpang Empat Minda Perlis | Julai - September 2023 Program


Majlis Minda Perlis | Julai – September 2023 KANGAR, 22 September 2023 – Jabatan Perkhidmatan Awam dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah mengadakan Sesi Libat Urus Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Berhubung Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Bersama Dengan Penjawat Awam Negeri Perlis. Sesi ini telah dihadiri oleh YBrs. Encik Abdul Majid bin Mat, Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar, Jabatan Perkhidmatan Awam. Sesi ini bertujuan bagi mendapatkan cadangan dan input penambahbaikan ke arah pembangunan sistem saraan yang mampan dan berdaya saing. Ia susulan keputusan mesyuarat JKK-PPA yang telah dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri telah memutuskan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia akan melaksanakan kajian sistem saraan perkhidmatan awam. Pada sesi ini, Encik Faizal Azmir bin Abd Rashid, Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar, Jabatan Perkhidmatan Awam telah membentangkan tentang Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam. Sumber : Unit Pengurusan Korporat & Integriti Turut hadir dalam sesi libat urus ini adalah YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, YBrs. Dr. Faizal bin Kamarudin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan), Encik Azhar bin Abdul Aziz, Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Perjawatan dan Organisasi JPA serta Pegawai-Pegawai Kanan JPA. PENJAWAT AWAM NEGERI PERLIS


4 Program dimulakan dengan aktiviti senamrobik. Pelepasan peserta disempurnakan oleh YB Tuan Fakrul Anwar bin Ismail, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (Kerajaan Tempatan) di Perkarangan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis. Aktiviti pembersihan di sekitar Geotapak Bukit Lagi/ Taman Awam Bukit Lagi dan Taman Bunga Kertas secara santai ini telah melibatkan sejumlah 120 kakitangan daripada bahagian dan jabatan di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis, MPK dan SWCorp. Sejumlah 113.35kg. sampah yang terdiri daripada plastik, kertas, tekstil/ fabrik, kaca/ seramik, besi, kulit, e-waste, puntung rokok, pelitup muka dan lain-lain sisa telah dikumpulkan dalam tempoh 1 jam. Minda Perlis | Julai - September 2023 Program Sumber : Unit Pengurusan Korporat & Integriti KANGAR, 19 September 2023 – Program World Clean Up Day 2023 merupakan acara tahunan melibatkan aktiviti pembersihan kawasan secara serentak di seluruh negara bermula pada 16 September hingga 24 September 2023. Pejabat Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis melalui Bahagian Kerajaan Tempatan (BKT) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dan SWCorp Perlis telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Program 'Plogging' Santai World Clean Up Day 2023 (WCD 2023) SUK Perlis di Geotapak Bukit Lagi/ Taman Bukit Lagi, Kangar.


Sumber : Unit Pengurusan Korporat & Integriti FESTIVAL KRAF UTARA 2023 Di Negeri Perlis Dalam Merancakkan Rantaian Sektor Pelancongan Majlis Perasmian Bertemakan “Ini Kraf Malaysia” dan berkonsepkan membudayakan Seni Kraf Malaysia menjadi pemangkin kepada usahawan kraf untuk mempromosikan pemasaran produk secara fizikal kepada pengunjung yang hadir. Pemilhan Negeri Perlis sebagai Tapak Festival Kraf Utara bersesuaian dengan perancangan Kerajaan Negeri Perlis dalam mempromosikan Tahun Melawat Perlis (TMP) 2024-2025. Penyampaian sijil penyertaan telah disampaikan kepada 11 orang peserta Makmal Pembangunan dan Pengeluaran Produk Kraf Batik tanah liat di bawah Projek Pembangunan Kemahiran Komuniti (PPKK) Kangar. Hadir bersama adalah YB Puan Wan Badariah binti Saad, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (Pelancongan, Kebudayaan, kesenian dan Warisan), YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Tuan Zakri bin Hassan, Ahli Perlimen Kangar, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, YBrs. Puan ‘Ainu Sham binti Haji Ramli, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, YBrs. Encik Abdul Halim bin Ali, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Kraftangan Malaysia, Encik Mohd Shahrir bin Mohamad Ramli, Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan serta Para Usahawan Kraf Negeri Perlis. KANGAR, 23 September 2023 – Festival kraf yang dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia dan julung kali diadakan di Negeri Perlis bersempena musim menuai padi pada bulan September dengan melibatkan gabungan kerjasama Negeri Kedah, Langkawi, Pulau Pinang dan Perak telah dirasmikan oleh YBhg.Dato' Roslan bin Tan Sri Abdul Rahman, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Turut hadir adalah YB Dato’ Yusran Shah bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. Festival ini diadakan bagi mempromosi dan mengkomersialkan produk kraf tempatan kepada penduduk setempat serta pelancong yang berada di Perlis dan negeri berhampiran disamping meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat terhadap Kraf Malaysia. Festival berlansung pada 22 September hingga 1 Oktober 2023 di Kompleks Kraftangan Cawangan Perlis. Majlis Minda Perlis | Julai – September 2023


KANGAR, 24 September 2023 – Sambutan Hari Sungai Sedunia (HSS) tahun 2023 yang bertemakan “Alur Air Dalam Komuniti (Waterways in Our Communities)” bertujuan meningkatkan kesedaran dan rasa tanggungjawab semua pihak mengenai kepentingan untuk menjaga, memelihara dan melestarikan sungai-sungai di Malaysia. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Sri Huang Tiong Sii, Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim. Turut hadir adalah YB Dato’ Yusran Shah bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. Program ini dianjurkan oleh Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah diadakan di Pasar Terapung, Perlis. Program yang julung kali diadakan ini bertujuan untuk menjaga kelestarian sungai sebagai salah satu sumber khazanah negara dengan memastikan penglibatan segenap lapisan masyarakat yang akan dinikmati oleh generasi akan datang secara berterusan. Sumber : Unit Pengurusan Korporat & Integriti Minda Perlis | Julai - September 2023 Program Antara aktiviti yang diadakan adalah Senamrobik, Derma Darah dan Saringan Kesihatan, Pertandingan Memancing, Pertandingan Treasure Hunt, Pertandingan RC Boat, Pertandingan Mengagau Ikan, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Kayak dan Kayuhan Basikal. Juga hadir adalah YB Tuan Megat Hashirat bin Hassan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (Alam Sekitar, Bioteknologi & Teknologi Hijau), YBhg. Dato' Haji Rosli bin Isa, Ketua Setiausaha NRECC, YBrs. Dr. Ching Thoo A/L Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembetungan) NRECC, YBhg. Mejar (Kehormat) Dato' Ir. Dr. Hj. Ahmad Anuar bin Othman, Ketua Pengarah, Jabatan Pengiraan dan Saliran Malaysia, YB Tuan Zakri bin Hassan, Ahli Perlimen Kangar, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, Encik Ir. Mahidi bin Mahamood, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perlis serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan. di Perlis


Sumber : Unit Pengurusan Korporat & Integriti 4 Program Minda Perlis | Julai – September 2023 HPPNPs adalah kesinabungan manifestasi penghargaan ke atas jasa serta peranan besar golongan peladang, penternak dan nelayan di Negeri Perlis. Antara aktiviti yang telah diadakan adalah Jualan dari Peladang Outlet, Jualan Beras oleh Bernas, Jualan Produk Industri Asas Tani Cabutan Bertuah, pameran haiwan, pameran jabatan/ agensi dengan khidmat nasihat perniagaan, pertandingan-pertandingan kepada pengunjung dan pelbagai acara. YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis telah hadir merasmikan Majlis Perasmian Penutup HPPNPs yang telah diadakan pada 1 Oktober 2023 jam 3.00 petang. Dalam majlis ini, beliau telah menyampaikan anugerah kepada para peladang, penternak dan nelayan yang berjaya di Negeri Perlis KANGAR, 1 Oktober 2023 – Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Perlis (HPPNPs) pada tahun ini telah berlangsung daripada 29 September hingga 1 Oktober 2023 bertempat di Perkarangan Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar. Tahun 2023


9 2023 Minda Perlis | Julai - September 2023 Lensa Sumber : Unit Pengurusan Korporat dan Integriti


Minda Perlis | Julai – September 2023


24 Terokai Keunikan GUA KELAM Gua Kelam adalah antara tarikan percutian yang terkenal dan gua batu kapur yang tercantik di Malaysia. Di dalam gua ini terdapat terowong semula jadi sepanjang 370 meter. Jambatan gantung di dalamnya diperbuat daripada kayu selebar lapan kaki yang mengubungkan Kaki Bukit ke Wang Tangga. Jambatan ini menjadi tarikan utama pengunjung bagi meneroka Gua Kelam. Gua Kelam dinamakan sempena keadaan dan kedudukannya di kaki bukit dengan suasana kelam yang sentiasa menyelubungi gua ini. Lokasi gua ini terletak berhampiran pekan kecil Kaki Bukit di utara Semenanjung Malaysia yang bersempadan Negara Thailand dengan jarak kira-kira 33 kilometer dari Kangar, Perlis. Ia ditemui pada tahun 1935 oleh seorang rakyat Inggeris yang menemui aliran air jernih yang mengalir ke Sungai Perlis di dalam gua yang boleh digunakan untuk memindahkan bijih besi dari lombong berhampiran.


Click to View FlipBook Version