Edisi Oktober 2021 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis
Penemuan Lawatan Kerja
Tengkorak YB Menteri
Prasejarah KPKK
dan Lukisan Purba Ke Negeri Perlis
Negeri Perlis
Minda Perlis | Oktober 2021
Sidang Kandungan
Redaksi
PENAUNG YB Tuan Azman Mohd Yusof Hari Sukan Negara 3
Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis
KETUA En. Ahmad Ibrahim Mohd Tayib Lawatan Kerja YB Menteri Perusahaan
Perladangan Dan Komoditi (KPKK) Ke Ladang 5
PENYUNTING Kenaf, Chuping, Perlis
PENYUNTING Pn. Nursyuhada’ Binti Abdullah Lawatan Kerja Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam 6
(PAC) Negeri Perlis
PENYELARAS En. Ali Hadi Bin Abu Hanifah
SUSUN ATUR Cik Nur Syafiqah Binti Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 7
Kamarudzaman
FOTOGRAFI Bengkel pemantapan dan pemurnian pelan 8
& GRAFIK 1. En. Mohd Irwan Bin Ismail strategik agenda perlis bersih sihat
2. En. Mohd Nazreen Bin Noor (2021-2025)
Jiwa Integriti 9
PENYUMBANG ARTIKEL Sekitar Hari Sukan Negara 10
1. Unit Pengurusan Korporat & Integriti (UPKI) Galeri Pelancongan 12
2. Majlis Sukan Negeri Perlis (MSN)
3. Bahagian Dewan Undangan Negeri & Majlis Poster Kesihatan 15
Mesyuarat Kerajaan (DUNMMK) Poster Psikologi 16
4. Unit Pengurusan Psikologi Bahagian
Pengurusan Sumber Manusia (BPSM)
Etika Mesyuarat Atas Talian 17
Tengkorak Prasejarah dan Lukisan Purba 18
Negeri Perlis
Info 20
ANDA PEGAWAI SUK PERLIS & SUKA MENULIS? Hantarkan MINDA PERLIS adalah terbitan berkala Pejabat Setiausaha
artikel anda untuk penilaian, jika terpilih artikel anda dimuatkan di Kerajaan Negeri Perlis (PSUKPs) yang diedarkan secara percuma
dalam Minda Perlis kepada masyarakat untuk menyampaikan maklumat dan berita
terkini berkaitan Pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Minda Perlis boleh dihubungi melalui: Perlis dan Kerajaan Negeri Perlis khasnya
Setiausaha Bahagian 2
Unit Pengurusan Korporat & Integriti (UPKI)
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis
Aras 2, Kompleks Dewan Undangan Negeri,
Persiaran Wawasan, 01000 Kangar
Tel : 04-9738800 Faks : 04-9738875
Emel : [email protected]
SUKPerlisOffici
Sorotan Minda Perlis | Oktober 2021
HARI SUKAN NEGARA 2021
Oleh : Majlis Sukan Negeri Perlis
Hari Sukan Negara (HSN) 2021 disambut pada 8 Oktober 3
telah dilaksanakan secara hibrid disebabkan oleh pandemik
COVID-19. Sambutan HSN 2021 ini merupakan inisiatif
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam proses
transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia
sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Seiring
dengan tujuan itu, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis
(PSUKPs) telah mengambil inisiatif untuk turut menjalankan
aktiviti sempenana HSN yang telah berlangsung selama 3
hari bermula 8 hingga 10 Oktober 2021 yang lalu.
Pada sambutan kali ini pelbagai aktiviti yang telah dijalankan
antaranya ialah Klinik Sukan Boling Padang dan Klinik Sukan
Petanque yang berlangsung pada 8 Oktober 2021 yang
masing-masing diadakan di Gelanggang Boling Padang,
Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra dan di Dewan Orang
Ramai, Kampung Desa Permai, PPRT Tok Kuning.
Seterusnya, pada 9 Oktober 2021 telah diadakan Perlawanan
Percubaan Petanque Double Terbuka yang melibatkan
penyertaan komuniti Kampung Desa Permai di Arena
Petanque, Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra. Seramai 32
orang peserta terdiri daripada penduduk-penduduk kampung
tersebut telah menyertai pertandingan yang diadakan.
Perlawanan Percubaan Boling Padang antara Kelab Sukan
dan kebajikan PSUKPs juga telah diadakan melibatkan
penyertaan seramai 32 orang kakitangan daripada semua
bahagian di PSUKPs.
Gambar : Majlis Sukan Negeri Perlis
Pejabat YAB Menteri Besar Perlis
Minda Perlis | Oktober 2021 Program
Pertandingan tersebut diungguli oleh gabungan
kakitangan Bahagian Pentadbiran Daerah dan Unit Audit
Dalam. YAB Menteri Besar turut berkesempatan hadir ke
tapak pertandingan menyaksikan perlawanan dan
memberi sokongan kepada peserta. Pada 10 Oktober
telah berlangsung program sukan multilateral yang telah
diadakan di Dewan Rakan Sukan, Kompleks Sukan
Tuanku Syed Putra dengan penyertaan seramai 25 orang
kanak-kanak. Program ini bertujuan untuk melatih
pergerakan asas sukan dan membetulkan motor
pergerakan kanak-kanak.
Pelaksanaan HSN peringkat Negeri Perlis memberi
impak yang positif terutamanya dalam kalangan peserta
yang mengambil bahagian setelah tidak dapat bersukan
secara fizikal disebabkan Pandemik COVID-19. Program
yang dijalankan juga merupakan “pilot project” Majlis
Sukan Negeri Perlis (MSNPs) kearah mempromosikan
Hari Sukan Perlis yang akan diadakan setiap Hari Ahad
pada tahun hadapan dengan pendekatan yang inklusif
dan berkesan. Semoga rakyat negeri ini terus
mengamalkan aktiviti bersukan dan sihat sepanjang
masa.
4
Program Minda Perlis | Oktober 2021
Lawatan Kerja YB Menteri
Perusahaan Perladangan Dan
Komoditi (KPKK) Ke Ladang
Kenaf, Chuping, Perlis
20 Oktober.2021 YB Datuk Hajah
Zuraida Kamaruddin Menteri
Perusahaan Perladangan dan
Komoditi (KPKK) telah mengadakan
lawatan kerja ke Ladang Kenaf,
Chuping, Perlis.
Lawatan kerja ini diiringi oleh YB
Tuan Nurulhisham bin Yaakob, selaku
AMMK Pertanian & Industri Asas
Tani, Perusahaan Perladangan &
Komoditi. Turut serta Ahli-Ahli Majlis
Mesyuarat Kerajaan dan pegawai-
pegawai kanan Kerajaan Negeri
Perlis.
5
Minda Perlis | Oktober 2021 Program
LAWATAN KERJA
JAWATANKUASA KIRA-KIRA
WANG AWAM (PAC) NEGERI
PERLIS
Oleh: Bahagian Dewan Undangan Negeri & Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (DUNMMK)
12 Oktober 2021, Bahagian Dewan Undangan
Negeri & Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis
(DUNMMK) hari ini telah mengaturkan satu sesi
lawatan kerja Jawatankuasa PAC Perlis ke lokasi-
lokasi pelancongan yang telah dibangkitkan dalam
LKAN 2019 Siri 1 iaitu Rimba Herba Perlis, Pusat
Rawatan Alternatif & Spa, Chalet Bukit Ayer, Taman
Anggur Perlis, dan Pusat Ekuin Perlis.
Turut menyertai sesi lawatan kerja tersebut ialah YB
Dato Hj. Hamdan bin Bahari (Speaker DUN Perlis),
YB Tuan Mohd Shukri bin Ramli (Pengerusi PAC),
YB Tuan Asrul Nizan bin Abd Jalil (Ahli PAC), YB
Tuan Nor Azam bin Karap (Ahli PAC), En. Abd Aziz
bin Che Daud (Pengarah Audit Negara Perlis), dan
Pn. Mawar binti Awang (Setiausaha DUNMMK).
Tujuan lawatan kerja ini diadakan adalah untuk
memberi pendedahan lanjut kepada ahli-ahli PAC
mengenai isu-isu yang telah dibangkit dalam LKAN
2019 Siri 1 serta memantau tindakan pembetulan /
penambahbaikan jabatan hasil daripada teguran-
teguran audit.
Ahli-ahli PAC merakamkan setinggi-tinggi ucapan
syabas dan tahniah kepada Jabatan Perhutanan
Negeri Perlis, Jabatan Pertanian Negeri Perlis dan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perlis atas
usaha-usaha yang telah dilaksanakan untuk
membetulkan isu-isu yang telah dibangkitkan bagi
menambahbaik pengurusan pusat-pusat
pelancongan di Negeri Perlis.
6
Program Minda Perlis | Oktober 2021
8 Oktober 2021 – Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Sila imbas kod QR untuk
(APC) Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis 2020 menyaksikan Majlis Anugerah
telah dilaksanakan secara maya berikutan situasi pandemik Perkhidmatan Cemerlang
Covid -19 yang masih tidak mengizinkan. Majlis ini adalah (APC) Pentadbiran Kerajaan
sebagai penghargaan kepada seluruh penjawat awam di Negeri Perlis
bawah Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis
sepanjang tahun 2020. Majlis ini telah disempurnakan oleh
YAB Menteri Besar Perlis, Dato’ Seri Azlan Man. Turut sama
adalah YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. Seramai 127
orang penerima APC telah diraikan dalam majlis ini.
Tkeaphandiaahsdemiuucaapkan
penerima anugerah
7
Minda Perlis | Oktober 2021 Program
Bengkel Pemantapan Dan Pemurnian
Pelan Strategik Agenda Perlis
Bersih Sihat (2021-2025)
21 Oktober 2021 – Satu Bengkel Pemantapan Dan Pemurnian Pelan
Strategik Agenda Perlis Bersih Sihat telah dianjurkan oleh Bahagian
Kerajaan Tempatan Negeri Perlis. Bengkel ini turut disertai oleh Yang
Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.
8
Integriti Minda Perlis | Oktober 2021
9
Minda Perlis | Oktober 2021 Galeri
Sekitar Hari Sukan Negara 2021
Gambar : Majlis Sukan Negeri Perlis 10
Pejabat YAB Menteri Besar Perlis
Galeri Minda Perlis | Oktober 2021
11
Minda Perlis | Oktober 2021 Pelancongan
Rumah Warisan
Taman Ular Perlis 12
Pelancongan Minda Perlis | Oktober 2021
Tasoh Resort
Tasik Melati
13
Minda Perlis | Oktober 2021 Pelancongan
Pasar Terapung JPS
Tasik Timah Tasoh Sumber: IKBN Kuala Perlis 14
Kesihatan Minda Perlis | Oktober 2021
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
15
Minda Perlis | Oktober 2021 Psikologi
16
Digital Minda Perlis | Oktober 2021
17
Minda Perlis | Oktober 2021 Alam
Dan Lukisan Purba Negeri Perlis 18
Sumber: Jabatan Warisan Negara
14.Oktober 2021 - Penemuan Tengkorak Manusia dan Lukisan
Purba oleh Persatuan Mendaki Perlis baru-baru ini merupakan
fakta baharu dan data penting kepada pembinaan kronologi
sejarah negara yang menjadi bukti kehadiran masyarakat
prasejarah dan protosejarah negeri Perlis.
Satu eksplorasi arkeologi telah dijalankan oleh Jabatan Warisan
Negara (JWN) yang diketuai oleh Pesuruhjaya Warisan, Encik
Mohd. Azmi bin Mohd. Yusof bersama-sama Kerajaan Negeri
Perlis dan Persatuan Mendaki Perlis. Eksplorasi ini bertujuan
melaksanakan pendokumentasian dan inventori tapak bagi
memperoleh data arkeologi terkini tapak di samping
menjalankan survei dengan lebih lanjut sebarang kemungkinan
jumpaan artifak yang masih belum diterokai oleh penyelidik
terdahulu.
Berdasarkan kajian lepas yang telah dibuat di sekitar gua-gua di
Perlis, serpihan rangka dan tengkorak yang dijumpai di Bukit
Keteri boleh dianggarkan sekitar 10,000 hingga 5,000 tahun lalu.
Gua-gua di Perlis terutamanya di kawasan Bukit Chuping, Bukit
Tunku Lembu, Bukit Ngulang, Bukit Kerengga dan Bukit
Changkul telah digunakan sebagai tapak penempatan dan
pengebumian masyarakat paleolitik dan neolitik berdasarkan
jumpaan artifak pelbagai jenis alat batu dan tembikar tanah.
Kawasan ini bukan sahaja didiami oleh masyarakat prasejarah,
malah pernah dihuni oleh masyarakat zaman proto-sejarah di
mana artifak seperti kalam semah (votive tablet) turut ditemui di
kawasan ini.
Alam Minda Perlis | Oktober 2021
Eksplorasi di Gua Semadong pula telah menemukan lukisan
gua zaman proto sejarah yang mempunyai pengaruh Hindu-
Buddha yang dianggarkan sekitar abad kelima hingga abad
kesepuluh masihi.
JWN akan menjalankan ekskavasi dan dokumentasi lukisan
purba di Gua Semadong serta kerja-kerja penyelamatan
tengkorak manusia yang ditemui di Bukit Keteri. JWN juga akan
meneruskan eksplorasi secara menyeluruh ke tapak-tapak yang
berpotensi sebagai kawasan penyelidikan arkeologi Perlis.
Pesuruhjaya Warisan memohon kepada orang ramai agar
mematuhi perundangan Akta Warisan Kebangsaan 2005 (AWK
2005) (Akta 645) dengan melaporkan segera sebarang jumpaan
bersejarah yang dijumpai di Perlis kepada Pegawai Daerah atau
Pesuruhjaya Warisan seperti yang termaktub dalam Seksyen 47
AWK 2005. Pesuruhjaya Warisan memohon kerjasama Pihak
Berkuasa Negeri untuk melindungi tapak tersebut agar kawasan
tersebut dipelihara dan dilindungi serta untuk tujuan dan kajian
lanjut.
19