The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Unit Pengurusan Korporat & Integriti, SUK Perlis, 2023-04-19 22:55:55

Minda Perlis Edisi Januari -Mac 2023

Minda Perlis Edisi Januari -Mac 2023

1 Edisi Januari - Mac 2023 1 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Program EKS PERBAH Tahun 2023 Pesta Angin Timur Perlis 2023


ANDA PEGAWAI SUK PERLIS & SUKA MENULIS? Hantarkan artikel anda untuk penilaian, jika terpilih artikel anda dimuatkan di dalam Minda Perlis. Minda Perlis boleh dihubungi melalui: Setiausaha Bahagian, Unit Pengurusan Korporat & Integriti (UPKI) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Aras 2, Blok B, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis, Persiaran Wawasan, 01000 Kangar, Perlis Tel : 04-9731800 Faks : 04-9738875 Emel : [email protected] 2 Sidang Redaksi PENAUNG KETUA PENYUNTING PENYUNTING PENYELARAS SUSUN ATUR & GRAFIK FOTOGRAFI YB Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad Encik Ahmad Ibrahim bin Mohd Tayib Puan Nur Adila binti Hamdan Puan Siti Juriana binti Said Puan Nur Adila binti Hamdan 1. Encik Mohd Nazreen bin Noor 2. Encik Mohd Taufik bin Abdul Talib 3. Encik Norazmi bin Mohamad Nazri 4. Encik Mohamad Azri bin Azmi MINDA PERLIS adalah terbitan berkala Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (PSUKPs) yang diedarkan secara percuma kepada masyarakat untuk menyampaikan maklumat dan berita terkini berkaitan Pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan Kerajaan Negeri Perlis khasnya. Minda Perlis | Januari - Mac 2023 Kandungan SUKPerlisOfficial Majlis Amanat YAB Menteri Besar Perlis Majlis Amanat Perdana Menteri Bersama Penjawat Awam Negeri Perlis Majlis Pelancaran Menu Rahmah Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022 Kangar Sentral Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu Negeri Perlis – Hab Rangkaian Pengangkutan Awam Pesta Angin Timur Perlis 2023 Majlis Istiadat Perasmian Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Perlis Ke-15 Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Perlis Ke-15 Majlis Perasmian Penutup Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Perlis Tahun 2023M/ 1444H Program ‘Walkabout’ YAB Menteri Besar Perlis ke Nat Behor Lateh Sempena Kempen Nat Bebas Sampah Negeri Perlis Majlis Perasmian Karnival Semarak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sempena Bulan Pertahanan Awam Peringkat Negeri Perlis Tahun 2023 Majlis Infaq Ramadan Tahun 1444H/ 2023M Majlis Hari Bersama Kementerian Sumber Manusia Peringkat Negeri Perlis Tahun 2023 Program EKS PERBAH Tahun 2023 Jiwa Integriti Poster Aduan Poster Pelancongan Sekitar Negeri Perlis 3 4 5 6 7 8 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20


KANGAR, 5 Januari 2023 – Majlis yang berlangsung pada jam 9.30 pagi di Dewan 2020 ini adalah majlis yang bertujuan untuk mendekatkan penjawat awam dengan pemimpin. Intipati utama majlis ini adalah untuk mendengar amanat dan harapan YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis terhadap semua penjawat awam negeri Perlis serta mengikat jalinan semangat dan kebersamaan di antara anggota pentadbiran dan penjawat awam. Majlis Minda Perlis | Januari – Mac 2023 YAB Menteri Besar Perlis Penjawat Awam adalah tonggak utama dalam pentadbiran Kerajaan dan memainkan peranan penting dalam melaksanakan dasar serta pembangunan negeri. Penjawat Awam di negeri Perlis terdiri daripada pelbagai jabatan yang merangkumi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Jabatan Negeri, Badan Berkanun Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Syarikat Berkepentingan Kerajaan (GLC) Negeri, Jabatan Persekutuan, Badan Berkanun Persekutuan dan Syarikat Berkepentingan Kerajaan (GLC) Persekutuan. Turut bersama-sama di dalam majlis ini adalah YB Tuan Rus'sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri, YB Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), YBrs. Dr. Faizal bin Kamarudin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Ketua-ketua Jabatan serta semua penjawat awam Negeri Perlis. Sumber : Unit Pengurusan Korporat & Integriti 3


Sumber : Unit Pengurusan Korporat & Integriti Minda Perlis | Januari – Mac 2023 KANGAR, 16 Januari 2023 – Majlis yang diadakan di Dewan 2020, Persiaran Wawasan, Kangar dihadiri oleh YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis, YB Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (AMMKN), YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), YBrs. Dr. Faizal bin Kamarudin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Ketua-ketua Jabatan serta penjawat awam Negeri Perlis. Turut hadir bersama adalah YBhg. Datuk Hj. Ruji bin Hj. Ubi, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), YBrs. Puan Maznah binti Musa, Pengarah Pembangunan Negeri Perlis, Ketua-ketua Jabatan serta penjawat awam Negeri Perlis. Objektif utama penganjuran majlis pada hari ini adalah untuk mendengar amanat dan harapan YAB Perdana Menteri terhadap semua penjawat awam di Negeri Perlis serta mengikat jalinan semangat dan kebersamaan di antara anggota pentadbiran dan penjawat awam. “Semua penjawat awam bersedia untuk melakukan anjakan daripada amalan lama dan memperbaiki diri agar prestasi perkhidmatan menjadi lebih baik.” Perdana Menteri Bersama Penjawat Awam Negeri Perlis Majlis Amanat Majlis 4


Majlis 5 KANGAR, 14 Februari 2023 - YB Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah hadir ke Majlis Pelancaran Menu Rahmah Kasih Sayang. Majlis yang diadakan di Restoran Bekwoh, Kangar ini dirasmikan oleh YB Datuk Seri Salahuddin bin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Hadir bersama YBhg. Dato' Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Menu Rahmah merupakan salah satu usaha kerajaan dalam membantu dan mengurangkan sedikit sebanyak kos sara hidup rakyat terutama golongan yang kurang berkemampuan untuk membeli makanan dan minuman bermasak pada kadar harga berkemampuan iaitu pada harga RM5.00 untuk set makanan. MAJLIS PELANCARAN Turut bersama dalam majlis ini adalah YB Tuan Fakrul Anwar bin Ismail, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (AMMKN) Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan, YB Puan Gan Ay Ling, ADUN Kawasan Indera Kayangan, YBhg. Datuk Roziah bin Abudin, Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan dan Pengedaran), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), serta YBrs. Puan Norazah binti Jaapar, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Perlis. Minda Perlis | Januari – Mac 2023 Sumber : Unit Pengurusan Korporat & Integriti


KANGAR, 27 Februari 2023 – Seramai 130 orang warga Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2022. Anugerah telah disampaikan oleh YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis. Majlis yang diadakan di Dewan Bankuet, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis ini turut dihadiri oleh YB Tuan Rus’sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (AMMKN) serta Ketua-Ketua Jabatan di bawah Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. APC merupakan salah satu bentuk penghargaan yang diberikan oleh Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis kepada pegawai/ kakitangan yang telah mencapai tahap kecemerlangan yang ditetapkan dan memenuhi kriteria sepertimana yang ditetapkan dalam Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 2002 dan Ceraian UP.5.1.1. MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN PENTADBIRAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS Sumber : Unit Pengurusan Korporat & Integriti ahniah dan syabas diucapkan kepada 130 orang warga Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis yang telah menerima APC. Semoga momentum kecemerlangan dapat diteruskan pada masa akan datang. T Minda Perlis | Januari - Mac 2023 Majlis 6


TERMINAL PENGANGKUTAN AWAM BERSEPADU NEGERI PERLIS - HAB RANGKAIAN PENGANGKUTAN AWAM Disediakan oleh : Puan Azliyurni binti Mohd Rashid Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Projek Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu Negeri Perlis (Kangar Sentral) yang terletak di Seriab, Perlis kini sedang giat dilaksanakan. Projek ini telah mula dijalankan pada tahun 2020 dan dijangka akan siap pada Disember 2023. Pembangunan projek Kangar Sentral adalah bertujuan untuk menggantikan stesen bas sedia ada yang tidak lagi mampu menampung bilangan pengguna terutama pada waktu puncak dan bilangan tempat letak kereta yang tidak mencukupi. Ruang terminal bas sedia ada terlalu sesak, kecil dan sempit untuk pengoperasian bas ekspres, myBAS dan teksi. Keadaan ini menyebabkan ketidakselesaan kepada penumpang. Dalam hal ini, projek Kangar Sentral dibangunkan bagi memenuhi aspirasi dan keperluan menyediakan kemudahan dan prasarana awam yang sangat diperlukan di negeri Perlis. Kangar Sentral ini akan menjadi hab rangkaian pengangkutan awam antara Kangar-Kuala PerlisArau dan Padang Besar (dalam negeri) dan antara Kangar dan bandar-bandar lain di Semenanjung Malaysia. Skop projek yang akan dibangunkan di Kangar Sentral adalah seperti berikut : i. Platform Pelepasan ii. Platform Ketibaan iii. Parkir Sementara Bas, Parkir Awam & Parkir Teksi iv. Balai Pelepasan & Ketibaan Penumpang v. Gerai Jualan/ Makanan, Kiosk & Ruang Komersil vi. Ruang Lobi dan Ruang Menunggu vii. Kemudahan Awam - Surau, Tandas Awam, Bilik Tukar Lampin viii. Kemudahan Bilik Servis ix. Kaunter JPJ/ PDRM x. Pejabat Pentadbiran, Bilik Kawalan/ CCTV Bangunan Sokongan Dengan siapnya terminal ini kelak akan memberikan lebih keselesaan kepada orang awam untuk menggunakan perkhidmatan bas. Kangar Sentral juga menyediakan ruang niaga untuk usahawan bumiputera dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk negeri Perlis. Projek ini dilihat mampu melonjakkan potensi ekonomi melalui jaringan perhubungan yang lebih sistematik. Artikel Minda Perlis | Januari – Mac 2023 7


Sumber : Unit Pengurusan Korporat dan Integriti 8 Minda Perlis | Januari - Mac 2023 Program 8 SANGLANG, 3 Mac 2023 – Pesta Angin Timur Perlis (PAT) yang diadakan selama tiga (3) hari di Kampung Sungai Padang, Simpang Ampat, Perlis dilaksanakan bersempena peredaran musim sejuk kepada musim panas yang dibawa dari sebelah timur ke Negeri Perlis. Program kerjasama di antara Kerajaan Negeri Perlis serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya ini bertujuan mempromosikan dan menyemarakkan aktiviti kebudayaan tempatan kepada pelancong domestik dan antarabangsa sebagai salah satu produk industri pelancongan Negeri Perlis. Antara aktiviti pada hari pertama adalah seperti Pertandingan Deklamasi Sajak, Puisi Loghat Utara, 4x4 Bendang/ ATV bendang dan pelbagai aktiviti. PAT mengetengahkan konsep masyarakat dan desa/ kampung yang mengekalkan dan memaparkan keaslian serta keindahan cara hidup masyarakat petani Perlis dengan diterjemahkan melalui aktiviti-aktiviti rutin yang dilakukan setelah padi dituai. Antara aktiviti pada hari kedua adalah Pertandingan Gusti Lengan, Pertandingan Motoross Bendang, Perlis Got Talent dan aktiviti-aktiviti lain. Majlis Perasmian Penutupan Pesta Angin Timur Perlis 2023 yang berlangsung pada 5 Mac 2023 telah disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail. Turut berangkat bersama adalah DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda YAM Sharifah Farah Adriana Jamalullail. Majlis perasmian ini dimulai dengan DYTM Tuanku Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis menyempurnakan acara pelepasan pertandingan sukan rakyat (air) seperti Pertandingan Tangkap Itik, Pertandingan Menggagau Ikan dan Pertandingan Pukul Bantal. Turut hadir bersama adalah YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis dan YABhg. Puan Najwa binti Othman, YB Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Datuk Seri Hj Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri serta YB AhliAhli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis. 8


Sumber : Unit Pengurusan Korporat dan Integriti 9 Program Minda Perlis | Januari – Mac 2023


KANGAR, 14 Mac 2023 – DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil telah berkenan berangkat ke Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis sempena Istiadat Perasmian Penggal Persidangan Pertama DUN Perlis Ke-15. Turut hadir bersama YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis, YB Tuan Rus’sele bin Eizan, Speaker DUN Perlis, YA Dr. Arik Sanusi bin Yeop Johari, Hakim Mahkamah Tinggi Kangar, YB Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis serta semua Ketua-ketua Jabatan Negeri & Persekutuan di Negeri Perlis. Minda Perlis | Januari - Mac 2023 Sidang DUN Majlis dimulakan dengan Istiadat Perbarisan Kawalan Kehormatan Utama di Dataran Kompleks DUN Perlis. Kemudian majlis diteruskan dengan Titah Ucapan Diraja oleh DYTM Tuanku Raja Muda Perlis mewakili DYMM Tuanku Raja Perlis dan seterusnya merasmikan Penggal Persidangan Pertama, Dewan Undangan Negeri Perlis Ke-15. Sumber : Unit Pengurusan Korporat & Integriti 10 Majlis Istiadat Perasmian Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Perlis Ke-15


Sidang DUN Minda Perlis | Januari – Mac 2023 KANGAR, 16 Mac 2023 – Mesyuarat Kedua, Penggal Persidangan Pertama, Dewan Undangan Negeri Perlis Ke-15 berlangsung selama dua (2) hari (15 dan 16 Mac 2023) bagi membahaskan pelbagai isu serta masalah rakyat di Negeri Perlis. Persidangan pada hari ini disertai oleh YAB Menteri Besar Perlis, YB Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis serta semua Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis. Turut hadir bersama, YB Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, Ketua-Ketua Jabatan serta Pegawai-Pegawai Kanan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. Tentatif utama bagi persidangan pada kali ini adalah untuk membahaskan Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan DYMM Tuanku Raja Perlis serta membahaskan Rang Undang-Undang Enakmen Perhutanan Negara (Pindaan)(No. 1) 2023 dan Rang Undang-Undang Enakmen Perhutanan Negara (Pindaan) (No. 2)(Pemakaian) 2023. Sumber : Unit Pengurusan Korporat & Integriti 13


Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Perlis Tahun 2023M/1444H KANGAR, 16 Mac 2023 - Majlis Perasmian Penutup Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Perlis Tahun 2023 yang berlangsung di Dewan Bakawali, Mess Pegawai Kanan PDRM, Kangar, Perlis ini telah disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail. Turut berangkat bersama ke majlis ini ialah DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Perlis merupakan Acara Rasmi Negeri dalam mensyiarkan Al-Quran serta meningkatkan pengetahuan dan menanamkan rasa cinta masyarakat Islam terhadap Al-Quran. Antara tetamu kenamaan yang hadir dalam majlis ini ialah YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis dan YABhg. Puan Najwa binti Othman, YB Tuan Rus’sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Sahibus Samahah Dato’ Arif Perkasa Prof Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis, YB Tuan Muhammad Azmir Azizan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis serta Ketua-Ketua Jabatan yang terlibat. Majlis Perasmian Penutup Johan bagi kategori Qari dan Qariah dimenangi oleh Muhammad Anas Abdul Hadi dan Norsyafirah Jusoh. Pemenang bagi kategori Hafazan 10 Juzuk Lelaki adalah Muhammad Amirul Afiq Abd Rahim manakala kategori Hafazan 10 Juzuk Perempuan dimenangi oleh Sharifah Balqis Syed Jamaluddin. Kategori Hafazan 20 Juzuk Lelaki dimenangi oleh Muhammad Aiman Haikal Mazlan dan Nur Irdina Shahrin Zamani bagi kategori Hafazan 20 Juzuk Perempuan. Manakala kategori Hafazan 30 Juzuk Lelaki dimenangi oleh Muhammad Zawawi Dun. Manakala bagi kategori Hafazan 30 Juzuk Perempuan, Naib Johan ialah Aishah Abdi Yonis dan Jemaah Hakim memutuskan tiada yang layak menjadi johan kerana dua (2) peserta sahaja mengambil bahagian. Minda Perlis | Januari – Mac 2023 Majlis Sumber : Unit Pengurusan Korporat & Integriti 12


Sumber : Unit Pengurusan Korporat & Integriti KANGAR, 17 Mac 2023 – YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis hadir ke Program Walkabout YAB Menteri Besar Perlis ke ‘Nat’ Behor Lateh sempena kempen ‘Nat’ bebas sampah Negeri Perlis. Hadir bersama YB Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Fakhrul Anwar bin Ismail, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Kerajaan Tempatan), YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis dan YB Tuan Asrul Aimran bin Abd Jalil, ADUN Kayang. Program kempen ini mendapat kerjasama daripada pihak Majlis Perbandaran Kangar (MPK), SWCorp dan MADA Wilayah 1 adalah selaras dengan salah satu matlamat di bawah Agenda Perlis Bersih Sihat (2021-2025) iaitu untuk memberi kesedaran kepada orang ramai khususnya para peniaga di 'Nat', pasar pagi dan pasar malam untuk meningkatkan aspek kebersihan di kawasan atau lot petak niaga ketika pengoperasian dan selepas peniagaan dijalankan. Kempen ini juga mempromosikan amalan kitar semula yang boleh dilakukan oleh para peniaga untuk menguruskan sisa perniagaan dengan lebih baik dan teratur. Turut hadir bersama YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), YDP Majlis Perbandaran Kangar, Pengurus Wilayah 1 MADA, Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan, Setiausaha Bahagian Pentadbiran Daerah serta Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan yang terlibat. Program Walkabout YAB Menteri Besar Perlis Ke Nat Behor Lateh Sempena Kempen Nat Bebas Sampah Negeri Perlis Program Minda Perlis | Januari – Mac 2023 Sumber : Unit Pengurusan Korporat & Integriti 13


Minda Perlis | Januari – Mac 2023 Majlis Sumber : Unit Pengurusan Korporat & Integriti KANGAR, 18 Mac 2023 - YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis hadir bagi merasmikan Majlis Karnival Semarak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sempena bulan pertahanan awam peringkat Negeri Perlis. Hadir bersama YB Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Zakri bin Hassan, Ahli Parlimen Kangar, YB Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis, Leftenan Kolonel (PA) Encik Mohd Izaimi bin Md Daud, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Perlis, dan Leftenan Kolonel (PA) Encik Mohd Zahari bin Abdul Aziz, wakil Ibu Pejabat APM. Majlis ini diadakan bagi meraikan bulan Pertahanan Awam. Ini selari dengan sambutan Hari Pertahanan Awam Sedunia dan tema pada tahun 2023 adalah “The Role Of Information Technology In Risk Assessment”. Pelancaran sambutan Hari Pertahanan Awam peringkat kebangsaan ini telah dilaksanakan pada 7 Mac 2023 yang lalu di Parlimen Malaysia. Hadir bersama dalam majlis ini Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, PegawaiPegawai Kehormat dan Persekutuan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Perlis serta pegawai dan warga APM. 14


15 KANGAR, 18 Mac 2023 – Majlis yang berlangsung di Dewan 2020, Persiaran Wawasan, Kangar ini telah dihadiri oleh YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis. Hadir bersama adalah YB Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, Pengurus Menteri Besar Incorporated (MBI) serta Pengerusi Syarikat Mutiara Perlis Sdn Bhd. Majlis ini dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif untuk mengumpul sumbangan Infaq Ramadhan serta menampung perbelanjaan Iftar Ramadhan bagi tahun 1444H/2023M. Turut hadir dalam majlis ini, YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Puan Puteh Soraya binti A Rahman, serta pegawai-pegawai kanan yang terlibat. Sumber : Unit Pengurusan Korporat & Integriti InfaqRamadan Tahun 1444H/ 2023M Majlis Majlis Minda Perlis | Januari –Mac 2023


Sumber : Unit Pengurusan Korporat & Integriti Minda Perlis | Januari - Mac 2023 Majlis KANGAR, 21 Mac 2023 - YB Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, hadir bagi menyampaikan amanat di Majlis Hari Bersama Kementerian Sumber Manusia (KSM) Peringkat Negeri Perlis Tahun 2023. Hadir bersama YBrs Encik Mohd Yusri bin Mohd Rahim, Pengarah Institut Latihan Perindustrian Perlis, YBrs Encik Amree bin Ghazi, Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Perlis, YBrs. Encik Iskandar bin Jassa, Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Negeri Perlis dan Encik Basharudin bin Khalid, Pengarah PERKESO Negeri Perlis. 16 Dalam ucapan amanatnya, YB SUK berharap hubungan baik sedia ada yang terjalin di antara agensi-agensi di bawah KSM dengan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dapat diteruskan dan dipertingkatkan lagi melalui pelaksanaan program dan aktiviti bersama. Hadir bersama dalam majlis ini, wakil Ketua-ketua Jabatan dan Penjawat Awam di bawah Kementerian Sumber Manusia serta pelajar-pelajar Institut Latihan Perindustrian Kangar Perlis (ILP).


KANGAR, 24 Mac 2023 – DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berkenan untuk hadir bersama ke Lawatan Kerajaan Negeri Perlis ke Negeri Sabah (EKS PERBAH) Tahun 2023 bermula dari 24 Mac 2023 (Jumaat) hingga 27 Mac 2023 (Isnin) di Sandakan, Sabah. Hadir bersama ke program ini adalah YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis, YB Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. YB Tuan Izizam bin Ibrahim, AMMKN Kemudahan & Pasarana, Pengangkutan, Hubungan & Kerjasama Sempadan serta Penyelarasan Penguatkuasaan serta YB Tuan Megat Hashirat bin Hassan, AMMKN Sains, Teknologi & Inovasi, Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT), Alam Sekitar, Bioteknologi & Teknologi Hijau, Perpaduan Masyarakat & Kesihatan. Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk memberi sokongan institusi beraja serta menyampaikan sumbangan sempena bulan Ramadan untuk meningkatkan moral dan semangat anggota keselamatan yang melaksanakan tugas di sempadan negara. Malah, dalam masa yang sama program ini dapat mengeratkan hubungan kerajaan Negeri Perlis dengan Kerajaan Negeri Sabah di dalam menyokong jiwa murni dan titian kasih terhadap penduduk Negeri Sabah yang berada di dalam kawasan gerakan pasukan keselamatan di samping melaksanakan tugas-tugas amal kepada penduduk Negeri Sabah melalui program-program CSR. Turut hadir bersama di dalam program ini adalah Sahibus Samahah Dato’ Arif Perkasa Prof Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis, YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, Ybhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. Zaliman bin Sauli, Naib Canselor UniMAP, YDH DCP Dato' Surina Saad, Ketua Polis Negeri Perlis, YBrs. Dr. Faizal bin Kamarudin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), wakil dari Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) serta Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri Perlis terpilih. Program ini telah diselaraskan dan diurusetiakan oleh Unit Pengurusan Korporat & Integriti, Pejabat SUK Perlis, Rejimen 504 Askar Wataniah dan Pejabat Tuanku Raja Muda Perlis. 17 Majlis Minda Perlis | Januari –Mac 2023 Sumber : Unit Pengurusan Korporat & Integriti 17


Minda Perlis | Januari - Mac 2023 18 Integriti


19 Jom Subscribe !! Aduan Minda Perlis | Januari – Mac 2023


20 Info Galeri 3D Gua Kelam Tasik Timah Tasoh Bukit Chabang


Click to View FlipBook Version