The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Unit Pengurusan Korporat & Integriti, SUK Perlis, 2021-11-10 01:38:19

2018 - Minda Perlis Jan-Apr

2018 - Minda Perlis Jan-Apr

MindaPerlis
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS
EDISI JAN - APR 2018

Selamat Datang
YB DATO’ DR. SYED OMAR SHARIFUDDIN

Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Yang ke-27

Terima Kasih
YB TUAN AHMAD ZAMRI

• PESTA ANGIN TIMUR • MAJLIS PERASMIAN
PERLIS 2018 PENUTUPAN

ROADSHOW INTEGRITY

• MAJLIS PECAH TANAH
JETI BERSEPADU SANGLANG

02 Program

Majlis Penyerahan Nota
Serah Tugas YB Setiausaha

Kerajaan Negeri Perlis

Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas YB Setiausaha
Kerajaan Negeri Perlis (YB SUK) telah diadakan
pada 5 Januari 2018, bertempat di Dewan Warisan,
Kangar bagi meraikan pertukaran keluar YB Tuan
Ahmad Zamri bin Khairuddin, Setiausaha Kerajaan
Negeri Perlis ke Unit Perancang Ekonomi (EPU),
Jabatan Perdana Menteri sebagai Pengarah
Seksyen Pembangunan Wilayah. Majlis tersebut turut
mengalu-alukan kedatangan YB Dato’ Dr. Syed Omar
Sharifuddin Bin Syed Ikhsan sebagai YB SUK Perlis
yang ke 27 yang memulakan tugas mulai 1 Januari
2018.
Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas ini telah
diraikan oleh YAB Dato’ Seri Azlan Man, Menteri
Besar Perlis bersama Ketua-Ketua Jabatan Negeri,
Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Setiausaha
Bahagian / Ketua Unit Pejabat SUK Perlis. YAB
Menteri Besar Perlis telah menyampaikan ucapan
penghargaan kepada YB Tuan Ahmad Zamri bin
Khairuddin kerana telah memberikan perkhidmatan
yang cemerlang sepanjang berkhidmat sebagai
Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis .
YB Tuan Ahmad Zamri bin Khairuddin selaku insan
yang dirai pada hari tersebut juga tidak ketinggalan
memberikan ucapan terima kasih kepada semua yang
menyokong beliau sepanjang berkhidmat sebagai YB
SUK Perlis. Sebagai tanda penghargaan dan kenang-
kenangan Kerajaan Negeri Perlis telah menyerahkan
cenderahati kepada beliau. Untuk YB Ahmad Zamri
bin Khairuddin, Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis
mengucapkan selamat maju jaya dan semoga terus
cemerlang di tempat baru.

“Berkualiti, Mesra & Profesional”

Program 03

AMANAT
YB DATO’ DR. SYED
OMAR SHARIFUDDIN
BIN SYED IKHSAN

Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis yang ke-27

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah Ibnu Khaldun dan sebagainya. Tokoh-tokoh ini
rahmat daripadaNya kita masih dikurniakan nikmat kehidupan merupakan ilmuan Islam yang berupaya merubah dunia
sehingga ke hari ini. menerusi idea-idea yang kreatif dan inovatif. Mereka
bukan sahaja berjaya menghasilkan sesuatu inovasi
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Unit malah turut meletakkan ketamadunan Islam melangkaui
Pengurusan Korporat & Integriti, Pejabat Setiausaha keupayaan zaman ketika itu hingga berupaya menerangi
Kerajaan Negeri Perlis dan semua pihak yang terlibat dalam zaman kegelapan selepas kejatuhan empayar Romani.
menyumbangkan tenaga dan buah fikiran bagi menghasilkan
Minda Perlis edisi kali ini. Walau apa bentuk kemajuan yang kita ingin lakarkan, isu
integriti tidak boleh dipandang remeh. Integriti bukan hanya
Kini kita sedang berada dalam gerbang era revolusi industri bermaksud seseorang itu menerima rasuah atau pecah
4.0. Sumber alam dan modal kewangan bukan lagi indikator amanah sahaja. Jika diperhalusi integriti juga melibatkan
utama untuk mengukur tahap kemajuan sesebuah organisasi soal sahsiah, kelakuan dan tindakan kita. Ponteng kerja,
mahupun negara. Sejarah telah membuktikan banyak negara menggunakan kemudahan organisasi untuk kepentingan
yang dahulunya negara pertanian, tetapi kini telah melonjak diri, membuat tuntutan palsu menggunakan sijil sakit palsu
ke hadapan dalam bidang perindustrian kerana menekankan dan sebagainya adalah sebahagian daripada isu integriti yang
aspek pengetahuan, inovasi, kemahiran, dan kepakaran yang sering kita abaikan.
tinggi. Ekonomi berasaskan digital telah menular dengan
pantas menguasai di setiap pelosok dunia. Kemusnahan integriti diri akan meleburkan kepercayaan
masyarakat bukan sahaja terhadap kita tetapi mencakupi
Untuk itu, sudah sampai masanya untuk warga kerja Pejabat organisasi yang kita anggotai. Seorang pentadbir atau
Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis menjadikan inovasi sebagai pengurus yang berintegriti perlu memastikan mereka
pemangkin utama yang mampu memacu ekonomi negeri ini menyempurnakan tugas dengan penuh amanah,bertimbang
menjadi lebih lestari dan seterusnya melakar legasi menjadi rasa dalam bermuamalah, melaksanakan kerja dengan tekun
bandar raya maju menjelang 2030. Kunci kepada keberhasilan dan penuh keikhlasan serta mengutamakan kepentingan
inovasi dan kreativiti bertaraf tinggi amat bergantung kepada rakyat mengatasi kepentingan diri. Andai kita mengkhianati
cara mana kita semua memandang rakyat dan pelanggan. amanah yang diberi, kita menjadi seperti dedalu api yang
Dalam soal ini, kita harus melakukan anjakan paradigma hinggap dipohon kayu, hinggap ke batang, batangnya mati,
dengan bergerak dari “thinking outside the box” (Berfikir hinggap ke ranting, rantingnya mati.
di luar kotak) kepada “thinking without the box” (Berfikir
tanpa kotak). Cabarlah diri untuk memikirkan sesuatu diluar Akhir kalam, izinkan saya menjemput anda semua untuk
kelaziman dan gunakan pengetahuan dan kepakaran yang membulatkan tekad menjadi pekhidmat awam yang amanah,
ada untuk mencapai hasrat tersebut. Pepatah menyatakan ada komited dan bertanggungjawab setiap masa dan ketika. Kita
kemenyan sebesar lutut, jika tidak dibakar tidak akan berbau. tidak boleh menyisih diri seperti melukut di tepi gantang,
Justeru, janganlah ilmu disimpan untuk kegunaan diri sendiri keluar tidak mengurangi, masuk tidak memenuhi. Sebaliknya
sahaja sebaliknya gunakan ilmu yang ada untuk berfikiran kita harus melengkapi antara satu sama lain dalam meneruskan
lebih inovatif. kelangsungan kehidupan kita demi pembangunan negeri
Perlis yang kita cintai.
Menelusuri kebangkitan peradaban bangsa dan negara
Islam, kita akan berupaya mengenali tokoh-tokoh ternama
seperti Al-Khawarizmi, Ibnu Sina, Ibnu Rusyd, Ibnu Al-Haitam,

“Berkualiti, Mesra & Profesional”

04 Program

Majlis Pecah Tanah Jeti
Bersepadu Sanglang

Pada 22 Mac 2018 yang lalu telah berlangsungnya Majlis Menteri Besar Perlis, Dato’ Seri Azlan Man berkata,
Pecah Tanah Jeti Bersepadu Sanglang di Arau, Perlis. pembinaan jeti itu yang dijangka akan memulakan kerja-
Tuanku Raja Perlis, DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni kerja pembinaan September ini, menjadi pemangkin
Al- Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail berkenan untuk membawa Sanglang dan negeri ini ke persada
berangkat merasmikan majlis pecah tanah projek itu. perdagangan maritim antarabangsa. Beliau menjangkakan
Berkenan berangkat sama, Raja Muda Perlis, DYTM lebih banyak pelaburan dari dalam dan luar negara
Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin (dengan pembinaan jeti) akan memasuki Perlis seperti
Jamalullail. industri pengilangan, pembuatan dan pembungkusan.
Pelancaran projek Jeti bersepadu di Sanglang tersebut Dalam pada itu, Dato’ Seri Azlan Man berkata, Kuala Perlis
telah menelan perbelanjaan sebanyak RM500 juta, akan terus kekal sebagai jeti pendaratan ikan untuk bot-
sekali gus menjadi pelengkap kepada projek Pelabuhan bot kecil dan perkhidmatan feri ke Langkawi, Kedah.
Darat Perlis (PIP) di Padang Besar. Projek Jeti Bersepadu Turut hadir adalah Ketua Setiausaha Kementerian
Sanglang yang bakal beroperasi pada tahun 2020 akan Pengangkutan, Datuk Seri Saripuddin Kasim dan Pengerusi
memberikan faedah kepada lebih 10,000 penduduk Mutiara Perlis Sdn. Bhd., Datuk Shabaruddin Ibrahim.
Sanglang dan rakyat Perlis dimana mereka bakal menerima
impak pembangunan dari kehidupan sosial dan ekonomi.

DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al- Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail diiringi DYTM Tuanku
Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menandatangani plak perasmian sambil
diperhatikan Dato’ Seri Azlan Man (dua dari kiri) dan Datuk Shabaruddin Ibrahim. (kiri) semasa merasmikan
Majlis Pecah Tanah Jeti Bersepadu Sanglang di Arau, Perlis, semalam. Utusan/Muhamad Iqbal Rosli

Gambaran pelukis mengenai Jeti Bersepadu Sanglang yang dijangka siap pada tahun 2020
di Majlis Pecah Tanah Jeti Bersepadu Sanglang di Jalan Pantai, Sanglang, Kangar, Perlis hari ini.

- Foto oleh Muhamad Iqbal Rosli

“Berkualiti, Mesra & Profesional”

Program 05

Majlis Pelancaran
Festival Mangga
Harumanis Perlis
Tahun 2018

Pada 19 April 2018, Majlis Pelancaran Festival Mangga Harumanis 2018 dengan memperkenalkan penggunaan
Harumanis Perlis telah dilaksanakan di Pusat aplikasi Kod QR untuk Harumanis. Di samping itu, DYTM
Kecemerlangan Mempelam Harumanis Bukit Bintang, Tuanku Raja Muda Perlis telah perkenan menyampaikan
Sungai Batu Pahat, Perlis dan majlis ini telah disempurnakan kotak Harumanis untuk peserta MyGAP dan juga
oleh Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Perlis dan menyampaikan sumbangan kepada 120 orang ASNAF di
Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Perlis. Antara bawah seliaan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu
tetamu kehormat yang turut hadir pada majlis ini adalah Perlis (MAIPs).
YAB Menteri Besar Perlis, YB Setiausaha Kerajaan Negeri
Perlis, YB Exco Pertanian Negeri Perlis dan ketua-ketua Dalam majlis ini juga DYTM Tuanku Raja Muda Perlis telah
Jabatan Persekutuan dan Negeri serta para petani-petani. menyempurnakan 11 produk berasaskan harumanis baru
Majlis ini dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Perlis hasil kerjasama Jabatan Pertanian Negeri Perlis bersama
pada setiap tahun sempena musim Harumanis. Universiti Teknologi Mara Pulau Pinang. Antaranya teh daun
Semasa majlis berlangsung, YB Tuan Ahmad Bakri, Exco Harumanis, Candy Harumanis, produk-produk kegunaan
Pertanian Negeri Perlis dalam ucapan aluannya telah harian, pewangi dan sebagainya.
menyeru semua pihak agar bekerjasama menjaga kualiti
dan nama baik Harumanis sekaligus mengharumkan Majlis ini bersurai pada pukul 5.30 petang dan ikuti dengan
nama Negeri Perlis. Seterusnya, DYTM Tuanku Raja Muda kayuhan berbasikal bersama DYTM Tuanku Raja Muda Perlis
Perlis telah perkenan untuk merasmikan Festival Mangga yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat
Melayu Perlis (MAIPs).
Sumber: Jabatan Pertanian Negeri Perlis

“Berkualiti, Mesra & Profesional”

06 Program

Penganjuran Pesta Angin Timur Bendang, Pertandingan Pukul Bantal Bergerak (CTC Mobile), Jabatan
Perlis yang mendapat sambutan Kanak-kanak Pertandingan Lumba Pengangkutan Jalan (JPJ), Tabung Haji,
begitu menggalakkan pada setiap kali Kerbau Besi, Pertandingan Menggail Majlis Perbandaran Kangar, Perbadanan
penganjurannya bakal menjadi acara Cabai, Pertandingan Menangkap Perpustakaan dan Telekom Malaysia.
pembukaan sempena Tahun melawat Belut, Pertandingan Memancing
Malaysia 2020 (TMM2020). Majlis ini Ikan, Pertandingan Menggagau Selain daripada Gerai Jualan penjaja
telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Ikan, Pertandingan Futsal Bendang, yang menjual pelbagai makanan
Seri Azlan Man, Menteri Besar Perlis Pertandingan Badang Bendang, tempatan, edisi PAT 2018 pada
pada 24 Mac 2018. Turut hadir YB Pertandingan Baling Tin Dengan Selipar, kali ini turut mengadakan Jualan
Dato’ Abdul Jamil bin Saad, Exco Belia Pertandingan Karaoke Lagu Rakyat dan Sentuhan Rakyat oleh Kementerian
dan Sukan, Pelancongan, Kebudayaan, banyak lagi. Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
Kesenian & Warisan Negeri Perlis; dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan
YBhg Tan Sri Norliza Rofli, Ketua Selain itu juga, para pengunjung juga Jualan Jimat Belanja Dapur
Pengarah Jabatan Kebudayaan dan berpeluang melihat Demonstrasi oleh Lembaga Pemasaran Pertanian
Kesenian Negara serta ketua-ketua Mengemping Padi, Demosntrasi Silat Persekutuan (FAMA) yang sudah
jabatan daripada pelbagai jabatan dan Seni dan Pertunjukan Gerak Tempur semestinya menawarkan harga murah
agensi. Tanpa Senjata oleh Angkatan Tentera kepada para pengguna. Rata-rata
Malaysia. pengguna yang hadir ke PAT 2018 tidak
Seramai 108,479 orang pengunjung melepaskan peluang untuk membeli
telah hadir memeriahkan program Pelbagai persembahan kebudayaan barang keperluan mereka.
tersebut yang telah berlangsung juga telah disajikan kepada pengunjung
selama tiga (3) hari bermula 23 yang hadir. Antaranya persembahan Penganjuran Pesta Angin Timur
sehingga 25 Mac 2018 di Kompleks Artis Jemputan Amir Ukays, Malam Perlis 2018 pada kali ini bukan sahaja
DUN, Persiaran Wawasan, Kangar Pop Yeh-Yeh bersama Dato’ L.Ramli, dapat memberi manfaat kepada para
Perlis. Persembahan Teater Tradisional Jikey, pengunjung dan peserta. Namun,
Ghazal Party, Persembahan Tarian program ini telah dapat membantu
Pada tahun ini lebih dari 25 aktiviti Menora, persembahan busking dan menjana ekonomi masyarakat
berkonsepkan pertandingan telah lain-lain. tempatan melalui aktiviti jualan. Ini
diadakan. Antara yang menarik dapat di lihat melalui laporan ROI
pada tahun ini adalah seperti Disamping itu juga turut diadakan PAT 2018 telah mencatatkan hasil
Pertandingan Dodge Ball Di Bendang, adalah Kaunter Perkhidmatan Bergerak pendapatan sepanjang program ini
Pertandingan Sukan Motor Lasak Di seperti Pusat Transformasi Komuniti adalah sebanyak RM401,789.31.

“Berkualiti, Mesra & Profesional” Sumber: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Perlis

Program 07

ROADSHOW INTEGRITI &
TITAH INTEGRITI DIRAJA

Roadshow Integriti anjuran Institut Integriti Malaysia Integrity Profiling (MIP) dan Pembangunan Integriti
(INTEGRITI) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Organisasi (PIO) yang digunakan dalam usaha untuk
Perlis dan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) telah memantapkan agenda integriti.
diadakan pada 30 Januari 2018 jam 8.00 pagi hingga
4.00 petang bertempat di Dewan Pusat Koreksional Majlis Perasmian Penutup program ini telah
Perlis, Jabatan Penjara Malaysia Perlis. disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia
Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Duli Yang
Roadshow INTEGRITI merupakan satu mekanisme Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail,
INTEGRITI untuk membantu kerajaan-kerajaan Raja Muda Perlis. Roadshow Integriti Peringkat
negeri mengadakan program pemupukan integriti Negeri Perlis ini telah dihadiri oleh penjawat awam
yang berimpak tinggi. Antara pengisian Roadshow yang terdiri daripada ketua-ketua jabatan negeri
Integriti adalah melapor dan mendapatkan dan persekutuan, pegawai-pegawai daripada
maklumbalas status integriti di negeri-negeri seluruh kumpulan pengurusan dan professional dan juga
Malaysia menerusi perkongsian Dashboard Integriti kumpulan pelaksana. Selain itu, turut hadir ialah
bagi tujuan penambahbaikan untuk menangani isu Encik Ahmad bin Zakaria, Timbalan Setiausaha
dan cabaran integriti dengan lebih telus. Selain Kerajaan (Pengurusan) bagi mewaklili YB Dato’ Dr.
dari itu roadshow ini juga memperkenalkan produk, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Dr. Mohd Mizan
instrumen dan penerbitan INTEGRITI, antaranya bin Mohamad Aslam, Rektor Kolej Universiti Islam
Pembangunan Integriti Bersama Komuniti (CIB), Perlis (KUIPs), Tuan PKP Shahhinim bin Hj. Husain,
Integrity Assessement Tools (IAT), Malaysian Pengarah Pusat Koreksional Negeri Perlis.

Sumber: Unit Pengurusan Korporat dan Integriti, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

“Berkualiti, Mesra & Profesional”

08 Program

ANUGERAH
CPEEMREKRHLIADNMGAT2A0N17

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN PERLIS

Pada 23 April 2018 yang lalu, bertempat di
Hotel Putra Regency, Kangar telah diadakan
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
(APC) Pentadbiran Setiausaha Kerajaan
Negeri Perlis bagi Tahun 2017 bagi meraikan
dan sebagai tanda pengiktirafan serta
penghargaan ke atas khidmat bakti, prestasi
yang cemerlang serta komitmen yang tinggi
dalam melaksanakan tanggungjawab yang
telah diamanahkan yang ditunjukkan oleh
warga Pentadbiran Setiausaha Kerajaan
Negeri Perlis sepanjang Tahun 2017.

Dalam majlis tersebut, YAB Dato’ Seri
Azlan Man, Menteri Besar Perlis telah
menyampaikan sijil penghargaan dan
cenderahati kepada keseluruhan penerima
anugerah APC Tahun 2017 seramai 115
orang yang terdiri daripada 101 kakitangan
lantikan tetap dan 14 kakitangan lantikan
kontrak. Majlis ini turut dihadiri oleh YB Dato’
Dr. Syed Omar Sharifuddin bin Syed Ikhsan
sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis,
Exco-exco Kerajaan Negeri, Pengarah-
pengarah Jabatan Negeri Perlis, Setiausaha
Bahagian / Unit SUK Perlis, serta pegawai-
pegawai SUK Perlis dan Jabatan Negeri di
bawah Pentadbiran Setiausaha Kerajaan
Negeri Perlis.

“Berkualiti, Mesra & Profesional”

Program 09

PPEERNKERHIIMDMAAATNAUNGCEREMAHERLANG 2017

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

1. Azni Bin Alimin
2. Saidon Bin Mat Taib
3. Shafri Bin Bulat
4. Anis Suriany Binti Abidin
5. Mohd Alif Bin Zakaria
6. Sharina Binti Mat Ariff
7. Nor Ezarina Binti Jamil
8. Noorazlin Binti Abdul Rahman
9. Mas Julaifa Binti Mustafa
10. Nurul Sabila Binti Zulkifli
11. Sabariah Binti Abd Talib
12. Muhammad Zul Jasmi Bin Zulkifli
13. Norshahidi Bin Ismail
14. Marzuki Bin Abdul Karim
15. Nursyuhada’ Binti Abdullah
16. Nurshakila Binti Ahmad
17. Mohd Shahar Bin Mat
18. Rita Hartini Binti Yahaya
19. Syed Hamzah Bin Syed Bakar
20. Fatin Amirah Binti Hanif
21. Noor Azlina Binti Salmi
22. Azyantie Binti Noordin
23. Puteri Nurul Nazuha
Binti Datu Bandira
24. Siti Juriana Binti Said
25. Herwadey Bin Hashim
26. Ahmad Bin Zakaria

“Berkualiti, Mesra & Profesional”

10 Imbasan

Lawatan Kolej Matrikulasi
Teknikal Kedah
(26 Jan 2018)

Lawatan Kerja Ketua
Pengarah Perkhidmatan
Awam Walkabout@1Serve

UTC Perlis
(2 & 3 Mac 2018)

Lawatan
Kerja YAB Perdana Menteri

ke Negeri Perlis
(12 & 13 Mac 2018)

“Berkualiti, Mesra & Profesional”

Imbasan 11

Majlis Pelancaran
Minggu Sains Negara
Peringkat Negeri Perlis

(05 April 2018)

Program Himpunan
Usahawan Negeri Perlis

(10 April 2018)

Program Bicara
Eksekutif Siri 1 Bersama

YB SUK Perlis
(20 April 2018)

“Berkualiti, Mesra & Profesional”

12 Kesihatan

Adakah Buah Pinggang anda sihat?

Apakah penyakit buah pinggang (ginjal) kronik ? Apakah akibat jika tidak dikesan awal?

Penyakit buah pinggang kronik adalah suatu penyakit yang • Risiko mengalami kerosakan pada buah pinggang yang
berkekalan di mana fungsi buah pinggang semakin berkurangan berkekalan dan boleh menjadi teruk dengan peredaran
akibat pelbagai faktor. masa sehingga memerlukan rawatan dialisis atau menjalani
pemindahan buah pinggang.
Ia boleh dikategorikan kepada 5 peringkat. Peringkat 5 adalah
tahap di mana pesakit memerlukan rawatan dialisis. PERHATIAN !!!

Tahukah anda berapa kerapkah penyakit buah Pemantauan hendaklah diberi keutamaan pada
pinggang (ginjal) kronik berlaku? individu berisiko tinggi iaitu:

• Terdapat lebih daripada 500 juta individu di seluruh dunia yang • Pesakit diabetes (kencing manis)
mengalami penyakit buah pinggang kronik. • Pesakit darah tinggi
• Perokok
• Terdapat lebih daripada 26,000 pesakit menjalani rawatan • Mempunyai berat badan yang berlebihan
dialisis di Malaysia pada penghujung tahun 2012. • Mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit diabetes,

Siapakah yang berisiko tinggi? darah tinggi dan penyakit buah pinggang
• Pesakit yang mengalami gejala penyakit buah pinggang yang
Golongan yang mempunyai :
• Diabetes (kencing manis) lain
• Tekanan darah tinggi
• Kehadiran protein/darah di dalam air kencing Langkah-langkah Pencegahan
• Kerap memakan ubat-ubatan seperti penahan sakit/akar-akar
1. Menjalani pemantauan atau
kayu/herba/tradisional saringan kesihatan yang
• Glomerulonephritis (penyakit keradangan buah pinggang) berjadual dan mengawal tekanan
• Jangkitan kuman yang kerap pada saluran urinari genital darah
• Batu karang pada sistem buah pinggang
• Pesakit strok 2. Mengawal paras gula dan
• Pesakit yang mempunyai masalah jantung kolesterol di dalam darah
• Dilahirkan dengan hanya satu ginjal sahaja
• SLE (Systemic Lupus Erythematosus)

Tanda dan gejala 3. Memastikan tahap kawalan bagi
pesakit tekanan darah tinggi dan
• Badan berasa mudah letih diabetes adalah baik (optimum)

• Hilang selera makan, rasa loya dan muntah 4. Jangan makan ubat dengan
sembarangan tanpa mendapat
• Kerap kencing terutamanya pada waktu malam arahan daripada doktor

• Bengkak kaki dan muka 5. Mengamalkan cara hidup sihat

• Sukar bernafas Majoriti pesakit tidak mempunyai

• Gatal seluruh badan sebarang tanda atau gejala kecuali di
• Pucat peringkat hampir akhir atau akhir

Bagaimana cara untuk mengesan penyakit buah
pinggang (ginjal) pada peringkat awal?

• Ujian air kencing • Makan secara • Berhenti • Bersenam
• Pemeriksaan tekanan darah sihat merokok
• Ujian darah

Diterbitkan oleh:
Bahagian Pendidikan Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
KKM/BM/200,000/2013
www.infosihat.gov.my/ / www.myhealth.gov.my

“Berkualiti, Mesra & Profesional”

Program 13

PROGRAM REKREASI
KELAB PSUKPS TAHUN 2018

YAN KEDAH

Pada 27 sehingga 28 Januari 2018, Kelab Sukan dan sukaneka. Hari pertama diakhiri dengan jamuan makan
Kebajikan Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri barbeque dan persembahan kumpulan. Majlis yang
Perlis (Kelab PSUKPs) dengan jayanya telah menganjurkan santai ini turut disertai oleh Encik Ahmad bin Zakaria,
program rekreasi khas kepada ahli-ahli Kelab PSUKPs Timbalan Setiausaha Kerajaan (Sektor Pengurusan)
di Yan, Kedah. Seramai 45 orang peserta yang terdiri merangkap Pengerusi Kelab PSUKPs. Tahniah diucapkan
daripada kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri kepada kumpulan hitam yang memenangi hadiah bagi
Perlis dan Jawatankuasa Kelab PSUKPs telah menyertai persembahan kumpulan terbaik dengan persembahan
program yang diadakan selama dua hari satu malam. lakonan bertajuk “Bomoh Siam”.
Aktiviti program bermula seawal jam 6.30 pagi dengan
peserta berkumpul di Kompleks Dewan Undangan Negeri Hari kedua program pula dimulakan dengan aktiviti
Perlis untuk bertolak ke destinasi menggunakan bas. senamrobik sebagai pemanas badan sebelum peserta
Sebaik sahaja tiba di Yan Kedah, peserta dibawa menaiki dibawa ke kaki Gunung Jerai (Tangga Kenari) bagi aktiviti
bot ke Pulau Songsong bagi aktiviti snorkelling dan island jungle tracking dengan menaiki 1,000 anak tangga.
hopping. Disamping itu, aktiviti seperti membina istana Program rekreasi ini diakhiri dengan penyampaian
pasir juga diselitkan bagi mengisi masa lapang semasa di hadiah kepada peserta lelaki dan wanita Paling Aktif yang
Pulau Songsong. dimenangi oleh Encik Mohamad Syafiq Bin Mohd Zahir
daripada Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat dan
Jam 2.00 petang, peserta dibawa ke Putri Ayu Chalet Puan Siti Zawiyah Binti Rashid @ Mohamed daripada
bagi penginapan dan pembahagian kumpulan. Peserta Bahagian Dewan Undangan Negeri.
dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu kumpulan
hijau, merah, kuning dan hitam bagi melaksana aktiviti Sumber: Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

“Berkualiti, Mesra & Profesional”

14 Sisipan Rohani

Jauhi Sifat Orang Munafik

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda orang munafik ada tiga,
iaitu apabila dia berbicara dia dusta, apabila dia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Ditambah dalam riwayat Muslim: Walaupun dia berpuasa, bersembahyang dan mendakwa diri Muslim.

 
Huraian Hadith:
1. S ifat munafik ialah salah satu sifat yang sangat dibenci oleh Allah SWT. Oleh itu, Umat Islam hendaklah menjauhi
sifat tersebut.
2. T anda-tanda orang munafik ialah orang yang suka bercakap bohong, memungkiri janji apabila berjanji dan tidak
menunaikan amanah.

Sumber: Kitab Riyadhus Salihin

Memiliki Akhlak Yang Mulia

Daripada Abdullah bin Amru bin al-As RA katanya, tidaklah Rasulullah SAW seorang yang bersifat keji, dan
tidak pernah melakukan perkara-perkara yang keji, Baginda bersabda, “Sesungguhnya di antara orang-orang
yang terpilih di antara kamu ialah orang yang paling mulia akhlaknya.”

 (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Huraian Hadith: 
1. R asulullah SAW memiliki akhlak mulia terpelihara daripada sifat-sifat keji dan daripada melakukan perbuatan

keji.
2. O rang-orang yang berakhlak mulia adalah orang yang terpilih di sisi Allah dan Rasul serta diberi darjat yang

istimewa di dalam Syurga.
3. Hadith ini menggalakkan seseorang supaya sentiasa berusaha menghindarkan diri daripada semua sifat-sifat yang

keji, dan berusaha memperbaiki diri serta menambah dan membekalkan diri dengan sifat-sifat mulia dari semasa
ke semasa.

 Sumber: Kitab Riyadhus Salihin

Menyeru Ke Arah Kebaikan

Daripada Abu Hurairah RA bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang menyeru kepada
kebaikan nescaya dia beroleh pahala seperti orang yang melakukannya tidak dikurangi sedikit pun pahala
mereka. Sesiapa yang menyeru ke arah kesesatan nescaya dia beroleh dosa seperti orang yang melakukannya,
tidak dikurangi dosa mereka itu sedikit pun.” 

(Riwayat Muslim)

Huraian Hadith:
1. Setiap orang yang memberi petunjuk yang baik akan mendapat pahala seperti pahala orang yang melakukannya.
2. Bercita-citalah untuk menambahkan amal kebajikan dengan penuh ketaatan.

Sumber: Kitab Riyadhus Salihin

“Berkualiti, Mesra & Profesional” Sumber:

http://www.islam.gov.my/en/e-hadith

Pertukaran Pegawai/Kakitangan 15

Pertukaran Pegawai / Kakitangan
Bagi Bulan Januari - April 2018

Bil Nama Jawatan / Gred Jabatan Dahulu Jabatan Sekarang Tarikh

YB Dato' Dr. Timbalan Pengarah INTAN, Putrajaya Pejabat Setiausaha 1.1.2018
1. Syed Omar Sharifuddin Kanan, INTAN Kerajaan Negeri Perlis

Bin Syed Ikhsan Setiausaha Kerajaan
Negeri Perlis
2. YB Tuan Ahmad Zamri Pejabat Setiausaha Seksyen Pembangunan 1.1.2018
Bin Khairuddin Kerajaan Negeri Perlis Wilayah, Jabatan
Perdana Menteri

3. Che Norwati Binti Bulat Pembantu Tadbir (P/O) Jabatan Pertanian Pejabat DYMM Tuanku 1.1.2018
N22 (KUP) Negeri Perlis Raja Perlis

4. Nordiana Pembantu Tadbir (P/O) Jabatan Mufti Negeri Jabatan Perkhidmatan 1.1.2018
Binti Abdul Kadir N19 Perlis Veterinar Negeri Perlis

5. Salfarina Binti Shuib Pembantu Tadbir (P/O) Pejabat DYMM Tuanku Jabatan Pertanian 1.1.2018
N19 Raja Perlis Negeri Perlis

6. Norshidah Binti Osman Pembantu Tadbir (P/O) Jabatan Pengairan & Jabatan Pertanian 1.1.2018
N19 Saliran Negeri Perlis Negeri Perlis

7. Mazlina Binti Abdullah Pembantu Tadbir (P/O) Jabatan Hal Ehwal Jabatan Pengairan & 15.1.2018
N22 (KUP) Agama Islam Negeri Saliran 15.1.2018

8. Fatin Binti Mohd Arshad Pembantu Tadbir (P/O) Perlis Jabatan Hal Ehwal
N19 Agama Islam Negeri
Jabatan Pengairan &
Saliran Negeri Perlis Perlis

9. Hasbullah PTD M48 Bahagian Khidmat Bahagian Kerajaan 1.2.2018
Bin Abd Rashid
Pengurusan, SUK Perlis Tempatan, SUK Perlis

10. Muhammad Hafiez Pembantu Tadbir (P/O) Jabatan Tanah & Galian Pejabat Setiausaha 5.2.2018
Bin Salim
N19 Negeri Perlis Kerajaan Negeri Perlis

11. Mohd Azraai Zain PTD M48(M) Agensi Penguatkuasaan Pejabat Setiausaha 7.3.2018
Bin Tusimin Maritim Malaysia, Kerajaan Negeri Perlis
Langkawi

12. Noorul Hidayat PTD M48(M) Pejabat Pegawai Bahagian Khidmat 7.3.2018
Bin Mohd Said Kewangan Negeri Pengurusan, SUK Perlis

13. Zahirul Fahmi Bin Zaini PTD M52 Pejabat Pegawai Bahagian Perancang 19.3.2018
14. Izja Aznie Binti Jelani Kewangan Negeri Ekonomi, SUK Perlis
15. Azilawati Binti Azmi Pegawai Teknologi
Maklumat F44 Jabatan Tanah & Galian Pejabat Setiausaha 30.4.2018
Negeri Perlis Kerajaan Negeri Pulau
Pegawai Teknologi
Maklumat F44 Pinang

MAMPU, Putrajaya Jabatan Tanah & Galian 30.4.2018
Negeri Perlis

Sumber:
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

30 April 2018

“Berkualiti, Mesra & Profesional”

16 Info Perlis

Sumber: PLANMalaysia@Perlis Diterbitkan Oleh:

“Berkualiti, Mesra & Profesional” Unit Pengurusan Korporat dan Integriti, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

Aras 2, Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis, Persiaran Wawasan, 01000 Kangar, Perlis
Tel.: +604 973 8800 | Faks: +604 973 8875 | e-mail: [email protected]


Click to View FlipBook Version