2024-2025 Majlis Pelancaran Perdana Tahun Melawat Perlis Majlis Sambutan Tahun Baru 2024 & Himpunan Aid4Palestine Edisi Oktober - Disember 2023 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis
ANDA PEGAWAI SUK PERLIS & SUKA MENULIS? Hantarkan artikel anda untuk penilaian, jika terpilih artikel anda dimuatkan di dalam Minda Perlis. Minda Perlis boleh dihubungi melalui: Setiausaha Bahagian, Unit Pengurusan Korporat & Integriti (UPKI) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Aras 2, Blok B, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis, Persiaran Wawasan, 01000 Kangar, Perlis Tel : 04-9731800 Faks : 04-9738875 Emel : [email protected] Sidang Redaksi PENAUNG PENASIHAT KETUA PENYUNTING PENYUNTING PENYELARAS SUSUN ATUR & GRAFIK FOTOGRAFI YB Dato' Yusran Shah bin Mohd Yusof YBrs. Dr. Faizal bin Kamarudin Encik Ahmad Ibrahim bin Mohd Tayib Puan Nur Adila binti Hamdan Puan Siti Juriana binti Said Puan Nur Adila binti Hamdan 1. Encik Mohd Nazreen bin Noor 2. Encik Mohd Taufik bin Abdul Talib 3. Encik Mohamad Azri bin Azmi MINDA PERLIS adalah terbitan berkala Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (PSUKPs) yang diedarkan secara percuma kepada masyarakat untuk menyampaikan maklumat dan berita terkini berkaitan Pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan Kerajaan Negeri Perlis khasnya. Minda Perlis | Oktober - Disember 2023 Kandungan SUKPerlisOfficial Hari Inovasi Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis Tahun 2023 Majlis Perasmian Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Perlis 2023 Majlis Penutup Kejohanan MAKSAK Games Sepak Takraw & Orienteering Malaysia 2023 Majlis Jasamu Dikenang Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis 2023 Karnival Usahawan & Digital Perlis 2023 Majlis Istiadat Pelantikan Dan Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis Malam Anugerah Kewartawanan Perlis 2023 Ketibaan YB Datuk Muhd Khair Razman Bin Mohamed Annuar, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Yang Baharu Majlis Perasmian Program Publisiti & Penyertaan Awam RKK Pembangunan Wang Kelian Majlis Pelancaran Perdana Tahun Melawat Perlis 2024-2025 Mesyuarat Keempat Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Perlis Ke-15 CVIA Stakeholders’ Day Majlis Penyerahan Kunci Penempatan Semula Nelayan (PSN), Taman Wai Damai, Kuala Perlis Majlis Sambutan Tahun Baru 2024 Dan Himpunan Aid4Palestine Galeri Kelab Sukan dan Kebajikan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Integriti 3 4 5 6 7 9 10 11 13 14 17 18 19 21 22 23
3 Majlis Minda Perlis | Oktober - Disember 2023 KANGAR, 16 Oktober 2023 – YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis hadir merasmikan Majlis Penutup Hari Inovasi Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis Tahun 2023. Hadir sama YB Tuan Rus'sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Dato’ Yusran Shah bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis. Program seperti ini adalah bagi memupuk budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan penjawat awam disamping menyediakan platform pengiktirafan hasil ciptaan penjawat awam. Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perlis telah memenangi kategori Inovasi Sosial manakala kategori Inovasi Penyampaian Perkhidmatan dimenangi oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perlis. Pada sebelah pagi diadakan Ceramah Inovasi yang disampaikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Asral bin Bahari Jambek, Professor Madya, UniMAP dan YBrs. Dr. Ummi Noor Nazahiah binti Abdullah, Pensyarah Kanan UniMAP. Pada majlis yang sama, YAB Menteri Besar Perlis mengadakan lawatan ke gerai pameran yang disertai oleh 14 agensi. Turut hadir YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan) dan YBrs. Dr. Faizal bin Kamarudin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan), Setiausaha-Setiausaha Bahagian, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis serta Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan. 3
Sumber : Unit Pengurusan Korporat & Integriti 3 Hari Sukan Negara merupakan salah satu program yang diadakan bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan disamping mewujudkan masyarakat cergas dan aktif. Ia juga bertujuan memupuk dan menyemarakkan semangat perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum selain menggalakkan pembangunan industri sukan negara. Pada sambutan tahun ini pelbagai program serta aktiviti sukan telah diadakan bagi menyemarakkan lagi semangat kesukanan di kalangan rakyat Negeri Perlis. Antara program yang diadakan adalah futsal, Klinik Lawn Bowls OKU, Klinik Ragbi, Klinik Memanah, E-sport dan banyak lagi. Dalam pada itu, telah diadakan perlawanan persahabatan futsal dan bola jaring antara pasukan Pejabat Menteri Besar dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) di UTC Perlis. Turut hadir Ahli-Ahli Parlimen Negeri Perlis, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan serta peserta-peserta sambutan HSN 2023. KANGAR, 14 Oktober 2023 – YB Puan Fadhlina binti Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia telah hadir merasmikan Majlis Sambutan Hari Sukan Negara 2023 Peringkat Negeri Perlis. Turut hadir YB Tuan Wan Zikri Afthar bin Ishak, Ahli Majlis Mesyuatat Kerajaan Negeri Perlis Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan serta YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis dan YB Dato’ Yusran Shah bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. Minda Perlis | Oktober-Disember 2023 Program 4
8 8 8 Sumber : Unit Pengurusan Korporat dan Integriti Majlis Penutup Kejohanan MAKSAK games KANGAR, 29 Oktober 2023 – Majlis Penutup Kejohanan MAKSAK Games–Sepak Takraw Dan Orienteering Malaysia 2023 diadakan setelah berakhirnya Kejohanan MAKSAK-Games Tahun 2023 yang berlangsung selama empat (4) hari bermula 26 Oktober 2023 hingga 29 Oktober 2023. Majlis dirasmikan oleh YBrs. Dr. Faizal bin Kamarudin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan). Kejohanan ini melibatkan semua badan gabungan MAKSAK Malaysia termasuk Majlis Sukan Angkatan Tentera Malaysia, Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia serta Majlis Sukan Penjara. Pada kejohanan kali ini pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menjuarai bagi Pertandingan Sepak Takraw manakala pasukan Negeri Perlis telah memenangi Pertandingan Orienteering Malaysia. Hadir sama Encik Radin Hedly Shah, Setiausaha Agung MAKSAK Malaysia, Agensi Kerajaan Negeri dan wakil-wakil MAKSAK Negeri. Majlis Minda Perlis | Oktober - Disember 2023 5
8 Sumber : Unit Pengurusan Korporat dan Integriti KANGAR, 7 November 2023 – YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis telah hadir ke Majlis Jasamu Dikenang Tahun 2023 Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. Hadir sama YB Tuan Rus’sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Dato’ Yusran Shah bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, YAA Tuan Haji Jaidi bin Ahmad, Ketua Hakim Syarie dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis. Majlis bertujuan memberi penghargaan serta pengiktirafan di atas sumbangan dan khidmat bakti yang telah diberikan oleh pesara kepada perkhidmatan Awam Negeri Perlis dan negara. Majlis ini juga meraikan para pegawai yang telah bertukar daripada Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis. Seramai 35 orang pesara yang telah dan akan bersara sepanjang tahun 2023 disamping 15 orang pegawai yang telah bertukar. Hadir sama YBrs. Dr. Faizal bin Kamarudin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan), Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri Perlis, para Setiausaha Bahagian Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan jemputan. Minda Perlis | Oktober-Disember 2023 Majlis 6
KANGAR, 10 November 2023 – YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis telah merasmikan Karnival Usahawan dan Digital Perlis Tahun 2023. Hadir sama YB Tuan Rus’sele bin Eizan Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Dato’ Yusran Shah bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat UndangUndang Negeri Perlis, YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, YB Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh, Pengerusi MDEC dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis. Antara pengisian karnival yang berlangsung selama tiga (3) hari ini adalah Latihan eUsahawan, pameran usahawan dan digital, padanan perniagaan, Pertandingan eSport, acara fun run, ceramah agama, nyanyian nasyid/ kontemporari, pasar tani, jualan rahmah, food jualan food truck, program derma darah dan pemeriksaan Kesihatan. Karnival ini diadakan untuk menghimpunkan usahawan-usahawan negeri Perlis dan menyampaikan maklumat berhubung bantuan geran, pembiayaan, khidmat nasihat perniagaan daripada pelbagai jabatan dan agensi. Kerajaan Negeri Perlis menggalakkan para usahawan untuk membudayakan penggunaan digital di kalangan usahawan, komuniti dan perkhidmatan kerajaan melalui sesi libat urus dengan penggiat industri digital dari pelbagai bidang. Majlis turut dihadiri oleh YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), YBrs. Dr. Faizal Kamarudin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan), Pengarah-pengarah MRCB, Pengarah Jabil Circuit Sdn. Bhd. serta Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan. Sumber : Unit Pengurusan Korporat dan Integriti 7 Program Minda Perlis | Oktober - Disember 2023
Gua Kelam Sumber : Unit Pengurusan Korporat & Integriti 8 Minda Perlis | Oktober - Disember 2023 Destinasi
Sumber : Unit Pengurusan Korporat & Integriti ARAU, 16 November 2023 – DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Negeri Perlis telah berkenan untuk berangkat ke Majlis Istiadat Pelantikan Dan Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis. Turut berangkat, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis. DYMM Tuanku Raja Perlis telah berkenan menyempurnakan penyampaian Watikah Pelantikan dan menyaksikan lafaz ikrar sumpah jawatan lapan (8) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Perlis bagi memperbaharui tempoh perkhidmatan masing-masing sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (AMMK) Negeri Perlis. ADUN yang dilantik ialah YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis, YB Tuan Muhammad Azmir bin Azizan (AMMK), YB Tuan Izizam bin Ibrahim (AMMK), YB Tuan Megat Hashirat bin Hassan (AMMK), YB Puan Wan Badariah binti Wan Saad, (AMMK), YB Tuan Haji Razali bin Saad (AMMK), YB Tuan Asrul Aimran bin Abd Jalil (AMMK) dan YB Tuan Zikri Afthar bin Ishak (AMMK). Hadir sama ke istiadat angkat sumpah jawatan ini Y.A Dr. Arik Sanusi bin Yeop Johari, Hakim Makhamah Tinggi Kangar, YB Tuan Rus'sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Dato’ Yusran Shah bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat UndangUndang Negeri Perlis dan Sahibus Samahah Prof. Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis. Majlis Istiadat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis Pelantikan Dan Mengangkat Sumpah Jawatan Majlis Minda Perlis | Oktober - Disember 2023 9
Sumber : Unit Pengurusan Korporat dan Integriti KANGAR, 3 Disember 2023 – DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis telah berkenan berangkat ke Majlis Malam Anugerah Kewartawanan Negeri Perlis 2023. Hadir bersama adalah YB Tuan Muhammad Azmir bin Azizan mewakili YAB Menteri Besar Perlis, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis serta Encik Syed Muhammad Azlan bin Syed Hizar, Presiden Persatuan Wartawan Negeri Perlis. Majlis anjuran Persatuan Wartawan Perlis (PWP) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis ini telah dihadiri oleh 15 agensi media di negeri ini. Majlis diadakan bagi menghargai jasa pengamal media di Perlis yang telah membantu menyumbang berita-berita yang mempunyai nilai tinggi dan memberi impak untuk pembangunan negeri. Majlis ini juga dapat menyatukan pengamal media di Negeri Perlis sekali gus mengangkat profesionalisme kewartawanan tempatan. Sebanyak sepuluh (10) anugerah dipertandingkan merangkumi kategori Berita Mandarin Terbaik, Berita Ekonomi Terbaik, Foto Terbaik, Rencana Terbaik, Berita TV Terbaik, DJ Radio Pilihan Terbaik, Pelancongan, Warisan dan Budaya Terbaik, Berita Terbaik, Laporan Khas Terbaik dan Anugerah Utama Keseluruhan. Simbolik perasmian majlis dan penyampaian Anugerah telah disempurnakan oleh DYTM Tuanku Raja Muda Perlis. Minda Perlis | Oktober - Disember 2023 Majlis 10
Sumber : Unit Pengurusan Korporat dan Integriti Galeri Minda Perlis | Oktober - Disember 2023 YB Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar telah melapor diri secara rasmi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis yang baharu berkuastkuasa pada 5 Disember 2023. 11
Minda Perlis | Oktober - Disember 2023 Destinasi Wang Kelian View Point Pemandangan indah dan menawan buat pengunjung terutamanya di waktu matahari mula menyinar. Terletak pada ketinggian 304 meter dari aras laut, pada laluan ke sempadan Malaysia-Thailand. Perjalanan ke sini hanya mengambil masa 30 minit dari bandar Kangar melalui beberapa pekan dan perkampungan dengan suasana yang mendamaikan. adila jan2024 Sumber : Unit Pengurusan Korporat dan Integriti 12
Majlis Perasmian WANG KELIAN, 5 Disember 2023 - YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis hadir merasmikan Program Publisiti Dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pembangunan Wang Kelian, Perlis. Majlis anjuran Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Perlis dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Jabatan Perhutanan Negeri Perlis, Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dan Pejabat Projek Zon Utara (PPZU) adalah bagi hebahan dan publisiti yang bermula pada 4 Disember 2023 dan akan berakhir pada 2 Januari 2024. RKK adalah pelan tindakan pembangunan dan pengurusan bersepadu menepati aspirasi Rancangan Struktur Negeri Perlis dan Rancangan Tempatan MPK bagi pelaksanaan segera serta terperinci yang bercorak tempatan, mempunyai ciri-ciri kepentingan khusus bagi menangani isu spesifik sesuatu kawasan. Penyediaan dokumen Draf RKK Pembangunan Wang Kelian bertujuan menyokong dasar dan strategi selari dengan hala tuju pembangunan Negeri Perlis serta meningkatkan imej sebagai pintu masuk utama sempadan antarabangsa bagi meningkatkan pembangunan ekonomi sekitarnya. Hadir bersama YB Tuan Rus'sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis. WANG KELIAN RKK PEMBANGUNAN PROGRAM PUBLISITI & PENYERTAAN AWAM Sumber : Unit Pengurusan Korporat dan Integriti Pembangunan Minda Perlis | Oktober - Disember 2023 13
Minda Perlis | Oktober - Disember 2023 Pelancongan Majlis PelancaranPerdana Tahun Melawat Melawat Perlis 2024-2025 KANGAR, 7 Disember 2023 - DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil telah berkenan berangkat ke Majlis Pelancaran Perdana Tahun Melawat Perlis 2024-2025 yang berlangsung di Dewan 2020. Hadir sama YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis, YB Tuan Rus'sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis dan YB Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025 adalah program pelancongan khas yang anjuran Kerajaan Negeri Perlis. Penganjuran TMP 2024-2025 adalah bagi mempromosi, menaikkan imej Perlis agar dikenali dengan destinasi pelancongan yang menarik serta meningkatkan bilangan kehadiran pelancong domestik dan antarabangsa ke Negeri Perlis. Ia juga bagi memperkukuhkan jenama produk pelancongan Negeri Perlis merangkumi lokasi dan acara pelancongan, mengetengahkan Negeri Perlis sebagai destinasi pelancongan utama di negara dan meningkatkan pendapatan pemain industri pelancongan negeri seterusnya mengukuhkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi sektor pelancongan. Sumber : Unit Pengurusan Korporat dan Integriti 14 DYTM Tuanku Raja Muda Perlis berkenan menyempurnakan gimik pelancaran Perdana Tahun Melawat Perlis 2024-2025. Si Kentoi telah diperkenalkan sebagai Maskot rasmi TMPs 2024-2025. Pelbagai persembahan telah diadakan semasa majlis antaranya persembahan lagu tema TMPs, Awang Batil, Tayangan video TMPs dan banyak lagi. Turut sama adalah YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, barisan Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis, YBhg. Dato’ Shaharuddin bin Abu Sohol, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Sahibus Samahah Dato' Arif Perkasa Profesor Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis, barisan Ahli Parlimen Negeri Perlis dan para jemputan.
Sumber : Unit Pengurusan Korporat dan Integriti Rakyat Perlis adalah 'duta’ TMPs 2024-2025 Pelancongan Minda Perlis | Oktober - Disember 2023 15
16 Minda Perlis | Oktober - Disember 2023 16
Sumber : Unit Pengurusan Korporat & Integriti 13 KANGAR, 12 Disember 2023 – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis pada kali ini berlangsung selama tiga (3) hari bermula pada 12 sehingga 14 Disember 2023. Sidang dipengerusikan oleh YB Tuan Rus'sele bin Eizan, Speaker DUN dan dihadiri oleh 15 Ahli DUN Perlis. YAB Tuan Mohd Shukri Ramli, Menteri Besar Perlis juga telah membentangkan Belanjawan 2024 Negeri Perlis yang memperuntukkan sejumlah RM293.92 juta merangkumi RM184.64 juta di bawah perbelanjaan mengurus manakala RM109.27 juta di bawah perbelanjaan pembangunan. Selain itu, YAB Menteri Besar mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak setengah bulan gaji tertakluk kepada minimum RM2,000 kepada kira-kira 1,300 penjawat awam negeri. Sidang juga sebulat suara meluluskan usul menzahirkan pendirian Kerajaan Negeri Perlis mengutuk kekejaman rejim Zionis Israel melakukan jenayah kemanusiaan serta penindasan terhadap rakyat Palestin. Hadir sama dalam sidang ini adalah YB Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan. Sidang DUN Minda Perlis | Oktober - Disember 2023 17
CVIA Stakeholders’ Days merupakan kerjasama kolektif antara Kerajaan Negeri Perlis dan Northern Corridor Implementation Authority (NCIA) dengan tujuan mempromosikan Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA). Ia juga untuk memperkukuh agenda negeri untuk menarik pelaburan baharu ke Perlis. Ia adalah platform untuk pelabur berinteraksi dengan pihak berkuasa yang berkaitan dan pada masa yang sama memberi peluang kepada pelabur untuk mendapatkan maklumat mengenai projek dan melihat beberapa plot dan tapak. Pelabur juga diberi taklimat mengenai maklumat berkaitan, keperluan dan insentif pelaburan yang ditawarkan dalam CVIA. Pembentangan telah disampaikan oleh YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan) mewakili kerajaan Negeri Perlis, Encik Zainal bin Abu Kassim, Pengarah Pelaburan NCIA dan Encik Mohd Rushdan bin Mohd Ghazali, Pengarah, Investment Development Board Malaysia (MIDA). CHUPING, 19 Disember 2023 – Program Hari Pihak Berkepentingan CVIA telah berjaya menghimpunkan agensi pelaburan dan 150 pelabur berpotensi terutamanya dalam kumpulan sasarannya seperti tenaga boleh diperbaharui, pembuatan hijau dan industri halal. Terletak di lokasi strategik bersempadan dengan Thailand & menjadi Ahli Segitiga Pertumbuhan Indonesia–Malaysia–Thailand (IMT-GT), CVIA ialah tempat menarik bagi pelabur untuk menubuhkan syarikat dan akan melengkapkan serta memaksimumkan potensi dan peluangnya yang timbul daripada persekitaran. pembangunan khususnya ke Pelabuhan Pedalaman Perlis. YB Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah menghadiri program ini bersama-sama barisan Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Pegawai Kanan NCIA, MIDA dan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis. CVIA Stakeholders’ Day Sumber : Unit Pengurusan Korporat & Integriti Minda Perlis | Oktober - Disember 2023 Pembangunan 18
Sumber : Unit Pengurusan Korporat & Integriti 16 YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis telah hadir ke Majlis Penyerahan Kunci Penempatan Semula Nelayan (PSN) kepada 17 nelayan yang layak bagi fasa 1 di Taman Wang Damai, Kuala Perlis. , Hadir sama adalah YB Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat UndangUndang Negeri Perlis, YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, YB Tuan Asrul Aimran bin Abdul Jalil, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (Perumahan) dan YB Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis. Majlis Penyerahan KANGAR, 20 Disember 2023 – Kerajaan Negeri Perlis dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah membangunkan Projek Penempatan Semula Nelayan (PSN) Fasa I di atas tanah milik Kerajaan Negeri di Kampung Wai, Mukim Kuala Perlis, Perlis. Projek yang menelan kos sebanyak RM10.54 juta di bawah Tabung Khas Perumahan Nelayan (TKPN) merangkumi komponen satu blok rumah kediaman setinggi lima tingkat mengandungi 60 unit rumah beserta surau dan dewan. Tujuan utama pelaksanaan projek ini adalah untuk meningkatkan kualiti hidup nelayan melalui pembinaan rumah dengan prasarana asas yang selesa. Projek ini dikhususkan kepada nelayan Negeri Perlis yang berpendapatan rendah (B40) melalui garis panduan pemilihan yang ditetapkan oleh LKIM. KUNCI PENEMPATAN SEMULA NELAYAN (PS), TAMAN WAI DALAM KUALA PERLIS Pembangunan Minda Perlis | Oktober - Disember 2023 19
20 Sumber : Unit Pengurusan Korporat & Integriti photo by adila1/1/24 Minda Perlis | Oktober - Disember 2023 Destinasi 20
Majlis Sambutan KANGAR, 31 Disember 2023 – Seramai lebih 1,000 rakyat Perlis hadir ke Majlis Sambutan Tahun Baru 2024 dan Himpunan Aid4Palestine yang diadakan di Dewan 2020. Majlis telah dirasmikan oleh YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis dengan kehadiran barisan Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis, ketua-ketua jabatan beserta rakyat Negeri Perlis. Program sambutan yang bersifat ilmiah dan bersederhana ini adalah yang julung kali diadakan bagi menyambut usul Palestin yang telah diluluskan semasa Sidang DUN kali 15. Hadir sama YB Tuan Rus'sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, YAA Tuan Haji Jaidi bin Ahmad, Ketua Hakim Syarie serta Tuan Haji Mohd Nazim Bin Haji Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs). Himpunan Aid4Palestine Antara pengisian sambutan ialah solat Maghrib dan Isyak berjemaah, Tazkirah bersama YBhg. Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary, Pengerusi Khidmat Malaysia, persembahan nasyid, Talk Show 4 Palestine oleh Sahibus Samahah Dato’ Arif Perkasa Profesor Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis dan YB Dr. Muhammad Khalil bin Abdul Hadi, Pengerusi Aid4Palestine Malaysia. Dalam majlis yang sama diadakan penyerahan Streamer Haiyya ‘Ala Solah kepada ketua-ketua Jabatan Negeri. Kemuncak sambutan adalah Tayangan Video Palestin serta tayangan montaj Kerajaan Negeri Perlis dan countdown detik 12.00 malam tahun 2024. 21 Majlis Minda Perlis | Oktober - Disember 2023Sumber : Unit Pengurusan Korporat & Integriti
Minda Perlis | Oktober - Disember 2023 Galeri Kelab Larian Joghathon Tertutup Pejabat SUK Perlis Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan isteri. disertai oleh YB Dato' Yusran Shah bin Mohd Yusof, Sumbangan ahli Kelab kepada anak saudara kepada kakitangan Puan Melati bin Abu Bakar yang kehilangan ibu. Perlawanan Persahabatan Sukan Futsal, Badminton dan Bola Jaring antara Pejabat SUK Perlis & Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC). . Ga l eri Sumbangan derma kilat kepada kakitangan Encik Zuhairi bin Mohd Shahab yang mendapat rawatan lanjut komplikasi kaki dan kepala. Sumber : Kelab PSUKPs 22
Minda Perlis | Oktober - Disember 2023 Integriti 23
24