Edisi Januari - Mac 2024 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis G K Tahniah
ANDA PEGAWAI SUK PERLIS & SUKA MENULIS? Hantarkan artikel anda untuk penilaian, jika terpilih artikel anda dimuatkan di dalam Minda Perlis. Minda Perlis boleh dihubungi melalui: Penerbitan, Unit Komunikasi Korporat (UKK) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Aras 2, Blok B, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri, Persiaran Wawasan, 01000 Kangar, Perlis Tel : 04-9731800 Faks : 04-9738875 Emel : [email protected] Sidang Redaksi PENAUNG PENASIHAT KETUA PENYUNTING PENYUNTING & SUSUN ATUR GRAFIK PENYELARAS JURUGAMBAR YB Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar YBrs. Dr. Faizal bin Kamarudin Encik Ahmad Ibrahim bin Mohd Tayib Cik Nur Adila binti Hamdan Puan Siti Juriana binti Said 1. Encik Mohd Nazreen bin Noor 2. Encik Mohd Taufik bin Abdul Talib MINDA PERLIS adalah terbitan berkala Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (PSUKPs) yang diedarkan secara percuma kepada masyarakat untuk menyampaikan maklumat dan berita terkini berkaitan Pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan Kerajaan Negeri Perlis khasnya. Kandungan SUKPerlisOfficial Sambutan Pelancong Sempena Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025 Majlis Amanat YAB Menteri Besar Perlis Bersama Penjawat Awam Negeri Perlis Tahun 2024 Ev Motorcycle For A Greener and Sustainable Perlis Majlis Townhall YB Datuk Khair Razman bin Mohamed Annuar, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Bersama Penjawat Awam Negeri Perlis Tahun 2024 Majlis Perasmian Penutup Perlis International Sunnah Convention 2024 Majlis Perasmian Karnival Usahawan dan Jualan Mega Madani (KUJMM) 2024 Penyerahan Insentif Sukan Asia dan Para Asia Hangzhou 2022 dan Pelancaran Road To SUKMA dan Para SUKMA Ke-21 Sarawak 2024 Majlis Perasmian Pesta Angin Timur Perlis 2024 Majlis Pemasyhuran Perlis Geopark Sebagai Geopark Kebangsaan Ke-10 Majlis Perasmian Penutup dan Pengurnian Hadiah Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Perlis Tahun 2024M/ 1445H Perasmian Infaq’ Ramadan Tahun 1445H/ 2024M Majlis Iftar Kerajaan Negeri Perlis MATTA Fair 2024 Lensa Program Sambut Pelancong Ke Negeri Perlis Sempena TMP 2024-2025 Lensa Pesta Angin Timur Perlis 2024 3 4 5 6 7 8 9 11 12 13 14 15 16 17 18 Minda Perlis | Januari-Mac 2024
7 Program Program Sambutan Pelancong Sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025 bagi menyambut serta meraikan pelancong dan pelawat yang mengunjungi Perlis telah diadakan di View Point Wang Kelian. Hadir ke program ini adalah YB Tuan Wan Zikri Afthar bin Ishak, ADUN Tambun Tulang, YB Tuan Haziq Asyraf bin Dun, ADUN Beseri, Pegawai-Pegawai Kanan dan kakitangan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis serta Unit Pengurusan Korporat dan Integriti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. PADANG BESAR, 1 Januari 2024 – Program Sambutan Pelancong Sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025 pada hari ini adalah kesinambungan daripada Perasmian Kempen Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025 yang telah disempurnakan oleh DYTM Tuanku Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada 7 Disember 2023 dengan slogan TMPs “Perlis Damai dan Menawan” dengan tagline “Jom Pakat Pi Perlis” dan “Perlis The Undeniable Charm”. Sempena ambutan Pelancong TMPs 2024-2025 Minda Perlis | Januari - Mac 2024 Sumber : Unit Komunikasi Korporat 3
Minda Perlis | Januari-Mac 2024 Sumber : Unit Komunikasi Korporat Beliau berharap jalinan ukhwah dan kerjasama seperti ini dapat diteruskan dan diperkukuhkan pada masa akan datang demi kemakmuran Negeri Perlis. Beliau juga melancarkan Buku Pencapaian Satu Tahun Kerajaan Negeri Perlis yang melaporkan kejayaan yang telah dicapai setelah setahun pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional. Laporan ini menyentuh beberapa unjuran pencapaian yang telah dirangka berdasarkan Manifesto Perikatan Nasional Negeri Perlis. KANGAR, 4 Januari 2024 – YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis hari ini mengadakan satu majlis bersama Penjawat Awam Negeri Perlis. Majlis pembuka tirai 2024 ini adalah platform penting bagi menyampaikan amanat tahun baharu. Hadir sama YB Tuan Rus'sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, Sahibus Samahah Dato' Arif Perkasa Profesor Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis, YAA Tuan Haji Jaidi bin Ahmad, Ketua Hakim Syarie Negeri Perlis dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Majlis “Saya akan membawa keazaman dan kekuatan untuk terus menabur bakti dan jasa agar segala perancangan yang direncanakan bagi memakmurkan rakyat dan negeri sentiasa dipermudahkan dan dapat dijayakan pada tahun ini.” YAB MENTERI BESAR PERLIS TAHUN 2024 BERSAMA Majlis Amanat 4
Majlis Minda Perlis | Januari - Mac 2024 Sumber : Unit Komunikasi Korporat 5 5 ARAU, 23 Januari 2024 – DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis telah berkenan melancarkan “Ev Motorcycle” For A Greener & More Sustainable Perlis di Auditorium Perpustakaan, Tuanku Syed Faizuddin Putra, UniMAP dan menyaksikan Simbolik penyerahan MOU antara MYSUS Auto Tech dengan EBIXON. Smart Leisure & Travels Sdn Bhd, anak syarikat MYUS Group, telah memperkenalkan perkhidmatan sewa motosikal elektrik dan penjualan Motosikal Elektrik jenama EBIXON. Pembukaan pusat sewa motosikal elektrik mulai Februari 2024 ini dapat mempromosi dan menyediakan kemudahan kepada pelancong meneroka dan menikmati keindahan serta keunikan Negeri Perlis. Hadir sama YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis, YB Tuan Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), YB Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis dan YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis. “Ev Motorcycle” For A Greener & More Sustainable Perlis
Sumber : Unit Komunikasi Korporat KANGAR, 25 Januari 2024 – Seramai 664 orang penjawat awam telah hadir ke Majlis Townhall YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Bersama Penjawat Awam Negeri Perlis Tahun 2024. Hadir sama YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, Sahibus Samahah Dato' Arif Perkasa Profesor Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis, YAA Tuan Haji Jaidi bin Ahmad, Ketua Hakim Syarie Negeri Perlis dan YDH DCP Datuk Muhammad bin Abdul Halim, Ketua Polis Negeri Perlis. Dalam majlis, YB Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar telah menzahirkan rasa amat bermakna bersama semua penjawat awam di Negeri ini. Menyampaikan amanat kepada semua penjawat awam di Negeri ini agar bersemangat dalam menetapkan azam tahun 2024. Beliau amat yakin dengan sokongan dan kerjasama semua pihak, segala perancangan yang telah direncanakan untuk memakmurkan rakyat dan negeri sentiasa dipermudahkan dan dapat dijayakan secara bersama dan seterusnya mencapai matlamat yang dihasrat oleh negeri. Peranan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri harus digembeleng secara bersama dalam memastikan aspirasi pembangunan negara tercapai. Hadir sama YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), YBrs. Dr. Faizal bin Kamarudin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan). “Perlu kesedaran pada setiap penjawat awam untuk melakukan perubahan kepada diri sendiri bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik” Minda Perlis | Januari-Mac 2024 Majlis 6
Sumber : Unit Pengurusan Korporat & Integriti KANGAR, 28 Januari 2024 – DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Penutup “Perlis International Sunnah Convention 2024” di Dewan 2020. Hadir sama YB Tuan Muhammad Azmir bin Azizan mewakili Menteri Besar Perlis, YB Tuan Rus'sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat UndangUndang Negeri Perlis, YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, Sahibus Samahah Dato' Arif Perkasa Profesor Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis serta Ahli-Ahli Yang Berhormat. 4 Program ini menyediakan platform kepada masyarakat dan para asatizah untuk mempelajari serta berkongsi ilmu khususnya dalam bidang berkaitan akidah dalam memahami manhaj ahli sunnah wal jamaah. Ia juga mendidik masyarakat dengan budaya ilmu sebagai teras pembinaan jati diri umat Islam berlandaskan Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah dari sudut akidah, ibadah, akhlak dan kepentingan memahami hadis sebagai sumber rujukan terpenting umat Islam selepas Al-Quran berlandaskan prinsip-prinsip ilmu yang digariskan oleh para ulama hadis. Pada majlis tersebut, DYTM Tuanku Raja Muda Perlis telah berkenan mengurniakan cenderahati kepada para pembentang. Antara penceramah jemputan dari dalam dan Luar Negara yang hadir pada kali ini adalah Sheikh Assem Al Hakeem, (Arab Saudi), Dr. Zakir Naik, (India), Dr. Abu Ameenah Bilal Philips, (Kanada), Dr. Muhammad Salah, (Mesir), Sheikh Wasim Kempson, (United Kingdom), dan YBhg. Dato’ Sheikh Hussein Yee, (Malaysia). 2024 PERLIS INTERNATIONAL Majlis Perasmian Penutup 2024 Majlis Minda Perlis | Januari - Mac 2024 Sumber : Unit Komunikasi Korporat 7
Pelancongan ARAU, 24 Februari 2024 - DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail diiringi DYTM Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis berkenan merasmikan Majlis Perasmian Karnival Usahawan dan Jualan Mega Madani (KUJMM) 2024 serta menyampaikan cek bantuan pembangunan dan pembiayaan oleh agensi terbabit kepada usahawan dan koperasi yang layak di Negeri Perlis. KUJMM menawarkan jualan barangan dan perkhidmatan pada harga yang lebih rendah berbanding pasaran selain memperluaskan pemasaran produk usahawan dan koperasi serta menyokong aspirasi Perlis sebagai destinasi tumpuan pelancong sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025. Sebanyak 49 tapak jualan disediakan kepada usahawan, koperasi dan Agro MADANI dengan menawarkan jualan produk dan perkhidmatan termasuk kelengkapan sekolah terus dari kilang, pakej pelancongan, pertanian, food truck dan khemah peniaga FAMA. Hadir sama YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis, YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Tuan Rus'sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha, KUSKOP, YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis dan tetamu jemputan. "Inisiatif jualan itu juga memberikan manfaat terhadap perkembangan perniagaan kepada lebih 221 koperasi dan usahawan,“ - YB Datuk Ewon Benedick Minda Perlis | Januari-Mac 2024 Sumber : Unit Komunikasi Korporat Majlis 8
KANGAR, 29 Februari 2024 – Kerajaan Negeri Perlis hari ini menganjurkan majlis yang julung kalinya menghimpunkan semua atlet yang berjaya daripada pelbagai peringkat umur dan program Pembangunan sukan antaranya Program Pembangunan Majlis Negeri Perlis (Bakat, Pelapis, SUKMA), Jabatan Pendidikan Negeri Perlis (MSSM), Sekolah Sukan Negeri, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis (Paralimpik) serta Persatuan Sukan Orang Pekak Negeri Perlis (SOPMA). YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis menyampaikan Sijil Penghargaan kepada Wakil Atlet Podium Negeri Perlis serta insentif kemenangan kepada atlet penyumbang pingat kepada Malaysia antaranya YBhg. Datuk Abdul Latif bin Romly, Lompat Jauh T20 (Emas), Anis Amira binti Rosdi, Berbasikal (Gangsa), Jariah binti Zakaria, Boling Padang B7 (Gangsa) dan Noor Imanina binti Idris, Lontar Peluru Wanita F20, (Gangsa). Turut dilancarkan Tabung Sukan Negeri Perlis dan Pelancaran Road to SUKMA & Para SUKMA Ke-21 Sarawak 2024 dengan tayangan montaj serta Simbolik Tandatangan Kanvas Sokongan Atlet Perlis. Hadir sama YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), YBrs. Dr. Faizal bin Kamarudin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan), YBrs. Encik Mohd Azraai Zain bin Tusimin, Pengarah Majlis Sukan Negeri Perlis, Ketua-Ketua Jabatan Negeri, Pengurus Pasukan, jurulatih serta barisan atlet Negeri Perlis. Penyerahan Insentif SukanAsia & Para Asia Hangzhou 2022 PelancaranRoad To SUKMA & Para SUKMA Ke-21 Sarawak 2024 Majlis Minda Perlis | Januari - Mac 2024 9
Sumber Gambar : Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Minda Perlis | Januari-Mac 2024 Destinasi Tasik Melati adalah sebuah tasik yang kecil dengan airnya yang cetek. Terdapat lebih daripada 150 buah pulau beting pasir bertaburan di tasik buatan manusia ini. Siarkaki telah dibina merintangi tasik ini bagi membolehkan pengunjung menikmati pemandangan yang menarik. Di sepanjang siarkaki ini juga disediakan tempat beristirehat. Tasik Melati terletak 10km di utara bandar Kangar. Tasik ini sangat unik kerana dihiasi dengan bunga teratai yang terapungapung di atas air tasik. Keadaan lokasi yang menenangkan ini menjadi antara tarikan pengunjung bagi menenangkan fikiran dan berekreasi. Tasik Melati 10 adila.mac2024
ARAU, 2 Mac 2024 – YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis dan isteri YABhg. Puan Najwa binti Othman telah hadir ke Majlis Perasmian Pesta Angin Timur Perlis 2024 di Kampung Lat Seribu, Tambun Tulang, Arau, Perlis. Hadir sama YB Tuan Rus'sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Dato Senator Puan Sarawathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YBhg. Dato' Roslan Tan Sri Abdul Rahman, Ketua Setiausaha, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha, Kementerian Perpaduan Negara, YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Pesta pelancongan yang utama di Perlis ini adalah berasaskan kebudayaan dan mengambil nama sempena peredaran musim daripada sejuk ke musim panas yang dibawa angin dari sebelah Timur ke Negeri Perlis. YAB Menteri Besar Perlis dan tetamu kehormat dibawa menyaksikan acara Pertunjukan Payung Terjun Udara, menangkap itik dan pembuatan Garam Belacan Teramai bagi catatan sejarah Malaysia Book Of Records (MBOR) bersama 1,000 orang peserta. Majlis diserikan dengan gimik perasmian oleh YAB Menteri Besar dengan “Memukoi Padi” serta penyampaian Sijil MBOR. Hadir sama YBrs. Encik Mohd Amran bin Mohd Harris, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), YBhg. Dato' Haji Che Roslan bin Che Daud, Ketua Pengarah, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JKNIN), YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), YBrs. Dr. Faizal bin Kamarudin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan) dan ketuaketua jabatan. Majlis Perasmian Majlis Minda Perlis | Januari - Mac 2024 11
KANGAR, 7 Mac 2024 – DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Pemasyhuran Perlis Geopark Sebagai Geopark Kebangsaan Ke-10 di Taman Eko-Rimba Bukit Ayer. Pemasyhuran Perlis Geopark telah disempurnakan oleh DYTM Tuanku Raja Muda Perlis dengan simbolik menarik stiker di atas plague pemasyhuran yang beralaskan Batu Kapur dan Kayu Jati. Batu Kapur yang dibuat keratan gilapan ini adalah batuan berasal dari bumi Perlis. Penggunaan Mineral Batu Kapur dan Kayu Jati (Tectona Grandis) pada majlis ini adalah bagi menonjolkan usaha kelestarian alam sekitar dan kemampanan Pembekal kepada industri seterusnya menyokong sumber ekonomi negeri. Kayu Jati menjadi pilihan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) berdasarkan hasil kajian yang telah dilaksanakan sejak 1974 memperlihatkan kesesuaian spesis Perladangan hutan di Negeri Perlis. Hadir sama YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis, YB Tuan Rus'sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Dato’ Sri Huang Tiong Sii, Timbalan Menteri, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), YB Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri. P Pemasyhuran erlis eopark Sebagai Geopark Kebangsaan Ke-10 Sumber : Unit Komunikasi Korporat Minda Perlis | Januari-Mac 2024 Majlis 12 09 November 2023 Geopark Kebangsaan ke-10 markah 92.96%
Majlis Perasmian Penutup dan Pengurnian Hadiah KANGAR, 7 Mac 2024 – Majlis yang berlangsung di Dewan Warisan Kangar, Perlis ini telah disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail. Turut berangkat DYTM Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Majlis yang merupakan acara rasmi negeri ini mensyiarkan Al-Quran serta meningkatkan pengetahuan dan menanamkan rasa cinta masyarakat Islam terhadap kitab suci Al-Quran. Johan Qari dimenangi oleh Encik Khalil Khusairi bin Zainol dan Johan Qariah Puan Norsyafirah binti Jusoh manakala Johan Hafazan Al-Quran 30 Juzuk kategori lelaki telah dimenangi oleh Encik Muhammad Zawawi bin Dun manakala kategori wanita disandang oleh Cik 'Ainul Mursyidah binti Khairul Azhar. Johan Tilawah dan Hafazan Al-Quran akan mewakili Negeri Perlis ke Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan tahun 2024M/ 1445H yang akan diadakan di Negeri Pahang. Hadir sama YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis dan isteri , YB Tuan Rus’sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Datuk Seri Hj Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis serta Ahli-Ahli Yang Berhormat. TILAWAH & HAFAZAN AL-QURAN NEGERI PERLIS 2024M/1445H Majlis Minda Perlis | Januari - Mac 2024 Sumber : Unit Komunikasi Korporat 13
KANGAR, 11 Mac 2024 – YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis hadir bagi menyampaikan sumbangan berupa makanan asas Sempena Ramadan kepada 750 orang yang terdiri daripada 15 kawasan Dewan Undangan Negeri Perlis. Majlis anjuran Perbadanan Menteri Besar Perlis (MBI) dan Mutiara Perlis Sdn. Bhd. (MPSB) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis di bawah tajaan Global Muslims In Need Foundation (GMINF) ini dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif bagi mengumpul sumbangan Infaq Ramadan serta menampung perbelanjaan Iftar Ramadan tahun 1445H/ 2024M. Turut hadir YB Tuan Rus'sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis serta Ahli-Ahli Yang Berhormat. dan Pegawai-Pegawai Kanan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. Ramadan Tahun 1445H/ 2024M Minda Perlis | Januari-Mac 2024 Majlis 14
Majlis IFTAR KERAJAAN NEGERI PERLIS Majlis Minda Perlis | Januari - Mac 2024 Sumber : Unit Komunikasi Korporat 15 KANGAR, 21 Mac 2024 – DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, dan DYTM Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, telah berkenan berangkat ke Majlis Iftar Kerajaan Negeri Perlis di Dewan Warisan, Kangar. Hadir sama YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis, YB Tuan Rus’sele Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri serta YB Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. Majlis dimulakan dengan penyampaian sumbangan oleh YAB Menteri Besar Perlis kepada kepada 64 anak yatim. DYTM Tuanku Raja Muda Perlis telah berkenan menyempurnakan simbolik pelancaran Majlis Iftar Kerajaan Negeri Perlis diikuti santapan dan jamuan berbuka puasa. Baginda berdua turut berkenan menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah di samping mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Sahibus Samahah Dato’ Arif Perkasa Prof. Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis.
16 16 KUALA LUMPUR, 22 Mac 2024 – DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, dan DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil menyempurnakan Majlis Perasmian MATTA Fair 2024, pameran pelancongan pengguna dwitahunan terbesar Malaysia di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. Lebih 300 agensi pelancongan, pengendali pelancongan, pertubuhan pelancongan negeri, pertubuhan pelancongan kebangsaan dan syarikat penerbangan terkemuka menawarkan pelbagai produk pelancongan. Pada hari seterusnya Baginda berdua telah berkenan menyaksikan Majlis Menandatangani MOU di antara Syarikat Harumango dan Smart Leisure Travel serta Antar Holiday. Ladang Harumango yang terletak di Bukit Chuping, Perlis adalah Ladang Harumanis Gred Premium yang akan dibuka setiap hari kepada umum bermula 1 April 2024 hingga 30 Jun 2024. Perjanjian ini membolehkan pelaksanaan Pakej lawatan dua (2) hari satu (1) malam ke Ladang Harumango bagi mempromosikan Perlis Eko Tourism bersempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025. Platform utama bagi mempromosikan destinasi dan produk pelancongan negeri sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025. Perlis Destinasi Kegemaran Malaysia MATTA iktiraf “Jom Pakat Mai Perlis” Minda Perlis | Januari-Mac 2024 Majlis Sumber : Unit Komunikasi Korporat
View Point Wang Kelian Jeti Kuala Perlis Gua Kelam Lensa Program SambutPelancongKe Negeri Perlis SempenaTahunMelawatPerlis 2024-2025 1 Januari2024 View Point Wang Kelian View Point Wang Kelian Jeti Kuala Perlis View Point Wang Kelian Lensa Minda Perlis | Januari - Mac 2024 Sumber : Unit Komunikasi Korporat 17
Pertunjukan Payung Terjun Pertandingan Menangkap Itik Senamrobik Fancy Run Bersama YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis. 18 Sumber : Unit Komunikasi Korporat Minda Perlis | Januari-Mac 2024 Lensa
Integriti 19
20 Sesi Penilaian Aspiring Perlis Geopark Ke Arah Penarafan Kebangsaan telah diadakan pada 4 September 2023 hingga 7 September 2023. Perlis Geopark merangkumi keseluruhan Negeri Perlis yang merupakan negeri paling utara di bahagian pantai barat Semenanjung Malaysia iaitu pada kedudukan 6° 15” N hingga 6° 45” N dan 100° 5” E hingga 100° 25” E. Luas kawasan Perlis Geopark ialah 1,001 km². Keluasan kawasan projek geopark ini meliputi keseluruhan tanah daratan Negeri Perlis seluas 819 km² dan kawasan luar pantai seluas 182 km² (3 batu nautika daripada garis pantai). Geopark ini terletak di bahagian paling utara Semenanjung Malaysia, bersempadan dengan negara Thailand di bahagian utara, dan dengan negeri Kedah di bahagian selatan. Wilayah Satun yang bersempadan dengan Perlis Geopark merupakan geopark bertaraf global yang dikenali sebagai Satun UNESCO Global Geopark, dan di barat Perlis Geopark terdapat satu lagi geopark global iaitu Langkawi UNESCO Global Geopark. Geopark Kebangsaan Ke-10 ΄PERLIS GEOPARK΄ adila.mac2024 Sumber Gambar : Bahagian Perancang Ekonomi Negeri