The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

2021 - eBook_Rahsia Perlis Perangi Covid 19

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Unit Pengurusan Korporat & Integriti, SUK Perlis, 2021-10-26 04:44:08

2021 - eBook_Rahsia Perlis Perangi Covid 19

2021 - eBook_Rahsia Perlis Perangi Covid 19

‘Rahsia Perlis Perangi Covid-19’ :
Sebuah catatan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

PRAKATA

Catatan ini adalah sebagai sebuah
tanda ingatan masa hadapan
tentang segala pengalaman, usaha
penat lelah serta perjuangan yang
tidak akan terhenti dalam satu era
PEPERANGAN menentang musuh
yang tidak dapat dilihat tetapi bisa
membunuh manusia dan menggugat
dunia…

“Please listen, understand, and let’s move forward for the sake of
Perlis and Malaysia. We are responsible to the nation based on the

decision made earlier by our leaders in this country.
I pray to Allah for the success of all projects agreed to be implemented

in Perlis as planned.” (10 Mac 2021)

YB Azman bin Mohd Yusof
Setiausaha Kerajaan Negeri

PERLIS
(Selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPB) Negeri Perlis dan

Pengerusi Pasukan Petugas Imuninasi Covid-19 (CITF) Negeri Perlis)

1

‘Rahsia Perlis Perangi Covid-19’ :
Sebuah catatan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

“Ramai yang kata jangan lupa sejarah … tetapi ramai yang tidak
faham bahawa sejarah bercakap tentang masa depan.” (24 Mei 2021)

MENYINGKAP KEMBALI SITUASI PANDEMIK COVID-19 DI PERLIS
Pandemik Covid-19 telah dikenalpasti bermula di bandaraya Wuhan,
China dan seterusnya merebak ke seluruh dunia pada pertengahan
bulan Disember 2019. Virus ini mula menular di Malaysia pada 23
Januari 2020 yang mana kes pertama dilaporkan membabitkan tiga
warga China yang memasuki Malaysia melalui Johor daripada
Singapura. Selepas itu, virus ini merebak dengan pantas. Virus ini
kemudian mula dikesan di Perlis pada bulan Mac 2020.
Mengikut maklumat terkini, sehingga 30 Jun 2021, sebanyak 751,979
jumlah kes keseluruhan yang telah direkodkan di seluruh negara
dengan jumlah kematian adalah 5,170 orang atau 0.69%.

2

‘Rahsia Perlis Perangi Covid-19’ :
Sebuah catatan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

Manakala bagi negeri Perlis pula, sehingga 30 Jun 2021 sebanyak
594 kes terkumpul telah dilaporkan atau 0.08% daripada jumlah
keseluruhan kes dalam negara. Manakala, 8 kes kematian daripada
5,170 atau 0.15% jumlah kes kematian seluruh negara

Jika dilihat secara terperinci jumlah kes yang berlaku di Perlis,
daripada 594 kes keseluruhannya, hanya 21 kes tempatan aktif dan
2 adalah kes import aktif. Perlis juga mencatatkan jumlah kes sembuh
yang tinggi iaitu 561 kes.

Walaupun jumlah kes jangkitan di negeri Perlis ini kecil, dan ada yang
mengatakan bahawa disebabkan saiz negeri Perlis yang kecil, jadi
lebih mudah untuk mengawal pandemik ini, namun ingin saya tegaskan
di sini bahawa jangkitan Covid-19 ini tidak mengenal negeri besar
atau kecil dan kita tidak boleh mengambil mudah tentang perkara ini.

Saya boleh katakan bahawa disebabkan saiz negeri Perlis yang kecil
inilah, maka jangkitan Covid-19 lebih mudah merebak ke seluruh
negeri. Maka itu, pengurusan kawalan terhadap perebakan wabak
Covid-19 di negeri ini perlu dirancang dan dilaksanakan dengan lebih
tersusun dan berkesan.

Saya ingin menyorot kembali apabila pandemik mula tercetus dalam
negara dan tersebar ke negeri Perlis bulan Mac 2020, khususnya
daripada kluster tabligh Masjid Sri Petaling. Kerajaan Negeri telah
mengambil tindakan pantas dengan membuka operasi satu pusat
kuarantin di Dewan 2020, Kangar bagi pengasingan individu yang
disyaki terjangkit serta menilai risiko jangkitan Covid-19 ini. Ketika itu,
kita belum ada pengalaman, malah belum ada satu mekanisme yang
boleh dijadikan panduan mengenai pembukaan pusat kuarantin untuk
menempatkan individu yang disyaki terkena jangkitan Covid-19.

3

‘Rahsia Perlis Perangi Covid-19’ :
Sebuah catatan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

Pada ketika sempadan negara ditutup apabila penguatkuasaan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Kerajaan Negeri berhubung
rapat dengan pihak Wisma Putra, terutamanya Konsulat Malaysia di
Thailand untuk memudahkan kebenaran masuk atau kepulangan
rakyat Perlis melalui pintu-pintu masuk sempadan negara di Padang
Besar dan Wang Kelian.
Cabarannya adalah apabila kemudahan ini bergantung kepada
arahan semasa Kerajaan Thailand pada ketika itu kerana ianya bukan
sahaja melibatkan kepulangan rakyat Malaysia, tetapi juga
melibatkan kepulangan rakyat Thailand yang ingin kembali ke negara
mereka. Hubungan kerjasama sempadan yang baik oleh Kerajaan
Negeri dengan pihak Thailand yang sedia terjalin sebelum ini telah
memudahkan urusan keluar-masuk individu samada rakyat Perlis atau
rakyat Thailand.

4

‘Rahsia Perlis Perangi Covid-19’ :
Sebuah catatan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

Penglibatan pihak swasta juga dapat dilihat bagi memudahkan proses
kuarantin di negeri Perlis. Kerajaan Negeri juga telah memohon
kerjasama daripada Hotel Putra Brasmana, Kuala Perlis dan Hotel Seri
Malaysia, Kangar untuk dijadikan pusat kuarantin bagi individu yang
tidak berhasrat untuk mengkuarantin diri di Dewan 2020, Kangar
dengan dikenakan bayaran seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan.

5

‘Rahsia Perlis Perangi Covid-19’ :
Sebuah catatan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

Dalam hal yang demikian, tanpa banyak birokrasi, saya
berpandangan dan percaya langkah awal yang proaktif dan
tindakan pantas tersebut telah memberikan impak yang besar kepada
kawalan penularan Covid-19 di Perlis sehingga kini.

Selain itu, 112 orang daripada 10,000 orang jemaah yang terlibat
dalam ijtimak tabligh di Masjid Sri Petaling yang terdiri daripada
penduduk Perlis yang pulang ke negeri ini telah ditegah hadir ke
masjid, solat berjemaah dan solat sehingga mereka menjalani proses
kuarantin dan pemeriksaan kesihatan di Dewan 2020.
Susulan itu, semua aktiviti berkumpulan di masjid termasuk solat
berjemaah dan solat Jumaat dihentikan seketika selama tempoh 14
hari nermula 16 Mac 2020 hingga 29 Mac 2020, selaras dengan
menjunjung titah DYTM Tuanku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan
Adat Istiadat Negeri Perlis (MAIPs). Perlis merupakan negeri yang
awal mengambil langkah penutupan masjid ini bagi mengelakkan
penularan jangkitan di kalangan para Jemaah.

6

‘Rahsia Perlis Perangi Covid-19’ :
Sebuah catatan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

Tindakan pantas Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Khas
Keselamatan Negeri (JKKN) sekali lagi diterjemahkan dengan
keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan
Diperketatkan (PKPD) di Kampung Kuala Sanglang dan Kampung
Tanah Timbul di Sanglang pada 8 Ogos 2020 hingga 4 September
2020 apabila terdapat rangkaian 20 kes Covid-19 kluster ‘person
under investigation’ (PUI) Sivagangga.

7

‘Rahsia Perlis Perangi Covid-19’ :
Sebuah catatan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

Justeru, tindakan pantas Kerajaan Negeri yang telah memohon
kepada Kerajaan Persekutuan bagi melaksanakan Perintah Kawalan
Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ini berjaya mengekang penularan
pandemik ini apabila Kerajaan Negeri terus melaksanakan proses
saringan ke atas sejumlah 872 orang penduduk di kedua-dua
kampung tersebut.

Sekatan jalan raya (SJR) yang dibuat di 3 buah laluan keluar masuk
awam ke Kuala Sanglang termasuk laluan bendang yang
menghubungkan kampung terlibat dengan negeri Kedah telah berjaya
mengekang penularan yang lebih besar ke seluruh negeri Perlis. SJR
oleh pihak berkuasa (PDRM, ATM, Rela) ini berjumlah hampir 65 orang,
khusus ditugaskan di Kuala Sanglang pada ketika itu.

Langkah kawalan dan tindakan yang dilaksanakan ini amat penting
kerana dalam konteks negeri Perlis yang kecil dengan jarak
perjalanan yang pendek oleh pergerakan individu disyaki kontak
rapat, 10 kes ini sekiranya tidak dikawal sepenuhnya boleh merebak
ke seluruh negeri Perlis dalam tempoh masa satu hari sahaja.

8

‘Rahsia Perlis Perangi Covid-19’ :
Sebuah catatan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

Saya juga percaya, berikutan dengan situasi kawalan yang baik
daripada Kerajaan Negeri untuk mengawal penularan Covid-19 ini,
negeri Perlis termasuk Pahang dan Kelantan telah diberi
penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)
berbanding negeri-negeri lain yang dikuatkuasakan Perintah Kawalan
Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai 9 November 2020 sehingga 6
Disember 2020.
Seterusnya, Perlis juga menjadi satu-satunya negeri yang dilaksanakan
PKPP berbanding negeri-negeri lain yang dilaksanakan PKPB bermula
19 Februari sehingga 4 Mac 2021.
Bukan mudah bagi kita untuk mencapai negeri zon hijau tanpa
perancangan awal yang pantas dan berkesan daripada semua pihak
pada ketika itu termasuklah kejayaan pematuhan Prosedur Operasi
Standard (SOP) yang ketat seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan
serta penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa.

9

‘Rahsia Perlis Perangi Covid-19’ :
Sebuah catatan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

“Bermuafakatlah dalam menyelesaikan sesuatu isu dan bukan
bersekongkol untuk menggagalkan usaha yang baik.” (31 Mei 2021)

PENDEKATAN KERAJAAN NEGERI PERLIS DALAM KAWALAN PENULARAN
PANDEMIK COVID-19

Secara umumya, saya berpandangan bahawa kesedaran terhadap
pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan kawalan kendiri
pencegahan pandemik Covid-19 ini begitu tinggi di kalangan
penduduk Perlis.
Sejak dikuatkuasakan PKP dilaksanakan di negeri Perlis, laporan yang
diterima daripada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) melalui
Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) adalah pada tahap
yang amat baik dalam pematuhan SOP. Disiplin kendiri dalam
mematuhi SOP adalah penting untuk mengekang penularan Covid-19.

10

‘Rahsia Perlis Perangi Covid-19’ :
Sebuah catatan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

Semasa PKP dikuatkuasakan pada 22 Januari 2021 sehingga 4
Februari 2021 yang lalu, pematuhan PKP di negeri Perlis yang
dilaporkan oleh pihak berkuasa adalah mencapai sehingga 97% dan
jauh lebih baik berbanding semasa musim cuti sekolah pada bulan
Disember 2020. Saya ucapkan syabas dan terima kasih kepada
penduduk negeri Perlis dan berharap agar perkara ini dapat
diteruskan.

Malah, pada satu ketika, Perlis telah diisytiharkan sebagai negeri zon
hijau sejak 23 April 2020 selama tempoh 28 hari apabila tiada kes
aktif dicatatkan. Ketika itu hanya 18 kes positif Covid-19 dicatatkan
sahaja.
Namun demikian, keadaan tidak kekal. Setelah hampir 4 bulan tidak
mencatatkan kes baharu, Perlis kembali menjadi zon kuning setelah
mencatatkan 1 kes baharu pada 29 Julai 2020.

11

‘Rahsia Perlis Perangi Covid-19’ :
Sebuah catatan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

Pada 13 Mac 2021, kes positif Covid-19 di negeri Perlis naik
mendadak apabila sebanyak 29 kes dikesan daripada pengesanan
aktif di Depoh Tahanan Imigresen (DTI), Jabatan Imigresen, Kompleks
Kementerian Dalam Negeri (KDN). Walau bagaimana pun tindakan
pro-aktif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama jentera
Kerajaan di peringkat negeri dan persekutuan dalam menjalankan
langkah pencegahan dan kawalan telah memberikan perkembangan
yang baik apabila tiada kes baharu dilaporkan di negeri Perlis pada
14 Mac 2021.

Sehingga 30 Jun 2021, kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-
Naught (Ro/Rt) mengikut kes seharian di negeri Perlis adalah 0.84
berbanding Ro/Rt seluruh negara pada kadar 1.05. Kadar Rt
terendah seluruh negara yang pernah direkodkan sejak PKP bermula
13 Januari 2021 ialah 0.81 adalah pada 3 Mac 2021 yang lalu.

Kerajaan Negeri amat prihatin dan menyedari kesulitan yang
dihadapi oleh rakyat dalam menghadapi situasi pandemik Covid-19
ini. Pada masa yang sama juga, kawalan penularan melalui
penguatkuasaan SOP PKP terus ditingkatkan dengan mengambil kira
situasi kebolehjangkitan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Di antara inisiatif, program dan pendekatan yang dilaksanakan seiring
dengan inisiatif di peringkat persekutuan dalam mengawal penularan
pandemik ini adalah melalui aktiviti-aktiviti seperti berikut :-

Belanjawan Negeri Perlis Tahun 2021 mengambil kira impak
penularan Covid-19 seperti Program Agihan Makanan Asas
(PAMA) kepada golongan sasar;

12

‘Rahsia Perlis Perangi Covid-19’ :
Sebuah catatan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

Kempen Pembudayaan Norma Baharu Covid-19 Negeri Perlis
yang dilancarkan oleh YAB Menteri Besar pada 3 Disember
2020;
Penglibatan Komuniti melalui Program Agen Basmi Covid-19
(ABC19) dengan memperkasa pemimpin masyarakat di
peringkat komuniti termasuk Jawatankuasa Pembangunan dan
Keselamatan Kampung (JPKK) dan sukarelawan yang menjadi
agen perubahan yang menyebarkan amalan norma baharu
dalam masyarakat;
Pertandingan Komuniti Zon Hijau dilaksanakan di peringkat
negeri Perlis menerusi 2 kategori penyertaan iaitu kategori
bandar yang diterajui oleh Bahagian Kerajaan Tempatan (BKT)
dan kategori luar bandar oleh Bahagian Pentadbiran Daerah
(BPD);

13

‘Rahsia Perlis Perangi Covid-19’ :
Sebuah catatan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

Aktiviti pemeriksaan dan pematuhan SOP melalui pemantauan
harian oleh pihak berkuasa termasuk Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT) di premis-premis tumpuan awam;
Operasi pasar malam sedia ada di bawah Majlis Perbandaran
Kangar (MPK) diubah ke sesi pagi dan akan beroperasi
sebagai pasar pagi. Namun begitu, sebarang permohonan
permit baharu bagi penganjuran aktiviti pasar malam, pasar
pagi, pasat tani dan bazar jualan adalah dibekukan
sepanjang tempoh PKP;
Program sanitasi awam yang dijalankan oleh Jabatan Bomba
dan Penyelamat Malaysia (JPBM) di premis-premis yang
berisiko;
Kaedah pembelajaran melalui ‘Perlis Online Teaching’ sebagai
medium program pengajaran dan pembelajaran di rumah dan
mengoptimakan 13 buah Pusat Internet Komuniti yang turut
digunakan sebagai pusat pembelajaran secara dalam talian;

14

‘Rahsia Perlis Perangi Covid-19’ :
Sebuah catatan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

Ujian saringan Covid-19 dilaksanakan ke atas individu yang
melaporkan diri kepada Bilik Gerakan Jabatan Kesihatan
Negeri Perlis bagi yang mempunyai sejarah perjalanan dari
Zon Merah sekiranya pulang ke negeri Perlis;
Pasukan Task Force Operasi Pematuhan dan Ops Benteng oleh
pihak berkuasa yang melibatkan 144 orang anggota
memantau aktiviti-aktiviti di seluruh negeri;

Menerima pandangan rakyat bahawa penganjuran program
utama negeri Perlis seperti Pesta Angin Timur (Februari/Mac
2021), Perlis Marathon (April 2021) dan Pesta Air
(Oktober/November 2021) tidak dilaksanakan secara fizikal
seperti tahun-tahun sebelum ini selaras dengan pematuhan SOP
PKP;

15

‘Rahsia Perlis Perangi Covid-19’ :
Sebuah catatan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

Jawatankuasa-jawatankuasa dalam Kerajaan Negeri seperti
Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN),
Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPB) Negeri Perlis dan
lain-lain jawatankuasa termasuk badan-badan bukan
Kerajaan (NGOs) memberi tumpuan yang lebih aktif mengikut
peranan dan fungsi masing-masing menangani penularan
Covid-19;

Arahan bekerja dari rumah atau penggiliran tugas bagi sektor
awam dengan hanya melibatkan 20% kehadiran kakitangan
agar perkhidmatan Kerajaan tidak terjejas; dan
Penguatkuasaan SOP PKP yang berterusan oleh semua pihak
berkuasa ke atas semua sektor seperti yang dikeluarkan oleh
Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipersetujui di
peringkat negeri Perlis melalui Jawatankuasa Khas
Keselamatan Negeri (JKKN) Negeri Perlis yang dipengerusikan
oleh YAB Menteri Besar Perlis.

16

‘Rahsia Perlis Perangi Covid-19’ :
Sebuah catatan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

“Tiada guna berbangga dengan idea, tanpa pelaksanaan
yang berkesan.” (30 April 2021)

PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN (PICK) DI NEGERI PERLIS
Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Fasa 1 telah
dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 24 Februari
2021. Melalui program ini, strategi Kerajaan adalah memastikan
sebanyak mungkin rakyat Malaysia menerima vaksin Covid-19 bagi
menyelamatkan nyawa semua rakyat Malaysia dalam tempoh secepat
yang mungkin.
Melalui PICK juga, pendekatan menyeluruh Kerajaan dan masyarakat
atau pendekatan ‘Whole-of-Government and Whole-of-Society’ telah
diguna pakai yang melibatkan pelbagai Kementerian dan Agensi
Kerajaan, Kerajaan Negeri, Badan Bukan Kerajaan (NGO), pihak
swasta dan anggota masyarakat bagi memastikan program ini

17

‘Rahsia Perlis Perangi Covid-19’ :
Sebuah catatan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

mencapai matlamat yang disasarkan. Pendekatan menyeluruh
Kerajaan dan masyarakat akan melibatkan pelbagai pihak yang
merangkumi usaha advokasi dan khidmat nasihat sokongan dalam
proses pelaksanaan PICK di seluruh negara.

Proses pelaksanaan vaksinasi Covid-19 di bawah PICK dilaksanakan
melalui proses pendaftaran dan temujanji vaksinasi, penetapan lokasi
dan pembukaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara dan
pemantauan kesan vaksinasi.

18

‘Rahsia Perlis Perangi Covid-19’ :
Sebuah catatan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

Punca Kuasa dan Tanggungjawab Kerajaan Negeri melalui
Jawatankuasa:

Tanggungjawab Kerajaan Negeri dalam menjayakan PICK ini
telah ditetapkan melalui arahan daripada Sidang Khas Majlis
Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh YAB
Perdana Menteri Malaysia.
Punca kuasa pelaksanaan di peringkat negeri telah ditetapkan
melalui Mesyuarat Sesi Libat Urus Peringkat Agensi Persekutuan
Covid-19 Immunisation Task Force (CITF) Bil. 1/2021 pada 26
Februari 2021 untuk memaklum dan menyelaraskan mekanisme
pengurusan CITF di peringkat persekutuan, negeri dan daerah di
seluruh negara.
Melalui keputusan ini, pembahagian tugas CITF di setiap negeri
telah ditetapkan mengikut keperluan pengurusan di jabatan dan
agensi Kerajaan di peringkat negeri dan daerah. Contohnya, di
antaranya, pengurusan logistik diletakkan di bawah Kementerian

19

‘Rahsia Perlis Perangi Covid-19’ :
Sebuah catatan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

Kesihatan Malaysia (KKM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM),
pengurusan PPV Negeri di bawah Setiausaha Kerajaan (SUK)
Negeri dan pengurusan keselamatan di bawah Polis DiRaja
Malaysia (PDRM). Jawatankuasa CITF di peringkat negeri boleh
disesuaikan berdasarkan ‘best practices’ di negeri bagi setiap
pembahagian tugas pengurusan.

Punca kuasa tindakan di peringkat Kerajaan Negeri Perlis adalah
selaras dengan keputusan Sidang Darurat MKN yang diadakan
pada 8 Februari 2021, bahawa pelaksanaan PICK ditetapkan
melalui struktur di bawah Jawatankuasa Keselamatan Negeri
(JKKN) yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Perlis.

Melalui Arahan No. 20 MKN (Dasar dan Mekanisme Pengurusan
Bencana) yang dilaksanakan melalui Jawatankuasa Pengurusan
Bencana Negeri (JPBN) jelas menerangkan kejadian bencana
wabak penyakit dan langkah kesiapsiagaan melalui kesedaran
dan pendidikan awal dengan pembentukan CITF Negeri Perlis
yang dipengerusikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

20

‘Rahsia Perlis Perangi Covid-19’ :
Sebuah catatan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

Struktur pelaksanaan di peringkat negeri Perlis ini telah
dilaporkan kepada Kerajaan Persekutuan melalui Mesyuarat
Bertindak PICK Peringkat Negeri Perlis bersama YB Khairy bin
Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi sebagai
Pengerusi Jawatankuasa Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) pada 27
Mac 2021 dan Sesi Libat Urus Jawatankuasa Teknikal Pengurusan
Darurat Covid-19 oleh YB Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-
Undang).

Mekanisme pelaksanaan tindakan melalui jangkau komuniti (outreach):

PICK yang dilaksanakan oleh Kerajaan mensasarkan seramai 80%
penduduk Malaysia mendapat suntikan vaksin Covid-19 melalui
proses-proses pendaftaran yang ditetapkan iaitu melalui aplikasi
MySejahtera, laman sesawang vaksincovid.gov.my, talian hotline
1-800-888-828, pendaftaran di fasiliti kesihatan dan swasta,
dan program bantuan (outreach) bagi kawasan luar bandar dan
pendalaman.

21

‘Rahsia Perlis Perangi Covid-19’ :
Sebuah catatan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

Namun demikian, cabaran pelaksanaan PICK yang perlu diambil
perhatian oleh CITF Negeri Perlis adalah pendaftaran vaksinasi
yang rendah, keraguan terhadap vaksin dan kumpulan anti-
vaksin serta keupayaan pendaftaran yang perlu dibuat secara
kaedah manual oleh struktur jentera Kerajaan Negeri sedia ada
iaitu melalui Bahagian Pentadbiran Daerah (BPD) dengan
kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan
Kampung (JPKK), yang bersesuaian dengan ‘best practices’ di
peringkat negeri Perlis.
CITF Persekutuan juga telah melantik Agensi Pengurusan Bencana
Negara (NADMA) untuk menyelaras program jangkau komuniti
(outreach) dengan melibatkan struktur jawatankuasa yang diguna
pakai semasa pengurusan bencana di peringkat negeri iaitu
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dengan
penglibatan pelbagai Kementerian, Jabatan, Agensi dan NGO.

Di negeri Perlis, program ini diterajui oleh Angkatan Pertahanan
Awam (APM) Negeri Perlis selaku Agensi Peneraju dan MKN
selaku Agensi Peneraju Utama seperti mana yang ditetapkan
dalam Arahan MKN No. 20.

22

‘Rahsia Perlis Perangi Covid-19’ :
Sebuah catatan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

Dalam pendekatan khusus program jangkau komuniti (outreach)
ini, sasaran yang ingin dicapai adalah menyebarkan kepentingan
vaksin Covid-19 seterusnya membantu orang ramai di luar
bandar yang tidak mempunyai capaian internet yang baik,
kurang kemahiran menggunakan aplikasi MySejahtera dan
golongan rentan di negeri Perlis untuk pendaftaran vaksinasi.

Mengikut perancangan melalui Pelan Strategi CITF Negeri Perlis
yang dirangka, program jangkau komuniti (outreach) ini akan
diteruskan sehingga sasaran vaksinasi dicapai iaitu 80% jumlah
penduduk di negeri Perlis seperti mana yang ditetapkan oleh
Kerajaan Persekutuan bagi mencapai imuniti kelompok.

Melalui program jangkau komuniti ini (outreach), skop dan
tanggungjawab CITF Negeri Perlis adalah turun ke akar umbi
bagi menerangkan faedah PICK dan mendapatkan suntikan
vaksin, memastikan golongan sasaran mempunyai kesedaran dan
kemampuan untuk mendaftar dan mengetahui tarikh temujanji
samada secara sendiri atau melalui waris, penjaga, penghulu,
JPKK atau pihak ketiga yang lain.

23

‘Rahsia Perlis Perangi Covid-19’ :
Sebuah catatan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

Gerak kerja CITF Negeri Perlis ini dilaporkan kepada CITF Pusat
pada kekerapan seminggu sekali oleh APM Negeri Perlis kepada
NADMA. Arahan NADMA ini telah dibentangkan kepada CITF
Negeri Perlis dalam Mesyuarat Khas Bencana Pusat bulan Mei
2021.
Terdapat juga arahan daripada Ibu Pejabat APM yang perlu
dilaksanakan oleh APM Negeri Perlis melalui Sistem TracAPM
iaitu APM atau sukarelawan akan turun ke lapangan untuk
memberi kesedaran kepada golongan sasaran iaitu warga emas,
penduduk yang tidak mempunyai akses internet dan telefon
pintar dan kawasan terpinggir (outskirt area). Program ini juga
sebahagian daripada tindakan di bawah Agen Basmi Covid-19
(ABC19) yang dilaporkan dalam Mesyuarat CITF Negeri Perlis.

Program Jangkau Komuniti (outreach) yang telah dilaksanakan:

a) Masjid Al-Hakam, Kok Klang, Chuping pada 29 Mei 2021;
b) Dewan Orang Ramai, Kg. Tersusun, Batu 20, Titi Tinggi pada 4

Jun 2021;

24

‘Rahsia Perlis Perangi Covid-19’ :
Sebuah catatan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

c) Dewan Pusat Khidmat DUN Kuala Perlis, Kuala Perlis pada 6 Jun
2021; dan

d) Dewan Orang Ramai, Kg. Padang Siding, Pauh, Arau pada 6
Jun 2021

Program yang diadakan berbentuk sembang santai YB Setiausaha
Kerajaan Negeri Perlis selaku Pengerusi CITF Negeri Perlis adalah
mengenai kesedaran PICK dan program-program lain Kerajaan
Negeri Perlis yang sedang dilaksanakan iaitu Program Agihan Bantuan
Makanan Asas semasa Tempoh PKP 3.0 iaitu Program ‘Perlis Pahadoi’
serta mendapatkan kerjasama di peringkat JPKK untuk meningkatkan
proses pendaftaran vaksinasi dan mendapatkan maklum balas dan isu
di peringkat kampung dan luar bandar.

25

‘Rahsia Perlis Perangi Covid-19’ :
Sebuah catatan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

Di antara kandungan yang dijelaskan dalam program ‘turun padang’
ini adalah adalah seperti berikut:

perbezaan pengurusan Covid-19 semasa PKP 1.0 dengan PKP
2.0 dan PKP 3.0 melibatkan bentuk bantuan oleh Kerajaan
Negeri;

berkongsi peranan JPKK dalam setiap PKP, kemasukan individu
ke pusat-pusat kuarantin, kehadiran penduduk melalui
penetapan temujanji ke PPV dan proses pendaftaran vaksinasi;

penglibatan komuniti (community engagement) melalui program
Agen Basmi Covid-19 (ABC19);

perkongsian maklumat dan berita yang sahih mengenai vaksin
berbanding maklumat palsu yang diterima oleh penduduk;

kepentingan JPKK dalam memastikan bantuan Kerajaan
Negeri disampaikan kepada kumpulan yang layak
menerimanya; dan
mendapatkan maklum balas, isu dan kerjasama di peringkat
kepimpinan JPKK dalam menjayakan program-program yang
lain oleh Kerajaan Negeri.

26

‘Rahsia Perlis Perangi Covid-19’ :
Sebuah catatan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

“Dalam setiap cabaran, pasti ada halangan … dan halangan
paling bahaya ialah halangan dari dalam.” (9 April 2021)

RUMUSAN DAN HARAPAN
Pengalaman negeri Perlis yang mengharungi pandemik Covid-19 di
peringkat awal pada Mac 2020 dan pernah mendapat status zon hijau
pada April 2020 selama 28 hari adalah amat berharga serta
memberi pengajaran untuk mempertingkatkan tindakan oleh semua
pihak termasuk jentera Kerajaan di negeri ini untuk terus bekerjasama
dan mengembeleng usaha membasmi penularan Covid-19.

27

‘Rahsia Perlis Perangi Covid-19’ :
Sebuah catatan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

Kerajaan Negeri melalui Pasukan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF)
Negeri Perlis telah merangka 5 strategi tindakan melalui Pelan
Strategi Ke Arah Perlis Selamat dan Imunisasi Kelompok Membanteras
Wabak Covid-19 Menjelang Disember 2021. Jika dibantu oleh semua
pihak, kita akan dapat mencapai sasaran seperti yang ditetapkan ini
dengan lebih awal.

28

‘Rahsia Perlis Perangi Covid-19’ :
Sebuah catatan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

Tadbir urus yang efektif di peringkat Kerajaan Negeri seperti
Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) dan Jawatankuasa
Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) serta Pasukan Petugas Khas
Imunisasi Covid-19 (CITF) Perlis yang melapor kepada Kerajaan
Negeri serta mengambil tindakan pro-aktif dan responsif telah
membantu mengekang penularan Covid-19 ke seluruh negeri.

Saya terus mengharapkan kerjasama yang baik melalui mobilisasi
semua agensi Kerajaan di dalam negeri Perlis termasuk peranan
Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK),
persatuan penduduk, jentera di Pusat Khidmat Dewan Undangan
Negeri (DUN) termasuk pihak pembangkang Kerajaan untuk
pematuhan SOP samada di peringkat komuniti bandar mahu pun di
luar bandar.

Mekanisme turun padang perlu dilaksanakan oleh pegawai-pegawai
kanan jabatan dan agensi Kerajaan bagi tujuan memberi kesedaran
kepada rakyat mengenai sesuatu isu selain daripada melihat sendiri
keadaan sebenar yang berlaku. Secara tidak langsung, kita dapat
melihat emosi mereka semasa situasi PKP ini.

Penggunaan kaedah komunikasi strategik yang berkesan dan cepat
daripada jabatan dan agensi Kerajaan yang terlibat dalam
pengurusan komunikasi sesuatu jawatankuasa untuk menyampaikan
sesuatu perkara seperti penggunaan poster, grafik, video pendek
melalui media sosial dan pendigitalan dilihat lebih bersesuaian dalam
era pandemik ini untuk memberi kesan langsung kepada masyarakat.

29

‘Rahsia Perlis Perangi Covid-19’ :
Sebuah catatan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

Dalam melaksanakan dasar dari semasa ke semasa seperti yang
ditetapkan oleh pihak Persekutuan melalui SOP yang dikeluarkan
Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kerajaan Negeri telah berbincang,
peka dan telus untuk menyesuaikan dengan keadaan semasa yang
berlaku di negeri Perlis.

Untuk memastikan pematuhan SOP seperti yang telah ditetapkan,
Kerajaan Negeri telah melaksanakan 70% penugasan secara optimum
pada semua peringkat di jabatan dan agensi Kerajaan samada
melalui penugasan semula dan juga penempatan pegawai dan
kakitangan bagi membantu keperluan di sektor non-perubatan.

Saya juga telah menyusun strategi khususnya bagi kategori tahap
simpton serta persediaan kemudahan pusat-pusat kuarantin tambahan
di negeri ini sekiranya terdapat keperluan kuarantin yang mendadak
ke atas ‘person under isolation’ (PUI) / ‘person under surveilance’ (PUS)
untuk ditempatkan di Dewan Rakan Sukan, Majlis Sukan Negeri, Dewan
Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perlis, Dewan Sivik Majlis
Perbandaran Kangar (MPK), Arau dan Institut Pendidikan Guru,
Kangar yang telah dicadangkan selain daripada keperluan di wad-
wad hospital.

Kerajaan Negeri akan terus menyusun strategi selaras dengan
perkembangan semasa situasi pandemik Covid-19 di negeri ini
khususnya mengenai kegiatan sektor ekonomi demi keperluan rakyat
Perlis.

30

‘Rahsia Perlis Perangi Covid-19’ :
Sebuah catatan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

Selain Kerajaan Negeri, bentuk bantuan secara langsung yang
diberikan melalui MAIPs, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan
agensi-agensi Kerajaan lain sedikit sebanyak meringankan beban
golongan yang terjejas.

Keutamaan Kerajaan Negeri pada ketika ini adalah kesihatan awam
dan membentuk imuniti kelompok bagi membendung penularan Covid-
19 walaupun kita terpaksa mengetepikan dahulu beberapa sektor
ekonomi dan sosial yang sebelum ini menjadi keutamaan dan norma
kehidupan kita.

Kerajaan Negeri sentiasa komited dan memberi perhatian yang serius
bagi menangani pandemik Covid-19. Mahu atau tidak, kita harus
terima hakikat bahawa virus tersebut ada dalam kehidupan kita.
Justeru itu, kita semua harus bergerak ke hadapan dan sentiasa
dinamik dalam norma baru kehidupan ini.

Saya amat berharap agar penduduk Perlis sentiasa mengamalkan
SOP pengawalan Covid-19. Kita harus menang dalam perang
melawan musuh yang tidak kelihatan ini. Warga Perlis perlu sedar dan
berusaha agar terus kekal berada dalam zon hijau apabila bermula
kita beralih dari fasa 1 ke fasa-fasa seterusnya Pelan Pemulihan
Negara.

Harapan bersama juga supaya pengalaman negeri Perlis
menguruskan pandemik Covid-19 ini juga dapat membantu negeri-
negeri lain mengekang penularan ini dengan jayanya.

Usaha-usaha perlu diteruskan oleh kita semua dan pada akhirnya
kepada Allah S.W.T. jua kita berserah.

#PerlisMestiMenang

31

‘Rahsia Perlis Perangi Covid-19’ :
Sebuah catatan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

PENGHARGAAN

Menjunjung kasih …

DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
dan

DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail
… atas segala keprihatinan dan nasihat dalam melaksanakan tugasan
mengekang Covid-19 di negeri Perlis

Setinggi penghargaan …

YAB Dato’ Seri Azlan bin Man, Menteri Besar Perlis

dan
Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis
Pegawai dan kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis
Jawatankuasa Khas Keselamatan (JKKN) Negeri Perlis
Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPB) Negeri Perlis
Pasukan Petugas Imunisasi Covid-19 (CITF) Negeri Perlis
Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Negeri Perlis
Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGOs) di negeri Perlis
Persatuan penduduk dan komuniti di negeri Perlis
Pihak swasta, sektor ekonomi dan perhotelan di negeri Perlis

Media dan Pengamal Media Negeri Perlis
Pegawai dan kakitangan jentera Kerajaan Negeri dan Persekutuan
Penyunting En. Hasbullah bin Abd Rashid (SUB Kerajaan Tempatan)
Jurufoto En. Mohd Irwan bin Ismail (Unit Pengurusan Korporat, SUK)

Semua pihak yang terus mematuhi SOP PKP di negeri Perlis

32

‘Rahsia Perlis Perangi Covid-19’ :
Sebuah catatan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

“Tiada yang susah, jika kita fikir positif.” (20 Mac 2021)

33

‘Rahsia Perlis Perangi Covid-19’ :
Sebuah catatan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

“Ya Allah, penyakit ini adalah tentera daripada tentera-
tenteraMu, Engkau timpakan penyakit ini kepada siapa yang
Engkau kehendaki dan Engkau jauhkan ia kepada siapa yang

Engkau kehendaki.
Ya Allah! Jauhkanlah penyakit ini daripada kami, rumah-rumah

kami, keluarga kami, pasangan kami, keturunan kami dan
negara kami.”

#KitaJagaKita

34

‘Rahsia Perlis Perangi Covid-19’ :
Sebuah catatan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

35


Click to View FlipBook Version