The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nanthini ananthan, 2020-02-18 02:25:28

KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPINAN MUDA 2020

KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPINAN MUDA 2020

MODUL KURSUS KEPIMPINAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKBM

KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPINAN MUDA 2020
ICE BREAKING
Aktiviti 1
Tajuk : Potret Wajah
Personalia: Fasilitator : Cik Nanthini (GBK) & Rakan GBK
Objektif:
1. Peserta mengenal diri sendiri .
2. Peserta peka terhadap diri sendiri dan rakan sekellingnya.
3. Berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan apa yang
diinginkan.
Masa : 30 minit
Bahan : Kertas A4 dan pensil.

MODUL KURSUS KEPIMPINAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKBM

KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPINAN MUDA 2020

Aktiviti 1
Tajuk : Potret Wajah
Personalia: Fasilitator : Cik Nanthini (GBK) & Rakan GBK
Objektif:
1. Peserta mengenal diri sendiri .
2. Peserta peka terhadap diri sendiri dan rakan sekellingnya.
3. Berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan apa yang
diinginkan.
Masa : 30 minit
Bahan : Kertas A4 dan pensil.
Langkah-langkah
1. Fasilitator mengedarkan kertas A4 kepada setiap peserta.
2. Peserta diminta melukis gambar wajah sendiri dalam masa 5 minit.
3. Fasilitator memungut semua gambar yang telah dilukis dan diedarkan
semula gambar tersebut kepada peserta yang berlainan.
4. Setiap peserta menerima sekeping gambar wajah kawannya.
5. Dalam masa 10 minit setiap peserta mencari gambarnya yang telah
dilukis tadi sehingga
dapat.
6. Peserta yang paling lambat akan dikenakan denda.

MODUL KURSUS KEPIMPINAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKBM

Proses

1. Peserta berusaha untuk mendapatkan gambar mereka masing-masing
untuk mengelakkan daripada didenda.

2. Peserta juga perlu memastikan gambar yang diterima gambar yang telah
dilukis sebelumnya. Berkemungkinan ada peserta yang terlupa gambar
yang telah dilukis kerana tidak mengambil berat dan tidak fokus semasa
melukis.

Penilaian
1. Kepuasan diri peserta tergambar apabila berjaya mendapatkan semula
gambarnya.
Rumusan

Menyayangi dan menghargai anugerah yang telah dikurniakan.

Aktiviti 2
Tajuk : Bom
Personalia: Fasilitator : Cik Nanthini (GBK) & Rakan GBK
Objektif:
1. Kesepakatan di kalangan ahli dalam kumpulan.
2. Mengiktiraf dan mengikut arahan ketua.
3. Kecekapan dan ketajaman fikiran.
Masa : 30 minit
Bahan : Tiada.

MODUL KURSUS KEPIMPINAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKBM

Langkah-langkah

1. Fasilitator membahagikan peserta kepada 10 kumpulan dengan bilangan
ahlinya seramai 12 @ 13 orang.

2. Ahli kumpulan berada dalam bulatan dan melantik seorang ketua.

3. Peserta juga diminta mencipta satu nama kumpulan berdasarkan nama
negara yang mempunyai dua suku kata. Fasilitator memperkenalkan setiap
kumpulan dengan nama yang telah dipilih dan meminta setiap kumpulan
menghafaz nama kumpulan yang lain.

4. Fasilitator memulakan permainan dengan memilih satu kumpulan untuk

memulakan teriakan nama kumpulannya dan diakhiri dengan perkataan
“BOM”

5. Kumpulan yang namanya disebut akan menyahut dan membuat teriakan

nama kumpulannya sebanyak tiga kali dan diikuti dengan satu nama
kumpulan lain sebanyak sekali. Contoh ; “ China Bom 3 kali.... Cuba bom 1
kali “

6. Kumpulan yang namanya disebut akan menyahut dan membuat teriakan
ke arah kumpulan lain dan seterusnya.

7. Kumpulan yang lambat menyahut dikira kalah dan terkeluar dari
permainan.

Proses

1. Peserta berinteraksi di dalam kumpulan dan di antara kumpulan secara
aktif. Berlaku proses membina semangat kerja berkumpulan dan
menghormati ketua.

Penilaian

1. Kumpulan yang terkeluar di anggap tidak mempunyai semangat
berjuang, tiada kepekaan dan tidak bersatu.

Rumusan

Cinta dan kasih kepada negara

MODUL KURSUS KEPIMPINAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKBM

Tajuk : Lompat Pemimpin

Personalia : Fasilatator

Objektif:

1. Menyemai sikap ingin tahu peserta terhadap permainan tradisional.

2. Menguji semangat setiakawan dalam kalangan ahli kumpulan

3. Membina ketahanan fizikal di kalangan pemimpin pelajar.

Masa : 20 minit

Bahan : Duit syiling 50 sen

Langkah-langkah

1. Setiap kumpulan diminta memilih 3 orang wakil untuk menjalankan
aktiviti ini.

2. Peserta pertama diminta membaling syiling ke petak pertama dengan
membelakangkan garisan dan melompat menggunakan satu kaki ke petak
kedua. Lompatan diteruskan mengikut urutan nombor di dalam rajah yang
dilampirkan.

3. Sekiranya syiling terkena garisan atau terkeluar, peserta dikira batal dan
digantikan dengan peserta kedua.

4. Jika peserta terpijak garisan atau terkeluar garisan yang ditetapkan,
maka peserta tersebut terkeluar daripada permainan ini dan digantikan
dengan peserta kedua.

Proses

Aktiviti ini memerlukan kefahaman dan ketelitian serta fokus setiap peserta
yang terlibat.

Ianya memberi satu pengalaman baru kepada peserta.

MODUL KURSUS KEPIMPINAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKBM

Penilaian

1. Pemarkahan dikira berdasarkan kedudukan syiling dalam petak yang
tertinggi. Jika

syiling berada pada :

Petak 1 = 5 markah

Petak 2 = 10 markah

Petak 3 =15 markah

Petak 4 = 20 markah

Petak 5 = 25 markah

Petak 6 = 30 markah

(rujuk lampiran)

Rumusan

Menjaga warisan Negara.

MODUL KURSUS KEPIMPINAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKBM

PETAK 6

PETAK 5 PETAK 4

PETAK 3

PETAK 2
PETAK 1

MODUL KURSUS KEPIMPINAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKBM

Tajuk : Produk Terhebat!!!

Personalia : Fasilitator

Objektif : Di akhir aktiviti ini peserta akan dapat :

1. Menanamkan sikap keyakinan diri semasa

berkomunikasi

2. Mengendalikan perbincangan dalam kumpulan mengikut

agihan tugas.

3. Melibatkan diri secara aktif dalam sesuatu aktiviti.

Masa : 1 jam

Bahan : Buku Catatan

Alatulis

Langkah-langkah :

1. Peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan

2. Setiap kumpulan perlu menyediakan buku catatan dan alatulis.

3. Peserta diminta membuat persembahan iklan selama 3

minit tentang barang yang hendak dipromosikan

(Contoh: Air mineral, Roti, Telur, Biskut dll )

4. Peserta lain diminta mengangkat tangan sekiranya

mereka berminat untuk membeli barangan tersebut.

Kumpulan yang memperoleh belian terbanyak akan

dikira sebagai pemenang.

MODUL KURSUS KEPIMPINAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKBM

Proses :

1. Wakil setiap kumpulan akan mempersembahkan hasil

kreativiti masing-masing.

2. Kerjasama kumpulan sangat penting untuk

menghasilkan persembahan yang menarik.

Penilaian : Peserta perlu sedar kepentingan kerjasama dalam kumpulan ,

keyakinan diri dan kreativiti dalam menghasilkan sesuatu tugasan.

Rumusan : Hendaklah sentiasa mengamalkan sikap bekerjasama.

 - Terima Kasih - 


Click to View FlipBook Version