MODUL KURSUS KEPIMPINAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKBM
MODUL KURSUS KEPIMPINAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKBM
KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPINAN MUDA 2020
ICE BREAKING
Aktiviti 1
Tajuk : Potret Wajah
Personalia: Fasilitator : Cik Nanthini (GBK) & Rakan GBK
Objektif:
1. Peserta mengenal diri sendiri .
2. Peserta peka terhadap diri sendiri dan rakan sekellingnya.
3. Berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan apa yang
diinginkan.
Masa : 30 minit
Bahan : Kertas A4 dan pensil.
Langkah-langkah
1. Fasilitator mengedarkan kertas A4 kepada setiap peserta.
2. Peserta diminta melukis gambar wajah sendiri dalam masa 5 minit.
3. Fasilitator memungut semua gambar yang telah dilukis dan diedarkan
semula gambar
tersebut kepada peserta yang berlainan.
4. Setiap peserta menerima sekeping gambar wajah kawannya.
5. Dalam masa 10 minit setiap peserta mencari gambarnya yang telah
dilukis tadi sehingga
dapat.
6. Peserta yang paling lambat akan dikenakan denda.
MODUL KURSUS KEPIMPINAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKBM
Proses
1. Peserta berusaha untuk mendapatkan gambar mereka masing-masing
untuk mengelakkan daripada didenda.
2. Peserta juga perlu memastikan gambar yang diterima gambar yang telah
dilukis sebelumnya. Berkemungkinan ada peserta yang terlupa gambar
yang telah dilukis kerana tidak mengambil berat dan tidak fokus semasa
melukis.
Penilaian
1. Kepuasan diri peserta tergambar apabila berjaya mendapatkan semula
gambarnya.
Rumusan
Menyayangi dan menghargai anugerah yang telah dikurniakan.
Aktiviti 2
Tajuk : Bom
Personalia: Fasilitator : Cik Nanthini (GBK) & Rakan GBK
Objektif:
1. Kesepakatan di kalangan ahli dalam kumpulan.
2. Mengiktiraf dan mengikut arahan ketua.
3. Kecekapan dan ketajaman fikiran.
Masa : 30 minit
Bahan : Tiada.
MODUL KURSUS KEPIMPINAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKBM
Langkah-langkah
1. Fasilitator membahagikan peserta kepada 10 kumpulan dengan bilangan
ahlinya seramai 12 @ 13 orang.
2. Ahli kumpulan berada dalam bulatan dan melantik seorang ketua.
3. Peserta juga diminta mencipta satu nama kumpulan berdasarkan nama
negara yang mempunyai dua suku kata. Fasilitator memperkenalkan setiap
kumpulan dengan nama yang telah dipilih dan meminta setiap kumpulan
menghafaz nama kumpulan yang lain.
4. Fasilitator memulakan permainan dengan memilih satu kumpulan untuk
memulakan teriakan nama kumpulannya dan diakhiri dengan perkataan
“BOM”
5. Kumpulan yang namanya disebut akan menyahut dan membuat teriakan
nama kumpulannya sebanyak tiga kali dan diikuti dengan satu nama
kumpulan lain sebanyak sekali. Contoh ; “ China Bom 3 kali.... Cuba bom 1
kali “
6. Kumpulan yang namanya disebut akan menyahut dan membuat teriakan
ke arah kumpulan lain dan seterusnya.
7. Kumpulan yang lambat menyahut dikira kalah dan terkeluar dari
permainan.
Proses
1. Peserta berinteraksi di dalam kumpulan dan di antara kumpulan secara
aktif. Berlaku proses membina semangat kerja berkumpulan dan
menghormati ketua.
Penilaian
1. Kumpulan yang terkeluar di anggap tidak mempunyai semangat
berjuang, tiada kepekaan dan tidak bersatu.
Rumusan
Cinta dan kasih kepada negara
MODUL KURSUS KEPIMPINAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKBM
LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK)
Tajuk : Botol Harapan (1)
Objektif:
1. Menyemai sikap teliti dalam menyelesaikan masalah.
2. Memupuk semangat setiakawan dan berganding bahu dalam setiap
aktiviti yang
diusahakan.
3. Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai satu matlamat.
Personalia : Fasilitator
Bahan : Botol kosong dan baldi berisi air
Masa : 20 minit
Langkah-langkah
1. Peserta akan berbaris dalam satu barisan.
2. Peserta akan bergilir-gilir memasukkan air ke dalam botol menggunakan
tangan dalam jarak yang telah ditetapkan oleh fasilatator.
3. Kumpulan diminta berusaha untuk mengisi air sebanyak mungkin kerana
pemarkahan dinilai berdasarkan jumlah paras air yang diisi dalam botol
dalam masa 20 minit.
Penilaian
1. Peserta dinilai kecekapan dan ketelian mereka berdasarkan
kesungguhan menyelesaikan aktiviti dalam waktu yang telah ditetapkan
dan mencuba tanpa berputus asa.
Rumusan
Ketekunan dan fokus adalah penting dalam melakukan sesuatu perkara.
MODUL KURSUS KEPIMPINAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKBM
Tajuk : Lompat Pemimpin (2)
Personalia : Fasilatator
Objektif:
1. Menyemai sikap ingin tahu peserta terhadap permainan tradisional.
2. Menguji semangat setiakawan dalam kalangan ahli kumpulan
3. Membina ketahanan fizikal di kalangan pemimpin pelajar.
Masa : 20 minit
Bahan : Duit syiling 50 sen
Langkah-langkah
1. Setiap kumpulan diminta memilih 3 orang wakil untuk menjalankan
aktiviti ini.
2. Peserta pertama diminta membaling syiling ke petak pertama dengan
membelakangkan garisan dan melompat menggunakan satu kaki ke petak
kedua. Lompatan diteruskan mengikut urutan nombor di dalam rajah yang
dilampirkan.
3. Sekiranya syiling terkena garisan atau terkeluar, peserta dikira batal dan
digantikan dengan peserta kedua.
4. Jika peserta terpijak garisan atau terkeluar garisan yang ditetapkan,
maka peserta tersebut terkeluar daripada permainan ini dan digantikan
dengan peserta kedua.
Proses
Aktiviti ini memerlukan kefahaman dan ketelitian serta fokus setiap peserta
yang terlibat.
Ianya memberi satu pengalaman baru kepada peserta.
MODUL KURSUS KEPIMPINAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKBM
Penilaian
1. Pemarkahan dikira berdasarkan kedudukan syiling dalam petak yang
tertinggi. Jika
syiling berada pada :
Petak 1 = 5 markah
Petak 2 = 10 markah
Petak 3 =15 markah
Petak 4 = 20 markah
Petak 5 = 25 markah
Petak 6 = 30 markah
(rujuk lampiran)
Rumusan
Menjaga warisan Negara.
MODUL KURSUS KEPIMPINAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKBM
LAMPIRAN A
PETAK 6
PETAK 5 PETAK 4
PETAK 3
PETAK 2
PETAK 1
MODUL KURSUS KEPIMPINAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKBM
Tajuk : Produk Terhebat!!! (3)
Personalia : Fasilitator
Objektif : Di akhir aktiviti ini peserta akan dapat :
1. Menanamkan sikap keyakinan diri semasa
berkomunikasi
2. Mengendalikan perbincangan dalam kumpulan mengikut
agihan tugas.
3. Melibatkan diri secara aktif dalam sesuatu aktiviti.
Masa : 1 jam
Bahan : Buku Catatan
Alatulis
Langkah-langkah :
1. Peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan
2. Setiap kumpulan perlu menyediakan buku catatan dan alatulis.
3. Peserta diminta membuat persembahan iklan selama 3
minit tentang barang yang hendak dipromosikan
(Contoh: Air mineral, Roti, Telur, Biskut dll )
4. Peserta lain diminta mengangkat tangan sekiranya
mereka berminat untuk membeli barangan tersebut.
Kumpulan yang memperoleh belian terbanyak akan
dikira sebagai pemenang.
MODUL KURSUS KEPIMPINAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKBM
Proses :
1. Wakil setiap kumpulan akan mempersembahkan hasil
kreativiti masing-masing.
2. Kerjasama kumpulan sangat penting untuk
menghasilkan persembahan yang menarik.
Penilaian : Peserta perlu sedar kepentingan kerjasama dalam kumpulan ,
keyakinan diri dan kreativiti dalam menghasilkan sesuatu tugasan.
Rumusan : Hendaklah sentiasa mengamalkan sikap bekerjasama.
MODUL KURSUS KEPIMPINAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKBM
EXPLORE RACE
ARAHAN:
1. Peserta diberikan barang amanah yang perlu dibawa semula hingga ke
penamat. Sebarang masalah pada barang amanah peserta akan
dikenakan penalti.
2. Barang amanah boleh diberikan seperti biskut, telur ayam, belon berisi
air dan sebagainya.
3. Program explorace ini fokus kepada ”team building” kepimpinan.
4. Peserta juga tidak dibenarkan menggunakan sebarang jenis kenderaan.
5. Semua check point berada di sekitar kawasan kem sahaja. Check point
1 berada di tangan guru/ staf/ pekerja. Untuk mengenali mereka, terdapat
sesuatu yang ganjil pada diri beliau.
7. peserta mesti mengikut arahan seperti dalam kertas arahan di check
point yang diterima. Setiap sampul surat mempunyai NAMA KUMPULAN,
pastikan peserta tidak mengambil sampul surat ahli kumpulan lain. Penalti
akan dikenakan.
8. Peserta yang tidak dapat menyempurnakan tugasan di setiap check
point akan dikenakan penalti.
9. Setiap check point diperuntukan 15 minit untuk menyelasaikan tugasan
yang diberikan. Jika tidak dapat menyempurnakan tugasan, penalti akan
dikenakan.
PENALTI:
1. Tolak 5 minit daripada waktu tiba di garisan penamat.
2. Kesalahan berulang akan ditolak lagi 2 minit.
PERSONALIA: GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING, FASILITATOR
DAN AJK GURU
MODUL KURSUS KEPIMPINAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKBM
MATLAMAT:
Melahirkan pemimpin pelajar yang berketrampilan, berkebolehan dan
matang dalam semua situasi.
OBJEKTIF:
1. Mewujudkan kerjasama di antara ahli kumpulan
2. Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah merangkumi aspek
kognitif,
psikomotor, emosi, ikhtiar hidup, kepimpinan dan kreativiti.
3. Melahirkan pemimpin yang mempunyai IQ dan EQ stabil
MASA: 3 JAM
BAHAN-BAHAN:
1. Kain pelikat/batik
2. Telur ayam/ Biskut/ 66 belon isi air (Barang amanah)
3. Air Minuman
4. Sudu
5. Roti
6. Kaya
7. Kertas A4 (origami)
8. Pen
9. Kertas Mahjong
10. Marker pen
MODUL KURSUS KEPIMPINAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKBM
LANGKAH-LANGKAH:
1. Fasilitator memberi arahan/ taklimat dan bahan-bahan yang perlu
dibawa oleh peserta
2. Fasilitator membahagikan peserta kepada beberapa kumpulan.
3. Fasilitator perlu memastikan setiap check point mempunyai seorang
fasilitator untuk memegang check point.
4. Pastikan tempat untuk check point mestilah sesuai untuk aktiviti yang
akan dijalankan.
DI AKHIR EXPLORE RACE: (MASA- 40 MINIT)
1. Setiap kumpulan di minta menyenaraikan di kertas mahjong:
a. Pengajaran/ moral
b. Pengalaman dari segi kognitif, emosi dan psikomotor.
2. Setiap kumpulan diminta membuat persembahan dan fasilitator memberi
respon setiap pendapat yang diberikan. Fasilitator perlu menekankan
kerjasama dan kepimpinan pada setiap kumpulan.
Kumpulan 1 - 5
Soalan ke Check Point 1 (Fasilitator membacakan arahan berikut):
Anda dikehendaki mencari guru/ pekerja/ Tuan punya kem untuk
mendapatkan check point. Checkpoint anda berada di tangan beliau.
INGAT, pastikan anda mengambil check point mengikut nama kumpulan
anda.
Check point 1 (air minuman)
Guru / Fasilitator
Masa: 15 minit
MODUL KURSUS KEPIMPINAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKBM
Anda diminta membina 3 pantun 4 kerat yang bertemakan:
1. Kepimpinan
2. Dadah
3. 1 Malaysia
4. Rukun Negara
5. Guru-guru
Setiap kumpulan perlu mempersembahkan pantun-pantun tersebut
mengikut gaya dan kreativiti kumpulan. Kerjasama dalam kumpulan amat
dititikberatkan.
Tahniah. Anda telah Berjaya dan jadikan Air Minuman Ini sebagai bekalan
di Check Point seterusnya. Jika dimunum air ini anda akan tercekik di
check point 5.
Sila dapatkan sudu di checkpoint seterusnya….
Check point 2 (Sudu)
Masa: 15 minit
Apa yang anda rasa boleh anda korbankan untuk kumpulan anda? Jam,
kasut, tali kasut, topi, tali pinggan atau baju dan sebagainya.... jadikan itu
semua sebagai logo/ arca yang melambangkan kumpulan anda. Logo
tersebut mestilah relevan dan mempunyai makna tersurat atau tersirat.
Sudu ini sangat berguna anda di Check point 5. Jaga sudu tersebut seperti
anda menjaga barang amanah.
Check point seterusnya ada menyediakan roti.
MODUL KURSUS KEPIMPINAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKBM
Check point 3 (Roti)
Masa: 15 minit
Tiba-tiba seorang rakan anda pengsan. Anda diminta membuat usungan
menggunakan kain batik/pelikat yang dibawa untuk membawa rakan anda
hingga ke check point 5. Rakan anda yang pengsan mestilah jangan
membuka mata atau bergerak. Jika tidak penalti akan dikenakan. Setelah
selesai tugasan sila minta roti daripada fasilitator yang memegang check
point seterusnya.
Check point 4 (Roti)
Masa: 15 minit
Anda diminta membuat satu “trade mark” kumpulan anda. Apabila
fasilitator telah setuju dengan persembahan anda, anda akan mendapat
kaya/ sardine.
Tahniah! Anda Berjaya. Tapi sebelum itu pastikan seorang rakan anda
masih tidak sedar dari pengsan.
Kaya/ sardine akan menjadi pelengkap di check point 5 nanti.
Check point 5
Masa: 15 minit
Tahniah!
SELAMAT MAKAN....
Sila tunggu rakan-rakan anda dari kumpulan lain tiba.....
Jangan lupa rakan anda yang pengsan pun nak makan juga.....
MODUL KURSUS KEPIMPINAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKBM
Kumpulan 6 – 10
Check point 1 (Kaya/ Sardin)
Masa: 15 minit
Anda diminta membuat satu “trade mark” kumpulan anda. Apabila
fasilitator telah setuju dengan persembahan anda, anda akan mendapat
kaya/ sardine.
Tahniah! Anda Berjaya.
Kaya/ sardine akan menjadi pelengkap di check point 5 nanti.
Check point 2 (Roti)
Masa: 15 minit
Tiba-tiba seorang rakan anda pengsan. Anda diminta membuat usungan
menggunakan kain batik/pelikat yang dibawa untuk membawa rakan anda
hingga ke check point 5. Rakan anda yang pengsan mestilah jangan
membuka mata atau bergerak. Jika tidak penalti akan dikenakan. Setelah
selesai tugasan sila minta roti daripada fasilitator yang memegang check
point seterusnya.
Check point 3 (Sudu)
Masa: 15 minit
Apa yang anda rasa boleh anda korbankan untuk kumpulan anda? Jam,
kasut, tali kasut, topi, tali pinggan atau baju dan sebagainya.... jadikan itu
semua sebagai logo/ arca yang melambangkan kumpulan anda. Logo
tersebut mestilah relevan dan mempunyai makna tersurat atau tersirat.
Sudu ini sangat berguna anda di Check point 5. Jaga sudu tersebut seperti
anda menjaga barang amanah.
Check point seterusnya ada menyediakan Air Minuman
MODUL KURSUS KEPIMPINAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKBM
Check point 4 (air minuman)
Guru/ Fasilitator
Masa: 15 minit
Anda diminta membina 3 pantun 4 kerat yang bertemakan:
1. Kepimpinan
2. Dadah
3. 1 Malaysia
4. Rukun Negara
5. Guru-guru
Setiap kumpulan perlu mempersembahkan pantun-pantun tersebut
mengikut gaya dan kreativiti kumpulan. Kerjasama dalam kumpulan amat
dititikberatkan.
Tahniah. Anda telah Berjaya dan jadikan Air Minuman Ini sebagai bekalan
di Check Point seterusnya. Jika diminum air ini anda akan tercekik di check
point 5.
Pastikan rakan anda masih pengsan dan tidak bergerak….
Check point 5
Masa: 15 minit
Tahniah!
SELAMAT MAKAN....
Sila tunggu rakan-rakan anda dari kumpulan lain tiba.....
Jangan lupa rakan anda yang pengsan pun nak makan juga.....
MODUL KURSUS KEPIMPINAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKBM
TAMAT