The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zamiranur841, 2022-12-07 03:51:01

PUTERI DANIA YANG JELITA( E BOOK ) NEW

PUTERI DANIA YANG JELITA( E BOOK ) NEW

Keywords: BUKU CERITA

BUKU CERITA KANAK-KANAK

PUTERI DANIA YANG
JELITA

Di Kampung Chempaka, ada seorang gadis
yang bernama Puteri Dania. Dia merupakan
anak perempuan kepada Datuk Kassim.Oleh
itu, Puteri Dania juga telah pun bertunang
dengan seorang jejaka idaman iaitu Tengku
Zafran.

1

Pada suatu hari, Dato’Leman telah pulang dari
Kampung Chempaka. Dato’Leman pun pergi
berjumpa dengan Dato’Azlan untuk memberitahu
bahawa di Kampung Chempaka ada seorang gadis
yang mempunyai wajah yang cantik dan menawan.

2

Dato’Azlan tinggal di Kampung
Kayangan serta memiliki sebuah rumah
banglo yang besar dan kehidupan mewah.

3

Semasa di rumah, Dato’
Azlan sudah tertarik

dengan kejelitaan gadis
itu yang telah

diceritakan oleh Dato’
Leman. Dia mahu
menjadikan Puteri

Dania sebagai isterinya
yang sah.

4

Pada keesokan harinya, beliau menawarkan
kepada sesiapa yang berani membawa Puteri
Dania pada Dato’Azlan.Ganjaran yang
ditawarkan adalah wang tunai sebanyak RM
100,000 dan memberi separuh daripada
kemewahannya.Ada seorang pemuda yang
bernama Haikal telah mencuri-curi dengar
apa yang telah disampaikan oleh Dato’ Azlan
kepada semua penduduk kampung di situ.
Lalu, pemuda itu, mengambil peluang untuk
merebut separuh kemewahan yang telah
ditawarkan.

5

Waktu subuh yang penuh berkat itu, Haikal pun
meneruskan perjalanannya ke Kampung
Chempaka dengan menaiki kereta bagi
memenuhi hasrat Dato’ Azlan iaitu membawa
Puteri Dania ke Kampung Kayangan.

6

Dalam beberapa jam, Haikal pun
sampai di Kampung Chempaka.

Haikal telah bertemu dengan
kawan karibnya sejak zaman
sekolah lagi yang dipanggil

Zulkifli.Mereka berdua
bersubahat untuk membawa
Puteri Dania kepada Dato’Azlan.

7

Sepanjang perjalanan itu, Haikal terserempak dengan Mak Leha yang
berjalan menuju ke rumah Dato’Kassim. Dia pun mengambil kesempatan
dengan bertanya, “Apa tujuan Mak Cik datang ke rumah Dato’ Kassim?’’
lalu Wanita tua itu pun berkata, Mak Cik mahu ke rumah Dato’ Kassim

untuk mengurut kaki Puteri Dania yang terseliuh itu.

8

Apabila tiba di rumah Puteri Dania, Mak Leha itu
menyapu minyak pada kaki Puteri Dania dengan
lemah lembut sambil memberitahu bahawa ada lelaki
mahu menjadikannya sebagai isteri.

9

Mak Leha sedaya upaya
memujuk Puteri Dania dengan
menceritakan kebaikan yang
ada pada Dato’Azlan.

10

Akhirnya, Puteri Dania pun
menerima lamaran Dato’Azlan dan
mengikut Haikal pulang ke
Kampung Kayangan untuk
berkahwin dengan Dato’Azlan.
Kehidupan mereka pun
bahagia.Haikal juga berjaya
memperoleh segala kemewahan.

11

JABATAN PENGAJIAN BAHASA
PUSAT PENGAJIAN BAHASA,TAMADUN DAN

FALSAFAH.

Semester Pertama Sesi 2022/2023 (A221)

SLBS1013 KARYA KREATIF AGUNG

TUGASAN 1
(penghasilan buku cerita kanak-kanak)

TAJUK TUGASAN:
Peri Cantiknya Paras Anak Bendahara Pahang

(Puteri Dania yang Jelita)

DISEDIAKAN OLEH:
NUR ZAMIRA BINTI ZAMRI –NO.MATRIK

(296247)

DISEDIAKAN UNTUK:
DR.MELOR FAUZITA BINTI MD YUSOFF

TARIKH SERAHAN:8 DISEMBER 2022

SUMBER RUJUKAN

SUMBER GOOGLE

1).https://www.google.com/search?q=gambar+nenek+tua+berjalan+an
imasii.

2).https://www.google.com/search?q=lukisan+gadis++cantik

3).https://www.google.com/search?q=picture+talking+man+animation

4).https://www.google.com/search?q=picture+animation+peeking+ma
n&tbm

5).https://www.google.com/search?q=gambaran+ruangan+rumah+kam
pung+animasi&

6).https://www.google.com/search?q=gambaran+pemandangan+kamp
ung+animasi&tbm=

SUMBER BUKU

1) TEKS SULALATUS SALATIN SEJARAH MELAYU,A.SAMAD SAID,1913

2) BUKU KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF, LOCAL PUBLICATION ,
CETAKAN PERTAMA 2021


Click to View FlipBook Version