The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BM1-0619 Siti Nurain Binti Abdul Rauf, 2023-01-24 22:53:39

Kata Entri, Kata Standard, Variasi Ejaan, Variasi Kata

KATA ENTRI / KATA MASUKAN DEFINISI KATA ENTRI/ KATA MASUKAN Kata atau butiran yang terdapat di bahagian permulaan kamus, dicetak dengan huruf tebal dan dilengkapkan dengan pelbagai maklumat seperti sebutan, kelas kata, definisi, pecahan makna dan contoh penggunaan. Ortografi atau sistem ejaan yang sudah dibakukan, yang dianggap sebagai bentuk bebas dan ditulis dengan ruang di kiri dan di kanan. Kata masukan, lema, kata petunjuk, kata inti atau kata kunci merupakan struktur mikro kamus. Struktur mikro kamus ialah reka bentuk dalaman dalam sesebuah kamus. Dalam struktur mikro kamus tersebut, perkara penting yang diterangkan ialah unsur entri, unsur bentuk (ejaan, sebutan, nahu) dan unsur makna (definisi, etimologi dan label penggunaan). CONTOH KATA ENDRI DALAM KAMUS


ENTRI DALAM KAMUS TERDIRI DARIPADA PELBAGAI JENIS KATA IAITU: Akar kata Bentuk morfem terikat (bukan imbuhan) yang tidak bertarat kata dan berpotensi menerima imbuhan atau bergabung dengan kata lain, misalnya tani dalam bertani. Kata bersisipan Kata dasar yang menerima sisipan iaitu, -el, -em,-en,-er dan -in, seperti gementar gentar Kata berawalan Kata dasar yang menerima awalan seperti peR-, ke-, dan se-. Contohnya perhati: memerhatikan, memperhatikan. Kata atau frasa asing Kata atau frasa asing yang dijadikan entri ialah kata atau frasa yang telah diserapkan ke dalam bahasa Melayu. Contohnya assalamualaikum Kata berawalan juru Dalam bahasa Melayu, juru berfungsi sebagai awalan. Dari segi maknanya, juru bermakna ahli atau orang yang terlibat secara langsung dengan maksud pekerjaan dalam kata dasar. Awalan in bole bergabung dengan kata nama, kata kerja dan kata akar, contohnya juruwang, jurujual. Kata berimbuhan asing Kata berimbuhan asing ialah kata dasar yang menerima imbuhan asing seperti bi-, maha-, mikro-, -wan, -wi dan -iah. Contohnya, mahasiswa, budayawan. Prakategori Entri prakategori ialah entri yang terdiri daripada perkataan yang tidak boleh berdiri sendiri. Perkataan tersebut perlu diberikan imbuhan, adu menjadi beradu, bati menjadi sebati. digandakan, atau digabungkan dengan kata dasar yang lain. Contohnya, 8. Flora dan fauna Entri flora dan fauna ialah entri yang terdiri daripada nama tumbuhan dan binatang atau haiwan. Akronim, singkatan Akronim ialah kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan seperti ADUN akronim bagi Ahli Dewan Undangan Negeri Huruf Rumi, Jawi/Arab dan Yunani Huruf-huruf seperti huruf Rumi, Jawi atau Arab, dan Yunani juga turut dijadikan entri dalam kamus seperti alif, ba,ta


Kata seruan dan makian Kata seruan ialah bentuk kata yang berfungsi melahirkan pelbagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan. Contohnya, oh, eh, aduh! Kata makian ialah kata yang kasar dan keji yang digunakan untuk menghina atau memarahi seseorang. Contohnya, cis, haprak. Kata ganda Kata ganda merupakan salah satu bentuk kata yang produktif dalam bahasa Melayu. Ada tiga bentuk kata ganda yang dijadikan entri dalam kamus, iaitu kata ganda separa (tetikus), kata ganda semu (anai-anai), kata ganda berentak (bolak-balik). Gabungan kata Gabungan kata ialah kata yang terbentuk daripada gabungan dua kata dasar atau lebih. Kata in boleh terdiri daripada frasa, kata majmuk dan simpulan bahasa seperti jual beli, kaji hayat. Nama khas Nama-nama khas meliputi nama negara, negeri, bangsa atau suku kaum, kitab, perayaan, bulan, dan lain-lain turut dijadikan entri dalam kamus. Contohnya, Johor II, Oktober, Quran. Sapaan atau rujukan hormat, jawatan, pangkat dan pingat Sapaan atau rujukan hormat, gelaran, jawatan, pangkat dan pingat juga dijadikan entri dalam kamus. Contohnya, YB kep. Yang Berhormat, Kol. kep.Kolonel.


KATA STANDARD - Bentuk standard sesuatu perkataan dengan ejaannya yang diiktiraf sebagai betul dan rasmi ialah sebagaimana yang terdapat pada perkataan yang ditakrifkan (sering kali dengan maklumat-maklumat selanjutnya) dalam sesebuah kamus. - Tujuan menggunakan kamus adalah untuk mendapatkan kaedah ejaan yang betul bagi sesuatu kata. - Menurut Asmah (1975) pengguna kamus ingin mendapatkan kaedah ejaan yang betul bagi sesuatu kata. Ejaan merupakan asas pembentukan maklumat ortografi yang dipersembahkan oleh perkamusan dan dirujuk oleh pengguna kamus. Maklumat ejaan amat penting dalam mengatur keseluruhan entri sesebuah kamus. - Bagi Kamus Dewan, ejaan yang digunakan berasaskan Daftar Kata Bahasa Melayu (DBP,2001). Perkataan yang diturunkan di akhir takrif bentuk standard ini, (yang kebiasaannya diberi rujuk silang) merupakan variasi kepada kata standard yang terdiri daripada variasi kata dan variasi ejaan. VARIASI KATA Variasi kata disenaraikan dalam kamus untuk kepentingan kajian bahasa. Variasi kata dan bentuk standardnya akan dapat dimanfaatkan oleh pengguna melalui rujuk silang yang terdapat dalam kamus. Pada kebiasaannya variasi kata disenaraikan dalam kamus hasil daripada pelat atau kegagalan menyebut perkataan dengan betul atau tepat seperti kata lafal yang bentuk standardnya ialah lafaz.


VARIASI EJAAN Variasi ejaan dimuatkan dalam kamus hanya bagi bentuk kata yang tertentu. Dalam kamus, bentuk-bentuk variasi ejaan diberikan rujuk silang dengan tanda anak panah (-) bagi merujuk kepada bentuk dan ejaannya yang standard. Contohnya, genjak (génjak) -> ganjak. Manakala perkataan-perkataan dalam ejaan lama tidak lagi digunakan kerana bimbang akan menimbulkan kesulitan kepada pengguna kamus. Hal in termasuklah perkataan lama yang terikat dengan peraturan keselarasan vokal pada suku kata akhir tertutup seperti kata balek menjadi balik, langsong menjadi langsung. Seterusnya perkataan lama yang terikat dengan peraturan penggunaan gugus konsonan bag pengejaan kata asing yang tertentu seperti keritik menjadi kritik.


Click to View FlipBook Version