SJK(C) SIN HWA TAWAU 21 FEBRUARI 2019
Lawatan Sambil Belajar
~ Hutan Simpanan Membalua, Bandar Sri Indah Tawau~
Pada 21 Februari 2019, SJK(C) Aktiviti Lawatan Trail Hutan
Sin Hwa Tawau telah mengikuti Simpan Membalua, Bandar
lawatan sambal belajar ke Hutan Sri Indah Tawau.
Simpanan Membalua, Bandar Sri
Indah Tawau Sempena “Hari
Perhutanan Sedunia 2019”
Aktiviti Baja Kompas yang
disediakan oleh Jabatan
Perlindugan Alam Sekitar, Kota
kinabalu telah memberi peluang Aktiviti “Fish Feeding” telah
kepada murid-murid untuk
memberi peluang kepada para
melihat cara pemprosesan baja peserta memberi makanan
kompos kepada haiwan-haiwan sungai.
Murid-murid berpeluang
menanam pokok di Hutan
Simpanan Apas Tawau. Ini
telah menyemai semangat
cinta akan alam sekitar pada
diri murid.
SJK(C) SIN HWA TAWAU 2 JAN 2019 – 18 JAN 2019
Program Transisi Murid Tahun 1
Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menjalankan Program Transisi Murid Tahun 1 dengan
kerjasama guru-guru Tahun 1. Program Transisi ini adalah bertujuan untuk memberi satu tempoh masa
agar murid-murid Tahun 1 dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran persekolahan yang baru.
Sehubungan itu, sepanjang program ini, murid-murid akan diberi taklimat ringkas mengenai peraturan
sekolah, kemudahan sekolah, dan melawat kawasan sekolah. Ahli PRS akan memberi kerjasama
kepada guru bimbingan dan kaunseling dalam sesi motivasi dengan nyanyian lagu, perkongsian, dan
sebagainya.
Pengetahuan adalah
kekuatan yang tidak
mengenal batas
SJK(C) SIN HWA TAWAU 27 APRIL 2019
Majlis Pelancaran Program Transformasi Sekolah TS 25
Transformasi sekolah TS
25 adalah satu usaha ke
arah melahirkan modul
insan unggul melalui:
i. Persekitaran
pembelajaran yang
menyeronokkan
ii. Disokong
kepimpinan yang
berkualiti dan
berwawasan
iii. Guru yang kompeten
dan beraspirasi tinggi
iv. Komitmen komuniti
yang padu
SJK(C) SIN HWA TAWAU 12 JULAI 2019
Karnival Kerjaya 2019 TS 25
“I Have A Dream”
Pada 12 Julai 2019, SJK(C) Sin Hwa Tawau telah mengadakan Karnival Kerjaya 2019 TS 25 “I
Have A Dream”. Sempena dengan karnival kerjaya ini, pelbagai pertandingan telah diadakan seperti
Pertandingan Buku Skrap dan Pertandingan Pakaian Beragam Kerjaya. Pameran kerjaya turut
diadakan sempena karnival kerjaya agar memberi pendedahan awal kepada murid-murid mengenai
kerjaya.
SJK(C) SIN HWA TAWAU 25 JULAI 2019
Penilaian Anugerah Pusat Sumber Sekolah
Peringkat Kebangsaan
Pada 25 Julai 2019, SJK(C) Sin Hwa Tawau telah menjalankan Penilaian Anugerah Pusat
Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan. Penilaian ini telah melibatkan guru-guru pusat sumber dan
murid-murid Unit Bimbingan dan Kaunseling. 24 orang ahli pembimbing rakan sebaya (PRS) telah
dipilih sebagai “ school guide” untuk memperkenalkan sudut-sudut di seluruh kawasan sekolah seperti
sudut Sejarah, koleksi setempat, taman-taman mini, dan bilik-bilik khas.
Selain itu, ahli PRS telah memperkenalkan keunikan bilik kaunseling SJK(C) Sin Hwa kepada
para penilai dan tetamu jemputan. Ahli PRS turut memberi cenderamata bilik kaunseling kepada
tetamu-tetamu jemputan.
SJK(C) SIN HWA TAWAU 24 OGOS 2019
Karnival Pembestarian Sekolah
Peringkat Negeri Sabah Tahun 2019
SJK(C) Sin Hwa telah menyertai Karnival Pembestarian Sekolah Peringkat Negeri
Sabah Tahun 2019 pada 24 Ogos 2019 di IPG Kampus Tawau. Karnival ini telah
dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Yusof bin Yacob, Menteri Pelajaran dan
Inovas Negeri Sabah. Sempena karnival ini, SJK(C) Sin Hwa telah menyediakan
pameran berpandukan keistimewaan sekolah serta aspek kemenjadian murid.
Kami Datang Untuk Belajar,
Kami Pulang Membawa Ilmu