SJK(C) SIN HWA TAWAU 18 JANUARI 2018
Perkongsian Pintar dengan
Speak Studio
Guru Besar SJK (C) Sin Hwa, Pn.Chu Voon Fui, yang sangat aktif mengetengahkan bakat
kreatif muridnya berhasrat menubuhkan studio mini untuk kumpulan multimedia supaya
murid-murid yang terlibat dalam bidang penyiaran memiliki kecanggihan dan menajamkan
lagi kemahiran berkomunikasi.
Dengan ini, Pn.Chu berusaha untuk menjalin hubungan dengan komuniti dan meminta
bantuan khidmat nasihat dalam bidang teknologi. Pn.Chu telah menjalin hubungan dengan
Pengurus Speak Studio En.Caritoh Ho. Dia merupakan alumni SJK (C) Sin Hwa. Dia sudi
memberikan khidmat nasihat secara percuma dalam penubuhan studio mini. Dia turut
memberikan khidmat sokongan dalam bahagian teknikal dalam “setting” studio mini.
SJK(C) SIN HWA TAWAU 06 FEBRUARI 2018
LAWATAN PENANDA ARASAN SMK KUNAK
PERKONGSIAN INOVASI
KELAB MULTIMEDIA
Pada 6/2/2018, SMK Kunak, Kunak membuat lawatan penanda arasan tentang kelab multimedia SJK (C)
Sin Hwa. Seramai 6 orang guru dan 30 orang murid dari SMK Kunak. Penubuhan kelab multimedia
dengan wujud “Little DJ” dan saluran Youtube merupakan platform berkesan dalam mempamerkan
kejayaan bidang pendidkan dan keberhasilan murid SJK (C) Sin Hwa.
Antara satu-satunya sekolah kebangsaan Cina di antarabangsa yang mempunyai radio sekolah sendiri
dan kumpulan multimedia sendiri iaitu:
1. Pengacara video
2. Jurugambar
3. Juruvideo kamera
4. Penyunting
5. Little DJ
SJK(C) SIN HWA TAWAU 10 FEBRUARI 2018
PERKONGSIAN PINTAR DENGAN
smk kunak, kunak.
SJK (C) Sin Hwa, Tawau sebagai penggerak teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) seiringan
mengorak langkah tangkas agar anjakan paradigma dan penghayatan TMK sekolah di pelbagai peringkat
direalisasikan.
Sekolah mewujudkan rangkaian dan perkongsian pintar dengan pelbagai pihak. Pada 6/2/2018, sekolah
telah membuat perkongsian pintar dengan SMK Kunak, Kunak. Seramai 6 orang guru dan 30 orang murid
dari SMK Kunak.
Guru besar, Pn.Chu Voon Fui berkongsi tentang penggunaan TMK (integrasi TMK dalam pengurusan
serta pengajaran dan pembelajaran), aplikasi (sistem yang digunakan di sekolah), infrastruktur (teknologi
sedia ada di sekolah) dan sistem Bimbingan dan Kaunseling (pengurusan dan pentadbiran).
Guru-guru dan murid-murid SMK Kunak didedahkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran dengan
infrastruktur TMK. Murid-murid berasa seronok dengan menggunakan hujung jari untuk menulis atau
melukis di atas papan interaktif dengan mudah. Papan interaktif serupa dengan sebuah i-pad yang besar.
SJK (C) SIN HWA 15/2/2018
Sila SUBSCRIBE saluran YouTube SinHwa Multimedia
Inisiatif SJK (C) Sin Hwa
Dalam Bidang Penyiaran
Bidang Penyiaran >>>
Penubuhan Studio Mini
Penubuhan Kelab Multimedia
Menjadikan bidang kewartawanan dan komunikasi
sebagai salah satu nilai tambah yang perlu ada pada
Kumpulan multimedia dalam murid.
bidang penyiaran sendiri iaitu:
1. Pengacara video Memberikan peluang dan ruang Mendedahkan murid kepada
kepada murid sekolah pengetahuan asas yang berkaitan
2. Jurugambar menghasilkan video untuk dengan sistem multimedia
dipaparkan di saluran Youtube /teknologi maklumat/ kemahiran
dan di kaca riba komputer nyata asas penyuntingan dan
3. Juruvideo kamera membuatkan mereka berasa pembuatan filem.
dihargai.
4. Penyunting
Mencungkil bakat Menguasai kemahiran
dikalangan murid Innovation is mencari dan mengurus
5. Little DJ
dalam industri change that maklumat yang sesuai
penyiaran dan melatih melalui penggunaan
mereka untuk lebih unlocks new value teknologi maklumat.
kreatif.
Video Conferencing PPD Tawau
dengan PPD Timur Laut, Pulau Pinang
dan Dialog Guru Korea (UNESCO)
kerjasama Kumpulan Teach Team
Video Conferencing SJK (C) Sin Hwa,
Tawau.
Program interaktif video conferencing pedagogi abad ke-21 dan dialog
guru Korea (UNESCO) merupakan usaha kolaboraktif PPD Tawau dan PPD
Timur Laut, Pulau Pinang dengan kerjasama kumpulan tech team video
conferencing SJK (C) Sin Hwa, Tawau pada 29 Mac 2018.
Pembelajaran Tanpa Sempadan
Menjurus kepada TMK dalam bidang pendidikan, antara
kaedah yang telah dilaksanakan ialah pembelajaran secara
atas talian. Transformasi ini membuka pintu perkongsian
ilmu sehingga ke peringkat global.
Program interaktif video conferencing adalah pertama kali
diadakan supaya membentuk satu pendidikan tanpa
sempadan yang akan memaksimumkan penggunaan
teknologi informasi (IT) sepenuhnya dalam proses
pembelajaran.
Matlamat program inin adalah untuk muncul sebagai sistem
pendidikan tanpa sempadan yang bertaraf dunia dengan
melahirkan murid siber di alaf baru.
Program ini dengan sokongan TM Net yang membekalkan
UniFi dan kesungguhan dari kumpulan teach team video
conferencing SJK (C) Sin Hwa, Tawau.
Pendidikan era baru bersifat maya ini akan menjadi salah
satu ciri penting pendidikan negara abad ke-21.
SJK(C) SIN HWA TAWAU 14 MAC 2018
PERKONGSIAN PINTAR DENGAN pegawai
jabatan pendidikan sabah
SJK (C) Sin Hwa, Tawau telah dicalonkan Anugerah Anugerah Pusat Sumber Cemerlang Peringkat
Negeri. Penilaian ini diadakan pada pada 14 Mac 2018 di SJK (C) Sin Hwa. Sepanjang penilaian ini semua
guru memberi komitmen yang tinggi dan membuat persediaan yang rapi untuk menaikkan nama sekolah
dalam bidang Pusat Sumber sekolah. Syabas dan Tahniah kepada SJK (C) Sin Hwa yang Berjaya dapat
Penilaian Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Negeri tahun 2018 dan dinobatkan Juara akan
mewakili Sabah pada Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan 2018.
Kelab Multimedia mengambil kesempatan ini untuk berkongsi inovasi dan amalan TMK dalam bidang
multimedia dengan pegawai Cik Rasmina Emin dan Pn.Rabaeyah Djainudin.
SJK(C) SIN HWA TAWAU 25 MAC 2018
Sokongan Khidmat Teknikal dalam
Pembelajaran Maya PERINGKAT
Daerah Tawau
Membudayakan penggunaan sistem pembelajaran maya dengan
menggunakan video conferencing merupakan salah satu intipati dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) melalui Anjakan 7
Pelan berkenaan, iaitu memanfaatkan TMK bagi meningkatkan kualiti
pembelajaran di Malaysia.
Inisiatif PPD Tawau untuk menggalakkan pembelajaran maya dengan
luar daerah atau luar negara, Bahagian Teknologi PPD Tawau telah
bekerjasama dengan kumpuan teknikal SJK (C) Sin Hwa dalam
memberikan segala khidmat teknikal dalam menggunakan Googel
Hangouts (https://hangouts.google.com/) dalam mengatasi kekangan
jarak untuk menjalankan pembelajaran maya.
Kumpulan SJK (C) Sin Hwa turut menjalankan Facebook LIVE semasa
perkongsian amalan pengajaran abad ke-21 dan perkongsian
pengajaran dari Guru Korea. Ini telah membolehkan guru-guru yang
tidak dapat mengikut kursus pembelajaran maya ini dapat belajar di
Facebook LIVE.
Sokongan
SJK(C) SIN HWA TAWAU 25 MAC 2018
JALINAN HUBUNGAN DENGAN
Telekom malaysia
Bagi merealisasikan program transformasi digital E-classroom,
pihak sekolah bekerjasama dengan syarikat Telekom Malaysia
Berhad (TM) bagi meningkatkan kualiti pendidikan dengan sistem
pendigitalan.
"Kerjasama ini adalah berkaitan dengan pembelajaran abad ke-
21. Saya berharap di sekolah dapat jajaran internet untuk
memudahkan penggnuan perisian e-classroom," kata Guru
Besar, Pn.Chu Voon Fui.
Syarikat Telekom Malaysia Berhad (TM) teleh memberikan
jaluran internet UniFi 10GB untuk pihak sekolah merasai kelajuan
internet yang ditawarkan.
SJK(C) SIN HWA TAWAU 07 MEI 2018
Program jelajah
pendidikan kpm 2018
SJK (C) Sin Hwa, Tawau telah menyertai Program Jelajah Pendidkan KPM 2018 di Eastern Plaza Tawau
pada 5-6 Mei 2018. Ia merupakan platform berkesan dalam mempamerkan kejayaan bidang pendidkan
dan keberhasilan murid.
Program selama dua hari ini, masyarakat akan disajikan dengan kejayaan hasil daripada transformasi
pendidikan negara dan perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan. Ini turut memberikan peluang
kepada pihak sekolah untuk mendekati masyarakat dengan berkongsi kejayaan serta mendapatkan
pandangan serta maklum balas terhadap usaha pihak sekolah dalam meningkatkan akses kepada
pendidikan berkualiti.
Murid-murid SJK (C) Sin Hwa turut diberikan pendedahan awal dalam menyertai program Frog VLE
semasa dua hari ini. Program ini dapat menggalakkan pemikiran secara kreatif di samping merangsang
keyakinan diri.
SJK(C) SIN HWA TAWAU 25 OKTOBER 2018
Penanda Aras Ke
SK(C) Anglo Chinese
Pada 25 Oktober 2018, Rombongan Unit Serasi SJK(C) Sin Hwa Tawau telah mengadakan
Penanda Aras ke SK(C) Anglo Chinese, Kota Kinabalu. Guru besar, Puan Chu Voon Fui mengetuai 9
orang guru dan seorang ahli pembimbing rakan sebaya (PRS) menjalankan lawatan sambil belajar ke SK
(C) Anglo Chinese. Pelbagai pengalaman telah dikongsi oleh pihak SK(C) Anglo Chinese. Penanda aras
ini telah memberi manfaat dan pengetahuan kepada rombongan Unit Serasi SJK(C) Sin Hwa Tawau.