INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
Semester 2 Tahun 2022
PALS1012
ASAS KELESTARIAN DAN TEKNOLOGI HIJAU
TUGASAN INDIVIDU
NAMA PELAJAR
MOHAMAD SHAFIQ ILHAM BIN SANADI
ANGKA GILIRAN
2021232310309
NO. KAD PENGENALAN
020626030999
KUMPULAN/ UNIT
PPISMP REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SK)
Pengakuan Pelajar :
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan : Tarikh : 27 APRIL 2022
Nama Pensyarah DR YEAP TEIK WEI Tarikh Terima
Tarikh Serahan 27 APRIL 2022
Pengesahan Pelajar :
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami.
Tandatangan : Tarikh : 27 APRIL 2022
PENGHARGAAN
Saya bersyukur kepada Allah swt kerana tugasan subjek Asas Kelestarian dan Teknologi
Hijau (PALS1012) telah berjaya disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Tanpa bantuan dan
sokongan daripada pelbagai pihak saya tidak akan mampu menyempurnakan kesemua tugasan ini
dengan jayanya. Justeru,saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan jutaan terima kasih
kepada beberapa pihak yang sentiasa memantau dan bersedia memberi bantuan sepanjang kerja
kursus ini dijalankan.
Pertama sekali, diucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang tidak pernah jemu
menjadi tulang belakang tatkala susah dan senang. Seterusnya, sekalung penghargaan saya
ucapkan kepada pensyarah pembimbing Dr. Yeap Teik Wei yang tidak pernah lokek ilmu dalam
membantu saya dan rakan seperjuangan dalam menjalankan tugasan dengan sempurna dan
lengkap. Pengalaman menuntut ilmu dengan beliau adalah saat yang paling berharga.
Ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan saya yang turut membantu dalam berkongsi
ilmu dan dapatan bahan yang dapat membantu saya untuk menyempurnakan tugasan-tugasan
pada kali ini. Akhir kata,sepanjang menjalankan tugasan ini saya telah dapat meningkatkan
pengetahuan dan ilmu dalam mengamalkan kepimpinan professional apabila menjadi guru tidak
lama lagi.
i
ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN ................................................................................................................................................i
1.0 PENDAHULUAN ....................................................................................................................................1
2.0 TEKNOLOGI HIJAU DAPAT MEMULIHARA ALAM SEKITAR .........................................................2
3.0 PRODUK TEKNOLOGI HIJAU DAPAT MENJAGA KUALITI ALAM SEKITAR .............................3
3.1 TENAGA SOLAR ........................................................................................................................................3
3.2 KERETA HIBRID .........................................................................................................................................4
3.3 BANGUNAN HIJAU ....................................................................................................................................5
4.0 KESIMPULAN..............................................................................................................................................6
RUJUKAN ...........................................................................................................................................................7
ii
1.0 PENDAHULUAN
Pembangunan Lestari dapat didefinisikan sebagai pembangunan yang dilaksanakan untuk
menghindari pelupusan sumber dan memastikan kerosakan minimum ke atas alam semulajadi.
Dalam konsep pembangunan lestari, penekanan diberikan kepada keseimbangan antara
memenuhi keperluan manusia dengan keupayaan sistem semulajadi untuk membekalkan
produk dan perkhidmatan tanpa mengalami degradasi. Kerajaan Malaysia juga telah
melaksanakan usaha dalam mengekalkan kelestarian alam. Kementerian Alam Sekitar dan Air
(KASA) menerajui usaha ke arah Malaysia Lestari 2030. Pada dasarnya, 30 inisiatif dibangunkan
berteraskan empat tunjang utama iaitu pengukuhan governan, pertumbuhan hijau, kolaborasi
strategik, dan keterangkuman sosial yang meliputi atmosfera (udara), hidrosfera (air), litosfera
(darat) dan biosfera (makhluk hidup). Menurut Kamarudin et. al. (2011) menyatakan teknologi
hijau merupakan satu inisiatif menggabungkan pelbagai kaedah dan bahan-bahan tertentu,
daripada teknik penjanaan elektrik kepada produk mesra alam iaitu bebas daripada sumber-
sumber percemaran seperti penggunaan bahan kimia. 5R merupakan kaedah yang boleh
diamalkan oleh semua pihak dalam usaha memulihara alam sekitar. Konsep 5R iaitu Reuse,
Recycle, Reduce, Rethink dan Repair juga amat penting dalam mewujudkan persekitaran yang
Oleh itu, dalam usaha untuk mengekalkan pembangunan lestari penggunaan teknologi hijau
perlu diaplikasikan dalam menjaga alam sekitar. Amalan kelsetarian alam sekitar dapat
membantu memastikan keperluan penduduk masa kini dapat dipenuhi tanpa menjejaskan
kemampuan generasi yang akan datang memenuhi keperluan mereka.
1
2.0 TEKNOLOGI HIJAU DAPAT MEMULIHARA ALAM SEKITAR
Menurut Norizan Hassan et. al (2017) menyatakan bahawa teknologi hijau merujuk kepada
satu aplikasi, peralatan atau sistem yang memiliki ciri-ciri mementingkan kelestarian alam sekitar
dan bersifat mesra alam. Teknologi hijau menjadikan alam sekitar lebih baik untuk generasi akan
datang. Matlamat penggunaan teknologi hijau kepada alam sekitar ialah untuk meningkatkan tahap
kesihatan dan kehidupan, melindungi ekosistem semula jadi, mengurangkan impak negatif daripada
aktiviti manusia dan menjadi alternatif untuk menggalakkan perkembangan ekonomi. Produk
teknologi hijau mempunyai kriterianya tersendiri. Sebagai contoh, produk teknologi hijau dapat
menggalakkan penggunaan sumber bahan yang boleh diperbaharui seperti cahaya matahari, hidro,
dan angin. Seterusnya, produk teknologi hijau boleh dikitar semula atau melalui konsep 5R.
Teknologi hijau juga mempunyai potensi besar dalam memacu pembangunan negara. Oleh itu,
konsep 5R dalam penggunaan produk teknologi hijau amat penting dalam menjaga alam sekitar.
Kepentingan produk teknologi hijau ialah untuk melestarikan kehidupan. Teknologi hijau
dapat menjaga dan meningkatkan kelsetarian dan meminimumkan degradasi kualiti persekitaran.
Seterusnya, teknologi hijau dapat meningkatkan pemuliharaan alam sekitar. Sebagai contoh,
teknologi hijau dapat mengurangkan pelepasan gas karbon ke udara. Dalam meningkatkan
pengaplikasian teknologi hijau untuk menjaga alam sekitar, pihak kerajaan telah melaksanakan
Dasar Teknologi Hijau. Dasar Teknologi Hijau Negara (DTHN) telah dilancarkan oleh mantan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Julai 2009 dan menekankan aspek pemacuan
pertumbuhan ekonomi negara dan pembangunan mapan. Pembangunan mapan hendaklah
memenuhi keperluan masyarakat masa kini tanpa mengabaikan keperluan generasi akan datang.
Dasar Teknologi Hijau Negara merangkumi unsur ekonomi, alam sekitar dan sosial seperti
yang digariskan oleh lima (5) objektif yang berikut :
• Untuk menyelaraskan pertumbuhan industri Teknologi Hijau dan meningkatkan sumbangan
Teknologi Hijau terhadap ekonomi negara;
• Untuk membantu pertumbuhan dalam industri Teknologi Hijau dan meningkatkan
sumbangannya kepada ekonomi negara;
• Untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan Teknologi Hijau dan
meningkatkan daya saing dalam Teknologi Hijau di persada antarabangsa;
• Untuk memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar untuk generasi yang
akan datang; dan
• Untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap Teknologi Hijau dan
mengalakkan penggunaan meluas Teknologi Hijau.
Jelaslah bahawa, dasar yang digubal merupakan satu usaha untuk meningkatkan
penggunaan produk teknologi hijau dalam memulihara alam sekitar. Dari aspek ekonomi pula,
2
teknologi hijau dapat meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan
teknologi. Dari segi lain pula, teknologi hijau dapat meningkatkan kualiti hidup masyarakat.
3.0 PRODUK TEKNOLOGI HIJAU DAPAT MENJAGA KUALITI ALAM SEKITAR
Pada masa kini, terdapat banyak produk teknologi hijau yang sedia ada. Produk-produk
teknologi hijau menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui seperti tenaga suria, tenaga hidro,
tenaga angin dan lain-lain. Produk teknologi hijau mempunyai sistem yang mempenuhi kriteria
seperti meminimumkan degradasi persekitaran, mempunyai pembebesan Gas Rumah Hijau (GHG)
yang rendah atau sifar, selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik
untuk semua hidupan, menjimatkan tenaga dan sumber asli dan menggalakkan sumber-sumber
yang boleh diperbaharui.
3.1 TENAGA SOLAR
Tenaga solar atau tenaga suria merupakan sebuah teknologi untuk mendapatkan tenaga
berguna daripada cahaya matahari. Tenaga matahari telah digunakan dalam banyak teknologi
tradisional sejak beberapa abad dan telah digunakan secara meluas ketika ketiadaan bekalan
tenaga lain, seperti di kawasan terpencil dan di angkasa lepas.
Gambar 1 : Panel solar di Pulau Perhentian
Di Malaysia, penggunaan teknologi solar semakin meluas. Sebagai contoh, panel solar telah
digunakan di Pulau Perhentian, Terengganu bertujuan untuk menjana kuasa dan menjimatkan
penggunaan kuasa kerana kawasan tersebut mempunyai penjanaan kuasa yang terhad. Tenaga
solar merupakan antara tenaga gantian yang tidak mencemarkan alam sekitar. Tenaga solar
digunakan dalam beberapa penggunaan iaitu pemanasan, generasi elektrik, penyahmasinan air laut,
dan sebagainya. Di Malaysia, penggunaan tenaga solar masih dalam tahap yang sederhana.
Penggunaan tenaga solar digunakan dalam sektor pertanian, perikanan dan penyelidikan.
Penggunaan produk solar mempunyai kepentingan dan manfaat kepada alam sekitar.
Menurut Agiah (2015) menyatakan bahawa faedah penggunaan tenaga solar ialah penjimatan
elektrik dan kos. Hal ini dinyatakan oleh Pengarah Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI) UKM,
Prof. Dr. Kamaruzaman Sopian bahawa teknologi suria adalah lebih praktikal, menjimatkan kos dan
masa berbanding kaedah penyambungan grid yang diamalkan ketika ini. Sebagai contoh, sekolah-
3
sekolah kini menggunakan tenaga solar bagi memastikan projek pembekalan elektrik disekolah luar
bandar pada kadar segera dan penjimatan kos. Hal ini kerana, sesebuah sekolah di kawasan luar
bandar telah menggunakan teknologi panel solar pada lampu jalan untuk menjimatkan kos dan
mengurangkan pencemaran alam.
Penggunaan panel solar juga mempunyai cabaran dan kelemahan dalam memastikan alam
sekitar terus terjaga. Penerimaan tenaga hijau ini bagi bangunan-bangunan awam seperti masjid,
balai raya, hospital dan sekolah masih terhad memandangkan teknologi tenaga hijau sedia ada kini
menerima peruntukan penuh dari kerajaan, menyebabkan inisiatif pemasangan secara sendiri
adalah lebih perlahan. Selain itu, rakyat Malaysia menerima bekalan tenaga elektrik subsidi yang
menyebabkan kebergantungan yang tinggi terhadap bekalan ini dari Tenaga Nasional Berhad
(TNB). Walau bagaimanapun, sejak 2014, terdapat peningkatan tarif elektrif yang menyebabkan
pertambahan kos pada bil elektrik bulanan. Oleh itu, penggunaan tenaga solar memerlukan kos
yang amat tinggi untuk pemasangan.
Penggunaan solar juga menimbulkan isu dari segi kos dan pembinaan. Penggunaan tenaga
solar juga mempunyai kelemahan seperti penyimpanan tenaga solar adalah mahal. Oleh kerana
tenaga solar harus digunakan dengan kadar segera, atau ia boleh disimpan di dalam bateri yang
besar. Bateri yang digunakan tidak disambungkan ke grid. Ini adalah penyelasaian yang baik untuk
menggunakan solar sepanjang hari tetapi pada masa yang sama ia juga agak mahal.
3.2 KERETA HIBRID
Kini, penggunaan kereta yang menggunakan petrol semakin berkembang. Namun begitu,
penggunaan petrol akan mendatangkan kesan buruk kepada alam sekitar iaitu pencemaran udara
disebabkan pelepasan asap yang dikeluarkan daripada ekzos kereta. Oleh itu, terdapat
penyelesaian terhadap masalah tersebut iaitu penggunaan kereta hibrid. Menurut Danial (2017)
yang menyatakan kereta hibrid merujuk kepada kenderaan yang menggunakan kuasa bateri.
Namun begitu, kereta hibrid tidak bergantung kepada kuasa bateri semata-mata tetapi juga enjin
pembakaran (petrol) yang memacu generator untuk membekalkan elektrik dan juga untuk
pemanduan secara langsung. Secara amnya, kereta hibrid ini menggunakan lebih daripada satu
sumber tenaga untuk menggerakkan kenderaan dan hal ini merupakan salah satu penyelesaian
untuk mengurangkan pencemaran alam. Struktur enjin hibrid yang menggabungkan kuasa elektrik
dan bahan apu bertindak dalam pelbagai cara iaitu hibrid dalam bentuk selari yang mana bahan api
disalurkan ke enjin tetapi pada masa yang sama dilengkapi dengan bateri yang membekalkan kuasa
kepada motor elektrik kereta hibrid. Selain itu, kereta hibrid menggunakan teknologi pintar.
Teknologi pintar seperti ‘brek penjanaan semula’ yang digunakan ketika kereta hibrid memperlahan,
sistem itu menangkap tenaga brek dan menjana semula tenaga untuk mengecas bateri. Pengguna
boleh menukar penggunaan enjin petrol dan bateri pada bila-bila masa.
Penggunaan kereta hibrid mempunyai banyak manfaat dan kelebihan. Antara kelebihan
menggunakan kereta hibrid adalah dapat mengurangkan penggunaan bahan api lebih daripada
4
separuh. Kereta hibrid juga mempunyai kadar pelepasan asap iaitu gas karbon monoksida 80%
lebih rendah. Hal ini dapat menjimatkan dari segi kos dan dapat mengurangkan pencemaran udara
terhadap alam sekitar. Seterusnya, kereta hibrid lebih senyap dan bersih daripad kereta
konvensional.
3.3 BANGUNAN HIJAU
“ Green Building” atau istilah bahasa melayunya bangunan hijau merupakan bangunan yang
bercirikan teknologi binaan mesra alam semulajadi. Selain menjimatkan pelbagai jenis tenaga
termasuk tenaga elektrik, air, angin serta kos, ianya juga turut memberi keselesaan dan persekitaran
yang sihat kepada penghuninya. Teknologi mesra alam ini semakin giat digunakan di kebanyakan
bangunan termasuklah bangunan pejabat, kompleks membeli belah, sekolah, rumah kediaman dan
banyak lagi. Bangunan Hijau atau bangunan mampan ini adalah suatu struktur yang direkabentuk,
dibina, diubahsuai, dikendalikan, atau digunakan semula dalam ekologi dan pelbagai tujuan dengan
menggunakan sumber secara berkesan dan tidak membazir sepanjang kitar hidup bangunan itu.
Ciri-ciri bangunan hijau yang direkabentuk kebiasaannya menggunakan elemen semulajadi seperti
tumbuh-tumbuhan yang ditanam dalam dan luar bangunan. Pembinaan bangunan hijau dapat
melestarikan alam sekitar kepada generasi yang akan datang dan dapat mengindahkan alam
sekitar.
Ciri-ciri bangunan hijau ialah bangunan hijau merupakan sebuah bangunan yang mempunyai
kecekapan tenaga yang tinggi (energy efficient). Ia dapat dilakukan melalui penggunaan tenaga
solar atau penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui dan bangunan perlulah mempunyai sistem
penyelenggaraan yang mampan. Ciri ini sangat memenuhi usaha untuk melestarikan alam sekitar.
Selain itu, bangunan hijau mempunyai aspek inovasi bangunan dalam reka bentuk serta inisiatif
environmental design yang digunakan di dalam mereka bentuk sesebuah bangunan hijau.
Pembinaan bangunan hijau juga mendatangkan banyak kebaikan dalam usaha melestarikan
alam sekitar. Menurut Adrian .Y. (2019) yang menyatakan bahawa bangunan hijau telah
mendatangkan banyak kelebihan kepada penduduk dan alam sekitar antaranya ialah ruang dalaman
yang berkualiti tinggi. Bangunan hijau menggunakan reka bentuk dan struktur yang menggalakkan
aliran udara yang optimum. Di samping itu, banyak bangunan hijau yang direka supaya ruangan
sentiasa terang dengan membolehkan pengudaraan dan pengcahayaan semula jadi ke dalam
ruangan tempat tinggal. Selain itu, bangunan hijau memiliki bil-bil utiliti yang lebih rendah berbanding
bangunan lain. Kebanyakkan bangunan hijau memberi tumpuan terhadap aspek pengudaraan dan
pengurangan haba. Ini bermakna, ada kemungkinan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap
alat pendingin hawa, dan pelembap udara. Ini juga boleh mengurangkan bil-bil bulanan dari masa ke
masa.
Oleh itu, pembinaan bangunan hijau perlu ditingkatkan di Malaysia agar kelestarian alam dapat
dikekalkan kepada generasi yang akan datang.
5
4.0 KESIMPULAN
Tuntasnya, sumber tenaga merupakan sebuah aspek yang penting bagi kehidupan makhluk
hidup terutamanya manusia. Ianya banyak mendatangkan faedah yang positif serta berguna. Tidak
kira sumber tersebut merupakan sumber tenaga boleh diperbaharui ataupun sumber tenaga tidak
boleh diperbaharui. Sebagai contoh terhasilnya Solar, kereta hibrid , dan bangunan hijau.
Berdasarkan analisis yang telah saya jalankan, produk teknologi hijau tersebut banyak
mendatangkan impak yang positif dalam kehidupan. Oleh itu, kita perlulah menerapkan sifat
menyayangi alam sekitar dengan menggunakan pelbagai teknologi hijau yang telah diinovasikan
oleh golongan pakar. Memandangkan bumi kita telah sarat dengan pelbagai masalah serta
mempunyai pelbagai isu – isu global, kita perlulah memainkan peranan yang mendalam dalam
menjaga alam sekitar demi mencapai kemakmuran.
6
RUJUKAN
Adrian .Y. CK. (2019, Mei 06). Kelebihan tinggal di bangunan hijau.
____https://www.iproperty.com.my/guides/ini-sebabnya-kenapa-anda-harus-tinggal-di-bangunan-
____hijau/
Angiah S. (2015). Kepentingan Tenaga Solar. https://dokumen.tips/documents/kepentingan-tenaga-
____solar.html
Danial Hadi. (2017, April 16). Kereta Hibrid. Scribd. https://www.scribd.com/doc/274138319/Kereta-
____Hibrid
Iskandar Hassan Abdullah. (2019, Mac 13). Teknologi Hijau tingkat kualiti hidup, pacu ekonomi
negara. Berita Harian.
____https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/03/40615/teknologi-hijau-tingkat-kualiti-
___ hidup-pacu-ekonomi-negara
Norizan Hassan, Hazimah Abdul Rahman & Hussin Salamon. (2017).The Role of Green Technology
Application in Context of Sustaining the Environment from Islamic Perspective. e-Jurnal
Penyelidikan dan Inovasi. 4(1), 1-12. rmc.kuis.edu.my/jpi/ e-ISSN 2289-7909
Kamarudin., Mohd Fazli, , Md Nor Hayati., Ismi Rajiani, & Norhana, (2011). Green
Technology Compliance in Malaysia for Sustainable Business Development. Journal of Global
Management, 2(1), 55-65.
http://dx.doi.org/10.11113/sh.v8n3-2.961
7