KALI KE-46
SK CLIFFORD KUALA KANGSAR
Dirasmikan Oleh :
PUAN NOR BARIAH BINTI MOHD ALI
AHLI MAJLIS PERBANDARAN KUALA KANGSAR
Sabtu • 24 Jun 2023 • 8:00 pagi • Dewan SKC
PERKARA HALAMAN
Sekapur Sireh 1
Seulas Pinang 2
Atur cara Majlis 3
Surat Jemputan Ke Mesyuarat Agung PIBG Kali 4
Ke-46 / 2023
Ahli Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung
PIBG Kali Ke- 46/2023 5
Ahli Jawatankuasa PIBG SKC Sesi 2023/2024
7
Agenda Minit Mesyuarat Agung Kali Ke- 46 /2023
8
Minit Mesyuarat Agung Kali ke - 45/ 2022
9
Laporan Aktiviti Tahunan 2022
21
Penyata Perbelanjaan & Pendapatan PIBG 1 Jan
2022 22
Senarai Kutipan Bayaran Tambahan 2023
23
Senarai Usul 24
Sekalung Budi
26
SEKAPUR SIREH
GURU BESAR
ENCIK FAUZI BIN MOHAMAD ZULKIFLI
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t.
Syukur Alhamdulillah dengan taufik dan iradah-Nya dapat kita
berkumpul bagi menyempurnakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PIBG
SKC kali ke-46. Semoga hubungan sesama kita dapat dipererat, cadangan
dapat disepakati, segala usul dapat dirungkai, dan seterusnya segala
masalah dapat dileraikan secara musyawarah.
Kerjasama antara SK CLIFFORD dengan PIBG telah berlangsung
dalam keadaan yang baik. Terima kasih saya ucapkan kepada barisan AJK
PIBG kerana segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan
jayanya.
Walaupun keadaan cuaca semasa memberikan cabaran
kepada penglibatan murid dalam aktiviti Kokurikulum, namun harapan
semoga kejayaan murid-murid akan tetap dicapai pada peringkat daerah
sehingga ke peringkat negeri. Tahniah kepada murid-murid yang terlibat.
Sekalung penghargaan juga kepada guru-guru yang melatih murid-murid
sehingga menempa kejayaan cemerlang yang mengharumkan nama
sekolah.
Akhir kalam, jadikanlah platform MAT PIBG ini sebagai wadah
percambahan idea, jambatan maklumat dan pengikat ukhuwah. Semoga
kerjasama yang terjalin dapat memupuk hubungan yang saling melengkapi
dalam usaha menjayakan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) menjadi realiti. Kepada barisan AJK PIBG 2022/23, sekalung
penghargaan saya ucapkan atas sikap mesra dan budaya mudah dibawa
berbincang yang kalian tunjukkan. Pihak sekolah berharap agar gerakan ini
terus dapat disusun, digembleng, dipacu, disepakati menjadi senada seirama
demi kemajuan anak-anak SKC, dalam memenuhi impian dan harapan kita
agar SK Clifford menjadi sebuah sekolah yang kondusif, hebat dan berwatak.
Sekian, terima kasih
1
SEULAS PINANG
YDP PIBG
EN ABDUL HALIM BIN MIOR IBRAHIM
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan
kurnia-Nya kita dapat bersama-sama lagi untuk merealisasikan
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-46 bagi tahun 2023.
Tahniah, syabas dan ribuan terima kasih kepada semua Ahli
Jawatankuasa PIBG sesi 2023/24 kerana dengan komitmennya
berjaya melaksanakan tanggungjawab bersama iaitu
mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46 ini.
Dengan adanya kerjasama yang erat antara pihak sekolah
dan PIBG, kecemerlangan sekolah dapat ditingkatkan dan
menjadikan sekolah cemerlang. Bukan sahaja cemerlang
dalam akademik tetapi membina modal insan yang mempunyai
sahsiah murni untuk kepentingan agama bangsa dan negara.
Sekolah merupakan institusi yang memberi peluang kepada
semua murid menimba pelbagai ilmu, memupuk bakat dan
membentuk sahsiah terpuji. Persatuan Ibu Bapa dan Guru pula
merupakan tiang sokongan kepada pihak sekolah dalam
menjayakan pelbagai program. Semoga lebih ramai ibu bapa
tampil memberi sumbangan dari segi tenaga, sokongan serta
idea yang realistik demi kemajuan anak-anak dan sekolah.
Semoga Allah SWT memberkati kerjasama ini dalam
menjalankan amanah untuk mendidik anak-anak menjadi insan
yang berilmu dan cemerlang di dunia dan di akhirat.
Sekian, terima kasih.
2
08.30 pagi :
Pendaftaran kehadiran Ibu bapa/Guru serta AJK PIBG.
09.15 pagi :
Ucapan aluan pengerusi majlis
Nyanyian Lagu Negaraku
Bacaan Doa
Al Fadhil Ustaz Faizul Aizar bin Rasdi
Ucapan Yang Dipertua PIBG
En. Abdul Halim bin Meor Ibrahim
Ucapan Penasihat PIBG
En. Fauzi bin Mohamad Zulkifli
Montaj
Ucapan Perasmi
Puan Nor Bariah Binti Mohd Ali
Ahli Majlis Perbandaran Kuala Kangsar
Mesyuarat Agung PIBG kali ke- 46/2023 dimulakan
Mesyuarat ditangguhkan 2 0
2 2
Bersurai
3
NOTIS MESYUARAT PIBG
KALI KE-46
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) KOD SEKOLAH : ABB4086
SEKOLAH KEBANGSAAN CLIFFORD NO. TEL :
JALAN RAJA PEREMPUAN TAAYAH, 05-7761776 :
NO. FAXS
33007 KUALA KANGSAR, 05-7761327
PERAK DARUL RIDZUAN E-Mail :
NO PENDAFTARAN : PIBG PK 186 [email protected]
____________________________________________________________________________________________________________________________________________
”BERSAMA-SAMA MEREALISASIKAN ASPIRASI PPPM 2013-2025”
”PENDIDIKAN BERKUALITI, SEKOLAH UNGGUL, MURID HOLISTIK”
Ruj. Tuan :
Ruj Kami : Abb4086.600-3/5/32 ( 10 )
Tarikh : 13 Jun 2023
Kepada,
Ibu Bapa / Penjaga,
Sekolah Kebangsaan Clifford,
Jalan Raja Perempuan Taayah,
33000 Kuala Kangsar.
Tuan/Puan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-46 SESI 2023/2024
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan pada ketentuan berikut :-
Tarikh : 24 Jun 2023
Hari : Sabtu
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan SK Clifford
3. Tuan/Puan selaku ahli dengan segala hormatnya dijemput hadir dalam mesyuarat tersebut.
4. Segala kerjasama dan sokongan tuan/puan berikan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“MALAYSIA MADANI”
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
( ABDUL HALIM BIN MEOR IBRAHIM)
Yang Di Pertua,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
Sekolah Kebangsaan Clifford.
Sk: Fail PIBG
______________________________________________________________________________________________________
4
Penasihat : En Fauzi Bin Mohamad Zulkifli
PK Pentadbiran : Pn Norazah Binti Mohamad
PK HEM : Tn. Hj. Asmawi Bin Hashim
PK Kokurikulum : Pn. Norliza Binti Man
PK Pendidikan Khas : En. Sulaiman Bin Zakariah @ Zakaria
Yang Dipertua : En. Abdul Halim Bin Meor Ibrahim
Naib Yang Dipertua : En. Mohd Fadhil Bin Mohd sayuti
Setiausaha : Cik Farah Wahida Binti Mohd Hanip
Setiausaha : En. Azhar Bin Mat Zain
PIBKS/Sarana
Bendahari : Pn. Nur Aisya Binti Meor Ibrahim
Penyambut Tetamu Jawatankuasa Tertinggi PIBG
Pendaftaran Cik Siti Aisyah Binti Mohd Yusoff
Cik Atikah Binti kamarol Bahrin
Bacaan Doa En. Faizul Aizar Bin Mohd rasdi
Pn. Siti Hazlini Binti Haris
Buku Program En. Muhammad Afif Bin Nawawi
Pn. Nor Wahida Binti Amin Shah
Pengacara Majlis Pn Noraida Binti Mohd Mokhtar
Pn. Zakiah Binti Esa
En. Durai Raj A/L Santhra Saygan
Siaraya/ PA Sistem En. Muhammad Puzi Bin Abdullah
5
Pn Shahida Binti Mad Sharif
Pencatat Pn, Nor Salina Binti Mohd Zaidi
Pn Nur Aisya Binti Meor Ibrahim
Hadiah/ Sijil Pn Zahanariah Binti Abdul Rahman
Penghargaan/ Cabutan Pn. Noor sazwida Binti Mohd Salleh
Bertuah Pn. Norasmah Binti Shafie
Pn. Rohiza Nor Binti Jaafar
Pemilihan Usul Pn. Rabitah Binti Hashim
Pn. Aslamiah Binti Ya’kub
Jamuan Ibu Bapa
Pn. Fauziah Bt Mokhtar
Pn. Azwani Binti abu Kassim
Pn. Suria Binti Mohd Salleh
Jamuan VIP dan Guru Pn. Siti Fatimah Binti Omar
Pn. Fauziah Binti Noordin
En. Mohd Amir Hasbudin Bin Mohd Sayuti
Jurufoto
Pn. Nurul azwa Binti Muhamad Noor
Publisiti Dan Seranta
En. Mohd Rizal bin Ismail
Dokumentasi Cik farah wahida Binti Mohd Hanip
Pn. Sherene Azlina Binti Mohd Isak
Persiapan Pentas Pn. Norhazliza Binti Abdullah Hashim
En. Ahmad Sharil Bin Jamaluddin
En. Zainudin Bin Mat Isa
En. Farizan Bin Ayob
En. Azhar Bin Mat Zain
Persiapan Dewan En. Baharuddin Bin Abdullah
Pekerja-pekerja Swasta
Keselamatan Pengawal Keselamatan Sekolah
6
: :
Penasihat : Encik Fauzi bin Mohamad Zulkifli
Yang DiPertua : Encik Abdul Halim bin Meor Ibrahim
Naib Yang DiPertua : Encik Mohd Fadhil bin Mohd Sayuti
Setiausaha : Cik Farah Wahida binti Mohd Hanip
Setiausaha PIBKS : Encik Azhar bin Mat Zain
Bendahari : : Puan Nur Aisya binti Meor Ibrahim
AJK Ibu Bapa :
Puan Neela Ganeswari a/p Kushnir
Encik Nasron bin Zakaria
Puan Nor Afzan :
Puan Nor Safaliza binti Ibrahim
Puan Wan Suliana binti Wan Daud
AJK Guru :
Encik Zainudin bin Mat Isa
:
Puan Nurul Azwa binti Muhamad Noor
Puan Rohiza Nor binti Jaafar
Puan Zahanariah binti Abdul Rahman
Puan Norhazliza binti Abdullah Hashim
Juru Audit Dalaman : Puan Nor Wahida binti Amin Shah
Juru Audit Luaran : Encik Azsrul Effendi bin Alias
7
AGENDA MESYUARAT PIBG
KALI KE-46
1.0 : Ucapan Pengerusi Mesyuarat
2.0 : Membentang dan Menerima Minit
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-45 Tahun
2022/2023
3.0 : Perkara-perkara Berbangkit
4.0 : Membentang dan Menerima Laporan
Aktiviti Tahunan PIBG Tahun 2022/2023
5.0 : Membentang, menerima dan Meluluskan
Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2022/23
6.0 : Membentang Senarai Kutipan Bayaran
Tambahan PIBG SK Clifford Tahun 2023/24
7.0 : Membahaskan Usul-usul
8.0 : Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG 2022/2023
9.0 : Perlantikan Ahli Jawatankuasa PIBG 2023/2024
10.0 : Cabutan Nombor Bertuah
11.0 : Hal-hal lain
8
Kali ke-45 bagi sesi 2022/2023
TARIKH : 28 Mei 2022
HARI : Sabtu
MASA : 8.30-12.00
TEMPAT : Dewan SKC
Atur cara:
1.0 Ucapan Pengerusi Majlis
Mengalu-alukan kedatangan para hadirin dengan salam keagamaan
dan selamat pagi.
Mengucapkan terima kasih kepada semua hadirin yang sudi hadir.
2.0 Nyanyian Lagu Negaraku
3.0 Bacaan Doa
Dipimpin oleh En. Faizul Aizar bin Rasdi
4.0 Ucapan YDP PIBG (Encik Mohd Fadhil bin Mohd Sayuti)
4.1 Salam keagamaan dan selamat pagi. Memulakan ucapan dengan
surah Al-Ma’idah.
4.2 Memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah S.W.T atas kehadiran
semua guru dan ibu bapa pada pagi ini.
4.3 Mengucapkan terima kasih kepada sekolah atas muafakat warga
sekolah kepada pembangunan kemenjadian murid.
4.4 Mengucap tahniah kepada BILIK BOSS kerana mendapat lima
bintang di atas penarafan SPBT.
4.5 Mengalu-alukan ibu bapa supaya turut serta dalam aktiviti sekolah
seperti menyusun kerusi meja dan juga bekerjasama dalam menjayakan
program sekolah.
9
4.6 Mendapat sumbangan daripada Old Cliffordian
Association (OCA) sejak jalinan bersama-sama semenjak tahun
2021 merupakan lonjakan bantuan yang besar kepada pihak
sekolah.
4.7 Mengucapkan terima kasih kepada wakil-wakil OCA dan
Tuan Haji Amaluddin kerana memberi sumbangan bakti dan idea
dalam pembangunan sekolah melalui jalinan bersama-sama
pihak OCA.
4.8 Mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua
yang hadir.
5.0 Ucapan Guru Besar (Encik Fauzi bin Mohamad Zulkifli)
5.1 Salam keagamaan dan selamat pagi. Memanjatkan
kesyukuran atas majlis Mesyuarat Agung PIBG kerana dapat
dijalankan pada hari ini.
5.2 Memaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Clifford
merupakan sekolah angkat kepada MRSM Sultan Azlan Shah.
5.3 Mesyuarat pada tahun 2021 diadakan secara Google
Meet. Beliau bersyukur kerana pada tahun 2022 dapat diadakan
secara bersemuka.
5.4 Menurut beliau lagi hampir dua tahun berada di SKC,
baru hari ini dapat bersua muka dengan ibu bapa yang hadir.
10
5.5 Harapan beliau agar dapat menjadikan SKC sebuah
sekolah yang berkualiti, murid-murid yang berpotensi dan
memberi saingan dan menjadi pemimpin pada masa akan
datang.
5.6 Beliau menjadikan Pengetua MRSM Sultan Azlan Shah
sebagai salah seorang contoh bekas pelajar SKC yang telah
berjaya.
5.7 Beliau menyatakan bahawa laluan berbumbung di
kantin adalah sumbangan pengerusi OCA sendiri bagi
kemudahan murid- murid dan ibu bapa.
5.8 Bilik Boss juga merupakan sumbangan daripada bekas
pelajar di mana telah mendapat pengiktirafan.
5.9 Bilik Boss SKC telah di pilih untuk menyertai
pertandingan peringkat negeri dan telah mendapat pengiktirafan
5 bintang.
5.10 Penaung OCA iaitu Raja Dihilir Perak telah mencemar
duli ke SKC baru-baru ini untuk melihat pembangunan sekolah
sambil merasmikan penanaman pokok buluh dan perasmian Bilik
Boss. Tuanku juga merupakan bekas pelajar SKC.
5.11 Sumbangan smart TV daripada OCA dapat menarik
minat murid supaya dapat memberi lebih tumpuan semasa
PDPC.
5.12 Pihak sekolah masih mencari dana untuk
kecemerlangan murid seperti pemasangan tiles dan penghawa
dingin di dewan dan juga mendapatkan arena berbumbung di
tapak perhimpunan. (bersama-sama pihak OCA)
11
5.13 Menggunakan pendekatan musyawarah jika timbul
sebarang masalah atau salah faham sesama kita perlu
tangani bersama-sama. Contohnya ponteng, jika ibu bapa
masih ragu-ragu atau tidak bersedia untuk Pdpr secara
bersemuka perlu menulis surat supaya guru-guru tahu
tentang status kehadiran.
5.14 Beliau berharap agar ibu bapa dapat mempromosi
SKC kepada luar sebagai sekolah pilihan.
5.15 Memberitahu bahawa SKC mempunyai 32 orang
guru yang berpengalaman dan sangat komited. Beliau yakin
dengan semua guru di SKC.
5.16 Berharap agar ibu bapa faham dengan tugas guru
dalam mendidik murid-murid lelaki yang aktif.
5.17 Berterima kasih kepada semua atas sumbangan
tenaga dan wang ringgit kepada PIBG.
5.18 Beliau memohon maaf kerana tidak menjemput ibu
bapa untuk turut serta bersama-sama ketika Raja Dihilir
datang ke SKC kerana ia melibatkan perbelanjaan yang tinggi.
Kewangan ditanggung oleh pihak OCA sendiri.
5.19 SKC telah dipilih sebagai tempat penanaman 20
jenis buluh. Projek ini akan dipantau oleh Dato’ Mazliana
selama 6 bulan.
12
6.0 Ucapan Perasmi (Tuan Haji Mohd Khairul Anuar bin
Dato’ Haji Shafie)
6.1 Ucapan terima kasih kerana menjemput beliau untuk
merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45.
6.2 Beliau mengimbau kenangan sewaktu belajar di SKC
bersama-sama rakan-rakan. Kini masanya untuk menabur bakti
kepada SKC.
6.3 Tumpuan OCA kepada SKC adalah untuk menaikkan
semula nama Sekolah Kebangsaan Clifford seperti masa dahulu.
Jumlah bilangan murid juga perlu ditingkatkan.
6.4 Beliau meluahkan kerisauan kerana bilangan murid
semakin berkurangan. Kelas hanya tinggal satu bagi setiap
tahun.
6.5 Pihak OCA telah memberi sumbangan untuk
pembangunan sekolah kepada Sekolah Kebangsaan Clifford dan
Sekolah Menengah Clifford. Kedua-dua sekolah ini adalah di
bawah perhatian OCA.
6.6 Beliau menyatakan bahawa persediaan awal adalah
daripada rumah dan bukan hanya di sekolah sahaja. Ibu bapa
diseru agar bekerjasama dalam membantu guru-guru dari segi
usaha, perhatian dan wang ringgit. Gabungan kedua-dua pihak
akan menjurus kepada kejayaan murid-murid pada masa akan
datang.
13
6.7 Pihak OCA telah merancang pelbagai program bagi menaikkan
semula nama sekolah dan dapat melahirkan murid-murid yang
cemerlang. Secara rasminya MRSM Sultan Azlan Shah mengambil SKC
sebagai anak angkat.
6.8 Beliau juga menyatakan MRSM Taiping sedia membantu guru-
guru dalam penggunaan iPad. Sekiranya bersetuju SKC merupakan
perintis di daerah Kuala Kangsar.
6.9 Beliau juga menawarkan program lawatan sambil belajar ke
MRSM Sultan Azlan Shah bagi murid-murid Tahun 5 dan 6 Sekolah
Kebangsaan Clifford
6.10 Beliau juga menyentuh tentang Ulul Albab di mana pengajaran
dan pengajian agama di SKC perlu juga ditingkatkan. Beliau menyeru
kepada semua agar sentiasa berdoa supaya SKC menjadi sekolah yang
cemerlang.
6.11 Tuan Haji Mohd Khairul Anuar bin Dato’ Haji Shafie
merasmikan Mesyuaerat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-45.
7.0 Mesyuarat Agung PIBG
7.1 Ucapan Pengerusi
7.1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan ucapan salam dan terima
kasih kepada ibu bapa yang hadir. Harapan agar semua guru dan ibu
bapa dapat memberikan kerjasama yang terbaik. Beliau berharap agar
mesyuarat ini dapat digunakan untuk perbincangan yang bermanafaat
demi anak-anak.
7.1.2 Beliau menyatakan bahawa jumlah kehadiran guru-guru dan
ibu bapa mesyuarat kali ini ialah seramai 77 orang.
Tindakan : Makluman
14
7.2 Membentang Dan Menerima Minit Mesyuarat Agung
PIBG Kali Ke-44
7.2.1 Puan Sherene Azlina binti Mohd Isak selaku Setiausaha
PIBG sesi 2021/2022 membentangkan Minit Mesyuarat Agung
PIBG Kali Ke-44 Tahun 2021 untuk diterima.
7.2.2 Puan Nor Safaliza binti Ibrahim mencadangkan ianya
diterima dan disokong oleh Puan Rusina binti Kamarudin.
7.3 Perkara Berbangkit
7.3.1 Telah dibangkitkan dalam MAT PIBG yang lalu. Tiada
perkara berbangkit.
7.4 Membentangkan Dan Menerima Laporan Aktiviti PIBG
Tahun 2021
7.4.1 Puan Sherene Azlina binti Mohd Isak selaku Setiausaha
PIBG sesi 2021/2022 membentangkan laporan aktiviti PIBG
sepanjang tahun 2021 dan 2022 untuk diterima dan disahkan.
7.4.2 Puan Nila Nageswari a/p Kushnir mencadangkan
Laporan Aktiviti PIBG Tahun 2021 dan 2022 diterima dan
disahkan dan disokong oleh Puan Nor Atikah binti Alias.
Tindakan : Makluman
15
7.5 Membentang, Menerima Dan Meluluskan Penyata
Kewangan PIBG Tahun 2021
7.5.1 Pn. Nur Aisya binti Meor Ibrahim selaku Bendahari PIBG sesi
2021/2022 membentangkan penyata kewangan PIBG yang berakhir pada
31.12.2021 untuk diterima dan disahkan.
7.5.2 Pn Nor Atiqah binti Alias mencadangkan laporan kewangan
diterima dan disahkan dan disokong oleh Puan Nor Safaliza binti Ibrahim.
Tindakan : Makluman
7.6 Membentangkan Cadangan Bayaran Sumbangan PIBG
Tahun 2022
7.6.1 Puan Norazah binti Mohamed membentangkan cadangan
sumbangan PIBG setiap satu keluarga bagi Tahun 2022 ialah
sebanyak RM50.00.
7.6.2 Puan Nor Atikah binti Alias mencadangkan bayaran sumbangan
PIBG Tahun 2022 diterima dan disahkan dan disokong oleh Puan Neela
Ganeswari a/p Kushnir.
7.6.3 Kaedah Pengeluaran Wang PIBG
Sebulat suara mesyuarat bersetuju bahawa kaedah pengeluaran wang
PIBG adalah 2 daripada 3 penama di bawah:
YDP PIBG : Encik Abdul Halim bin Meor Ibrahim
(860812386691)
Setiausaha : Cik Farah Wahida binti Mohd Hanip
(810101086232)
Bendahari : Puan Nur Aisya binti Meor Ibrahim
(831214086354)
Tindakan : Makluman
16
Membahaskan usul
7.7.1 Usul 1 : Abdul Halim bin Meor Ibrahim
Anak : Zarith Amsyar bin Abdul Halim (1 Jujur)
Mencadangkan diadakan Kempen Anti Buli dan Kesedaran untuk
semua pelajar. Terutama untuk murid-murid baru yang belum
mempunyai pendedahan dalam isu ini.
Memohon pihak sekolah bincangkan sekiranya boleh diwujudkan
loker atau sudut almari untuk anak-anak murid menyimpan buku-
buku yang berat.
Ulasan Encik Fauzi bin Mohd Zulkifli (Guru Besar)
Encik Fauzi menyatakan Kempen Anti Buli dan Kesedaran telah
dilaksanakan.
Loker diberi secara berperingkat-peringkat dan keutamaan ialah
sekolah yang besar (ramai murid). Jadual anjal telah dilaksanakan
untuk mengelakkan beg berat. Murid-murid Tahap 1 tidak
dibenarkan membawa pulang buku aktiviti.
Menurut Ustaz Zainuddin untuk mencegah kes buli perlu ada
perancangan iaitu perancangan jangka panjang dan pendek.
Perancangan jangka panjang – dengan kerjasama PIBG
Perancangan jangka pendek – tindakan segera
Ibu bapa perlu maklum kepada pihak sekolah sekiranya ada aduan
daripada anak-anak. Pihak sekolah akan ambil tindakan dan
membuat laporan.
17
7.7.2 Usul 2 : Norfaridah binti Sharifuddin
Anak : Arif Fikri bin Muhamad Kamal (5 Jujur)
Mencadangkan diadakan satu kelab kompang untuk
memperkenal muzik tradisional yang semakin dilupakan oleh
generasi masa kini.
Ulasan Encik Fauzi bin Mohd Zulkifli (Guru Besar)
Encik Fauzi menyatakan tidak diwujudkan kelab kompang tetapi
ada mengajar murid-murid untuk bermain kompang dalam
program yang diadakan diperingkat sekolah.
7.7.3 Usul 3 : Tidak hadir
7.7.4 Usul 4 : Neela Ganeswari a/p Kushnir
Anak : Kuhavarshan a/l Linggam (2Jujur)
Memberi latihan tambahan kepada murid sebagai kerja
rumah.Dilarang murid keluar dari kawasan sekolah selepas habis
waktu sekolah. Contoh : Membeli aiskrim di luar kawasan
Ulasan Encik Fauzi bin Mohd Zulkifli (Guru Besar)
Menurut Encik Zainuddin ada perbezaan antara kerja rumah dan
kerja tambahan. Sebelum ini guru-guru pernah beri tetapi ramai
yang tidak siap. Guru ambil inisiatif kerja rumah tersebut diberi
semasa aktiviti di dalam kelas. Guru-guru juga memikirkan
tentang kekangan yang lain seperti kelas tambahan atau kelas
agama di waktu petang di mana murid-murid akan pulang lewat
petang. Menurud Encik Fauzi pihak Hal Ehwal Murid akan
melarang penjaja untuk berjual di luar kawasan sekolah.
Tindakan : Makluman
18
Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022
YDP PIBG mengumumkan pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG
Sesi 2021/2022
Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG SK Clifford Sesi 2022/2023
Penasihat : Encik Fauzi bin Mohamad Zulkifli
Yang DiPertua : Encik Abdul Halim bin Meor Ibrahim
Naib Yang DiPertua : Ustaz Mohd Fadhil bin Mohd Sayuti
Setiausaha : Cik Farah Wahida binti Mohd Hanip
Setiausaha PIBKS : Encik Azhar bin Mat Zain
Bendahari : Puan Nur Aisya binti Meor Ibrahim
AJK Ibu Bapa :
Puan Neela Ganeswari a/p Kushnir
Encik Nasron bin Zakaria
Puan Nor Afzan
Puan Nor Safaliza binti Ibrahim
Puan Wan Suliana binti Wan Daud
AJK Guru :
Encik Zainuddin bin Mat Isa
Puan Nurul Azwa binti Muhamad Noor
Puan Rohiza Nor binti Jaafar
Puan Zahanariah binti Abdul Rahman
Puan Norhazliza binti Abdullah Hashim
Juru Audit Dalaman : Puan Nor Wahida binti Amin Shah
Juru Audit Luaran : Encik Azsrul Effendi bin Alias
Tindakan : Makluman
19
7.10 Cabutan Nama Bertuah
7.10.1 Telah disediakan hadiah berupa hamper.
Tindakan : Makluman
7.11 Hal-hal Lain
Tiada
8.0 Penangguhan
Encik Abdul Halim (YPD PIBG Sesi 2022/2023) mengucapkan
setinggi tinggi penghargaan kepada semua yang hadir untuk
menjayakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45 sesi 2021/2022.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kerana telah memilih
beliau sebagai Yang Di Pertua PIBG yang baru. Beliau juga
memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan di sepanjang
mesyuarat tersebut. Beliau berharap agar guru-guru dan ibu
bapa dapat mengeratkan hubungan. Beliau juga memohon agar
sama-sama berdoa untuk kecemerlangan murid-murid Sekolah
Kebangsaan Clifford.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.40 tengah hari.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
------------------------------------------------------ --------------------------------------------------
(FARAH WAHIDA BINTI MOHD HANIP) (ABDUL HALIM BIN MEOR IBRAHIM)
Setiausaha PIBG, SK Clifford. Yang Dipertua PIBG, SK Clifford.
20
SESI 2022/2023
7
Sesi 2022/ 2023
BIL NAMA PROGRAM
1 BAYARAN KEPERLUAN MURID DAN PENDAFTARAN TAHUN 1
2 MENJALANKAN MESYUARAT AGUNG PIBG
3 MENJALANKAN MESYUARAT AJK SEBANYAK TIGA KALI
4 GEROBOK REZEKI
5 MAJLIS PERSARAAN
6 ZIARAH CAKNA
7 PROGRAM SANTUNI RAMADHAN
8 GOTONG ROYONG PERDANA SKC
9 SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK
10 HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN
22/10/2021 10
21
SESI 2020 / 2021
SESI 2022
12
PENYATA AKAUN PIBG SK CLIFFORD DARI
01.01.2022 BERAKHIR 31.12.2022
BIL PENDAPATAN RM BIL PERBELANJAAN RM
1 Baki pada 31 Disember 2021 12,242.72 1 Cenderahati OCA 390.00
2 Sumbangan PIBG 7850.00 2 Mesyuarat Agung PIBG 2021 1601.20
3 Sumbangan Hari Sukan Sekolah oleh Dato 2000.00 3 Mesyuarat AJK PIBG Kali Pertama 100.00
Iskandar
4 Sumbangan Individu dan Dato Maslin Syam - 400.00 4 Cenderahati guru yang betukar 195.00
Sukan Sekolah
5 Sumbangan Program Sambutan Hari Lahir oleh 900.00 5 Kit Berbuka Puasa – Ustaz Faizul Aizar 600.00
YDP PIBG
6 Bayaran Keperluan Persekolahan RKK 3380.00 6 Cenderahati Persaraan – Encik Awaluddin 30.00
7 Sumbangan Program Maulidur Rasul oleh Pn. 910.00 7 Hari Sukan Sekolah 4100.00
Suzana, Pn. Putri Khursiah, Pn. Saerah, Pn.
Husna, Kak Mie BHP, Masjid Ridzwaniah dan
Syarikat Kereta Sewa Kuala Kangsar
8 Program Hari Kanak-kanak 700.00
9 Majlis Bersama Tunku Soraya 486.50
10 Kursus Jump Rope – Cikgu Azwa 300.00
11 Kem Motivasi – Ustaz Faizul Aizar 300.00
12 Pertandingan Jump Rope – Cikgu Nur Aisya 300.00
13 Program Parenting 200.00
14 Mesyuarat AJK PIBG Kali Kedua 100.00
15 Program Sambutan Hari Lahir Januari - Disember 1200.00
16 Program Maulidur Rasul – Ustazah Aslamiah 910.00
17 Bayaran Keperluan RKK 3380.00
18 Majlis Apresiasi SKC 2353.00
JUMLAH PERBELANJAAN 17,245.70
Baki 10,137.02
JUMLAH 27,382.72 27,382.72
Disediakan oleh, Disemak oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,
……………………………………………. -------------------------- ……………………………………… ………………………………………….
(NUR AISYA BINTI MEOR IBRAHIM) (NOR WAHIDA BT AMIN SHAH) (AZSRUL EFFENDI BIN ALI ) (ABDUL HALIM BIN MEOR IBRAHIM
BENDAHARI PIBG JURUAUDIT DALAMAN’ JURUAUDIT LUAR YANG DIPERTUA PIBG
SK CLIFFORD SK CLIFFORD SK CLIFFORD SK CLIFFORD
22
SENARAI SUMBANGAN
PIBG 2023
BIL PERKARA TAHUN TAHUN TAHUN TAHUN TAHUN TAHUN PEND.
1 2 3 4 5 6 KHAS
RM RM RM RM RM RM RM
1 Hari 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00
Anugerah
2 Hari Kanak-
kanak 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00
3 Hari Lahir 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00
4 Sukan 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00
Tahunan
5 Tabung PIBG 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00
JUMLAH 50.00 50.00 50.00 50.00 50.00 50.00 50.00
* Hanya seorang sahaja yang akan bayar dalam satu keluarga
23
Dan cadangan daripada ibu bapa/ penjaga
17
USUL
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46
USUL 1
1. ABDUL KADIR BIN ISMAIL
Anak : Muhammad Firasz Amsyar Bin Abdul Kadir (1 Jujur)
Mencadang supaya pihak sekolah dapat membaik pulih pagar
sekolah yang telah rosak demi keselamatan murid
USUL 2
2. HASRIZAL
Anak : Muhammad Harraz Rayyan Bin Hasrizal (3 Jujur)
Mencadangkan pihak sekolah dapat menyediakan payung di
meja batu di tepi kantin sekolah supaya murid boleh duduk
sambil menunggu ibu bapa, atau dijadikan tempat ulangkaji
dengan rakan-rakan sekolah
USUL 3
3. MUHSIN BIN AHMAD NASARUDIN
Anak : Muqri Faheem Bin Muhsin (4 Jujur)
Berharap supaya baju sukan tidak perlu ditukar setiap tahun
memandangkan baju sukan tahun lepas masih elok untuk
menjimatkan kos perbelanjaan sekolah
24
USUL
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46
USUL 4
4. MOHAMAD IQRAM BIN ABDUL RAHMAN
Anak : Muhammad Iman Haikal Bin Mohamad Iqram (4
Jujur)
Lampu isyarat diperlukan di simpang utama masuk
sekolah kerana keadaan jalan yang sibuk pada waktu
pagi dan waktu balik menyebabkan murid susah untuk
melintas jalan
USUL 5
5. NEELA GANESWARI A/P KUSHNIR
Anak : Kuhavarshan A/L Linggam (3 Jujur)
Memberikan anak-anak latihan untuk dibuat di rumah
USUL 6
6. AHMAD ZUHIR BIN ABADI
Anak : Ahmad Adam Zikry Bin Ahmad Zuhir (3 Jujur)
1. Mewujudkan lampu isyarat di persimpangan jalan
masuk ke sekolah (Jalan utama).
2. Mempelbagaikan jualan makanan yang bersesuaian
dengan pelajar dan harga yang berpatutan.
25
SEKALUNG BUDI
PIBG SK Clifford mengucapkan jutaan
kepada :
• Semua guru, ibu bapa / penjaga yang sudi hadir
serta menjayakan majlis ini.
• Semua dermawan yang sudi menyumbangkan
idea, masa, tenaga dan wang ringgit bagi
menjayakan semua program PIBG bagi sesi
2022/2023.
• Semua Ahli Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat
Agung PIBG kali ke-46.
• Semua pihak yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung dalam majlis yang penuh dengan
usaha permuafakatan ini.