The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Cerita Kisah Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CHONG YUNG FOO [email protected], 2024-06-02 22:50:07

Kisah Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang

Buku Cerita Kisah Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang

KISAH PUTERI SANTUBONG DAN PUTERI SEJINJANG DISEDIAKAN OLEH: NUR FARADILAH BINTI DANNY


PUTERI SANTUBONG PUTERI SEJINJANG WATAK YANG TERDAPAT DALAM KISAH INI:


Pada suatu kala, terdapat dua orang puteri sangat cantik. Mereka merupakan anak kepada dewa kayangan yang bernama Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang.Paras rupa kedua puteri itu bagaikan purnama yang menghias alam dan menyinari istana kayangan. 1


Alis matanya yang lentik dan matanya yang cantik mempunyai ketinggian sederhana. Sesiapa yang memandang pasti akan terpikat dengan kecantikan mereka. Inilah kelebihan yang terdapat pada puteri. 2


Setiap hari, Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang akan bermain bersama di taman bunga. Mereka akan duduk dan bergurau senda sambil ketawa. Begitulah kehidupan mereka dari kecil hingga dewasa. Masa lapang, kedua puteri ini diisi dengan melakukan pekerjaan tersendiri. Puteri Sejinjang menumbuk padi manakala Puteri Santubong menenun kain. Begitulah rutin harian mereka sehinggalah pada suatu petang. 3


Saya diminati ramai kerana mempunyai wajah yang catik dan pinggang yang ramping. Eh, manada lah kakanda! Dindalah paling cantik dan rupawan melebihi kakanda. Mendengar kata kakaknya, Puteri Sejinjang mula merasa marah dan cuba menentang apa dikatakan oleh Puteri Santubong. Puteri Senjinjang turut merasakan bahawa dirinya paling cantik dan rupawan melebihi kecantikan Puteri Santubong. Saat itu, Puteri Santubong membayangkan dialah tuan puteri yang paling cantik di dunia ini. Puteri Santubong juga berangan-angan akan ada anak raja yang melamar dan mengahwininya. 4


Perbalahan mereka berlarutan sehingga Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang menghina antara satu sama lain. Masing-masing tidak mahu mengalah sehingga tidak dapat mengawal perasaan mereka lagi. Dengan perasaan penuh dendam dan marah Puteri Sejinjang menyerang Puteri Santubong dengan lengsung dan terkena pipi puteri Santubong. Puteri Santubong tidak berdiam diri lalu menikan Puteri Sejinjang dengan batang belidah yang ada dalam genggamnya tepat ke arah Puteri Sejinjang. 5


Ayahanda tidak suka melihat kamu berdua berbalah, Maka terimalah hukuman ini. Melihat perbalahan mereka, dewa kayangan iaitu ayahanda mereka berdua telah menjatuhkan hukuman dengan menukar Puteri Santubong menjadi Gunung Santubong dan Puteri Sejinjang menjadi Gunung Sejinjang dan pulau -pulau kecil. 6


Tanda yang terdapat pada kedua gunung ini menjadi simbolik kepada luka akibat perbalahan dua beradik ini. Maka berakhirlah pertalian persaudaraan yang selama ini terjalin akibat sikap iri hati dan cemburu. 7


T A M A T


Click to View FlipBook Version