PERATURAN KESELAMATAN
01 02 03 04
Keselamatan Keselamatan Keselamatan Keselamatan
Bengkel Diri Alatan Bahan
PERATURAN KESELAMATAN BENGKEL
Masuk ke dalam bengkel dengan kebenaran guru.
Letakkan beg di tempat yang disediakan (di luar bengkel).
Pastikan semua pintu dan tingkap terbuka semasa berada di bengkel.
Patuhi semua simbol dan tanda keselamatan di dalam bengkel.
Gunakan alatan dan bahan setelah mendapat kebenaran guru.
Laporkan kepada guru jika berlaku sebarang kemalangan.
Bersihkan semua tempat kerja di bengkel setelah selesai membuat aktiviti.
Tutup semula suis sebelum meninggalkan bengkel.
KESELAMATAN BENGKEL
Pakai pakaian yang sesuai di bengkel.
Ikat rambut yang panjang.
Masukkan tudung atau tali leher ke dalam apron.
Cuci tangan selepas melakukan aktiviti.
Keselamatan Alatan
Bertanya dan minta tunjuk ajar guru sebelum menggunakan peralatan.
berhati – hati semasa menggunakan alatan.
Laporkan alatan yang rosak atau hilang kepada guru.
Gunakan alatan dengan cara yang betul.
Bersihkan alatan selepas digunakan.
Simpan semula alatan yang digunakan di tempat asalnya.
Dilarang bermain dan bergurau semasa menggunakan alatan.
KESELAMATAN BAHAN
Bertanyakan cara penggunaan bahan yang betul kepada guru.
Simpan bahan yang berbahaya dan mudah terbakar di tempat yang selamat.
Berhati-hati semasa menggunakan bahan.
Bersihkan bahan yang tumpah di atas lantai dengan segera.
Gunakan bahan dengan cermat dan berhemah.
Simpan semua bahan di tempat yang sesuai.
SIMBOL DAN TANDA KESELAMATAN
Larangan
Pemadam api
Perhatian
Amaran
Waspada
Potensi bahaya
Zon aman
Pertolongan pertama
Wajib dipatuhi
Informasi umum
TUGASAN UNTUK PEMBELAJARAN HARI INI :
1.TULIS 4 JENIS PERATURAN KESELAMATAN
BENGKEL RBT.
2.LUKIS SERTA WARNAKAN SIMBOL DAN TANDA
KESELAMATAN DI DALAM BUKU TULIS.