The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 513-10-ain, 2023-06-27 23:06:38

2021212350122_TUGASAN 1_MPU3081

TUGASAN 1 MPU3081

Nama : NUR AIN NADHIRAH BINTI NORIZAN Angka Giliran : 2021212350122 Nombor Kad Pengenalan : 020309050072 Kumpulan/Unit : TESL F Kod dan Nama Kursus : MPU3081 KOKURIKULUM- PERSATUAN Nama Pensyarah : PUAN SARIMAH@SYARINA BINTI MAHMOOD Tarikh Hantar : 28/6/2023 Tarikh Diterima : (Diisi Oleh Pensyarah) Pengakuan Pelajar Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Pengesahan Pelajar Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya fahami. Tandatangan Pelajar : Ain Jumlah markah: Tarikh : 28/6/2023 Catatan : Pastikan pensyarah telah memberi maklum balas di dalam tugasan kerja kursus pelajar. NAMA JABATAN / UNIT: PENDIDIKAN JASMANI DAN KOKURIKULUM INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA LEMBAH PANTAI, 59200 KUALA LUMPUR TUGASAN KERJA KURSUS (INDIVIDU / KUMPULAN)


SEKOLAH KEBANGSAAN UNDANG REMBAU JALAN BATU HAMPAR, 71309 REMBAU, NEGERI SEMBILAN KERTAS KERJA PENUBUHAN KELAB BAHASA INGGERIS SEKOLAH KEBANGSAAN UNDANG REMBAU DISEDIAKAN OLEH: KETUA PANITIA BAHASA INGGERIS SEKOLAH KEBANGSAAN UNDANG REMBAU


1.0 PENGENALAN Bahasa Inggeris bukanlah satu perkara yang asing di dalam hidup setiap individu, terutamanya di dalam kalangan pelajar. Penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar amatlah dititikberatkan sebagai sebuah skil yang wajib dikuasai oleh setiap pelajar tanpa mengira peringkat umur. Menurut Dasar MBMMBI, tujuan memperkukuhkan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar adalah untuk mewujudkan peluang penerokaan ilmu yang pelbagai dan persaingan di peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat kebangsaan dan antarabangsa (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014). Pengukuhan Bahasa Inggeris juga dapat memastikan para pelajar dapat berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan berkesan sebagai bahasa antarabangsa. Malah, penggunaan Bahasa Inggeris bukan sahaja terhad kepada komunikasi. Penggunaan Bahasa Inggeris juga telah dijadikan sebagai bahasa teknologi, di mana rata-rata teknologi di dunia ini menggunakan Bahasa Inggeris sebagai mod utama (Mamat, 2016). Hal ini dapat dibuktikan melalui permainan video, telefon pintar dan buku manual bagi sesebuah teknologi yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara. Oleh itu, jelaslah bahawa Bahasa Inggeris merupakan sebuah bahasa atau skil yang penting dan wajib dikuasai oleh setiap pelajar. Melalui penubuhan Kelab Bahasa Inggeris, kebolehan dan penguasaan Bahasa Inggeris setiap pelajar dapat dipertingkatkan ke peringkat yang lebih baik. 2.0 RASIONAL Untuk memastikan penguasaan Bahasa Inggeris yang mampan, aktiviti-aktiviti yang berunsurkan penggunaan bahasa ini perlulah dijalankan secara berterusan. Terutamanya pada waktu di luar bilik darjah. Hal ini turut menjamin penggunaan Bahasa Inggeris secara berterusan dan berdasarkan kepada konteks-konteks aktiviti harian seperti berbual bersama rakan atau bercerita tentang pengalaman peribadi. Oleh itu, penubuhan Kelab Bahasa Inggeris dapat membantu pelajar untuk menggunakan ilmu dan skil Bahasa Inggeris mereka di luar bilik darjah serta di dalam kehidupan seharian mereka. Aktiviti di luar bilik darjah selalunya bersifat tidak formal dan lebih santai. Ini akan membuatkan pelajar lebih yakin untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang di dalam kelab ini. Selain itu, penubuhan kelab ini juga mampu membantu menaikkan motivasi dan keyakinan pelajar untuk bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Apabila


pelajar diberi peluang untuk berkomunkasi dalam Bahasa Inggeris melalui pelbagai konteks dan situasi, mereka akan berasa lebih yakin untuk menggunakan Bahasa Inggeris. Hal ini turut membantu pelajar dalam kelancaran dan kefasihan bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan lebih berkesan. Kelab Bahasa Inggeris juga turut menitikberatkan aspek kepelbagaian ilmu dan pengalaman. Melalui kelab ini, para guru dapat berkongsi secara lebih mendalam dan pelbagai ilmu atau skil Bahasa Inggeris yang dapat memberi manfaat kepada pelajar. Tempoh masa perjumpaan kelab dapat dimanfaatkan oleh para guru sebagai masa tambahan untuk mereka berkongsi ilmu Bahasa Inggeris yang tidak sempat disampaikan semasa di bilik darjah. Namun, pendekatan yang digunakan adalah lebih santai dan menyeronokkan melalui pelbagai aktiviti yang menarik. 3.0 MATLAMAT Memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar melalui aktiviti-aktiviti yang menarik serta berasaskan situasi kehidupan yang sebenar. 4.0 OBJEKTIF Objektif penubuhan kelab ini ialah: 1. Melatih pelajar menggunakan Bahasa Inggeris berdasarkan konteks kehidupan yang sebenar. 2. Mewujudkan peluang dan ruang kepada pelajar untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. 3. Mewujudkan suasana yang santai dan seronok untuk pelajar menggunakan Bahasa Inggeris di dalam kehidupan seharian. 4. Menyediakan aktiviti-aktiviti yang menarik dan bermanfaat bagi memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris pelajar. 5. Memberi ilmu dan skil Bahasa Inggeris baharu kepada pelajar dari semasa ke semasa. 6. Meningkatkan motivasi dan keyakinan pelajar untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris. 5.0 NAMA KELAB


“ Kelab Bahasa Inggeris Sekolah Kebangsaan Undang Rembau” 6.0 MOTO “ English is Fun! English is Awesome!” 7.0 MISI Mewujudkan sebuah medium yang membolehkan pelajar untuk berkomunikasi dan menggunakan Bahasa Inggeris dengan lebih berkesan dan yakin melalui aktiviti-aktiviti yang berasaskan kehidupan atau realiti yang sebenar. 8.0 VISI Melahirkan para pelajar yang mampu bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan fasih dan tepat dalam pelbagai konteks dan situasi. 9.0 SASARAN KUMPULAN Kelab ini menyasarkan pelajar Tahun 4, 5 dan 6 Sekolah Kebangsaan Undang Rembau.


10.0 LOGO Maksud logo: i. “ Speaking” - “ Speaking” atau bertutur merupakan salah satu skil utama di dalam Bahasa Inggeris. Penubuhan kelab ini akan membantu dalam aspek bertutur pelajar. ii. “ Reading” - “ Reading” atau membaca merupakan salah satu skil di dalam Bahasa Inggeris. Melalui kelab ini, pelajar akan disediakan dengan pelbagai bahan bacaan dan tips membaca dengan betul. iii. “ Listening” - “ Listening” atau mendengar merupakan salah satu skil di dalam Bahasa Inggeris. Aktiviti yang melibatkan skil mendengar akan dilaksanakan semasa perjumpaan kelab. iv. “ Writing” - “Writing” atau menulis merupakan salah satu skil di dalam Bahasa Inggeris. Pelajar akan diberi peluang untuk melatih skil menulis mereka melalui pelbagai aktiviti yang menarik.


11.0 LAGU KELAB Tajuk: Hey My Friend, Let’s Learn English Melodi/ Irama: Old McDonalds Had A Farm Hey my friend, let’s learn English E i e i o Don’t you know English is fun? E i e i o You can talk about your pet Listen to your teacher Write your own journal Read funny stories Hey my friend, let’s learn English E i e i o Hey my friend, let’s learn English E i e i o Don’t you know English is awesome? E i e i o You can sing some song Act in a drama Write a short letter Read your favourite poem Hey my friend, let’s learn English E i ei o


12.0 STRUKTUR JAWATANKUASA Penaung Encik Abdullah Bin Ahmad Zulkarnain Penasihat Puan Nur Ain Nadhirah Binti Norizan Puan Nur Irdina Binti Yazid Pengerusi Puan Reehana Rekhraj Naib Pengerusi Puan Nur Ain Adha Binti Fauzi Setiausaha Puan Nur Nadya Nazeeha Binti Zolkefli Naib Setiausaha Puan Geetha Valli Bendahari Encik Norman Hidayat Bin Mahmuddin Naib Bendahari Encik Amirul Izzat Bin Saiful


13.0 KAEDAH PENUBUHAN PERSATUAN 1. Melantik ahli jawatankuasa penggerak Bagi melicinkan tugas dan menggerakkan kelab, ahli jawatankuasa penggerak ditubuhkan. Sebuah mesyuarat diadakan di antara ahli jawatankuasa yang terlibat bagi mengagihkan tugas berdasarkan jawatan masing-masing. 2. Menghasilkan kertas kerja Setelah itu, kertas kerja penubuhan kelab dihasilkan bagi menjelaskan tentang perancangan dan identiti kelab. 3. Menyerahkan kertas kerja dan borang permohonan penubuhan kelab Kertas kerja tersebut akan diserahkan guru besar bagi memastikan ianya lengkap dan memenuhi segala format yang ditetapkan. Kertas kerja turut dihantar bersama borang penubuhan kelab. 4. Semakan kertas kerja dan borang permohonan Kertas kerja dan borang permohonan akan disemak dan dinilai dalam masa 3 hari bekerja. 5. Mengadakan Mesyuarat Agung Setelah mendapat kelulusan, Mesyuarat Agung yang pertama akan dijalankan di antara guru penasihat dan ahli kelab. Ahli jawatankuasa kelab akan dilantik serta perbincangan mengenai yuran dan aktiviti kelab akan turut dijalankan. 6. Laporan Mesyuarat Agung Laporan Mesyuarat Agung dihasilkan dan dihantar kepada guru besar.


14.0 CARTA ALIR PENUBUHAN KELAB


15.0 SUMBER KEWANGAN Bil. Sumber Kuantiti Jumlah 1. Yuran Kelab Bahasa Inggeris RM 20 (setahun) X 50 orang pelajar RM1000 2. Sumbangan guru penasihat RM 40 X 6 orang RM240 3. Sumbangan PIBG RM200 RM200 JUMLAH RM1440 16.0 ANGGARAN PERBELANJAAN KELAB Bil. Perkara Kuantiti Jumlah 1. Kertas Mahjong 3 RM20 2. Marker 8 RM30 3. Stem 50 RM50 4. Sampul surat 50 RM50 5. Kertas kajang 3 RM 20 6. Fotostat bahan 100 RM100 7. Makanan jamuan akhir tahun 60 RM600 8. Hadiah perpisahan 50 RM500 JUMLAH RM1370


17.0 YURAN Setiap pelajar dikehendaki membayar yuran kelab sebanyak RM2 setiap bulan kepada bendahari. 18.0 PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN PERATURAN 1: NAMA DAN ALAMAT Nama kelab: Kelab Bahasa Inggeris Sekolah Menengah Agama Rembau Alamat: Sekolah Kebangsaan Undang Rembau, Jalan Batu Hampar, 71309, Rembau, Negeri Sembilan PERATURAN 2: MATLAMAT Memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar melalui aktiviti-aktiviti yang menarik serta berasaskan situasi kehidupan yang sebenar. PERATURAN 3: OBJEKTIF Objektif penubuhan kelab ini ialah: 7. Melatih pelajar menggunakan Bahasa Inggeris berdasarkan konteks kehidupan yang sebenar. 8. Mewujudkan peluang dan ruang kepada pelajar untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. 9. Mewujudkan suasana yang santai dan seronok untuk pelajar menggunakan Bahasa Inggeris di dalam kehidupan seharian. 10. Menyediakan aktiviti-aktiviti yang menarik dan bermanfaat bagi memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris pelajar. 11. Memberi ilmu dan skil Bahasa Inggeris baharu kepada pelajar dari semasa ke semasa. 12. Meningkatkan motivasi dan keyakinan pelajar untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris.


PERATURAN 4: KEAHLIAN ● Keahlian kelab terbuka kepada pelajar Tahun 4 sehinggalah Tahun 5. ● Untuk menjadi ahli, pelajar perlulah mengisi borang keahlian terlebih dahulu dan menyerahkannya kepada guru penasihat kelab. ● Setiap ahli perlulah bersetuju dengan perlembagaan dan peraturan kelab yang telah digubal oleh guru penasihat. ● Setiap ahli perlulah bergiat aktif di dalam semua aktiviti kelab dan memberikan kerjasama yang jitu semasa aktiviti dijalankan. PERATURAN 5: GURU PENASIHAT ● Guru penasihat haruslah terdiri daripada guru Bahasa Inggeris di sekolah ini. ● Guru penasihat berfungsi sebagai penasihat dan menjelaskan cara-cara pelaksanaan aktiviti kepada pelajar. ● Guru penasihat perlulah menghadiri kesemua perjumpaan kelab dan memantau kesemua aktiviti kelab. PERATURAN 6: AHLI JAWATANKUASA ● Ahli jawatankuasa akan dilantik semasa Mesyuarat Agung dijalankan. ● Pemilihan ahli jawatankuasa akan dilaksanakan secara undian dan pelajar yang mendapat undian terbanyak akan menyandang jawatan yang dipertandingkan. ● Ahli yang hadir semasa Mesyuarat Agung sahaja yang layak dicalonkan sebagai ahli jawatankuasa. Namun, ahli yang tidak hadir dan menunjukkan surat tunjuk sebab boleh dicalonkan sebagai ahli jawatankuasa. ● Ahli jawatankuasa yang ingin meletakkan jawatannya perlulah menunjukkan surat tunjuk sebab atau surat perletakan jawatan kepada guru penasihat. ● Ahli jawatankuasa kelab terdiri daripada: ● Pengerusi ● Naib Pengerusi ● Setiausaha


● Naib Setiausaha ● Bendahari ● Naib Bendahari ● Ahli Jawatankuasa bagi setiap tahun PERATURAN 7: KEWANGAN ● Sumber kewangan kelab adalah seperti berikut: Yuran kelab: RM20 setahun X 50 orang = RM1000 Sumbangan ikhlas dari guru penasihat: RM40 X 6 orang = RM240 Sumbangan ikhlas dari PIBG: RM200 Jumlah: RM1440 PERATURAN 8: KEHADIRAN DAN PENYERTAAN ● Setiap ahli kelab wajib menghadiri kesemua perjumpaan dan aktiviti yang telah dirancang dan dipersetujui oleh semua. ● Sekiranya ahli kelab tidak dapat hadir, ahli kelab perlulah menunjukkan surat tunjuk sebab kepada guru penasihat. Sekiranya ahli kelab gagal memberikan surat tunjuk sebab setelah tiga kali tidak hadir ke perjumpaan, guru penasihat layak menggugurkan atau membuang namanya dari kelab ini. ● Guru penasihat juga boleh memotong markah kehadiran dan markah kokurikulum berdasarkan kehadiran dan penyertaan ahli. PERATURAN 9: AKTIVITI ● Pelaksanaan aktiviti adalah berdasarkan perbincangan dan persetujuan semua ahli dan guru penasihat. ● Setiap aktiviti yang telah dipersetujui wajib dilaksanakan dan sebarang pindaan aktiviti akan dimaklumkan dengan segera kepada ahli. PERATURAN 10: PEMAKAIAN


● Bagi perjumpaan mingguan, pelajar dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap. ● Bagi aktiviti kelab: Lelaki: Baju sukan sekolah, seluar panjang/ tracksuit, kasut sekolah Perempuan: Baju sukan sekolah, seluar panjang/ tracksuit, kasut sekolah, tudung sekolah ( bagi beragama Islam) PERATURAN 11: PERATURAN-PERATURAN ● Peraturan sekolah menjadi peraturan asas kelab. ● Peraturan yang telah ditetapkan oleh guru penasihat perlulah dipatuhi oleh setiap ahli kelab. ● Kegagalan ahli kelab mengikuti peraturan yang telah ditetapkan akan menyebabkan ahli kelab dikenakan tindakan tatatertib. PERATURAN 12: TINDAKAN DISIPLIN ● Tindakan disiplin atau tatatertib akan dikenakan kepada mana-mana ahli kelab yang melanggar peraturan kelab yang telah ditetapkan. ● Tindakan disiplin yang akan dikenakan ialah: ● Amaran lisan ● Amaran bertulis ● Pelajar yang tidak berpuas hati ke atas tindakan yang dikenakan boleh membuat rayuan kepada guru penasihat dan segala tindakan guru penasihat adalah muktamad. PERATURAN 13: PINDAAN PERLEMBAGAAN ● Mana-mana bahagian di dalam perlembagaan adalah sah sehingga perlembagaan ini dipinda.


● Cadangan pindaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, guru penasihat, atau pentadbir sekolah secara bertulis. ● Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh guru penasihat dan ahli jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu. ● Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah ditunjukkan dan disahkan oleh guru besar. PERATURAN 14: PEMBUBARAN PERSATUAN ● Pengetua diberikan kuasa untuk membubarkan kelab sekiranya didapati melanggar perlembagaan atau berlaku penyelewengan. PERATURAN 15: HAL-HAL LAIN ● Setiap ahli perlulah peka terhadap tanggungjawab sebagai ahli kelab dan memberikan kerjasama terhadap semua aktiviti yang dijalankan. ● Setiap ahli perlulah peka terhadap aktiviti yang sedang atau bakal dijalankan serta sentiasa mengikuti perkembangan kelab dari semasa ke semasa.


19.0 PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN TARIKH / MINGGU PROGRAM AKTIVITI CATATAN 8/1/2023 Mesyuarat Agung ● Kata-kata aluan daripada guru penasihat ● Perlantikan ahli jawatankuasa ● Perbincangan aktiviti kelab ● Perbincangan yuran kelab Tempat: Kelas 6 Bestari Semua guru penasihat dan ahli kelab terlibat. 19/2/2023 Pengenalan kelab ● Guru penasihat menerangkan visi,misi dan matlamat kelab kepada ahli. ● Guru menerangkan aktiviti yang bakal dilaksanakan oleh ahli kelab sepanjang tahun Tempat: Kelas 6 Bestari Semua guru penasihat dan ahli kelab terlibat. 11/3/2023 Pengenalan kepada English Language ● Guru penasihat menerangkan asas Bahasa Inggeris ( speaking, reading, writing, listening) Tempat: Kelas 6 Bestari Semua guru penasihat dan ahli kelab terlibat.


1/4/2023 Poem Creation ● Guru penasihat menerangkan tentang sajak atau poem kepada pelajar. ● Guru penasihat membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan kecil. ● Setiap kumpulan perlu mencipta sajak pendek tersendiri mengikut kreativiti masing-masing. Tempat: Kelas 6 Bestari Bahan: Kertas Mahjong dan marker Semua guru penasihat dan ahli kelab terlibat. 22/4/2023 Poem Recitation ● Guru penasihat menunjukkan cara-cara membaca sajak atau poem. ● Setiap kumpulan diminta untuk membentangkan dan mendeklamasikan sajak yang telah dibina. ● Kumpulan yang berjaya mencipta sajak yang paling sedap dan mendeklamasikannya dengan baik akan diberikan hadiah. Tempat: Kelas 6 Bestari Hadiah: Buku nota dan pen Semua guru penasihat dan ahli kelab terlibat.


13/5/2023 Listening Party ● Guru penasihat memberikan pelajar sehelai kertas yang mengandungi lirik lagu. Pelajar perlu melengkapkan lirik lagu tersebut dengan tepat. ● Guru penasihat memainkan sebuah lagu Inggeris sebanyak 2 kali. Pelajar mengisi tempat kosong semasa lagu dimainkan. ● Pelajar menyanyikan lagu tersebut bersama-sama. Tempat: Kelas 6 Bestari Bahan: Speaker dan kertas lirik lagu Semua guru penasihat dan ahli kelab terlibat. 3/6/2023 Writing A Letter To Your Idol ● Guru penasihat menerangkan dan menunjukkan contoh surat tidak rasmi. ● Ahli kelab diminta untuk menulis surat kepada idola mereka berdasarkan format surat yang ditunjukkan. ● Stem dan sampul surat diberikan kepada ahli kelab Tempat: Kelas 6 Bestari Bahan: Kertas kajang, stem, sampul surat Semua guru penasihat dan ahli kelab terlibat.


apabila mereka selesai menuliskan surat. 24/6/2023 Read A Book ● Guru penasihat membekalkan pelbagai buku cerita pendek kepada ahli kelab. ● Ahli kelab diminta untuk membaca cerita tersebut. ● Ahli kelab diminta untuk membuat ulasan buku. Tempat: Kelas 6 Bestari Bahan: Kertas kajang dan buku cerita Semua guru penasihat dan ahli kelab terlibat. 15/7/2023 Watching A Movie ● Guru penasihat menyediakan sebuat cerita Bahasa Inggeris yang menarik dan bermanfaat kepada pelajar. ● Pelajar menyaksikan cerita tersebut. ● Pelajar diminta untuk membuat ulasan mengenai cerita tersebut. Tempat: Kelas 6 Bestari Bahan: LCD dan speaker Semua guru penasihat dan ahli kelab terlibat. 5/8/2023 Action Song ● Guru penasihat memberitahu bahawa ahli kelab perlu membuat Tempat: Dewan Terbuka Bahan: Speaker


persembahan action song semasa Hari Kebudayaan Sekolah. ● Guru penasihat memainkan beberapa lagu dan ahli kelab memilih lagu kesukaan mereka melalui undian. ● Guru penasihat mula membahagikan tugas dan posisi setiap ahli kelab. ● Latihan dimulakan. Semua guru penasihat dan ahli kelab terlibat. 26/8/2023 Action Song ● Latihan diteruskan. ● Guru penasihat memberi nasihat dan maklum balas. Tempat: Dewan Terbuka Bahan: Speaker Semua guru penasihat dan ahli kelab terlibat. 16/9/2023 Action Song ● Ahli kelab mempersembahkan action song semasa Hari Kebudayaan. Tempat: Dewan Terbuka Semua guru penasihat dan ahli kelab terlibat. 7/10/2023 Share With Me ● Guru penasihat mengucapkan ribuan Tempat: Kelas 6 Bestari


terima kasih atas usaha dan kerjasama semua ahli kelab. ● Ahli kelab diminta untuk berkongsi pengalaman mereka semasa menyertai Kelab Bahasa Inggeris. Semua guru penasihat dan ahli kelab terlibat. 28/10/2023 Jamuan Akhir Tahun ● Jamuan akhir tahun diadakan bagi meraikan semua ahli kelab. ● Bermain permainan Secret Santa. ● Bersurai dan mengucapkan selamat tinggal. Tempat: Kelas 6 Bestari Semua guru penasihat dan ahli kelab terlibat. 20.0 PENUTUP Secara konklusinya, penubuhan Kelab Bahasa Inggeris akan mendatangkan pelbagai manfaat kepada para pelajar Sekolah Kebangsaan Undang Rembau. Usaha Guru Bahasa Inggeris dalam menubuhkan kelab ini akan menjamin peningkatan prestasi pelajar yang mendadak dalam penguasaan subjek Bahasa Inggeris melalui pelbagai aktiviti yang menarik. Oleh itu, diharapkan agar pihak pengurusan dapat mempertimbangkan dan meluluskan permohonan penubuhan Kelab Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan Undang Rembau.


RUJUKAN Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI). Mamat, M. (2016). Penguasaan Bahasa Inggeris Dalam kalangan pelajar Tahun Satu Di Ukm. Issues in Language Studies, 5(2). https://doi.org/10.33736/ils.1636.2016


LAMPIRAN 1 : PEKELILING BERKAITAN KOKURIKULUM PERSATUAN


LAMPIRAN 2: SURAT PERMOHONAN


Kelab Bahasa Inggeris Sekolah Kebangsaan Undang Rembau Jalan Batu Hampar, 71309, Rembau, Negeri Sembilan. Guru Besar Sekolah Kebangsaan Undang Rembau Jalan Batu Hampar, 71309, Rembau, Negeri Sembilan. Tuan, PERMOHONAN PENUBUHAN KELAB BAHASA INGGERIS Merujuk kepada perkara di atas, saya selaku Guru Penasihat Kelab Bahasa Inggeris memohon untuk menubuhkan Kelab Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan Undang Rembau bermula daripada 6 Januari 2023. 2. Sehubungan dengan itu, saya sertakan Kertas Cadangan Penubuhan Kelab Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan Undang Rembau sebagai rujukan pihak tuan. 3. Kerjasama dan jasa baik pihak tuan saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih atas kelulusan permohonan ini. Sekian, terima kasih. “ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah ( PUAN NUR AIN NADHIRAH BINTI NORIZAN) Guru Penasihat Kelab Bahasa Inggeris Sekolah Kebangsaan Undang Rembau Jalan Batu Hampar, 71309, Rembau, Negeri Sembilan


LAMPIRAN 3: BORANG KEAHLIAN


LAMPIRAN 4: MINIT MESYUARAT


KELAB BAHASA INGGERIS SEKOLAH KEBANGSAAN UNDANG REMBAU PENUBUHAN KELAB PERSATUAN MINIT MESYUARAT PERTAMA Tarikh: 6 Januari 2023 Masa: 2.30 p.m - 3.30 p.m Tempat: Bilik Mesyuarat SK Undang Rembau Kehadiran: 1. Puan Nur Ain Nadhirah Binti Norizan 2. Puan Nur Irdina Binti Yazid 3. Puan Nur Nadya Nazeeha Binti Zolkefli 4. Puan Reehana Binti Rekhraj 5. Encik Norman Hidayat Bin Mahmuddin 6. Encik Amirul Izzat Bin Saiful 7. Puan Geetha Valli 8. Puan Nur Ain Adha Binti Fauzi 1. Ucapan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli dan mengucapkan ribuan terima kasih kerana dapat bersama-sama menghadirkan diri ke Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Penaja Penubuhan Kelab Bahasa Inggeris SK Undang Rembau. Tindakan: Makluman 1.2 Pengerusi menyatakan kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar dan kemerosotan pelajar dalam menguasai asas Bahasa Inggeris. Pengerusi menerangkan bahawa penubuhan Kelab Bahasa Inggeris mampu membantu dan meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris pelajar ke peringkat yang lebih baik melalui pendedahan dan penggunaan Bahasa Inggeris dalam konteks rutin harian. Oleh yang demikian, Pengerusi berharap agar penubuhan Kelab Bahasa Inggeris mampu menjadi tonggak peningkatan penguasaan Bahasa Inggeris pelajar. Tindakan: Makluman 1.3 Pengerusi berharap agar kelab ini dapat ditubuhkan dengan segara dan setiap ahli jawatankuasa penaja perlulah memainkan peranan masing-masing. Antara objektif penubuhan kelab ialah:


● Melatih pelajar menggunakan Bahasa Inggeris berdasarkan konteks kehidupan yang sebenar. ● Mewujudkan peluang dan ruang kepada pelajar untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. ● Mewujudkan suasana yang santai dan seronok untuk pelajar menggunakan Bahasa Inggeris di dalam kehidupan seharian. ● Menyediakan aktiviti-aktiviti yang menarik dan bermanfaat bagi memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris pelajar. ● Memberi ilmu dan skil Bahasa Inggeris baharu kepada pelajar dari semasa ke semasa. ● Meningkatkan motivasi dan keyakinan pelajar untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris. Tindakan: Makluman 2. Resolusi Penubuhan Persatuan 2.1 Berdasarkan matlamat dan penerangan penubuhan kelab, semua ahli mesyuarat bersetuju untuk menubuhkan kelab ini dengan peraturan-peraturan yang bersesuaian. Sehubungan itu, nama yang dicadang dan dipersetujui oleh majoriti ahli mesyuarat ialah KELAB BAHASA INGGERIS. Tindakan: Makluman 3. Penetapan Alamat Penubuhan 3.1 Pengerusi berbincang bersama ahli mengenai alamat surat-menyurat kelab. Alamat yang dipersetujui ialah: KELAB BAHASA INGGERIS SEKOLAH KEBANGSAAN UNDANG REMBAU, JALAN BATU HAMPAR, 71309, REMBAU, NEGERI SEMBILAN. Tindakan: Makluman 4. Perlantikan Ahli Jawatankuasa 4.1 Pengerusi meneruskan agenda dengan perlantikan ahli jawatankuasa Penaja Kelab Bahasa Inggeris SK Undang Rembau. Senarai ahli jawatankuasa yang diperlukan di dalam kelab dibaca. Antara jawatankuasa yang perlu dilantik ialah Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Naib Setiausaha, Bendahari dan Naib Bendahari. Tindakan: Makluman


4.2 Semua ahli mesyuarat bersetuju melantik ahli berikut sebagai ahli jawatankuasa kelab. Penaung: Encik Abdullah Bin Ahmad Zulkarnain Guru Penasihat: Puan Nur Ain Nadhirah Puan Nur Irdina Binti Yazid Pengerusi: Puan Reehana Rekhraj Naib Pengerusi: Puan Nur Ain Adha Binti Fauzi Setiausaha: Puan Nur Nadya Nazeeha Binti Zolkefli Naib Setiausaha: Puan Geetha Valli Bendahari: Encik Norman Hidayat Bin Mahmuddin Naib Bendahari: Encik Amirul Izzat Bin Saiful Tindakan: Makluman 5. Menyemak dan Meluluskan Perlembagaan 5.1 Guru Penasihat membentangkan isi kandungan perlembagaan yang telah disediakan. Setiausaha diminta untuk menyemak segala isi kandungan dengan terperinci, jelas dan mudah difahami oleh semua ahli mesyuarat dengan kadar yang segera. Tindakan: Makluman 6. Hal- Hal Lain 6.1 Kewangan Pengerusi memaklumkan bahawa yuran ahli adalah seperti yang berikut: Setiap ahli perlulah membayar sebanyak RM2 setiap kali perjumpaan sebagai yuran kelab. Tindakan: Makluman 7. Penutup


7.1 Disebabkan oleh tiada isu atau perkara lain yang ingin dibincangkan, maka mesyuarat ditangguhkan pada jan 4.30 petang dengan uacapan terima kasih daripada pengerusi. Disediakan oleh, Disemak oleh, _________________________ ___________________________ ( Nur Nadya Nazeeha Binti Zolkefli) ( Reehana Rekhraj) Setiausaha, Pengerusi, Ahli Jawatankuasa Penaja. Ahli Jawatankuasa Penaja.


Click to View FlipBook Version