SEJARAH RINGKAS TOKOH CHARLES VYNER
BROKE
Disediakan oleh : Siti Nur Nadirah Binti Bazli
BIODATA CHARLES VYNER BROOKE
Raja Putih Sarawak Terakhir
Pemerintahan : 24 Mei 1917 - 1 Julai 1946
Didahului oleh : Sir Charles Anthoni Johnson- Brooke
Diikuti oleh : Charles Arden-Clarke
Keputeraan : 30 September 1874
Kemangkatan : 9 Mei 1963(63 tahun) London, England
Pemakaman : Gareja St, Leonard, Dartmoor
Kerabat : Raja Putih Sarawak
Ayahanda : Sir Charles Johnson-Brooke
Bonda : Margaret Alice Lili de Widt
KEPUTERAAN CHARLES VYNER BROOKE
Baginda diputerakan kepada Rajah Charles dan Rani Margaret di London.
Baginda meluangkan masa muda baginda di sana mendapat pendidikan
di Clevedon, Winchester College dan Magdalene College, Cambridge.
Vyner memasuki pemerintahan awam Sarawak sebagai adikung
ayahandanya dari 1897 hingga 1898. Dari sana, beliau dianikkan pangkat
sebagai pegawai daerah Simanggang (1898–1901), Residen Mukah dan
Oya (1902–1903)serta Divisyen Ketiga (1903–1904) Baginda turut terlibat
sebagai Presiden Majlis Mahkamah Negeri (Law Courts) 1904–1911 serta
Naib Presiden Majlis-Majlis Agung dan Am Sarawak dari 1904 hingga
1911.
KERJAYA KETENTERAAN CHARLES VYNER BROOKE
Beliau ditugaskan sebagai Leftenan Kedua 3rd County of London
Yeomanry (Sharpshooters) pada 12 Mei 1911 sebelum meletakkan jawatan
dalam Artist's Rifles pada 21 Mei 1913. Beliau semasa Perang Dunia
Pertamaberkhidmat secara sulit (incognito) sebagai rating dalam unit
senjata antipesawat tentera laut, dan sebagai pemasang di sebuah
kilang pesawat Shoreditch, London Timur. Beliau dikurniakan gelaran
baharu oleh Raja George V pada 22 Jun 1911.
Di England jugalah baginda berkenalan rapat dengan Sylvia Brett, anak
bangsawan Lord Esher,[1] mereka berkahwin pada 21 Februari 1911.
Kedua-dua mereka kemudiannya kembali ke Sarawak bersama-sama
dengannya.
PEMERINTAHAN CHARLES VYNER BROOKE DI SARAWAK
Selepas kematian Raja Putih kedua Sarawak, Charles Brooke, Brooke
kemudiannya ditabalkan sebagai Raja Putih Sarawak ketiga pada 24
Mei 1917. Perkembangan Sarawak semasa pemerintahan awal Brooke
menyaksikan Sarawak menjadi antara maju kerana pengeluaran getah
dan minyak mentah. Hal ini membolehkan Brooke memodenkan
institusi-institusi di Sarawak termasuklah perkhidmatan awamnya.
Dasar Brooke menjadikannya popular apabila ada antara dasar tersebut
seperti pengharaman mubaligh Kristian disukai ramai. Namun demikian
Sarawak menjadi serangan tentera Jepun pada 25 Disember 1941. Brooke
melarikan diri bersama-sama keluarganya ke Sydney, Australia di mana
dia berada di situ sehinggalah tamatnya peperangan. Brooke kembali ke
Sarawak pada 15 April 1946 dan kembali menjadi raja kerajaan tersebut.
PENYERAHAN KERAJAAN KEPADA PIHAK BRITISH
Vyner menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British sebagai suatu
jajahan makhota iaitu Tanah Jajahan Mahkota Sarawak pada 1 Julai
1946.
Rajah Muda Anthony yang menjadi pengganti pilihan rakyat Sarawak
turut melepaskan tuntunan takhta yang berbaki dari pewarisan
mamandanya kepada pihak Jajahan Mahkota tahun 1951, Anthony
berpindah kemudian ke New Zealand menghabiskan sisa hidupnya di
sana.
SENJA HIDUP CHARLES VYNER BROOKE
Vyner meninggal di No. 13, Albion Street,
Bayswater, W2 London pada 9 Mei 1963,[1]
empat bulan sebelum kemasukan Sarawak
dalam Persekutuan Malaysia pada 16
September tahun sama.
TAMAT