BAB 1 : KEDATANGAN KUASA BARAT
1.1 Kestabilan dan Kemakmuran Negara Kita
Kemakmuran
Dipengaruhi kekayaan hasil bumi dan sumber alam.
Antara faktornya ialah kekayaan hasil galian, kesuburan tanah, sumber makanan, kelautan, flora
dan fauna.
Seterusnya kemuncak kemakmuran negara ialah perkembangan kegiatan keintelektualan dan
persuratan.
Hasilnya, kemunculan pelabuhan perdagangan yang strategik membolehkan sumber hasil bumi
diperdagangkan ke seluruh dunia.
Hasil Bumi dan Hasil Alam
Hasil bumi negara kita ialah hasil galian dan hasil hutan
Hasil galian utama ialah bijih timah, emas dan perak
Kegiatan mendulang bijih timah dan emas menggunakan kaedah mendulang dan melampan
Mendulang dilakukan di kawasan sungai kerana bijih timah banyak di dapati di lembah sungai
Hasil hutan negara kita ialah rempah ratus, damar dan rotan
Hasil Alam terbahagi kepada dua iaitu hasil rimba dan hasil laut.
Hasil rimba seperti kayu kayan, kapur barus, rotan, dammar, getah jelutung, kayu gaharu dan
cendana
Hasil hutan ini dijual kepada pedagang China, Jepun, Siam dan India
Hasil laut pula ialah sirip ikan yu, timun laut, rumpai laut dan mutiara
Manafat Hasil Alam
Masyarakat tempatan mempunyai sifat kreatif dan berkemahiran tinggi
Dari sumber alam, mereka menghasilkan kraf tangan yang indah dan menarik
Daun mengkuang, daun pandan, daun nipah dan buluh, dianyam menjadi tikar atau bakul
Masyarakat Melayu juga mahir dalam bertukang kayu, membuat perahu, membuat perabut
daripada rotan dan menempa alat senjata tradisional
Di Sarawak terdapat kegiatan menenun kain pua dan menyulam selendang
1 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3
Sistem Ekonomi
Mereka melibatkan diri dalam perdagangan
Setiap negeri mempunyai kemudahan pelabuhan, mata wang, sistem percukaian, dan sistem
timbang dan ukur
i) Perdagangan dan perlabuhan
Negeri-negeri melayu telah menjalankan kegiatan perdagangan kerana mempunyai pelabuhan
yang terletak di muara sungai yang strategik.
Pelabuhan Johor, Kedah, Klang dan Melaka menjadi pusat pengumpulan barangan dari timur dan
barat.
Syahbandar dilantik bagi mengurus pelabuhan.
ii) Timbang, sukat dan ukur.
Masyarakat melayu mengunakan sukatan seperti kepal, leng, kal , cupak dan gantang
Mengambil sistem timbangan dari pedagang China yang memakai sistem kati, tahil dan pikul
digabungkan dengan sukatan orang melayu.
Bagi timbangan emas dan perak, orang melayu mengambil timbangan pedagang India seperti
saga, mayam, bungkal dan kati.
Apabila pengaruh British sampai ke Alam Melayu, muncul sukatan baharu seperti auns, paun, tan
dan gelen
iii) Mata wang
Pedagang pada mulanya menggunakan sistem barter (tukar barang) dalam urusan perdagangan
Kemudian mata wang digunakan, iaitu wang logam diperbuat daripada timah dan emas
Kedah menggunakan mata wang emas
Di Kelantan mata wang emas dikenali sebagai duit kijang
Di Terengganu mata wang Terengganu atau pitih Terengganu
2 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3
iv) Sistem percukaian
Cukai ialah bayaran yang dikenakanke atas hasil perlombongan, pertanian, hasil hutan dan
perdagangan
Cukai merupakan sumber pendapatan pemerintah dan akan disalurkan untuk memakmurkan
negeri.
Kegiatan Keintelektualan
Pendidikan bertujuan melahirkan individu berakhlak mulia, berkelakuan sopan, bertatasusila dan
berhemah tinggi
Sebelum kedatangan kuasa Barat, dalam masyarakat tempatan, pendidikan dibahagikaan kepada
pendidikan tidak formal dan pendidikan formal
i. Pendidikan Tidak Formal
Merupakan pendidikan awal atau asuhan dalam institusi keluarga
Kanak-kanak diajar kemahiran seperti bercucuk tanam, menangkap ikan, bertukang dan
menghasilkan kraf tangan
Mereka juga diajar ilmu agama, berpekerti mulia, cara berkawan dan menjaga maruah
Kaedah pendidikan tidak formal ini diajar melalui pantun, syair, peribahasa, pepatah,
pantang larang, cerita berbentuk teladan dan pengajaran
Antara cerita rakyat yg memberi nasihat dan pengajaran ialah Si Tanggang Anak Derhaka
dan Cerita Anjing dengan Bayang-bayang
Mesej dalam Si Tanggang Anak Derhaka ialah mendidik anak agar tidak derhaka kepada
ibu bapa
Mesej Cerita Anjing dengan Bayang-bayang ialah memberi nasihat supaya tidak bersikap
tamak
Matlamat pendidikan tidak formal di Sarawak dan Sabah membolehkan mereka berdikari
apabila dewasa
Di Sarawak pendidikan tidak formal diperolehi melalui cerita lisan yang berkaitan dengan
amalan dan kepercayaan turun temurun.
Di Sabah pula dipelajari melalui keluarga atau masyarakat setempat seperti
bersawah, berternak, bertukang, berburu, memanjat, memancing dan menyumpit
3 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3
ii. Pendidikan Formal
Pendidikan formal masyarakat Melayu adalah bercorak Islam dan menekankan ilmu keagamaan
Pusat pendidikan formal ialah masjid, surau, pondok, madrasah dan istana.
Istana berperanan sebagai pusat mempelajari hal pentadbiran dan sistem politik Negara
Di masjid dan surau, pengajiannya merangkumi cara bacaan dalam solat dan tajwid serta
mempelajari hadis, fekah dan usuludin
Pendidikan pondok mengajar al-Quran, ilmu hadis dan bahasa Arab
Pendidikan di madrasah berdasarkan sukatan pelajaran dan dilaksanakan secara kelas.
Pendidikannya mengikut tahap, iaitu tahap permulaan, pertengahan dan pengkhususan.
Pendidikan madrasah diawasi mudir (guru besar) serta diselia oleh jawatankuasa kewangan.
iii. Bahasa Melayu dan tulisan jawi
Bahasa Melayu dan tulisan jawi penting dalam perkembangan pendidikan yang pesat
Kepentingan bahasa Melayu ialah :
a) Menjadi bahasa ilmu
b) Bahasa lingua franca dalam dunia perdagangan di alam Melayu
c) Menyampai ilmu
d) Ilmu pengentahuan yang tinggi
iv. Penulisan Karya Kesusasteraan
Penulisan karya kesusasteraan juga berkembang. Antara hasil karya kesusasteraan yang bermutu
tinggi ialah :
a) Tuhfat al-Nafis
b) Gurindam Dua Belas
c) Misa Melayu
d) Hikayat Datuk Merpati Jepang
4 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3
LATIHAN
1.
.
2.
.
33. SOALAN KBAT :
B. agaimanakah kerajaan dapat memanafaatkan hasil bumi negara kita untuk kesejahteraan rakyat?
[4 Markah]
Mencipta inovasi/teknologi
Menghasilkan produk
Peluang pekerjaan
Bantuan/intensif/subsidi
5 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3
4
.
6 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3
5. Rajah berikut menunjukkan sistem pendidikan masyarakat tempatan sebelum kedatangan kuasa
barat.
Formal
Pendidikan Tidak Formal
a) Berikan dua contoh tempat pelaksanaan sistem pendidikan formal
i. ---------------------------------------------
ii. ---------------------------------------------
b) Kurikulum pendidikan formal berfokuskan kepada pengajaran agama. Berikan penjelasan anda
Ya, berfokus kepada pengajaran
agama
Masjid - pengajian cara bacaan
dalam solat, tajwid, hadis, fekah &
usuludin
Pondok - ajar al Quran, hadis dan
bahasa Arab
Madrasah - ada sukatan
pelajaran, dalam kelas, tahap
permulaan, pertengahan dan
pengkhususan serta diawasi mudir
Pendidikan melahirkan individu
berakhlak mulia
c) Adakah sistem pendidikan tidak formal masyarakat masyarakat Melayu tradisional berkesan
Berkesan
Di Sarawak, individu mahir berburu
dan meramu
Di Sabah, anak mahir memanjat,
menyumpit, memancing, bertukang
dan bertenrnak
Masyarakat Melayu melalui didikan
awal keluarga/terkenal sopan
santun/akhlak mulia/menjaga
maruah diri/melalui cewrita telada
dan pantang larang
d) Mengapakah pendidikan penting dalam kehidupan masyarakat tempatan?
Berilmu pengetahuan
Berakhlak mulia
Berkelakuan sopan
Meningkatkan taraf hidup
7 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3