The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Penghasilan Produk EDUP3153<br>Pentaksiran Dalam Pendidikan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NURUL AIKAL BINTI MOHD ROPI IPG-Pelajar, 2024-03-23 05:02:01

E-PORTFOLIO

Penghasilan Produk EDUP3153<br>Pentaksiran Dalam Pendidikan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM 43657 BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN. EDUP3153 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN Nama : NURUL AIKAL BINTI MOHD ROPI No. K/P : 020413-03-0880 Angka Giliran : 2021202340436 Program : PISMP Ambilan : JUN 2021/2026 Unit : T2S2.06 Nama Pensyarah : PN. HALIZA BINTI HUSSEIN Tarikh Hantar : 19 MAC 2024 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar:Nurul Aikal Tarikh : 19/03/2024 PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar: Nurul Aikal Tarikh : 19/03/2024


NURUL AIKAL E-PORTFOLIO 19 MAC 2024


PENGHARGAAN Nurul Aikal Segala puji bagi Allah atas izin kurniaan-Nya,akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan bagi subjek Pentaksiran Dalam Pendidikan dengan jayanya. Melalui kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa saya yang memenuhi keperluan saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sehingga saya selesai menghabiskan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Haliza Binti Hussein selaku pensyarah subjek ini kerana telah memberikan sepenuh kepercayaan beliau kepada saya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.Bukan itu sahaja, penghargaan turut saya berikan atas budi bicara dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang proses penyiapan tugasan. Ucapan penghargaan ini juga saya dedikasikan kepada kawan-kawan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya ajukan kepada mereka. Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung kerana tanpa mereka, saya tidak mampu menyiapkan tugasan ini dengan sebaiknya.


PENGHARGAAN ................................................................. ISI KANDUNG..................................................................... 1.0 PENGENALAN ............................................................... 2.0 ANALISIS PENTAKSIRAN ............................................. 2.1 LISAN:INSTRUMEN SENARAI SEMAK ..................... 2.1.1 KEKUATAN ......................................................... 2.1.2 KELEMAHAN ..................................................... 2.1.3 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN ...................... 2.2 TULISAN:INSTRUMEN HASIL TULISAN MURID ..... 2.2.1 KEKUATAN ....................................................... 2.2.2 KELEMAHAN .................................................... 2.2.3 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN ..................... 2.3 PEMERHATIAN: AMALI MURID .............................. 2.3.1 KEKUATAN ....................................................... 2.3.2 KELEMAHAN .................................................... 2.3.3 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN .................... 3.0 PENUTUP ..................................................................... RUJUKAN .......................................................................... LAMPIRAN ........................................................................ ISI KANDUNG


Pentaksiran dalam pendidikan merujuk kepada proses mengumpul, menganalisis, dan mentafsir maklumat tentang pencapaian pelajar dalam pembelajaran. Pentaksiran juga merupakan bahagian penting dari proses pengajaran dan pembelajaran yang membantu guru untuk memahami sejauh mana pelajar telah mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan. Justeru, dalam melakukan pentaksiran terhadap murid, guru hendaklah bijak memilih instrumen pentaksiran yang sesuai dan tepat agar tahap penguasaan pembelajaran mereka yang diperoleh mewakili prestasi sebenar mereka. Oleh itu, sangat penting bagi guru mengenalpasti keupayaan kognitif murid terlebih dahulu sebelum merancang pengajaran dan pentaksiran mereka. Terdapat 3 jenis pentaksiran yang boleh dilakukan bagi mentaksir murid di dalam kelas iaitu lisan, tulisan dan pemerhatian . Menurut Hariatul, Nazri dan Azhar (2021), antara instrumen yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian. Menurut Mahaya Salleh, Suzana Mutallib, Hashiroh Hussein dan Zakirah Abdullah (2024), pentaksiran terbahagi kepada dua jenis iaitu pentaksiran formatif dan sumatif. Pentaksiran formatif merupakan pentaksiran yang acap kali digunakan oleh guru ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Guru akan menggunakan pelbagai kaedah supaya dapat mengesan kelemahan penguasaan pembelajaran murid agar dapat dibetulkan secara serta merta. Pentaksiran sumatif pula dilaksanakan pada akhir segmen pengajaran seperti akhir semester. Tujuannya agar dapat menentukan sama ada pembelajaran dilaksanakan sepenuhnya ataupun tidak dan selalunya pentaksiran ini akan diberi gred ataupun pensijilan seperti SPM, STPM dan lain-lain. E-portfolio ini akan membuat penilaian terhadap instrumen pentaksiran (formatif) yang dijalankan dalam rancangan pengajaran harian yang dibuat oleh seorang pelatih guru bidang Pendidikan Islam Pendidikan Rendah berdasarkan empat sudut pandang iaitu kekuatan, kelemahan dan cadangan penambahbaikan instrumen pentaksiran. 1.0 PENGENALAN


2.0 ANALISIS PENTAKSIRAN 2.1 LISAN: INSTRUMEN SENARAI SEMAK Pentaksiran dijalankan ke atas bidang Ibadah bagi murid tahun 5 tentang solat jenazah. Instrumen pentaksiran lisan yang digunakan ialah senarai semak dan dijalankan dalam langkah pertama pengajaran selepas aktiviti pembelajaran koperatif “Think, Pair and Share”. Secara ringkasnya, murid perlu menghafaz bacaan dalam solat jenazah terlebih dahulu secara berpasangan. Kemudian, murid dikehendaki memperdengarkan bacaan yang telah dihafaz bersama pasangan. Pasangan perlu menyemak bacaan rakan dan memperbetulkan bacaan rakan sekiranya ada kesalahan dalam bacaan. Setelah itu, beberapa orang murid dipilih secara rawak untuk membacakan bacaan dalam solat jenazah kepada guru untuk disemak dan diberi peneguhan. 2.1.1 KEKUATAN Antara kekuatan pentaksiran ialah guru mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz bacaan dalam solat jenazah dengan menggunakan pentaksiran lisan dan instrumen senarai semak yang sangat sesuai dan tepat dengan objektif pengajaran. Hal ini disokong dengan pernyataan Bahagian Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (2019), pentaksiran lisan adalah mudah dan cepat bagi mengesan perkembangan atau penguasaan murid. Selain itu, guru juga melibatkan penilaian rakan sebaya untuk mempercepatkan pentaksiran diselesaikan dan secara tidak langsung semua murid terlibat dalam pembelajaran. Menurut Colosgnesi et al. (2020), pentaksiran rakan sebaya memberi hubungan timbal balik dalam antara pentaksir dan orang yang ditaksir yang membolehkan kedua-dua belah pihak belajar antara satu sama lain. Seterusnya, instrumen senarai semak yang diagihkan kepada murid untuk menyemak bacaan rakan juga lengkap dengan apa yang ingin ditaksir iaitu semua bacaan solat jenazah lengkap dan murid hanya perlu menandakan bahagian bacaan rakan berjaya atau tidak. Di samping itu, pentaksiran lisan yang direkodkan dalam senarai semak ini akan memudahkan guru untuk melihat perkembangan dan penguasaan murid pada masa akan datang. Kesannya, guru dapat melihat murid yang cemerlang dan lemah dalam menguasai objektif pengajaran secara langsung seterusnya mampu merancang langkah yang sesuai untuk menangani murid yang memerlukan bimbingan. 2.1.2 KELEMAHAN Walau bagaimanapun, masih terdapat sedikit kelemahan pada pentaksiran lisan dan instrumen senarai semak yang digunakan. Antaranya, pentaksiran ini melibatkan penilaian rakan sebaya. Kesannya, berkemungkinan rakan yang menilai masih tidak fasih


dalam mengenalpasti bacaan solat jenazah yang tepat dan betul. Bukan itu sahaja, terdapat murid yang akan menandakan bacaan cemerlang kepada rakannya kerana ingin mendapat pujian dan penilaian yang baik. Kesannya, berlaku ketidaksahan pentaksiran yang dilakukan kerana penilaian rakan yang tidak amanah. Seterusnya, instrumen senarai semak yang digunakan juga melibatkan sebanyak lapan aspek bacaan oleh murid yang perlu ditaksir iaitu niat jenazah lelaki dewasa, niat jenazah perempuan dewasa, niat jenazah kanak-kanak lelaki, niat jenazah kanak-kanak perempuan, surah al-Fatihah, bacaan selawat, bacaan doa kali pertama dan bacaan doa kali kedua. Pentaksiran ini dianggap kurang sesuai kerana item yang ingin dinilai tidak sesuai dengan masa yang dibekalkan kepada murid. Akhir sekali, peneguhan pentaksiran guru dilakukan hanya melibatkan beberapa orang murid yang dipilih secara rawak sahaja untuk memperdengarkan bacaan di hadapan kelas. Kesannya, kemungkinan murid yang terpilih adalah murid yang sudah sedia aktif di dalam kelas. 2.1.3 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Antara penambahbaikan yang boleh dilakukan terhadap pentaksiran lisan ialah penilaian rakan sebaya yang digunakan untuk mentaksir hendaklah diiringi dengan bimbingan guru supaya tidak berlaku kesalahan semasa mentaksir. Hal ini demikian kerana dalam mentaksir bacaan murid dalam solat jenazah, masih ada rakan sebaya yang bacaannya salah tajwid. Kenyataan ini disokong dengan kajian Mohamad Azhar & Shahrir Jamaluddin (2007), yang mengatakan bahawa peranan murid tidak dilihat penting untuk melakukan pentaksiran rakan sebaya kerana murid dianggap kurang berpengalaman. Maka, melalui bimbingan guru akan membuatkan pentaksiran lisan lebih tepat dan betul selari dengan objektif pembelajaran yang dikehendaki. Bukan itu sahaja, masa untuk menilai murid juga akan lebih cepat dengan penglibatan murid sebagai agen penilai tetapi mestilah disertakan dengan bimbingan guru. Selain itu, aspek bacaan yang ingin dinilai oleh guru dalam senarai semak hendaklah dikurangkan kepada empat atau tiga aspek bacaan sahaja. Hal ini demikian kerana, masa yang dibekalkan kepada murid untuk menghafaz lapan bacaan dalam solat jenazah sangat singkat dan tidak sesuai untuk dinilai terus kerana murid yang mempunyai kebolehan menghafaz dalam masa yang singkat akan mendapat cemerlang sedangkan murid yang lemah untuk menghafaz dalam masa yang singkat akan sentiasa gagal di mata guru. Oleh itu, guru hendaklah menyediakan senarai semak yang mengandungi bilangan aspek bacaan yang sesuai untuk semua tahap kemampuan murid menghafaznya barulah pentaksiran dikira adil dan saksama. Akhir sekali, untuk peneguhan pentaksiran, guru hendaklah memilih pelajar yang cemerlang, lemah dan sederhana dalam senarai semak untuk memperdengarkan bacaan di dalam kelas berbanding memilih murid secara rawak. Hal ini demikian supaya guru dapat mengenalpasti adakah betul penilaian


rakan sebaya yang mengatakan murid tersebut cemerlang apabila perlu mengulang kembali di hadapan kelas dan begitulah sebaliknya. 2.2 TULISAN: INSTRUMEN HASIL TULISAN MURID Pentaksiran dijalankan ke atas bidang Jawi bagi murid tahun 3 tentang imbuhan apitan. Instrumen pentaksiran tulisan digunakan dalam langkah ketiga pengajaran dalam aktiviti “Guess Me”. Secara ringkasnya, secara berkumpulan murid perlu menambah imbuhan apitan pada perkataaan yang bergaris pada kertas yang dibekalkan guru. Kemudian, jawapan setiap kumpulan akan diberikan kepada kumpulan yang lain untuk disemak melalui bimbingan guru. Kumpulan yang dapat menulis perkataan yang betul paling banyak akan mendapat ganjaran. 2.2.1 KEKUATAN Antara kekuatan pentaksiran ialah guru memilih pentaksiran bertulis yang sangat sesuai dan tepat bagi mengesan perkembangan intelek dan kemahiran menulis murid berdasarkan objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Seterusnya, aras soalan penulisan juga sesuai dengan tahap penguasaan murid iaitu tidak terlalu sukar dan terlalu mudah serta masih mengikut isi kandung dan objektif pengajaran. Selain itu, hasil tulisan jawi sebagai instrumen pentaksiran murid juga direkodkan oleh guru supaya dapat mengenalpasti kumpulan pelajar yang lemah dan cemerlang seterusnya dapat merancang tindakan susulan yang membantu meningkatkan kemahiran murid dalam menulis jawi imbuhan apitan. Selain itu, pentaksiran tulisan ini sangat sesuai kerana guru dapat mengetahui sejauh mana murid menguasai penulisan imbuhan apitan dan membuat perbezaan antara kata dasar dan imbuhan. Seterusnya, guru juga membuat pentaksiran tulisan melalui dua bentuk penulisan iaitu penulisan imbuhan apitan terhadap satu perkataan dasar sahaja dan kedua murid perlu menulis imbuhan apitan pada perkataan dasar yang terdapat dalam bentuk ayat panjang. Pentaksiran tulisan yang dilakukan bermula daripada tahap mudah kepada tahap susah iaitu daripada satu kata dasar kepada menganalisis kata dasar dalam bentuk ayat untuk menyambungkan imbuhan apitan yang sepatutnya. Di samping itu, hasil tulisan murid juga disemak dan diberi markah oleh guru menunjukkan bahawa instrumen pentaksiran telah dilakukan penilaian oleh guru. Pentaksiran secara berkumpulan mendorong guru untuk menguji dan memberi gred berdasarkan hasil kerja kumpulan dan kadang-kadang dinilai secara individu (Mohd Asnorhisham Adam & Abdul Rahim Hamdan, 2017). Bilangan item pentaksiran penulisan juga sesuai iaitu tiga soalan kerana tidak terlalu banyak. Akhir sekali, instrumen hasil tulisan murid juga dinilai secara berkumpulan dimana setiap pelajar dapat membantu antara satu


sama lain dan secara tidak langsung pentaksiran dilakukan tanpa memakan masa yang panjang. 2.2.2 KELEMAHAN Instrumen hasil tulisan jawi murid yang digunakan oleh guru pelatih masih mempunyai kelemahan yang perlu diperbaiki. Antaranya ialah guru tidak menyediakan rubrik pemarkahan bagi kriteria yang perlu diukur bagi instrumen pentaksiran bertulis. Sebagai contoh kriteria yang boleh diukur ialah menilai kekemasan hasil tulisan jawi pelajar. Kelemahan guru ialah hanya membekalkan soalan di atas sehelai kertas. Kesannya, pentaksiran bertulis dari segi kekemasan tidak dapat diukur. Hal ini demikian kerana menurut Azmanirah Ab Rahman, Nurfirdawati Muhamad Hanafi Anizam Mohamed Yusof dan Halizah Awang (2019), rubrik mestilah mengandungi kriteria yang perlu diukur bagi menentukan hasil kualiti bahan yang dihasilkan oleh pelajar. Selain itu, kelemahan seterusnya ialah instrumen pentaksiran hasil tulisan murid juga dinilai secara kerja berkumpulan. Kemungkinan hasil tulisan tersebut hanya diketuai oleh pelajar yang sudah cemerlang dan menguasai topik imbuhan apitan. Kesannya, guru tidak dapat mengetahui secara jelas tahap penguasaan sebenar bagi setiap murid dalam menulis jawi terutama murid yang lemah kerana mereka tidak akan menyertai perbincangan dan membiarkan murid yang pandai sahaja untuk menulis jawapan. 2.2.3 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Antara penambahbaikan yang boleh dilakukan terhadap pentaksiran bertulis ialah guru menyediakan rubrik pemarkahan dari aspek kekemasan tulisan jawi serta aspek kerjasama murid dalam kumpulan dalam menghasilkan tulisan memandangkan pentaksiran dijalankan mengikut kumpulan murid. Maka rubrik pemarkahan perlu disediakan untuk menekankan kerjasama dan penglibatan aktif semua murid dalam kumpulan. Selain itu, guru boleh melakukan pentaksiran bertulis secara individu kepada murid seperti agihan lembaran kerja supaya hasil tulisan semua murid dapat dinilai bukannya mengikut kumpulan. Hasil tulisan murid secara individu lebih membantu guru untuk melihat tahap penguasaan setiap murid dalam kemahiran menulis jawi bagi imbuhan apitan sama ada tidak pandai menulis, lemah, ejaan yang salah dan sudah menguasai kemahiran tersebut. Hal ini demikian kerana menurut Shamsina Shamsuddin dan Akhiar Pardi (2023), pentaksiran individu dapat berfokus kepada kemajuan murid secara individu. 2.3 PEMERHATIAN: AMALI MURID Pentaksiran dijalankan ke atas bidang Ibadah bagi murid tahun 5 tentang solat jenazah. Instrumen pentaksiran pemerhatian digunakan dalam langkah kedua pengajaran. Secara ringkasnya, murid perlu perlu berdiri dalam saf bagi melakukan simulasi solat


jenazah dan seorang murid dipilih menjadi imam. Kemudian, murid melaksanakan simulasi solat jenazah secara beramai-ramai. Setelah itu, guru akan membuat rumusan tentang pelaksanaan aktiviti simulasi tersebut. 2.3.1 KEKUATAN Antara kekuatan pentaksiran ialah guru memilih pentaksiran pemerhatian yang sangat sesuai dan menepati objektif pembelajaran yang ditetapkan bagi menilai sikap serta penguasaan kemahiran murid dalam tatacara solat jenazah melalui aktiviti amali. Pernyataan ini disokong dengan kajian Faezah Saliman dan Zamri Mahamod (2023), yang menyatakan bahawa pentaksiran pemerhatian dapat menilai sikap murid sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta melihat penguasaan kemahiran belajar murid. Kesannya, guru dapat menilai dengan tepat kemampuan murid dalam mengaplikasikan tatacara solat jenazah dan maklumat daripada pemerhatian boleh membantu guru melengkapkan gambaran mengenai keputusan pentaksiran yang diperoleh sebelumnya melalui kaedah lisan dan penulisan (Bahagian Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2019). 2.3.2 KELEMAHAN Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki oleh guru dalam menjalankan pentaksiran secara pemerhatian. Antaranya ialah, guru tidak menyediakan eviden atau instrumen pentaksiran pemerhatian seperti senarai semak ataupun borang penilaian. Kesannya, guru tidak dapat menilai dengan lebih terperinci dan tepat tentang penguasaan murid dalam mejalankan praktikal amali solat jenazah. Menurut Faezah Saliman dan Zamri Mahamod (2023), guru perlu menyediakan eviden sebagai bukti pentaksiran yang dijalankan di dalam bilik darjah. Selain itu, guru juga tidak menetapkan kriteria penilaian yang diinginkan menyebabkan pentaksiran yang dilakukan dilihat sebagai pentaksiran umum sahaja bukannya berfokus kepada kriteria tertentu. Akhir sekali, guru pelatih juga tidak menyediakan rubrik pemarkahan bagi bagi tahap penguasaan murid sama ada cemerlang, baik, lemah dan perlu kepada bimbingan. 2.3.3 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Antara penambahbaikan yang boleh dilakukan terhadap pentaksiran pemerhatian bagi aktiviti amali solat jenazah ialah guru hendaklah menyediakan eviden pentaksiran seperti senarai semak, rekod anekdot, rubrik yang merangkumi aspek kognitif, afektif, psikomotor, bahan dan persekitaran. Hal ini demikian supaya eviden yang disediakan dapat membantu guru untuk membuat refleksi dan menambahbaik kekurangan pengajaran serta merancang tindakan susulan terhadap murid yang lemah dalam penguasaan solat jenazah. Contoh tindakan susulan ialah menjalankan aktiviti pemulihan, mengatur aktiviti


pengayaan dan lain-lain. Selain itu, borang penilaian atau rubrik pemarkahan yang disediakan hendaklah mempunyai tahap penguasaan murid sama ada cemerlang, lemah atau memerlukan bimbingan. Seterusnya, guru juga boleh menyediakan senarai semak yang mengandungi urutan solat jenazah yang betul bermula daripada niat, takbir pertama, takbir kedua, bacaan al-fatihah dan sebagainya supaya guru dapat melihat penguasaan murid secara satu per satu terhadap amali solat jenazah. Hal ini demikian kerana, senarai semak merupakan perkara wajib yang perlu ada bagi instrumen pentaksiran pemerhatian. 3.0 PENUTUP Pentaksiran dan penilaian kepada murid merupakan salah satu perkara penting dalam mengukur sejauh mana keberkesanan objektif yang telah ditetapkan sama ada tercapai ataupun tidak. Justeru, setiap guru hendaklah menggunakan pentaksiran yang sesuai seperti lisan, pemerhatian dan tulisasama ada Bukan itu sahaja, penilaian terhadap murid merupakan titik tolak bagi guru untuk memperbaiki kualiti pengajaran dan pembelajaran. Kesedaran ini menekankan bahawa pengajaran yang berkualiti dapat meningkatkan pemahaman pelajar. Mary Yap Kain Ching dalam Berita Harian bertarikh 13 Ogos 2015, menegaskan bahawa guru harus bersedia menghadapi cabaran dengan mencabar diri sendiri untuk memastikan pemikiran kreatif dan inovatif, pemikiran kritis, serta kemahiran pembelajaran dipupuk dalam kalangan murid sebagai persediaan mereka menghadapi arus globalisasi.


RUJUKAN Azmanirah Ab Rahman, Nurfirdawati Muhamad Hanafi Anizam Mohamed Yusof & Halizah Awang. (2019). Pendayagunaan Rubrik Pemarkahan Pentaksiran Berterusan Amali. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH). 7(4), e001458 https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i4.1458 Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2019). Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. (Edisi Ke-2). Kementerian Pendidikan Malaysia. http://bpk.moe.gov.my/index.php/terbitan-bpk/pentaksiran-bilik-darjah Faezah Saliman dan Zamri Mahamod. (2023). Amalan Guru Bahasa Melayu di Sekolah Kurang Murid dalam Melaksanakan dan Melaporkan Pentaksiran Bilik Darjah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 13(2), 119-129. Mahaya Salleh, Suzana Mutallib, Hashiroh Hussein dan Zakirah Abdullah. (2024). Pentaksiran Dalam Pendidikan. Selangor: Local Publications (M) Sdn Bhd. Mohamad Azhar Mat Ali & Shahrir Jamaluddin. (2007). Amalan pentaksiran untuk pembelajaran di sekolah menengah. Jurnal Pendidikan, 27(1), 19-39. Mohd Asnorhisham Adam & Abdul Rahim Hamdan. (2017). Pendekatan Pengajaran Secara Berkumpulan dalam Program Pemulihan Khas Bahasa Melayu (Group Teaching Approach in the Malay Language Special Remedial Program). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. 7(1), 66-73. https://journalaerticle.ukm.my/10414/1/134-258-1-SM.pdf Yap, M. (2015, Ogos 13). Guru berperanan lahir pelajar capai standard global. Berita Harian; Berita Harian. https://www.bharian.com.my/kolumnis/2015/08/74472/guru-berperanan-lahir-pelajarcapai-standard-global


LAMPIRAN INSTRUMEN 1 INSTRUMEN 2


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 1


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 2


TERIMA KASIH TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version