BMMB3203 MORFOLOGI BAHASA MELAYU TUGASAN 2 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH AHLI KUMPULAN: 1. MOHAMMAD WIZRAN NOOR BIN NASIR 2. NUR ALMA SYAFIQAH BINTI ABD MANAN 3. NUR AYUNI BINTI SAUFI
PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU DALAM BAHASA MELAYU
PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU Perkataan baharu merupakan perkataan yang lazimnya wujud atau dicipta dalam suatu bahasa yang berfungsi untuk menyokong suatu perkara yang baru wujud dalam kalangan masyarakat yang menggunakan bahasa tersebut. Perkembangan dari zaman ke zaman dalam kehidupan masyarakat akan menyebabkan perkembangan dari segi benda, proses, keadaan dan sebagainya yang memerlukan satu perkataan baharu perlu ada untuk menyebut perkataan tersebut.
BUNYI BAHASA MELAYU Sesuatu bahasa mempunyai unit terkecil yang dikenali sebagai fonem ataupun dipanggil bunyi bahasa. Setiap daripada bentuk perkataan yang terhasil itu adalah dapat dipecahkan serta dibahagikan kepada unit kecil yang dikenali sebagai fonem Bunyi bahasa Melayu merupakan satu bunyi bahasa yang dituturkan individu untuk menghasilkan satu bentuk perkataan yang mengikut kepada peraturan dan juga sistem bunyi bahasa Melayu itu sendiri. Bunyi bahasa Melayu asli adalah mempunyai 24 bunyi asli yang terdiri daripada 18 huruf konsonan serta 6 huruf vokal
KONSONAN Lapan belas huruf konsonan asli bahasa Melayu ini merupakan satu bunyi perkataan yang dihasilkan daripada aliran udara yang disekat melalui rongga hidung dan mulut oleh daerah sebutan huruf konsonan Penyebutan bagi huruf konsonan ini terbahagi kepada lapan iaitu letupan, letusan, sengau, geseran, getaran, sisian dan juga separuh vokal. Setiap daripada penyebutan ini mempunyai daerah sebutan tertentu yang terlibat bagi menghasilkan suatu bunyi konsonan. Terdapat lima daerah sebutan yang terlibat dalam membunyikan huruf konsonan iaitu bibir, gigi-gusi, lelangit keras, lelangit lembut dan juga glotis Lapan belas huruf konsonan asli bahasa Melayu terdiri daripada huruf p, b, t, d, k, g, q, c, j, m, n, ny, ng, s, h, r, l, w dan y Namun demikian, terdapat hanya sepuluh huruf konsonan asli yang dapat hadir pada awal, tengah serta akhir perkataan manakala bagi konsonan b, d, g, c dan juga j akan hanya hadir pada akhir perkataan bagi perkataan pinjaman sahaja.
Vokal a, e, i merupakan vokal depan, ə pula ialah vokal tengah manakala o dan u merupakan vokal belakang. Bahasa Melayu mempunyai enam vokal asli yang terdiri daripada a, e, i, o, u, dan juga vokal "ə" yang biasanya ditulis sebagai "e". VOKAL Dalam bahasa Melayu, bunyi “e” (e taling) dan “ə” (e pepet) diwakili dengan huruf yang sama, iaitu huruf e. Contoh perkataan bagi bunyi bagi e pepet ialah lembu, yang diwakili dengan simbol vokal “ə” manakala contoh bagi e taling pula ialah serong yang menggunakan huruf e yang berbunyi e taling.
VOKAL Hanya terdapat tiga vokal sahaja iaitu a, i dan u yang boleh wujud pada awal, tengah dan akhir perkataan. Vokal e (e taling), o dan e (e pepet) hanya wujud pada awal dan tengah perkataan manakala vokal e (e taling) dan o wujud pada akhir perkataan dalam suku kata terbuka tetapi dalam kata pinjaman seperti perkataan “kafe” dan “video”. Selain daripada vokal yang disenaraikan, terdapat juga bunyi geluncuran yang disebut sebagai diftong iaitu ai, au dan oi. Menurut Sulaiman Masri et. al. (2006), diftong terbentuk apabila dua huruf vokal yang digunakan dalam pengejaan satu perkataan iaitu gabungan 'ai' , 'au' dan 'oi'. Diftong au boleh hadir pada awal, tengah dan hujung perkataan seperti perkataan auta, jauh dan kemarau. Diftong ai wujud pada tengah dan akhir perkataan misalnya seperti perkataan lain dan rai. Diftong oi pula hanya wujud pada akhir perkataan seperti amboi.
BUNYI BAHASA PINJAMAN Bahasa Melayu merupakan bahasa yang turut berlaku perubahan, pembinaan sekaligus berkembang seiring dengan perkembangan arus pemodenan. Setelah berlaku penjajahan dan perdagangan di alam Melayu, pertembungan bahasa-bahasa lain seperti bahasa Arab dan Inggeris telah membuatkan bahasa Melayu mengalami proses peminjaman bahasa daripada bahasa-bahasa tersebut. Fromkin (2007) mengatakan bahawa suatu peminjaman bahasa itu berlaku apabila terdapat satu proses untuk menambah perkataan atau morfem yang berasal daripada bahasa lain ke dalam bahasa Melayu. Peminjaman bunyi bahasa ini berlaku bagi menampung jumlah kemasukan bahasa yang masuk ke dalam bahasa Melayu yang mengalami pertambahan perbendaharaan kata. Dalam bahasa Melayu kini, telah menerima sebanyak sembilan konsonan pinjaman, salah satunya konsonan pinjaman tersebut ialah letupan (q), dan lapan lagi terdiri daripada geseran yang terdiri daripada huruf f,v, th, dz/dh, z,kh dan gh
Bunyi-bunyi pinjaman yang dipinjam ini, dieja dalam bentuk ejaan lama , tamsilnya: BUNYI BAHASA PINJAMAN
Meskipun bunyi pinjaman-pinjaman bahasa ini digunakan dalam bentuk ucapan, namun begitu terdapat bunyi-bunyi bahasa yang dtukar mengikut sistem ejaan Rumi yang baharu. Contohnya : Sekiranya perkataan tersebut tergolong daripada istilah keagamaan yang mempunyai kaitan dengan akidah dan Al-Quran, bunyi-bunyi bahasa tersebut akan dikekalkan ejaannya. Contohnya; -Al-Quran -qari -Fasakh -thani
PEMBENTUKAN KATA h
Bahasa Melayu mempunyai bentuk-bentuk imbuhan asli yang dapat membuktikan bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa yang mempunyai sistem pengimbuhan yang telah lengkap dan sempurna untuk digunakan di dalam perkataan bahasa Melayu sebelum ini. Namun demikian, perkembangan sistem bahasa yang berkaitan dengan bidang ilmu dan juga ikhtisas yang semakin pesat menyebabkan berlakunya peminjaman daripada imbuhan asing bagi menampung bentuk-bentuk kata pinjaman. Oleh hal yang demikian, berlakulah proses peminjaman unsur-unsur imbuhan bagi bahasa asing yang telah diserap masuk ke dalam bahasa Melayu sama ada imbuhan tersebut ditulis secara penuh menggunakan imbuhan asing tanpa diubah atau mengubah bentuk imbuhan asing tersebut mengikut kesesuian dengan sistem tatabahasa bahasa Melayu. Namun begitu, terdapat juga imbuhan asing yang dimasukkan dalam bahasa Melayu itu berfungsi sebagai imbuhan tetapi hanya berfungsi sebagai satu bentuk asing yang boleh dijadikan sebagai satu unit perkataan. Imbuhan bagi bahasa asing ini dapat dipecahkan kepada tiga kategori iaitu imbuhan daripada Sanskrit, Arab-Parsi dan juga Yunani-Latin-Inggeris.
IMBUHAN DARIPADA SANSKRIT Imbuhan Sanskrit merupakan imbuhan yang sudah lama terserap dalam tatabahasa bahasa Melayu Namun begitu terdapat juga imbuhan bahasa Sanskrit yang tidak begitu produktif. Contohnya imbuhan tuna-, tri- dan -nita Contohnya perkataan Sanskrit yang telah diserap, sebati dan digunakan secara produktif i dalam bahasa Melayu ialah maha-,tata-,pra- dan panca-
IMBUHAN DARIPADA SANSKRIT -wan, -man -wati, -nita AKHIRAN mahatatapraswatunaeka-,dwi-,tri-,pancapascaAWALAN Imbuhan bagi Sanskrit terbahagi kepada dua iaitu
Awalan ini digunakan untuk terbitkan kata nama yang mampu memberikan makna sendiri. Imbuhan swa- membawa maksud sendiri. Contoh perkataan: Awalan swa1.Swafoto 2.Swasta. 3.Swadaya Awalan ini merupakan salah satu imbuhan yang produktif . Imbuhan ini membawa maksud sebelum . Contoh perkataan. Awalan pra1.prasejarah 2.prauniversiti 3.prasyarat. Awalan ini berfungsi untuk lahirkan bentuk kata nama dan kata adjektif. Imbuhan maha- membawa maksud tahap yang paling tinggi. Contoh perkataan: Namun begitu sekiranya ingin menggabungkan dengan kata adjektif ia perlu dieja secara berasingan, maha merupakan perkataan yang boleh berdiri sendiri. Contohnya: Awalan maha1.mahaguru 2.mahasiswa 3.mahakarya 1.maha besar 2.maha mulia 3.maha agung AWALAN Imbuhan ini digunakan khusus untuk terbitkan kata nama. Tata- membaawa maksud peraturan ataupun susunan Contoh perkataan Awalan tata1.tatabahasa 2.tatanegara 3.tatatertib
Imbuhan tersebut terbitkan kata nama . Imbuhan di atas membawa maksud, eka ialah satu, dwi- ialah dua, tri- ialah tiga dan panca- ialah lima. Contoh perkataan: ekabahasa dan ekanada. dwifungsi dan dwibahasa. pancaindera dan pancasila. Awalan eka-, dwi-, tri-, panca1. 2. 3. Diterbitkan dengan kata nama. pasca- membawa maksud selepas. Contoh perkataan: Awalan pasca 1.pascasiswazah 2.pascamerdeka 3.pascakolonial. AWALAN Imbuhan ini kurang produktif dalam bahasa Melayu namun kerap digunakan dalam bahasa Indonesia. Awalan ini diterbitkan dengan kata nama Imbuhan ini memberi makna tidak mempunyai ataupun tiada. Contoh perkatan. Awalan tuna1.tunakarya 2.tunakarna. 3.tunawisma.
imbuhan akhiran ini menerbitkan kata nama yang membawa maksud orang yang melakukan sesuautu perbuatan atau pekerjaan. imbuhan -man digunakan untuk kata dasar yang berakhir dengan huruf i. manakala bagi imbuhan -wan digunakan untuk kata dasar yang mempunyai akhiran a Contoh perkataan Pada 60-an imbuhan ini popular,namun kini penggunaannya kurang produktif kerana penggunaan perkataan "ahli" sering digunakan bagi menggambarkan perlaku atau seseorang. Contoh perkataan: Akhiran -wan dan -man Akhiran -man 1.Seniman 2.budiman Akhiran -wan 1.hartawan 2.karyawan 1.ahli kimia 2.ahli sains AKHIRAN Imbuhan ini digunakan untuk menunjukkan kategori jantina. -man dan -wan melambangkan jantina lelaki manakala bagi imbuhan -wati dan -nita amelambangkan jantina wanita. Contoh perkataan: imbuhan akhiran -wati Namun begitu dalam tatabahasa bahasa Melayu tidak ada pembahagian jantina. ini menyebabkan imbuhan asing perlu ditambah dan diterapkan supaya kategori dalam jantina dapat diberikan. Inisiatif lain yang digunakan bagi melambangkan jantina dalam sesuautu perkataan ialah menambah ambilan akhiran.vokal -a dan -i. Contoh perkataan: Akhiran -wati dan -nita 1.Seniwati 2.angkasawati imbuhan akhiran -nita 1.biduanita 2.karyawanita. 1. putera dan puteri 2.pramugara dan pramugari 3.saudara dan saudari.
Pengaruh arab-parsi merupakan antara pengaruh yang terkuat muncul dalam bahasa Melayu sejak bermulanya kedatangan orang Islam ke alam Melayu. Penyerapan bahasa asing untuk dimasukkan ke dalam bahasa Melayu merupakan proses yang sukar untuk dilaksanakan terutamanya dari segi penyerapan imbuhan. Oleh itu, penyerapan unsur imbuhan bagi Arab-Parsi ke dalam bahasa Melayu ini adalah dilihat begitu terhad Bahasa Arab merupakan bahasa rasmi bagi agama Islam pada ketika itu yang memudahkan bahasa itu sendiri untuk mendapat tempat dalam golongan orang Melayu Islam yang dapat memudahkan proses pencantuman kaum yang berlainan budaya dengan unsur bahasa bagi bahasa Arab yang dimasukkan ke dalam bahasa Melayu terutamanya berkaitan dengan pengambilan dari aspek bentuk-bentuk katanya IMBUHAN DARIPADA ARABPARSI Terdapat dua jenis imbuhan pinjaman yang ada pada bahasa ArabParsi iaitu imbuhan awalan dan akhiran
Terdapat hanya satu imbuhan awalan yang diserap daripada bahasa Arab-Parsi iaitu imbuhan awalan ‘bi-’ yang merupakan perkataan asal bahasa Parsi AWALAN Penggunaan untuk imbuhan awalan ‘bi’ adalah sangat terhad untuk digunakan bagi sesetengah perkataan sahaja Imbuhan awalan ‘bi’ daripada bahasa Parsi ini mempunyai maksud tersendiri yang apabila ditukarkan kepada bahasa Melayu adalah bermaksud tidak Kebanyakkan awalan imbuhan ‘bi’ ini digunakan untuk menerbitkan perkataan baharu dalam bahasa Melayu iaitu bentuk kata objektif CONTOH AWALAN 'BI' ARABPARSI bi + lazim bilazim ( tidak lazim ) bi + adab biadab ( tidak beradab ) bi + normal binormal ( tidak normal ) Gabungan imbuhan awalan bagi bahasa Parsi itu telah dapat membentuk perkataan baharu bahasa Melayu yang dapat membawa maksud tertentu sekiranya ditukarkan kepada bahasa Melayu Bidang sains dan teknologi turut membantu dalam mencuba untuk memperkenalkan penggunaan imbuhan awalan Parsi ini dengan memasukkan imbuhan awalan ini ke dalam bidang sains dan teknologi sehingga dapat membentuk perkataan baharu yang dikenali sebagai binormal iaitu tidak normal
AKHIRAN Penyerapan imbuhan akhiran daripada bahasa Arab yang dipinjamkan ke dalam bahasa Melayu pula dapat dilihat daripada enam imbuhan yang terlibat iaitu -wi, -i,-iah,-in,-at, dan -ah -wi dan -i -iah -in, -at, dan -ah
Akhiran - wi dan -i Akhiran imbuhan -wi dan -i ini digunakan bagi menghasilkan bentuk kata adjektif yang dapat memberikan atau menunjukkan sifat dan ciri yang terdapat dalam sesuatu kata dasar Penggunaan imbuhan akhiran -wi dan -i ini ditulis secara berbeza dan mempunyai sifat yang berlainan antara satu sama lain Sifat berbeza bagi akhiran imbuhan Arab ini dilihat adalah kerana penggunaannya yang mengikut huruf akhir bagi suatu kata dasar Akhiran -wi digunakan sekiranya huruf akhir kata dasar itu adalah huruf vokal Akhiran -i digunakan apabila huruf akhir kata dasar adalah huruf konsonan
dunia + -wi duniawi manusia + - wi manusiawi azal + i azali bahar + i bahari CONTOH AKHIRAN '-WI' ARAB-PARSI CONTOH AKHIRAN '-I' ARAB-PARSI Pembentukan perkataan baharu duniawi dan manusiawi dilihat boleh terbentuk apabila kata dasar yang mempunyai huruf vokal a di belakang perkataan digabung dengan imbuhan akhiran -wi Pembentukan perkataan baharu dalam bahasa Melayu iaitu perkataan azali dan bahari dibentuk daripada penggabungan kata dasar yang memiliki huruf konsonan l dan r di belakang perkataan digabungkan dengan imbuhan akhiran -i sehingga dapat membentuk perkataan pinjaman bahasa Arab itu ke dalam bahasa Melayu yang dapat membawa maksud tertentu
alam + iah alamiah lahir + iah lahiriah batin + iah batiniah CONTOH AKHIRAN '-IAH' ARAB-PARSI Imbuhan akhiran -iah pula dapat membentuk perkataan baharu dalam bahasa Melayu apabila huruf akhir kata dasar itu adalah konsonan dan digabungkan dengan -iah yang dapat membentuk perkataan baharu alamiah, lahiriah dan batiniah
hadir + in hadirin munafik + ah munafikat qari + ah qariah Akhiran -in, -at, dan -ah Perkataan hadirin, munafikat dan qariah merupakan perkataan baharu bahasa Melayu yang dibentuk hasil daripada pinjaman bahasa Arab yang dapat membawa suatu maksud. Perkataan ini dibentuk dengan gabungan imbuhan akhiran bahasa Arab -in, -ah, dan -ah yang digabungkan dengan kata dasar yang mempunyai akhiran huruf perkataan konsonan atau vokal Terdapat juga perkataan pinjaman bahasa Arab yang memiliki imbuhan akhiran -in, -at dan -ah yang telah terbiasa digunakan dalam bahasa Melayu contohnya perkataan mukminin, mukminat, muslimin,muslimat, ustaz dan ustazah. Namun penambahan imbuhan akhiran perkataan ini bukan sahaja dapat membawa maksud yang tertentu tetapi turut dapat menunjukkan perbezaan yang digunakan untuk kata nama bagi lelaki dan perempuan
IMBUHAN DARIPADA YUNANI-LATIN-INGGERIS Dalam bahasa Melayu, imbuhan asing yang paling banyak dibawa masuk ke dalam bahasa Melayu ialah berasal daripada bahasa Yunani-Latin-Inggeris. Imbuhan pinjaman ini tidak berfungsi sebagai imbuhan dalam bahasa Melayu, kecuali dalam beberapa bentuk imbuhan awalan seperti pro-, anti-, mono-, poli-, auto-, sub- dan supra-. Bentukbentuk imbuhan pinjaman yang lain terserap dalam bahasa Melayu sebagai sebahagian daripada kata pinjaman.
Awalan Terdapat beberapa bentuk awalan yang dipinjam ke dalam bahasa Melayu yang bersifat produktif dalam pembentukan kata untuk peristilahan. Awalan-awalan tersebut ialah pro-, anti-, mono-, poli-, auto-, sub- dan supra-. proImbuhan pro- digunakan untuk menunjukkan tanda bersetuju, memihak atau menyebelahi sesuatu pihak. Contohnya ialah perkataan; prokerajaan - merujuk kepada seseorang atau sesuatu yang menyokong atau memihak kepada pemerintahan atau badan pengurusan yang memerintah suatu negara. prokomunis - merujuk kepada seseorang atau sesuatu yang menyokong atau memihak kepada fahaman atau ideologi komunis. antiMenunjukkan tanda melawan, membantah, menentang atau tak bersetuju dengan sesuatu pihak. Contoh perkataan; antipenjajah - merujuk kepada seseorang atau sesuatu yang menentang atau menolak penjajahan oleh pihak asing. antikerajaan - merujuk kepada sikap atau pandangan yang menentang atau menolak sistem pemerintahan yang didasarkan pada pemerintah sesuatu kerajaan.
Awalan autoImbuhan ini bermaksud secara bersendirian. Contoh perkataan; automatik - merujuk kepada sesuatu yang bergerak atau melakukan sesuatu secara sendiri autonomi - merujuk kepada hak mengurus pemerintahan sendiri tanpa penguasaan atau pengendalian oleh pihak lain. supraImbuhan ini bermaksud melebihi, mengatasi atau merentas. Contoh perkataan; supranasional - merujuk kepada melangkaui sempadan atau kepentingan negara suprakategori suprasistem poliImbuhan yang bermaksud banyak. Contoh perkataan; poliklinik - merujuk kepada hospital atau klinik yang merawat banyak jenis penyakit polisemi - merujuk kepada satu bentuk kata, ungkapan dan sebagainya yang mempunyai lebih drpd satu makna yg bertalian rapat antara satu sama lain. subImbuhan ini bermaksud sebahagian daripada keseluruhan. Contoh perkataan; subbidang - merujuk kepada bidang kecil daripada bidang induk subkelas - merujuk kepada pecahan bahagian kecil daripada sesuatu kelas
Awalan Berikut di bawah merupakan senarai bagi bentuk awalan yang terserap dalam bahasa Melayu tetapi sebagai sebahagian daripada kata pinjaman.
Akhiran Tiada lagi bentuk akhiran daripada bahasa Yunani-Latin-Inggeris yang diserap sebagai imbuhan pembentukan kata bahasa Melayu. Sebahagian besar daripada bentuk ini wujud dalam perkataan yang dipinjam secara keseluruhan ke dalam bahasa Melayu contohnya ialah -isme, -ik, -si, -al, dan -is.
PEMBAHARUAN DALAM BENTUK KATA Penggunaan perkataan popular Proses Perancangan Bahasa Rasmi
PROSES PERANCANGAN BAHASA RASMI Perkataan baharu wujud disebabkan oleh satu jabatan yang bertanggungjawab dalam bidang kebahasaan untuk membuat perancangan secara rasmi bagi mengeluarkan perkataan baharu Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan jabatan di Malaysia yang bertanggungjawab dalam mengeluarkan perkataanperkataan yang baharu Pembentukan perkataan baharu berdasarkan perancangan rasmi ini adalah berkait dengan bidang ilmu dan juga ikhtisas. Misalnya perkataan baharu yang diwujudkan banyak menerangkan tentang konsep, perkara, keadaan, benda dan sebagainya dihasilkan dalam bentuk istilah yang muncul dalam suatu bidang ilmu.
PENGGUNAAN PERKATAAN POPULAR Perkataan baharu turut wujud disebabkan adanya penggunaan perkataan tersebut yang digunakan secara meluas terutamanya bagi para penulis. Misalnya, penggunaan perkataan popular ini banyak ditemui dalam media massa contohnya akhbar, majalah, televisyen dan sebagainya Penggunaan perkataan popular yang menyebabkan perkataan baharu boleh terhasil juga adalah dapat diambil daripada penulisan yang dihasilkan secara kreatif contohnya sajak, novel serta cerpen. Perkataan baharu disebabkan penggunaannya yang popular merupakan perkataan yang digunakan untuk menerangkan tentang suatu perkara, konsep, kejadia, benda atau perkaraperkara lain yang boleh dikaitkan dengan kehidupan seharian
PROSES PEMBENTUKAN ISTILAH Terdapat dua proses pembentukan istilah iaitu; (i) proses pinjam terjemah (ii) proses pinjaman Proses pinjam terjemah Makna : istilah terbentuk daripada perkataan Melayu jati atau bahasa serumpun dengan memberi makna baharu untuk membawa konsep tertentu yang sebelumnya yang tiada dalam Bahasa Melayu. Terjemahan langsung contoh; resistance - rintangan, dose - sukatan Penggabungan dua kata umum contoh; honeymoon - bulan madu, right angle - sudut tepat Penciptaan kata baharu yang tidak pernah ada dalam bahasa Melayu bagi mendukung konsep baharu contoh; configuration - tatarajah, up date - kemas kini Peluasan makna sesuatu perkataan untuk mendukung konsep baharu contoh; serap (absorb[ent]) LAWAN jerap (absorb[tive]) Mencipta kata baharu dengan gandaan separa contoh; radius - jejari, liquid - cecair
PROSES PEMBENTUKAN ISTILAH Proses pinjaman Pembentukan kata melalui proses pinjaman ialah dengan mengambil semula istilah atau maksud daripada bahasa asalnya, kemudian penyesuaian perkataan dibuat melalui bunyi dan ejaannya. Diambil dengan penyesuaian ejaan. Contohnya 1.Geography=Georgrafi 2.mathematics=matematik 3. kinetic=kinetik. 4.structure=struktur 5.bully=buli Diambil tanpa mengubah ejaan 1.magnet=magnet 2.linear=linear 3. import-import 4.audit=audit
ISU KESALAHAN KATA h
Kesalahan Ejaan Ejaan sebenar; i) KAWASAN ii) NASIONAL Ejaan 'NATIONAL' yang dipaparkan merupakan pinjaman perkataan daripada bahasa Inggeris yang bermaksud perkara yang berkaitan dengan bangsa atau kebangsaan. Proses pembentukan istilah ini melalui proses pinjaman daripada bahasa Inggeris, lalu menjalani proses perubahan atau penyesuaian ejaan.
Kesalahan TATABAHASA (Penggunaan 'di') Ejaan yang betul ialah di hadapan. Di dan ke boleh dikategorikan sebagai kata arah dan imbuhan awalan. 1. menunjukkan kata arah, di dan ke dieja jarak. Misalnya di atas, di bawah, di hadapan, ke hadapan, ke sana. 2. menunjukkan imbuhan awalan perlu dieja rapat. Misalnya kehendak, dimakan.
ISU KESALAHAN KATA 'EJAAN' DALAM MEDIA CETAK
Isu Kesalahan kata yang terdapat pada sepanduk ini adalah salah satu daripada contoh kesalahan kata yang membabitkan ejaan bagi perkataan “Ramadzan” dan “ “Ramadhan” yang dieja secara salah Kesalahan ejaan bagi perkataan “Ramadzan” ini sepatutnya dieja dengan ejaan betul yang mengikut ejaan dalam bahasa Melayu iaitu “ Ramadan” Kata “Ramadan” ini merupakan kata pinjaman daripada perkataan bahasa arab yang merupakan salah satu faktor yang menjadikan ramai pengguna mengeja perkataan “Ramadan” itu dengan salah Kebanyakkan orang mengeja perkataan ‘Ramadan” ini dengan ejaan salah seperti “Ramadhan” dan “Ramadzan” disebabkan adanya unsur pengaruh sebutan dalam bahasa arab Sebutan bagi perkataan “Ramadan” itu dibolehkan untuk disebut dengan sebutan bahasa arab iaitu “Ramadhon” tetapi ejaan bagi “Ramadan” itu mestilah dieja sepertimana yang terdapat dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka iaitu “ Ramadan “ Ejaan perkataan salah “Ramadhan” yang mengguanakan huruf dh perlulah ditukar ke dalam bahasa Melayu untuk menjadi huruf d. Ketetapan huruf dh ini tidak terdapat dalam bahasa Melayu menyebabkan bunyi bagi perkataan itu juga tidak wujud Oleh sebab bunyinya yang tidak wujud itu maka lambang atau huruf bagi ejaan dh itu juga tidak wujud di dalam suatu perkataan bahasa Melayu Justeru itu, semua ejaan yang mempunyai huruf dh perlulah ditukar menjadi huruf d di dalam ejaan bahasa Melayu Oleh hal yang demikian, perkataan yang betul bagi ejaan “Ramadan” ini adalah mengikut sepertimana yang terdapat dalam bahasa Melayu iaitu “Ramadan”
ISU KESALAHAN PENGGUNAAN 'HUKUM D-M' DALAM MEDIA CETAK
Isu kesalahan kata pada media cetak sepanduk ini adalah tergolong dalam golongan kesalahan kata dari aspek hukum D-M Penggunaan perkataan goreng pisang pada sepanduk itu dianggap salah kerana maksud yang ingin disampaikan pada sepanduk itu adalah pisang yang telah siap tersedia digoreng bukan pisang yang sedang digoreng Oleh itu, penggunaan perkataan goreng pisang dikira menyalahi penggunaan kesalahan hukum D-M yang berkait dengan frasa nama Menurut Nik Safiah Karim et al. (2010) hukum D-M itu bermaksud D iaitu diterangkan dan M menerangkan Perkara yang diterangkan itu mestilah diletakkan di bahagian hadapan manakala bagi bahagian menerangkan mestilah hadir selepas perkara yang diterangkan Perkataan goreng pisang itu perlulah ditukar kepada kata yang betul iaitu pisang goreng kerana pisang merupakan kata nama yang perlu diterangkan manakala goreng pula adalah kata kerja Kata pisang itu merupakan frasa nama iaitu sebagai kata nama dan perkataan goreng hadir sebagai unsur untuk menerangkan kata nama tersebut iaitu pisang goreng yang membawa maksud pisang yang telah siap tersedia digoreng Kata pisang goreng adalah betul berbanding goreng pisang adalah kerana pisang goreng ini bertepatan dengan konsep hukum D-M yang terdiri daripada ayat dasar bahasa Melayu iaitu frasa nama + frasa kerja
Kata pisang itu merupakan frasa nama iaitu sebagai kata nama dan perkataan goreng hadir sebagai unsur untuk menerangkan kata nama tersebut iaitu pisang goreng yang membawa maksud pisang yang telah siap tersedia digoreng Kata pisang goreng adalah betul berbanding goreng pisang adalah kerana pisang goreng ini bertepatan dengan konsep hukum D-M yang terdiri daripada ayat dasar bahasa Melayu iaitu frasa nama + frasa kerja Oleh hal yang demikian penggunaan kata pisang goreng lebih bersesuain untuk diletakkan pada sepanduk itu kerana kata pisang yang merupakan kata nama itu adalah subjek dan goreng merupakan kata kerja yang dikira sebagai predikat untuk menerangkan kata nama tersebut Hal ini menjelaskan maksud yang ingin disampaikan melalui kata pisang goreng yang bermaksud pisang yang telah sedia siap digoreng Namun begitu penggunaan goreng pisang juga boleh dianggap betul sekiranya digunakan dalam konteks yang betul dengan tidak merujuk kepada frasa nama Perkataan goreng pisang itu boleh digunakan dalam ayat yang ingin menunjukkan tentang frasa kerja contohnya perbuatan menggoreng pisang Oleh itu, penggunaan perkataan goreng pisang pada sepanduk itu salah kerana menyalahi hukum D-M yang ingin menerangkan tentang frasa nama tetapi perlu diganti dengan perkataan pisang goreng iaitu pisang yang ditulis di hadapan itu merupakan frasa nama yang perlu diterangkan
Kesalahan penggunaan imbuhan KESALAHAN IMBUHAN Berdasarkan media cetak di atas , terdapat kesalahan yang wujud pada papan tanda jalan tersebut. Berlaku kesalahan imbuhan pada perkataan tersebut iaitu imbuhan mer-, sepatutnya imbuhan yang perlu ditambah pada bahagian hadapan perkataan ialah imbuhan awalan ber-. Hal ini kerana imbuhan awalan mer- tidak wujud dan hanya ada imbuhan ber- ataupun mem-.Menurut Abdul Razak Kamal (2016), dalam rumus bahasa Melayu, imbuhan mer- tiada ataupun tidak wujud. Sepatutnya perkataan yang perlu digunakan ialah berbahaya. Kesalahan ini masih berlaku mungkin kerana individu tersebut tidak cakna akan penggunaan imbuhan yang betul. Malah faktor lain bagi kesalahan bahasa berlaku kerana perkataan merbahaya pernah digunakan pada suatu ketika dahulu, namun kini sudah tidak digunakan lagi
Kesalahan tatabahasa Kereta api merupakan kata majmuk, namun ia termasuk dalam kesalahan ejaan kerana kesalahan penjarakan. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (2005), gabungan atau rangkai dua, tiga atau lebih perkataan yang boleh membawa kepada satu makna. Berikut kesalahan berlaku pada papan tanda tersebut iaitu pada perkataan keretapi. Sepatutnya ejaan yang betul ialah kereta api , iaitu dieja dengan dua patah perkataan atau terpisah . Ini kerana perkataan kereta api sudah dimasukkan ke dalam sistem ejaan baharu. Namun begitu perkatan kereta api boleh digunakan atau dikecualikan sekiranya ia merupakan kata nama khas. Contohnya: Stesen kereta keretapi Arau. KESALAHAN KATA MAJMUK
KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA DALAM BAHASA MELAYU Berlakunya kesalahan ejaan pada papan tanda tersebut. Kesalahan kelainan vokal terjadi, kelainan vokal yang betul sepatutnya e-a iaitu percetakan Seharusnya ejaan betul yang perlu dieja ialah percetakan bukannya percitakan. Perkataan percitakan tidak wujud. Kebiasaannya kesalahan ejaan ini boleh berlaku kerana terdedah dengan penggunaan dialek yang telah mempengaruhi cara ejaan. Faktor lain kesalahan ejaan boleh berlaku kerana seseorang itu keliru akan faktor kelainan bentuk dalam penggunaan bahasa yang formal dan tidak formal. Kesannya ejaan akan menjadi salah Pada akhbar tersebut berlakunya kesalahan penggunaan bahasa asing iaitu perkataan online. Sekiranya perkataan online diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu ia akan menjadi dalam talian. Salah satu asbab kesalahan percampuran bahasa ini akan berlaku kerana terpengaruh dengan bahasa kedua Sekiranya perkataan online ditukar kepada dalam talian, imbuhan akhiran -an perlu ditambah pada akhir perkataan bayar. Contohnya perkataan bayar akan menjadi bayaran Penambahan akhiran -an pada perkataan bayar perlu ditambah kerana memberitahu atau menunjukkan tindakan sesuautu perkara dilakukan. KESALAHAN EJAAN
RUJUKAN
RUJUKAN 10
TAMAT h