The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tugasan 1 MOHAMAD WIZRAN NOOR BIN NASIR F2D

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wizrannoor, 2022-03-26 07:49:06

BMMB1104 Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu

Tugasan 1 MOHAMAD WIZRAN NOOR BIN NASIR F2D

KEKSUEBSBMMAUEMSDLTBAAE1YY1R0AUA4AANN &

MOHAMAD WIZRAN NOOR BIN NASIR
ANGKA GILIRAN: 2021252310076
NO KP: 030828080803

Nama Pensyarah : Dr. Arfah Binti Ahamad

Tugasan 1

Takrif Kesusasteraan Melayu

Kesusasteraan merupakan hasil sebuah cipataan seni boleh disampaikan melalui bahasa (Azman Rahmat,
Mohd Nazri bin Zainuddin, Shamsudin Abu Bakar, Abdul Rani Hassan & Hasnah Awang, 2022). Perkataan
kesusasteraan atau sastera ini ialah dasarnya daripada bahasa Sanskrit. Perkataan ini adalah merujuk kepadasuatu
karya lisan dan juga tulisan yang membawa ciri cereka dan telah disampaikan melalui bahasa serta pelbagai
alatannya menurut Muhammad Haji Salleh pada 2006 (Eizah Mat Hussain, 2019). Manakala, menurut pandangan
Siti Hajar Abd. Aziz (2011), perkataan kesusasteraan berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu susastera yang
bermaksud sebuah huruf atau buku indah. Maksud sastera dari segi umum ialah bermaksud bahasa yang telah
digunakan dalam kitab-kitab.. Sastera ini boleh diketahui lagi maksudnya iaitu kitab suci. Perkataan Susastra
mempunyai makna seni bahasa atau sastera atau secara umumnya bermaksud persuratan (Rosmah Derak, 2020).
Perkataan sastra yang asalnya dari bahasa Sanskrit mempunyai makna yang berikut ;-
sas- : mengarah, memberi petunjuk, mengajar
-tra : alat
Melalui makna berikut telah menunjukkan bahawa makna sastra ialah sebuah alat untuk mengajar.

Perkataan awalan su- bermaksud indah atau baik manakala penggunaan imbuhan ke- dan -an adalah untuk
membawa maksud yang menyeluruh iaitu karya yang tertulis mempunyai nilai seni, mempunyai maksud memberi
panduan atau pengajaran dan petunjuk. Menurut Ali Ahmad (1994), imbuhan ke- dan -an dalam perkataan
susastra menyimpulkan erti yang terdekat iaitu kesenian persuratan yang mempunyai sifat yang halus dan indah.

Takrif Kesusasteraan Melayu

Melalui takrifan tersebut, dapat disimpulkan bahawa kesusasteraan Melayu ini ialah hasil karya daripada
masyarakat Melayu yang mempunyai banyak kata-kata hikmah, kata-kata yang indah, boleh memberikan mesej
yang bermanfaat dan mampu menggambarkan perasaan dan keadaan yang tertentu sama ada iaitu tentang diri
sendiri ataupun keadaan dalam sesebuah masyarakat.

Sastera ini juga dianggap sebagai sebuah gambaran peribadi berupa sebuah pengalaman, perasaan, idea
atau semangat dalam bentuk konkrit untuk meningkatkan keperibadian kepada pembaca melalui karya sastera
atau bahasa tidak kira sama ada bermutu atau tidak bermutu (Azman Rahmat, Mohd Nazri bin Zainuddin,
Shamsudin Abu Bakar, Abdul Rani Hassan & Hasnah Awang, 2022).

Jenis Kesusasteraan Melayu

Terdapat empat jenis kesusasteraan Melayu, iaitu ;

Prosa Tradisional
Prosa Moden
Puisi Tradisional
Puisi Moden

Prosa Tradisional

Prosa tradisional ini ialah sebuah bentuk kesusasteraan yang masih kekal wujud
sehingga ke hari ini dan masih lagi menjadi sumber pengetahuan kepada masyarakat
Melayu sehingga sekarang. Penulisan prosa tradisional ini mempunyai banyak sifat yang
bermanfaat iaitu banyak sumber pengetahuan, amalan, pengajaran, sempadan tingkah
laku atau sumber atau pengenalan masyarakat Melayu kepada masyarakat luar.

Prosa tradisional ini asalnya menerima pengaruh Hindu-Buddha, tetapi kurang bukti
untuk menyatakan bahawa pengaruh tersebut mempunyai sumbangan besar terhadap
penulisan prosa tradisional. Sejak kedatangan Islam pada abad ke-14, prosa tradisional
mengalami perkembangan yang pesat. Pada waktu itu, istana mempunyai peranan untuk
mengembangkan kesusasteraan Melayu klasik yang utama. Penulis pada waktu itu pula
mengarang karya sastera berdasarkan daripada perintah raja yang meliputi bidang
agama, perubatan, sejarah dan sebagainya.

Prosa Tradisional

Terdapat dua genre bagi sastera tradisional, iaitu ;

Prosa
Tradisional

Sastera Rakyat (lisan) Sastera Istana (tulisan)

1.Sastera Rakyat (lisan)

Sastera rakyat bermaksud hasil-hasil karya yang berdasarkan daya ciptaan imaginasi
penulis yang menggambarkan nilai-nilai world view itu sendiri. Sastera rakyat ini
merupakan hasil karya yang telah diinspirasikan dan disampaikan kepada rakyat secara
lisan iaitu melalui ungkapan mulut ke mulut.

Sastera rakyat ini merupakan karya sastera yang boleh disebarkan dari mulut ke
mulut contohnya cerita rakyat. Berikut merupakan ciri-ciri sastera rakyat iaitu
termasuklah disebarkan secara lisan. Sastera rakyat juga bersifat tradisional dan lama.
Sastera ini juga wujud dalam pelbagai bentuk dan bersifat anomimi, iaitu menggunakan
nama samaran yang tidak ada langsung perkaitan dengan pencipta sastera.

Sastera rakyat ini mempunyai tiga bentuk iaitu mitos, legenda dan cerita rakyat.

Ciri-Ciri Sastera Rakyat - Mitos

Mitos merupakan cerita yang dianggap benar dan suci oleh pencipta sastera dan
masyarakat yang mempercayainya.
Tujuan cerita mitos ini diwujudkan biasanya adalah untuk membuat dunia ini jadi tidak
begitu asing, atau untuk mendatangkan maksud, kepastian pada segala yang kelihatan
menakutkan dan kacau-bilau (John C. Avise, 2001).
Ciri-cirinya ialah ;-

Dianggap betul-betul pernah terjadi
Peristiwa yang aneh tetapi penting
Dianggap sebuah perkara keramat
Memberi kesan kepada masyakarat
Berlaku pada zaman lampau

Terdapat pula tiga jenis mitos dalam sastera Melayu iaitu mitos asal usul, mitos institusi
sosial dan mitos politik

Ciri-Ciri Sastera Rakyat - Mitos

1. Mitos asal usul
Berlaku pada masa lampau dan dianggap suci oleh orang yang mempercayainya pada waktu
itu.
Mempengaruhi pemikiran masyarakat Melayu yang bersifat misteri dan mistik.
Contohnya, asal usul kejadian alam, kejadian bentuk-bentuk binatang dan kejadian bentuk
topografi kawasan.

2. Mitos institusi sosial
Menceritakan tentang asal usul sesebuah institusi sosial dalam masyarakat Melayu.
Contoh, mitos adat, institusi bomoh yang melibatkan pemulihan dan pendinding diri.

3. Mitos politik
Berkaitan dengan struktur pemerintahan dan sesebuah kerajaan.
Contoh, cerita keturunan raja-raja Melayu, mitos perubahan sesebuah kerajaan pada zaman
dahulu.

Ciri-Ciri Sastera Rakyat - Legenda

Cerita yang dianggap benar belaku namun tidak dianggap suci.
Tokoh terdiri daripada golongan manusia tetapi mempunyai kebolehan yang luar biasa.
Jenis legenda dalam masyarakat Melayu ialah legenda keagamaan, legenda alam ghaib, legenda
perseorangan, legenda tempat, legenda berunsur tokoh istimewa, legenda berunsur tanda-tanda alam
dan legenda tokoh
1. Legenda keagamaan
Cerita mengenai penyebar agama seperti legenda Habib Noh.

2. Legenda alam ghaib
Berfungsi untuk menegakkan kebenaran tentang sesuatu kepercayaan.
Berkaitan dengan pengalaman peribadi seseorang tetapi mempunyai unsur tradisional seperti
pengembaraan ke alam bunian.

3. Legenda perseorangan
Legenda berkaitan tokoh tertentu yang dianggap benar dan dapat dibuktikan melalui latar tempat
dan masa misalnya seperti legenda Hang Tuah.

Ciri-Ciri Sastera Rakyat - Legenda

4. Legenda tempat
Cerita mengenai asal usul suatu tempat di mana nama tempat itu berdasarkan nama tokoh, binatang atau
peristiwa sejarah. Misalnya, nama Pekan Langgar di Kedah yang diambil sempena kejadian pelanggaran Siam
ke atas Kedah.

5. Legenda berunsur tokoh istimewa
Legenda berunsurkan seorang tokoh terutamanya tentang tokoh yang telah menjadi pengasas suatu tempat
seperti di Kampung Tok Pasai yang berasal daripada tokoh yang bernama Tok Pasai.

6. Legenda berunsur tanda-tanda alam
Berunsur tanda-tanda alam ataupun berkaitan bentuk muka bumi misalnya seperti penamaan tempat Batu
Gajah berdasarkan bentuk batu yang berupa gajah.

7. Legenda tokoh
Misalnya seperti cerita Mahsuri yang dianggap benar kerana ruang dan masa yang berlaku peristiwa tersebut
benar-benar berlaku di Pulau Langkawi.

Ciri-Ciri Sastera Rakyat - Cerita rakyat

Berbentuk prosa dan tidak dianggap benar-benar berlaku dalam kalangan
masyarakat.
Biasanya berbentuk sumber hiburan, mengukuhkan kebenaran dan mengandungi
pengajaran moral atau sindiran.
Jenis cerita rakyat - cerita binatang, cerita lipur lara, cerita jenaka dan cerita teladan.

Ciri-ciri cerita ;-
1. Binatang
Ditokohi oleh binatang yang mempunyai suatu gambaran dan tingkah laku seperti
manusia. Biasanya watak yang kecil itu cerdik manakala watak antagonis pula ialah
binatang besar tapi kurang cerdik dan dungu. Contohnya ialah cerita Sang Kancil
dengan Buaya.

Ciri-Ciri Sastera Rakyat - Cerita rakyat

Ciri-ciri cerita ;-
2. Lipur lara
Dituturkan oleh para penglipur lara seperti Awang Belanga.
Dituturkan secara lisan dari satu generasi hingga generasi yang lain.
Berfungsi sebagai hiburan dan pendidikan serta menunjukkan hidup masyarakat Melayu tradisional.
Biasa diselit dengan tema peperangan, percintaan dan sebagainya.
Bersifat kronologi atau bersambung iaitu mempunyai pengenalan, perkembangan dan pengakhiran.
Contoh, Hikayat Malim Dewa dan Hikayat Anggun Cik Tunggal.

3. Jenaka
Untuk menimbulkan rasa geli hati bagi orang yang mendengarnya.
Banyak unsur kebetulan dan juga ragam kehidupan manusia.
Jenaka boleh ditimbulkan melalui jalan cerita yang lucu malah ujaran dialog watak dalam cerita tersebut.
Contoh karya jenaka ialah Pak Pandir, Pak Belalang, Pak Kaduk dan Lebai Malang.

4. Teladan
Mempunyai unsur moral dan pendidikan manakala pendengar cerita ini kebiasaannya ialah kanak-kanak.
Watak utama biasanya mengalami pengalaman duka pada awalnya tetapi akhir sekali mendapat penamat
yang baik. Contohnya cerita Bawang Putih Bawang Merah.

2. Sastera Istana (tulisan)

Sastera ini diperkenalkan setelah penerimaan agama Islam pada abad ke-15 dan mula berkembang dalam
istana. Terdapat beberapa jenis sastera istana iaitu sastera hikayat, undang-undang, epik, panji, agama dan
ketatanegaraan. Sastera hikayat telah dikategorikan kepada tiga iaitu unsur Hindu, Islam dan Hindu-Islam
contohnya seperti Hikayat Gul Bakawali, Hikayat Seri Rama dan Hikayat Raja Pasai. Selain itu, sastea undang-
undang pula ialah merupakan kajian tentang sistem pemerintahan dan pentadbiran masyarakat lama. Genre ini
juga telah dibahagi kepada dua kategori iaitu Adat Temenggung dan Adat Perpatih. Contoh sastera jenis ini ialah
Hukum Kanun Melaka.

Di samping itu, sastera epik dikenali sebagai sastera pahlawan. Sastera ini mementingkan sifat kepahlawanan
yang unggul di mana tokoh dalam sastera ini diberi gambaran secara berlebih-lebihan sehingga menjadi
sempurna dan boleh disanjung oleh masyarakat pada waktu itu. Sastera ini terbahagi kepada dua jenis iaitu epik
kebangsaan seperti Hikayat Hang Tuah dan epik berunsur Islam seperti Hikayat Amir Hamzah. Seterusnya, sastera
panji pula ialah berdasarkan kisah pengembaraan, percintaan dan peperangan.Wataknya yang digelar Panji akan
mengalami pelbagai peristiwa hingga akhirnya bertemu pasangan kekasihnya, misalnya seperti Hikayat Cendawan
Putih.

Berikutnya, sastera agama pula banyak berfokus kepada kisah kehebatan Nabi Muhammad SAW dalam
menyebarkan agama Islam ke seluruh dunia biarpun sering mendapat tentangan dan menghadapi pelbagai
dugaan, misalnya seperti dalam karya Hikayat Bulan Berbelah. Akhir sekali, sastera ketatanegaraan pula berisi
panduan mengenai pemerintahan pentadbiran misalnya Kitab Nasihat Segala Raja-raja yang digunakan oleh al-
Sultan Zainal Abidin III.

Prosa Moden

Prosa moden biasa ditulis dalam ayat-ayat yang biasa iaitu dengan menggunakan tatabahasa yang mudah
difahami. Ayat dalam prosa moden juga biasa disusun dalam bentuk karangan dan prosa moden ini juga lebih
mudah difahami berbanding dengan puisi. Terdapat tiga jenis prosa moden iaitu cerpen, novel dan drama
Pertama sekali, cerpen ialah campuran daripada dua perkataan iaitu perkataan cerita dan pendek. Cerpen
mengalami zaman kegemilangannya pada sekitar tahun 1930-an. Cerpen ini boleh memberi gambaran tentang
suatu zaman, sama ada berhubung masalah politik, ekonomi dan sosial di samping menggambarkan sikap,
perasaan, pandangan dan fikiran seorang pengarang cerpen. Cerpen selalunya membawa satu tema sahaja,
tetapi mampu memberikan kesan yang mendalam kepada pembacanya. Dari segi perkembangan watak pula,
hanya beberapa watak tertentu sahaja yang ditunjukkan perkembangan dalam suatu cerpen, watak yang lain
diwujudkan hanyalah untuk menegakkan kewibawaan watak utama. Unsur dramatik dalam cerpen pula biasa
tecetus apabila berlaku pertentangan watak antara watak protagonis dengan antagonis sehingga boleh
menyebabkan suatu konflik. Cerpen biasanya menunjukkan satu plot sahaja dan akan dikembangkan dengan rapi
dan tidak rumit. Segala pencetusan perasaan dan penyemarakan emosi dalam cerpen menerbitkan ketegangan
dan menarik minat pembaca untuk merasai pengalaman yang telah digambarkan dalam suatu cerpen.

Novel pula merupakan salah satu bentuk prosa moden. Perkataan novel berasal dari bahasa Itali iaitu
perkataan novella yang bermaksud satu benda kecil yang baharu. Novel mengisahkan kejadian yang dipusatkan
kepada sebahagian daripada gaya kehidupan manusia pada suatu latar tempat dan masa yang tertentu. Terdapat
tiga faktor yang saling berkait dalam novel iaitu pengalaman peribadi, realiti rencam hidup dan imagiinasi.

Prosa Moden

Terdapat dua corak penulisan novel, iaitu kemasyarakatan, semangat kebangsaan. Novel
bercorak kemasyarakatan ini seperti novel Minah Joget Moden (1949) karya Harun Aminurrashid
dianggap menarik kerana telah menunjukkan sikap negatif masyarakat terhadap penari joget.
Sikap ini diperbetulkan oleh pengarang melalui watak Minah yang sering bersyarah mengenai para
seniman dan seniwati Melayu. Novel bercorak semangat kebangsaan seperti novel Pahlawan
Rimba Malaya (1946) karya Keris Mas yang menunjukkan semangat pejuang gerila Melayu
menentang penjajahan Jepun di Tanah Melayu.

Prosa moden berbentuk drama pula ditulis untuk menyampaikan mesej yang bermanfaat
melalui lakonan suatu situasi beserta dengan dialog. Drama ialah sastera yang dibangunkan oleh
unsur intrinsik iaitu satu kesatuan yang membentuk suatu karya sastera secara keseluruhan.
Unsur yang mendukung suatu drama tersebut ialah penulisan skrip untuk dijadikan panduan
kepada pengarah. Setelah itu, pengarah berperanan untuk menyelaraskan pementasan suatu
drama.manakala pelakon pula perlu berlakon berdasarkan skrip yang ditulis serta menghayati
suatu watak tersebut.

Puisi Tradisional

Puisi ialah jenis sastera antara yang paling awal yang pernah diperkenalkan untuk semua bangsa di dunia.
Orang Melayu juga mempunyai satu puisi yang boleh dibanggakan iaitu pantun. Terdapat empat jenis puisi yang
sering ditekankan di negara Malaysia iaitu pantun, gurindam, syair dan seloka.

1. Pantun
Pantun ialah kaedah rangkapan yang sudah semestinya milik orang Melayu. Pantun juga mempunyai

ungkapan yang mengandungi elemen pembayang maksud dan maksud.
Bentuk pantun ialah berdasarkan bilangan baris dalam rangkap iaitu dalam pantun dua kerat, empat kerat,

enam kerat, lapan kerat, dua belas kerat dan pantun berkait. Pantun yang sering digunakan dalam masyarakat
Melayu ataupun yang paling popular ialah pantun dua kerat dan empat kerat. Bilangan perkataan bagi setiap baris
aantun ialah empat hingga enam patah perkataan manakala bilangan suku kata pula ialah antara lapan hingga
dua belas suku kata. Rima akhir hendaklah sejajar dalam pantun dua kerat iaitu rima 'a','a', manakala bagi pantun
empat kerat pula ialah 'a','b','a','b'. Pantun pula mempunyai beberapa fungsi iaitu menghibur, nasihat, menduga
akal, meluahkan perasaan, agama dan lain-lain. Berikut dibawah adalah contoh pantun agama dalam bentuk
empat kerat ;-
Letak bunga di atas dulang,

Sisipkan daun hiasan tepinya;
Banyak berdoa selepas sembahyang;

Mohon diampun dosa di dunia.

Puisi Tradisional

2. Gurindam

Gurindam pula merupakan puisi Melayu tradisional yang diperkenalkan kali pertama oleh Raja
Ali Haji melalui 'Gurindam Dua Belas' pada tahun 1846. Bentuk gurindam adalah terikat, iaitu
terdiri daripada dua baris serangkap yang mempunyai tiga hingga enam baris patah perkataan
dengan bentuk rima akhirnya yang berakhir dengan 'a', 'a'. Suku kata dalam gurindam dalam
sebaris ialah antara lapan hingga dua belas suku kata. Seuntai gurindam hendaklah mempunyai
beberapa rangkap untuk melengkapkan keseluruhan idea bagi satu gurindam manakala isinya
hendaklah mengandungii nasihat, kebenaran, pengajaran serta pernayataan perasaan cinta.

Asal perkataan gurindam ini berasal dari perkataan Tamil iaitu iradam, kirandam yang
membawa maksud puisi secara terbuka. Pada pendapat Za'aba, gurindam ialah sejenis syair yang
melarat yang tetap sukatan dan rangkapannya di mana isinya mengandungi pemikiran yang baik
dengan bahasa yang seronok dan riang sebagai nyanian.

Puisi Tradisional Sinaran ikhlas pada malam meminjam
merajai siang hingga aku terpejam.
2. Gurindam
Contoh gurindam: Gurindam Dambaan Insani Mutunya pada kesucian cinta
walau dipinta tak terjangkau tinta.
Berikan aku sehembus cinta
biar kudinginkan jiwa meronta.

Hulurkan aku secubit kasih
menyebar belas takkan tersisih.

Tebarkan padaku sejambak simpati
harumlah nanti membujuk hati.

Kurela hadirnya semangat membara
tak gusar kutempoh hangat sang lara.

Puisi Tradisional

3. Syair

Syair ialah sejenis puisi berirama seperti lagu yang dikatakan berasal dari Parsi dan dibawa
masuk ke Nusantara bersama-sama dengan kedatangan Islam. Perkataan syair dikatakan berasal
dari bahasa Arab, 'sy'ir', walau bagaimana pun bentuk syair orang Melayu adalah jauh bezanya
berbanding dengan syair Arab. Ada juga keseluruhan pengkaji sastera berpendapat bahawa
perkataan syair itu berasal dari bahasa Arab yang bermaksud puisi berbentuk umum, tetapi dalam
bahasa Melayu syair ialah puisi yang berbentuk khusus (Harun Mat Piah, 1989).

Bentuk syair ialah mempunyai empat baris serangkap dengan rima akhir 'a','a','a','a'. Dalam
satu rangkap syair, terdapat empat hingga lima patah perkataan manakala suku kata pula
ialahlapan hingga dua belas bagi setiap baris. Seiap baris hendaklah mempunyai hentian dan
setiap rangkap perlulah berurutan untuk menyatakan idea yang lengkap. Syair boleh digunakan
untuk menyatakan tentang cerita, kisah, buah fikiran, nasihat dan puji-pujian.

Puisi Tradisional

3. Syair
Contoh syair: Syair Singapura Terbakar (Syair cerita)

Serta terpandang api itu menjulang, Ringgit pun hancurlah seperti timah,
Rasanya arwahku bagaikan menghilang, Habislah meleh ke bawah rumah,
Dijilatnya rumah-rumah serta barang-barang, Tidaklah tentu barang dijamah,
Seperti anak ayam disambar helang. Pencuri pun mengangkutlah bersama-sama.

Seberang-menyeberang rumah habis rata, Barang yang hendak kubawa pulang,
Apinya cemerlang, tiada membuka mata, Beberapa pinggan mangkuk, cawan dan
Bunyinya gempar terlalulah gempita, dulang,
Lemahlah tulang sendi anggota. Sekaliannya habislah hilang,
Harapnya hatiku bukan kepalang.
Pakaianku menyalah seperti kertas,
Limau manis pun meletup seperti petas,
Orang menolong pun terlalu pantas,
Merebut barang-barang terlalulah lekas.

Puisi Tradisional

4. Seloka

Perkataan seloka ialah berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu 'shloka' yang
bermaksud berseloroh, menyindir atau berjenaka (Harun Mat Piah, 1989). Puisi seloka ini
lebih merupakan pepatah, bidalan atau perumpamaan yang ada unsur, jenaka, ejekan,
sindirian dan gurau senda. Walau bagaimanapun, seloka tetap mempunyai mesej atau
perkara yang bermanfaat yang boleh difahami oleh pembaca biarpun melalui mesej yang
penuh dengan sindiran. Seloka boleh ditulis dalam bentuk terikat seperti pantun dan
syair seloka. Malah, seloka juga boleh ditulis dalam bentuk bebas di mana setiap baris
menjadi isi puisi berkenaan.

Puisi Tradisional

4. Seloka
Contoh seloka: Seloka Pak Kaduk

Aduhai malang Pak Kaduk,
Ayamnya menang kampung tergadai,
Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran,
Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang;
Ada isteri dibunuh,
Nyaris mati oleh tak makan,
Masa belayar kematian angin,
Sauh dilabuh bayu berpuput,
Ada rumah bertandang duduk.

Puisi Moden

Bagi puisi moden, hanya terdapat satu sahaja genre bagi puisi moden iaitu sajak.
Sajak merupakan sejenis puisi yang dalam keadaan bebas dan tidak terikat. Sajak ini lebih
mementingkan keberkesanan pengucapan perasaan melalui pemilihan dan penggunaan
kata-katanya yang saling menumpang dan terikat menurut erti serta irama sajak. Sajak
merupakan pengucapan perasaan yang dicampur dengan fikiran dan tanggapan
terhadap suatu menurut H. B. Jassin pada 1983. Perkara ini bermaksud sajak merupakan
suara hati ataupun luahan hati seorang penyajak itu. Susunan kata-kata dalam sajak juga
hendaklah disusun dalam keadaan baik untuk menggambarkan nilai rasa dan nilai erti
yang seimbang serta bersifat harmonis antara perkataan dan maksud.

Sajak ialah sebuah puisi yang boleh ditulis tanpa terikat dengan mana-nama
peraturan sepertimana dalam penghasilan puisi tradisional. Setiap baris sajak lebih
kepada dihasilkan mengikut fikiran dan cara bertutur yang lancar.Tambahan pula, puisi
moden iaitu sajak boleh membawa maksud serta pandangan yang lebih moden
(Muhammad Hj Salleh, 1991).

Puisi Moden

Sajak
Contoh sajak: Pada Tanah Yang Indah

Dalam mata yang bersih merayap cahaya jernih Dalam lari berlari berbaja kasih di hati
aku sama menagih kemerdekaan kekasih, azam besi berumbi: melebur penjajah di bumi!
dalam dada yang mesra tenang telaga cinta Dalam rindu berpadu, hitam dendam terpendam
aku janji setia membela tanah pusaka. aku terlalu merindu fajar cemerlang menjelang.

Kira ribut mendurja mengancam tanah yang indah Hati ini seluruh kasihkan kekasih sepenuh
setapak tiada kurela untuk melutut kecewa, beri janji yang teguh hingga badanku luluh!
biar peluru selaksa mendendam liar mangsanya .
untuk kekasih pusaka hatiku tetap rela.

Fungsi Sastera Melayu

Kesusasteraan Melayu yang telah wujud sejak dahulu lagi. Sastera Melayu ini
secara tidak langsung telah berfungsi dalam beberapa aspek supaya dapat
membentuk sosialisasi masyarakat dengan jelas. Setiap karya sastera Melayu yang
telah dihasilkan mempunyai tujuan dan fungsi yang tersendiri pengikut pemikiran
pengarangnya.

Fungsi sastera Melayu ini telah terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu ;-
Alat pendidikan
Instrumen perpaduan
Alat kawalan sosial dalam kehidupan harian
Dakwah
Medium protes dan kritik sosial
Hiburan

Fungsi Sastera Melayu - Alat Pendidikan

Pengalaman yang telah ditulis oleh pengarang dalam bentuk sastera boleh merangkumi pelbagai
bidang ilmu yang sangat luas, misalnya seperti politik, ekonomi, agama dan sosiologi. Penulisan
pengarang yang ditunjukkan melalui prosa atau puisi ini secara tidak langsung dapat memberi nilai
pengetahuan yang tinggi kepada semua pembaca. Karya sastera ini boleh menerapkan nilai murni
yang banyak seperti nilai kerohanian, kemasyarakatan, kemanusiaan dan nilai-nilai yang lain. Malah
pembaca juga secara tidak langsung boleh mahir menguasai kemahiran bahasa Melayu.

Membina sifat insaniah dalam diri manusia merupakan salah satu peranan sastera Melayu.
Perkara ini amat penting supaya dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa membuat tindakan yang
boleh memanfaatkan orang lain. Sekiranya tidak diamalkan, maka senario yang boleh terjadi seperti
pemimpin yang tidak menghiraukan nasib rakyat dan melakukan perkara terlarang seperti mengambil
rasuah boleh berlaku. Sebab itu, adalah sangat penting kandungan Kesusasteraan Melayu diajarkan di
sekolah supaya murid berkembang menjadi manusia yang mempunyai nilai kemanusiaan.

Jika dilihat dari segi peringkat pengajian tinggi, golongan pelajar boleh didedahkan dengan teknik
penulisan ilmiah, rencana dan penulisan kreatif. Sebab itulah bahan sastera patut diajar dari
peringkat sekolah supaya dapat memberi kesan kepada pendidikan masyarakat.

Fungsi Sastera Melayu - Instrumen Perpaduan

Karya sastera Melayu ini boleh digunakan menjadi instrumen perpaduan kepada setiap rakyat di
Malaysia. Hal ini dikatakan sedemikian kerana sastera Melayu menekankan nilai perpaduan dan
penghargaan kepada satu bentuk budaya kebangsaan untuk dikongsikan bersama sebagai
pemangkin untuk menyatupadukan rakyat. Karya sastera Melayu juga boleh disebarkan di sekolah
kebangsaan yang mempunyai pelbagai bangsa. Secara tidak langsung semua orang pelbagai bangsa
dapat mempelajari sastera Melayu secara tidak langsung boleh meningkatkan perpaduan kerana
semua orang menggunakan satu bahasa, iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan
bahasa perpaduan.

Banyak unsur yang positif daripada sastera Melayu yang boleh membangkitkan semangat
perpaduan dalam negara. Segala mesej perpaduan dalam keadaan tersurat atau tersirat perlu
dimantapkan lagi oleh pengarang manakala bahan penulisan pengarang sastera ini boleh membina
kesedaran dan kefahaman kepada semua pihak lagi-lagi yang berbilang bangsa. Perkara ini bertujuan
supaya generasi masa kini dapat memahami mesej perpaduan yang disampaikan melalui sastera
Melayu supaya semua orang dapat menyemai semangat perpaduan kaum demi keharmonian negara
Malaysia.

Fungsi Sastera Melayu - Alat kawalan sosial dalam kehidupan harian

Karya sastera ini mampu mengawal kehidupan sosial masyarakat. Banyak sikap yang
baik dan bermanfaat dalam penulisan sastera contohnya cerita yang berdasarkan nilai
ketaatan kepada ibu bapa, contohnya seperti penulisan sastera kisah si Tanggang yang
menunjukkan kita hendaklah menghormati ibu bapa dan mendapat kesan yang buruk
sekiranya menderhaka kepada mereka. Sama juga dengan karya-karya yang lain
mengikut nilai-nilai tertentu yang berkaitan dengan kehidupan sosial masyarakat.

Biasanya kita dapat melihat perkara-perkara seperti ini diterapkan dalam cerita
rakyat. Hal ini dikatakan sedemikian kerana cerita rakyat adalah yang paling rapat dengan
masyarakat kerana telah hidup dari satu generasi ke generasi yang lain. Cerita rakyat
yang mempunyai nilai-nilai ini boleh disebarkan bermula dari zaman kanak-kanak supaya
mereka mengenali sosial dan mampu mengawal cara mereka bersosial dalam kehidupan
harian.

Fungsi Sastera Melayu - Dakwah

Pembangunan sastera Melayu berkaitan Islam juga berfungsi sebagai bahan dakwah bagi umat
Islam. Penulisan sastera Islam ini telah tersebar luas dalam antara abad 13 hingga 16 Masihi. Gabungan
antara agama dan kesusasteraan ini telah diamalkan sejak dahulu lagi dalam kalangan pemerintah di
Kepulauan Melayu sejak kedatangan Islam. Penulisan dakwah ini telah meletakkan agama sebagai
pengatur hubungan manusia dengan Tuhan termasuk juga dengan hubungan antara sesama manusia.

Seperti mana yang kita tahu, dakwah ialah untuk mengajak semua manusia meyakini ajaran agama
iaitu agama Islam yang disampaikan oleh seorang juru dakwah yang biasanya dikenali sebagai ulama'.
Malah rakyat biasa pun boleh juga menyampaikan dakwah melalui kaedah penulisan agama. Dalam
penulisan dakwah, penulis boleh memasukkan dakwah bersama dengan bentuk estetika bahasa yang
baik seperti metafora, simbol-simbol, subjek dan sebagainya. Karya dakwah ini juga sudah semestinya
mempunyai nilai-nilai yang murni, tetapi berkait juga dengan nilai keIslaman dalam bidang sastera.
Selalunya karya dakwah ini memberitahu tentang prinsip kehidupan, nilai-nilai yang patut diterapkan
dalam kehidupan dan diselitkan dengan ajaran agama Islam.

Karya seperti ini boleh menyedarkan rakyat dan renung kembali perkara yang telah dilakukan
sebelum ini berlandaskan Islam. Perkara ini secara tidak langsung dalam meningkat keagamaan
seseorang dan secara tidak langsung mereka juga dapat memupuk akhlak-akhlak yang mulia melalui
sastera dakwah.

Fungsi Sastera Melayu - Medium protes dan kritik sosial

Penulisan sastera Melayu ini boleh berfokuskan terhadap kehidupan sosial. Dalam suatu masyarakat,
terdapat pelbagai susun lapis masyarakat yang boleh mewujudkan jurang antara mereka dalam
masyarakat. Sekiranya tiada tindakan untuk menghapuskan jurang antara masyarakat, maka
keharmonian hidup tidak dapat digapai oleh masyarakat. Sebab itu, melalui karya sastera Melayu,
pengarang boleh menegur, mengkritik dan menyampaikan mesej yang penting untuk memperbaiki susila
adab dalam masyarakat. Sebab itulah penting karya sastera supaya dapat membuka minda semua
masyarakat untuk sentiasa tidak melakukan tindakan yang kurang bertatasusila dengan masyarakat yang
lain.

Fungsi Sastera Melayu - Hiburan

Karya sastera boleh menjadi medium hiburan kepada rakyat. Pelbagai jenis sastera yang boleh
dijadikan sebagai hiburan seperti cerita rakyat, novel, cerpen, pantun dan sebagainya yang boleh
menimbulkan perasaan berkaitan emosi sama ada gembira, lucu atau sedih. Contoh sastera Melayu yang
boleh dijadikan sebagai hiburan iaitu cerita rakyat Pak Kaduk yang menunjukkan kebodohan Pak Kaduk
tetapi mempunyai unsur jenaka dalam cerita tersebut. Walau bagaimanapun, cerita seperti itu juga
membawa pengajaran yang baik kepada kita supaya kita bijak dalam melaksanakan tindakan. Sebab itulah
pentingnya peranan karya sastera Melayu sebagai bahan hiburan kepada masyarakat.

Manifestasi akal budi

Akal budi ini mencerminkan segala perbuatan, pemikiran dan sikap manusia yang mendokong
kebijaksanaan dan kehalusan jiwa. Segala perbuatan manusia ini boleh diterjemahkan dalam pelbagai
bentuk, terutama sekali dalam bidang sastera. Setiap sastera Melayu mesti ada akal budi masyarakat
manusia yang menunjukkan pemikiran, perlakuan dan sebagainya yang boleh memberi kesan kepada
pembaca. Segala akal budi yang dimasukkan dalam sastera dipanggil sebagai manifestasi akal budi.
Terdapat empat aspek berkaitan manifestasi akal budi ini iaitu pemikiran, pertuturan, perlakuan dan
gaya hidup.

Akal budi dalam pantun

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;

Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Melalui pantun di atas, aspek perlakuan dalam manifestasi akal budi boleh dilihat. Daripada
pantun ini, pantun ini menunjukkan bahawa perlakuan budi seseorang yang baik dapat diingati oleh
orang lain buat selama-lamanya. Contohnya, sekiranya kita berhutang dalam keadaan fizikal seperti
harta, makanan dan sebagainya, kita hanya terkait dengan orang yang kita berhutang melalui perkara
tersebut. Sekiranya kita melangsaikan hutang tersebut, kita sudah tiada apa-apa yang terkait dengan
orang lain. Tetapi, apabila kita sentiasa melakukan perlakuan yang baik kepada orang lain seperti
sentiasa membantu orang yang dalam kesusahan, maka segala budi kita tidak akan orang lain lupa
sekiranya kita mati sekalipun. Sebab itulah perlakuan yang baik terhadap orang lain seperti sentiasa
tolong-menolong dan berbudi bahasa boleh menunjukkan ketinggian sifat baik budi berbanding
dengan perkara fizikal seperti harta.

Akal budi dalam syair

Syair Nasihat Kepada Perempuan

Demikian wahai lagi perempuan, Sangatlah murka Rabbulizzati, Tiada menurut apa perintahnya,
Perkataan kasar selalu keluarnya,
Taatlah kepada suamimu tuan, Perintah suami tidak dituruti, Muka dimasamkan di hadapannya,
Jadilah suami pecah hatinya.
Jangan menderhaka jangan melawan, Hendaklah taat bersungguh hati,

Jadukan dirimu bersifat setiawan. Kepada suamimu berbuat bakti.

Jangan sekali berniat khianat, Jangan takburkan rupamu elok, Jika diperbuat demikian itu,
Apalagi kurang amanat, Melebihi kebanyakan makhluk, Nyatalah kamu syaitan dan hantu,
Pekerjaan wajin bukannya sunat, Menyangka dirimu tiada tertolok, Hargamu tiada serial batu,
Jika dilawan mendapat laknat. Jadilah suamimu diperolok-olok. Tiadalah harus dibuat menantu.

Pertama di dunia mendapat malu, Jangan sekali takburkan bangsa, Dukalah tuan sehari-hari,
Di dalam akhirat tubuh terpalu, Martabat tinggi di negeri dan desa, Suami pun benci tiada terperi,
Masyhur khabar ke hilir ke hulu, Memandang suamimu seperti rusa, Jika suamimu bijak bestari,
Sebab perangai tidak bermalu. Sombonglah tuan tutur bahasa. Duduklah dia mendiamkan diri.

Akal budi dalam syair Berdasarkan syair Nasihat Kepada Perempuan, kita
dapat mengetahui manifestasi akal budi berkaitan dengan
Tetapi hatinya rosaklah sudah, aspek pemikiran. Hal ini dapat dijelaskan lagi kerana
Kerana perbuatanmu yang haram masyarakat dalam syair itu berfikir bahawa golongan
jadah, perempuan ini perlulah sentiasa taat kepada suami. Dalam
Jadilah suamimu berhati gundah, syair ini menunjukkan pemikiran bahawa para suami perlu
Tiadalah kamu mendapat faedah. dihormati oleh isteri dan hendaklah wujud sifat setia isteri
kepada suami. Sekiranya golongan isteri ini tidak
Hanyalah dari balasan ngeri, menghormati suami, maka penulis berfikir bahawa golongan
Dimurkai Tuhan waidul kahri, isteri tersebut akan mendapat balasan daripada Tuhan Yang
Mendapat sengsara di dua negeri, Maha Esa kerana telah mengecilkan hati suami.
Celaka bertambah sehari-hari.

Akal budi dalam gurindam

\Gurindam : Kelebihan Bercakap Benar

Kalau diamal bercakap benar, Bercakap benar dalam perhubungan,
mulia peribadi akhlak bersinar. suasana harmoni kekal berpanjangan.

Bohong menipu hasutan syaitan, Bercakap benar bukti kejujuran,
elok dihindar mengelak kejahatan. tegak sentiasa tiang kebenaran.

Mahkota diri baik pekerti, Bercakap benar sepanjang masa,
Sahabat taulan senang dekati. amalan diperbaiki diampuni dosa.

Kata ditutur orang percaya, Bercakap benar sempurna iman,
bersih hati disirami cahaya. insan bertakwa hidupnya aman.

Tulus bicara tidak berdusta, Bercakap benar banyak kelebihan,
tenangnya hidup tanpa sengketa. amal ibadah diterima tuhan.

Akal budi dalam gurindam

Aspek manifestasi akal budi dalam gurindam Kelebihan Bercakap Benar ialah
aspek pertuturan. Di dalam gurindam ini, ditunjukkan bahawa orang yang sentiasa
berkata benar merupakan orang yang mempunyai akhlak yang mulia. Setiap orang
perlulah elak aripada menipu kerana tipu boleh membawa kepada jalan kejahatan.
Sebab itu, orang yang berkata benar ini senang didekati dan difahami dan secara
tidak langsung tiada persengkataan yang berlaku sekiranya tiada sebarang
penipuan. Bercakap benar juga dikatakan bahawa ianya sebagai bukti kejujuran
seseorang untuk menjaga hubungan silaturahim dengan erat dan akhir sekali orang
yang sentiasa berkata benar ini akan sentiasa diampuni dosa oleh Tuhan, menjadi
insan yang bertakwa dan setiap amalan ibadah mudah diterima oleh Tuhan.

Akal budi dalam seloka

Seloka : Anak dan Ibu Berdasarkan seloka tersebut, akal manifestasi budi yang
terdapat dalam seloka ini ialah kasih sayang seorang ibu
Wahai anak, tunggal kepada anaknya. Seorang ibu sanggup menjaga
Sembilan bulan kau dikandung, anaknya walaupun terpaksa bekerja keras untuk melahirkan
dikandung pila ke sana ke mari, anak. Setelah anak dilahirkan, si ibu memberi nama yang baik,
Tanpa mengenal erti jemu, memberi jagaan yang baik kepada anak tanpa membuat
Cukup masa kau dilahirkan, sebarang rungutan terhadap hidupnya dan memberikan
Diberi nama yang cukup indah, banyak ilmu pendidikan biarpun tiada si ayah. Walau
Semasa kecil dijaga dengan baik, bagaimanapun, apabila anak sudah membesar, mereka
Tanpa sebarang rungutan, menderhakai ibu mereka dan keluar dari rumah bersama isteri
Diberi pula pelbagaididikan ilmu, mereka tanpa meninggalkan sebarang khabar kepada si ibu
Walaupun tiada ayah membantu; dan meninggalkan si ibu tunggal hidup seorang diri. Seloka ini
Namun malang tidak berbau, menunjukkan sikap masyarakat yang langsung tidak
Apabila besar kau menderhakai ibu, mengendahkan ibu mereka apabila mereka telah membesar
Kau pergi membawa diri, hasil daripada setiap titik peluh ibunya.
Bersama isteri kau sayangi,
Kau pergi tanpa sebarang khabar,
Meninggalkan ibu tunggalmu,
Hidup sebatang kara.

RUJUKAN

Ali Ahmad. (1994). Pengantar Pengajian Kesusasteraan. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Avise, J., C. (1998). The Genetic Gods: Evolution and Belief in Human Affairs. Harvard University Press.

Azman Rahmat, Mohd Nazri Zainuddin, Shamsudin Abu Bakar, Abdul Rani bin Hassan & Hasnah Awang.
(2022). Pengenalan Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu. Pustaka Al-Ehsan.

Eizah Mat Hussain. (2019). Simbol dan Makna dalam Pantun Melayu. Institut Terjemahan & Buku Malaysia
Berhad. Diambil daripada https://books.google.com.my/books?

id=Jkm1DwAAQBAJ&pg=PA51&dq=takrif+sastera+melayu&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwiA3NW00uH2AhUaAYg
KHQdiCYMQ6AF6BAgHEAI#v=onepage&q=takrif%20sastera%20melayu&f=false

Rosmah Derak. (2020). Pengajian Liberal dan Kelangsungannya dalam Landskap Pendidikan Negara: Memahami
Sastera dan Peranannya. Universiti Malaysia Sabah Press.

Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu Tradisional. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Salleh. (1991). Yang Empunya Cerita: The Mind of the Malay Author. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Hajar Abd. Aziz. (2011). Bahasa Melayu 1. Oxford Fajar Sdn. Bhd.


Click to View FlipBook Version