The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mazlinaramli01, 2021-09-19 20:31:25

PELAJARAN 13 PANDUAN DARIPADA ALLAH

PELAJARAN 13 PANDUAN DARIPADA ALLAH

PELAJARAN 13
BIDANG AL-QURAN

PANDUAN DARIPADA ALLAH

BUKU TEKS : 81-88

STANDARD PEMBELAJARAN

3.7.1 Menyatakan maksud beriman kepada KITAB ALLAH
3.7.2 Menyenaraikan nama-nama kitab dan penerimanya
3.7.3 Menyenaraikan suhuf dan penerimanya
3.7.4 Menjelaskan keistimewaan al-Quran berbanding kitab

samawi yang lain
3.7.5 Menjelaskan tujuan al-Quran diturunkan

3.7.6 Menjelaskan penemuan sains di dalam al-Quran

3.7.7 Menjelaskan hikmah al-Quran diturunkan

MAKSUD BERIMAN KEPADA KITAB ALLAH

Beriman kepada kitab Allah
bermaksud yakin bahawa Allah
SWT menurunkan kitab dan suhuf

kepada para nabi dan rasul
sebagai panduan hidup manusia

DALIL NAQLI BERIMAN KEPADA KITAB

Firman Allah SWT:

Maksud ayat: Wahai orang yang beriman!
tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan
Rasulnya, dan kepada kitab Al Quran yang telah
diturunkan kepada rasul (Muhammad SAW), dan
juga kepada kitab (wahyu) yang telah
diturunkan dahulu daripada itu….

(Surah Al Nisa’ : ayat 136)

NAMA KITAB DAN PENERIMANYA

KITAB RASUL PENERIMA BAHASA

ZABUR NABI DAUD AS Syriani
TAURAT NABI MUSA AS Ibrani
Ibrani
INJIL NABI ISA AS Bahasa Arab
AL QURAN NABI MUHAMMAD

SAW

SUHUF DAN PENERIMANYA

SUHUF ialah kalam Allah yang
mengandungi hukum dasar, kata-kata

hikmah dan pengajaran kepada
manusia

NABI BILANGAN SUHUF

NABI MUSA AS 10
NABI IBRAHIM AS 10
NABI IDRIS AS 30
NABI SHIS AS 50

Sila dengar dan catat isi penting
dari lirik nasyid ini

KEISTIMEWAAN AL QURAN BERBANDING
KITAB SAMAWI YANG LAIN

Kandungan Al-Quran lengkap dan mencakupi seluruh aspek
kehidupan manusia di dunia dan akhirat seperti akidah

Terpelihara sehingga qiamat. Allah menjamin akan
menjaga dan memelihara kesucian Al-Quran

Al-Quran menasakhkan kitab-kitab terdahulu

TUJUAN AL QURAN DITURUNKAN Sebagai petunjuk kepada orang
yang bertaqwa

Sebagai bukti kerasulan nabi
Muhammad SAW.

Sebagai mukjizat kepada
Rasulullah SAW.

PENEMUAN SAINS DALAM AL QURAN

PROSES KEJADIAN MANUSIA

1.NUTFAH 2. ALAQAH
(sperma) (segumpal darah)

3. MUDGHAH 4. I’ZHAM
(seketul daging) (tulang)

5. I’ZHAM LAHMA 6. JANIN YANG
(tulang yang DITIUP ROH

dibaluti daging)

BAYI

FIRMAN ALLAH

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari saripati yang
(berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang
disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu
Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan
segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang
belulang, lalu tulang belulang itu Kami balut dengan daging. Kemudian
Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Suci Allah
Pencipta Yang Paling Baik.”

(Surah al-Mukminun Ayat 14)

PENEMUAN SAINS DALAM AL QURAN

KULIT MANUSIA
Penemuan sains mendapati bahawa
medium rasa sakit terletak pada kulit
manusia.

Kenyataan tentang kulit manusia
bertepatan dengan firman Allah SWT:

Maksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat
Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam
neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit
mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan
azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha
Bijaksana”.

( Surah an-Nisa’ : 56)

HIKMAH BERIMAN KEPADA AL-QURAN

Dapat meningkatkan keyakinan kepada Allah dan
kerasulan Nabi Muhammad SAW kerana Al Quran
menjelaskan bahawa Allah mengutuskan nabi sebagai
rahmat ke seluruh alam

Dapat menjaga jiwa, keturunan dan harta kerana Al
Quran melarang perbuatan yang merosakkan seperti
membunuh

Dapat meningkatkan ekonomi nergara kerana Al
Quran menggalakkan manusia bekerja mencari rezeki
yang halal

HIKMAH BERIMAN KEPADA AL-QURAN

Merapatkan hubungan persaudaraan sesama Islam
dan menjaga hubungan baik dengan bukan Islam

Dapat membentuk masyarakat yang berperibadi
mulia kerana Al Quran mengajar manusia perkara
yang membawa kebaikan

Negara aman dan maju kerana Al Quran
menyeru manusia melakukan perbuatan yang
makruf dan menjauhi perbuatan mungkar

Allah SWt yang bersifat Maha
penyayang telah menurunkan Al
Quran untuk panduan manusia

menjalankan kehidupan.

Ramalkan perkara yang akan terjadi
kepada manusia jika Allah SWT tidak
menurunkan kitab kepada para rasul.

SEKIAN !
TERIMA KASIH

#STAY SAFE
#JAGA AL-QURAN
#BACA AL-QURAN

#AMALKAN
AJARANNYA


Click to View FlipBook Version