The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-Majalah Semarak Ilmu SKBG II

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syed_7868, 2022-04-17 11:20:22

Semarak Ilmu SKBG II

E-Majalah Semarak Ilmu SKBG II

Semarak Ilmu 2021

SKBG II

E-MAJALAH PUSAT SUMBER

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT GARAM II
W.D.T 299, 90200 KINABATANGAN
SABAH

“SKBG II ATINGKAS”

ISI KANDUNGAN

SEKALUNG BUDI GURI BESAR SKBG II 1
SEUTAS KATA-KATA PENYELARAS PUSAT SUMBER 2
SEJARAH PENUBUHAN PUSAT SUMBER 3
MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM 4
TOKOH NILAM 5
RESEARCH BASED LEARNING 6
JURUACARA CILIK TS25 7
BAHAS ALA PARLIMEN 8
MAJLIS APRESIASI NILAM 9
RANGKUMAN AKTIVITI 11
SUDUT MINDA SIHAT 14

“SKBG II ATINGKAS”

SEKALUNG BUDI
GURU BESAR SKBG II

Terlebih dahulu, syukur kehadrah Allah S.W.T kerana dengan 1
limpah kurnia Nya dapat saya menyampaikan sepatah dua kata
dalam E-majalah SEMARAK ILMU SKBG II. E-majalah ini diharap
dapat memberikan gambaran perjalanan pusat sumber selama
setahun kepada para pendidik dan murid, malahan juga kepada
semua lapisan masyarakat. Dengan infomasi berguna, berwarna-
warni dan ceria, hasil rakaman kejayaan warga SK.Bukit Garam II,
maka E-majalah SEMARAK ILMU SKBG II melangkah setapak lagi

mencipta sebuah sejarah di sekolah ini,
SK.Bukit Garam II merupakan sebuah sekolah yang telah
memberikan sumbangan yang tidak ternilai dalam melahirkan
para cendekiawan yang bukan sahaja berjasa kepada masyarakat
setempat, tetapi juga kepada negara. Kecemerlangan dapat
dicapai dengan adanya kerjasama dan kesungguhan daripada
semua pihak. Disiplin yang mantap serta didikan agama secara
berterusan mampu melahirkan modal insan yang mampu
menerima cabaran untuk mencapai kecemerlangan dalam ilmu
pengetahuan sejajar dengan prinsip Falsafah Pendidikan Negara.
Akhir kata, saya mengucapkan tahniah kepada warga Pusat
Sumber Seri Nisa atas kejayaan menghasilkan E-majalah
SEMARAK ILMU SKBG II ini. Kejayaan ini melambangkan daya

usaha dan kerjasama setiap warga SK.Bukit Garam II.



Sekian,
Terima Kasih

“SKBG II ATINGKAS”

SEUTAS KATA -KATA
PENYELARAS PUSAT SUMBER

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan 2
limpah dan kurnia Nya, dapat saya dan ahli

jawatankuasa pusat sumber Seri Nisa menyiapkan
E-majalah SEMARAK ILMU SKBG II pada tahun 2021.

Penerbitan SEMARAK ILMU SKBG II bukan saja
merakam peristiwa bahkan menjadi geleri sejarah

yang membawa seribu satu memori yang tidak
dapat dilupakan. Kejayaan SEMARAK ILMU SKBG II
sememangnya merupakan hasil usaha tenaga murid

dan cetusan idea kretif para guru. Semoga
SEMARAK ILMU SKBG II akan terus diterbitkan pada

tahun-tahun akan datang.
Akhir kata, saya mewakili Pusat sumber Seri Nisa
memohon kemaafan sekiranya terdapat kekurangan
dan kesilapan yang tidak disengajakan. Semoga
Sekolah Kebangsaan Bukit Garam II terus berjaya
melahirkan murid berilmu, mantap dari segi fizikal
dan rohani, kreatif dan berinovasi serta bersahsiah

tinggi dalam mengharumkan nama sekolah
setanding sekolah-sekolah lain


Sekian,
Terima Kasih



“SKBG II ATINGKAS”

SEJARAH PENUBUHAN PUSAT
SUMBER SERI NISA.

Pusat sumber SK.Bukit Garam II Kinabatangan mula diwujudkan
pada awal persekolahan sesi 2006. Pusat sumber ini terletak di

bangunan Blok A tingkat 2. Dalam pusat sumber ini,
merangkumi 5 bilik iaitu bilik perpustakaan, bilik BBM, bilik

cetak, bilik tayangan dan bilik am.
Pada awal penubuhannya, pusat sumber ini hanya mempunyai
bilangan buku yang agak sedikit iaitu sebanyak 240 buah buku

sahaja manakala peralatan medianya pula tiada seperti TV,
radio, video dan sebagainya. Walau bagaimanapun, operasi
peminjaman buku kepada murid dan aktiviti pusat sumber yang
telah dirancang tetap dapat dijalankan seperti biasa dengan

kerjasama dari semua guru dan AKP sekolah.
Pada tahun 2007bilangan buku di pusat sumber ini telah pun

bertambah kepada 881 buah buku dan ini telah dapat
membantu melancarkan lagi proses peminjaman buku kepada
murid dan guru disamping dapat melancarkan Program Nilam

yang telah dijalankan serentak dengan pembukaan pusat
sumber di sekolah ini.

Bilangan buku di pusat sumber ini terus meningkat saban
tahun dan ia membantu memantapkan lagi perjalanan Program

Nilam sepanjang tahun.



SEJARAH PENAMAAN PUS
AT SUMBER SERI NISA.





Penamaan khas Pusat sumber Seri Nisa bermula pada tahun
2012. Pusat sumber telah diangkat namanya berdasarkan

seorang Serikandi Tokoh Bahasa terkenal iaitu Nik Safiah Abdul
Karim. Ketokohan dan kecermelangan Nik Safiah Abdul Karim
dalammengangkat dan memartabatkan Bahasa Melayu melalui
tulisannya telah menarik minat pihak pengurusan pusat sumber

untuk menggunakan nama beliau.



Pusat Sumber Seri Nisa
Serikandi Nik Safiah Abdul Karim

3

18 FEBRUARI 2021

MAJLIS PELANCARAN

PROGRAM NILAM 2021

Pada 18 februari 2021, Pusat Sumber Seri Nisa telah USTAZAH KARTINA BT OKAR
melancarkan Program Nilam bagi tahun 2021 yang telah PENYELARAS PROGRAM
diadakan secara atas talian. Majlis ini telah dirasmikan oleh NILAM
Puan Hajah Munah binti Haji Nasri selaku Ketua Pegawai
Pendidikan Daerah Kinabatangan. ‘NILAM’ adalah singkatan '' Membaca adalah alat
daripada “Nadi Ilmu Amalan Membaca” dan program ini paling dasar untuk
merupakan satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia meraih hidup yang
untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid baik''
dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cinta

kepada budaya membaca dan budaya ilmu

Dengan itu adalah menjadi
tanggungjawab Pusat Sumber SK.
Bukit Garam II Kinabatangan untuk
mengadakan aktiviti-aktiviti untuk

membugarkan amalan membaca
dalam kalangan murid. Pelancaran

NILAM bertujuan untuk
merealisasikan hasrat KPM yang
mana pelaksanaannya akan berjalan
sepanjang tahun demi menggalakkan
budaya suka membaca dalam diri

semua murid
SK. Bukit Garam II.

4

26 MAC 2021

TOKOH NILAM

PERINGKAT DAERAH KINABATANGAN

'' Buku adalah Percalonan Tokoh NIlam peringkat daerah
jendela dunia Kinabatangan telah berlangsung pada 26
dengan berbagai mac 2021 yang diadakan secara maya. SKBG
macam ilmu II telah menghantar seramai 5 orang wakil
ke pertandingan tersebut iaitu 2 orang
ditulis''
dalam kategori Bahasa Inggeris dan 3
orang dalam kategori Bahasa Melayu.

Dalam pertandingan tersebut 2 orang wakil dari SKBG II iaitu adik
Nuriman Hidayah bt Mustapa dan adik Nur Nadhira Farhana binti
Julwandy telah terpilih ke peringkat seterusnya mewakili daerah
Kinabatangan ke peringkat Negeri yang akan berlangsung pada

bulan april 2021.

5

30 JUN 2021 - 01 JULAI 2021

RESEARCH BASED LEARNING

Pembentanga pembelajaran berasaskan kajian penyelidikan '' Buku adalah
(RBL) peringkat kebangsaan tahun 2021 telah diadakan jambatan ilmu untuk

selama 2 hari bermula 30 jun 2021 untuk siri 1 dan 01 julai menghubungkan
2021 untuk siri 2. Program ini telah dirasmikan oleh pengetahuan dengan

En.Mokhtar bin Wahid selaku Ketua Pen.Pengarah Sektor kehidupan nyata''
Standard dan Pengurusan Kualiti Bahagian Sumber Teknologi

Pendidikan. Pembentangan cilik ini melibatkan 134 orang
penyelidik dari kategori Sekolah Rendah dan Sekolah
Menengah. SKBG II telah menghantar seramai 5 orang

penyelidik dalam program ini yang mana telah melibatkan
sebanyak 26 buah sekolah seluruh Malaysia. Dalam program

ini, salah seorang dari penyelidik SKBG II iaitu adik Nur
Nadhira Farhana binti Julwandy telah memenangi naib johan

dalam kategori pembentangan terbaik.

NUR NADHIRA FARHANA
BT JULWANDY
NAIK JOHAN

PEMBENTANGAN TERBAIK

6

31 JULAI 2021 - 08 OKTOBER 2021

JURUACARA CILIK TS 25

Pertandingan Juruacara Cilik TS25 ( Junior Emcee TS25) telah
diadakan secara atas talian anjuran Sekolah Kebangsaan Sri Gaya,
Kota Kinabalu Sabah. SKBG II telah menghantar seramai 13 wakil

untuk menyertai pertandingan tersebut. Pertandingan ini telah
dibahagikan kepada beberapa kategori antaranya kategori Bahasa

Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. 2 wakil SKBG II iaitu
adik Nur Iman Hidayah bt Mustapa dan adik Putri Roudhotul
Munawwaroh bt Masli telah dinobatkan johan bagi kategori
Bahasa Arab tidak rasmi duo berkumpulan di bawah tema
Sambutan Maulidur Rasul.

NUR IMAN HIDAYAH BT
MUSTAPA DAN PUTRI

ROUDHOTUL MUNAWWAROH
BT MASLI

JOHAN KATEGORI BAHASA
ARAB TIDAK RASMI

Pertandingan ini juga diadakan bagi mencungkil bakat orator '' Dengan membaca
murid-murid sekolah rendah yang melibatkan sekolah seluruh buku, ilmu
Malaysia. Selain itu, pertandingan ini diadakan bagi memantapkan
keyakinan murid berdepan dengan khalayak umum disamping pengetahuan dan
dapat berkomunikasi serta berinteraksi dalam Bahasa Melayu, wawasan akan
bertambah. Bisa
Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. membantu memilih
Pelibatan murid dalam pertandingan ini juga telah diberi infomasi yang benar
pengiktirafan dalam bidang kokurikulum dan penganugerahan dengan yang salah''
markah penglibatan Tahap 1 dan pencapaian peringkat
kebangsaan. Justeru, penganjuran pertandingan seumpama ini
wajar diteruskan bagi melahirkan murid yang berketrampilan
secara holistik meliputi aspek sosial, linguistik dan kognitif.

7

23 - 27 OGOS 202

BAHAS ALA PARLIMEN

PPD KINABATANGAN

Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Peringkat Negeri ''Jika kamu tidak tahan
Sabah 2021 telah diadakan secara dalam talian dan dikelolakan dengan lelahnya
oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kunak pada 23.08.2021 sehingga
27.08.2021. SKBGII telah menyertai pertandingan Bahas Bahasa belajar, maka kamu
Melayu Ala Parlimen ini mewakili daerah Kinabatangan. perlu tahan dengan
Peserta Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen ini diwakili oleh Nur perihnya kebodohan''
Farah Qistina Binti Sultan, Nur Nadhira Farhana Binti Julwandy,
Putri Asirini Binti Hassim, Nur Iman Hidayah Binti Mustapa,
Muhammad Danish. Pertandingan ini telah diadakan selama lima
hari dan SKBG II telah berjaya sehingga peringkat suku akhir.
Pertandingan ini diadakan untuk mengasah dan menggilap
bakat pelajar, serta merupakan sebahagian proses pembelajaran

apabila negara dilanda pandemic covid-19, dan juga boleh menjadi
platform untuk setiap peserta dapat berbahas dan bersaing secara

sihat dan kompetitif serta dapat memartabatkan Bahasa Melayu
dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris.

Penyertaan murid dalam pertandingan tersebut boleh
melahirkan murid yang kreartif dan inovatif dalam menghadapi

sesuatu, serta dapat melahirkan bakal pemimpin muda yang
berani, tidak gentar cabaran dan progresif bergerak ke hadapan.

8

25 FRBRUARI 2022

MAJLIS APRESIASI NILAM

Hari Apresiasi Nilam SKBGII 2021 pada 25.02.2021
bersamaan dengan hari Jumaat, tempat diadakan di Ruang

Legar SKBGII dan perasmi bagi Hari Apresiasi Nilam ini
ialah Guru Besar SKBGII Pn Norlila Binti Hj Awang Damit.

Hari Apresiasi Nilam ini diadakan bertujuan untuk
memberi pengiktirafan Tokoh Pembaca Nilam peringkat
sekolah. meningkatkan minat membaca yang berterusan.

mewujudkan persekitaran yang kondusif dan sudut
bacaan yang sesuai untuk pembacaan di Kawasan
sekolah. menampilkan murid yang mengamalkan ciri-ciri
pembaca berkualiti. mengenal pasti tokoh murid yang
banyak membaca berketrampilan serta mempunyai sifat
kepimpinan. menjadikan amalan membaca sebahagian

gaya hidup.
Hari Apresiasi Nilam ini akan menyampaikan beberapa

anugerah seperti pelajar terbaik Nilam Pra Sekolah,
Ganjaran 1 Bintang, Ganjaran 2 Bintang, Ganjaran 3
Bintang, Ganjaran 4 Bintang, Ganjaran 5 Bintang, Anugerah
Nilam Ibu Bapa, Anugerah Nilam Guru, Anugerah Khas
Nilam untuk pelajar terbaik dan kelas terbaik, Tokoh
Nilam untuk tahap 1 dan tahap 2. Pelbagai hadiah dan
ganjaran yang telah diberikan kepada murid, ibu bapa dan

guru yang telah mendapat anugerah Nilam ini.

9

''Ilmu itu lebih baik Anugerah Nilam Ibu bapa telah disandang oleh Puan Seti Rausyim
dari kekayaan, binti Mohd Kasim, bagi Anugerah Nilam Guru ialah Puan Ruhaidah
kerana kekayaan Manap. Manakala bagi tokoh Nilam tahap 1 telah dimiliki oleh Adik
itu harus dijaga,
sedangkan ilmu Nur Aimy Binti Datu Abdul Murat, bagi tokoh Nilam Tahap 2
menjaga kamu'' dinobatkan kepada adik Nur Nadhirah Farhanah Binti Julwandy. Pelajar

terbaik Nilam bagi Pra Sekolah ialah Naziha Dayana Binti Mazlin
daripada kelas Pra mesra dan Mu’min Rafi Bin Muhammad kelas Pra
Penyayang. Anugerah khas Nilam untuk pelajar terbaik Tahun 1 Miqel
Raisha Binti Muhammad, Tahun 2 Dhia Humairah Binti Mohammad,
Tahun 3 Nur Aimy Binti Datu Abdul Murat, Tahun 4 Wahidamy Fitra
Effasya Binti Raffe, Tahun 5 Nur Qurratu Aini binti Saharuddin, Tahun
6 Nur Nadhirah Farhana Binti Julwandy. Anugerah Khas Nilam kategori
kelas tahap 1 dimiliki oleh kelas 3 Zamrud, tahap 2 Kelas 6 Zamrud.
Bagi penerima ganjaran 1 bintang seramai 24 orang murid. Ganjaran 2
bintang 22 orang murid. Ganjaran 3 bintang 8 orang murid. Ganjaran 4

bintang 2 orang murid. Dan ganjaran 5 bintang 11 orang murid.
Tahniah kepada semua penerima anugerah Nilam.

Justeru itu program Hari Apresiasi Nilam ini merupakan salah satu
penghargaan dan pengiktirafan yang diberikan kepada murid agar
dapat memupuk minat mebaca sejak dari bangku sekolah lagi. Kenapa
perlunya membaca? Kerana suatu tamadun atau bangsa hanya dapat
dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Oleh itu
cara utama dalam membina budaya ilmu ialah melalui amalan tabiat
membaca bermula dari rumah dan sekolah. Apabila aktiviti galakan

membaca diberi pengiktirafan dan dipiawaikan melalui Nilam,
masyarakat akan dimaklumkan tentang klasifikasi pengiktirafan ini.
Penganugerahan ini akan menjadi satu aset dan pemagkin budaya

suka membaca.”Bangsa Berjaya, Bangsa Membaca”.

RUHAIDAH BT MANAP SETI RAUSYIM BT MOHD NUR NADHIRA FARHANA
TOKOH NILAM GURU KASSIM BT JULWANDY

TOKOH NILAM IBUBAPA TOKOH NILAM MURID

10

RANGKUMAN PROGRAM

SEPANJANG TAHUN 2021

''Semua orang tidak boleh Penutup takwin pusat sumber Seri Nisa bagi tahun 2021
mengubah masa lalunya. adalah Majlis Apresiasi Nilam 2021. Walaupun pelbagai
cabaran dan dugaan dalam melaksanakan aktiviti dan
Tetapi setiap orang
berkesempatan mengubah program pusat sumber dalam era pendemik, namun
hampir keseluruhan aktiviti dan program yang telah
masa depannya''
dirancang berjaya dilaksanakan dengan jayanya.
Antara faktor yang menyumbang keberhasilan sesuatu
program dan aktiviti adalah disebabkan kerjasama erat
guru-guru pusat sumber dalam melaksanakan program
dan aktiviti yang telah dirancang serta sokongan padu

dari pihak pentadbir mahupun dari pihak PPD
Kinabatangan. Tidak lupa juga para guru dan ibubapa
yang sentiasa memberi kerjasama bagi menjayakan

program dan aktiviti pusat sumber.
Segala kekurangandan kelemahan sepanjang tahun 2021
akan cuba diperbaiki dan ditambah baik agar KPI pusat

sumber Seri NIsaakan tercapai dengan cemerlang.
Selamat tinggal 2021, selamat datang tahun 2022.

11

12

13

SUDUT MINDA SIHAT

SEPANJANG TAHUN 2021

Program Minda Sihat Dalam Kebiasaan Baharu HARY JADE VICTOR
merupakan projek yang melibatkan intervensi Unit UNIT BIMBINGAN DAN

Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah yang KAUNSELING
dilaksanakan bagi memugarkan emosi murid kesan
daripada penularan pandemik Covid19 atau krisis ''Pendidikan hendaklah
yang sedang berlaku. Objektif pelaksanaan Program tidak hanya

Minda Sihat ini adalah untuk Meningkatkan mengajarkan soal kerja
kesedaran tentang kepentingan penjagaan tetapi mengajarkan
kesejahteraan diri dan kesihatan mental. Memugarkan tentang kehidupan''
emosi murid bagi menyokong kesejahteraan dirI.
Mengenal pasti gejala awal yang memberi kesan
kepada minda akibat pandemik atau yang berlaku.
Melaksanakan intervensi bagi meningkatkan
kemampuan murid meregulasi emosi dengan baik.
Meningkatkan kemahiran daya tindak murid dalam
mengendalikan masalah emosi; dan tingkah laku.
Merujuk murid yang mengalami masalah emosi,
psikologi dan mental kepada pihak yang
bertanggungjawab dengan prosedur yang betul.

14

15

16

17

18


Click to View FlipBook Version