NAMA : _____________________________ Kelas :________
SULIT
Bahasa Melayu
03 Oktober 2021
1 ½ jam
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ BIJAYA SETIA
08000 SUNGAI PETANI KEDAH
PENTAKSIRAN SUMATIF PERTENGAHAN TAHUN
TAHUN 2021
SECARA DALAM TALIAN
BAHASA MELAYU
TINGKATAN 4
Satu jam 30 minit
1. Kertas soalan ini mengandungi TIGA bahagian BahagianA, Untuk Kegunaan Pemeriksa
Bahagian B dan Bahagian C Bahagian Markah Markah
2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A dan Bahagian B. A 30
3. Markah yang diperuntukkan bagi setiap soalan atau ceraian B 13
soalan ditunjukkan dalam kurungan.
8
4. Pelajar dikehendaki menjawab pada kertas jawapan bergaris dengan C6
tulisan tangan dengan meggunakan pen berwarna biru atau hitam.
12
5. Murid diberikan masa selama 2 jam. Murid perlu menjawab soalan Jumlah
dalam tempoh masa 1 jam 30 minit sahaja. 30 minit lagi untuk
semakan jawapan dan UPLOAD skrip jawapan melalui pautan
Google Form yang akan diberikan.
_________________________________________________________________________________
Kertas soalan ini mengandungi 5 halaman bercetak
DI SEDIAKAN OLEH; DI SAHKAN OLEH
(MOHD FADZIL KHALID)
1
Bahagian A
Karangan Respons Terhad
(30 markah)
Bahagian B
Soalan Pemahaman Umum
(13 markah)
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Kesedaran tentang kesignifikanan penjagaan kesihatan dan kecergasan dilihat memberikan impak
positif kepada pelbagai lapisan masyarakat termasuk warga emas. Kefahaman dan kesedaran dalam
penjagaan kesihatan agar kekal sihat menjadi penyebab perdana orang ramai yang mula mencari ruang
untuk beriadah.
Dalam soal penjagaan kesihatan, kita perlu mempraktikkan kesederhanaan, iaitu tidak terlalu
memaksa diri. Kita juga perlu membudayakan pengambilan makanan yang harus dimakan untuk
memastikan tubuh badan seseorang berfungsi secara nornal. Pengawalan pemakanan juga mustahak
2
bagi menjadikan tubuh seseorang itu ideal dan mudah menjalankan pelbagai aktiviti harian, di samping
beriadah secara konsisten yang mampu mencergaskan badan.
Kita harus membulatkan tekad untuk membudayakan pemikiran positif setiap hari. Hal Ini
bermakna, jika mengamalkan sikap sedemikian, sekurang-kurangnya kita buikan sahaja dapat cekal
menghadapi badai kehidupan walaupun dikelilingi persekitaran yang negatif, dan seterusnya dapat
meredakan stres yang dialami. Tidak dinafikan bahawa semua orang mendepani tekanan sama ada kecil
ataupun besar tetapi tekanan ini boleh dikurangkan sekiranya kita sentiasa berfikiran positif.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Ubah gaya hidup lebih sihat’
Sinar Harian, 21 Februari 2020
Bahan 2
Gaya hidup memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian sebagai langkah penjagaan
kesihatan diri. Di samping merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang
sesuai untuk kita setiap hari, kita juga perlu kerap melakukan senaman.
Pakar kesihatan sering mengusulkan pengambilan lapan gelas air sehari bagi memastikan tubuh
badan kekal hidrat. Namun demikian, jumlah pengambilan air sebenarnya berbeza mengikut usia, tahap
aktiviti dan keadaan kesihatan seseorang. Bagi penggemar minuman berkafein seperti kopi atau teh,
anda seharusnya mengetahui kafein mempunyai ciri diuretik yang menggalakkan pembuangan air kecil.
Oleh itu, pengambilan air penting untuk menghidratkan tubuh badan semula.
Menurut satu kajian tempatan, sembilan daripada sepuluh rakyat Malaysia mengalami satu atau
lebih masalah tidur. Pakar berkata, masalah insomia telah meningkat pada tahun 2020 apabila konsep
bekerja dari rumah menjadi kebiasaan baharu. Sehubungan itu, kita haruslah mendapat tidur atau rehat
yang berkualiti agar awet sihat dan konsentrasi.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Ubah gaya hidup dengan penghidratan, rehat cukup’
Berita Harian, 11 Januari, 2021
(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud rangkai kata meredakan stres.
[2 markah]
(ii) Merujuk kepada Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan langkah-langkah
penjagaan kesihatan diri yang harus diberi keutamaan dalam usaha memastikan kesihatan kita
senantiasa dalam keadaan baik.
[3 markah]
(iii) Bahawa kehidupan kita penuh dengan cabaran tidak dapat dinafikan. Dalam kesibukan melaksanakan
tanggungjawab kita, kita mengabaikan kesihatan, antaranya termasuklah kurang tidur akibat desakan
hidup yang amat berat.
Pada pendapat anda, apakah kepentingan-kepentingan mendapat tidur yang mencukupi.
[4 markah]
3
(iv) Adik-adik anda menggemari makanan dan minuman ringan. Hampir saban hari mereka
membeli makanan tersebut yang mudah diperoleh di kedai serbaneka yang berdekatan. Ibu anda
telah berbuih-buih mulut menasihati mereka tetapi nasihatnya umpama hujan jatuh ke pasir.
Sebagai kakak yang prihatin, cadangkan langkah-langkah yang akan dapat ambil agar mereka
menghentikan tabiat yang negatif itu.
[4 markah]
Bahagian C
Sistem dan Aplikasi Bahasa
(26 markah)
Soalan 1 : Moforlogi
Baca petikan di bawah dengan telitinya dan senaraikan dua kata tunggal dan dua kata majmuk.
Kemudian, anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang diipilih
untuk menunjukkan bahawa anda memahami maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa
atau nama khas.
Sukan elektronik atau e-sukan merupakan suatu bentuk permainan video yang dipertandingkan dan
dimainkan dengan penuh semangat kesukanan. E-sukan telah berkembang dengan pesatnmya di serata
dunia dan menjadi sumber pendapatan yang lumayan. Di tanah tumpah darah kita, e-sukan semakin
popular dan negara kita telah melahirkan atlet e-sukan yang berdaya saing pada peringkat antarabangsa.
Dalam sesi sembang santai antara atlet e-sukan dengan peminat, pelbagai cerita dan rahsia kejayaan
mereka berjaya dicungkil.
Dipetik dan diubah suai daripada Tema 1: Merealisasikan Impian ( Jutawan Sukan) Buku Teks
Tingkatan 4 Kementerian Pendidikan Malaysia.
[8 markah]
Soalan 2 : Bahasa Melayu Standard
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan telitinya, kemudian tulis petikan tersebut semula
dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
Setelah Seri Betara mendengar cakap Kertala Sari itu,maka titah Seri Betara, "Segeralah
engkau pergi ke Melaka itu. Kerajaan seperti cakapmu itu supaya engkau kujadikan penggawa
agung."
Maka sembah Kertala Sari, "Jikalau tuanku hendak menitahkan patik aji, baiklah segera patik
suruh hantarkan ke Melaka dengan sebuah perahu supaya patik segera kerjakan seperti titah paduka
Bentara itu."
(Dipetik dan diubah suai daripada
‘Kepimpinan Melaui Teladan’
dalam Antologi Jaket kulit dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia)
[6 markah]
4
Soalan 3 : Penyuntingan
Petikan di bawah ini mengandungi dua belas kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahain itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada dua belas kesalahan yang terdapat
dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.
Ketika kita meraikan Hari Anti-Rasuah Antarabangsa, kita harus menanyakan diri sendiri kedudukan
kita dalam indeks persepsi rasuah (CPI) kebangsaan? Menurut pengajian pada tahun ini, Malaysia
melonjak ke kedudukan 51. Sehubungan dengan itu, kita mesti membantu Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) dengan memberi maklumat sekiranya mengesyaki berlakunya rasuah baik
dalam bidang awam mahupun sektor swasta. Kita tidak perlu takut oleh kerana adanya perlindungan
diberikan menerusi Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010. Rakyat yang berprihatin isu rasuah
akan menyokong pengukuhan sistem permantauan sehingga keberkesanan kawalan integriti dapat
dinilai dengan berkesan.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pupuk Budaya Benci Rasuah Sejak Sekolah’
Berita Harian Online, 15 Disember 2020
[12 markah]
5