The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tugasan 1- Tan Sin Nee 271489 (2)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tansntansntansn, 2022-11-27 23:46:16

Si Katak yang Malas

Tugasan 1- Tan Sin Nee 271489 (2)

SIMKAATALKAYASNG

DISEDIAKAN OLEH: TAN SIN NEE 271489

AYAH WATAK ADIK
BUNNY BUNNY
BUNNY
IBU
IBU SAMUEL
BUNNY

SAMUEL

Pada suatu ketika dahulu, terdapat seekor
katak yang bernama Bunny. Bunny seekor
katak yang sangat malas. Dia sering
bergantung kepada ahli keluarganya untuk
mencari makanan. Bunny juga seekor katak
yang suka bermain. Bunny mempunyai
banyak kawan kerana sikapnya yang
peramah dan suka berkongsi. Dia lebih rela
bermain dengan kawan-kawannya daripada
mencari makanan untuk ditimbun. Makanan
akan ditimbun oleh keluarga Bunny untuk
kegunaan musim sejuk. Namun begitu, Bunny
selalu membawa makanan yang ditimbun
oleh ahli keluarganya kepada kawan-kawan
semasa keluar bermain dengan mereka. .

01

Ayah Bunny sering memarahi Bunny kerana tidak pernah membantu untuk meringankan
beban ahli keluarga tetapi selalu membebankan mereka sahaja.




“Bunny, bolehkah kamu keluar mencari makanan? Musin sejuk akan sampai tidak lama
lagi”, kata ayah Bunny.




“Ayah, esoklah, esok saya akan keluar mencari makanan,” kata Bunny sambil mengambil
seekor cacing yang disimpan di dalam bilik stor.




“Bunny, jangan ambil lagi! Rumah kita telah mengalami masalah kekurangan sumber
makanan!” kata ayah Bunny dengan marah.




“Ayah, janganlah kedekut sangat. Kan saya telah berjanji kepada ayah bahawa saya akan
keluar mencari makanan pada hari esok,” kata Bunny.




“Keluarlah! Selepas keluar janganlah balik lagi!” kata ayah Bunny dengan marah.




“Ayah, ibu, Bunny keluar dulu, saya akan balik sebelum pukul tujuh,” kata Bunny.



02

Ibu Bunny juga sering menasihati Bunny supaya mengurangkan
bilangan keluar bermain dengan kawannya. Namun begitu, Bunny tidak

pernah mendengar nasihat ibunya. Kata Bunny, dia lebih suka
menikmati kehidupan daripada bersusah payah untuk mencari

makanan.




“Anakku, dengarlah nasihat ibu, janganlah asyik keluar bermain sahaja,
janganlah asyik menyakiti hati ayah dan ibu,” kata ibu Bunny.




“Ibu, tahulah Bunny. Tetapi Bunny lebih suka bermain daripada keluar
mencari makanan. Kan Bunny masih muda, kenalah menikmati
kehidupan dahulu,” kata Bunny.




03

Bunny juga sering bergaduh dengan adiknya kerana adiknya tidak
berpuas hati dengan Bunny yang enggan membantu.




“Abang! Abang keluar lagi? Bolehkah abang tolong kita buat kerja?
Tiap-tiap hari tinggal adik sahaja yang penat membantu di rumah”

kata adik Bunny.




“Adik keluar main, abang tidak memaksa adik tolong pun,” kata
Bunny.




“Abang, kesianlah ayah ibu kita yang semakin tua itu,” kata adik
Bunny.




04

Hubungan antara Bunny dan ahli keluarganya bertambah
semakin teruk disebabkan sikap Bunny yang malas dan

enggan mendengar nasihat.

05

Pada suatu hari, Bunny keluar bermain dengan kawan-kawannya seperti biasa.
Semasa Bunny sedang bermain dengan kawan-kawannya, ibu kepada kawan
baiknya, Samuel datang bertemu dengannya. Ibu Samuel datang dengan muka

yang marah. Bunny berasa pelik kerana dia tidak pernah membuli atau
bergaduh dengan Samuel tetapi ibu Samuel datang menemuinya dengan muka

yang marah.

06

"Mak cik datang untuk mencari Samuel? Samuel tidak datang hari ini,” kata Bunny.




“Bukan. Mak cik datang untuk mencari kamu. Bolehkah awak jangan mengajak Samuel
keluar? Samuel kena menolong di rumah, tetapi sejak Samuel berkawan dengan kamu, dia

semakin kurang berada di rumah, tiap-tiap hari main sahaja,” kata ibu Samuel.




“Mana ada. Mak cik, anak mak cik yang suka bermain dengan kita, bukan kita
memaksa dia bermain dengan kita, mak cik jangan memfitnah saya!” kata Bunny.




“Awak yang selalu suruh anak mak cik keluar, tetapi sekarang kata mak cik yang
memfitnah awak? Tahukah awak, dulu Samuel budak baik, dia tolong mak cik

membuat kerja rumah, mengajar adiknya membuat kerja sekolah dan juga tolong
menjaga neneknya yang uzur itu,”

“Itu bukan masalah saya tetapi masalah mak cik,” kata Bunny.




“Biadab betul budak ini!” kata ibu Samuel.

07

Selepas itu, ibu Samuel terus pergi ke rumah Bunny dan bertemu dengan
ibu bapa Bunny. Ibu Samuel memberitahu ibu bapa Bunny bahawa sikap
Bunny yang degil dan suka bermain sehingga mempengaruhi sikap anaknya

turut mengikut jejak Bunny.

07

“Kami amat bermalu, ibu Samuel. Ini semua salah kami, kami tidak pandai
mengajar anak. Maaflah kami, ibu Samuel,” kata ibu Bunny sambil menangis.
“Saya tidak menyalahkan sesiapa, tapi ibu Bunny, cubalah menasihati anak

kamu,” kata ibu Samuel.




“Baiklah ibu Samuel. Maafkan perbuatan anak kami yang biadab itu,” kata
ayah Bunny.

08

Ibu bapa Bunny berasa sangat malu atas perbuatan Bunny dan membuat
keputusan untuk meninggalkannya buat sementara waktu. Tujuan mereka
tinggal Bunny bersendirian di rumah adalah untuk memberi sedikit ruang
kepada Bunny untuk merenung kesilapannya. Apabila bersendirian di rumah,

Bunny juga terpaksa mencari makanan sendiri.

09

Apabila ibu bapa Bunny tiada di rumah, Bunny berasa susah untuk mencari
makanan kerana tidak biasa untuk keluar mencari makanan. Apabila

bersendirian di rumah selama seminggu, Bunny hampir pengsan di rumah
kerana masih tidak dapat mencari sebarang makanan untuk mengalas
perut. Pada hari yang kelapan, Bunny menemui seekor cacing di dapur. Pada
masa itu, barulah dia memahami betapa berharganya seekor cacing setelah

merasai kelaparan.

10

Bunny bertekad untuk mengubah sikapnya dan
berusaha untuk menjadi seekor katak yang rajin.
Pada hari yang kemudian, Bunny keluar mencari

makanan bersama kawan-kawannya.

11

Akhirnya, Bunny berjaya menemui semula ahli keluarganya di sebuah
kolam yang berdekatan dengan rumahnya. Bunny meminta maaf terhadap
ibu bapanya atas kesilapannya pada masa dahulu dan dia juga mendapat
kemaafan daripada ibu bapanya. Bunny turut menjadi seekor katak yang
rajin dan mengajak kawan-kawannya keluar mencari makanan setiap hari.

-TAMAT-

12

Ilustrasi dari Canva


Click to View FlipBook Version