The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

2.3 Memilih Peralatan dan Perkakasan Berdasarkan Hidangan Pencuci Mulut.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NORLIZAWATI BINTI JUNAIDI KPM-Guru, 2023-09-25 23:18:43

ASAS PENYEDIAAN MAKANAN

2.3 Memilih Peralatan dan Perkakasan Berdasarkan Hidangan Pencuci Mulut.

Keywords: APM

ASAS PENYEDIAAN MAKANAN HT-012-2:2012 [MCU03] CU08 DESSERT PRODUCTION PERALATAN&PERKAKASANUNTUK MENYEDIAKANHIDANGANPENCUCIMULUT


MESIN PENIMBANG KEGUNAAN/FUNGSI Untuk menimbang bahan memasak mengikut sukatan yang tepat. Ia boleh didapati dalam bentuk digital atau analog.


SUDU PENYUKAT KEGUNAAN/FUNGSI Untuk menyukat bahan kering atau cecair dalam kuantiti yang kecil.


JAG PENYUKAT KEGUNAAN/FUNGSI Untuk menyukat cecair dalam kuantiti yang banyak.


CAWAN PENYUKAT KEGUNAAN/FUNGSI Untuk menyukat bahan kering atau cecair dalam kuantiti yang banyak.


PENGAYAK TEPUNG KEGUNAAN/FUNGSI Untuk mengayak bahan kering berbentuk serbuk seperti tepung.


MANGKUK ADUNAN KEGUNAAN/FUNGSI Mengadun bahan mentah seperti adunan kek, pastri dan meringue.


WHISK KEGUNAAN/FUNGSI Alat yang digunakan untuk mengadun bahan cecair dan memasukkan udara ke dalam adunan.


KITCHEN TORCH KEGUNAAN/FUNGSI Alat yang digunakan untuk mencairkan gula atau keju di permukaan pencuci mulut seperti creme brulee mendapatkan kesan pemerangan (karamelisasi).


PERIUK KEGUNAAN/FUNGSI Untuk memasak sirap atau sos.


KUALI LEPER KEGUNAAN/FUNGSI Untuk menggoreng, saute atau stir fry.


PENGUKUS KEGUNAAN/FUNGSI Mengukus bahan makanan menggunakan wap panas.


SENDUK KAYU KEGUNAAN/FUNGSI Alat untuk sebatikan bahan masakan berbentuk cecair.


PISAU PELEPA KEGUNAAN/FUNGSI Alat untuk mengadun adunan seperti tepung dan lemak. Boleh digunakan untuk meratakan adunan pada kek.


PENORAK KEGUNAAN/FUNGSI Alat untuk mencanai doh.


PETITIN KEGUNAAN/FUNGSI Acuan untuk muffin atau kek cawan (cup cake).


ACUAN TART KEGUNAAN/FUNGSI Acuan untuk kulit pasti tartlet. Acuan ini kurang kedalamannya berbanding petitin untuk muffin/kek cawan.


RAMEKIN KEGUNAAN/FUNGSI Mangkuk kecil pelbagai saiz dan bentuk untuk memasak dan menghidang pencuci mulut seperti creme brulee, souffle atau hidangan berkeju/telur.


PENERAP PASTRI KEGUNAAN/FUNGSI Untuk menerap doh pastri.


BEG PIPING/ BEG PASTRI KEGUNAAN/FUNGSI Untuk mengisi bahan separa pepejal seperti krim, jeli, atau kastad bagi tujuan menghias kek, membentuk pastri choux atau mengisi inti (filling). Beg ini boleh diperbuat daripada plastik atau kertas.


NOZEL KEGUNAAN/FUNGSI Alat yang digunakan bersama beg piping dan terdapat dalam pelbagai saiz dan bentuk.


KAIN MASLIN KEGUNAAN/FUNGSI Digunakan untuk menutup makanan yang telah di masak atau belum dimasak. Digunakan untuk menapis cecair seperti santan, jus buah, agaragar dan lain-lain.


TURN TABLE KEGUNAAN/FUNGSI Digunakan untuk memudahkan kerja menghias kek.


MESIN PENGISAR KEGUNAAN/FUNGSI Digunakan untuk mengisar bahan kering dan menghasilkan puri serta sos yang halus teksturnya .


PEMPROSES MAKANAN KEGUNAAN/FUNGSI Mesin ini mempunyai pelbagai fungsi seperti mengisar halus (pureeing), mencincang, mengadun bahan kering dan membuat krim (creaming).


MESIN PENGADUN KEGUNAAN/FUNGSI Mesin untuk mengadun bahan kering dan cecair hingga sebati.


KETUHAR KEGUNAAN/FUNGSI Alat untuk memasak bahan dengan kaedah membakar. Menggunakan sumber bekalan elektrik atau gas untuk berfungsi.


disediakan oleh ; Norlizawati binti Junaidi program pendidikan khas integrasi smk kuhara tawau sabah


Click to View FlipBook Version