The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CHOO SU SAN Moe, 2020-06-27 20:45:21

Latihan Tatabahasa

Latihan Tatabahasa

ULASAN 4 - Jawapan Taksiran kandungan

BAHAGIAN B (4)
[15 markah]

[ Masa dicadangkan : 25 minit ]
Walaupun ada negara yang rakyatnya kebuluran, berita dan carta pai berikut menunjukkan
bilangan rakyat Malaysia yang mengalami masalah sebaliknya.
Tulis ulasan untuk mentaksir kadar kegemukan berbanding rakyat dengan berat badan normal
di negara kita, dalam bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

JPNMELAKA/MMG2017 101

ULASAN 5 - Jawapan Rumusan

BAHAGIAN B (5)

[15 markah]

[ Masa dicadangkan : 25 minit ]

Berikut ialah seuntai sajak nukilan penyajak yang menggunakan nama pena ‘Hudasaid’.
Tulis ulasan kamu tentang perasaan penyajak dan apa yang ingin dilakukan terhadap ibunya,
dalam bentuk perenggan.
Panjang ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Ibu serikandi cintaku...

Buat Ummi, cinta pertamaku yang hakiki
Selepas cinta yang terutama- Ar-Rahman-pemilik hati ini
Selepas kekasih- Muhammad ar-Rasul al-Mustafa...
pemimpin jalan hidup ini,
bicara ini...
buat Ummi, cinta pertamaku yang hakiki !
Ummi...
ada terlalu banyak hari dalam hayat ini
yang dalamnya ingin aku dakapi ummi,
ingin ku kucup dahimu dan kedua pipi,
ingin aku tutur kata kecintaan ku yang teramat di hati,
dan ingin aku buktikan kebenaran kata dan rasa cinta ini
selalu...padamu yang sungguh aku kasihi !
namun Ummi
begitu banyak hari dalam hidup ini
cintaku tak terlahir seperti yang diingini
tiada dakapan, tiada kucupan
cukup sukar untuk aku menuturkan
“ Aku Cinta Ummi ”
ya...
“ Aku Cinta Ummi “dengan pasti, terlalu pasti

JPNMELAKA/MMG2017 102

ULASAN 6 - Jawapan Nilai Murni / Faedah

BAHAGIAN B (6)

[15 markah]

[ Masa dicadangkan : 25 minit ]

Berikut merupakan catatan diari seorang murid yang beransur maju dalam pelajarannya.
Tulis ulasan tentang sikap murid tersebut terhadap orang lain, dalam perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Khamis - 7 Januari 2016
Terima kasih Cikgu

Jasa dan pengorbanan guru dalam hidupku amat besar. Ilmu yang dicurahkan
kepadaku begitu berharga.

Dahulu, aku lemah dalam pelajaran. Aku lambat untuk menguasai sesuatu
pelajaran. Namun, gurulah yang sering menasihatiku. Mereka memberi tunjuk ajar
tanpa pernah berputus asa.

Guru memberikan banyak latihan kepadaku. Selain itu, mereka mengadakan
kelas tambahan secara percuma. Usaha mereka menyebabkan sikapku berubah.
Kini, prestasi pelajaranku semakin meningkat.

Namun begitu, aku tidak angkuh terhadap kawan- kawan yang memerlukan
bantuan dan tunjuk ajar. Aku membantu mereka memahami sesuatu pelajaran. Aku
juga sudah mampu memberi tunjuk ajar kepada adikku.

Ibu bapaku merupakan orang paling gembira melihat perubahan pada diriku.
Tahun ini aku berazam untuk membalas jasa ibu, bapa dan guru-guruku dengan
keputusan cemerlang peperiksaanku hujung tahun nanti. Terima kasih cikgu kerana
mengubah hidupku menjadi orang yang dihargai !

JPNMELAKA/MMG2017 103

ULASAN 7 - Jawapan Pengajaran ( mesej diperoleh )

BAHAGIAN B (7)

[15 markah]

[ Masa dicadangkan : 25 minit ]

Gambar di bawah menunjukkan poster yang ditampal di luar kantin sebuah sekolah.
Tulis ulasan tentang mesej yang hendak disampaikan melalui poster tersebut.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Waa!! Ini dah macam
rancangan Fear Factor!!

7

Karipap satu. Lalat
tak mau ya, pak cik.

menjamah makanan dengan
tangan yang kotor.

Pengguna tidak peduli tentang 104
kebersihan makanan yang dibeli

JPNMELAKA/MMG2017

SKEMA JAWAPAN KERTAS 2 BAHAGIAN B

ULASAN 1 - Kupasan ( bentuk deskriptif )
Setiap bahagian pokok kelapa ada kegunaannya kepada manusia. Buah kelapa
terdiri daripada bahagian sabut, tempurung dan isi. Sabut digunakan sebagai
bahan pembakar atau dibuat berus. Tempurung pula dibuat bahan kraf tangan
seperti senduk. Daripada isi kelapa, kita boleh mendapatkan santan yang
digunakan sebagai bahan masakan seperti nasi lemak, kari atau kuih-muih.

Daun kelapa yang masih muda boleh dianyam menjadi sarung ketupat. Lidi
daun kelapa pula diraut dan diikat untuk dijadikan penyapu. Batang kelapa
sering diguna sebagai titi untuk melintasi sungai.

ULASAN 2 - Pandangan pro atau kontra
Badan manusia memerlukan vitamin untuk sihat. Pelbagai jenis buah adalah
sumber vitamin. Ramai orang makan buah mengikut rasanya sama ada manis
seperti epal, masam seperti limau atau berair seperti nanas. Buah-buahan penting
diambil setiap hari.

Walau bagaimanapun, ada juga orang yang tidak suka makan buah-buahan.
Mereka masih boleh mendapat sumber vitamin daripada sayur-sayuran seperti
sayur berdaun, kubis atau brokoli. Sayur-sayuran sama seperti buah-buahan boleh
mengelakkan penyakit. Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran kerana kedua-
duanya sangat berkhasiat serta baik untuk kesihatan kita.

ULASAN 3 - Huraian – pengembangan idea
Di negara kita, terdapat banyak pantai kerana Semenanjung Malaysia menghadap
air laut iaitu Laut Cina Selatan dan Selat Melaka. Di kawasan air laut ini juga
terdapat beberapa pulau peranginan. Nelayan dan pengusaha pelancongan banyak
tertumpu di sini.

Tanah Tinggi Cameron dan Genting merupakan sebahagian daripada
Banjaran Titiwangsa. Kedudukan tanahnya yang tinggi menyebabkan suhu di
kawasan tersebut lebih sejuk daripada tempat-tempat lain.

Semenanjung Malaysia mempunyai sebuah taman negara di sempadan
negeri Pahang. Di sana, hutannya terpelihara bagi pencinta alam yang ingin
menghayati kehijauan dan keadaan hutan semula jadi.

JPNMELAKA/MMG2017 105

ULASAN 4 - Taksiran kandungan 106
Berdasarkan berita, Malaysia mempunyai paling ramai rakyat bermasalah obesiti
di rantau ASEAN. Mengikut bacaan pada carta pai, hanya separuh atau 56.9%
sahaja daripada jumlah penduduk Malaysia yang mempunyai berat badan normal.

Bersyukurlah kerana negara kita dilimpahi rezeki makanan yang melimpah-
ruah berbanding negara yang rakyatnya kebuluran atau kekurangan zat makanan.
Oleh itu, seramai empat juta rakyat yang obesiti dan 8.4 juta orang lagi yang
mengalami berat badan berlebihan perlulah mengamalkan cara pemakanan dan
gaya hidup sihat bagi mengelakkan timbulnya masalah kegemukan.

ULASAN 5 - Rumusan
Menurut penyajak, beliau amat pasti bahawa hatinya sangat menyayangi ibunya
yang dipanggil ‘Ummi’. Rasa sayangnya lahir tanpa menafikan rasa cinta pada
Tuhan yang dinyatakan sebagai ‘al Rahman’ dan Rasulnya yang disebut sebagai
‘Muhammad’ dalam sajaknya.

Berdasarkan coretan penyajak seterusnya, beliau ingin sekali menyuarakan
rasa cintanya itu dengan cara memeluk dan mencium dahi serta pipi ibunya.
Walaupun keinginannya itu selalu ada, tetapi sangat susah untuk dia
melakukannya. Mungkin timbul perasaan malu atau kemungkinan juga ibu
penyajak sudah meninggalkan dirinya buat selama-lamanya.

ULASAN 6 - Nilai murni / faedah
Catatan diari menunjukkan murid ini pernah mengalami masalah lambat
menguasai pelajaran. Namun begitu, sikap tidak berputus-asa guru-gurunya telah
menyebabkan dia berjaya mencapai prestasi pelajaran yang lebih baik. Penulis
diari ini sendiri telah menanam sikap rajin setelah melihat kesungguhan gurunya
memberi latihan dan megadakan kelas tambahan percuma.

Selain itu, sikap terpuji yang dimiliki oleh murid ini ialah tidak sombong
terhadap rakan-rakan dan adik-adiknya. Penghargaan dan azamnya menunjukkan
dengan jelas bahawa murid ini mengenang jasa serta menghargai ibu, bapa dan
guru-gurunya.

ULASAN 7 - Pengajaran ( mesej diperoleh )
Poster tersebut ditampal di luar kantin untuk mengingatkan murid-murid betapa
pentingnya menjaga kebersihan. Murid-murid berhak membeli makanan yang
bersih dalam persekitaran yang bersih. Oleh itu, poster ini turut mengingatkan
pengusaha kantin untuk menjaga kebersihan kantin agar tidak ada serangga seperti
lalat atau haiwan-haiwan pembawa penyakit yang lain.

Murid-murid juga diingatkan jangan menyentuh makanan dengan tangan
yang kotor. Selain penjual makanan, murid-murid patut memastikan tangan dicuci
dengan sabun sehingga bersih sebelum memegang makanan. Kebersihan diri dan
persekitaran akan menjamin kesihatan.

JPNMELAKA/MMG2017

KERTAS 2 BAHAGIAN C

Karangan jenis peristiwa

Lengkapkan jadual berikut bagi mengumpul isi / idea penting :

Tajuk Hari Hari Pertandingan
Idea Guru Sukan Bercerita

1 Bila / Tarikh 16 Mei

2 Tujuan Mengenang jasa
guru

3 Persediaan Menyediakan
hadiah , menghias
pentas , menyusun
kerusi di dewan

4 Ucapan perasmian oleh ...

5 Acara pertandingan
bahasa isyarat,
sukaneka,
karaoke, ...

6 Hadiah - daripada murid,
- Guru Besar / PIBG
- pemenang
pertandingan

7 Jamuan disediakan oleh...
nasi ayam, jus oren

8 Bersurai pulang awal,
gembira mendapat
banyak hadiah,
meriah

Berpandukan idea yang berjaya dikumpulkan, tuliskan karangan bagi tajuk-
tajuk di atas. Idea 1 dan 2 boleh dituliskan dalam satu perenggan. Idea-idea yang lain
boleh ditulis dalam perenggan berasingan. Anda boleh membuat latihan pengayaan dengan
menulis karangan yang sama atau tajuk lain dalam kelompok yang sama, dalam
bentuk karangan berformat. Contoh : Laporan Temasya Sukan, Catatan Hari Kantin.

JPNMELAKA/MMG2017 107

Contoh soalan dan jawapan bagi karangan jenis peristiwa berpandukan jadual di atas:

Kamu terjumpa rakan dari sekolah lain yang bertanyakan tentang sambutan
Hari Guru di sekolah kamu. Tulis sebuah dialog untuk menceritakan sambutan
hari tersebut kepada rakan kamu itu.

Wan Ying : Hai, Fiona. Lama kita tidak berjumpa. Apa khabar ?

Saya : Khabar baik, Wan Ying. Saya sedang mengelamun mengenang semula sambutan

Hari Guru di sekolah saya semalam. Meriahnya sambutan itu.

WanYing : Wah, tentu seronok ! Boleh saya tahu bagaimana sambutan itu dijalankan ?

Sambutan di sekolah saya tentu tak sama dengan cara sambutan di sekolah awak.

Saya : Minggu lepas saya sudah pun mula tercari-cari hadiah yang sesuai untuk

diberikan kepada guru saya. Pada 16 Mei semalam, serentak di seluruh negara,

sekolah saya meraikan guru-guru dengan pelbagai acara. Sebelum itu, murid-

murid menghias pentas dan menyusun kerusi-kerusi untuk guru-guru di dewan.

Wan Ying : Kenapa semua sekolah seluruh negara menyambut Hari Guru ? Serentak pada

tarikh yang sama pula tu.

Saya : Tentulah, supaya semua sekolah tidak mengabaikan sambutan khas untuk

mengenang jasa guru-guru yang mengajar kita. Tanpa ajaran guru, tidak mungkin

negara kita dapat melahirkan generasi yang bijak pada masa hadapan.

Wan Ying : Bagaimana sambutan Hari Guru di sekolah awak dimulakan ?

Saya : Pagi hari itu, selepas semua murid masuk ke dewan, Guru Besar dan Pengerusi

PIBG menyampaikan ucapan tanda perasmian majlis. Selepas ucapan, pelbagai

acara dijalankan. Guru-guru dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan

Guru Besar dan kumpulan guru penolong.

Wan Ying : Mereka bertanding bagi semua acara ? Wah, tentu hebat acara-acara yang

dijalankan sebab berbentuk pertandingan ! Apa acaranya ?

Saya : Mula-mula, murid-murid terpegun melihat acara melakonkan dan meneka bahasa

isyarat oleh kumpulan-kumpulan guru kami. Kemudian, suasana bertukar

menjadi hingar-bingar apabila guru-guru bertanding dalam beberapa acara

sukaneka.

Wan Ying : Amboi, tentu seronok melihat guru-guru beradu kekuatan! Acara apa yang

dipertandingkan ?

Saya : Acaranya mudah seperti memukul bola ping pong masuk gelung rotan,

JPNMELAKA/MMG2017 108

menjaringkan bola keranjang dalam jaringnya dan menyanyi secara karaoke.
Ramai murid menjerit memberi sokongan kepada guru masing-masing, itulah
yang membuatkan sambutan terasa amat menyeronokkan.
Wan Ying : Saya boleh menggambarkan suasana itu, memang seronok. Siapa yang
menang dan siapa yang menyampaikan hadiah ?
Saya : Kumpulan guru penolong yang memenangi dua daripada tiga acara yang
dipertandingkan. Hadiah-hadiah disampaikan oleh Pengerusi PIBG. Sebelum itu,
ramai murid yang sudah pun memberikan hadiah kepada guru masing-masing.
Wan Ying : Tentu guru-guru seronok menerima banyak hadiah, betul tak ? Tetapi, sebanyak
mana pun hadiah diterima, tidak setinggi nilai jasa dan pengorbanan mereka
mengajar kita dengan sabar dan tekun.
Saya : Betul tu Wan Ying. Selepas penyampaian hadiah, guru-guru dijamu dengan nasi
ayam dan jus oren yang disediakan oleh pihak PIBG. Banyak juga makanan
seperti kek, kuih-muih dan buah-buahan disumbangkan oleh murid dan ibu bapa.
Wan Ying : Wah, terasa lapar saya mendengarkannya ! Pukul berapa sekolah awak bersurai
semalam ?
Saya : Kami dibenarkan pulang awal semalam, iaitu pukul 1.00 petang. Saya menolong
guru kelas saya mengangkat hadiah-hadiah yang diterimanya ke kereta. Beliau
sempat menyatakan kepada saya bahawa sambutan Hari Guru tahun ini sangat
meriah. Beliau gembira, saya pun seronok.
Wan Ying : Terima kasih kerana sudi menceritakan kemeriahan sambutan Hari Guru di
sekolah awak.
Saya : Sama-sama. Lain kali, saya dengar cerita daripada awak pula, ya.

***Tips menjawab soalan dialog :
a) Gunakan jumlah watak yang minima, hanya yang perlu mengikut arahan dalam soalan.
b) Elakkan terlalu banyak kata singkatan seperti ‘nak’, ‘tu’, ‘ni’ dan sebagainya.
c) Mulakan dan akhiri dialog dengan ucapan hormat seperti,”Selamat ...”,”Apa khabar”

dan “Terima kasih”.
d) Bahasa dialek dan bahasa pasar tidak digalakkan.

JPNMELAKA/MMG2017 109

Karangan jenis fakta

Perbincangan tentang faedah atau kepentingan sesuatu, sering menjadi soalan ujian atau
peperiksaan. Mari kita teliti idea berikut, yang mewakili isi bagi hampir kebanyakan
daripada tajuk dalam kelompok ini :

Faedah / Kebaikan / Kepentingan ...
a) menambah ilmu pengetahuan
b) mengisi masa lapang
c) mengeratkan hubungan
d) menjauhkan diri daripada melakukan ...
e) menyemai sikap ...
f) menyeronokkan diri / menghiburkan
g) membaiki penguasaan bahasa

Tandakan √ jika isi idea tersebut sepadan / diperlukan bagi menghuraikan tajuk :

Tajuk Faedah Melayari Menyertai Menonton
berkebun internet aktiviti koku televisyen
Isi /idea

1 menambah ilmu pengetahuan √

2 mengisi masa lapang √

3 mengeratkan hubungan √

4 menjauhkan diri daripada √

5 menyemai sikap √

6 menghiburkan diri √

7 membaiki bahasa

Tajuk bagi jenis karangan perbincangan fakta, amat banyak dan luas skopnya. Kamu
boleh menambah tajuk-tajuk lain bagi menyambung jadual di atas.

Karangan fakta ini boleh diminta penulisan ideanya dalam bentuk syarahan.
Teliti contoh di bawah :

Kamu akan menyertai pertandingan syarahan tidak lama lagi. Tajuk yang diberi ialah
‘Faedah Berkebun’. Sediakan teks syarahan tersebut selengkapnya.

Berdasarkan jadual, aktiviti berkebun boleh – 110
(i) menambah ilmu pengetahuan - mengetahui nama-nama tumbuhan dan cara

penanamannya.

JPNMELAKA/MMG2017

(ii) mengisi masa lapang - hobi yang berfaedah dan boleh mendatangkan
keuntungan.

(iii) Mengeratkan hubungan - kekeluargaan. Jadikan aktiviti sekeluarga seperti
menanam, merumput, menyiram,mengutip hasil.

(iv) Menjauhkan diri daripada - melakukan aktiviti negatif seperti melepak,
merokok, berkunjung ke pusat siber dan sebagainya.

(v) Menyemai sikap - menjaga kesihatan dan berjimat-cermat. Badan
berpeluh tanda sihat, makan hasil tanaman sendiri,
di samping mengelakkan pembelian sayur dari luar.

(vi) Menghiburkan diri - berasa seronok apabila hasil tanaman di kebun dapat
dinikmati hasilnya, untuk makan / dijual.

Contoh sebahagian teks syarahan :

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha tuan Guru Besar, yang bijak
lagi adil, barisan hakim , guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Selamat pagi
Dan selamat datang ke pertandingan ini. Tajuk syarahan yang akan saya sampaikan
Pada pagi yang indah ini ialah, “Faedah Berkebun”.

Hadirin, hadirat yang saya hormati sekalian,

Berkebun merupakan aktiviti bercucuk tanam sama ada menanam sayur,
buah-buahan mahu pun bunga-bungaan. Aktiviti ini mempunyai banyak faedahnya
kepada kita. Paling mudah jika dilihat daripada pengenalan murid terhadap nama
jenis-jenis sayur, buah atau bunga. Apabila kita rajin berkebun, secara tidak
langsung, kita akan menambah ilmu pengetahuan tentang nama malah cara
penanaman sesuatu jenis tumbuhan. Sebagai contoh, sawi, petola, belimbing,
serai, bunga kesidang dan sebagainya.

***Tips mengarang syarahan :

(a) Mulakan dengan panggilan hormat kepada kelima-lima pihak yang ada dalam
kalangan penonton pertandingan, ucapan selamat selain menyatakan tajuk.

(b) Setiap dua perenggan satu kali menulis frasa,”Hadirin dan hadirat sekalian,”
“Warga dewan yang dihomati sekalian” dan seumpamanya.

(c) Perenggan penutup mesti ada penegasan tajuk. Contoh : Jelaslah bahawa ...

JPNMELAKA/MMG2017 111

Karangan pengalaman berkunjung / lawatan

Bagi karangan dalam kelompok ini, soalan boleh meminta bahan penulisan diberikan
dalam bentuk yang pelbagai. Contohnya : laporan, catatan harian, surat,
dialog selain karangan biasa (tanpa format khusus). Idea isi bagi karangan jenis ini
boleh disenaraikan seperti yang berikut :

Lengkapkan jadual bagi mengumpul isi / idea karangan –

Tajuk Perkhemahan Lawatan ke Bercuti di
Zoo Negara kampung
Isi

1 Bila minggu lepas

2 Siapa, 30 orang ahli dan
berapa enam orang guru
Pengakap

3 Ke mana Hutan Rekreasi
4 Tujuan Ayer Keroh
berkhemah

5 Bertolak, Jumaat, 2 petang,
Bagaimana bas sewa

6 Perjalanan, setengah jam,
Sampai redup, nyaman

7 Lokasi 1- tempat lapang,
Lihat, buat mendirikan
khemah, kayu api

8 Lokasi 2 - unggun api,
Lihat, buat mencungkil bakat

9 Lokasi 3 - flora dan fauna,
Lihat, buat pertandingan,
hadiah

10 Faedah, menyemai sikap
Harapan bertanggungjawab,
berkhemah lagi

Tulis karangan lengkap bagi tajuk-tajuk yang telah dikumpul isinya dalam jadual di atas.
Kamu boleh mempelbagaikan tajuk dengan melengkapkan isi bersesuaian berpandukan
idea pokok yang terdapat dalam jadual.

JPNMELAKA/MMG2017 112

Karangan biografi / memerihal kejadian

Setiap karangan boleh disediakan isi ideanya berpandukan soalan yang akan dipersoal
sekiranya sesuatu maklumat itu ingin diketahui. Karangan yang dapat menjawab segala
persoalan merupakan karangan yang lengkap isi dan maklumatnya. Teliti contoh soalan di
bawah dan lengkapkan maklumat untuk menjana idea bagi tajuk karangan berikut :

Tajuk Banjir Kebakaran Guru Sekolah
Idea Kelas Saya Baharu Saya

1 Apa paras air naik,
mengemas barang
dokumen penting

2 Siapa penduduk
taman, kampung,
sukarelawan,bomba

3 Bila hujung tahun lalu,
selepas lima jam,
malam

4 Di mana seluruh daerah,
pusat pemindahan
sementara-sekolah

5 Mengapa hujan lebat, sungai
melimpah

6 Bagaimana rumah tenggelam,
barangan hanyut,
pokok tumbang
sekolah sesak, tidak
selesa, berkongsi-

7 Berapa lima hari di sekolah,
enam hari - surut

Tuliskan karangan lengkap berpandukan isi-isi penting yang telah dicatat dalam jadual di
atas. Kamu boleh menambah tajuk-tajuk karangan yang lain dan menggunakan idea
utama dalam jadual untuk membina kerangka karangan kamu sendiri. Tukarkan karangan
biasa kepada bentuk karangan berformat bagi memantapkan penulisan karangan kamu.
Contohnya :
(a) Tulis sebuah catatan bagi menceritakan kejadian kemalangan yang pernah kamu

saksikan.
(b) Tulis sepucuk surat kepada kawan lama untuk menceritakan tentang sekolah baharu

kamu.

JPNMELAKA/MMG2017 113

Isi tempat-tempat kosong dengan perkataan yang betul.

Lawatan Ke Zoo Melaka

Hari inilah yang aku nanti-nantikan. Ayah akan membawa aku, ibu, Angah dan Usu ke Zoo
Melaka. Hanya Along yang tinggal kerana peperiksaan SPM semakin hampir.

Kami tiba di Zoo Melaka yang letaknya hanya 13 kilometer dari Bandar Melaka seawal
pukul 8.30 pagi. Ayah membeli tiga keping tiket bernilai RM2.00 dan dua keping tiket bernilai
RM5.00 sebaik-baik saja kaunter beroperasi. Zoo yang kedua terbesar di Malaysia ini bertindak
sebagai “Bank Biologi” untuk memelihara spesies hidupan liar yang semakin pupus.

Kami mengambil keputusan untuk menaiki trem yang disediakan. Kami dibawa bersiar-
siar di sekeliling zoo yang berkonsepkan pulau yang dikelilingi air ini. Aku sungguh terhibur
melihat aksi Pak Belang yang sedang berehat, Pak Belalai yang sedang mandi, aksi lucu orang
utan, serta binatang-binatang lain seperti rusa, beruang, dan badak sumbu.

Setelah puas mengelilingi kawasan zoo, ayah mengajak kami menjamu selera di sebuah
restoran makanan segera. Kami mengisi perut sambil menikmati keindahan flora dan fauna di
zoo tersebut. Selepas itu, kami ke Menara Pandang. Kami terlebih dahulu terpaksa melalui
jambatan kecil yang disediakan di situ. Aku kagum melihat keunikan menara yang mempunyai
tujuh tingkat itu.

Namun, pengalaman yang paling tidak dapat aku lupakan ialah peluang menunggang
kuda. Pada mulanya, aku berasa amat takut. Penjaga kuda tersenyum simpul melihat telatahku
yang memeluk kuda itu erat-erat. Sebelum pulang, kami singgah di kedai cenderamata. Di kedai
ini, beberapa pasang kemeja- T, cawan, poskad, topi, dan kraf tangan berbentuk kereta lembu
kami beli sebagai tanda kenang-kenangan dan oleh-oleh untuk Along.

JPNMELAKA/MMG2017 114

Lawatan Ke Zoo Melaka

Hari inilah yang aku nanti-nantikan. Ayah akan membawa aku, ibu, Angah dan Usu ke Zoo
Melaka. Hanya Along yang tinggal kerana peperiksaan SPM semakin hampir.

Kami tiba di Zoo Melaka yang letaknya hanya 13 kilometer dari Bandar Melaka seawal
pukul 8.30 pagi. Ayah membeli tiga keping tiket bernilai RM2.00 dan dua keping tiket bernilai
RM5.00 sebaik-baik saja kaunter beroperasi. Zoo yang kedua terbesar di Malaysia ini bertindak
sebagai “Bank Biologi” untuk memelihara spesies hidupan liar yang semakin pupus.

Kami mengambil keputusan untuk menaiki trem yang disediakan. Kami dibawa bersiar-
siar di sekeliling zoo yang berkonsepkan pulau yang dikelilingi air ini. Aku sungguh terhibur
melihat aksi Pak Belang yang sedang berehat, Pak Belalai yang sedang mandi, aksi lucu orang
utan, serta binatang-binatang lain seperti rusa, beruang, dan badak sumbu.

Setelah puas mengelilingi kawasan zoo, ayah mengajak kami menjamu selera di
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

JPNMELAKA/MMG2017 115

Sekolah Kebangsaan Masjid Tanah ,

78300 Masjid Tanah,

Melaka. Telefon : 06 -3841244

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ibu Bapa / Penjaga Murid-murid,

Sekolah Kebangsaan Masjid Tanah ,

78300 Masjid Tanah,

Melaka. 20 FEBRUARI 2017.

Tuan,

Mengadakan Kelas Tambahan

Merujuk perkara di atas, pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa kelas tambahan untuk
murid tahun enam akan diadakan pada setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu. Kelas ini akan bermula
dari jam 2.00-3.00 petang bermula bulan Mac.
2. Tujuan kelas tambahan diadakan adalah untuk membantu murid-murid meningkatkan
pencapaian mereka dalam pelajaran. Hal ini penting terutamanya bagi mata pelajaran seperti
Matematik, Bahasa Melayu, Sains dan Bahasa Inggeris.
3. Guru-guru yang berpengalaman akan mengendalikan kelas tambahan ini. Guru-guru ini
akan menumpukan perhatian kepada setiap murid secara perseorangan. Latihan ulang kaji akan
diberikan kepada setiap murid untuk mengukuhkan pemahaman mereka.
4. Pihak sekolah berharap agar ibu bapa atau penjaga dapat memberikan persetujuan demi
faedah semua pihak.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

Ismail……………………………………………………..

(ENCIK ISMAIL BIN M ABD. LATHEFF)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Masjid Tanah.

JPNMELAKA/MMG2017 116

Sekolah Kebangsaan _____________________ ,

_______________________________________,

Melaka. Telefon : ________________

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ibu Bapa / Penjaga Murid-murid,

Sekolah Kebangsaan _____________________ ,

_______________________________________,

Melaka. ____________________.

Tuan,

Mengadakan Kelas Tambahan

Merujuk perkara di atas, pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa kelas tambahan untuk
murid tahun enam akan diadakan pada setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu. Kelas ini akan bermula
dari jam 2.00-3.00 petang bermula bulan Mac.
2. Tujuan kelas tambahan diadakan adalah untuk membantu murid-murid meningkatkan
pencapaian mereka dalam pelajaran. Hal ini penting terutamanya bagi mata pelajaran seperti
Matematik, Bahasa Melayu, Sains dan Bahasa Inggeris.
3. Guru-guru yang berpengalaman akan mengendalikan kelas tambahan ini. Guru-guru ini akan
menumpukan perhatian kepada setiap murid secara perseorangan. Latihan ulang kaji akan
diberikan kepada setiap murid untuk mengukuhkan pemahaman mereka.
4. Pihak sekolah berharap agar ibu bapa atau penjaga dapat memberikan persetujuan demi faedah
semua pihak.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

……………………………………………………
()
Guru Besar,
__________________________________.

JPNMELAKA/MMG2017 117

Isi tempat-tempat kosong dengan perkataan yang betul.

ALOR GAJAH, 12 Februari 2017 - Satu kemalangan ngeri telah berlaku di Kilometer 24, Jalan
Rembia – Lendu petang semalam. Kemalangan ngeri itu berlaku ketika hujan lebat.

Kemalangan tersebut melibatkan sebuah lori kontena dengan sebuah kereta Proton
Wira. Dua orang penumpang kereta tersebut mati di tempat kejadian. Kedua-dua mangsa
dikenali sebagai Ahmad bin Bedul, 24, dan Hasan bin Kemat, 32, berasal dari Kampung Pinang
Tunggal, manakala pemandu kereta Azhar bin Akim, 36, meninggal dunia semasa dalam
perjalanan ke hospital.

Orang ramai telah menelefon pihak polis dan bomba bagi membantu mangsa
kemalangan. Anggota bomba terpaksa menggunakan alat pemotong besi bagi mengeluarkan
pemandu kereta yang tersepit dalam kejadian itu.

Kemalangan tersebut telah menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh tiga kilometer.
Pihak polis dan orang ramai yang prihatin telah membantu melancarkan perjalanan bagi kedua-
dua arah.

Pihak polis telah menahan pemandu lori kontena berkenaan bagi membantu siasatan.
Siasatan awal pihak polis telah mengenal pasti punca kemalangan tersebut disebabkan pemandu
lori memandu dengan laju lalu terbabas dan merempuh kereta berkenaan.

Inspektor Imran telah mengingatkan kepada semua pengguna jalan raya agar
berhati-hati semasa memandu terutama sekarang musim hujan dan keadaan jalan yang licin.

JPNMELAKA/MMG2017 118

ALOR GAJAH, 12 Februari 2017 - Satu kemalangan ngeri telah berlaku di Kilometer 24, Jalan
Rembia – Lendu petang semalam. Kemalangan ngeri itu berlaku ketika hujan lebat.

Kemalangan tersebut melibatkan sebuah lori kontena dengan sebuah kereta Proton
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
_____________________________________.

Orang ramai telah menelefon pihak polis dan bomba bagi membantu mangsa
kemalangan. Anggota bomba terpaksa menggunakan alat pemotong
besi__________________________________________________________________________
____________________.

Kemalangan tersebut telah menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh tiga
kilometer._____________________________________________________________________
________________________________________________________________.

Pihak polis telah menahan pemandu lori kontena berkenaan bagi membantu siasatan.
______________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________.
Inspektor Imran telah mengingatkan ________________________________________________
_____________________________________________________________________________.

JPNMELAKA/MMG2017 119

Menyalin contoh syarahan.

Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru penolong kanan, guru-guru dan rakan-rakan
sekalian. Berdirinya saya di sini ingin menyampaikan syarahan yang bertajuk ,”Faedah
Menyimpan Wang di Bank”. Orang ramai sememangnya telah mengetahui bahawa menyimpan
wang banyak mendatangkan faedah. Banyak tempat yang boleh disimpan wang iaitu di bank,
tabung, dan institusi-institusi kewangan yang lain.

Menyimpan wang di bank melatih diri kita berjimat-cermat. Kita tidak perlu boros
berbelanja dan hanya membeli barangan yang diperlukan sahaja. Sebaik-baiknya catat dahulu
barang-barang yang hendak dibeli supaya tdak membazir.

Selain itu, wang yang kita simpan di bank adalah untuk masa hadapan. Kita tidak tahu
musibah yang akan melanda kita yang memerlukan kewangan. Contohnya waktu sakit ,
kebakaran, kemalangan dan sebagainya menyebabkan kita memerlukan wang yang banyak bagi
menghadapi masalah tersebut.

Di samping itu, menyimpan wang di bank dapat menjamin keselamatan wang. Sekiranya
kita tidak menyimpan wang di bank, wang kita mudah hilang ataupun dicuri. Contohnya jika
wang diletakkan di dalam tabung, beg tangan, bawah bantal dan sebagainya,.keselamatan wang
belum tentu terjamin.

Seterusnya, menyimpan wang di bank dapat membantu ekonomi negara. Apabila wang
tersebut disimpan di bank, ia dapat membantu orang lain yang memerlukannya. Contohnya, ahli
usahawan dapat menambahkan modal untuk perniagaan, manakala penyimpan pula mendapat
faedahnya ataupun dividen.

Berdasarkan fakta-fakta yang dinyatakan, jelaslah bahawa menyimpan wang di bank
memang banyak mendatangkan faedah. Oleh itu, simpanlah wang di bank atau institusi-institusi
kewangan yang sah dan dijamin kerajaan.

Sekian, terima kasih.

JPNMELAKA/MMG2017 120

Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru penolong kanan, guru-guru dan rakan-rakan
sekalian. Berdirinya saya di sini ingin menyampaikan syarahan yang bertajuk ,”Faedah
Menyimpan Wang di Bank.” Orang ramai sememangnya telah mengetahui bahawa menyimpan
wang banyak mendatangkan faedah._______________________________________________
_______________________________________________________

Menyimpan wang di bank melatih diri kita berjimat-cermat. Kita_________________dan
hanya membeli barangan yang diperlukan sahaja. Sebaik-baiknya __________________barang-
barang yang hendak dibeli supaya tdak membazir.

Selain itu, wang yang kita simpan di bank adalah untuk masa hadapan. Kita tidak
____________________________________________________________________________
__________________________________________. Contohnya waktu sakit , kebakaran,
kemalangan dan sebagainya menyebabkan kita memerlukan wang yang banyak bagi menghadapi
masalah tersebut.

Di samping itu, menyimpan ________________________________________________
____________________________________________________________________ menjamin
keselamatan wang. Sekiranya kita tidak menyimpan wang di bank, wang kita mudah
________________________________. Contohnya jika wang diletakkan di dalam tabung, beg
tangan, bawah bantal dan sebagainya,keselamatan wang belum tentu terjamin.

Seterusnya, menyimpan wang di bank dapat membantu ekonomi negara. Apabila wang
tersebut disimpan di bank,____________________________ memerlukannya. Contohnya, ahli
usahawan dapat menambahkan modal untuk perniagaan, manakala penyimpan pula mendapat
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

Berdasarkan ____________________________, jelaslah bahawa menyimpan wang di
bank memang banyak mendatangkan faedah. Oleh itu, simpanlah wang di bank atau institusi-
institusi kewangan yang sah dan dijamin kerajaan.

Sekian, __________________.

JPNMELAKA/MMG2017 121

Bahagian C
[ 25 markah ]
[ Masa dicadangkan : 35 minit ]

Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja.
Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.

Soalan 1

Sebelum terbit mentari
Aku bingkas bangkit
Walau kedinginan menusuk
Walau mataku kelat menurut
Masa jangan berlalu pergi
Segera bergerak menyiapkan diri
Agar sentiasa rapi
Semoga hidup penuh bererti.

Fahami sajak di atas dan fahamkan maksudnya.
Tulis sebuah karangan yang bertajuk “ Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri”.

ATAU
Soalan 2
Pasukan bola sepak sekolah kamu telah menjadi johan dalam pertandingan peringkat negeri.
Sebagai ketua pasukan, kamu diminta menyampaikan ucapan dalam majlis meraikan kejayaan
tersebut.
Tulis teks ucapan kamu selengkapnya.

JPNMELAKA/MMG2017 122

Bahagian C
[ 25 markah ]
[ Masa dicadangkan : 35 minit ]

Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja.
Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.

Soalan 1
Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu telah menganjurkan Pertandingan Mendeklamasi Sajak
Bahasa Melayu. Anda selaku setiausaha persatuan diminta menyediakan laporan tentang
pertandingan tersebut.
Sediakan laporan itu selengkapnya.

ATAU

Soalan 2

Melancong di dalam negara boleh membantu ekonomi negara
kita berbanding melancong ke luar negara. Dalam situasi
ekonomi yang tidak menentu kita perlu berjimat cermat bagi
memastikan tidak membazir.

Baca dan fahami maklumat di atas.
Rakan kamu telah mengirim surat kepada kamu untuk bertanyakan tentang tempat-tempat
menarik di sekitar tempat tinggal kamu yang boleh dilawati semasa cuti persekolahan nanti.
Tulis sepucuk surat kepada rakan kamu itu.

JPNMELAKA/MMG2017 123

Bahagian C
[ 25 markah ]
[ Masa dicadangkan : 35 minit ]

Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja.
Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.

Soalan 1

Tulis sebuah syarahan bertajuk “ Faedah Menyimpan Wang di Bank”.

ATAU

Soalan 2
Pada cuti persekolahan yang lalu,aku dan keluarga telah pergi berkelah di Pantai
Tanjung Bidara. Sebenarnya, kami sudah lama tidak pergi berkelah memandangkan
ayah dan ibu kami sibuk dengan urusan seharian. Pengalaman berkelah ini dapat
mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Fahami pernyataan di atas tentang perkelahan.
Anda dan keluarga telah pergi berkelah pada cuti persekolahan yang lalu.

Tulis dengan lengkap persiapan sebelum pergi berkelah.

JPNMELAKA/MMG2017 124

Bahagian C
[ 25 markah ]
[ Masa dicadangkan : 35 minit ]

Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja.
Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.

Soalan 1

Ramai ibu bapa yang berminat anak mereka belajar di asrama penuh.Belajar di asrama penuh ada
kebaikan dan keburukan.
Tulis kebaikan-kebaikan yang kamu peroleh dengan belajar di sekolah berasrama.

ATAU

Soalan 2

Semasa waktu rehat, kamu membeli makan di kantin. Ketika beratur untuk membeli makanan,
tiba-tiba seorang kanak-kanak terjatuh di dalam longkang lalu tercedera.

Ceritakan tindakan yang kamu ambil.

JPNMELAKA/MMG2017 125


Click to View FlipBook Version