The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Majlis Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah Peringkat Kebangsaan Tahun 2023.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sharifah_aniem, 2023-10-29 21:07:50

BUKU PROGRAM DUTA SAHSIAH SK PANJI 2023

Majlis Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah Peringkat Kebangsaan Tahun 2023.

Keywords: sk panji

PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI PEMANGKIN PEMBENTUKAN KARAKTER KARAMAH INSANIAH PEMANGKIN PEMBENTUKAN KARAKTER KARAMAH INSANIAH 31 OKTOBER 2023/ SELASA 7.00 PAGI - 9.00 PAGI DEWAN ZA’ABA


Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menganjurkan Majlis Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah Peringkat Kebangsaan Tahun 2023. Pelancaran ini bagi mengangkat murid sebagai duta yang merupakan pemegang taruh terbesar selain guru, jabatan pendidikan negeri (JPN) dan pejabat pendidikan daerah (PPD). Program kerjasama ini dahulu dikenali sebagai Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRM: Jom Ke Sekolah dan kini telah dijenamakan semula sejajar dengan aspek karamah insaniah melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti. Penganjuran majlis ini bertujuan memantapkan kerjasama antara KPM dengan PDRM. Antara inisiatif yang dilaksanakan adalah melalui penglibatan pegawai PDRM sebagai Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah KPM dalam membantu menangani isu salah laku disiplin murid sekolah. Sehubungan dengan itu, pelantikan murid sebagai Duta Sahsiah pada peringkat sekolah dapat menggagaskan optik lebih jelas mengenai hala tuju sahsiah murid dalam menguar-uarkan Garis Panduan Salah Laku Seksual di Institusi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Garis Panduan Salah Laku Buli di Institusi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia. PENGENALAN PELANCARANDUTASAHSIAHPERINGKATSKP TAHUN2023


ATUR CARA PELANCARANDUTASAHSIAHPERINGKATSKP TAHUN2023 7.00 pagi 7.20 pagi 7.30 pagi 9.00 pagi - Ketibaan para tetamu - Ketibaan Pegawai Perhubungan Sekolah - Ketibaan Guru Besar - Menyambut murid hadir ke sekolah - Nyanyian Lagu Negaraku - Nyanyian Lagu Negeri - Nyanyian Lagu Sekolah - Ikrar Rukun Negara - Bacaan Doa oleh Al- Fadhil Ustaz Muhamad Hazrielnain bin Termizi - Ucapan oleh YDH Sarjan Norhaziyati binti Bashri, Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) SK Panji - Ucapan oleh YBrs Encik Zupli bin Daud, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Panji - Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah Peringkat Sekolah Tahun 2023 - Sesi Bergambar - Jamuan - Bersurai


AHLI JAWATANKUASA INDUK PELANCARANDUTASAHSIAHPERINGKATSKP TAHUN2023 PENGERUSI EN. ZUPLI BIN DAUD TIMBALAN PENGERUSI EN. MOHD RIDZUAN BIN RAMLI NAIB PENGERUSI I PN. ROZIHA BINTI IBRAHIM NAIB PENGERUSI II PN. NIK RABIAH BINTI OMAR SETIAUSAHA AHMAD LOTFI BIN MOHAMED AHLI JAWATAN KUASA EN. MOHD NOOR AZAM BIN MOHD ANUAR EN. MUHAMAD HAZRIELNAIN BIN TERMIZI PN. ZUBAIDAH BT HAMAT PN. ROSNILAILA BINTI AHMAD NAWI


AHLI JAWATANKUASA KERJA PELANCARANDUTASAHSIAHPERINGKATSKP TAHUN2023 FLOOR MANAGER En. Ahmad Lotfi bin Mohamed AJK SAMBUTAN Pentadbir Guru Bertugas Guru RMTS GIMIK PELANCARAN Pn. Zubaidah bt Abdullah Cik Zatie Afiqah bt Zulkafli YM Tg Nor Kartini bt Tg Mat AJK BUKU PROGRAM Pn. Rasyidah bt Wahab Pn. Sharifah Nor Hanim Bt Sayed Hassan PEMILIHAN DUTA SAHSIAH Pn. Saniyah bt Ab Rahman Guru Tahun 6 PERSEGARAN VIP Pn. Zubaidah bt Hamat Pn. Wan Khazanah bt Wan Harun Pn. Husnainun bt Hussain PERSIAPAN TEMPAT YM Raja Haris bin Raja Abdullah Pn. Fadhlina bt Che Kob Pn. Nor Ashikin bt Mohamad Nor Pn. Siti Nor Aini bt Salleh Pn. Asiah bt Yusoff PENGACARA MAJLIS Pn. Fathul Warda bt Ab Rahman AJK BACAAN DOA En. Muhamad Hazrielnain bin Termizi AJK SIAR RAYA En. Zailan bin Harun En. Suhaili bin Che Halim AJK KAWALAN MURID Pn. Noraziah bt Yusoff Pn. Salina bt Salim Pn. Haliza bt Othman Pn. Syakirah bt Mohamed Pn. Mazrina bt Zakaria Pn. Nor Aini bt Deraman Pn. Nooriah bt Setapa Cik Rohani bt Husain Semua Guru BANNER /SLIDE En. Mohd Nasir bin Ahmad En. Mohd Nabeil bin Mohamad IKRAR RUKUN NEGARA Cik Zaitil Hulwana bt Mas Hassan AJK FOTOGRAFI En. Mohd Noor Azam bin Mohd Anuar Pn. Siti Azila bt Mohamad PENTAS Pn. Nor Haslina bt Ibrahim Pn. Ros Haizan bt Abdullah Pn. Nurul Azura bt Ismail AJK DOKUMENTASI Pn. Norhayati bt Yaacob


MESEJ DUTA MURID PELANCARANDUTASAHSIAHPERINGKATSKP TAHUN2023 Dalam masyarakat kita, gangguan seksual adalah satu realiti yang tidak boleh diabaikan. Setiap individu berhak merasa selamat dan dihormati, tanpa menghadapi ancaman atau perlakuan seksual yang tidak diingini. Gangguan seksual merosakkan kepercayaan diri, menjejaskan kesihatan mental dan boleh membawa kepada trauma seumur hidup. Kita perlu bersama-sama membentuk masyarakat yang mengutamakan keadilan dan keselamatan. Oleh itu, mari kita tingkatkan kesedaran tentang isu gangguan seksual dan berikan sokongan kepada mangsa untuk melaporkan kes,tersebut. Hal ini, menjadi tanggungjawab kita bersama-sama untuk. menjauhkan diri daripada, budaya yang membenarkan gangguan seksual Sekiranya anda atau seseorang yang anda kenali menjadi mangsa gangguan seksual. jangan berdiam diri. Minta bantuan dari pihak berkuasa terutama PDRM, organisasi sokongan atau keluarga. Kita semua boleh berperanan untuk menghentikan gangguan seksual dan membina masyarakat yang selamat dan berkeadilan. Sehubungan dengan itu, mari bersama-sama melindungi hak asasi setiap individu. PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT BERKAITAN GANGGUAN SEKSUAL. 1. 2. 3.


MESEJ DUTA MURID PELANCARANDUTASAHSIAHPERINGKATSKP TAHUN2023 Adakah anda tahu bahawa buli adalah masalah serius dalam masyarakat kita? Buli tidak hanya merosakkan individu yang terlibat, tetapi juga memberi impak negatif kepada masyarakat secara keseluruhan. Setiap tindakan buli meninggalkan kesan mendalam pada mangsa, meningkatkan risiko masalah kesihatan mental dan boleh mengakibatkan peningkatan kadar ketidakhadiran ke sekolah. Kita semua memiliki tanggungjawab untuk menghentikan buli. Mari kita bersama-sama membentuk masyarakat yang menggalakkan kebaikan, menghormati perbezaan dan memberi sokongan sesama insan. Jika anda menyaksikan atau mengetahui tentang sebarang kejadian buli di sekolah atau asrama, jangan berdiam diri. Laporkan kepada guru untuk tindakan awal atau membantu mangsa dengan memberikan sokongan moral. Oleh itu, mari kita bersatu hati bertindak sebagai masyarakat yang prihatin supaya kita bebas daripada buli. Sekecil-kecil tindakan kita boleh menghalang buli daripada terus berleluasa. Hentikan buli sekarang! PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT BERKAITAN BULI. 1. 2. 3. 4.


Sekalung penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ybrs. Encik Zupli bin Daud, Guru Besar SK Panji, YDH Sarjan Norhaziyati binti Bashri, Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) SK Panji Ybrs. Encik Mohd Satar bin Hussin, YDP PIBG SK Panji Puan Roziha binti Ibrahim, Penolong Kanan Pentadbiran SK Panji, Encik Mohd Ridzuan bin Ramli, Penolong Kanan HEM SK Panji, Puan Nik Rabiah binti Omar, Penolong Kanan Kokurikulm SK Panji, serta Jawatankuasa MAJLIS PELANCARAN DUTA SAHSIAH PEMANGKIN PEMBENTUKAN KARAKTER KARAMAH INSANIAH PERINGKAT SKP TAHUN 2023 yang terlibat sama ada dari segi material, tenaga dan sokongan untuk menjayakan majlis. Semoga kerjasama pelbagai pihak dapat membantu membentuk karakter murid yang karamah insaniah. SEKALUNG PENGHARGAAN


Click to View FlipBook Version