The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitti23-1716, 2023-10-25 12:57:13

Model Montessori

Model Montessori

MARIA MONTESSORI


LATAR BELAKANG Maria Montessori Dilahirkan pada 31 ogos 1870 di Chiaravalle (Ancona) Beliau merupakan seorang pendidik berbangsa itali, saintis, pakar perubatan, ahli falsafah, penyokong gerakan kewanitaan (feminist), seorang humanis dan merupakan pendidik awal kanak-kanak Siswazah wanita pertama yang menerima ijazah daripada sekolah perubatan di universiti ROM Meninggal dunia pada 6 MEI 1952 (81 tahun) di Noorwijk, Natherlands


FALSAFAH Ibu bapa patut diberi latihan dalam perkembangan kanak-kanak dan cara menggunakan pengetahuan ini dalam membimbing anak mereka Terdapat tempoh sensitif yang merupakan masa paling sesuai bagi kanak-kanak menerima maklumat dan konsep tertentu Kanak-kanak mampu melatih diri sendiri dengan bimbingan minimum daripada orang dewasa Maklumat yang diterima melalui deria adalah maklumat asas dalam semua jenis pembelajaran Bahan pembelajaran melatih kanak-kanak berdikari dalam mengurus diri dan persekitarannya melalui pengalaman sebenar dan kegunaan ahan manipulatif dan “betul diri”


Guru dapat meningkatkan pengetahuan mereka melalui pengalaman dengan kanak-kanak Kanak-kanak memerlukan persekitaran dan alat pembelajaran yang tersusun dan bersaiz kanak-kanak Guru perlu menyediakan persekitaran yang lengkap bagi membantu kanak-kanak belajar secara bebas Peranan guru hanya membantu kanak-kanak, bukan memaksa ataupun menentu arah pembelajaran mereka


K O N S E P A S A S D A L A M P E M B E N T U K A N K U R I K U L U M K A N A K - K A N A K P A D A P E R I N G K A T A W A L .


MINDA YANG MUDAH MENYERAP Menurut Montessori, minda kanak-kanak mudah menyerap sesuatu maklumat yang diterima melalui deria mereka, sebelum mereka bersedia untuk diajarkan konsep tersebut. Seorang kanak-kanak mula menyerap kejadian yang berlaku di sekelilingnya dan menyusun pengalaman ini daripada saat kelahiran lagi.


PERSEKITARAN YANG TERSEDIA Persekitaran yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak adalah persekitaran yang lengkap dengan pelbagai bahan yang akan menyokong pembentukan konsep dan pengetahuan kanak-kanak apabila kanak-kanak memerlukannya. Peranan guru adalah menggunakan bahan pembelajaran yang sesuai.


DIDIKAN DIRI Kanak-kanak mampu menjelaskan persepsi mereka dan menyusun pengalaman melalui aktiviti yang sesuai, dengan pelbagai bahan pembelajaran yang menarik. Kanak-kanak berkebolehan menyusun pengetahuan mereka apabila mereka terlibat dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Guru tidak perlu mengajar kanak-kanak secara formal. Tetapi guru perlu mengajar kanak-kanak belajar secara formal dan guru perlu membimbing kanak-kanak untuk membuat pemilihan bahan dan aktiviti.


BAHAN PEMBELAJARAN Guru perlu mengajar cara yang betul untuk mengunakan bahan yang di pilih dalam aktiviti pembelajaran secara bebas dan sukarela. Mengikut Montessori, matlamat kurikulum pada peringkat awal adalah bagi memajukan diri kanak-kanak daripada segi, penumpuan perhatian, kemahiran memerhati, konsep Matematik, kemahiran bahasa, kemahiran menulis dan membaca, kebiasaan dengan seni kreatif, pemahaman berkenaan alam semulajadi, pengalaman, pemahaman berkenaan sains social, kemahiran berfikir secara kritis melalui pengalaman menyelesaikan sesuatu masalah.


TEMPOH SENSITIF Tempoh yang paling sesuai untuk kanak-kanak menguasai sesuatu kemahiran. Tempoh tersebut dapat dikesan apabila kanak-kanak menunjukkan kesediaan dan minat bagi mempelajari sesuatu kemahiran dengan sentiasa menanya soalan dan sentiasa tertarik bagi memerhati dan menyentuh sesuatu bahan pembelajaran


CONTOH BARANGAN MONTESSORI DI PASARAN Geometric Cabinet Sand Paper Numeral Triangular Board


CONTOH BARANGAN MONTESSORI DI PASARAN Printed Numeral Moveable Alphabet Sound Boxes


Click to View FlipBook Version