BAHASA MELAYU
TAHUN 2
TANDA BACA
Disediakan oleh : Cikgu Rizal SKBA
APA ITU TANDA BACA ?
• Tanda baca ialah simbol atau tanda
yang digunakan untuk memberi
isyarat kepada pembaca supaya
melakukan sesuatu dalam ayat .
• Tanda baca diletakkan ditempat-
tempat tertentu dalam ayat
berdasarkan tujuan dan
kesesuaiannya .
Antara tanda baca adalah seperti
berikut :
• Huruf besar ( ABC )
• Tanda noktah atau titik ( . )
• Tanda koma ( , )
• Tanda tanya ( ? )
• Tanda seru ( ! )
• Tanda sempang ( - )
• Tanda petik ( “ ” )
Huruf besar
• Digunakan pada permulaan ayat .
Contoh ayat :
Mereka sedang belajar di perpustakaan .
• Digunakan pada kata nama khas .
1. Nama guru Bahasa Melayu saya ialah Encik
Rizal .
2. Cikgu Rizal berasal dari Kedah .
Tanda noktah ( . )
• Digunakan pada akhir ayat penyata .
1. Pelancong itu dari New Zealand .
2. Hadif sedang melukis gambar keluarganya .
Tanda koma ,
Digunakan untuk mengasingkan frasa dalam
ayat .
• Oleh sebab tergesa-gesa hendak ke sekolah ,
Nani terlupa membawa bekalan makanannya.
Digunakan untuk mengasingkan perkataan yang
berturut-turut dalam ayat .
• Hadif gemar makan laksa , nasi ayam dan
burger .
Tanda tanya ?
Digunakan pada akhir ayat tanya .
Contoh :
1. Siapakah nama guru kelas kamu ?
2. Mengapakah kamu tidak datang ke sekolah
semalam ?
Tanda seru !
Digunakan pada akhir ayat seru .
Contoh :
• Wah , besar sungguh rumah kamu !
• Syabas , kamu telah berjaya !
Tanda sempang -
Semasa menulis kata ganda .
• Guru besar sedang menyampaikan hadiah kepada
murid-murid .
Digunakan untuk memisahkan angka dengan huruf .
• Kami menyambut ulang tahun ayah yang ke-40.
Tanda petik “ ”
• Menunjukkan cakap ajuk .
Contoh :
“ Siapakah yang menelefon kamu tadi ? ” tanya ibu .
• Menunjukkan judul buku , rencana , puisi dan
sebagainya .
Buku yang bertajuk “ Anak Jiranku ” ditulis oleh
penulis terkenal itu .
SEKIAN ,
TERIMA KASIH .