Lorem ipsum BUKU PANDUAN PELAJAR
No. Perkara Halaman 1 Visi, Misi, Objektif, Moto, Logo 1 2 Lirik Lagu MARA 3 3 Lirik Lagu IKM 4 4 Ikrar Pelajar IKM Bintulu 5 5 Kata Alu-Aluan Pengarah IKM Bintulu 6 6 Carta Organisasi Tertinggi IKM Bintulu 7 7 Latar Belakang dan Sejarah IKM Bintulu 8 8 Keistimewaan Menyertai IKM / KKTM 12 9 Syarat Kemasukan dan Cara Memohon 15 10 Peraturan Akademik 20 12 Senarai Kursus 43 13 Etika Pakaian Pelajar 50 14 Kemudahan Prasarana 54 ISI KANDUNGAN
1 Menjadi organisasi amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat martabat bangsa. MISI Membentuk modal insan TVET yang holistik dan berteraskan nilai-nilai keusahawanan. OBJEKTIF VISI I. Menjadi Institusi Pendidikan Tinggi TVET MARA yang unggul berteraskan industri dan teknousahawan. II. Membentuk modal insan TVET yang holistik dan seimbang berteraskan RISE (Religious, Innovative, Skills dan Entrepreneurship). III. Pemangkin dalam revolusi teknologi industri bagi meningkatkan daya saing. IV. Membentuk tadbir urus korporat TVET MARA yang mampan dan dinamik. V. Menjadi institusi pendidikan TVET yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. MOTO
2 LOGO Logo MARA Logo IKM Bintulu Institut Kemahiran MARA Bintulu KM. 20, Jalan Bintulu – Sibu 97000 Bintulu Sarawak +6086-311313 [email protected] +6086-316633 http://bintulu.ikm.edu.my http://instagram.com/ikmbintulu_official/ http://facebook.com/InstitutKemahiran MARABintulu/ @BintuluIkm @ikmbintulu
3 Lirik Lagu MARA Demi satu keunggulan Bangsa yang berdaulat Sebuah lambang menawan puncak jaya Perkasa di persada dunia Obor para cendekia Merentas masa hadapan Usahawan jaya tercipta bahagia Maju MARA maju jaya MARA perkasa, menjunjung amanah rakyat Memayungi bangsa dan negara Bersemangat perintis penuh yakin Demi satu amanah mulia MARA perkasa, menjunjung amanah rakyat Memayungi bangsa dan negara Penuh keyakinan demi satu Amanah mulia… Lagu : Dato’ Mohd Nasir Mohamed Lirik : Mohd Khirin Omar dan Dato’ Mohd Nasir Mohamed 3
4 Lirik Lagu IKM IKM Tercipta Namanya Ilham Pemimpin Negara Memaju Rakyat Bumiputra Memimpin Dalam Kerjaya Aneka Bidang Yang Diusahakan Kemahiran Diutamakan Menempuh Cabaran Meninggikan Nilai Kerja Kami Pelajar Bercita Tinggi Bina Negara Hidup Jaya Berdikari IKM Di seluruh Malaysia Indah Harum Sentiasa Namamu Terpelihara Lambang Cita Bumiputera 4
5 Ikrar Pelajar IKM Bintulu Bahawasanya saya, pelajar Institut Kemahiran MARA Bintulu Dengan penuh kesedaran mengaku Bahawa saya akan sentiasa: Menumpukan taat kepada Raja, negara dan Perlembagaan Malaysia, Bertanggungjawab meninggikan imej IKM, Bertanggungjawab menjadi pelajar yang berdisiplin tinggi, Bertanggungjawab mencapai misi IKM iaitu : Gemilang akademik, Gemilang Ko-Kurikulum, dan Gemilang tatasusila. Dengan ini saya berikrar akan : Mengamal dan menghayati Prinsip-prinsip Rukunegara, Belajar bersungguh-sungguh, Mematuhi peraturan dan undang-undang IKM, Aktif dalam kegiatan IKM, Menghormati ketua dan guru-guru. Sesungguhnya inilah ikrar saya selama saya menuntut, Khususnya di IKM Bintulu. Malaysia negaraku, Sarawak negeriku, IKMku maruahku. 5
6 Kata Alu-Aluan Bismillah Hirrahman Nirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera, Bagi pihak seluruh warga Institut Kemahiran MARA Bintulu (IKM Bintulu), saya mengucapkan Tahniah dan Selamat Datang kepada para pelajar yang terpilih untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sijil dan diploma di salah satu pusat pengajian teknologi kejuruteraan negara ini. IKM Bintulu sangat berbangga menerima kehadiran saudara saudari sebagai warga barunya. IKM Bintulu sentiasa mendukung inisiatif kerajaan membangunkan modal insan kelas pertama yang cemerlang dalam semua aspek bagi membolehkan para pelajar bersaing pelbagai peringkat khasnya dalam bidang teknologi kejuruteraan. Justeru, program yang dirangka dalam silibus akademik melalui aktiviti berpersatuan dan ko-kurikulum menjurus ke arah pembangunan modal insan yang boleh menerajui kemajuan negara. Saya yakin dengan segala kelengkapan prasarana infrastruktur, bengkel dan makmal yang telah disediakan di IKM Bintulu mampu membentuk proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih efektif. Kecemerlangan akan lahir dengan sendirinya sekiranya ilmu dan keikhlasan dihayati dan diamalkan dengan sewajarnya. Dan jika diadunkan pula dengan doa dan tawakkal pada Allah SWT, saya percaya ia mampu melahirkan graduan yang bersahsiah dan memenuhi kehendak pasaran kerja. Sekian. Pengarah Institur Kemahiran MARA Bintulu En. Mohd. Syukri Bin Abdullah 6
1 CARTA ORGANISASI TERTINGGI INSTITUT KEMAHIRAN MARA BINTULU Pengarah En. Mohd. Syukri Bin Abdullah Ketua Program Instrumentasi dan Kawalan En. Zaeimi Bin Sulong@Zakaria Ketua Program Operasi Loji En. Mohd. Hazruwadi Bin Husain Ketua Program Elektrik Ir. Abd. Aziz Bin Dollah Ketua Jabatan Pengajian Am Pn. Insani Ak Genam Ketua Program Fabrikasi En. Muhammad Hanafi Bin Chee Pi Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik Ts. Azman Bin Long Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan & Hal Ehwal Pelajar Pn. Hazliana Binti Sulaiman 7 KETUA PROGRAM & JABATAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA BINTULU
8 10
9 9
10 Latar Belakang dan Sejarah Institut Kemahiran MARA Bintulu Institut Kemahiran MARA (IKM) Bintulu merupakan IKM yang ke -13 ditubuhkan di Malaysia. Kerja pembinaan IKM Bintulu telah bermula pada 12 Januari 2007 dan telah dijalankan oleh pihak kontraktor di bawah kendalian JV Sdn. Bhd. Proses pembinaan telah siap sepenuhnya pada 28 April 2010. Sekitar November 2010, IKM Bintulu telah diserahkan hak milik sepenuhnya oleh Kumpulan Parabena Sdn. Bhd. kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA). Pada 23 Mac 2011, IKM Bintulu telah memulakan operasi pentadbirannya secara rasmi. Sesi pertama pengambilan pelajar telah dijalankan pada 25 Jun 2012. Senarai Nama Perintis IKM Bintulu 1. Puan Insani Anak Genam; Ketua Program Pengajian Am; 04.04.2011. 2. Ts. Safwan Hafizi Bin Masakhoh; Pensyarah Program Loji dan Proses; 04.04.2011. 3. Puan Nurul Basyirah Binti Samat; Pensyarah Program Loji dan Proses; 04.04.2011. 4. Ts. Bonny Jinggut Anak Dominic Merikan; Pensyarah Program Instrumentasi; 04.04.2011. 5. Puan Jeliha Binti Bujang; Pensyarah Program Instrumentasi; 04.04.2011. 6. Puan Aisyah Gwynnie Chembat Akin; Pensyarah Program Elektrik; 04.04.2011. 7. Shamila Sandhu Anak Ludan; Pensyarah Program Fabrikasi (Perpaipan dan Struktur); 20.06.2011. 8. En. Jngalang Anak Unsa; Pegawai Teknologi Maklumat. 9. En. Hanafiah Bin Ibrahim; Kakitangan Pentadbiran. 10. Puan Maria Binti Seruji; Kakitangan Pentadbiran. 8
ISTIME WAANElaun Sara Hidup Yuran Pengajian ditanggung oleh MARA Pengiktirafan TIADA PTPTN MQA KE disediakan bagi mereka yang layak 12
ISTIMEWAANKEBOLEHPASARAN pelajar melebihi 90% dalam industri minyak dan gas Peluang menyambung pelajaran ke Ijazah Sarjana Muda di IPT terpilih KE Berpeluang aktif dalam pelbagai bidang seperti MERTS, Rugbi, Berbasikal, Memanah dan banyak lagi ! Berpeluang mengembangkan bakat KREATIVITI & INOVASI sehingga ke peringkat antarabangsa 13
PELUANG MASA HADAPAN Kerjaya dalam bidang minyak & gas, servis dan baik pulih Menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana dalam bidang yang berkaitan Menjadi usahawan teknikal 14
Syarat Kemasukan ke INSTITUT KEMAHIRAN M A R A
SYARAT KEMASUKAN PROGRAM SIJIL A. SYARAT KEMASUKAN SPM Lulus SPM atau setara dengan sekurang-kurangnya 1. Satu (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran. 2. LULUS Matematik. DAN *Tidak Rabun Warna bagi Program Elektrik. B. SYARAT KEMASUKAN LAIN LULUSAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA ( LULUS Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara. DAN *Tidak Rabun Warna bagi Program Elektrik.
SYARAT KEMASUKAN PROGRAM DIPLOMA A. SYARAT KEMASUKAN SPM LULUS SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mata pelajaran berikut: 1. Matematik 2. Mana-mana satu (1) mata pelajaran mengikut Kumpulan Sains Kumpulan Vokasional Teknologi Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV) 3. Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain DAN LULUS Bahasa Inggeris. DAN *Tidak Rabun Warna bagi Program Elektrik. B. LULUSAN STPM LULUS STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam satu (1) mata pelajaran serta LULUS di peringkat SPM mata pelajaran berikut: 1. Matematik 2. Bahasa Inggeris 3. Mana-mana satu (1) mata pelajaran berkaitan Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV) DAN *Tidak Rabun Warna bagi Program Elektrik.
SYARAT KEMASUKAN PROGRAM DIPLOMA C. LULUSAN STAM LULUS STAM pangkat maqbul DAN LULUS di peringkat SPM bagi mata pelajaran berikut: 1. Matematik 2. Bahasa Inggeris 3. Mana-mana satu (1) mata pelajaran berkaitan Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV) DAN *Tidak Rabun Warna bagi Program Elektrik. D. LULUSAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) / INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN AWAM / SWASTA (ILKA/ILKS) LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi dalam bidang berkaitan dengan PNGK ≥ 2.50. ATAU Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi dalam bidang berkaitan dengan 2.00 ≤ PNGK < 2.50 dengan sekurang-kurangnya 6 bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan. DAN *Tidak Rabun Warna bagi Program Elektrik. E. LULUSAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara dengan memiliki PT3. DAN *Tidak Rabun Warna bagi Program Elektrik. F. PENGAKREDITAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN TERDAHULU (APEL (A)) DAN *Tidak Rabun Warna bagi Program Elektrik.
CARA MEMOHON Layari laman sesawang Hantarkan Salinan berikut: i. Keputusan SPM ii. Kad Pengenalan Pemohon, Ibu & Bapa iii. Surat Beranak Pemohon www.tvetmara.edu.my Hadir terus ke kaunter IKM Bintulu iv. Sijil Akademik & Ko-Kurikulum Yang Berkaitan ’ ATAU http://apponline.mara.gov.my/spupim atau
11 Takrif 1 Pusat Dalam konteks kata ganti nama untuk IKM Bintulu 2 Jabatan Gabungan lebih daripada satu Program 3 Program Susunan modul yang distruktur untuk suatu tempoh tertentu dan peringkat pembelajaran bertujuan mencapai hasil pembelajaran yang telah ditentukan dan yang lazimnya menjurus kepada penganugerahan suatu kelayakan. 4 Kursus Mata pelajaran dalam kurikulum program yang mempunyai kod tersendiri. 5 Ketua Program Individu yang dilantik sebagai ketua yang bertanggungjawab untuk mengurus sesuatu program. 6 Ketua Jabatan Individu yang dilantik sebagai ketua yang bertanggungjawab untuk mengurus sesuatu jabatan. 7 Senat BKT Jawatankuasa tertinggi peringkat BKT yang bertanggungjawab untuk mengesahkan penilaian dan persijilan. 8 Senat IKM Jawatankuasa tertinggi peringkat institusi yang bertanggungjawab dalam hal-hal penilaian dan persijilan. 9 Jawatankuasa Akademik Jawatankuasa yang dilantik untuk bertanggungjawab dalam hal ehwal akademik. 10 Penasihat Akademik Individu yang dilantik dan diberi tanggungjawab untuk membimbing dan menasihati pelajar dari aspek akademik dan beliau adalah mentor pelajar tersebut. 11 Pelajar kanan Pelajar yang telah mengikuti sekurang-kurangnya satu (1) semester di institusi. 12 SPP SPP (Seksyen Penilaian dan Persijilan) adalah unit yang bertanggungjawab menguruskan hal-hal berkaitan penilaian & persijilan di BKT. 13 UPP UPP (Unit Penilaian dan Persijilan) adalah unit yang bertanggungjawab menguruskan hal-hal berkaitan penilaian & persijilan di institusi. 14 CGPA Cumulative Grade Point Average, Nilai Purata Gred Kumulatif; adalah purata nilai gred kumulatif yang diperolehi bagi semua semester yang telah diikuti. 15 GPA Grade Point Average, Nilai Purata Gred; adalah purata nilai gred yang diperolehi dalam sesuatu semester. 16 BKT Bahagian Kemahiran dan Teknikal 17 Kredit Nilai yang diberikan kepada setiap kursus berdasarkan jam belajar pelajar (Student Learning Time, SLT). 18 Jumlah Kredit Jumlah kredit yang diambilkira dalam pengiraan GPA dan CGPA. 19 Kredit Kira Kredit yang diambil kira dalam pengiraan GPA dan CGPA. 20 Kredit Dapat Jumlah kredit yang diperoleh pelajar bagi kursus yang lulus. 21 Gred Tahap pencapaian dalam bentuk abjad bagi kursus yang didaftarka 22 Mata Nilai yang diberikan mengikut gred. 23 Nilai Hasil darab mata dan kredit kira. 24 Penyata Pencapaian Keputusan pencapaian akademik bagi setiap semester. 25 PnP Pengajaran dan pembelajaran
20 PN. UMIE AQILAH ZUHAYR BINTI ZAINUDIN CIK SENORITA LOKIE ANAK TUNGGAU PN. NURFATIN AMIRA BINTI ROSLI PEGAWAI KAUNSELING DAN KERJAYA PEGAWAI PERHUBUNGAN INDUSTRI PEGAWAI PERPUSTAKAAN EN. MOHD SYUKRI BIN ABDULLAH PENGARAH PN. HAZLIANA BINTI SULAIMAN TIMBALAN PENGARAH KHIDMAT PENGURUSAN DAN HAL EHWAL PELAJAR EN. AZMAN BIN LONG AKADEMIK TIMBALAN PENGARAH HAL EHWAL PENTADBIRAN STAF Barisan
21 PUAN NORAZIMAH BINTI MAHMOOD EN. IZDIHAR NIFAIL BIN LATEM EN. JNGALANG ANAK UNSA PENOLONG PEGAWAI TADBIR PENOLONG JURUTERA PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT EN. MOHAMMAD HISHAM BIN JAPRIE EN. MOHD. FADZIL BIN BASRAH CIK JOANA NGILO PENJAGA JENTERA ELEKTRIK JURUTEKNIK KOMPUTER EN. HANAFIAH BIN IBRAHIM PN. LIZA BINTI SULAIMAN EN. APPANDI BIN UMAR EN. NUR HAIDIR BIN RAZALI EN. MOHD SHAHFIAR BIN MOHD AMIN PN. NUR FAIZAH BINTI SERI
22 PN. MARIA BINTI SERUJI EN. AMRI FATHRI BIN MOHD. RETHUAN PN. DIANA MASTURA BINTI AHMAD EN. MOHAMAD BIN WAGIMIN EN. PRESLY SULANG ANAK ELISHA EN. MOHAMAD FATHI BIN MATNOR
23 PROGRAM OPERASI LOJI (DOL) EN. MOHD HAZRUWADI BIN HUSAIN EN. SAFWAN HAFIZI BIN MASAKHOH PN. NURUL BASYIRAH BINTI SAMAT KETUA PROGRAM PLV PLV EN. SAPARUDIN BIN WASIMIN EN. MICHAEL ANAK JANGI EN. MUHAMMAD 'AIZAT BIN PAIMAN PLV PLV PLV CIK DAYANGKU NUR HAMIZA BINTI AWANG KEDARI EN. MOHAMMAD SUKRI BIN SAINI PLV
24 PROGRAM INSTRUMENTASI DAN KAWALAN (DIK) EN. ZAEIME BIN SULONG @ ZAKARIA PN. JELIHA BINTI BUJANG EN. BONNY JINGGUT ANAK DOMINIC MERIKAN KETUA PROGRAM PLV PLV EN. AZIZUN NUSDIN BIN AZIZI PN. NUR ATIQAH BINTI ADON PN. JOANA PHILLIPE ANAK POLYCARP PLV PLV PLV EN. HUSIN BIN MAHMAD PN. NURAISYHAH BINTI AZHAR EN. ABANG NUR SALIHIN BIN ABANG AZMI PLV PLV PPLV
25 PROGRAM ELEKTRIK (SPE & DEE) IR. TS. ABD AZIZ BIN DOLLAH PN. AISYAH GWYNNIE CHEMBAT AKIN EN. MOHD ZUHAILI B ZULFINAINI KETUA PROGRAM PLV PLV EN. ZAINUL IDLAN BIN KOMAR EN. ROSLAN BIN SALLEH EN. MOHD KHUSAIRIE BIN CHE PA PLV PLV PLV EN. MUHAMMAD RIZZUWAN BIN ABDUL WAHID EN. KENNETH MAJIT ANAK EDMUND NGUMBANG PN. WENNY RUMY ANAK UPKLI PLV PLV PLV CIK SYARAFINA BINTI KAMEL
26 PROGRAM FABRIKASI PERPAIPAN (SFP) EN. MUHAMMAD HANAFI BIN CHEE PI PN. SHAMILA SANDHU ANAK LUDAN EN. MULIA ANAK BUKONG KETUA PROGRAM PLV PLV EN. TIMOTHY PAUL ANAK BERUIN EN. MELVIN SEAN ANAK JOSEPH EN. MOHD LUQMAN BIN HARUN PLV PLV PLV EN. MOHD AZHAAFI BIN MOHD IKHSAN EN. MOHAMAD NAZRE BIN MOHAMAD NOOR PLV
27 PROGRAM FABRIKASI STRUKTUR (SFS) EN. MUHAMMAD HANAFI BIN CHEE PI EN. ASRUL BIN ABD RAHMAN PN. NORMALA BINTI IBRAHIM KETUA PROGRAM PLV PLV EN. SYED RAMZI BIN WAN MADEHI PN. SUZILAPATINI BINTI KASSIM EN. SYAHRUL AZLAN BIN MOHD KASSIM PLV PLV PLV EN. MOHAMAD HAZIQ HILMI BIN MOHAMAD ZAINI PLV
28 JABATAN PENGAJIAN AM PN. INSANI ANAK GENAM EN. NICHOLAS ANAK REKAN CIK KARTINI BINTI KADERI KETUA JABATAN PENSYARAH MATEMATIK PENSYARAH BAHASA INGGERIS EN. MOHAMMAD BIN MUAI PN. NUR MAHIZON BINTI MUSA PN. AZHANI BINTI MOHAMAD UTAMA PENSYARAH KEUSAHAWANAN PENSYARAH MATEMATIK PENSYARAH MATEMATIK EN. AIMAN HAZIM BIN ROOSLI EN. MUHAMMAD FIRDAUS BIN ZUBIR EN. NASRULLAH BIN MOHD. SALLEH PENSYARAH KEUSAHAWANAN PENSYARAH PENGAJIAN ISLAM & MORAL PENSYARAH PENGAJIAN ISLAM & MORAL RAZALI BIN MORSHIDI PENSYARAH BAHASA KEBANGSAAN
29 KALENDAR AKADEMIK Kalendar akademik untuk sesi pengajian biasanya adalah disediakan bagi sesi Januari – Jun dan Julai – Disember setiap tahun. Oleh kerana negara mengalami masalah yang melanda berkaitan virus Covid-19, jadual akademik telah diubahsuai mengikut ketetapan uang disediakan oleh pihak pengurusan tertinggi MARA iaitu pada November – April dan Mei – Oktober (perubahan yang diterima setakat ini). PERKARA MINGGU Pendaftaran Pelajar Baharu Minggu Orientasi Pelajar Baharu Pendaftaran Pelajar Lama Minggu 1 Latihan Industri Minggu 1- 20 Pembelajaran dan Pengajaran Minggu 1 - 10 Minggu Aktiviti Pelajar Minggu 11 Minggu Pembelajaran dan Penilaian Peperiksaan Minggu 12 - 19 Minggu Ulangkaji Minggu 20 Minggu Peperiksaan Minggu 21 - 23 Pra-Senat Pusat Minggu 24 Senat Minggu 25 Cuti Semester Minggu 24 - 26 Walaubagaimanapun, saranan Kerajaan Malaysia untuk mengurangkan pertemuan secara bersemuka (face to face) bersama pelajar untuk mengurangkan risiko penyebaran virus Covid19, maka proses pembelajaran secara atas talian dilaksanakan untuk tempoh 10 hingga 14 minggu dan selebihnya para pelajar dikehendaki hadir ke pusat untuk menyempurnakan praktikal amali. AKADEMIK Peraturan
30 Berikut adalah maklumat daripada Buku Peraturan Akademik KKTM, MJII dan IKM Edisi 4 2019: 1.0 KOMPONEN PENGAJIAN Komponen pengajian terbahagi kepada: 1.1 Modul Wajib Modul wajib adalah komponen pengajian yang ditawarkan bagi memenuhi keperluan struktur program MQA. Tiga modul wajib komponen pengajian ialah: 1.1.1 Keperluan Nasional – Pengajian Malaysia, Pengajian Islam, Pendidikan Moral. 1.1.2 Keperluan MARA – Ko-kurikulum. 1.1.3 Pembangunan Peribadi – Bahasa Inggeris 1.2 Modul Teras Modul wajib adalah komponen pengajian yang ditawarkan bagi memenuhi keperluan struktur program. Dua modul teras komponen pengajian ialah: 1.2.1 Teras Umum – Kursus teknikal yang diwajibkan (contoh: Mathematics, Engineering Science, Engineering Materials, Modul Pembangunan Professional – contoh: Keusahawanan, Project Management, Architectural Practice, OSHA). 1.2.2 Teras Disiplin – Kursus teras yang diwajibkan dalam sesuatu program sama ada khusus kepada program berkenaan atau kursus yang diguna pakai oleh beberapa program dalam kluster yang sama. 1.3 Ko-kurikulum Kokurikulum adalah aktiviti badan beruniform dan bukan beruniform yang diluluskan oleh BKT. Pelajar wajib mengambil satu kursus Kokurikulum pada semester 1 dan 2 dan hanya dibenarkan mendaftar satu kursus Kokurikulum sahaja pada satu-satu semester (kecuali mengulang). 1.4 Latihan Industri Latihan industri adalah satu latihan di mana pelajar diberi pendedahan kepada suasana pekerjaan sebenar sama ada di agensi kerajaan atau swasta yang berkaitan dalam tempoh yang telah ditetapkan dengan syarat. Hanya pelajar yang telah lulus semua penilaian kursus dibenarkan menjalani latihan industri. 1.5 Kemahiran Insaniah Kemahiran Insaniah merupakan penbangunan insaniah pelajar yang diterapkan dan dinilai secara berterusan sepanjang tempoh pengajian.
31 2.0 KEPERLUAN KREDIT 2.1 Kredit 2.1.1 Kredit bermaksud pemberian dan pengakuan yang bersesuaian dengan proses pembelajaran yang telah dilalui oleh pelajar. 2.1.2 Setiap kursus mempunyai kredit yang tertentu seperti yang terkandung dalam Silibus Program Tahap Sijil & Diploma oleh Senat BKT. Jumlah kredit yang disyaratkan bagi setiap program adalah seperti berikut dalam Jadual 1. Jadual 1: Jumlah kredit yang disyaratkan Tahap Kredit Minimum Diploma 90 Sijil 60 2.2 Beban Kredit Bagi Satu Semester 2.2.1 Beban kredit pelajar bagi satu semester ialah seperti di Jadual 4. 2.3 Kredit Kursus Gagal 2.3.1 Pelajar yang gagal dalam sesuatu kursus hendaklah mengambil semula kursus berkenaan dengan cara mengulang kursus tersebut pada semester berikutnya yang ditawarkan sehingga lulus. 2.3.2 Bagi tujuan pengiraan GPA dan CGPA, mata nilai terakhir kursus yang diulang akan diambil kira. 3.0 TEMPOH PENGAJIAN 3.1 Tempoh pengajian program perdana sepenuh masa adalah di antara 1 hingga 3 tahun mengikut syarat yang telah ditetapkan bagi program berkenaan. 3.2 Tempoh maksimum pengajian adalah seperti Jadual 2. Jadual 2: Tempoh Maksimum Pengajian Tempoh Pengajian Maksimum 1 tahun 3 tahun 1.5 tahun 3.5 tahun 2 tahun 4 tahun 2.5 tahun 4.5 tahun 3 tahun 5 tahun
32 4.0 SESI AKADEMIK Sesi akademik Program Sijil dan Diploma adalah 18 minggu. Pembahagian aktiviti mengikut minggu adalah seperti Jadual 3. Jadual 3: Sesi Akademik 18 Minggu (Setahun) SESI 1 AKTIVITI MINGGU BILANGAN MINGGU Pembelajaran / Penilaian 1 – 10 10 Minggu Aktiviti (Tertakluk kepada pindaan) 11 1 Pembelajaran/Penilaian 12 - 19 8 Minggu Ulangkaji 20 1 Peperiksaan Akhir 21 - 23 3 Cuti Semester 24 - 26 3 SESI 2 Pembelajaran / Penilaian 1 – 10 10 Minggu Aktiviti (Tertakluk kepada pindaan) 11 1 Pembelajaran/Penilaian 12 - 19 8 Minggu Ulangkaji 20 1 Peperiksaan Akhir 21 - 23 3 Cuti Semester 24 - 26 3 JUMLAH 52
33 5.0 PENDAFTARAN 5.1 Pendaftaran Program 5.1.1 Pendaftaran program adalah diwajibkan kepada semua pelajar pada setiap awal semester mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh institusi. 5.1.2 Setiap pelajar wajib mendaftar program bagi setiap semester sehingga tamat pengajian dalam tempoh maksimum yang dibenarkan. 5.1.3 Pelajar yang mendaftar lewat kurang dari tiga (3) hari dari tarikh pendaftaran yang ditetapkan, akan dikenakan denda. (Rujuk Lampiran 1: Jadual 12 - Senarai Kadar Bayaran) 5.1.4 Pelajar yang mendaftar lewat lebih dari tiga (3) hari dari tarikh pendaftaran yang ditetapkan, akan dikenakan denda dan dirujuk kepada Jawatankuasa Tatatertib. 5.1.5 Pelajar kanan yang berstatus tangguh pengajian / digantung pengajian WAJIB membuat pendaftaran semula pada awal semester berikutnya mengikut tarikh yang ditetapkan oleh institusi. 5.2 Pendaftaran Kursus 5.2.1 Pelajar diwajibkan mendaftar setiap kursus yang ditawarkan pada awal semester setiap sesi pengajian. 5.2.2 Pendaftaran kursus hendaklah dibuat pada minggu pertama mengikut tempoh pendaftaran yang telah ditetapkan oleh pihak institusi dengan kelulusan Ketua Jabatan/ Program. 5.2.3 Pelajar boleh dikenakan denda jika mendaftar kursus selepas minggu pertama sesi pengajian tanpa sebab-sebab yang boleh diterima oleh Jawatankuasa Akademik. (Rujuk Lampiran 1: Jadual 12 - Senarai Kadar Bayaran) 5.2.4 Pelajar perlu menyelesaikan bayaran denda yang berkaitan sebelum dibenarkan mendaftar kursus pada sesi berkenaan. (Rujuk Lampiran 1: Jadual 12 - Senarai Kadar Bayaran) 5.2.5 Bagi mana-mana kursus yang mempunyai pra-syarat, pelajar perlu lulus kursus pra-syarat sebelum mendaftar kursus berikutnya KECUALI bagi pelajar semester terakhir sebelum menjalani Latihan Industri yang masih mempunyai kursus tertunggak tertakluk kelulusan Jawatankuasa Akademik. 5.2.6 Pelajar kanan yang berstatus mengulang kursus atau mempunyai kursus tertunggak WAJIB membuat pendaftaran kursus pada minggu pertama sesi pengajian.
34 5.3 Penangguhan Kursus 5.3.1 Ketua Jabatan/Program boleh memohon penangguhan penawaran kursus bagi sesuatu program atas sebab-sebab yang munasabah. 5.3.2 Permohonan penangguhan kursus perlu mendapat pengesahan Timbalan Pengarah (HEA) dan tertakluk kepada kelulusan Pengarah institusi serta perlu dimaklumkan kepada Pengarah BKT. 5.3.3 Kelulusan penangguhan kursus hanya sah pada semester yang dimohon sahaja. 5.3.4 Bagi kes penangguhan kursus pelajar tidak perlu didaftarkan kursus tersebut. 5.3.5 Penangguhan kursus boleh dimohon selewatlewatnya sehingga minggu ke tiga (3) semester bermula. 5.4 Penambahan Kursus 5.4.1 Pelajar dibenarkan menambah mana-mana kursus atas sebab-sebab yang munasabah dengan kelulusan Timbalan Pengarah (HEA) selewat-lewatnya pada minggu ke dua (2) sesi pengajian. Kursus tersebut perlu didaftarkan menggunakan Borang Pendaftaran Kursus seperti di Lampiran 2. 5.4.2 Kebenaran untuk pelajar menambah kursus tertakluk kepada jumlah kredit maksimum per semester yang dibenarkan. 5.5 Pengguguran Kursus 5.5.1 Pelajar boleh menggugurkan mana-mana kursus yang telah didaftarkan atas sebab-sebab yang munasabah tertakluk kepada kelulusan Timbalan Pengarah (HEA) selewat-lewatnya pada minggu ke empat (4) sesi pengajian. 5.5.2 Kursus yang digugurkan tidak akan didaftarkan pada semester berkenaan. 5.6 Tarik Diri Kursus 5.6.1 Pelajar dibenarkan menarik diri dari mana-mana kursus yang telah didaftarkan dengan alasan yang munasabah dan mendapat kelulusan Timbalan Pengarah (HEA) selewat-lewatnya pada minggu ke-12 sesi pengajian 5.6.2 Kebenaran untuk pelajar menarik diri tertakluk kepada jumlah kredit minimum per semester yang dibenarkan. 5.6.3 Gred WD akan dicatatkan pada status pendaftaran kursus dan slip keputusan akademik pelajar. Walaubagaimana pun gred tidak akan diambil kira dalam pengiraan GPA dan CGPA dan pelajar dikehendaki
35 membayar denda apabila ingin mendaftar kursus berkenaan pada sesi berikutnya. 5.7 Pertukaran Program Pengajian 5.7.1 Permohonan pertukaran program perlu dikemukakan dalam tempoh dua (2) minggu setelah sesi pengajian bermula tertakluk kelulusan Pengarah Institusi. 5.7.2 Bagi pertukaran program dalam bidang kluster yang sama, rekod akademik pelajar digunapakai dan pengajian pelajar dikira berterusan dengan syarat telah mengikuti pengajian tidak melebihi tiga (3) semester. 5.7.3 Pertukaran program hanya dibenarkan sekali sahaja sepanjang pengajian.
36 6.0 KEPERLUAN / SISTEM KREDIT 6.1 Kredit 6.1.1 Kredit bermaksud pemberian dan pengakuan yang bersesuaian dengan proses pembelajaran yang telah dilalui oleh pelajar. Secara umumnya menurut norma yang digunapakai oleh MQA, seseorang pelajar yang melalui proses pembelajaran selama 40 jam dalam satu semester yang bersesuaian dengan hasil pembelajaran program akan dianugerahkan satu (1) kredit. (Rujuk Buku Dasar Pembangunan Kurikulum Edisi 3). 6.2 Penetapan Kredit 6.2.1 Penetapan kredit bagi sesuatu kursus dikira berdasarkan jam belajar pelajar(Student Learning Time, SLT) dibahagikan dengan Notional Standard. 6.2.2 SLT mengambil kira jumlah jam pertemuan rasmi secara bersemuka (Face to Face-FTF) dan jumlah jam pembelajaran tidak bersemuka (None Face to Face-NFTF). 6.3 Beban Kredit Bagi Satu Semester 6.3.1 Beban kredit pelajar bagi satu semester ialah seperti di Jadual 4. Jadual 4 Status Kedudukan Gred Mata Jumlah Kredit Minimum Maksimum Kedudukan Baik (KB) CGPA ≥ 2.00 12 20 Kedudukan Bersyarat (KS) 1.70 ≤ CGPA < 2.00 8 12 6.3.2 Pelajar yang membawa beban kredit yang melebihi kredit maksimum perlu mendapat kelulusan Senat BKT. 6.3.3 Beban kredit minimum per semester tidak terpakai ke atas pelajar yang masih mempunyai kursus tertunggak sebelum menjalani Latihan Industri. Kredit = Jumlah SLT 40 SLT = FTF + NFTF
37 6.4 Perpindahan Kredit 6.4.1 Pelajar dibenarkan untuk memohon pindah kredit secara menegak (vertical). 6.4.2 Pindah kredit secara menegak (vertical) adalah proses memindahkan kredit kursus yang telah diambil oleh pelajar dalam sesuatu program ke program lain, yang membawa kepada penganugerahan kelayakan yang ditawarkan oleh institusi yang sama atau institusi yang berbeza. 6.4.3 Proses ini membolehkan kredit bagi kursus tersebut dikira sebagai sebahagian daripada keperluan kredit bergraduat program yang diikuti sekarang. Pada asasnya, kursus yang boleh dipindahkan kredit adalah kursus yang setara dan boleh membawa kepada penganugerahan kelayakan. 6.4.4 Pelajar boleh memohon perpindahan kredit sesuatu kursus dengan syarat: 6.4.4.1 Kursus tersebut telah diambil dan lulus di Institut Pengajian Tinggi (IPT) lain yang dibenarkan dalam tempoh pengajiannya di institusi; dan 6.4.4.2 Kursus yang dimohon untuk dipindahkan kredit mestilah daripada program pengajian yang telah mendapat Perakuan Akreditasi daripada MQA. 6.4.4.3 Pindah kredit hendaklah berasaskan kepada pemetaan kandungan antara kursus kepada kursus (course to course mapping) dan tertakluk kepada syarat umum pindah kredit iaitu: i. Gred minimum kursus yang boleh dipindah kredit adalah Gred C. ii. Kesetaraan antara kandungan mestilah tidak kurang daripada 80%. iii. Pindah kredit daripada kursus yang digabungkan boleh dipertimbangkan dengan maksimum kursus yang digabungkan adalah dua (2) kursus sahaja. iv. Nilai kredit kursus bagi program terdahulu (termasuk kursus yang digabungkan) mestilah sama atau lebih dengan nilai kredit kursus bagi program yang diikuti. 6.4.4.4 Permohonan perpindahan kredit perlu mendapat kelulusan Jawatankuasa Akademik. 6.4.4.5 Proses pindah kredit membolehkan kredit bagi kursus tersebut dikira dalam keperluan kredit bergraduat program yang baharu, tetapi gred kursus berkenaan tidak diambil kira dalam pengiraan PNG (GPA) dan PNGK (CGPA). 6.4.4.6 Pelaksanaan pindah kredit adalah berdasarkan permohonan pelajar dan kelulusan Jawatankuasa Akademik di peringkat institusi. Permohonan ini hanya dibenarkan sekali sahaja dalam tempoh pengajian dan tidak dibenarkan memohon bagi semester terdahulu/yang telah dilalui.
38 6.4.4.7 Permohonan hendaklah dilakukan pada minggu pertama dalam semester pengajian. 6.4.4.8 Keputusan permohonan pindah kredit mestilah dimaklumkan kepada pelajar selewat-lewatnya pada minggu ketiga dalam semester pengajian. 6.4.4.9 Sehingga keputusan berkaitan pindah kredit dikeluarkan, pelajar perlu mengikuti kursus-kursus yang berkaitan seperti yang telah dijadual untuk mereka. 6.4.4.10 Pindah kredit dibenarkan dengan maksimum 30% daripada jumlah kredit program yang diikuti. 6.4.4.11 Keutamaan pindah kredit diberikan kepada kursus dari semester/tahun yang rendah terlebih dahulu (jika jumlah keseluruhan pindah kredit yang layak bagi pelajar berkenaan melebihi 30% daripada jumlah kredit program). 6.4.4.12 Pindah kredit tidak dibenarkan bagi kursus-kursus berikut: i. Pengajian Malaysia ii. Bahasa Inggeris iii. Pengajian Islam / Pendidikan Moral iv. Kokurikulum v. Keusahawanan vi. Matematik vii. Projek Tahun Akhir viii. Latihan Industri
39 7.0 PENANGGUHAN PENGAJIAN Pelajar boleh memohon untuk menangguhkan pengajian atas alasan yang munasabah dengan mendapat kelulusan daripada Pengarah institusi dan dimaklumkan kepada Pengarah BKT dengan syarat penangguhan tersebut tidak melebihi dua (2) semester. 7.1 Permohonan penangguhan melebihi dua (2) semester, tertakl kepadapertimbangan dan kelulusan Pengarah BKT. 7.2 Tempoh maksimum penangguhan pengajian yang dibenarkan hanya empat (4) semester sahaja samada secara berasingan atau terkumpul. 7.3 Tempoh penangguhan semester akan diambil kira dalam bilangan tempoh maksimum pengajian. 8.0 KEDUDUKAN GAGAL 8.1 Pelajar yang telah mendapat status Kedudukan Gagal (KG) tidak dibenarkan untuk menyambung pengajian atau memohon semula program pengajian yang sama pada masa akan datang. 8.2 Pelajar berstatus KG yang berhasrat untuk mengikuti program pengajian lain boleh memohon kemasukan ke bidang/program pengajian tersebut selepas tempoh 6 bulan daripada keputusan Kedudukan Gagal diperolehi. 9.0 KEHADIRAN 9.1 Pelajar wajib hadir di setiap pertemuan pengajaran dan pembelajaran (PnP) yang telah ditetapkan. 9.2 Pensyarah bertanggungjawab mencatat kehadiran setiap pelajar bagi setiap pertemuan pengajaran dan pembelajaran (PnP). 9.3 Pelajar yang tidak mencapai syarat kehadiran sebagai mana ditetapkan dalam Jadual 5 akan disekat daripada menduduki Peperiksaan Akhir atau Tugasan Akhir (bagi kursus berasaskan 100% kerja kursus) dan diberi Gred WX. 9.4 Pemberian Gred WD dan WX dalam kes kehadiran adalah seperti Jadual 5. Jadual 5 Perkara Syarat Gred Syarat Tambahan Cuti dengan kebenaran Kehadiran < 80% WD Tiada Cuti tanpa kebenaran Kehadiran < 90% WX Tiada Cuti dengan kebenaran + Cuti tanpa kebenaran Kehadiran < 80% WD Cuti tanpa kebenaran tidak melebihi 10% 9.5 Pelajar yang tidak menghadiri pertemuan PnP yang ditetapkan atas kebenaran Pengarah KKTM/IKM bagi tujuan khas melebihi 20% atau dalam
40 tempoh empat minggu berturut-turut atau yang lebih rendah perlu mendapatkan kelulusan daripada Senat BKT. Cara Pengiraan Peratus Ketidakhadiran: Contoh: • Untuk kursus Workshop Practice, jumlah jam pertemuan seminggu adalah 4 jam seminggu. • Jumlah keseluruhan jam untuk satu (1) semester: 4 jam per minggu x 18 minggu = 72 jam. • Kegagalan hadir sehari (tanpa alasan munasabah): 4 jam x 100% = 5.6% 72 jam • Surat Amaran Pertama akan diberi jika peratus ketidakhadiran > 3% tanpa alasan munasabah. • Surat Amaran Kedua akan diberi jika peratus kehadiran > 6% tanpa alasan munasabah. • Surat Amaran Ketiga akan diberi jika peratus kehadiran > 10% tanpa alasan munasabah dan DISEKAT memasuki peperiksaan akhir. 10.0 PENILAIAN Semua penilaian setiap kursus dibuat secara berkala dan berterusan dalam tempoh minggu pembelajaran sesuatu semester menurut kaedah yang ditetapkan oleh Senat BKT. Penilaian setiap kursus adalah terdiri daripada kerja kursus dan peperiksaan akhir. 10.1 Kerja Kursus 10.1.1 Semua kerja kursus wajib diselesaikan sebelum minggu Peperiksaan Akhir. 10.1.2 Pelajar yang tidak menduduki mana-mana penilaian berterusan yang ditetapkan walaupun jumlah keseluruhan markah melebihi gred lulus minimum kursus berkenaan akan diberi gred WA. (Rujuk Jadual 8). 10.1.3 Pelajar yang memperolehi gred WA bagi sesuatu kursus, wajib mendaftar dan menduduki semula mana-mana penilaian yang tidak lengkap bagi kursus berkenaan. 10.1.4 Keputusan penilaian kerja kursus perlu dimaklumkan kepada pelajar sebelum minggu peperiksaan akhir bermula. 10.2 Peperiksaan Akhir Pelajar wajib menduduki Peperiksaan Akhir bagi semua kursus yang ditetapkan. Peperiksaan Akhir hendaklah dijalankan dalam tempoh yang ditetapkan dan mengikut Buku Panduan Dasar Pentaksiran dan Penilaian.
41 10.3 Mengulang Kursus 10.3.1 Pelajar yang gagal dalam sesuatu kursus hendaklah mengulang kursus tersebut sehingga lulus dengan syarat menepati had maksimum tempoh pengajian. 10.3.2 Pelajar yang mengulang kursus perlu mengikuti kelas dan menduduki semua penilaian yang disyaratkan bagi kursus tersebut. 10.4 Peperiksaan Khas 10.4.1 Peperiksaan khas ditakrifkan sebagai peperiksaan yang diduduki oleh pelajar tertentu atas kes-kes seperti berikut: a. Pelajar yang tidak dapat menduduki Peperiksaan Akhir semester kerana disahkan sakit/tidak upaya oleh pegawai perubatan dari hospital kerajaan/pusat perubatan yang diiktiraf. b. Bagi pelajar dalam kategori ini, gred yang diperolehi adalah gred sebenar yang dicapai oleh pelajar tersebut dengan mengambil kira penilaian berterusan. ATAU c. Pelajar yang tidak memenuhi syarat untuk menjalani Latihan Industri tertakluk kepada gagal satu (1) kursus sahaja (kecuali gred WX dengan syarat kursus berkenaan telah diduduki oleh pelajar tersebut di semester sebelum Latihan Industri dijalankan. Bagi pelajar dalam kategori ini, gred maksimum yang boleh dicapai adalah gred lulus minimum mengikut kursus tersebut dan disahkan oleh Senat BKT. ATAU Peperiksaan khas bagi tujuan lain dalam keadaan luar biasa seperti bencana alam, wabak penyakit atau kes-kes darurat tertakluk kepada kelulusan Senat IKM dengan mengemukakan dokumen pengesahan pihak berkuasa tempatan. Bagi pelajar dalam kategori ini, gred yang diperolehi adalah gred sebenar yang dicapai oleh pelajar tersebut dengan mengambil kira penilaian berterusan. ATAU i. Peperiksaan khas untuk tujuan memperbaiki CGPA bagi pelajar yang mendapat Keputusan Bersyarat (KS) di semester akhir. Bagi pelajar dalam kategori ini hanya dibenarkan mengambil maksimum 12 kredit sahaja dari mana-mana kursus yang mendapat gred C+, C atau C- sahaja dengan persetujuan Penasihat Akademik dan mendapat kelulusan Ketua Jabatan berkenaan.
42 Bagi pelajar dalam kategori ini, gred yang diperolehi adalah gred sebenar yang dicapai oleh pelajar tersebut tanpa mengambil kira penilaian berterusan. ii. Peperiksaan khas perlu dilaksanakan dalam tempoh dua (2) minggu selepas Senat BKT bersidang. iii. Pihak institusi perlu mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Senat BKT sebelum peperiksaan khas dikendalikan. 10.5 Kebenaran Menduduki Peperiksaan i. Pelajar perlu menerima Slip Kelayakan Menduduki Peperiksaan daripada UPP sebelum peperiksaan akhir semester bermula. ii. Pelajar diwajibkan membawa Slip Kelayakan Menduduki Peperiksaan dan dokumen pengenalan diri pada setiap sesi peperiksaan dijalankan. Kegagalan membawa dokumen tersebut ke dalam dewan atau bilik peperiksaan boleh mengakibatkan pelajar tidak dibenarkan menduduki peperiksaan. 10.6 Keputusan Peperiksaan i. Keputusan akan dikeluarkan dalam bentuk Penyata Pencapaian (Achievement Slip) bagi setiap semester yang mencatatkan rekod pencapaian akademik. ii. Penyata Pencapaian pelajar akan diedarkan pada minggu pertama sesi pengajian berikutnya kecuali pelajar yang mendapat KEDUDUKAN GAGAL (KG). iii. Pelajar yang mendapat keputusan KEDUDUKAN GAGAL (KG), perlu dimaklumkan keputusannya sebelum sesi pengajian berikutnya bermula setelah mendapat pengesahan Senat BKT. iv. Transkrip hanya akan dikeluarkan kepada pelajar yang bergraduat sahaja. v. Tarikh graduasi pelajar pada skrol adalah mengikut tarikh hari pertama Senat BKT bersidang. 10.7 Penyemakan Semula Keputusan 11.7.1 Pelajar boleh membuat permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan akhir bagi kertas teori/amali dengan kadar bayaran seperti yang telah ditetapkan. (Rujuk Jadual 12: Senarai Kadar Bayaran).
43 11.7.2 Permohonan penyemakan markah hanya boleh dibuat dalam tempoh dua (2) minggu selepas sesi pembelajaran bermula. 11.7.3 Keputusan penyemakan semula yang disahkan oleh Senat BKT adalah muktamad. 10.8 Salah Laku Peperiksaan 10.8.1 Pelajar tidak boleh melakukan mana-mana salah laku peperiksaan seperti berikut: 10.8.1.1 Memberi, memiliki atau menerima sebarang maklumat dalam bentuk elektronik, bahan bertulis, bercetak, alat atau objek yang dilarang daripada mana-mana pihak semasa peperiksaan dijalankan tanpa kebenaran Ketua Pengawas. 10.8.1.2 Menggunakan maklumat yang diperolehi seperti di atas bagi tujuan menjawab soalan peperiksaan. 10.8.1.3 Menipu atau cuba untuk menipu atau berkelakuan mengikut cara yang boleh ditafsirkan sebagai menipu semasa peperiksaan akhir sedang berjalan.
44 10.9 Hukuman 10.9.1 Kes – kes salah laku peperiksaan perlu dikemukakan dengan bukti - bukti yang sahih serta diperakukan oleh Ketua Pengawas Peperiksaan. 10.9.2 Gred CX akan diberikan kepada pelajar yang melakukan salah laku peperiksaan untuk kes kali pertama dengan pengesahan Jawatankuasa Akademik dan dikehendaki mengulang kursus tersebut dengan kadar bayaran seperti yang telah ditetapkan. (Rujuk Jadual 12: Senarai Kadar Bayaran) 10.9.3 Pelajar yang melakukan kesalahan kali kedua boleh ditamatkan pengajian dengan kelulusan senat BKT. 10.10 Penyelewengan Akademik 10.10.1 Pelajar yang melakukan penyelewengan akademik seperti berikut boleh diberikan markah sifar (0) terhadap tugasan tersebut setelah disahkan oleh Jawatankuasa Akademik; i. plagiat tanpa menyatakan sumber asal ii. menciplak tugasan atau hasil kerja kursus pelajar lain iii. apa-apa bentuk perlakuan atau cubaan penipuan akademik selain daripada yang dinyatakan di atas.
45 11.0 SISTEM PENILAIAN Sistem penilaian terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu berdasarkan gred dan Lulus atau Gagal. Walaubagaimanapun lulus atau gagal hanya digunapakai pada penilaian Latihan Industri sahaja. 11.1 Sistem Gred 11.1.1 Pemberian gred dan mata adalah berdasarkan Jadual 6. Jadual 6 Markah Gred Nilai Gred Status Program Sijil Program Diploma Markah kursus lulus 60% Markah kursus lulus 50% 90-100 A+ 4.0 85-89 A 4.0 Cemerlang Cemerlang 80-84 A- 3.7 75-79 B+ 3.3 Kepujian Kepujian 70-74 B 3.0 65-69 B- 2.7 60-64 C+ 2.3 Lulus 55-59 C 2.0 Gagal 50-54 C- 1.7 Lulus 45-49 D+ 1.3 40-44 D 1.0 Gagal 0-39 F 0 11.1.2 Markah dan gred lulus sesuatu kursus adalah merujuk pada Jadual 7. Jadual 7 Bil Kategori Kursus Markah Lulus Program Sijil Markah Lulus Program Diploma 1 Amali 60% (C+) 50% (C-) 2 Teori 50% (C-) 50% (C-)
46 11.1.3 Selain daripada gred di para 11.1.2, pelajar juga boleh diberi gred seperti Jadual 8 bagi kes-kes berikut: Jadual 8 GRED KES WD Menarik diri dengan kebenaran. Gred yang diberikan kepada kursus, jika pelajar menarik diri dengan kebenaran atau pelajar gagal hadir peperiksaan dengan alasan yang munasabah dan diterima oleh Jawatankuasa Akademik. (Tidak dimasukkan ke dalam pengiraan GPA dan CGPA) WX Menarik diri tanpa kebenaran. Gred yang diberikan kepada kursus, jika pelajar menarik diri tanpa kebenaran, tidak dibenarkan menduduki peperiksaan atau dibatalkan. Catatan pada sistem aplikasi berkomputer (SPPP) adalah seperti berikut: AX – Status yang dicatatkan di dalam sistem terhadap pelajar yang tidak hadir / tidak menduduki peperiksaan akhir. BA – Status diberi kepada pelajar yang tidak cukup kehadiran bagi kursus yang tiada peperiksaan akhir. BX – Status yang diberikan kepada pelajar sekiranya disekat dari menduduki peperiksaan akhir akibat kekurangan kehadiran (barred exam). CX – Status yang diberikan kepada pelajar yang didapati melakukan salah laku peperiksaan. DX – Status yang diberikan kepada pelajar yang gagal ujian kritikal. (Dimasukkan ke dalam pengiraan GPA dan CGPA) WA Tidak menduduki mana-mana penilaian berterusan yang ditetapkan dengan syarat jika jumlah keseluruhan markah melebihi gred lulus minimum kursus berkenaan. (Tidak dimasukkan ke dalam pengiraan GPA dan CGPA)
47 11.2 Kedudukan Akademik Pelajar akan diberi taraf kedudukan akademik di atas keputusan penilaiannya mengikut kategori seperti Jadual 9. Jadual 9 Kedudukan Akademik CGPA Kedudukan baik (KB) CGPA ≥ 2.00 Kedudukan Bersyarat (KS) 1.70 ≤ CGPA < 2.00 Kedudukan Gagal (KG) CGPA < 1.70 ATAU GPA < 1.0 (Tidak termasuk semester akhir) ATAU Kedudukan Bersyarat (KS) dua (2) kali berturut-turut bagi program sijil. ATAU Kedudukan Bersyarat (KS) tiga (3) kali berturut-turut bagi program diploma. 11.3 Status Kedudukan 11.3.1 Pelajar yang mendapat kedudukan baik (KB), layak untuk meneruskan pengajian ke semester berikutnya. 11.3.2 Pelajar yang mendapat keputusan baik (KB) tetapi gagal mana-mana kursus layak meneruskan pengajian ke semester berikutnya dengan syarat wajib mengulangi kursus berkenaan sehingga lulus untuk melayakkan dianugerahkan sijil/diploma tertakluk kepada tempoh maksimum pengajian. 11.3.3 Pelajar yang mendapat keputusan Kedudukan Bersyarat (KS), layak untuk meneruskan pengajian ke semester berikutnya. Walau bagaimanapun, pelajar hanya dibenarkan mengambil kursus dengan maksimum 12 kredit sahaja. 11.3.4 Pelajar yang mendapat keputusan Kedudukan Bersyarat (KS) dua (2) kali berturut-turut bagi Program Sijil ATAU Kedudukan Bersyarat (KS) tiga (3) kali berturut-turut bagi Program Diploma ATAU Kedudukan Gagal (KG) akan ditamatkan pengajian. 11.3.5 Keputusan kedudukan akademik dan status penganugerahan bagi pelajar semester akhir adalah seperti di Jadual 10.
48 Jadual 10 Kedudukan Akademik Keterangan Status Graduat Status Penganugerahan Kedudukan Baik Bergraduat (KBG) CGPA ≥ 2.00 DAN Memenuhi syarat penganugerahan. Tamat Pengajian dan Bergraduat Layak Kedudukan Baik Tidak Bergraduat (KBTG) CGPA ≥ 2.00 Gagal mana-mana kursus. Tidak Graduat (Mengulang kursus gagal) Tidak Layak Kedudukan Bersyarat (KS) 1.70 ≤ CGPA < 2.00 Tidak Graduat (Memperbaiki gred) Tidak Layak Kedudukan Gagal (KG) CGPA < 1.70 ATAU Kedudukan Bersyarat (KS) dua (2) kali berturut-turut bagi program sijil ATAU Kedudukan Bersyarat (KS) tiga (3) kali berturut-turut bagi program diploma. Tidak Graduat (Ditamatkan pengajian) Tidak Layak