BUKU PANDUAN
PELAJAR
INSTITUT KEMAHIRAN MARA BINTULU
SPE DEE
MJANUARI - JUN
SFP DIK
20J 22MJMMM SFS DOL
MINGGU JALINAN MESRA
Institut Kemahiran MARA Bintulu
Sesi Pengajian Januari - Jun 2022
10 Januari – 14 Januari 2022
Isi
KANDUNGAN
No. Perkara Halaman
1 Visi, Misi, Objektif, Moto, Logo 1
2 Lirik Lagu MARA 3
3 Lirik Lagu IKM 4
4 Ikrar Pelajar IKM Bintulu 5
5 Kata Alu-Aluan Pengarah IKM Bintulu 6
6 Carta Organisasi Tertinggi IKM Bintulu 7
7 Latar Belakang dan Sejarah IKM Bintulu 8
8 Keistimewaan Menyertai IKM / KKTM 12
9 Syarat Kemasukan dan Cara Memohon 15
10 Peraturan Akademik 20
12 Senarai Kursus 43
13 Etika Pakaian Pelajar 50
14 Kemudahan Prasarana 54
VISI
Menjadi organisasi amanah yang unggul dan diberkati untuk
mengangkat martabat bangsa.
MISI
Membentuk modal insan TVET yang holistik dan berteraskan
nilai-nilai keusahawanan.
OBJEKTIF
I. Menjadi Institusi Pendidikan Tinggi TVET MARA yang unggul
berteraskan industri dan teknousahawan.
II. Membentuk modal insan TVET yang holistik dan seimbang
berteraskan RISE
(Religious, Innovative, Skills dan Entrepreneurship).
III. Pemangkin dalam revolusi teknologi industri bagi
meningkatkan daya saing.
IV. Membentuk tadbir urus korporat TVET MARA yang mampan
dan dinamik.
V. Menjadi institusi pendidikan TVET yang diiktiraf di peringkat
antarabangsa.
MOTO
1
LOGO
Logo IKM Bintulu
Logo MARA
Institut Kemahiran MARA Bintulu
KM. 20, Jalan Bintulu – Sibu
97000 Bintulu
Sarawak
+6086-311313 [email protected]
+6086-316633 http://bintulu.ikm.edu.my
http://instagram.com/ikmbintulu_official/
http://facebook.com/InstitutKemahiran MARABintulu/
2
Lirik Lagu MARA
Demi satu keunggulan
Bangsa yang berdaulat
Sebuah lambang menawan puncak
jaya
Perkasa di persada dunia
Obor para cendekia
Merentas masa hadapan
Usahawan jaya tercipta bahagia
Maju MARA maju jaya
MARA perkasa, menjunjung amanah
rakyat
Memayungi bangsa dan negara
Bersemangat perintis penuh yakin
Demi satu amanah mulia
MARA perkasa, menjunjung amanah
rakyat
Memayungi bangsa dan negara
Penuh keyakinan demi satu
Amanah mulia…
Lagu : Dato’ Mohd Nasir Mohamed
Lirik : Mohd Khirin Omar dan Dato’ Mohd Nasir Mohamed
33
Lirik Lagu IKM
IKM Tercipta Namanya
Ilham Pemimpin Negara
Memaju Rakyat Bumiputra
Memimpin Dalam Kerjaya
Aneka Bidang Yang Diusahakan
Kemahiran Diutamakan
Menempuh Cabaran
Meninggikan Nilai Kerja
Kami Pelajar Bercita Tinggi
Bina Negara Hidup Jaya Berdikari
IKM Di seluruh Malaysia
Indah Harum Sentiasa
Namamu Terpelihara
Lambang Cita Bumiputera
4
4
Ikrar Pelajar IKM Bintulu
Bahawasanya saya, pelajar Institut Kemahiran MARA
Bintulu
Dengan penuh kesedaran mengaku
Bahawa saya akan sentiasa:
Menumpukan taat kepada Raja, negara dan
Perlembagaan
Malaysia,
Bertanggungjawab meninggikan imej IKM,
Bertanggungjawab menjadi pelajar yang berdisiplin
tinggi,
Bertanggungjawab mencapai misi IKM iaitu :
Gemilang akademik,
Gemilang Ko-Kurikulum, dan
Gemilang tatasusila.
Dengan ini saya berikrar akan :
Mengamal dan menghayati Prinsip-prinsip Rukunegara,
Belajar bersungguh-sungguh,
Mematuhi peraturan dan undang-undang IKM,
Aktif dalam kegiatan IKM,
Menghormati ketua dan guru-guru.
Sesungguhnya inilah ikrar saya selama saya menuntut,
Khususnya di IKM Bintulu.
Malaysia negaraku,
Sarawak negeriku,
IKMku maruahku.
5
5
Kata Alu-Aluan
Bismillah Hirrahman Nirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera,
Bagi pihak seluruh warga Institut Kemahiran MARA Bintulu (IKM Bintulu), saya mengucapkan Tahniah
dan Selamat Datang kepada para pelajar yang terpilih untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sijil
dan diploma di salah satu pusat pengajian teknologi kejuruteraan negara ini. IKM Bintulu sangat
berbangga menerima kehadiran saudara saudari sebagai warga barunya.
IKM Bintulu sentiasa mendukung inisiatif kerajaan membangunkan modal insan kelas pertama yang
cemerlang dalam semua aspek bagi membolehkan para pelajar bersaing pelbagai peringkat khasnya
dalam bidang teknologi kejuruteraan. Justeru, program yang dirangka dalam silibus akademik melalui
aktiviti berpersatuan dan ko-kurikulum menjurus ke arah pembangunan modal insan yang boleh
menerajui kemajuan negara.
Saya yakin dengan segala kelengkapan prasarana infrastruktur, bengkel dan makmal yang telah
disediakan di IKM Bintulu mampu membentuk proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih
efektif. Kecemerlangan akan lahir dengan sendirinya sekiranya ilmu dan keikhlasan dihayati dan
diamalkan dengan sewajarnya. Dan jika diadunkan pula dengan doa dan tawakkal pada Allah SWT,
saya percaya ia mampu melahirkan graduan yang bersahsiah dan memenuhi kehendak pasaran kerja.
Sekian.
Pengarah
Institur Kemahiran MARA Bintulu
En. Mohd. Syukri Bin Abdullah
66
CARTA ORGANISASI TERTINGGI
INSTITUT KEMAHIRAN MARA BINTULU
Pengarah
En. Mohd. Syukri Bin Abdullah
Timbalan Pengarah Timbalan Pengarah
Khidmat Pengurusan & Hal Ehwal Pelajar Hal Ehwal Akademik
En. Wan Alwi Bin Wan Bujang Ts. Azman Bin Long
7
KETUA PROGRAM & JABATAN
INSTITUT KEMAHIRAN MARA BINTULU
Ketua Program Instrumentasi dan Kawalan Ketua Program Operasi Loji Ketua Program Elektrik
En. Zaeimi Bin Sulong@Zakaria En. Mohd. Hazruwadi Bin Husain Ir. Abd. Aziz Bin Dollah
Ketua Jabatan Pengajian Am Ketua Program Fabrikasi
Pn. Insani Ak Genam En. Muhammad Hanafi Bin Chee Pi
1
Latar Belakang dan Sejarah Institut Kemahiran MARA Bintulu
Institut Kemahiran MARA (IKM) Bintulu merupakan IKM yang ke -13 ditubuhkan di Malaysia. Kerja
pembinaan IKM Bintulu telah bermula pada 12 Januari 2007 dan telah dijalankan oleh pihak
kontraktor di bawah kendalian JV Sdn. Bhd. Proses pembinaan telah siap sepenuhnya pada 28
April 2010. Sekitar November 2010, IKM Bintulu telah diserahkan hak milik sepenuhnya oleh
Kumpulan Parabena Sdn. Bhd. kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA). Pada 23 Mac 2011, IKM
Bintulu telah memulakan operasi pentadbirannya secara rasmi. Sesi pertama pengambilan pelajar
telah dijalankan pada 25 Jun 2012.
Senarai Nama Perintis IKM Bintulu
1. Puan Insani Anak Genam; Ketua Program Pengajian Am; 04.04.2011.
2. Ts. Safwan Hafizi Bin Masakhoh; Pensyarah Program Loji dan Proses; 04.04.2011.
3. Puan Nurul Basyirah Binti Samat; Pensyarah Program Loji dan Proses; 04.04.2011.
4. Ts. Bonny Jinggut Anak Dominic Merikan; Pensyarah Program Instrumentasi; 04.04.2011.
5. Puan Jeliha Binti Bujang; Pensyarah Program Instrumentasi; 04.04.2011.
6. Puan Aisyah Gwynnie Chembat Akin; Pensyarah Program Elektrik; 04.04.2011.
7. Shamila Sandhu Anak Ludan; Pensyarah Program Fabrikasi (Perpaipan dan Struktur);
20.06.2011.
8. En. Jngalang Anak Unsa; Pegawai Teknologi Maklumat.
9. En. Hanafiah Bin Ibrahim; Kakitangan Pentadbiran.
10. Puan Maria Binti Seruji; Kakitangan Pentadbiran.
180
9
9
180
Takrif
1 Pusat Dalam konteks kata ganti nama untuk IKM Bintulu
2 Jabatan Gabungan lebih daripada satu Program
Susunan modul yang distruktur untuk suatu tempoh tertentu dan peringkat
3 Program pembelajaran bertujuan mencapai hasil pembelajaran yang telah ditentukan dan
yang lazimnya menjurus kepada penganugerahan suatu kelayakan.
4 Kursus Mata pelajaran dalam kurikulum program yang mempunyai kod tersendiri.
5 Ketua Program Individu yang dilantik sebagai ketua yang bertanggungjawab untuk mengurus
sesuatu program.
6 Ketua Jabatan Individu yang dilantik sebagai ketua yang bertanggungjawab untuk mengurus
sesuatu jabatan.
7 Senat BKT Jawatankuasa tertinggi peringkat BKT yang bertanggungjawab untuk mengesahkan
penilaian dan persijilan.
8 Senat IKM Jawatankuasa tertinggi peringkat institusi yang bertanggungjawab dalam hal-hal
penilaian dan persijilan.
Jawatankuasa
9 Akademik Jawatankuasa yang dilantik untuk bertanggungjawab dalam hal ehwal akademik.
10 Penasihat Individu yang dilantik dan diberi tanggungjawab untuk membimbing dan menasihati
Akademik pelajar dari aspek akademik dan beliau adalah mentor pelajar tersebut.
11 Pelajar kanan Pelajar yang telah mengikuti sekurang-kurangnya satu (1) semester di institusi.
12 SPP SPP (Seksyen Penilaian dan Persijilan) adalah unit yang bertanggungjawab menguruskan
hal-hal berkaitan penilaian & persijilan di BKT.
13 UPP UPP (Unit Penilaian dan Persijilan) adalah unit yang bertanggungjawab
menguruskan hal-hal berkaitan penilaian & persijilan di institusi.
14 CGPA Cumulative Grade Point Average, Nilai Purata Gred Kumulatif; adalah purata nilai
gred kumulatif yang diperolehi bagi semua semester yang telah diikuti.
15 GPA Grade Point Average, Nilai Purata Gred; adalah purata nilai gred yang diperolehi
dalam sesuatu semester.
16 BKT Bahagian Kemahiran dan Teknikal
17 Kredit Nilai yang diberikan kepada setiap kursus berdasarkan jam belajar pelajar (Student
Learning Time, SLT).
18 Jumlah Kredit Jumlah kredit yang diambilkira dalam pengiraan GPA
dan CGPA.
19 Kredit Kira Kredit yang diambil kira dalam pengiraan GPA dan CGPA.
20 Kredit Dapat Jumlah kredit yang diperoleh pelajar bagi kursus yang lulus.
21 Gred Tahap pencapaian dalam bentuk abjad bagi kursus yang didaftarka
22 Mata Nilai yang diberikan mengikut gred.
23 Nilai Hasil darab mata dan kredit kira.
24 Penyata Keputusan pencapaian akademik bagi setiap semester.
Pencapaian
25 PnP Pengajaran dan pembelajaran
11
12Elaun Sara Hidup KEdisediakanbagi merekayanglayak
Yuran Pengajian
ditanggung oleh MARA
ISTIMEPengiktirafan
MQA
WATIADA PTPTN
AN
13 KEBOLEHPASARAN
pelajar melebihi 90% dalam industri
KE minyak dan gas
ISTIMEPeluang menyambung pelajaran ke
Ijazah Sarjana Muda
di IPT terpilih
WA Berpeluang aktif dalam pelbagai bidang seperti
MERTS, Rugbi, Berbasikal,
Memanah dan banyak lagi !
ANBerpeluang mengembangkan bakat
KREATIVITI & INOVASI
sehingga ke peringkat
antarabangsa
14 PELUANG
MASA
HADAPAN
Kerjaya dalam bidang
minyak & gas, servis dan
baik pulih
Menyambung pengajian ke
peringkat ijazah sarjana
dalam bidang yang
berkaitan
Menjadi usahawan teknikal
15 Syarat Kemasukan
ke INSTITUT KEMAHIRAN
MARA
BIN TULU
16Program SijilSYARAT KEMASUKAN PROGRAM SIJIL
✓ Lulus SPM/SPMV atau setara
✓ Lulus Bahasa Melayu
✓ Lulus Sejarah (Tahun 2013 dan seterusnya)
✓ Lulus Matematik atau Matematik Tambahan
✓ Sekurang - kurangnya 1 kredit mana-mana mata
pelajaran
✓ Sihat tubuh badan
✓ Wajib: Tidak rabun warna untuk Program Elektrik
Program Diploma17SYARAT KEMASUKAN PROGRAM DIPLOMA
LEPASAN SPM
Lulus SPM/SPMV atau setara
✓ Lulus Bahasa Melayu
✓ Lulus Sejarah (Tahun 2013 dan seterusnya)
✓ Lulus Bahasa Inggeris
Tiga (3) Kepujian dalam mata pelajaran berikut:
✓ Matematik
✓ Mana-mana satu (1) mata pelajaran mengikut Kumpulan Sains
/ Vokasional & Teknologi / Mata Pelajaran Vokasional (MPV) /
Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)
✓ Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain
✓ Sihat tubuh badan
✓ Wajib: Tidak rabun warna untuk Program Elektrik
SYARAT KEMASUKAN PROGRAM DIPLOMA
LEPASAN STPM
Lulus STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C
(NGMP 2.0) dalam 1 mata pelajaran berikut:
✓ Matematik
✓ Bahasa Inggeris
✓ Mana-mana satu (1) mata pelajaran berkaitan Kumpulan Sains
/ Vokasional & Teknologi / Mata Pelajaran Vokasional (MPV) /
Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)
✓ Sihat tubuh badan
✓ Wajib: Tidak rabun warna untuk Program Elektrik
SYARAT KEMASUKAN PROGRAM DIPLOMA18 Program Diploma
LEPASAN STAM
Lulus STAM pangkat maqbul; serta lulus diperingkat SPM subjek berikut:
✓ Matematik
✓ Bahasa Inggeris
✓ Mana-mana satu (1) mata pelajaran berkaitan Kumpulan Sains /
Vokasional & Teknologi / Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Mata
Pelajaran Aliran Vokasioal (MPAV)
✓ Sihat tubuh badan
✓ Wajib: Tidak rabun warna untuk Program Elektrik
SYARAT KEMASUKAN PROGRAM DIPLOMA
GRADUAN IKM / ILKA / KOLEJ KOMUNITI / POLITEKNIK
✓ Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profession / Teknologi
dalam bidang berkaitan dengan = CGPA > 2.50
ATAU
✓ Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profession / Teknologi
dalam bidang berkaitan dengan = 2.0 < CGPA < 2.50 DAN sekurang-
kurangnya 6 bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan
✓ Sihat tubuh badan
✓ Wajib: Tidak rabun warna untuk Program Elektrik
SYARAT KEMASUKAN PROGRAM DIPLOMA
PEMEGANG SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)
✓ Lulus sekurang-kurangnya SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang
diikhtiraf atau setara
✓ Lulus SPM
✓ Sihat tubuh badan
✓ Wajib: Tidak rabun warna untuk Program Elektrik
19 CARA MEMOHON
Layari laman sesawang
www.tvetmara.edu.my’
ATAU
http://apponline.mara.gov.my/spupim
atau
Hadir terus ke kaunter IKM Bintulu
Hantarkan Salinan berikut:
i. Keputusan SPM
ii. Kad Pengenalan Pemohon, Ibu & Bapa
iii. Surat Beranak Pemohon
iv. Sijil Akademik & Ko-Kurikulum Yang Berkaitan
Peraturan
AKADEMIK
KALENDAR AKADEMIK
Kalendar akademik untuk sesi pengajian biasanya adalah disediakan bagi sesi Januari – Jun dan
Julai – Disember setiap tahun. Oleh kerana negara mengalami masalah yang melanda berkaitan
virus Covid-19, jadual akademik telah diubahsuai mengikut ketetapan uang disediakan oleh pihak
pengurusan tertinggi MARA iaitu pada November – April dan Mei – Oktober (perubahan yang
diterima setakat ini).
PERKARA MINGGU
Pendaftaran Pelajar Baharu
Minggu Orientasi Pelajar Baharu Minggu 1
Pendaftaran Pelajar Lama Minggu 1- 20
Latihan Industri Minggu 1 - 10
Pembelajaran dan Pengajaran Minggu 11
Minggu Aktiviti Pelajar Minggu 12 - 19
Minggu Pembelajaran dan Penilaian Peperiksaan Minggu 20
Minggu Ulangkaji Minggu 21 - 23
Minggu Peperiksaan Minggu 24
Pra-Senat Pusat Minggu 25
Senat Minggu 24 - 26
Cuti Semester
Walaubagaimanapun, saranan Kerajaan Malaysia untuk mengurangkan pertemuan secara
bersemuka (face to face) bersama pelajar untuk mengurangkan risiko penyebaran virus Covid-
19, maka proses pembelajaran secara atas talian dilaksanakan untuk tempoh 10 hingga 14
minggu dan selebihnya para pelajar dikehendaki hadir ke pusat untuk menyempurnakan
praktikal amali.
20
Berikut adalah maklumat daripada Buku Peraturan Akademik KKTM, MJII dan IKM Edisi 4 2019:
1.0 KOMPONEN PENGAJIAN
Komponen pengajian terbahagi kepada:
1.1 Modul Wajib
Modul wajib adalah komponen pengajian yang ditawarkan bagi memenuhi keperluan
struktur program MQA. Tiga modul wajib komponen pengajian ialah:
1.1.1 Keperluan Nasional – Pengajian Malaysia, Pengajian Islam, Pendidikan Moral.
1.1.2 Keperluan MARA – Ko-kurikulum.
1.1.3 Pembangunan Peribadi – Bahasa Inggeris
1.2 Modul Teras
Modul wajib adalah komponen pengajian yang ditawarkan bagi memenuhi keperluan
struktur program. Dua modul teras komponen pengajian ialah:
1.2.1 Teras Umum – Kursus teknikal yang diwajibkan (contoh: Mathematics,
Engineering Science, Engineering Materials, Modul Pembangunan Professional –
contoh: Keusahawanan, Project Management, Architectural Practice, OSHA).
1.2.2 Teras Disiplin – Kursus teras yang diwajibkan dalam sesuatu program sama ada
khusus kepada program berkenaan atau kursus yang diguna pakai oleh beberapa
program dalam kluster yang sama.
1.3 Ko-kurikulum
Kokurikulum adalah aktiviti badan beruniform dan bukan beruniform yang diluluskan
oleh BKT. Pelajar wajib mengambil satu kursus Kokurikulum pada semester 1 dan 2 dan
hanya dibenarkan mendaftar satu kursus Kokurikulum sahaja pada satu-satu semester
(kecuali mengulang).
1.4 Latihan Industri
Latihan industri adalah satu latihan di mana pelajar diberi pendedahan kepada suasana
pekerjaan sebenar sama ada di agensi kerajaan atau swasta yang berkaitan dalam
tempoh yang telah ditetapkan dengan syarat. Hanya pelajar yang telah lulus semua
penilaian kursus dibenarkan menjalani latihan industri.
1.5 Kemahiran Insaniah
Kemahiran Insaniah merupakan penbangunan insaniah pelajar yang diterapkan dan
dinilai secara berterusan sepanjang tempoh pengajian.
21
2.0 KEPERLUAN KREDIT
2.1 Kredit
2.1.1 Kredit bermaksud pemberian dan pengakuan yang bersesuaian dengan
proses pembelajaran yang telah dilalui oleh pelajar.
2.1.2 Setiap kursus mempunyai kredit yang tertentu seperti yang terkandung
dalam Silibus Program Tahap Sijil & Diploma oleh Senat BKT. Jumlah kredit
yang disyaratkan bagi setiap program adalah seperti berikut dalam Jadual
1.
Jadual 1: Jumlah kredit yang disyaratkan
Tahap Kredit Minimum
Diploma 90
Sijil 60
2.2 Beban Kredit Bagi Satu Semester
2.2.1 Beban kredit pelajar bagi satu semester ialah seperti di Jadual 4.
2.3 Kredit Kursus Gagal
2.3.1 Pelajar yang gagal dalam sesuatu kursus hendaklah mengambil semula
kursus berkenaan dengan cara mengulang kursus tersebut pada semester
berikutnya yang ditawarkan sehingga lulus.
2.3.2 Bagi tujuan pengiraan GPA dan CGPA, mata nilai terakhir kursus yang
diulang akan diambil kira.
3.0 TEMPOH PENGAJIAN
3.1 Tempoh pengajian program perdana sepenuh masa adalah di antara 1 hingga 3
tahun mengikut syarat yang telah ditetapkan bagi program berkenaan.
3.2 Tempoh maksimum pengajian adalah seperti Jadual 2.
Jadual 2: Tempoh Maksimum Pengajian
Tempoh Pengajian Maksimum
1 tahun 3 tahun
1.5 tahun 3.5 tahun
2 tahun 4 tahun
2.5 tahun 4.5 tahun
3 tahun 5 tahun
22
4.0 SESI AKADEMIK
Sesi akademik Program Sijil dan Diploma adalah 18 minggu. Pembahagian aktiviti
mengikut minggu adalah seperti Jadual 3.
Jadual 3: Sesi Akademik 18 Minggu (Setahun)
SESI 1
AKTIVITI MINGGU BILANGAN
1 – 10 MINGGU
Pembelajaran / Penilaian 11
Minggu Aktiviti (Tertakluk kepada pindaan) 12 - 19 10
Pembelajaran/Penilaian 20 1
Minggu Ulangkaji 21 - 23 8
Peperiksaan Akhir 24 - 26 1
Cuti Semester 3
1 – 10 3
SESI 2 11
Pembelajaran / Penilaian 10
Minggu Aktiviti (Tertakluk kepada pindaan) 12 - 19 1
Pembelajaran/Penilaian 20 8
Minggu Ulangkaji 1
Peperiksaan Akhir 21 - 23 3
Cuti Semester 24 - 26 3
52
JUMLAH
23
5.0 PENDAFTARAN
5.1 Pendaftaran Program
5.1.1 Pendaftaran program adalah diwajibkan kepada semua pelajar pada
setiap awal semester mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh institusi.
5.1.2 Setiap pelajar wajib mendaftar program bagi setiap semester sehingga
tamat pengajian dalam tempoh maksimum yang dibenarkan.
5.1.3 Pelajar yang mendaftar lewat kurang dari tiga (3) hari dari tarikh
pendaftaran yang ditetapkan, akan dikenakan denda.
(Rujuk Lampiran 1: Jadual 12 - Senarai Kadar Bayaran)
5.1.4 Pelajar yang mendaftar lewat lebih dari tiga (3) hari dari tarikh
pendaftaran yang ditetapkan, akan dikenakan denda dan dirujuk kepada
Jawatankuasa Tatatertib.
5.1.5 Pelajar kanan yang berstatus tangguh pengajian / digantung pengajian
WAJIB membuat pendaftaran semula pada awal semester berikutnya
mengikut tarikh yang ditetapkan oleh institusi.
5.2 Pendaftaran Kursus
5.2.1 Pelajar diwajibkan mendaftar setiap kursus yang ditawarkan pada awal
semester setiap sesi pengajian.
5.2.2 Pendaftaran kursus hendaklah dibuat pada minggu pertama mengikut
tempoh pendaftaran yang telah ditetapkan oleh pihak institusi dengan
kelulusan Ketua Jabatan/ Program.
5.2.3 Pelajar boleh dikenakan denda jika mendaftar kursus selepas minggu
pertama sesi pengajian tanpa sebab-sebab yang boleh diterima oleh
Jawatankuasa Akademik.
(Rujuk Lampiran 1: Jadual 12 - Senarai Kadar Bayaran)
5.2.4 Pelajar perlu menyelesaikan bayaran denda yang berkaitan sebelum
dibenarkan mendaftar kursus pada sesi berkenaan.
(Rujuk Lampiran 1: Jadual 12 - Senarai Kadar Bayaran)
5.2.5 Bagi mana-mana kursus yang mempunyai pra-syarat, pelajar perlu lulus
kursus pra-syarat sebelum mendaftar kursus berikutnya KECUALI bagi
pelajar semester terakhir sebelum menjalani Latihan Industri yang masih
mempunyai kursus tertunggak tertakluk kelulusan Jawatankuasa
Akademik.
5.2.6 Pelajar kanan yang berstatus mengulang kursus atau mempunyai kursus
tertunggak WAJIB membuat pendaftaran kursus pada minggu pertama
sesi pengajian.
24
5.3 Penangguhan Kursus
5.3.1 Ketua Jabatan/Program boleh memohon penangguhan penawaran kursus
bagi sesuatu program atas sebab-sebab yang munasabah.
5.3.2 Permohonan penangguhan kursus perlu mendapat pengesahan Timbalan
Pengarah (HEA) dan tertakluk kepada kelulusan Pengarah institusi serta
perlu dimaklumkan kepada Pengarah BKT.
5.3.3 Kelulusan penangguhan kursus hanya sah pada semester yang dimohon
sahaja.
5.3.4 Bagi kes penangguhan kursus pelajar tidak perlu didaftarkan kursus
tersebut.
5.3.5 Penangguhan kursus boleh dimohon selewatlewatnya sehingga minggu ke
tiga (3) semester bermula.
5.4 Penambahan Kursus
5.4.1 Pelajar dibenarkan menambah mana-mana kursus atas sebab-sebab yang
munasabah dengan kelulusan Timbalan Pengarah (HEA) selewat-lewatnya
pada minggu ke dua (2) sesi pengajian. Kursus tersebut perlu didaftarkan
menggunakan Borang Pendaftaran Kursus seperti di Lampiran 2.
5.4.2 Kebenaran untuk pelajar menambah kursus tertakluk kepada jumlah
kredit maksimum per semester yang dibenarkan.
5.5 Pengguguran Kursus
5.5.1 Pelajar boleh menggugurkan mana-mana kursus yang telah didaftarkan
atas sebab-sebab yang munasabah tertakluk kepada kelulusan Timbalan
Pengarah (HEA) selewat-lewatnya pada minggu ke empat (4) sesi
pengajian.
5.5.2 Kursus yang digugurkan tidak akan didaftarkan pada semester berkenaan.
5.6 Tarik Diri Kursus
5.6.1 Pelajar dibenarkan menarik diri dari mana-mana kursus yang telah
didaftarkan dengan alasan yang munasabah dan mendapat kelulusan
Timbalan Pengarah (HEA) selewat-lewatnya pada minggu ke-12 sesi
pengajian
5.6.2 Kebenaran untuk pelajar menarik diri tertakluk kepada jumlah kredit
minimum per semester yang dibenarkan.
5.6.3 Gred WD akan dicatatkan pada status pendaftaran kursus dan slip
keputusan akademik pelajar. Walaubagaimana pun gred tidak akan
diambil kira dalam pengiraan GPA dan CGPA dan pelajar dikehendaki
25
membayar denda apabila ingin mendaftar kursus berkenaan pada sesi
berikutnya.
5.7 Pertukaran Program Pengajian
5.7.1 Permohonan pertukaran program perlu dikemukakan dalam tempoh dua
(2) minggu setelah sesi pengajian bermula tertakluk kelulusan Pengarah
Institusi.
5.7.2 Bagi pertukaran program dalam bidang kluster yang sama, rekod
akademik pelajar digunapakai dan pengajian pelajar dikira berterusan
dengan syarat telah mengikuti pengajian tidak melebihi tiga (3) semester.
5.7.3 Pertukaran program hanya dibenarkan sekali sahaja sepanjang pengajian.
26
6.0 KEPERLUAN / SISTEM KREDIT
6.1 Kredit
6.1.1 Kredit bermaksud pemberian dan pengakuan yang bersesuaian dengan
proses pembelajaran yang telah dilalui oleh pelajar. Secara umumnya
menurut norma yang digunapakai oleh MQA, seseorang pelajar yang
melalui proses pembelajaran selama 40 jam dalam satu semester yang
bersesuaian dengan hasil pembelajaran program akan dianugerahkan satu
(1) kredit. (Rujuk Buku Dasar Pembangunan Kurikulum Edisi 3).
6.2 Penetapan Kredit
6.2.1 Penetapan kredit bagi sesuatu kursus dikira berdasarkan jam belajar
pelajar(Student Learning Time, SLT) dibahagikan dengan Notional
Standard.
Kredit = Jumlah SLT
40
6.2.2 SLT mengambil kira jumlah jam pertemuan rasmi secara bersemuka (Face
to Face-FTF) dan jumlah jam pembelajaran tidak bersemuka (None Face
to Face-NFTF).
SLT = FTF + NFTF
6.3 Beban Kredit Bagi Satu Semester
6.3.1 Beban kredit pelajar bagi satu semester ialah seperti di Jadual 4.
Status Jadual 4 Jumlah Kredit
Kedudukan Gred Minimum Maksimum
Kedudukan Baik
(KB) Mata 12 20
Kedudukan Bersyarat CGPA ≥ 2.00
(KS)
1.70 ≤ CGPA < 2.00 8 12
6.3.2 Pelajar yang membawa beban kredit yang melebihi kredit maksimum perlu
6.3.3 mendapat kelulusan Senat BKT.
Beban kredit minimum per semester tidak terpakai ke atas pelajar yang masih
mempunyai kursus tertunggak sebelum menjalani Latihan Industri.
27
6.4 Perpindahan Kredit
6.4.1 Pelajar dibenarkan untuk memohon pindah kredit secara menegak (vertical).
6.4.2 Pindah kredit secara menegak (vertical) adalah proses memindahkan kredit
kursus yang telah diambil oleh pelajar dalam sesuatu program ke program lain,
yang membawa kepada penganugerahan kelayakan yang ditawarkan oleh
institusi yang sama atau institusi yang berbeza.
6.4.3 Proses ini membolehkan kredit bagi kursus tersebut dikira sebagai sebahagian
daripada keperluan kredit bergraduat program yang diikuti sekarang. Pada
asasnya, kursus yang boleh dipindahkan kredit adalah kursus yang setara dan
boleh membawa kepada penganugerahan kelayakan.
6.4.4 Pelajar boleh memohon perpindahan kredit sesuatu kursus dengan syarat:
6.4.4.1 Kursus tersebut telah diambil dan lulus di Institut Pengajian Tinggi (IPT)
lain yang dibenarkan dalam tempoh pengajiannya di institusi; dan
6.4.4.2 Kursus yang dimohon untuk dipindahkan kredit mestilah daripada
program pengajian yang telah mendapat Perakuan Akreditasi daripada
MQA.
6.4.4.3 Pindah kredit hendaklah berasaskan kepada pemetaan kandungan
antara kursus kepada kursus (course to course mapping) dan tertakluk
kepada syarat umum pindah kredit iaitu:
i. Gred minimum kursus yang boleh dipindah kredit adalah Gred C.
ii. Kesetaraan antara kandungan mestilah tidak kurang daripada 80%.
iii. Pindah kredit daripada kursus yang digabungkan boleh
dipertimbangkan dengan maksimum kursus yang digabungkan
adalah dua (2) kursus sahaja.
iv. Nilai kredit kursus bagi program terdahulu (termasuk kursus yang
digabungkan) mestilah sama atau lebih dengan nilai kredit kursus
bagi program yang diikuti.
6.4.4.4 Permohonan perpindahan kredit perlu mendapat kelulusan
Jawatankuasa Akademik.
6.4.4.5 Proses pindah kredit membolehkan kredit bagi kursus tersebut dikira
dalam keperluan kredit bergraduat program yang baharu, tetapi gred
kursus berkenaan tidak diambil kira dalam pengiraan PNG (GPA) dan
PNGK (CGPA).
6.4.4.6 Pelaksanaan pindah kredit adalah berdasarkan permohonan pelajar
dan kelulusan Jawatankuasa Akademik di peringkat institusi.
Permohonan ini hanya dibenarkan sekali sahaja dalam tempoh
pengajian dan tidak dibenarkan memohon bagi semester
terdahulu/yang telah dilalui.
28
6.4.4.7 Permohonan hendaklah dilakukan pada minggu pertama dalam
semester pengajian.
6.4.4.8 Keputusan permohonan pindah kredit mestilah dimaklumkan kepada
pelajar selewat-lewatnya pada minggu ketiga dalam semester
pengajian.
6.4.4.9 Sehingga keputusan berkaitan pindah kredit dikeluarkan, pelajar perlu
mengikuti kursus-kursus yang berkaitan seperti yang telah dijadual
untuk mereka.
6.4.4.10 Pindah kredit dibenarkan dengan maksimum 30% daripada jumlah
kredit program yang diikuti.
6.4.4.11 Keutamaan pindah kredit diberikan kepada kursus dari semester/tahun
yang rendah terlebih dahulu (jika jumlah keseluruhan pindah kredit
yang layak bagi pelajar berkenaan melebihi 30% daripada jumlah kredit
program).
6.4.4.12 Pindah kredit tidak dibenarkan bagi kursus-kursus berikut:
i. Pengajian Malaysia
ii. Bahasa Inggeris
iii. Pengajian Islam / Pendidikan Moral
iv. Kokurikulum
v. Keusahawanan
vi. Matematik
vii. Projek Tahun Akhir
viii. Latihan Industri
29
7.0 PENANGGUHAN PENGAJIAN
Pelajar boleh memohon untuk menangguhkan pengajian atas alasan yang munasabah
dengan mendapat kelulusan daripada Pengarah institusi dan dimaklumkan kepada
Pengarah BKT dengan syarat penangguhan tersebut tidak melebihi dua (2) semester.
7.1 Permohonan penangguhan melebihi dua (2) semester, tertakl
kepadapertimbangan dan kelulusan Pengarah BKT.
7.2 Tempoh maksimum penangguhan pengajian yang dibenarkan hanya empat (4)
semester sahaja samada secara berasingan atau terkumpul.
7.3 Tempoh penangguhan semester akan diambil kira dalam bilangan tempoh
maksimum pengajian.
8.0 KEDUDUKAN GAGAL
8.1 Pelajar yang telah mendapat status Kedudukan Gagal (KG) tidak dibenarkan untuk
menyambung pengajian atau memohon semula program pengajian yang sama
pada masa akan datang.
8.2 Pelajar berstatus KG yang berhasrat untuk mengikuti program pengajian lain
boleh memohon kemasukan ke bidang/program pengajian tersebut selepas
tempoh 6 bulan daripada keputusan Kedudukan Gagal diperolehi.
9.0 KEHADIRAN
9.1 Pelajar wajib hadir di setiap pertemuan pengajaran dan pembelajaran (PnP)
yang telah ditetapkan.
9.2 Pensyarah bertanggungjawab mencatat kehadiran setiap pelajar bagi setiap
pertemuan pengajaran dan pembelajaran (PnP).
9.3 Pelajar yang tidak mencapai syarat kehadiran sebagai mana ditetapkan dalam
Jadual 5 akan disekat daripada menduduki Peperiksaan Akhir atau Tugasan Akhir
(bagi kursus berasaskan 100% kerja kursus) dan diberi Gred WX.
9.4 Pemberian Gred WD dan WX dalam kes kehadiran adalah seperti Jadual 5.
Perkara Jadual 5 Gred Syarat Tambahan
Syarat
Cuti dengan kebenaran
Kehadiran < 80% WD Tiada
Cuti tanpa kebenaran
Kehadiran < 90% WX Tiada
Cuti dengan kebenaran +
Cuti tanpa kebenaran Kehadiran < 80% WD Cuti tanpa kebenaran tidak
melebihi 10%
9.5 Pelajar yang tidak menghadiri pertemuan PnP yang ditetapkan atas
kebenaran Pengarah KKTM/IKM bagi tujuan khas melebihi 20% atau dalam
30
tempoh empat minggu berturut-turut atau yang lebih rendah perlu
mendapatkan kelulusan daripada Senat BKT.
Cara Pengiraan Peratus Ketidakhadiran:
Contoh:
Untuk kursus Workshop Practice, jumlah jam pertemuan seminggu adalah 4
jam seminggu.
Jumlah keseluruhan jam untuk satu (1) semester: 4 jam per minggu x 18
minggu = 72 jam.
Kegagalan hadir sehari (tanpa alasan munasabah): 4 jam x 100% = 5.6%
72 jam
Surat Amaran Pertama akan diberi jika peratus ketidakhadiran > 3% tanpa
alasan munasabah.
Surat Amaran Kedua akan diberi jika peratus kehadiran > 6% tanpa alasan
munasabah.
Surat Amaran Ketiga akan diberi jika peratus kehadiran > 10% tanpa alasan
munasabah dan DISEKAT memasuki peperiksaan akhir.
10.0 PENILAIAN
Semua penilaian setiap kursus dibuat secara berkala dan berterusan dalam tempoh
minggu pembelajaran sesuatu semester menurut kaedah yang ditetapkan oleh Senat
BKT. Penilaian setiap kursus adalah terdiri daripada kerja kursus dan peperiksaan akhir.
10.1 Kerja Kursus
10.1.1 Semua kerja kursus wajib diselesaikan sebelum minggu Peperiksaan Akhir.
10.1.2 Pelajar yang tidak menduduki mana-mana penilaian berterusan yang
ditetapkan walaupun jumlah keseluruhan markah melebihi gred lulus
minimum kursus berkenaan akan diberi gred WA. (Rujuk Jadual 8).
10.1.3 Pelajar yang memperolehi gred WA bagi sesuatu kursus, wajib mendaftar
dan menduduki semula mana-mana penilaian yang tidak lengkap bagi
kursus berkenaan.
10.1.4 Keputusan penilaian kerja kursus perlu dimaklumkan kepada pelajar
sebelum minggu peperiksaan akhir bermula.
10.2 Peperiksaan Akhir
Pelajar wajib menduduki Peperiksaan Akhir bagi semua kursus yang ditetapkan.
Peperiksaan Akhir hendaklah dijalankan dalam tempoh yang ditetapkan dan mengikut
Buku Panduan Dasar Pentaksiran dan Penilaian.
31
10.3 Mengulang Kursus
10.3.1 Pelajar yang gagal dalam sesuatu kursus hendaklah mengulang kursus
tersebut sehingga lulus dengan syarat menepati had maksimum tempoh
pengajian.
10.3.2 Pelajar yang mengulang kursus perlu mengikuti kelas dan menduduki
semua penilaian yang disyaratkan bagi kursus tersebut.
10.4 Peperiksaan Khas
10.4.1 Peperiksaan khas ditakrifkan sebagai peperiksaan yang diduduki oleh
pelajar tertentu atas kes-kes seperti berikut:
a. Pelajar yang tidak dapat menduduki Peperiksaan Akhir semester
kerana disahkan sakit/tidak upaya oleh pegawai perubatan dari
hospital kerajaan/pusat perubatan yang diiktiraf.
b. Bagi pelajar dalam kategori ini, gred yang diperolehi adalah gred
sebenar yang dicapai oleh pelajar tersebut dengan mengambil kira
penilaian berterusan.
ATAU
c. Pelajar yang tidak memenuhi syarat untuk menjalani Latihan Industri
tertakluk kepada gagal satu (1) kursus sahaja (kecuali gred WX dengan
syarat kursus berkenaan telah diduduki oleh pelajar tersebut di
semester sebelum Latihan Industri dijalankan.
Bagi pelajar dalam kategori ini, gred maksimum yang boleh dicapai
adalah gred lulus minimum mengikut kursus tersebut dan disahkan
oleh Senat BKT.
ATAU
Peperiksaan khas bagi tujuan lain dalam keadaan luar biasa seperti
bencana alam, wabak penyakit atau kes-kes darurat tertakluk kepada
kelulusan Senat IKM dengan mengemukakan dokumen pengesahan
pihak berkuasa tempatan.
Bagi pelajar dalam kategori ini, gred yang diperolehi adalah gred
sebenar yang dicapai oleh pelajar tersebut dengan mengambil kira
penilaian berterusan.
ATAU
i. Peperiksaan khas untuk tujuan memperbaiki CGPA bagi pelajar
yang mendapat Keputusan Bersyarat (KS) di semester akhir. Bagi
pelajar dalam kategori ini hanya dibenarkan mengambil
maksimum 12 kredit sahaja dari mana-mana kursus yang
mendapat gred C+, C atau C- sahaja dengan persetujuan
Penasihat Akademik dan mendapat kelulusan Ketua Jabatan
berkenaan.
32
Bagi pelajar dalam kategori ini, gred yang diperolehi adalah gred
sebenar yang dicapai oleh pelajar tersebut tanpa mengambil kira
penilaian berterusan.
ii. Peperiksaan khas perlu dilaksanakan dalam tempoh dua (2)
minggu selepas Senat BKT bersidang.
iii. Pihak institusi perlu mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Senat
BKT sebelum peperiksaan khas dikendalikan.
10.5 Kebenaran Menduduki Peperiksaan
i. Pelajar perlu menerima Slip Kelayakan Menduduki Peperiksaan daripada UPP
sebelum peperiksaan akhir semester bermula.
ii. Pelajar diwajibkan membawa Slip Kelayakan Menduduki Peperiksaan dan
dokumen pengenalan diri pada setiap sesi peperiksaan dijalankan. Kegagalan
membawa dokumen tersebut ke dalam dewan atau bilik peperiksaan boleh
mengakibatkan pelajar tidak dibenarkan menduduki peperiksaan.
10.6 Keputusan Peperiksaan
i. Keputusan akan dikeluarkan dalam bentuk Penyata Pencapaian
(Achievement Slip) bagi setiap semester yang mencatatkan rekod pencapaian
akademik.
ii. Penyata Pencapaian pelajar akan diedarkan pada minggu pertama sesi
pengajian berikutnya kecuali pelajar yang mendapat KEDUDUKAN GAGAL
(KG).
iii. Pelajar yang mendapat keputusan KEDUDUKAN GAGAL (KG), perlu
dimaklumkan keputusannya sebelum sesi pengajian berikutnya bermula
setelah mendapat pengesahan Senat BKT.
iv. Transkrip hanya akan dikeluarkan kepada pelajar yang bergraduat sahaja.
v. Tarikh graduasi pelajar pada skrol adalah mengikut tarikh hari pertama Senat
BKT bersidang.
10.7 Penyemakan Semula Keputusan
11.7.1 Pelajar boleh membuat permohonan penyemakan semula keputusan
peperiksaan akhir bagi kertas teori/amali dengan kadar bayaran seperti
yang telah ditetapkan.
(Rujuk Jadual 12: Senarai Kadar Bayaran).
33
11.7.2 Permohonan penyemakan markah hanya boleh dibuat dalam tempoh dua
(2) minggu selepas sesi pembelajaran bermula.
11.7.3 Keputusan penyemakan semula yang disahkan oleh Senat BKT adalah
muktamad.
10.8 Salah Laku Peperiksaan
10.8.1 Pelajar tidak boleh melakukan mana-mana salah laku peperiksaan seperti
berikut:
10.8.1.1 Memberi, memiliki atau menerima sebarang maklumat dalam
bentuk elektronik, bahan bertulis, bercetak, alat atau objek
yang dilarang daripada mana-mana pihak semasa peperiksaan
dijalankan tanpa kebenaran Ketua Pengawas.
10.8.1.2 Menggunakan maklumat yang diperolehi seperti di atas bagi
tujuan menjawab soalan peperiksaan.
10.8.1.3 Menipu atau cuba untuk menipu atau berkelakuan mengikut
cara yang boleh ditafsirkan sebagai menipu semasa peperiksaan
akhir sedang berjalan.
34
10.9 Hukuman
10.9.1 Kes – kes salah laku peperiksaan perlu dikemukakan dengan bukti - bukti yang
sahih serta diperakukan oleh Ketua Pengawas Peperiksaan.
10.9.2 Gred CX akan diberikan kepada pelajar yang melakukan salah laku peperiksaan
untuk kes kali pertama dengan pengesahan Jawatankuasa Akademik dan
dikehendaki mengulang kursus tersebut dengan kadar bayaran seperti yang
telah ditetapkan. (Rujuk Jadual 12: Senarai Kadar Bayaran)
10.9.3 Pelajar yang melakukan kesalahan kali kedua boleh ditamatkan pengajian
dengan kelulusan senat BKT.
10.10 Penyelewengan Akademik
10.10.1 Pelajar yang melakukan penyelewengan akademik seperti berikut boleh
diberikan markah sifar (0) terhadap tugasan tersebut setelah disahkan oleh
Jawatankuasa Akademik;
i. plagiat tanpa menyatakan sumber asal
ii. menciplak tugasan atau hasil kerja kursus pelajar lain
iii. apa-apa bentuk perlakuan atau cubaan penipuan akademik selain daripada
yang dinyatakan di atas.
35
11.0 SISTEM PENILAIAN
Sistem penilaian terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu berdasarkan gred dan Lulus atau
Gagal. Walaubagaimanapun lulus atau gagal hanya digunapakai pada penilaian Latihan
Industri sahaja.
11.1 Sistem Gred
11.1.1 Pemberian gred dan mata adalah berdasarkan Jadual 6.
Jadual 6
Status
Markah Gred Nilai Gred Program Sijil Program Diploma
90-100 A+ Markah kursus lulus Markah kursus lulus
85-89 A 60% 50%
80-84 A-
75-79 B+ 4.0
70-74 B
65-69 B- 4.0 Cemerlang Cemerlang
60-64 C+
55-59 C 3.7
50-54 C-
45-49 D+ 3.3
40-44 D
0-39 F 3.0 Kepujian
2.7 Kepujian
2.3 Lulus
2.0
1.7 Lulus
1.3 Gagal
1.0 Gagal
0
11.1.2 Markah dan gred lulus sesuatu kursus adalah merujuk pada Jadual 7.
Bil Kategori Kursus Jadual 7 Markah Lulus
Markah Lulus Program Diploma
1 Amali Program Sijil
2 Teori 50% (C-)
60% (C+)
50% (C-)
50% (C-)
36
11.1.3 Selain daripada gred di para 11.1.2, pelajar juga boleh diberi gred seperti
Jadual 8 bagi kes-kes berikut:
GRED Jadual 8
WD
KES
Menarik diri dengan kebenaran. Gred yang diberikan kepada kursus, jika
pelajar menarik diri dengan kebenaran atau pelajar gagal hadir
peperiksaan dengan alasan yang munasabah dan diterima oleh
Jawatankuasa Akademik.
(Tidak dimasukkan ke dalam pengiraan GPA dan CGPA)
Menarik diri tanpa kebenaran. Gred yang diberikan kepada kursus, jika
pelajar menarik diri tanpa kebenaran, tidak dibenarkan menduduki
peperiksaan atau dibatalkan. Catatan pada sistem aplikasi berkomputer
(SPPP) adalah seperti berikut:
AX – Status yang dicatatkan di dalam sistem terhadap pelajar yang
tidak hadir / tidak menduduki peperiksaan akhir.
BA – Status diberi kepada pelajar yang tidak cukup kehadiran bagi
kursus yang tiada peperiksaan akhir.
WX
BX – Status yang diberikan kepada pelajar sekiranya disekat dari
menduduki peperiksaan akhir akibat kekurangan kehadiran
(barred exam).
CX – Status yang diberikan kepada pelajar yang didapati melakukan
salah laku peperiksaan.
DX – Status yang diberikan kepada pelajar yang gagal ujian kritikal.
(Dimasukkan ke dalam pengiraan GPA dan CGPA)
Tidak menduduki mana-mana penilaian berterusan yang ditetapkan
dengan syarat jika jumlah keseluruhan markah melebihi gred lulus
WA minimum kursus berkenaan.
(Tidak dimasukkan ke dalam pengiraan GPA dan CGPA)
37
11.2 Kedudukan Akademik
Pelajar akan diberi taraf kedudukan akademik di atas keputusan penilaiannya
mengikut kategori seperti Jadual 9.
Kedudukan Akademik Jadual 9
Kedudukan baik (KB) CGPA
CGPA ≥ 2.00
Kedudukan Bersyarat 1.70 ≤ CGPA < 2.00
(KS)
Kedudukan Gagal CGPA < 1.70
(KG)
ATAU
GPA < 1.0
(Tidak termasuk semester akhir)
ATAU
Kedudukan Bersyarat (KS) dua (2) kali berturut-turut
bagi program sijil.
ATAU
Kedudukan Bersyarat (KS) tiga (3) kali berturut-turut
bagi program diploma.
11.3 Status Kedudukan
11.3.1 Pelajar yang mendapat kedudukan baik (KB), layak untuk meneruskan
pengajian ke semester berikutnya.
11.3.2 Pelajar yang mendapat keputusan baik (KB) tetapi gagal mana-mana kursus
layak meneruskan pengajian ke semester berikutnya dengan syarat wajib
mengulangi kursus berkenaan sehingga lulus untuk melayakkan
dianugerahkan sijil/diploma tertakluk kepada tempoh maksimum pengajian.
11.3.3 Pelajar yang mendapat keputusan Kedudukan Bersyarat (KS), layak untuk
meneruskan pengajian ke semester berikutnya. Walau bagaimanapun,
pelajar hanya dibenarkan mengambil kursus dengan maksimum 12 kredit
sahaja.
11.3.4 Pelajar yang mendapat keputusan Kedudukan Bersyarat (KS) dua (2) kali
berturut-turut bagi Program Sijil ATAU Kedudukan Bersyarat (KS) tiga (3) kali
berturut-turut bagi Program Diploma ATAU Kedudukan Gagal (KG) akan
ditamatkan pengajian.
11.3.5 Keputusan kedudukan akademik dan status penganugerahan bagi pelajar
semester akhir adalah seperti di Jadual 10.
38
Kedudukan Akademik Jadual 10 Status Status
Keterangan Graduat Penganugerahan
Kedudukan Baik
Bergraduat CGPA ≥ 2.00 Tamat Layak
(KBG) DAN Pengajian dan
Memenuhi syarat Bergraduat
penganugerahan.
Kedudukan Baik CGPA ≥ 2.00 Tidak Graduat Tidak Layak
Tidak Bergraduat Gagal mana-mana (Mengulang Tidak Layak
kursus gagal)
(KBTG) kursus.
Tidak Graduat
Kedudukan Bersyarat 1.70 ≤ CGPA < 2.00 (Memperbaiki
(KS)
gred)
Kedudukan Gagal CGPA < 1.70 Tidak Graduat Tidak Layak
(KG) (Ditamatkan
ATAU pengajian)
Kedudukan Bersyarat
(KS) dua (2) kali
berturut-turut bagi
program sijil
ATAU
Kedudukan Bersyarat
(KS) tiga (3) kali
berturut-turut bagi
program diploma.
39
12.0 SYARAT PENGANUGERAHAN
Syarat-syarat penganugerahan adalah seperti berikut:
a. Memperoleh CGPA 2.00 atau lebih pada semester akhir pengajian.
DAN
b. LULUS dalam semua kursus yang diwajibkan bagi sesuatu program.
DAN
c. KEPUJIAN Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V) atau LULUS Bahasa
Kebangsaan A bagi program yang melibatkan akreditasi MQA.
DAN
d. LULUS latihan industri.
13.0 KECEMERLANGAN AKADEMIK
Pelajar yang menunjukkan kecemerlangan akademik (kecuali pelajar di semester pendek)
akan diberi penganugerahan seperti berikut:
13.1 Anugerah Platinum (Platinum Award)
13.1.1 Anugerah yang diberikan kepada pelajar yang berjaya bergraduat dengan
mendapat GPA 3.50 atau lebih pada setiap semester pengajian.
13.1.2 Catatan Anugerah Platinum akan dipamerkan pada skrol dan transkrip.
13.2 Anugerah Emas (Gold Award)
13.2.1 Anugerah yang diberikan kepada pelajar yang berjaya bergraduat dengan
mendapat CGPA 3.50 atau lebih tetapi tidak mendapat GPA 3.50 bagi
setiap semester pengajian.
13.2.2 Catatan Anugerah Emas akan dipamerkan pada skrol dan transkrip.
13.3 Anugerah Dekan (Dean’s Award)
13.3.1 Anugerah yang diberikan pada setiap semester kepada pelajar yang
berjaya memperolehi GPA 3.50 atau lebih pada mana-mana semester
pengajian berkenaan dengan syarat mengambil minimum 12 kredit pada
semester berkenaan.
13.3.2 Catatan Anugerah Dekan akan dipamerkan pada penyata pencapaian.
40
14.0 PENGELUARAN SKROL
14.1 Penyata pencapaian dan transkrip akan dikeluarkan oleh UPP KKTM//MJII/IKM
14.2 Skrol sijil dan diploma akan dikeluarkan oleh BKT dan diserahkan kepada UPP
institusi untuk edaran kepada pelajar. 14.3 Skrol sijil dan diploma yang tidak
dituntut oleh pelajar selepas lima (5) tahun, perlu di serahkan kepada SPP BKT.
15.0 GANTIAN DOKUMEN PERSIJILAN
15.1 Permohonan skrol gantian boleh dibuat oleh pelajar kepada BKT. 15.2
Permohonan transkrip dan penyata pencapaian gantian boleh dibuat oleh pelajar
kepada Pengarah Institusi di mana pelajar berkenaan mengikuti pengajian.
15.3 Permohonan bagi para 15.1 dan 15.2 hendaklah disertakan bersama dokumen-
dokumen sokongan seperti: i. Skrol atau penyata pencapaian yang rosak ATAU ii.
Laporan polis (kes hilang sahaja- terpakai bagi kes kehilangan Skrol atau Penyata
Pencapaian iii. Resit bayaran berdasarkan kadar bayaran seperti Jadual 12. 15.4
Pelajar boleh mendapatkan dokumen persijilan seperti di Jadual 11.
Jadual 11 Jabatan
Dokumen SPP BKT
Salinan Skrol SPP BKT
Salinan Skrol Seterusnya UPP Institusi
Transkrip UPP Institusi
Penyata Pencapaian UPP Institusi
Transkrip Seterusnya UPP Institusi
Penyata Pencapaian Seterusnya
41
LAMPIRAN
KALENDAR PENDAFTARAN KURSUS
AKTIVITI TARIKH
Pendaftaran Kursus Minggu Pertama Pengajian
Penangguhan Kursus Selewat-Lewatnya Minggu Ketiga (3) Pengajian
Pengguguran Kursus Selewat-Lewatnya Minggu Keempat (4) Pengajian
Selewat-lewatnya Minggu Kedua Belas (12) Pengajian
Tarik Diri Kursus
SENARAI KADAR BAYARAN
STATUS KADAR BAYARAN
Pendaftaran Lewat Kursus RM50/ Kursus
Pendaftaran Lewat Hari pertama – RM50
Hari seterusnya – Tambahan
Pertukaran Latihan Industri RM10/hari bekerja
(Tanpa Kebenaran)
Mengulang Latihan Industri RM200
(Tindakan Tatatertib)
Mengulang Kursus WA RM300
Mengulang Kursus WX
Mengulang Kursus Gagal disebabkan kes RM50 per kursus
salah laku peperiksaan (CX). RM100 per kursus
Mengulang Ko-kurikulum
Penyemakan Semula Keputusan RM200 per kursus
Peperiksaan Khas untuk mengulang
kursus gagal, dan memperbaiki gred RM100
Skrol Gantian Tersalah Cetak RM50 per kursus
Skrol Gantian Seterusnya
Transkrip RM100 per kursus
Penyata Pencapaian
Transkrip Seterusnya RM100
Penyata Pencapaian Seterusnya RM100
RM50
RM30
RM80
RM50
Nota : Tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa
42
Senarai
KURSUS
Tahap Program:
C – Sijil D - Diploma Semester / Tahun ditawarkan
Pra-Syarat mengikut bilangan kursus
CPV10012 yang terlibat
Nilai Kredit
Status Kursus: Nombor Siri Kursus
Kluster Program: V – Teras Disiplin dan Umum Kursus berasaskan
P – Minyak dan Gas M – Matematik Matematik, Sains dan
B – Keusahawanan Modul Pembangunan
E – English Profesional
S – Pengajian Islam
N – Moral dan Etika Ditentukan oleh Program
dan Projek Tahun Akhir
A – Pengajian Malaysia
Y – Ko-Kurikulum
T – Latihan Industri
C – Core Abilities
Kod Teras Disiplin dan Teras Umum
untuk setiap program:
K – DIK
L – DOL
E – SPE dan DEE
P – SFP
S – SFS
43
Diploma
Teknologi Kejuruteraan
(Instrumentasi dan Kawalan Loji)
KURSUS SEMESTER 1 KURSUS SEMESTER 2
NO. KOD NAMA KURSUS NO. KOD NAMA KURSUS
1 DPK10142 Instrumentation Engineering Drawing 1 DPK20042 Final Control Element
2 DPV10152 Workshop Practice 2 DPK20023 Process Measurement 1
3 DPV10172 Health, Safety And Environment 3 DPK20033 Pneumatic And Hydraulic
4 DPK10162 Electrical And Electronics 4 DPV20182 Petroleum Science
5 DKV10013 Engineering Science 5 DUM20022 Engineering Mathematics 2
6 DUM10012 Engineering Mathematics 1 6 DUE21022 English For Communication 2
7 DUE10012 English For Communication 1 7 DUA20012 Pengajian Malaysia
8 DUS10012 Perspektif Islam 8 DUY21021 Co-Curriculum 2
Teori Etika Dan Amalan Moral
DUN10012 Co-Curriculum 1
9 DUY10011
KURSUS SEMESTER 3 KURSUS SEMESTER 4
NO. KOD NAMA KURSUS NO. KOD NAMA KURSUS
1 DPK30043 Programmable Logic Control And 1 DPK40013 Process Control
Scada System
2 DPK31053 Process Measurement 2 2 DPK40093 Fire And Gas & Emergency
Shutdown System
3 DPK30083 Metrology- Measurement Assurance
And Calibration 3 DPK40103 Distributed Control System
4 DPK30093 Process Simulation
5 DPK30102 4 DPK40112 Project Proposal
Environment Quality Measurement 5 DKV40072 Project Management
6 DUM30032 Instrument
7 DUS30022 Engineering Mathematics 3 6 DUB40012 Start-Up Enterprise
DUN30022 Islam Kontemporari
Masalah Dan Isu Moral
KURSUS SEMESTER 5 KURSUS SEMESTER 6
NO. KOD NAMA KURSUS NO. KOD NAMA KURSUS
1 DPK50122 Administrative & Supervisory 1 DLT60010 Industrial Training
Functions
2 DPK50133 Maintenance Technology
3 DPK50143 Plant Operation Technology
4 DPK51154 Final Year Project
5 DUB51022 Digital Enterprise
44
Diploma
Teknologi Kejuruteraan
(Operasi Loji)
KURSUS SEMESTER 1 KURSUS SEMESTER 2
NO. KOD NAMA KURSUS NO. KOD NAMA KURSUS
1 DPL10122 Piping And Instrumentation Diagram 1 DPL20022 Basic Electrical
2 DPV10152 Workshop Practice 2 DPL20033 Piping, Valves And Fittings
3 DPV10172 Health, Safety And Environment 3 DPV20182 Petroleum Science
4 DPL10013 Engineering Drawing 4 DKV20013 Engineering Science
5 DUM10012 Engineering Mathematics 1 5 DUM20022 Engineering Mathematics 2
6 DUE10012 English For Communication 1 6 DUE21022 English For Communication 2
7 DUS10012 Perspektif Islam 7 DUA20012 Pengajian Malaysia
Teori Etika Dan Amalan Moral 8 DUY21021 Co-Curriculum 2
DUN10012 Co-Curriculum 1
8 DUY10011
KURSUS SEMESTER 3 KURSUS SEMESTER 4
NO. KOD NAMA KURSUS NO. KOD NAMA KURSUS
1 DPL30043 Static Equipment Operation 1 DPL41083 Process Plant Control System
2 DPL30053 Thermodynamics 2 DPL40092 Plant Utilities
3 DPL30063 Process Measurement And Control 3 DPL40103 Unit Operation
4 DPL30074 Rotating Equipment Operation 4 DPL40114 Upstream Plant Operation
5 DUM30032 Engineering Mathematics 3 5 DPL40122 Project Proposal
6 DUS30022 Islam Kontemporari 6 DKV40072 Project Management
7 DUN30022 Masalah Dan Isu Moral 7 DUB40012 Start-Up Enterprise
KURSUS SEMESTER 5 KURSUS SEMESTER 6
NO. KOD NAMA KURSUS NO. KOD NAMA KURSUS
1 DPL51133 Downstream Plant Operation 1 DLT60010 Industrial Training
2 DPL50142 Environmental Engineering
3 DPL50152 Terminal Operation
4 DPL51164 Final Year Project
5 DUB51022 Digital Enterprise
45
Diploma
Teknologi Kejuruteraan
(Pemasangan Elektrik)
KURSUS SEMESTER 1 KURSUS SEMESTER 2
NO. KOD NAMA KURSUS NO. KOD NAMA KURSUS
1 DEE10024 Single Phase Wiring Installation 1 DEE21024 Three Phase Wiring Installation
2 DPV10642 Electrical and Electronics 2 DEE20043 Electrical Motor Installation
3 DEE10042 Electrical Drawing 3 DEE20053 Electrical Act and Ordinance
4 DPV10612 Health, Safety and Environment 4 DPV20622 Petroleum Science
5 DPV10633 Engineering Science 5 DEE20063 Power Electronics and Drives
6 DUM10022 Engineering Mathematics 1 6 DUM20132 Engineering Mathematics 2
7 DUE10062 English For Communication 7 DUE20052 English For Career Development
8 DUS10062 Penghayatan Akidah 8 DUY21041 Co-Curriculum 2
Asas Pengajian Moral
DUN10062 Co-Curriculum 1
9 DUY10031
KURSUS SEMESTER 3 KURSUS SEMESTER 4
NO. KOD NAMA KURSUS NO. KOD NAMA KURSUS
1 DLT30060 Industrial Training 1 1 DEE40213 Underground Cable Practices
2 DEE40223 Low Voltage Distribution
3 DEE40233 Aerial Line Practices
4 DKV30282 Project Management
5 DUM31162 Mathematics For Electrical
Engineering
6 DUB40042 Start-up Enterprise
7 DUS30052 Syariah dan Kehidupan
Isu Moral & Cabaran
DUN30052 Penghayatan Nilai Murni
KURSUS SEMESTER 5 KURSUS SEMESTER 6
NO. KOD NAMA KURSUS NO. KOD NAMA KURSUS
1 DLT51060 Industrial Training 2 1 DEE60024 Final Year Project
2 DEE60043 Electrical Power Generation
3 DEE60053 Programmable Logic Controller
4 DEE61193 Electrical Maintenance
5 DUB51052 Digital Enterprise
6 DUA20062 Pengajian Malaysia
46
Sijil
Teknologi Kejuruteraan
(Fabrikasi Perpaipan)
KURSUS SEMESTER 1 KURSUS SEMESTER 2
NO. KOD NAMA KURSUS NO. KOD NAMA KURSUS
1 CPP10013 Piping and Drawing 1 CPP20024 Pipe Spool Fabrication
2 CPV10013 Basic Fabrication 2 CPP20034 Shielded Metal Arc Welding
(SMAW) For Piping
3 CPV10022 Health, Safety and Environment 3 CPV20052 Petroleum Facilities Technology
4 CPV10033 Technical Drawing and CAD 4 CPV20062 Applied Science
5 CPV10042 Workshop Practice 5 CUM21022 Technical Mathematics 2
6 CUM10012 Technical Mathematics 1 6 CUB20012 E-Technopreneur 1
7 CUE10012 English And Communications 1 7 CUE21022 English And Communications 2
8 CUS10011 Konsep Asas Islam 8 CUS20021 Tasawwur Islam
Teori Etika Dan Konflik Moral
CUN10011 Asas Etika Dan Nilai CUN20021 Co-Curriculum 2
9 CUY10011 Co-Curriculum 1 9 CUY21021
KURSUS SEMESTER 3 KURSUS SEMESTER 4
NO. KOD NAMA KURSUS NO. KOD NAMA KURSUS
1 CPP30044 Final Year Project 1 CLT40015 Industrial Training
2 CPP30053 Piping Installation, Testing and
Commissioning
3 CPV30102 Welding Inspection
4 CPP30063 Welding Technology for Piping
5 CPV30092 Quality Management
6 CUB31022 E-Technopreneur 2
7 CUS30031 Peradaban Islam
Masalah Dan Isu Moral
CUN30031 Pengajian Malaysia
8 CUA30012
47