KEWAFATAN
NABI MUHAMMAD
s.a.w
Tarikh : 12 Rabiul Awal tahun 11
Hijrah (Isnin)
08 Jun 632 Masihi
Tempat : Madinah
Umur : 63 Tahun
Peristiwa Sebelum Wafat
Rasulullah mula gering pada 19 Safar tahun 11 Hijrah.
Baginda ditimpa sakit kepala dan demam yang teruk.
Walaupun baginda sakit, baginda tetap menunaikan
solat berjemaah di masjid.
Baginda dirawat oleh Saidatina Aisyah di rumahnya.
Apabila keadaan nabi semakin lemah, baginda
meminta Saidina Abu Bakar menjadi imam serta
mengendalikan urusan negara.
Peristiwa Semasa Wafat
Baginda wafat dipangkuan Aisyah.
Berita kewafatan nabi tersebar ke seluruh Kota
Madinah.
Pengurusan jenazah Nabi s.a.w dilakukan oleh
beberapa orang sahabat seperti Saidina Abbas,
Ali dan Usamah.
Dimakamkan di Masjid Nabawi, Madinah
bersebelahan dengan rumah Saidatina Aisyah.
Reaksi Para Sahabat
Saidina Abu Bakar sedih dengan kewafatan Nabi
s.a.w.
Saidina Umar tidak dapat menerima berita
kewafatan nabi kerana terlalu menyayangi
Rasulullah.
Beliau dan para sahabat telah ditenangkan oleh
Saidina Abu Bakar dengan membacakan ayat 144
Surah Ali Imram.
Selepas mendengar ucapan Abu Bakar semua
sahabat menerima kewafatan Nabi s.a.w
Ayat 144 Surah Ali Imran
Maksud ayat tersebut : Muhammad itu tidak lain
hanyalah seorang Rasul, telah diutuskan
sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia
wafat atau dibunuh kamu kembali ke belakang
(murtad)? Barang siapa yang kembali ke belakang ,
maka dia tidak dapat mendatangkan mudharat
kepada Allah sedikit pun, dan Allah akan memberi
balasan kepada orang-orang yang bersyukur.
Kesan dan Iktibar
Keimanan para sahabat bertambah kuat.
Mereka bersatu hati dan semakin mengukuhkan
strategi dakwah untuk menyebarkan agama Islam.
Sistem syura diteruskan dalam pemerintahan.
Garis Masa Perjalanan Hidup
Rasulullah
571 Masihi Tahun 10 Tahun 11 Hijrah
Nabi dilahirkan Hijrah Hajjatul Kewafatan
Nabi
610 Masihi Wada’
Dilantik Tahun 8 Hijrah
menjadi Rasul
Pembukaan
Kota Mekah
Tahun 1 Hijrah Tahun 6 Hijrah
Peristiwa hijrah Perjanjian
Hudaibiyah
Rumusan
Nabi Muhammad s.a.w ialah nabi yang terakhir
diutuskan Allah kepada umat manusia. Selepas
kewafatan nabi, tugas menyebarkan dakwah Islam
menjadi tanggungjawab kita semua.
------------------Semoga Bermanfaat---------------------
Tengkuzu