Pembuatan Baja Kompos
Disediakan Oleh :
Wan Emir Faris
Qaisyum
Ahmad Fawwaz
Ammar Ridwan
ISI KANDUNGAN
Penghargaan
Penyataan masalah
Pengenalan
Kajian
Bahan-Bahan
Cara Pembuatan
Perbandingan
Kesimpulan
Sumber Rujukan
Penghargaan
Ucapan ribuan terima kasih kepada guru
pembimbing Cik Syafiqah yang telah memberi tunjuk
ajar dan bimbingan dalam menjayakan projek PBL
ini. Ucapan terima kasih juga kepada ibu bapa kami
yang menyediakan bahan-bahan untuk
menghasilkan projek ini. Tidak dilupakan juga
ucapan terima kasih kepada ahli kumpulan yang
telah memberi komitmen dan kerjasama yang baik
dan sewajarnya sehingga terhasilnya projek ini
dengan jayanya. Semoga ianya membawa manfaat
kepada semua.
Penyataan Masalah
Industri pertanian Malaysia merupakan salah satu
industri penting yang menyumbang kepada pembangunan
ekonomi negara. Berikutan itu, penggunaan baja kimia
digunakan secara meluas dalam bidang ini bagi meningkatkan
pengeluaran tanaman dalam skala besar untuk memenuhi
permintan dari dalam negara mahupun luar negara.
Penggunaan baja kimia secara tidak terkawal menyumbang
kepada kerosakan alam sekitar yang boleh menjejaskan
kesihatan manusia dan hidupan lain.
Penyataan Masalah
Hal ini disebabkan oleh penggunaan baja kimia yang
berlebihan menyebabkan nilai pH tanah menjadi berasid dan
kurang subur. Ini menyebabkan nutrien dalam tanah kurang
berkualiti. Selain itu, ia juga boleh mencemarkan sumber air
Selain itu, ia juga menyebabkan pertumbuhan pokok
terbantut dan boleh mengakibatkan hakisan tanah. Akhir
sekali kandungan toksik dalam tanah boleh mengganggu
keseimbangan ekosistem.
Pengenalan
Seperti yang kita maklum, bahawa penggunaan baja
kimia yang berlebihan boleh menyebabkan pencemaran alam
sekitar. Sejurus itu kumpulan kami ditugaskan untuk
menghasilkan baja kompos yang mesra alam.
Baja kompos dihasilkan bertujuan untuk merawat masalah
tanah sedia ada untuk mengembalikan kesuburan tanah.
Bahan-bahan yang digunakan juga mudah didapati dan tidak
memerlukan kos yang tinggi.
Kajian
Baja kompos yang dihasilkan mempunyai pelbagai
manfaat untuk bidang pertanian. Pertama bahan-bahan yang
digunakan mampu meningkatkan aktiviti mikrob dalam
tanah. Kebanyakan mikroorganisma baik aktif pada julat pH
5.5 sehingga 7.8. Namun begitu proses penitratan yang
dijalankan menjadi kurang efisien apabila julat tanah di
bawah 5.5. Oleh itu kesuburan tanah dapat dikawal dengan
menggunakan bahan yang kaya dengan sumber kalsium
untuk mengembalikan kesuburan tanah.
Kajian
Selain itu, baja kompos ini juga membekalkan nutrien
semula jadi kepada tanah. Sayuran hijau yang menjadi salah
satu bahan penghasilan baja kompos dapat membekalkan
unsur nitrogen, fosforus dan kalium yang penting untuk
tumbesaran tumbuhan. Akhir sekali kegunaan air dapat
membekalkan kelembapan tanah untuk membekalkan udara
dan air kepada mikroorganisma pereput. Oleh itu digalakkan
untuk menyiram 2 kali sehari bagi mengekalkan kelembapan.
Bahan-Bahan Pembuatan
Tanah
Daun Kering
Roti
Kulit Telur
Sayur Kobis
Cara Pembuatan
I. Masukkan tanah ke dalam bekas.
II. Masukkan roti.
III. Masukkan air atas sisa makanan.
Cara Pembuatan
Ulang langkah satu hingga tiga bagi setiap sisa makanan berikut
Cara Pembuatan
Tutup bekas baja yang telah dihasilkan KOS
dengan plastik. Tanah – 0.00
Roti – 0.20
Bekas – 0.00
Sayur Kobis – 0.20
Daun Kering – 0.00
Kulit Telur- 0.00
Jumlah = RM 0.40
Perbandingan
Baja Kimia • Nutrien tidak seimbang
• Kurang mikroorganisma dan enzim aktif
• Menjejaskan warna, rasa dan kualiti
Baja • Nutrien seimbang membantu melawan virus
Kompos
• Mengandungi 8 mikroorganisma dan enzim
aktif
• Meningkatkan warna, rasa dan kualiti
Kesimpulan
Baja kompos ialah bahan organik yang telah terurai
dan dikitar semula sebagai baja yang berkualiti. Baja
kompos berupaya membekalkan nutrien kepada
tanah tanpa merosakkan struktur asal. Oleh itu
penggunaan baja kompos adalah kaedah terbaik bagi
meningkatkan hasil tanaman dan menjamin
kelestarian alam sekitar.
Sumber Rujukan
• https://www.bharian.com.my/bisnes/usahawan/20
20/03/664239/baja-ddr-tingkat-hasil-pertanian
• https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Baja
• https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Kompos
• https://kebunbandar.com/cara-membuat-kompos-
mudah-dan-segera/
• https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Kompos
• https://www.astroawani.com/berita-
malaysia/penghasilan-baja-kompos-daripada-sisa-
makanan-di-rumah-63571